Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Thursday, 4 September 2008

Sudah bersuami ada anak namun BERZINA!!!

Sudah bersuami ada anak namun BERZINA!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah baru-bari ini saya menerima email dari seorang pembaca Laman Emjay. Email tersebut telah pun saya balas. Memandangkan jawapan yang saya berikan wajar dikongsikan juga oleh pembaca sekelian, maka email kiriman dan email balasan saya paparkan di Laman Emjay ini untuk iktibar. 

Demi menjaga maruah pengirim email ini, beberapa perkara terpaksa saya edit semoga tidak mendedahkan identiti pengirim email tersebut. Berikut adalah email kiriman pembaca Laman Emjay tersebut:

********
Isi kandungan email dari pengirim ini terpaksa dikeluarkan di atas permintaan pengirim email ini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Telah dikeluarkan pada 1.45
tgh 6 September 2008.
Secara ringkasan, email tersebut menceritakan seorang ibu yang bekerja, bersuami dan mempunyai anak telah terbabas dan melakukan zina
*****

Berikut adalah email kiriman saya kepada pengirim ini dengan sedikit tambahan

*****

Waalaikumussalam wbh

Alhamdulillah dan terima kasih kerana email saya.

Terlebih dahulu, segala perkara yang sdr lakukan tu elakkanlah dari memberitahu orang lain. Memadailah saya seorang sahaja. Sekiranya sdr memberitahu lelaki lain, insya-Allah lelaki tersebut pun akan tumpang semangkuk dengan berzina dengan sdr. Sekiranya sdr memberitahu wanita lain, samalah seperti sdr menceritakan kisah sdr kepada satu dunia.

Hanya satu sahaja (selain saya) yang sdr boleh menceritakan kisah ini iaitu ALLAH SWT. DIAlah tuhan sebaik-baik tempat mengadu.

Setiap sesuatu yang diharamkan Allah SWT memanglah sangat seronok apabila melakukannya. Mencuri seronok, membunuh seronok, mengata orang pun seronok. Itulah sebabnya orang yang pernah mencuri akan mengulangi perbuatannya kerana sememangnya seronok!! Begitulah juga dengan berzina. Dapat berpeluang melakukan zina untuk pertama kali, memang sangat susah untuk berhenti kerana keseronokannya.

Sekiranya satu hamba Allah lelaki mempunyai seorang isteri yang cantik mengalahkan Siti Norhaliza, sangat romantik dan pandai melayan suaminya di atas katil sekali pun, namun sekiranya sang suami ini berzina dengan satu wanita yang hodoh dan tidak pandai melayan lelaki di atas katil, insya-Allah pekerjaan zina ini akan berulang dan berterusan kerana faktor SERONOK. Saya ulangi bahawa yang diharamkan Allah SWT memang SERONOK sebagaimana seronok orang minum arak dan mengambil dadah. Pada hal apalah seronoknya minum arak, mabuk dan sakit kepala, muntah serta menghabiskan duit namun kerana ianya menyeronokkan, insya-Allah perbuatan buruk ini akan berulang.

