Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday, 14 September 2008

Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?

Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?

Petikan dari Forum TKO di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31055#695233

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

"Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika,".

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga.

Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095 Hijrah(h) (1683 Masehi), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M).

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel, antaranya ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika, dan kemudiannya menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M).

Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M) dan kKemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Kamal mula memusuhi Khalifah Uthmaniyyah

Di situlah bermulanya usaha Mustafa Kamal dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).

Tindakan beliau selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Mustafa Kamal ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah.

Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H (1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah.

Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan.

Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin.


Beri laluan mudah kepada Inggeris

Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah Utara tanpa mendapat sebarang tentangan.

Ketika itulah beliau mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke Utara sehingga ke Damsyik.

Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.

Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338 H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu.

Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun sementara pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.


Bunuh orang Islam

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimeteraikan oleh Pihak Bersekutu.

Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah Armada laut Inggeris dan Greek, lalu Mustafa Kamal menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Mustafa Kamal mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting, akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara.

Khalifah cuba memeujuk Mustafa Kamal tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."


Lancar revolusi, tipu rakyat Turki

Mustafa Kamal mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan dan ia berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun.

Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali.

Apa yang menghairankan senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan dan pada September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir.

Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam.

Orang Islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

"Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.


Bubar kerajaan Khalifah

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana pada 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah.

Khalifah dan kerabat Diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan.


Sekolah-sekolah agama pula telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Dalam suasana getir itu, musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khalifah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah kerana ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri dengan membebaskan Greek dari Izmir dan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut.

Seluruh rakyat mula mempercayai perkara tersebut dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Wallahua'lam

14 comments:

  1. Artikel yg menarik, terutama yg dibwh tajuk "Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?"

    ReplyDelete
  2. Apa yang sungguh menarik ialah bagaimana sebenarnya British berpura-pura kalah berperang dengan pasokan tentera pimpinan Kamal Attaturk demi untuk menaikkan darjat Kamal Attaturk di pandangan rakyat Turki. Apa pula rancangan sebenar British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dibawah pimpinan Tunku Abd Rahman??? Mereka sentiasa ada agenda.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Salam pada semua,

    Pada saya yang menjadi punca kehancuran kerajaan Uthmaniyyah adalah kerana tidak dapat memenuhi keperluan rakyatnya dan tidak berhati2 dalam mengendalikan musuh. Kalau dah x mampu memerintah, kerajaan Islam yang lemah dan tidak perihatin akan diganti dgn yang lain.

    Perancangan licik orang kafir dan munafiq untuk menghancurkan orang Islam mmg sudah kita sedia maklum. Yang menariknya hidup ini ialah sejarah akan berulang, keadaan shj yang berbeza. Mungkin kita x mahu belajar dari sejarah agaknya.

    Tentang isu kemerdekaan Tanah Melayu oleh British pula, mereka mmg ada agenda sendiri, kalau tidak mengapa perlu sampai ada 3 bangsa utama untuk merdeka sedangkan yang berjuang ramainya orang Melayu, sudah pasti umpama jatuh menunggu belah, sejauh mana 3 bangsa dapat bertahan sedangkan agama berlainan, ini la yang mereka akan serang.

    Lubang kubur untuk melihat kejatuhan Melayu Islam dah pun di wujudkan awal2 lagi semasa kita mencapai kemerdekaan. Jadi, Pemerintah Melayu dan Islam yang ada kalau x betul pandai mentadbir, jangan kata nak pelihara agama, bangsa pun belum tentu terbela. Untungnya kita boleh mencorakkan kerajaan sendiri, kalau jatuh pun salah sendiri juga lah yg x pandai jaga.

    Semuanya hanya tunggu masa, bukan saya mendoakan, saya sendiri x harap ia berlaku kerana merugikan diri sendiri. Malaysia sekarang menjadi antara negara Islam contoh, walaupun x nampak sgt Islamnya, tapi kita masih boleh amalkan Islam. Masalahnya, masyarakat Islam sendiri sekarang tengah kucar kacir, sibuk mengkafirkan sesama sendiri dan rasa diri mereka lebih Islam dari yang lain. Padahal urusan kita masuk syurga tu pun atas keredaan Allah pada kita. Apa kita akan mendapat reda Allah jika bercakaran sesama sendiri atas isu remeh?

    Semoga keredaan Allah sentiasa berada disamping kita semua. Amin.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum!

