Takuti perkara membatalkan Islam
Thu | Jun 12, 08 | 2:56:57 pm MYT
(Di copy paste dari Respons)
Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.
Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.
Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk diperhitung amalan-amalan mereka.
Yang mengikut, patuh serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki syurga.
Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke dalam api neraka.
Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.
Perkara-perkara yang membatalkan Islam
1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.
5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.
12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).
13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
29. Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
32. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.
Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya.
8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
ReplyDeleteInilah yang paling dikesalkan. Perkara yang dilakukan oleh pemerintah Arab Saudi menjemput Amerika untuk memerangi Iraq. Masya Allah.... Moga Allah memberikan hidayahNya kepada pemerintah Kota Suci Makkah.
orang islam mengundi orang kafir atau orang fasik untuk dipillih dijadikan pemimpin apa status orang yang berbuat demikian cuba fikir-fikirkan.
ReplyDeletecalon parti dap n calon mca jek.
ReplyDeletenk pilih yg mana tu
Bagi saya, kalau calon-calon untuk dipilih adalah calon terburuk, saya pilih yang lebih baik dari yang terburuk tersebut. Orang putih kata "the best among the worst"
ReplyDeleteEmjay
sabda Rasulullah:
ReplyDelete"Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."
apa yang dimaksudkan dengan perkara-perkara kecil?
tepuk dada tanya la HATI..........
Betul benar lah tu.
ReplyDeleteTetapi kawan-kawan SYAITAN apabila melihat kita menyentuh perkara kecil, mereka akan berkata inikan perkara furu' dan mengapa tak sentuh perkara pokok?
Begitulah syaitan dari golongan jin dan manusia berusaha terus menerus untuk menyesatkan manusia.
Emjay
Assalamualaikum,
ReplyDelete" Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w." Apa maksud 'terkeluar' di sini? Apakah dengan mengatakan kepada seseorang, 'kamu bukan penganut agama nabi Muhammad' atau manusia itu (orang Islam) sendiri mengatakan 'aku nak keluar' sesuka hatinya? Ayat ni nampaknya mengelirukan.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteAyat asal yang saya copy paste:
Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Sepatutnya:
Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh keluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Maksudnya ialah manusia "Islam" ini boleh sambil lewa dengan syariat / ajaran Nabi SAW iaitu amalkan tidak mengapa tidak amalkan pun tidak mengapa
Wassalam wallahuaqlam
Emjay
wee emjayb syariat dan tasawuf mesti sehalauan laa
ReplyDeletenama jee pensyrah tu aambil hadis sbg bukti .
Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf
maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia
kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara
keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”
Mulai dari saat ini, sdr bunimalaysia telah di banned dari Laman Emjay kerana mengiklankan fahaman sesat bertareqat dan bertasawuf.
ReplyDeleteEmjay
tapi sy rasa hadis bummimalaysia itu benar emejy
ReplyDeletebaca betul -betul emej
ReplyDeleteSaya berkata, "Sekarang kamu kata ikut Al-Qur'an dan Hadis Nabi sahaja. Kamu tak pakai Ijtihad Ulama Tasawwuf sebab kononnya itu semua rekaan Ulama. Baik sekarang saya tanya satu bab mudah di dalam Islam. Cuba kamu ceritakan bagaimana kamu mengerjakan solat. Bagaimana kamu mengambil wudhu' Berapa rukun wudhu, berapa rukun solat? Apa sah dan batal solat? Cuba huraikan.
Mereka semua terdiam sejenak. Kemudian salah seorang 'wahabi' menjawab dengan berani, "Apa soalan ni, rukun solat tentulah 13 perkara."
Saya bertanya, "Mana kamu dapat rukun 13.? Cuba tunjukkan saya di mana didalam AL-Qur'an atau Hadis Nabi menyebut rukun 13 secara syummul dan tafsil.
Dia menjawab : "Oh ya tentulah didalam Kitab Fiqh"
Kitab Fiqh karangan siapa?
Dia menjawab : Ijtihad Ulama Fiqh.
Jadi kamu ikut Ulama Fiqh....! Kenapa ikut Ulama Fiqh.? Kenapa rujuk kitab Fiqh? Adakah Nabi amalkan Fiqh? Adakah di zaman Nabi terdapat Ilmu Fiqh?
Jika kalian mendakwa hanya mahu merujuk kepada Qur'an dan Hadis Nabi, saya bertanya berapa banyak ayat Qur'an yang kalian hafal, berapa banyak hadis Nabi yang kalian hafal? Ayat Qur'an adalah Kalamullah, mengandungi makna2 yang sangat tersembunyi. Macamana kalian boleh bezakan ayat Qur'an yang Muhkamat atau Mutashabihat?
baca betul -betul emej
ReplyDeleteSaya berkata, "Sekarang kamu kata ikut Al-Qur'an dan Hadis Nabi sahaja. Kamu tak pakai Ijtihad Ulama Tasawwuf sebab kononnya itu semua rekaan Ulama. Baik sekarang saya tanya satu bab mudah di dalam Islam. Cuba kamu ceritakan bagaimana kamu mengerjakan solat. Bagaimana kamu mengambil wudhu' Berapa rukun wudhu, berapa rukun solat? Apa sah dan batal solat? Cuba huraikan.
Mereka semua terdiam sejenak. Kemudian salah seorang 'wahabi' menjawab dengan berani, "Apa soalan ni, rukun solat tentulah 13 perkara."
Saya bertanya, "Mana kamu dapat rukun 13.? Cuba tunjukkan saya di mana didalam AL-Qur'an atau Hadis Nabi menyebut rukun 13 secara syummul dan tafsil.
Dia menjawab : "Oh ya tentulah didalam Kitab Fiqh"
Kitab Fiqh karangan siapa?
Dia menjawab : Ijtihad Ulama Fiqh.
Jadi kamu ikut Ulama Fiqh....! Kenapa ikut Ulama Fiqh.? Kenapa rujuk kitab Fiqh? Adakah Nabi amalkan Fiqh? Adakah di zaman Nabi terdapat Ilmu Fiqh?
Jika kalian mendakwa hanya mahu merujuk kepada Qur'an dan Hadis Nabi, saya bertanya berapa banyak ayat Qur'an yang kalian hafal, berapa banyak hadis Nabi yang kalian hafal? Ayat Qur'an adalah Kalamullah, mengandungi makna2 yang sangat tersembunyi. Macamana kalian boleh bezakan ayat Qur'an yang Muhkamat atau Mutashabihat?