Mengapakah setiap perbuatan buruk yang diharamkan ALLAH SWT amat menyeronokkan???? jawapannya mudah iaitu syaitan akan menolong "MENGIPAS" sewaktu manusia melakukan perbuatan buruk seperti berzina. Maknanya sewaktu berzina, banyak sekali syaitan yang berkerumun membantu menggembirakan orang yang sedang berzina tersebut. Dapat berzina dalam tandas busuk yang sempit dalam masa yang singkat pun sudah cukup menyeronokkan pelaku zina tersebut kerana faktor syaitan yang ramai berkerumun MENGIPAS agar perbuatan zina tersebut menjadi begitu menarik. Memanglah syaitan dijadikan untuk tujuan tersebut. Jikalau seorang suami berjimak dengan isteri cantik yang pandai sungguh melayan suaminya dan dilakukan di atas tilam yang empuk sekali pun, namun perbuatan jimak tersebut tidak akan diiringi oleh sekumpulan syaitan kerana sesungguhnya syaitan memang benci orang berkahwin dan benci setiap ibadah dan setiap perbuatan baik. Sesungguhnya berjimak antara suami dan isteri adalah satu ibadah.
Itulah juga sebabnya orang yang merokok memang sukar untuk bertaubat kerana syaitan akan membantu MENGIPAS perokok agar mendapat keseronokan dan terus menerus merokok.
Apa yang sdr perlu lakukan sekarang ialah
  1. Bertaubat (membenci, bertekad untuk tidak mengulangi dan memandang jijik perbuatan lalu).
Cara bertaubat ialah:
a. Meninggalkan terus perbuatan dosa itu
b. Menyesali perbuatan tersebut
c. Berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu
d. Jika kesalahan itu melibatkan manusia maka hendaklah meminta maaf kepada  yang berkenaan.
Bertaubat memanglah mudah bunyinya tetapi amat sukar untuk dilakukan. Syaitan akan sentiasa berusaha untuk memujuk manusia yang melakukan perbuatan berdosa ini untuk terus mengulanginya. Pelbagai nasihat akan diberikan oleh syaitan agar terus mengulangi perbuatan terkutuk ini. Namun sekiranya sdr bersungguh-sungguh dan kuatkan istiqamah, insya-Allah syaitan akan berputus asa akhirnya. Hanya orang yang bersungguh-sungguh dan kuat istiqamah akan berjaya untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk ini. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan bahawa syurga bukan percuma dan orang tidak akan masuk syurga tanpa kesungguhan dan istiqamah. Neraka disediakan memang untuk orang lemah yang mudah mengalah apabila diberikan ujian.
  1. Jagalah sembahyang yang wajib dan perbanyakan sembahyang yang sunat.
Sembahyang yang dilakukan dengan ikhlas insya-Allah dapat mencari rahmat Allah agar tidak melakukan sebarang maksiat bukan setakat berzina. Kalau solat yang wajib pun memang susah dilakukan, hancurlah kehidupan. Mungkin sekarang berzina, mungkin akan datang akan melacur dan 2 tahun lagi mengambil dadah. Menjaga solat bermakna seseorang tu takutkan Allah. Takutkan Allah adalah satu senjata mantap untuk mengekang manusia dari melakukan maksiat. Jikalau tidak sembahyang, maknanya tidak takut Allah dan orang ini akan melakukan pelbagai dosa.
  1. Elakkan dari mengambil tangkal, gelang magnet, produk CVT, aura genius dan segala produk yang sewaktu dengannya.
  2. Jangan menyimpan segala macam patung di dalam rumah dan kereta. Perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  3. Jangan menggantung gambar manusia dan haiwan di dalam rumah dan kereta. Perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  4. Jangan menyimpan lagi gambar lelaki pasangan zina sdr di dalam dompet atau di dalam komputer. Buanglah atau bakar segala gambar lelaki syaitan tersebut.
  5. Elakkan sama sekali memakai make up seperti gincu / lipstik. Perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan. Memakai make up di rumah untuk suami digalakkan.
  6. Elakkan sama sekali memakai perhiasan seperti barang kemas yang dibuat dari emas atau dari kristal dan sebagainya kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan. Memakai perhiasan di dalam rumah untuk suami digalakkan.
  7. Elakkan memakai pakaian dari warna merah atau yang hampir merah kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  8. Elakkan memakai bauan apabila keluar dari rumah kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  9. Elakkan tidak menutup aurat atau memakai pakaian yang ketat apabila keluar rumah kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  10. Elakkan menonton movie di panggung dan di TV serta program yang melibatkan percampuran bebas lelaki dengan wanita terutama sekali yang melibatkan adegan bercium kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  11. Elakkan mendengar muzik terutama sekali muzik yang dinyanyikan oleh orang lelaki kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  12. Elakkan program TV dan radio yang melibatkan lelaki kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  13. Elakkan berada ditempat yang ramai orang lelaki seperti shopping complex kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  14. Elakkan menaiki kenderaan berdua dengan lelaki bukan mahram kerana perbuatan ini mengundang syaitan dan syaitan ini akan memujuk untuk mengulangi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
  15. Elakkan bertelefon dan berSMS dengan pasangan zina sdr. Jika boleh usahakanlah untuk tukar nombor telefon.
  16. Jika pasangan zina bekerja di tempat yang sama, usahakanlah untuk bertukar tempat kerja. Apa yang penting ialah elakkan berjumpa dengan pasangan zina.
  17. Elakkan membaca majalah yang ada unsur seks dan artis. Bukankah lebih baik membaca bahan yang berkaitan agama Islam ?
  18. Selalulah berkata-kata dengan Allah sewaktu bersendirian kerana Allah mendengar segala rintihan umatNya.
  19. Selalulah berdoa dielakkan dari mengulangi perbuatan berzina serta mengulangi segala perbuatan maksiat lainnya.
  20. Elakkan dari memberitahu kisah ini kepada suami namun sdr perlu memohon keampunan secara am segala dosa sdr terhadap saumi sdr.
Ingatlah bahawa segala perbuatan yang bertentangan dengan Islam akan dibalas oleh Allah SWT di dunia dan pastinya di akhirat azab yang menanti adalah lebih perit. Balasan penzina seperti sdr sekiranya mengikut Islam sebenarnya ialah direjam sampai mati. Bayangkan anda diikat ke sebatang tiang di tepi jalan dan setiap orang yang melaluinya membaling sdr dengan batu. Amat perit dan untuk mati mengambil masa yang perlahan, aduh peritnya. Di Malaysia sudah tidak ada lagi undang-undang seperti ini kerana ramai orang menjangkakan mereka adalah lebih pandai dan lebih hebat berbanding Nabi Muhamad SAW dan Allah SWT. Subhanallah.