    Respon buat aimiyati:
    "Semuanya hanya tunggu masa, bukan saya mendoakan, saya sendiri x harap ia berlaku kerana merugikan diri sendiri. Malaysia sekarang menjadi antara negara Islam contoh, walaupun x nampak sgt Islamnya, tapi kita masih boleh amalkan Islam. Masalahnya, masyarakat Islam sendiri sekarang tengah kucar kacir, sibuk mengkafirkan sesama sendiri dan rasa diri mereka lebih Islam dari yang lain. Padahal urusan kita masuk syurga tu pun atas keredaan Allah pada kita. Apa kita akan mendapat reda Allah jika bercakaran sesama sendiri atas isu remeh?"
    Saya kira keadaan politik Melayu yang terumbang ambing kini adalah berpunca dari sebahagian dari kita enggan menerima dan mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Kita hanya berminat menerima Islam dari sudut-sudut yang boleh memberikan advantage kepada mereka sahaja.
    Kadangkala pertelingkahan tak dapat dielakkan, demi menegakkan kebenaran. Kerana itulah sejarah Islam sendiri tidak terlepas dari diwarnai pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Hatta dizaman generasi pertama ia tetap berlaku. Islam pula tidak pernah menghalang kita dari menumpahkan darah secara mutlak. Sekira segala usaha telah diusahakan dan tiada pilahan lain yang wajar demi menunaikan amanah Allah sebgai khalifahNya maka kita wajib bertempur. Malah Allah menjanjikan ganjaran Syurga pula buat mereka yang terkorban demi menegakkan KalimahNya.
    Ada kalanya kita tahu bahawa kita salah, namun kita berusaha mempertahankan diri dengan mencari pelbagai alasan dan takwil yang mewajarkan tindakan. Segala usaha tersebut dilakukan demi kuasa dan ego.
    Ada juga tindakan yang tidak tepat akibat maklumat dan salah faham. Namun dalam segala hal kita perlu menilai semula setiap tindakan dan kejadian disekeliling kita. Kebenaran perlu didokong, meskipun ia bermakna kita terpaksa berada dikandang pesalah.
    "Ubat selalunya pahit"

    ReplyDelete
  5. Walaikumsalam,

    Kepada wanahmad, saya bersetuju bahawa pertelingkahan tak dapat di elakkan demi menegakkan kebenaran, isunya sekarang perdebatan atau pertelingkahan yang bagaimana, sekiranya berkaitan sesama Islam adakah ia perdebatan yang sebenar-benar dianjurkan oleh Islam? Untuk mengatakan bahawa Islam tidak menghalang umatnya menumpahkan darah secara mutlak, saya tidak rasa begitu kerana Islam agama kasih sayang, ia bukan agama perang. Memang Allah menjanjikan ganjaran yang besar pada mereka yang berjuang demi agama, Tapi harus di ingat Nabi Muhammad S.A.W juga tidak menganjurkan perang dgn org kafir dgn sewenang2nya, sementelahan dari itu, apa pula halnya ttg kita yang menyerang sesama muslim. Akan tertegakkah kebenaran dan syiar Islam yang mulia dgn cara begitu?

    Wanahmad, Berapa ramai pula orang ahli2 agama yang niatnya jujur dalam mempertahankan agama tapi cara yang digunakan x kena, akhirnya kecelakaan menimpa diri, keluarga dan negara. Cukup la apa yang kita lihat di kebanyakan Negara Arab, malah yang berlaku di Turki juga merupakan satu petunjuk Allah. Perbalahan dikalangan Islam di Iran dan Iraq contohnya adalah berpunca daripada masing2 merasakan mereka lebih hebat berbanding yang lain, itukah acuan yang kita perlu ikut? Kisah paderi2 Kristian yang ditolak di sebabkan ketamakkan kuasa mereka dan perpecahan agama Kritian kepada katolik dan Protestan juga boleh dijadikan iktibar.

    Sesama agama sepatutnya kita boleh berbincang dan mengeluarkan pendapat masing2, yang penting jgn sampai kepada melanggar akidah kerana akidah yang membezakan seseorang itu Muslim atau tidak, manakala syariat pula hanya untuk memastikan sesama Islam dan bukan Islam dapat hidup harmoni di dunia ini. Jangan la kita saling bercakaran hanya kerana berbeza pendapat yang sedikit sedangkan persamaan akidah itulah yang lebih utama dan patut di perhatikan.

