Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 8 September 2008

MENCARI RAHMAT ALLAH

MENCARI RAHMAT ALLAH
Oleh
Emjay

Mengikut kamus dewan, rahmat lebih membawa makna kepada sifat Allah yang mengasihani, memberkati, menganugerahi dan mengurniai. Di dalam Quran terdapat lebih daripada seratus perkataan rahmat (124 kali) yang telah disebut oleh Allah. Jika ditinjau dari istilah kamus dewan, takrifan rahmat dari Allah masih belum konkrit. Al Quran menjelaskan :

A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.


Jelas di sini bahawa rahmat sememangnya milik Allah. Daripada ayat-ayat berikut dapatlah kita lihat contoh rahmat Allah.

A-li Imran: 159
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Yusuf: 49
 "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Al Qasaas: 73
Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.

Saad: 43
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Hadis Bukhari Muslim mafhumnya:1597
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya

Di antara contoh-contoh rahmat Allah daripada Al Quran dan hadis di atas ialah; bersikap lemah lembut, hujan, kejadian malam dan siang, anak  dan saling kasih mengasihi sama ada di kalangan manusia atau haiwan. Rahmat malam dan siang sahaja adalah merupakan satu rangkuman pelbagai rahmat lain yang tidak terkira seperti kejadian tumbuhan, haiwan, udara termasuk oksigen yang diperlukan manusia dan sumber makanan bagi semua makhluk di dunia.

Ar Ruum: 36
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.


Daripada surah Ar Ruum di atas dapat juga dirumuskan bahawa sesuatu yang membawa kegembiraan juga adalah rahmat daripada Ilahi seperti pangkat, kemewahan, kuasa dan kekayaan.

Daripada penjelasan di atas, secara mudah rahmat Ilahi adalah setiap sesuatu perkara positif yang dikehendaki oleh manusia yang tidak melanggar batas agama seperti rahmat sihat, pendengaran, penglihatan, kenyang, tidur, jaga, mempunyai anak, pekerjaan, harta, nikmat kesedapan makanan, gigi, nikmat bersuami isteri, berkasih kasihan, hujan, panas, udara, tumbuhan, harta dan kekayaan.

Daripada surah Ar Ruum ayat 36 di atas juga Allah telah menerangkan bahawa Allah akan menarik kembali rahmat ini mengikut kehendak Nya. Contoh kes seperti ini ialah suami isteri yang tidak lagi berkasih kasihan malah bercakaran, Ada yang mempunyai pekerjaan yang baik tetapi sudah diberhentikan. Ada yang mempunyai anak tetapi Allah telah mengambil kembali mereka pada usia muda. Ada yang dahulunya sihat tetapi kini menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ada yang dahulunya tenang dan tenteram tetapi kini menjadi kusut dan buntu. Ada pasangan isteri atau suami tetapi kini hidup menjanda / menduda. Ada yang dahulunya kerja di pejabat cantik molek tetapi kini telah diturunkan pangkat.  Ada yang dahulunya tidak banyak hutang tetapi kini sudah bertapuk dan di kejar along. Dahulu ada rumah atau kedai tetapi kini telah terbakar. Dahulunya kereta cantik berkilat, kini sudah pun rosak atau kemalangan atau telah hilang dicuri. Dahulu aman tidurnya tetapi kini tidak lagi semenjak rumah dimasuki pencuri dan hilang harta beribu-ribu RM. Dahulu keluarga sangat harmoni tetapi kini anak-anak sering bergaduh sesama mereka malah lebih teruk apabila mereka bergaduh  dengan ibu bapa mereka. Dahulu sewaktu anak masih kecil mereka diberi penuh kasih sayang tetapi kini mereka kerap melawan dan tidak menghormati ibu bapa lagi. Dahulu dengan jiran saling hormat menghormati tetapi kini saling bermusuhan dan membenci. Dahulu di sekolah rendah anak pandai tetapi SPM cuma pangkat 3. Sewaktu dahulu duit melimpah ruah tetapi apabila semakin tua mereka menjadi semakin miskin dan kerap putus duit. Dahulu lemah lembut tetapi kini selalu marah-marah.  Dahulu anggota badan sempurna tetapi kini cacat. Dahulu senang tidur tetapi kini kalau nak tidur kena makan pil tidur, itu pun belum pasti tidur lagi. Belum kahwin, engkaulah bulan engkaulah intan engkau lah payung tetapi selepas kahwin pantang bercakap sikit pasti berkesudahan dengan pergaduhan. Sejak kecil mendapat nikmat tidur, tetapi menjelang 20an nak tidur sahaja pasti ada lembaga yang menindih hingga takut untuk tidur. Ada yang dahulu suka makan kacang, rempeyek dan apel tetapi kini sudah tidak boleh mengunyah benda keras. Dahulu mata masih 20 / 20 kini dah kena pakai cermin mata. Dahulu hasil kebun menjadi tetapi kini hasil kelapa sawit sudah banyak menurun. Dahulu bawa kereta elok saja dan tak terlibat kemalangan tetapi kini kerap terlibat dengan kemalangan. Dahulu perniagaan sangat maju tetapi hari ini rugi menggunung serta banyak lagi contoh di mana Allah telah mengambil semula rahmatNya.

Dari pengertian Surah Ar Ruum: 36 juga boleh ditafsirkan bahawa lawan bagi rahmat Allah ialah bencana atau musibah. Rahmat mendatangkan keseronokan dan kegembiraan tetapi bencana atau musibah membawa kesedihan. Dengan ini dapat dianalogikan rahmat Allah dengan rajah berikut:

Rajah 1: Kebun tanaman yang dilindungi dari musuh tanaman oleh pagar elektrik.

Pagar melindungi musuh tanaman seperti babi, gajah, rusa, tikus dan monyet. Rahmat Allah dianalogikan sebagai pagar manakala tanaman di kebun sebagai kita; manusia. Selagi pagar masih di situ selagi itulah musuh tanaman tidak dapat merosakkan tanaman. Selagi Allah menurunkan segala rahmatNya, kita akan sentiasa seronok dan gembira. Apabila rahmat Allah ditarik maka bergembira sakanlah babi, monyet dan sebagainya berkenduri tanaman di dalam kebun tersebut. Apabila Allah menarik rahmat penglihatan, manusia sama ada akan menjadi rabun, buta dan sebagainya. Apabila rahmat keselamatan ditarik, harta benda kita seperti rumah, wang, emas dan kereta akan dicuri. Apabila rahmat kesihatan ditarik, manusia akan mendapat pelbagai jenis penyakit. Apabila rahmat kepandaian ditarik, manusia menjadi semakin susah untuk belajar. 

Apabila rahmat tidur ditarik, tidur malam pun menjadi sukar. Apabila rahmat harmoni ditarik, maka bercakaranlah antara suami isteri, adik beradik dan antara anak dengan ibu bapa. Apabila rahmat sedap ditarik, makan apa pun rasa pahit seperti orang yang demam. Makan mangga yang paling sedap dari India pun rasa pahit. Setiap perkara yang secara kasarnya merugikan manusia adalah kerana Allah tidak lagi memberikan rahmatNya sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al A’raaf: 23  berikut:

Al A’raaf: 23  
Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

Kita disarankan agar sentiasa berdoa memohon rahmat daripada Allah sehingga apabila hendak makan pun disuruh berdoa “Ya Allah, berkatilah dari apa yang Kau rezekikan ini dan jauhilah kami dari azab api neraka”. Apabila Allah memberikan rahmatNya, dapatlah kita merasakan nikmat walau pun sekadar berlaukkan ikan bilis goreng dengan kicap dan timun sahaja. Apabila makan ikan kita dielakkan daripada tercekik tulang. Kita juga tidak makan terlalu banyak sehingga menyusahkan pergerakan dan menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang negatif. Begitulah Allah memberikan rahmatNya kepada manusia.