Walau pun undang-undang rejam ini sudah tidak ada lagi di Malaysia namun hakikatnya saban hari ramai orang yang direjam oleh Allah SWT iaitu melalui kejadian kemalangan kenderaan sama ada kereta bas atau motorsikal. Rejaman Allah SWT melalui kemalangan ini pun perit juga. Mahukah sdr direjam Allah melalui kemalangan kenderaan – dihempas tubuh kita dengan kaca, besi dan batu jalan??

Namun demikian sekiranya sdr bertaubat bersungguh-sungguh bertaubat, insya-Allah Allah SWT akan menerima taubat sdr dan tanda Allah SWT menerima taubat sdr ialah Allah akan memberikan kafarah iaitu satu azab yang ringan. Pilihlah sama ada sdr ingin mendapat azab ringan dari ALLAH SWT ini atau azab berat seperti kemalangan dahsyat ke atas sdr sekiranya sdr terus melakukan maksiat!!!

Dalam kes ini sdr perlu sentiasa berhubung dengan saya kerana serangan syaitan selepas ini akan bertali arus dan segalanya bertujuan agar sdr meneruskan perbuatan zina sdr tersebut. Hubungilah saya melaui email atau terus menelefon atau SMS saya di XXXXXXX (diedit Emjay)

Jadilah umat Islam yang kuat dan tabah semoga dibalas Allah dengan syurgaNya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay 

20 comments:

  1. semoga dia dan ramai lagi diluar sana akan segera insaf & bertaubat ...

    ReplyDelete
  2. en Emjay boleh saya menulis sikit...

    apabila seseorang melakukan maksiat ada dua perkara yang diperolehi.

    1. dosa
    2. saitan dapat masuk kedalam badan

    untuk menyelesaikan dosa dengan bertaubat. tetapi selalunya ulang lagi ini satu lagi masalah.

    sepekara lagi yang masuk kedalam badan ialah saitan zina yang ini perlu ada teknik khas untuk mengeluarkan dari dalam badan agar bisikan saitan terhapus supaya minat untuk mengulangi lagi tiada.

    ReplyDelete
  3. Taubat sungguh2 itu jalan penyelesaian. Syaitan dan sekutu dengannya memang sentiasa menggoda manusia dan berusaha untuk menyesatkan manusia hingga hari kiamat...taubat haruslah di susuri dengan azam tidak akan mengulanggi perkara tersebut....dan bina hidup baru..dan bina buku catatan baru...sesengguhnya Allah Maha menerima taubat....والله أعلم

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Emjay


    I like all of your blog so much ...