    Mejurus kepada apa yang berlaku di negara kita sekarang, saya berpendapat peranan ilmuan agama amat penting untuk memastikan sesama Muslim kita tidak saling bercakaran, carilah jalan tengah untuk menaikkan martabat Islam, mereka sepatutnya memberikan rasa aman dalam negara dgn pendekatan yang berhemah, bukannya sering terbawa2 dgn emosi ttg sesuatu perkara yang akhirnya membuatkan orang memandang serong pada ahli agama. Pendekatan yang salah sebenarnya membuatkan masyarakat menjauihi orang2 agama. Kita hidup didunia ini hanya untuk berperang dan susah hati shj kah?

    Sekali lagi. Peranan ilmuan agama penting, kerana pembawaan merekalah yang membawa kejayaan dan kehancuran Islam. Islam itu indah, dan keindahan itu dilihat apabila umatnya dapat hidup harmoni antara satu dgn yang lain. Keharmonian itu lah nikmat hidup yang Allah nak beri pada umat manusia sebenarnya. Islam juga maksudnya sederhana, tidak lebih dan tidak kurang, dan bukan dgn cara yang melampaui batas.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum!
    Mungkin saudari saya yang salah qoute atau aimiyati yang salah terima apa yang saya maksudkan. Biar saya cuba sekali lagi.
    Maksud saya ialah dalam apa keadaan sekalipun kita wajib menyampaikan risalah Allah. Itu adalah tanggung jawab setiap individu muslim mngikut kadar kemampuan masing-masing. Dalam menunaikan tugas itu kadang-kadang kita menghadapi halangan, bukan sahaja dari Non-Muslim, malah dari audara seIslam.
    Dalam hal-hal berkaitan aqidah, tiada tolak ansur. Begitu juga dalam segala urusan yang jelas halal haramnya berdasarkan nas-nas yang sahih iaitu AlQura'an dan hadis. Dalam perkara selebihnya, berkaitan urusan kehidupan umum yang tiada nas yang jelas, kita dibenarkan berbeza pandangan.
    Sememangnya sifat semulajadi manusia lebih cenderung kepada pandangan diri atau kelompok sendiri, meskipun di kalangan Ulama yang diyakini ikhlasnya mereka dalam menyebarluaskan Islam. Buktinya majoriti Umat Islam kini beramal mengikut 4 Imam Mazhab, dalam Ahlu sunnah. Wujudnya keadaan ini membuktikan bahawa jalan tengah adalah suatu perkara yang hampir mustahil.
    Pun begitu ini tidak pula berarti kita tidak boleh meraikan pandangan golongan lain. Asal saja pandangan dan pendirian mereka tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang sahih, maka kita harus meraikannya.
    Namun apa yang dikesalkan adalah ada di antara kita yang berusaha mewajarkan sesuatu yang jelas menyalahi hukum syarak. Contohnya, Ada antara kita yang mempertikaikan hukum wajibnya wanita bertudung bagi menutup auratnya. Begitu juga dengan menyalami bukan muhrim. Ada pula di antara kita yang berusaha mencari dalih bagi tujuan mewajarkan tindakan-tindakan sedemikian. Itulah maksud saya yang sebenarnya.
    Adapun soal pertumpahan darah, bukanlah maksud saya mewajarkan menumpahkan darah sesama manusia kerana perbezaan pandangan. Saya sekadar menggambarkan betapapun sukarnya dalam menegakkan Syariat Allah, itu adalah tanggung jawab kita menyambung tugas Rasul hingga ke hujung nyawa.
    Dalam konteks negara kita. Kita sendiri menyaksikan bahwa setelah 51 tahun merdeka kita masih gagal meletakkan AlQur'an dan hadis sebagai landasan pemerintahan, padahal kitalah yang menerajui kuasa politik. Lantaran itu pelbagai komplikasi berlaku terhadap masyarakat kita. Dalam hal ini tidak timbul persoalan siapa nak tunjuk hebat. Yang pentingnya kita wajib nerusaha agar semua pihak kembali kepada AlQuran dan Hadis. Sesiapa jua yang enggan mematuhi tuntutan ini perlu ditolak.

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salah satu contoh terbaik dakyah FreeMason (Illuminati) Nauzubillah........

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh

    Saya berikan markah 10 / 10 ke atas reply dari sdr wanahmad67 ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. w'salam,

    Bukan saya salah terima, mungkin apa yang saya tulis terlalu umum untuk difahami oleh saudara. Ya, kita mmg perlu berusaha, tapi pendekatan yang bagaimana?