Seterusnya marilah kita berkongsi ilmu bagaimana kita hendak mendapatkan rahmat Allah ini dan seterusnya bagaimana hendak mengelakkan dari terputusnya rahmat Allah yang bakal mengundang pelbagai bencana atau musibah.

Daripada firman Allah di atas iaitu surah A-li Imraan: 132, satu resipi untuk mendapatkan rahmat Allah ialah dengan mentaati Allah dan rasulNya. Berdasarkan Al An’aam (di bawah): 155  dan Al A’raaf: 52 (di bawah) pula, resipi kedua ialah  menuruti dan mengamalkan Quran lalu  bertakwa. Dari Al A’raaf: 56 (di bawah) pula terdapat dua resipi iaitu tidak melakukan kerosakan / kezaliman  dan memperbaiki atau memperelok amalan. Resipi dari Al A’raaf: 204 (di bawah) pula ialah apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah

Al An’aam: 155
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Al A’raaf: 52
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayat petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.

Al A’raaf: 56
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Al A’raaf: 204
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.


Resipi untuk mendapatkan rahmat Allah di atas disusun semula seperti berikut supaya lebih jelas dilihat dan difahami:

  1. Dengan mentaati Allah dan rasulNya.
  2. Menuruti dan mengamalkan Quran lalu  bertakwa.
  3. Tidak melakukan kerosakan / kezaliman 
  4. Memperbaiki atau memperelok amalan.
  5. Apabila Quran itu dibacakan, maka dengarkanlah ia serta diamlah

Demi cantiknya Allah yang menurunkan Quran, kelima-lima resipi ini tidak pun bercanggah antara satu sama lain. Apabila manusia menuruti dan mengamalkan Quran dalam kehidupan seharian maka ketahuilah bahawa manusia ini sedang mentaati Allah dan rasulNya. Mana mungkin hamba ini akan melakukan sebarang kerosakan apabila beliau masih tetap menuruti dan mengamalkan Quran. Segala pengetahuan di dalam Quran sekiranya dituruti dan diamalkan akan menjadikan manusia ini semakin cantik dalam segala aspek sama ada akidah, ibadah, muamalah, kekeluargaan, kejiranan serta tingkah laku dan akhlak. Oleh itu bacalah Quran bukan setakat dengan membunyikannya sahaja terutama sekali membunyikan surah Yaasin di malam Jumaat. Apabila dibacakan Quran, dengarlah, fahamilah serta diamlah. Apabila tiba malam jumaat membaca Yaasin akan dibacakan beramai-ramai, oleh itu siapa yang membaca dan siapa yang mendengar serta diam?.

Daripada resipi pertama di atas iaitu mentaati Allah dan rasulNya, satu resipi penting dapat ditambahkan iaitu dengan mentaati hadis (sahih) dan sunah Nabi Saw. Di Malaysia setakat membunyikan Quran (bukan membaca kerana membaca disertai kefahaman) masih boleh dibanggakan kerana masih ramai yang mengamalkannya tetapi bab membaca hadis ini dah menjadi satu perkara yang janggal. Kalau ada yang membaca mungkin setakat baca hadis 20, hadis 40 atau hadis-hadis tertentu sahaja. Marilah sama-sama kita melaksanakan resipi keempat di atas iaitu memperelok amalan kita dengan bukan setakat membunyikan Quran malah kita memahami dengan membaca terjemahan Quran yang mudah diperoleh dan ada yang boleh dibeli dengan hanya RM20.00 sahaja. Seterusnya belajarlah dengan membeli dan membaca tafsiran Al Quran. Apabila habis dibaca dan difahami, belilah pula buku terjemahan hadis Muslim, Bukhari atau Turmizi. Bukannya mahal pun. Paling mahal ialah  buku hadis Muslim yang di sekitar RM130.000. Sesudah membeli, membunyi dan membaca Al Quran dan seterusnya buku-buku hadis maka insyaAllah banyak resipi untuk mendapat rahmat Allah di atas akan dapat dilaksanakan. Janji Allah seterusnya ialah rahmat Allah akan bercucuran ke atas manusia ini.

Lawan kepada rahmat seperti dinyatakan di atas adalah bencana atau musibah. Apabila lima resipi penting untuk setiap orang yang mengaku Islam ini tidak dilakukan maka kita akan terkena ayat Quran berikutnya:

Asy Syura: 48
Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu) dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, dia bergembira dengannya dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

Sesungguhnya bencana atau musibah yang diturunkan oleh Allah adalah berpunca daripada kita yang berpaling ingkar daripada melaksanakan lima resipi di atas. Akibat daripada itu, manusia akan melakukan dosa dan sebagai balasannya, Allah akan menimpakan bencana atau musibah. Ini adalah berdasarkan firman Allah berikut:

Ar R’ad: 11
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara adalah milik manusia. Allah akan mengizinkan kebanyakan kehendak manusia ini. Hendak menjadi pembunuh Insya Allah akan diizinkan. Hendak jadi perogol sebab selalu menonton video lucah, insyaAllah akan diizinkan. Hendak jadi pencuri insyaAllah. Hendak jadi baik dan beriman, InsyaAllah. Pendek kata nak jadi apa sekali pun insyaAllah akan diizinkan. Itu hak manusia. Hak Allah adalah membalas. Kita buat baik dibalas baik, kita buat jahat Tuhan balas jahat. Jika kita suka menyundal (melacur), insya Allah akan mendapat siplis, gonorea atau AIDS disamping balasan-balasan lain. Jika kita sebagai guru mengajar anak orang dengan penuh kesungguhan dan ikhlas, esok dibalas Allah apabila anak kita pula diajar orang dengan cantik.

Setiap bencana musibah yang menimpa bukan seperti kata kebanyakan orang “awak kurang bernasib baik”. Anak patah kaki bukan kerana tak bernasib baik tetapi sebagai balasan musibah bencana dan peringatan kepada ibu bapa yang mungkin kerap bergaduh hebat. Tayar kereta pancit bukan kerana tak bernasib baik tetapi Allah lah yang merencanakan sehingga tayar kita pancit kerana kita berjalan di bumi Allah ini banyak tak betul. Rosak enjin di highway sewaktu balik kampung bukan kerana nasib tak baik tetapi sebagai bala bencana musibah sebagai peringatan kerana mungkin banyak melakukan zina. Anak yang dahulu pandai tetapi kini merosot bukan kerana semata-mata takdir Allah tetapi mungkin berpunca ibunya yang suka riak. Apatah lagi bila darjah satu dapat nombor dua. Tak cukup orang yang nak diberitahu. Bila rumah dimasuki pencuri, bukan semata-mata nasib tak baik dan dah takdir Allah, tetapi tengoklah dah berapa lama zakat infak pendapatan, wang simpanan, emas, pertanian dan ternakan yang terhutang dengan Allah. Apabila anak kena rogol, janganlah semata-mata menyalahkan perogol, nasib dan takdir. Tengoklah dahulu tingkah laku emak dan bapanya. Berapa kali dah berzina tak kira bini atau suami orang apatah lagi anak dara orang. Apabila anak jadi bohsia atau bohjan  jangan salahkan nasib semata-mata, takdir, sekolah mahu pun kerajaan. Tengok dahulu adakah ibu bapa itu suka berzina atau tidak? Begitulah Allah, apabila kita berbuat baik akan dibalas baik tetapi apabila kita ingkar dan melakukan kejahatan, kelak dibalas Allah dengan bala musibah bencana yang setimpal. Ini dapat dijelaskan lagi mengikut beberapa ayat Quran berikut :

An Nisaak: 79
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

An Nisaak: 111
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Al Anfaal: 25
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.


