Pada hari Sabtu lepas 2 Jun 2007, saya telah mendapat email mungkin dari pembaca Laman Emjay yang mendapatkan alamat email saya seperti yang tertera di Laman Emjay. Berikut adalah email dari hamba Allah tersebut:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah,
Benar dan nyata.......rezeki datang dari ALLAH s.w.t.............. Kak CT sendiri baru teringat sebab last month ada terima e-mail ni dari sesaorang and I did forward this to 11 person instead of 12..........and Alhamdulillah tak payah nak cerita berapa...tapi it's true. Cuma la ni baru teringat bila received this again. No harm trying but kena ada keyakinan diri....sebab kalau kita selalu ingat kat DIA mesti dia ingat kita kan ....
Insyaallah.....................ada
(Nama lengkap pengirim)
Benar dan nyata.......rezeki datang dari ALLAH s.w.t.............. Kak CT sendiri baru teringat sebab last month ada terima e-mail ni dari sesaorang and I did forward this to 11 person instead of 12..........and Alhamdulillah tak payah nak cerita berapa...tapi it's true. Cuma la ni baru teringat bila received this again. No harm trying but kena ada keyakinan diri....sebab kalau kita selalu ingat kat DIA mesti dia ingat kita kan ....
Insyaallah.....................ada
(Nama lengkap pengirim)
(dan alamat tempat kerja pengirim)
ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ
ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ
Send this kalimat to 12 nice persons and your financial position improves within 12 hrs. 100% gerenti. Memang aneh tapi NYATA!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Astagfirullah lemahnya kaum ku. Hanya dengan satu email sahaja, manusia sanggup merosakkan akidah mereka dengan mensyirikkan Allah. Dalam email tersebut saya menjangkakan lebih daripada 200 orang telah menerima email ini sama ada melalui to atau cc dan forward.
Kalau seramai lebih daripada 200 orang penerima email ini terus memanjangkan email berantai ini dalam masa 12 jam mulai dari email diterima, entah berapa umat Islam yang telah rosak akidah mereka hanya dengan mempercayai dan memanjangkan email ini.
Wahai kaum ku sekelian, ketahuilah bahawa apa yang anda terima dan panjangkan itu adalah kalau dahulu namanya surat berantai tetapi kini namanya ialah email berantai. Ia adalah jelas syirik dan merosak akidah.
Email berantai jenis ini adalah suatu tafa'ul dan sila baca artikel saya yang lalu bertajuk Latihan mengenalpasti amalan SYIRIKKK.
Hukum perbuatan ini adalah sama seperti meletakkan surah Yaasin atau paku atau gunting di bawah tilam atau bantal bayi yang baru lahir dengan mengharapkan rahmat perlindungan dari perbuatan ini. Perbuatan ini telah menjadi tuhan selain Allah yang mampu menguruskan dunia dengan memberikan rahmat. Kepercayaan seperti ini adalah sama dengan perbuatan menyembah berhala dan menggunakan tangkal dan azimat dimana pelaku percaya bahawa berhala atau tangkal atau azimat mampu memberikan rahmat atau kebaikan selain daripada Allah. Itulah sebabnya perbuatan ini dihukumkan syirik yang membawa pelakunya kepada kekafiran. Penggunaan surah yaasin atau paku atau gunting di bawah tilam atau bantal bayi sebenarnya juga adalah satu bentuk berhala dikalangan umat "Islam" Melayu di Malaysia.
Sama ada perbuatan syirik menghantar email ini kepada 12 penerima akan benar-benar mendatangkan kebaikan itu adalah satu persoalan lain.
Dalam Al Bayan Hadis Nombor 1128 pula Nabi bersabda mafhumnya:
Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.
Seandainya saya bersungguh-sungguh untuk membunuh seseorang, berdasarkan hadis di atas insya-Allah saya akan dapat melakukannya. Hatta kalau saya bersungguh-sungguh mempelajari ilmu sesat pukau untuk memudahkan saya mencuri masuk kerumah orang kaya, Insya-Alah Allah akan mengizinkanNya. Apabila saya berjaya memukau orang bukanlah satu tanda ilmu ini lurus dan dibenarkan di sisi Allah. Kalau benar pengirim email ini mendapat keuntungan kewangan selepas mengemail kepada 12 penerima dalam tempuh 12 jam, ini juga bukan satu lesen untuk mengharuskan amalan ini. Ingatlah bahawa perbuatan judi yang Allah haramkan juga mendatangkan keuntungan terutama sekali kepada taukeh judi dan ejen penjual perjudian ini.
Tulisan arab di atas jika ditulis semula secara terbalik akan menjadi seperti berikut :
ﻻﺍﻟﻪﺍﻻﺍﻟﻟﻪ
ﻤﺤﻤﺪﺮﺴﻮﻝﺍﻟﻟﻪ
ﻤﺤﻤﺪﺮﺴﻮﻝﺍﻟﻟﻪ
Kepada pengirim email ini serta semua yang telah memanjangkan email berantai ini, bertaubatlah.
ELAKKAN DARI MEMANJANGKAN DAN MEMPERCAYAI EMAIL BERANTAI.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
emailnya mang bunyinya gimana?