    Yang pastinya ulama memainkan peranan yang penting dalam membina kembali kepercayaan terhadap Islam. Bukan sekadar pandai menjatuhkan hukum halal, haram shj. Sekarang Ulama dan ilmuan agama dianggap kolot, terlalu fokus dan berbincang pada isu2 kecil dan mengabaikan isu2 yang lebih besar dan penting. Adakah orang seperti ini akan diterima masyarakat?

    Contohnya pemakaian tudung, isu ini bagi saya adalah isu biasa shj tapi memandangkan ia sering diutarakan dan dibincangkan dinegara ini maka saya beri pendapat saya.

    Pendekatan yang ada pada sesetengah ustaz ustazah ni, asal x pakai tudung je masuk neraka. Yg pakai tudung masuk syurga. Pendekatan seperti ni x pasal2 orang melayu ni asal nampak org x pakai tudung dlm hati terus kata... "inilah orang yg masuk neraka", justeru dalam hati wujud riak, syakwasangka, dan takjub. Merasa diri lebih mulia daripada yang tidak memakai tudung tu.

    Siapa boleh jamin saudara boleh masuk syurga dan jauh dari neraka?

    Maksud sy, pendekatan dan penekanan yang salah melahirkan umat yg lebih melihat luaran, malah mendekatkan diri kepada dosa batin yg lebih dahsyat kerana pemakaian tudung oleh seseorang wanita pada ketika itu hanya untuk membolehkan dia dilihat sebagai Muslimat sejati dimata masyarakat, ini kerana masyarakat menilai kualiti dirinya berdasarkan tudung yang di pakai, hati bukan lagi ikhlas kerana Allah. Sedangkan yang dilihat Allah itu adalah keihlasan hati dalam beribadat, walaupun sedikit, kalau hati dipenuhi riak, sombong dan ujub, apa yang nak dinilaikan?.

    Dgn pendekatan ilmu agama oleh ustz ustazah seperti itu, tiket mana sebenarnya yang ditempah? Bukankan dosa batin yg menjadikan Ifrit (kalau x silap nama) berpaling dari Allah sedangkan dia sebenarnya ahli ibadat yang sangat hebat?

    Maaf saya katakan disini, pengalaman menunjukkan sebahagian besar mereka yang bertudung labuh bertutup dan berkopiah ini lah yang saya jumpa biasanya dilanda masalah dosa batin seperti ini. Mungkin itulah ujian Allah pada mereka untuk menilai keikhlasan mereka dalam mencari reda Allah, Wallahualam.

    Memang bagus kita berjuang menegakkan al-Quran dan hadis, tapi berapa ramai masyarakat kita yang tahu ttg Quran dan hadis ni? berapa ramai pula yang tahu ttg tuhan yang menciptakan Quran sebagai panduan, dan Nabi Muhammad sebagai penunjuk jalan beribadat sebagai manusia.Bagaimana masyarakat nak menjauhkan diri pada dosa (riba, rasuah) sedangkan kepercayaan kepada Allah yang Maha Kuasa, Maha Melihat yang tersembunyi dan yang nyata tidak ada?

    Bagaimana perlaksanaan syariat akan dapat diterima sedangkan pemahaman akidah sendiri sudah goyah? Bagaimana pokok nak berdaun dan berbuah lebat sekiranya akarnya rapuh x kuat?

    Kenapa tidak dibincang isu bagaimana nak mengatasi budaya rempit, murtad, riba, rasuah dan lain2 isu yang lebih membantu pembangunan masyarakat, kenapa masih melekat pada isu2 yang kecil seperti isu memeluk babi dan anjing misalnya.

    Perkara inilah yang berlaku pada masyarakat kita sekarang, salah pendekatan seratus tahun pun x mungkin Islam akan dapat ditegakkan di negara ini. Sudah berapa lama pendekatan yang ada sekarang digunakan? Adakah ia berjaya?

    zaman sekarang bukan zaman Jahiliyah dulu, kalau dulu pendekatannya mudah, sekarang perang ideology, dgn wujudnya Internet cabarannya lagi besar. Justeru pendekatan yang perlu ada juga mesti berbeza.

    kalau ikut hati mmg la kita boleh menolak orang yang tidak sama pendapat dgn kita, tapi berapa lama pendekatan ini boleh digunakan, bilangan mereka semakin ramai. silap langkah kita yang ditolak. yang dah berlaku di Turki, Iran dan Iraq perlu jadi pengajaran.