Ar Ruum: 41
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Asy Syura: 30
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Begitulah serba sedikit contoh bagaimana Allah membalas setiap perlakuan manusia. Bencana musibah yang diturunkan oleh Allah bukanlah suatu nasib tidak baik. Sebenarnya bencana musibah tersebut adalah suatu tanda kasih sayang daripada Allah kepada hambanya. Jika kita berbuat jahat tetapi tidak pernah menerima pembalasan untuk sekian lama, sudah pasti perlakuan jahat ini akan semakin menjadi-jadi. Sebagai iktibar cerita ini terdapat di majalah Mastika beberapa tahun yang lampau. Hamba Allah ini bekerja dengan tauke Cina menguruskan pelacur di Sabah dan bagi setiap pelacur yang diuruskan akan diberikan elaun selain daripada gaji tetap bulanan. Lebih ramai diuruskan lebih banyak wang diperoleh.

Namun kekayaan yang dikumpul hanya mendatangkan bala bencana kepadanya, seperti kematian anak perempuan tersayang yang terlibat di dalam kemalangan ketika memandu kenderaan yang dibeli dengan wang haram. Anak lelakinya pula lumpuh akibat kemalangan juga ketika memandu motosikal kuasa besar yang juga dibeli dengan wang haram dan banyak lagi bala bencana lain. Setelah kematian isteri tersayang dan terus menerus ditimpa bala bencana menyebabkan hamba Allah ini memutuskan untuk tidak terlibat lagi dengan pelacuran dan bertaubat. Setelah berkahwin lain dengan isteri baru, kehidupan mereka tidak mewah tetapi tidaklah pula putus duit belanja makan tetapi kini dapat hidup aman tenteram dan dijauhi Allah daripada bala bencana musibah. Adakah bala musibah yang menimpa hamba Allah selama ini suatu nasib yang tak baik? Sebenarnya inilah tanda kasih sayang Allah hingga akhirnya menyebabkan beliau bertaubat.  Iblis dan syaitan sentiasa mendorong manusia untuk melakukan kejahatan, begitu juga nafsu sebagaimana firman Allah berikut :


Yusuf: 53
".................................................................; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Hanya rahmat daripada Allah yang dapat melindungi manusia daripada terus mengerjakan kejahatan.

Bagi mendapatkan rahmat Allah, kebaikan pertama yang disarankan Quran ialah seruan untuk mentauhidkan Allah. Quran diturunkan kepada Nabi SAW ketika umat manusia pada waktu itu mensyirikkan Allah.

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Agama Islam mengakhiri dan menyempurnakan  agama-agama Allah yang lain sebelumnya.

Sayang sekali kerana ramai daripada orang melayu yang sembahyangnya tidak tinggal, naik haji 3 kali, tetapi di rumah ada keris pusaka yang diasap pada malam tertentu dan pelbagai lagi tangkal dan azimat. Ibadat yang dilakukan tidak ada makna langsung dan neraka sahaja lah tempatnya kelak.

Apabila akidah kita sudah rosak maka syaitan akan menjadi teman setia seperti yang difirmankan  oleh Allah daripada dua ayat berikut:

Al A’raaf: 27
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”


Az Zukhruf: 36  
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Ramai orang Islam yang tidak sedar bahawa mereka telah terkeluar dari agama Islam hanya dengan menolak atau tidak redha dengan satu hukum. Orang perempuan pun mudah sangat rosak akidah mereka hanya dengan tidak redha kepada hukum poligami seperti kumpulan yang popular sedikit waktu dulu – (Sisters In Islam). Apalah sangat kita tidak setuju dengan hukum Islam, mencuri tanpa sebab yang munasabah dihukum potong tangan. Di Cina, hukuman rasuah adalah bunuh tetapi tidak ada pula orang yang mempertikaikannya.

Syirik adalah jelas merosakkan akidah. Apabila sudah menjadi mushrik (pelaku syirik), rahmat, hidayah dan taufik daripada Allah akan terlindung. Mengambil tangkal, azimat, pelaris, pelindung dan berjumpa bomoh menjadikan kita kafir mushrik. Sebesar-besar dosa seperti zina atau membunuh tak boleh menandingi dosa syirik seperti yang dinyatakan oleh ayat Quran surah An Nisaak 116 di bawah :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa lain bagi yang dikehendakiNya.”.

Amalan syirik seperti mandi bunga, tangkal pelaris, penunduk suami, penghalau jin dan syaitan, pagar rumah, penerang hati dsb memang banyak sekali diamalkan di kalangan orang Melayu Islam kita.

Kes 1
Kes ini berlaku pada sesi pengajian 2002/2003 sesi ke 2. Saya  diberikan tugas untuk mengajar pengajaran mikro kepada kira-kira 12 orang pelajar tahun 3. Setiap pelajar perlu menjalani pengajaran mikro mengikut gilirannya. Pelajar pertama selalu kurang bernasib baik dan ramai yang gagal kerana tidak dapat melihat model pengajaran untuk diikuti. Pelajar kedua, ketiga dan seterusnya lebih bernasib baik kerana telah melihat model-model pengajaran dan telah mendengar pelbagai komen yang positif dan negatif dari pensyarah. 

Pelajar K adalah antara pelajar yang bernasib baik kerana giliran beliau adalah kira-kira yang kelima. Namun sewaktu pelajar K mengajar, beliau seolah-olah tidak pernah melihat langsung sebarang model pengajaran yang sepatutnya. Beliau gagal dengan teruk sekali. Beliau perlu menunggu sehingga semua pelajar lain habis menjalani pengajaran mikro sebelum beliau dikehendaki mengulang untuk kali kedua. Saya telah memanggil pelajar K untuk ditemu bual.  Pelajar K telah menceritakan bagaimana keluarganya memang pernah memanggil bomoh untuk datang ke rumah dan pernah pergi mencari bomoh-bomoh lain kerana ibunya memang mempunyai masalah. Salah seorang daripada  bomoh ini ada memberikan kain hitam kira-kira semeter panjang untuk disimpan oleh pelajar K. Selepas sesi-sesi pertemuan dengan bomoh-bomoh ini, pelajar K  mendapat satu kelebihan iaitu boleh menurun dan boleh berkomunikasi dengan makhluk halus (iblis). Lalu saya ceritakan bahawa pengalaman yang telah dilalui oleh pelajar K ini salah di sisi Allah dan adalah sejenis syirik iaitu sebesar-besar dosa. Saya menyuruh pelajar ini taubat dan menyerahkan kain hitam tersebut kepada saya. Namun pelajar K tidak dapat berbuat seperti yang diarahkan dengan segera kerana rumahnya berada jauh di pantai timur. 