ReplyDeletesyukran... alhamdulillah... masih belum dapat email ini..:)
ReplyDeletesyukran... tfs sahabat em jay...:)
ReplyDeleteemail tersebut telah saya warnakan dengan warna merah
ReplyDeleteEmail yang saya terima telah saya warnakan dengan warna merah di dalam artikel saya tersebut
ReplyDeletePada hemat saya, surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.
ReplyDeleteNamun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.
Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat 'aqidah.
Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.
Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat 'aqidah kita.
Wallaahu a'lam...
Benarlah sebagaimana kata-kata wolfman7
ReplyDelete=)
ReplyDeleteSyukran ya ustaz.. senang cerita beginilah.. jika anda terima je apa2 email2 mcm tu yg suruh forward2 tu tak usah lah kita forwardkan..org kita mmg niat baik..tapi cara tak kena.. Itu dah mensyirikkan Allah..kadang2 ada juga jenis2 email kebaikan yg berupa hadis2. Kita tak tahu hadis tu betul atau tidak. Mungkin ia hadis palsu. Jadi dengan forward2 kita dah mendustakan atas nama nabi s.a.w. Dan siaplah tempatnye di neraka. Jadi tak usahlah buat kebaikan atau pahala dengan forward2 email, banyak lagi perkara atau amalan yang boleh dilakukan selain dari cara2 tersebut.
ReplyDeleterasanyer email berantai begini dah lama... tapi masih ada segelintir masyarakat yg tak ambil endah atau ambik mudah perkara nie......(syirik jer nie ).. sama juga seperti tangkal , dan sebagainya......
ReplyDeleteAssalamualaikum ambokie dan axstudio
ReplyDeleteSemoga sdr semua sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT dan juga semua pembaca laman emjay.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya rasa banyak lagi jenis-jenis surat yg berantai-rantai yg menceritakan tentang kelebihan dan malapetaka yg mengundang andai tiada tindakan di ambil oleh
si penerima surat.
Harap kita sama-sama mencegahnya dan berusaha menjelaskan kpd teman sekeliling.
Waalaikumussalam wbh spidor
ReplyDeleteKalau spidor ada sebarang contoh surat atau emai atau sms berantai, silalah masukkan ke ruangan ini sebagai iktibar kita semua.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
rasanye ini pernah disebarkan via sms masa tahun 2005,kan?
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteBenda-benda syirik macam ni cepat sangat kita nak percaya.Semua pakat takut dengan surat ni.Azab allah tak takut plak...
Assalamualaikum....sebenarnya kita harus berpegang kepada pesanan rasul s.a.w bahawa apaun perbuatan kita adalah NIAT....jika kita guna apapun....email,surah yassin,tangkal (ayat-ayat al quran) kita hendaklah yakin dan percaya tentang KEKUASAAN dan KEIZINAN ALLAH..Banyak perkara kita gunakan pada hari ini jika kita tidak berteraskan KEYAKINAN AKAN KEKUASAAN DAN KEIZINAN ALLAH maka kita telah SYIRIK..contohnya bila sakit jumpa doktor dan makan ubat..."wahhh dah baik dah sebab tadi dah makan ubat atau dah pergi jumpa doktor"...."Nasib baik ada kereta,kalau tidak tak dapat aku pergi solat kat masjid"...."Nasib baik polis meronda di kawasan taman aku,kalau tidak abis rumah aku dimasuki pencuri'...dan banyak lagi....itulah yang sering kita dengar pada hari ini....jarang kita dengar orang memulakan dengan SYUKUR ALHAMDULILAH...Walaubagaimanapun,bagi saya apapun yang kita gunakan termasuk yang halal tetapi jika NIAT kita tidak bersandarkan kepada ALLAH swt maka kita akan tergelincir...Apa komen Emjay?
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSemoga cikgulela sentiasa dirahmati Allah SWT
Kata-kata sdr seperti berikut "sebenarnya kita harus berpegang kepada pesanan rasul s.a.w bahawa apaun perbuatan kita adalah NIAT....jika kita guna apapun....email,surah yassin,tangkal (ayat-ayat al quran) kita hendaklah yakin dan percaya tentang KEKUASAAN dan KEIZINAN ALLAH." adalah amat merbahaya sekali!!!!!!!!
Perbuatan yang ditegah seperti mencuri dan merompak tidak boleh dihalalkan hanya dengan kepercayaan tentang KEKUASAAN dan KEIZINAN ALLAH. Email berantai dan tangkal adalah jelas syirik. Maka walau pun apa sekali alasan atau pun niatnya, perbuatan mengirim email berantai dan bertangkal adalah tetap syirik!!
Fahaman mirip yang diutarakan sdr diatas memang banyak sekali diguna pakai oleh orang Melayu Malaysia apabila berurusan dengan bomoh sesat. Mereka apabila berurusan dengan bomoh sesat sentiasa berniat "kalau saya tidak berusaha memalui bomoh sesat ini, mana bomoh lain yang boleh saya usahakan" atau pun mungkin niat mereka adalah "saya sudah sakit dan ini adalah usaha saya"
Di dalam islam Matlamat tidak menghalalkan cara. Janganlah kita berzina (melacur) dengan niat untuk mendapatkan rezeki bagi membesarkan anak. Melacur tetap dilarang. Email berantai dan bertangkal tetap dilarang walau apa sekali niatnya.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
barokallohufikum,,,,
ReplyDelete