    Sebab itu, ilmuan agama ni perlu bijak dan bekerjasama mencari pendekatan yang halus dan tepat menghadapi masyarakat yg kucar kacir ini,( seperti memperbaiki pe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum warahmatullah

    Izinkan saya menyumbang pendapat kerana diskusi ini menarik perhatian saya.

    Bagi saya tiada isu yang kecil atau besar didalam Islam. Isu tetap isu. Mungkin tanggungjawab untuk menanganinya berbeza. Berkenaan pendekatan pula, rasanya elok kita ikut contoh yang terbaik yakni Rasulullah SAW, kemudian para Sahabat, kemudian para Tabi'in dan kemudian para Tabi' Tabi'in. Jika tidak ada konsensus, bolehlah berijtihad. Kalau betul dapat dua pahala, kalau salah hanya satu. Yang tak dapat ialah dosa.

    Namun, isu yang diutarakan oleh saudara saya Emjay adalah berkenaan musuh-musuh Allah dan umat Islam. Oleh itu, elok jika kita kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul Nya.

    Jika kita telusuri AlQuran dan Sunnah dengan cermat, kita akan dapati banyak kewajiban kita yang perlu ditunaikan: Pemerintahan, Perundangan, Pengusahaan, Perbankan dan Kewangan, Kekeluargaan, Pendidikan, Kemasyarakatan, dan sebagainya. Siapa juga kita, kita ada kewajiban yang perlu ditunaikan. Dan paksi kita dalam menunaikannya ialah tetap AlQuran dan Sunnah Rasul, sampai Qiamat. Dan kita tidak dapat menegakkan syiar Islam ini melainkan kita ikhlaskan hati kita dalam penyerahan diri kepada kehendak Al-Islam. Contohnya, Rasulullah pernah mengisytiharkan bahawa beliau akan memotong tangan Fatimah (RA), yakni anak kesayangannya, jika Fatimah sendiri didapati bersalah mencuri, demi menegakkan syiar Islam. Kejayaan Rasullulah SAW dahulu adalah kerana beliau memastikan syiar Islam dilaksanakan dengan rapi sehinggakan beliau sanggup menghukum Fatimah kerana mencuri. Beliau ungkapkan contoh ini demi melaksanakan ketetapan Allah berkenaan kesalahan mencuri. Kegagalan umat dewasa ini adalah kerana kita telah tidak dapat menyambung warisan Rasulullah, yakni berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul.
    Kenapa kita tidak dapat berpegang teguh kpd AlQuran dan Sunnah Rasul? Kerana kita tidak ikhlas dalam keislaman kita. Oleh itu, musuh manusia yang nyata, yakni Syaitan Manusia dan Jin, dengan mudah dapat memesongkan jalan kita dari berpaksi kepada jalan yang lurus.

    Akhir kata, para ulama perlu lebih aktif dalam mentakrifkan pendirian dan amalan Islam dalam berbagai aspek kehidupan umat Islam masa kini dengan mengambil i'tibar dari contoh-contoh terdahulu kerana merekalah pewaris Rasulullah SAW. Wallahu A'lam wa jazakumullahu khairan.

    ReplyDelete
  11. menegakkan syiar Islam adalah tanggungjawab semua pihak bukan pemerintah sahaja tetapi warganegara juga harus ambil tindakan proaktif

    ReplyDelete
  12. Setuju sangat Ustaz :-) hehehe..jangan lupa pulak apa rancangan British menyokong gerakan Wahabbi dulu :-) Oppsss..lupa pulak yg itu fikrah ustaz...

    ReplyDelete
  13. masalah dalam diri anda sekiranya memandang isu aurat sebagai remeh,dalami sebab dan akibat dari kelalaian tersebut.pendedahan aurat memberi kesan yg buruk terhadap yg melihat ataupun terlihat(tak sengaja) bukan kah berdosa mendedahkan aurat.bagaimana anda boleh memandang remeh perbuatan yg mendatangkan dosa.

    ReplyDelete
  14. as kum wbt. hamba ingin bertanya jika politik Melayu di Tanah Melayu dikatakan bermasalah....hamba juga ingin tahu adakah pemerintahan politik Melayu di Brunei Darussalam ada masalah yg kritikal mcm kita?

    ReplyDelete