    ReplyDelete
  5. Salam..sy nak tau apa tnda taubat d terima..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbh

    Menurut pengalaman lepas, apabila seseorang bertaubat dengan sesungguh taubat (nasuha) selalunya mereka akan ditimpa kafarah seperti sakit dsbnya. Kafarah dari Allah ini adalah lebih ringan dari hukuman sebenar. Sebagai contohnya, satu ketika dahulu seorang isteri yang kerap berzina dengan suami orang telah benar-benar bertaubat dan selepas itu buah dadanya, tekaknya dan akhirnya kemaluannya mengalami sakit. Inilah bahagian-bahagian yang selalu melakukan maksiat dahulunya.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. wa Allah hu a'lam...Janji manusia nie selalu membersihkan diri dari dosa dan Noda...Ingat Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang..Jangan persoalkan macam tanda orang yang di terima taubat...saya ada satu soalan pada awak adakah awak tahu esok, petang karang, malam karang apakah lakukan..dan apa akan terjadi pada Awak????...

    ReplyDelete
  8. Sy bukan nak mempers0alkn..bila kta btaubat dn yakin tobt d terima alangkah lega n puas jiwa..lgpun ianya bukan sesuatu yg mustahil untk d persoalkan,bukan nya sy mlalaikan taubat kan?

    ReplyDelete
  9. Timakasih en.emjay atas jwp yg bgitu S0PAn,sy bertanya krn suami berulit n0da selama lebih 2 thn,kini dia bertaubt,,setelah itu dia terlibt dgn kemalangan,berbelanja ribuan ringgit untk membaiki ker0sakan,dan dia d pindah kerja padah perbuatanya,yg mana dia bepndapatan lumayan hasil pkerjaanya sbl ini..adakah ini juga b0leh d angap sbg KAFARAH?jika ya,sy redha dan syukur andai bnar taubt suami d terima,krn sx takut taubt suami cuma d mulut sja.syukran jazilan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Sebagaimana saya sebutkan di atas, kafarah boleh bernetuk penyakit atau pun sebarang bentuk musibah. Musibah yang menerima suami sdr mungkin adalah satu kafarah sekiranya beliau bertaubat nasuha. Sekiranya beliau bertaubat sambal, kejadian yang menimpa suami adalah satu musibah balasan keingkaran beliau kerana mengerjakan maksiat. Yang mana satu hanya Allah yang mengetahuinya.

    Namun saya berdoa semoga apa yang menimpa suami sdr adalah merupakan kafarah penebus dosa yang mampu menjadi iktibar akan segala kesilapan beliau. Sebagai isteri, sdr dinasihati agar bentuklah dan bimbinglah suami agar beliau menjadi seorang islam beriman dan tidak lagi mengulangi kesilapan lampau.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. maaflah saya bukannya apa..kita manusia nie sentiasa melakukan kesilapan....alangkah bagus setiap apa yang kita sedari kita mengaku dan beristighfar...yang itu lebih elok...yakin bahawa Allah Amat Pengampun....Maafkan saya terkasar bahasa pada awak....sentiasalah kita mengucapkan lafaz istighfar moga kita bersih dari dan dijauhkan dari sifat2 yang tercela...sekian dahulu....

    ReplyDelete
  12. Trimakasih..ada 1 ps0alan lg,bgm cra tbaik untk sy memaafkn d0sa dn salah suami trhdap sy?suami skrg menanti masa untk d bicara,jd stiap x memikir hal tsbut,hati jd marah dn bnci pdnya,pd masa yg lain sy kasihan,mengapa harus dia libtkan dan palitkn kesusahan pd sy dn anak2?jiwa sy sering tertanya,adakh dugaan ini tnda Allah tidk merestui hubungan kami?atau krn Allah ingin hapus d0sa sy yg mungkin tdk sy sadari slama ini? Kdg2 sy rasa untk meminta cerai, Perlukah sy s0lat istikharah?