Apabila tiba giliran pelajar K untuk menjalani pengajaran mikro kali kedua, seperti yang dijangkakan, beliau telah gagal sekali lagi dan langsung tidak ada peningkatan walaupun telah menonton semua pelajar lain disamping mendengar semua sesi perbincangan selepas setiap sesi pengajaran mikro. Beberapa hari selepas kegagalan kali kedua tersebut, pelajar K telah balik ke kampung untuk cuti hari raya Aidiladha. Sekembalinya beliau dari pantai timur, terus beliau menyerahkan tangkal kain hitam kuning kepunyaan beliau kepada saya iaitu pada hari Jumaat. Tiga hari selepas itu iaitu pada hari Isnin berikutnya, pelajar K menjalani sesi pengajaran mikronya untuk kali ketiga dan peluang ini adalah peluang yang terakhir. SubhanaAllah, maha suci Allah, saya dan pelajar-pelajar lain terpegun sama sekali melihat kelancaran sesi pengajaran mikro tersebut. Pelajar K telah lulus dengan baik sekali pengajaran mikronya hanya selepas tiga hari beliau membebaskan dirinya daripada belenggu  syirik tangkal.

Rumusan daripada cerita ini ialah melakukan syirik bagi orang Islam akan menjadikan pelakunya semakin tidak pandai kerana rahmat Allah telah tidak turun kepadanya.

Kes 2
Kes ini pula berlaku pada semester II sesi 200X/200Y. Saya juga dikehendaki mengajar kelas pengajaran mikro seramai kira-kira 13 orang pelajar. Salah seorang daripada pelajar saya ini adalah pelajar mengulang iaitu beliau gagal pada sesi yang lalu. Saya namakan beliau sebagai ABC. Sebaik sahaja saya mengetahui bahawa ABC adalah pelajar bermasalah dan mengulang seperti yang diberitahu oleh penyelaras mata pelajaran, saya lalu meminta ABC untuk menemui saya untuk sesi temu bual. Melalui beberapa sesi temu bual, diceritakan bagaimana keluarga ABC adalah pencinta bomoh. Berbagai-bagai tangkal boleh dilihat bersepah di dalam rumah. Ada tangkal yang telah ditanam di sekeliling rumah. Keturunan ABC adalah tukang buat wayang kulit, Sebahagian daripada alat pertukangan untuk membuat wayang kulit juga terdapat di sekitar rumahnya. Seorang abang ABC merupakan graduan bekas pegawai tentera berpangkat kapten tetapi kini telah menjadi seorang penganggur kerana menghidap penyakit mental. ABC juga menceritakan bagaimana beberapa bulan lalu beliau ada menemui beberapa bomoh. Berbagai-bagai tangkal dan air jampi telah diberikan oleh bomoh-bomoh ini. Ada di antara tangkal-tangkal ini adalah dalam bentuk pen dan pensel untuk digunakan setiap kali beliau menulis nota kuliah di universiti agar mudah diingat. Walaupun berbagai usaha dan tangkal yang diberikan para bomoh, hakikatnya ialah beliau semakin merosot di dalam akademik. 

ABC semakin menghadapi banyak masalah dan kemuncak daripada pelbagai masalah ini ialah beliau telah mencampurkan berbagai ubat lalu diminum dengan harapan untuk mati secara bunuh diri. Namun Allah masih sayang kepadanya dan ABC sempat ditemui lalu dihantar ke sebuah hospital. Alhamdulillah ABC tidak mati. Setelah menyedari berbagai-bagai kesilapan melakukan syirik, beliau telah bertekad untuk menyerahkan berbagai-bagai tangkal dan azimat serta air jampi kepada saya. Alhamdulillah ABC menyerahkan berbungkus-bungkus tangkal, azimat, buku sihir dan air jampi jauh lebih awal dari giliran beliau untuk pengajaran mikro. Selepas beberapa pertemuan awal yang memakan masa lebih se jam setiap pertemuan, ABC sangat berminat bertemu dengan saya hampir setiap minggu dan kadangkalanya dua kali se minggu untuk mempelajari agama terutamanya aspek pembersihan akidah. Apabila tiba giliran ABC untuk pengajaran mikro, beliau telah lulus dan begitu juga bagi sesi latihan mengajar.

Rumusan daripada kes  ini ialah, apabila pelajar dibesarkan dengan kebesaran keluarga yang mengamalkan amalan suka jumpa bomoh, akhirnya pelajar ini sendiri sudah pandai mencari bomohnya sendiri. Kesyirikan yang dilalui pelajar ini menyebabkan pelbagai masalah kronik timbul yang seterusnya menjejaskan prestasi akademik dengan teruk sekali. Apabila pelajar ini membebaskan diri daripada pengaruh syirik, rahmat Allah turun semula dan prestasi akademik meningkat. Apabila sudah sesat dan jauh daripada jalan yang ditunjukkan oleh Allah, maka :

Al Hijr: 56
”Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”.

Yusuf: 87
”Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".


Seperti yang dijelaskan pada dua ayat di atas, putus asa daripada rahmat Allah adalah sifat bagi orang kafir dan sesat. Orang kafir sememangnya sesat dan orang sesat sememangnya kafir. ABC telah membunuh diri walau pun belum mati kerana pada ketika itu beliau adalah sesat dan kafir. Pada waktu ini beliau telah putus asa ke atas rahmat Allah .

Dalam satu kes lain yang di alami oleh seorang guru perempuan yang tidak putus-putus dilanda masalah bala bencana telah berniat untuk membunuh diri juga tetapi belum dilaksanakan tetapi sudah mula menghisap rokok dan berusaha untuk mendapatkan dadah. Masalah guru ini juga adalah sama iaitu beliau dan suami suka mencari bomoh dan mengumpul tangkal dan azimat.

  Rasulullah bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
                                                                                          (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan  perlindungan kepadanya”
                                          (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)

(Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,

“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
                                                                  (Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain”

“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya, maka terasa di dalam benang. Maka bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untuku.”
      Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka ku tidak akan mensolatkan dikau.”
                                                                  (Riwayat Waqi’e)



Apabila tauhid sudah cantik barulah boleh dikatakan sama ada seseorang itu adalah Islam atau bukan Islam. Barulah insya Allah kita akan memperolehi rahmat dari Nya. Selepas itu manusia dikehendaki mengikut dan melaksanakan pula segala syariat seperti yang telah ditetapkan melalui Quran, hadis dan sunah. Janganlah kita takut melakukan perkara yang telah disyariatkan di dalam Islam hanya kerana terdapat ancaman kerana Allah berfirman:

Faathir: 2
”Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Di Malaysia pada masa kini, golongan yang dilihat banyak mengalami perceraian adalah antaranya golongan artis. Perkahwinan yang harmonis adalah satu rahmat besar dari Ilahi namun apabila seseorang artis saban hari bergelumang dengan dosa, sebenarnya orang ini telah menjerumuskan dirinya kepada bala bencana musibah serta menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah.

Bagi suami / isteri carilah rahmat Allah dengan menjaga bersungguh-sungguh peraturan Islam seperti solat, menutup aurat, tidak berhias untuk bukan mahram, jagalah akidah, elakkan pendinding, aura genius dan yang sewaktu denganya, elakkan amalan aura chakra reiki tenaga dalaman, elakkan gelang magnet dan jangan sekali-kali berurusan dengan bomoh termasuk ramai pengamal perubatan yang mengaku merawat secara Islam termasuk Pusat Rawatan D**** S***** yang gemar membekalkan tangkal garam lada hitam dan sebagainya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

35 comments:

  1. Rahmat lawannya bala

    Haq lawannya bathil
    Bila datang Haq bathil akan lenyap

    Assalamualaikum Emjay

    ReplyDelete
  2. takut benar tuan emjay dengan garam dan lada hitam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh

    Saya tidak takut dengan garam dan lada hitam. Selama ini pun saya banyak mengutip garam dan lada hitam dari mereka-mereka yang pernah berurusan dengan dengan D**** S***** untuk dilupuskan.

    Apa yang saya sangat takuti ialah orang awam mendapatkan tangkal garam dan lada hitam ini yang kononnya untuk melindungi premis dari gangguan hantu dan syaitan.

    Sekian wassalam


    Emjay

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum,....lada hitam dan garam ni memang dukun2 atau tok moh selalu guna untuk menghalau Syaitan...tetapi malang sekali nasib diorang akidah diorang dah punah dan jauh dari ajaran Islam...sebab menjadi kan bahan2 tersebut sebagai pendiding atau di panggil tangkal...di ibaratkan bahan2 tersebut lebih berkuasa dari Allah...mereka lebih bertawakal kepada tangkal tersebut bukan pada Allah...Alangkah malangnya mereka...di harap awakni jangan salah paham lagi kepada ust Emj..sekian...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....
    Sekadar makluman lada hitam dan garam itu ramuan kategori wajib untuk bubur lambuk di bulan Ramadhan yang mulia ini. Saranan saya, kekalkan fungsinya untuk itu..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbh

    Itulah yang betulnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbh

    Teruskan dakwah sdr melalui penulisan. Semoga Allah SWT memberkati sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. assalamualaikom
    kenapa pulak nak bertangkal tangkal ni, kenapa nak beribarat ibarat, memang la Allah maha berkuasa, kenapa pulak kata garam dan lada hitam ni ada kuasa,

    ReplyDelete
  9. maksudnya...bahan tersebut yang boleh menghalang syaitan dan sekutunya...merasuk manusia dan bahan tersebut di gunakan untuk mengahalau syaitan...Nak tanya mana pergi konsep keimanan kepada Asma ul Walsifat Allah.?....yang terjadi hari ini dalam masyarakat kita adalah bahan seperti lada hitam dan garam di gunakan untuk menghalau Syaitan....nak tanya satu soalan lagi apakah kita nak ketogorikan orang yang mengunakan bahan tersebut untuk menghalau syaitan..? apakah dia tidak yakin dengan kuasa Allah Swt yang menghidupkan & mematikan, Yang Maha pencipta, Yang Maha berkuasa. Dan buat mereka yang mengamalkan perbuatan ini, alangkah rosaknya akidah mereka....sedarlah bahawa keimanan kita terhadap Allah terlalu lemah...dan kita selalu menganggap benda2 yang diciptakan Allah lebih berkuasa daripadaNya..semoga Allah mengampunkan dosa kita dan dapat Petunjuk dari Nya...والله أعلم

    ReplyDelete
  10. salam.
    slmt ramadan al-mubarak kpd prof emjay.
    terima kasih krn menghuraikan maksud rahmat kpd kami.
    prof emjay,boleh tak prof huraikan pula maksud BERKAT.
    saya masih kabur ttg maksud BERKAT yg sebenarnya.
    dan juga boleh tak prof emjay huraikan maksud SELAWAT.
    adakah maksud SELAWAT ini kita mendoakan kpd nabi dan familinya.
    apakah tujuannya ALLAH menyuruh kita umat islam berSELAWAT ke atas nabi?
    didahulukan dgn ucapan berbanyak terima kasih dari saya.

    ReplyDelete
  11. cuba huraikan apa beza kadak kadar dan takdir?

    ReplyDelete
  12. cuba huraikan sembahyang jamaah, makmum ikut imam, imam ikut siapa ?

    ReplyDelete
  13. Saya ada menembul-bual seorang perawat Islam, menurutnya lada hitam dan garam secara sendirinya tidak ada apa-apa kuasa utk menghalau jin, tapi berdasarkan pengalamannya merawat, bahan2 itu setelah didoakan dengan ayat-ayat suci al-quran tertentu, dalam banyak kes dengan kehendak Allah dapat menghindari gangguan jin dan syaitan, Dalam hal ini Allah telah memperkenankan Ikhtiar2 menggunakan lada hitam & garam yang didoakan dgn ayat suci al-quran.Dia berkata, tak semestinya lada hitam atau garam sahaja, air yang dibacakan doa atau lain-lain ikhtiar juga boleh dilakukan.Menurutnya lagi, semuanya adalah ikhtiar semata-mata, Allah yang menentukan.Pergantungan tetap pada Allah,Beliau banyak menggunakan garam dan lada hitam kerana kebanyakan usaha-usahanya menggunakan kedua-dua bahan ini, diizinkan oleh Allah.Katanya lagi dia tidak tahu kenapa lada hitam dan garam ini berkesan , cuma Allah jua yang mengetahuinya, kerana Dialah yang menjadikannya sebegitu

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbh

    Alhamdulillah sdr sudah menyelidiki duduk perkara ini. Itulah sebabnya saya kata bahawa sememangnya pusat rawatan D**** S***** ada menggunakan tangkal garam dan lada hitam ini selain tahi besi dsbnya. Ia bukan satu fitnah.

    Beginilah yangkhai, kalau sdr ada masalah lalu berjumpa saya dan saya menjampikan ayat-ayat suci Al Quran pada kemenyan dan memberikan kepada sdr untuk menyimpannya. Adakah ini dibolehkan dalam Islam?????????

    Kalau beginilah hujah D***** S*****, mungkin para bomoh sesat lainnya boleh berhujah untuk menghalalkan segala tangkal yang telah saya kutip sebagaimana dalam gambar foto tangkal yang saya masukkan dalam Laman Emjay ini dengan mengatakan bahawa mereka juga telah membacakan ayat suci Al Quran kepada setiap tangkal tersebut.

    Itulah pentingnya mengelakkan bidaah. Kalau menjaga bidaah insyaAllah selamat dari terlibat dengan tangkal azimat ini.

    Pembaca sekelian, fahamilah bahawa garam dan lada hitam serta objek lain yang diberikan oleh D**** S**** adalah sebenarnya tangkal yang sesat dan menyesatkan.

    Sekian wassalam wallhuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Lucu bila tengok bomoh gune garam+lada hitam. Padahal ia bahan memasak.

    ReplyDelete
  16. Lagi satu cuba tanya ada tak dia org mandi bunga

    ReplyDelete
  17. sdr emjay, kalau kita anggap lada hitam,garam itu tangkal,azimat dan atau boleh memberi kesan, berkuasa, jelaslah bertentangan dengan akidah. Tapi bagaimana kalau kita tidak secubitpun mensifatkannya sedemikian tapi hanya sebagai sebahagian dari ikhtiar dalam rawatan, di mana pergantungan mutlak tetap pada Allah?Terbukti dalam banyak kes (bukan semua) kaedah rawatan menggunakan lada hitam dan garam dapat menghindari gangguan makhluk halus, seperti pengalaman perawat islam kenalan saya tersebut.Marilah sama-sama kita fikirkan, Allah telah izinkan ikhtiar perawat itu yg menggunakan garam dan lada hitam, jadi kemungkinan ada rahsia tersembunyi yang Allah telah kurniakan pada bahan-bahan ini utk kegunaan manusia bukan sahaja sebagai bahan makanan bahkan dalam menangani gangguan jin dan syaitan.Hanya Allah jua yang mengetahuinya

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbh

    Semoga sdr sentiasa didalam perlindungan Allah SWT.

    kes 1. Jikalau anak kecil sdr menangis tidak henti-henti di bawa kepada bomoh lalu diberi tangkal bungkusan kain hitam dan dengan izin Allah SWT anak sdr berhenti menangis. Adakah usaha ikhtiar sdr sebegini dibolehkan dalam Islam??