    ReplyDelete
  13. Kalau pun suami sdr kerap berzina, ia masih belum melayakkan sdr minta cerai. Setiap orang banyak melakukan dosa hatta saya dan sdr sendiri. Seandainya anak sdr dibunuh sekalipun, islam menggalakkan balasan terbaik bukannya sdr bunuh pula orang yang membunuh anak sdr tersebut walau pun Islam membenarkannya. Tetapi balasan terbaik yang dituntut Islam adalah memaafkannya.

    Suami sdr sudah menerima balasan yang setimpal di dunia dan ini memangnya balasan dari Allah SWT ke atas hambaNya yang berdosa semoga dengan ini menjadi iktibar dan menjadi penebus dosa sebagai janji Allah dalam Al Quran surah Asy Syura: 30.

    Seorang suami yang diberikan Allah SWT adalah sebaik-baik pasangan yang diberikan Alah berdasarkan kebaikan/kejahatan kita semua. Semaklah di dalam Al Quran dimana Allah berjanji lelaki baik bakal berkahwin dengan perempuan baik manakala perempuan jahat bakal berkahwin dengan lelaki jahat. Redhalah dengan ketentuan Allah ini dan semoga dengan musibah yang menimpa keluarga sdr ini bakan menjadi iktibar dan kafarah. Ingatlah pastinya setiap orang bakal diuji dengan ujian dan memanglah ujian Allah itu perit.

    Perlulah diingat juga bahawa Alah kalau ingin memberikan rahmatNya, ia bakal dimulai dengan musibah. Jadi kalau tidak dapat musibah, sukarlah untuk mendapat rahmat.

    Redhalah dengan musibah ini dan maafkanlah kesalahan suami sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. wanita yg berzina td perlukah berterus terang dgn suaminya...agar dosanya diampunkan

    ReplyDelete
  15. Dalam perkara 22 di atas ada saya tulis seperti ini:

    Elakkan dari memberitahu kisah ini kepada suami namun sdr perlu memohon keampunan secara am segala dosa sdr terhadap saumi sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Dalam kes ini sdr perlu sentiasa berhubung dengan saya kerana serangan syaitan selepas ini akan bertali arus dan segalanya bertujuan agar sdr meneruskan perbuatan zina sdr tersebut. Hubungilah saya melaui email atau terus menelefon atau SMS saya di XXXXXXX (diedit Emjay).......

    Appa ni MJ? Sejak bila plak Ustaz MJ boleh berSMS ngan perempuan.bukan mahram ni? Apakah dalil yang mengharuskan perbuatan ini ya Ustaz. Kira nak tolong tepis godaan syaitan la ni? Ni pun dah masuh perangkap Bro!!!

    ReplyDelete
  17. So untuk semua perempuan yang pernah berzina dan ingin bertaubat perlu sentiasa berhubung dengan ustaz Mj kerana serangan syaitan selepas ini akan bertali arus....... Hubungilah saya (MJ) melalui email atau terus menelefon atau SMS saya di XXXXXX(diedit MJ), harap2 yg call dan sms emjay jgn cuba2 nk goda beliau. Soalan saya, Nabi ada buat camni ke Ustaz MJ? Bidaah ke ni? kompiiusss kompiussss

    ReplyDelete
  18. saya berikrar tidak akan berzina samasekali walau apapun, kerana itu janji saya pd Allah di suatu malam yg hening dgn spenuh jiwa raga sya. tapi, sjak setahun dua kblkangan ini sya dpati suami amat dingin seks. masaalahnya, ktika dia mahu bersama, saya pula terasa dingin krna sikapnya seharian, malah sikapnya yg malas ktika hbungan brsma. xtahu lagi bgaimana nk selesaikan masaalah ini. Hanya Allah lah yg tahu betapa saya kecewa. jika kemahuan suami wajib dilayan meskipun di atas unta, bgaimna pula kemahuan isteri? saya berasa seperti terperangkap dlam neraka ciptaan suami. apakah jalan keluar dr semua ini. sy merasakn sungguh tidak redha diperlakukan sperti ini oleh suami. tidakkah berdosa bagi suami krna sy berhak mendapatkn yg halal darinya sdangkan ia adalah berdosa jika saya mendpatkn hal itu dari luar.

    ReplyDelete