    Kes 2. Jikalau anak kecil sdr menangis tidak henti-henti di bawa kepada bomoh lalu diberi lada hitam dan garam dan dengan izin Allah SWT anak sdr berhenti menangis. Adakah usaha ikhtiar sdr sebegini dibolehkan dalam Islam??

    Kes 3. Guru sekolah ABC bermasalah rumah tangga mengadukan masalah kepada ustazah MMM. Kemudian ustazah ini membawa bomoh sesat Wak R**** di Johor Bahru dan selepas berurusan dibekalkan dengan tangkal, adakah diizinkan di benarkan dalam Islam??? Ustazah ini berkata walaupun dia mengetahui bahawa mereka mengutip tangkal azimat namun inilah ikhtiar yang mampu mereka usahan

    Kes 4. Apabila seseorang berurusan dengan bomoh, insya-Allah mereka akan dibekalkan dengan pelbagai contoh objek seperti pada http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Contoh_tangkal_dalam_masyarakat_melayu . Adakah ikhtiar seperti ini dibenarkan diizinkan dalam Islam.

    Kes 5. Setelah penggunaan garam dan lada hita dalam rawatan oleh pengamal D**** S***** maka mereka telah mengubah penggunaan garam dan lada hitam kepada gula dan jintan manis. Fungsi lada hitam dan garam diambil alih oleh gula dan jintan manis manakala ritual lain tetap sama. Adakah usaha ini dibenarrkan dalam Islam.

    Jikalau menurut saya, setiap kes di atas adalah jelas sesat dan menyesatkan. Kesembuhan dari usaha ikhtiar kes 1, kes 2 dan kes 3 tidak boleh dijadikan hujah untuk menghalalkan ikhtiar tersebut. Jika ini dijadikan hujah untuk menghalalkan, maka kita semua kena menghalalkan usaha pemujaan, menurun dan menyembelih ayam / kambing di kuburan demi untuk mendapatkan nombor ekor kerana dalam banyak usaha mereka ini, ada juga antara mereka yang memang menang nombor 1 judi 4D.

    Jelas bahawa penggunaan garam dan lada hitam dalam rawatan adalah sama dengan tangkal. Usaha sesat Pusat Rawatan D**** S**** ini tidak berhenti setakat garam dan lada hitam namun ia telah berkembang kepada kacang hijau pula dengan maksud tujuan yang hampir sama. Adakah penggunaan kacang hijau ini dibolehkan dalam Islam. Bagi saya kacang hijau ini juga adalah tangkal. Namun D**** S***** tidak berhenti sekadar garam, lada hitam dan kacang hijau. Mereka telah mempelbagaikan lagi tangkal-tangkal mereka dan telah menambah ke dalam koleksi tangkal mereka dengan menjadikan tahi besi pula sebagai perantaraan tambahan. Adakah penggunaan tahi besi ini dibenarkan dalam Islam. Tidak cukup dengan garam, lada hitam, kacang hijau dan tahi besi dalam rawatan mereka, sejenis daun juga telah digunakan yang berperanan sama dengan garam dan lada hitam iaitu untuk mengelakkan dan menghalau syaitan. Adakah ini dibenarkan dalam rawatan Isla????

    Sebenarnya selain dari objek-objek yang saya sebutkan di atas yang digunakan oleh perawat D***** S*****, mereka tidak berhenti pada sejenis daun yang mereka jadikan tangkal namun usaha mereka dalam merawat telah terus berevolusi dan dengan itu banyaklah kaedah dan objek baru yang digunakan untuk tujuan merawat pesakit. Adakah setiap evolusi ini juga dibenarkan Islam???? Jikalau D**** S***** masih bergurukan H**** D**, mereka tetap tidak faham perbezaan tangkal, azimat, ubat dan ruqyah.

    Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah SWT dari mengerjakan perkara-perkara syirik apatah lagi perkara yang sesat lagi menyesatkan.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  19. sdr emjay, kes 1,2,3 & 4, kesemuanya mendapat rawatan dari bomoh (saya andaikan merawat menggunakan mantera yang tidak difahami atau sihir atau meminta dari jin), jelas dan terang tidak boleh.Kesembuhan dari Allah, bukannya dari jin, syaitan Bomoh tersebut.Manusia boleh terpesong akidah jika mendapatkan rawatan dari Bomoh.Ia amat berbeza dengan perawat islam, tidak ada tangkal-tangkal, kecuali doa-doa dari al-quran dan as-sunnah, dan kadang-kadang ditambah dengan penggunaan bahan-bahan tertentu sebagai ikhtiar tambahan, dengan harapan, Allah sembuhhkan.Akidah terpelihara.

    sdr emjay, saudara mendakwa garam, lada hitam dan yang seumpamanya adalah tangkal, azimat sedangkan perawat islam menjelaskan ianya tidak lebih sebagai ikhtiar, kaedah, bahan-bahan rawatan yang tidak akan berkesan tanpa izin Allah.Mereka telah menggunakannya dan terbukti dalam banyak kes, Allah izinkan Apakah sebenarnya yang dipanggil tangkal, azimat itu pada diri saudara? Bukankah bila disebut tangkal, azimat itu kita meyakini bahawa ianya boleh memberi manfaat atau keburukan. Perawat islam seperti yang saya katakan itu, tidak mempercayai bahawa bahan-bahan itu ada kuasa seperti yang dinyatakan, kuasa penyembuhan mutlak adalah hak Allah.Allah memerintahkan kita mendapatkan ubat untuk sesuatu penyakit, dan perawat ini percaya Allah telah kurniakan lada hitam dan garam bukan sahaja sebagai bahan makanan untuk manusia tapi juga untuk dijadiakan sebagai penawar dalam menentang gangguan jin, syaitan, berdasarkan pengalamannya merawat selama ini.

    Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat, tanggapan yang nyata, di antara saudara emjay dan perawat D****S*****berkaitan penggunaan lada hitam dan garam dalam rawatan, saya cadangkan apa kata sdr emjay berdialog dengan H*****D*****untuk clearkan kekeliruan ini , untuk kemanfaatan bersama, demi agama Allah.Saya rasa saya tahu siapakah H****D*** yg saudara maksudkan itu. Dgn. demikian, tidaklah masaalah untuk sdr berjumpa dgnnya, dan saya percaya beliau tidak akan menolak jika saudara ingin menemuinya.Jika tidak, tidak akan ada kesudahannya kerana masing2 beranggapan mereka adalah di pihak yang benar. Itu sahaja caranya, selain dari mengharapkan petunjuk Allah.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbh sdr yangkhai yang dihormati.

    Alhamdulillah sdr mengatakan bahawa kes 1 hingga 4 adalah sesat,

    Apa yang sangat saya mushkil dari perbincangan ini ialah sdr mengatakan bahawa kes 2 di atas sesat kerana garam dan lada hitam tersebut dijampikan oleh bomoh sesat. Ini bermakna sekiranya garam dan lada hitam tersebut dijampi dengan ayat Al Quran maka sekiranya mengikut hujah sdr dibolehkan???

    Jikalau begini cara kita berhujah maka saya boleh bantar berkilo-kilo kemenyan dan limau nipis kepada perawat D***** S***** untuk dijampikan menggunakan ayat Al Quran dan kemudian diedarkan kepada orang awam untuk ikhtiar perlindungan dari syaitan ???? Kalau beginilah halnya, bagaimana kita semua mampu mengenali kemenyan dan limau nipis yang dibenarkan dan diharamkan ????

    Penjelasan sdr melalui perenggan kedua di atas mengatakan bahawa "perawat islam menjelaskan ianya tidak lebih sebagai ikhtiar, kaedah, bahan-bahan rawatan yang tidak akan berkesan tanpa izin Allah". Perlu kita semua sedar bahawa boleh dikatakan semua bomoh SESAT juga menggunakan hujah ini. Bomoh sesat juga menggunakan perkatan insya-Allah dan dengan izin Allah. Bomoh sesat juga sembahyang, naik haji, berpuasa dsbnya.

    Seorang bomoh sesat iaitu seorang isteri kepada imam masjid di sebuah masjid di Me**** bernama hajah XXX memberikan cebisan tulang ikan duyung dengan harga RM50 juga menggunakan perkataan yang sama iaitu ini adalah ikhtiar. Segalanya bergantung kepada izin Allah SWT. Adakah tulang ikan duyung ini boleh disimpan oleh orang Islam ?? Adakah tulang ikan duyung ini bukan tangkal????

    Hujah perawat dari D**** S**** memang begitulah. Namun hujah mereka adalah hujah sama yang diguna pakai oleh para bomoh sesat. Itulah sebabnya saya katakan kedua-dua golongan ini adalah sama!!!!

    Jikalau kita berpegang teguh kepada sunnah, Nabi Muhamad SAW tidak pernah menjampi pada objek di dalam ruqyah baginda. Kalau nak ikut juga kaedah ruqyah baginda, bolehlah gunakan air ludah kerana memang baginda ada menggunakan kaedah ini. Jikalau menjampi kepada objek, perkara ini tidak akan ada kesudahannya. Hari ini jampi pada garam, esok jampi pada lada hitam, esok lagi jampi pada kacang hijau, esok lagi jampi pada tahi besi, esok lagi jampi pada belerang, esok lagi jampi pada daun, esok lagi jampi pada entah apa lagi. Mungkin selepas 2 tahun dari sekarang semua objek didunia ini dibolehkan untuk digunakan dalam rawatan setelah dijampi. (kalau tidak silap saya H**** D*** pernah menggunakan mayang kelapa di dalam rawatannya.)

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum....apabila kita menghadapi berselisihan faham yang banyak marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah "'"MAKA BERPEGANGLAH DENGAN SUNNAHKU(RASULULLAH S.A.W) DAN SUNNAH KHULAFA AR-RASYIDIN AL-MAHDIYYIN.BERPEGANGLAH DENGANNYA DAN GIGITLAH IA DENGAN GIGI GERAHAM . JAUHILAH KAMU DARI PERKARA-PERKARA YANG DIADA-ADAKAN(DALAM AGAMA) , KERANA SETIAP YANG DIADA-ADAKAN DALAM AGAMA ITU BIDAAH DAN SETIAP YANG BIDAAH ITU SESAT"(SUNAN ABU DAUD).......moga kita di rahmati dan diampuni Allah swt... di sini habrashid ingin menulis sedikit iaitu penghayatan hadis dari sudut kemajuan dari segi Ilmu perubatan...sebelumtu marilah kita rujuk sumber utama kita iaitu Al-Quran...apabila datang kepada kamu musibah atau ganguan sihir Anda mohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar menghilangkan gangguan yang menimpa anda, karena Allah Subhanahu wa Ta’ala menyukai bila diajukan permintaan pada-Nya. Dia telah berfirman:

    وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

    “Berdoalah kalian kepada-Ku, niscaya Aku akan mengabulkan permohonan kalian.” (Ghafir: 60)

    وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

    “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” (Al-Baqarah: 186)

    Sepantasnya anda mohon kesehatan dan kesembuhan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Demikian pula suami anda, ayah dan ibu anda, karena seorang mukmin itu seharusnya mendoakan kebaikan untuk saudaranya. Doa itu senjata orang mukmin, dan Allah ‘Azza wa Jalla sendiri telah menjanjikan untuk mengabulkan doa. Maka anda harus bersungguh-sungguh dan jujur dalam doa anda, semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahi kesembuhan.Manakala cara yang kedua ialah beriktiar mengunakan ubat-ubatan dan jangan lupa juga berdoa kepada Allah Swt.....dalam shahih bukhari ada menyebutkan kaedah untuk mengunakan bahan ubat-ubatan sebagai iktiar kita menghadapi penyakit...sila lah rujuk Shahih Bukhari jilil 13 muka surat 396/Shahih Muslim jilid 11 muka surat(235) dan Shahih Bukhari jilid 17 muka surat(483)...di situ banyak bahan yang di sebutkan rasulullah Saw..sebagai penawar...yang pernah juga dimajukan hingga peringkat antara bangsa..seperti kulat, madu dan lain-lain. Dalam hadis yang lain pula kenyataan bahawa ada sesetengah penyakit boleh menjangkiti orang lain dan perlu dikawal..
    dalam Shahih Bukhari juga iaitu jilid satu (1) muka surat 265...selain dari hadis tersebut ada yang dinyatakan ...ada penwar bagi sesuatu racun ada berhampiran dengan racun itu sendiri...Shahih Bukhari Jilid (18) muka surat 79 dan Di Dalam Sunan Ibnu Maajjah jilid (10) muka surat 332...ada juga isyarat pengunaan ubat yang dimakan, pembuangan sisa daripada tubuh dan penggunaan kejutan sesuatu yang panas terhadap pesakit untuk pemulihan...di dalam Shahih Bukhari jilid (17) di dalam Shahihnya...manakala pengunaan berdoa untuk menyembuhkan penyakit.....di Dalam Shahih Muslim Jilid 11 muka surat 195..ada dengan cara pengunaan penawar (iaitu ubat-ubatan) dalam bentuk lawan bagi gejala penyakit
    ...Di dalam kitab Muatto Imam Malik jilid (6) muka surat 1...dan faatuul Barri ibnu Hajjar..jilid (16) muka surat 244....adapun selain dari kaedah ini jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah ....seperti bomoh, mengunakan jin,kaddam...Dalam ajaran Islam, tidak diperkenankan mendatangi tukang sihir dan dukun/tukang ramal serta bertanya kepada mereka. Jadi, perbuatan anda mendatangi tukang sihir dan dukun/tukang ramal merupakan perkara yang tidak diperbolehkan. Anda benar-benar telah berbuat salah. Anda harus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Karena Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

    مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

    “Siapa yang mendatang ‘arraf lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, tidak akan diterima shalatnya selama 40 malam.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

    ‘Arr

    ReplyDelete
  22. H** D** ini sangat merbahaya. kebanyakan masyarakat memandang tinggi ini yang jadi masalah.

    http://ilmuhaq.multiply.com/video/item/7/Ilmu_Bathil

    ReplyDelete
  23. jadi marilah bersama-sama memerangi amalan khurafat yang di buat oleh pusat rawatan D****S****.dan memerangi kejahilan terutamanya orang melayu kita yang menganggap tempat itu boleh menyembuhkan penyakit...serta memeranggi perkara-perkara Bid'aah yang diada-adakan...oleh pusat tu!...kerana setiap bidaah adalah sesat, setiap yang sesat tempatnya di dalam neraka...ust Emjay teruskan perjaunganmu...TaQabbal Allahu minna Wa minkum....!....

    ReplyDelete
  24. terima kasih, sdr emjay, habrashid. Tulisan2 sdr byk membantu saya.Namun saya masih ada kemushkilan dan harap sdr berdua dan lain2 dapat beri jawapan;
    .Apakah bila kita melakukan sesuatu perbuatan, yang tidak ada dilakukan oleh Nabi dan tidak ada pula larangan ke atasnya, dikira kita orang sesat. Sebagaimana yang kita semua ketahui, ilmu Allah itu tiada batasan. Dan saya percaya tidak semua ilmunya diturunkan kepada Nabi seorang. Allah akan mengurniakan ilmunya kepada sesiapa yang dikehendakkinya.Pernah dengan ilmu laduni, karomah dsbnya?Apakah ilmu dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang salih ini , golongan yang istimewa di sisi Allah, kemudian diamalkan dan diturunkan dan diwarisi oleh anak muridnya, menjadikan mereka ini sesat atas dasar ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi. Adakan seorang hamba Allah yang salih menjadi sesat kerana mengamalkan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya? Bagi saya yang penting bagi menentukan seseorang itu sesat atau tidak adalah akidahya, asalkan amalan itu tidak mengandungi unsur-unsur syirik kepada Allah dan tidak ada larangan dari nas2 atau sunnah,pengamalnya masih berada di landasan Allah, bukan dari kalangan orang2 yg sesat, tidak kira apa kaedah yang diguna-pakai.

    ReplyDelete
  25. ILMU terbahagi 2
    1. ILMU HAQ
    2. ILMU BATHIL

    ILMU HAQ JUGA TERBAHAGI 2

    1. WAHYU - diturunkan kepada rasul2 dan nabi2
    2. ANUGERAH - juga dianugerahkan kepada rasul2 dan nabi2 serta kepada sesiapa yang Allah kehendaki. manusia biasa pun boleh dapat Ilmu Anugerah.

    sahabat2 banyak dapat ilmu anugerah. sila baca kisah2 sahabat. salah satu kisah yang saya ingat, satu hari apabila saidina Ali r.a. balik dari satu peperangan didapati di rumah tiada apa2 makanan lalu saidina Ali r.a. ke mesjid solat mohon pertolongan Allah. apabila pulang ke rumah juga tiada apa2 yang berlaku lalu diulangi lagi solat sehingga tiga kali. kali ke tiga bila dia pulang ke rumah isterinya fatimah sedang sibuk mengisi gandum yang keluar dari pengisar gandum, pengisar itu juga berputar sendiri. saidina Ali hairan lalu membuka penutup pengisar ingin melihat dari mana datangnya gandum, tiba2 pengisar itu pun berhenti. ke esokkan harinya saidina Ali berjumpa Rasullullah s.a.w. dan menceritakan hal yang berlaku. Rasullullah s.a.w. beritahu saidina Ali andainya penutup kisar itu tidak dibuka nescaya ia akan berputar dan mengeluarkan gandum sehingga hari kiamat.

    ini kisah yang saya dengar tuan2 boleh cuba cari subernya kalau dapat nanti boleh kongsi:

    Semasa zaman pemerintahhan Osman r.a.banyak berlaku rompakkan lalu Osman r.a. membuat memo mengarakkan haiwan ganas dan berbisa membunuh sesiapa sahaja yang berbuat jahat melakukan rompakkan di waktu malam. para perompak dan penyamun ketawa melihat memo dan memggangap amirulmukminin sudah gila. Maka sesiapa sahaja yang melangar memo dan merompak/menyamun keesaokan harinnya mati di bunuh oleh binatang buas.

    ReplyDelete
  26. Allah akan mengurniakan ilmunya kepada sesiapa yang dikehendakkinya.Pernah dengan ilmu laduni, karomah dsbnya?Apakah ilmu dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang salih ini , golongan yang istimewa di sisi Allah, kemudian diamalkan dan diturunkan dan diwarisi oleh anak muridnya, menjadikan mereka ini sesat atas dasar ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi. Adakan seorang hamba Allah yang salih menjadi sesat kerana mengamalkan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya? Bagi saya yang penting bagi menentukan seseorang itu sesat atau tidak adalah akidahya, asalkan amalan itu tidak mengandungi unsur-unsur syirik kepada Allah dan tidak ada larangan dari nas2 atau sunnah,pengamalnya masih berada di landasan Allah, bukan dari kalangan orang2 yg sesat, tidak kira apa kaedah yang diguna-pakai.

    Assalammualaikum...yang Khai kata banyak benarnya...tetapi mungkin saya boleh menambah sedikit...moga-moga sama-sama memperolehi manfaat...kita perlu memperakui bahawa para Auliya Allah dikurniakan Ilmu itu....tetapi kita tidak sesekali meminta, mengagungkan mereka, tidak boleh dipohon daripada mereka perkara yang hanya mampu dilakukan oleh Allah dan mereka tidak berhak mendapat hak (ketuhanan) Allah.....
    Yang jadi masalah dizaman sekarang ialah banyak kubur2 para wali menjadi tempat untuk bertawasul, adakah diajar oleh Nabi, kubur itu juga tempat bergantung harapan dan menjadi tempat meminta-minta, Sampai mengadakan satu perayaan memperingati ulang tahun kematian contoh banyak kita boleh lihat...di Paskitan, Iran,Bagdad, di Pulau Besar Melaka,Di Giri di Acheh sendiri...mana bala Allah tak turun...Kubur2 para wali yang di jadikan masjid kepda mereka..pastu muncullah macam2 jenis ajaran yang tidak pernah kita dengar...Semoga Allah melindungi kita daripada gejala syirik...Marilah kita berikrar yakni Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad persuruh Allah......
    tiada tempat meminta selain dari Allah, Sekian daripada Habrashid salam Ukhwah....

    ReplyDelete
  27. berhala yang di sembah, diharap, dipuja macam di kita boleh kata.... oleh orang melayu macammana pulak?...bukannya sikit, belambak...nape tak nak terima hakikat bahawa dalam tidak sedar tak sedar banyak perkara syirik kita lakukan....betul x ust emj? Oleh itu kembalilah kepangkal jalan...taubat jalan penyelesaian...

    ReplyDelete
  28. ayuh jangan disimpan benda-benda ini lagi...lagi di simpan lagi banyak bala Allah turun...Alhamdulillah marilah sama-sama kita menghapuskan syirik..moga Allah mengampunkan kita semua....

    ReplyDelete
  29. ada sesetengah masyarakat mengganggap ia bukan suatu kesalahan malahan dibolehkan oleh agama, hakikatnya ia sangat bertentangan dengan kehendak Allah dan rasul, oleh itu sampai bila pun mereka tak akan taubat sebab tidak merasa bersalah.

    usaha penerangan 3 hingga 4 jam untuk menjelaskan dari A hingga Z perlu dilakukan supaya mereka boleh faham di mana salahnya.

    ReplyDelete
  30. Betul tu ilmuhaq.

    Dalam Islam diharamkan tetapi bila tengok TV banyak orang mengamalkannya. Bila tengok pemimpinnya pun turut mengamalkannya. Bila tengok orang ramai pun mengamalkannya, akhirnya yang haram dalam Islam telah diubah kepada HARUS.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. sasi penerangan bukan mengambil masa yang boleh ditetapkan oleh manusia ......sesi dakwah ini perlu berterusan....hingga ia benar2 berkesan....dan ingat kita tidak boleh beri hidayah kepada orang...hanya Allah yang beri hidayah pada manusia.....setakat nak tunjukkan jalan keluar...itu amat di galakkan.....dan teruskan usaha tersebut..... sekian .....

    ReplyDelete