Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh ebkc dan sekelian muslimin
Alhamdulillah pada 29 Mei 2007, saya telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah. Berbagai-bagai reply telah saya terima. Untuk membaca bahan bacaan tambahan berkenaan Selawat Syifak ini, sila baca artikel berikut yang diterbitkan lebih awal di http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/18/kesalahan-selawat-asy-syifa-1/ bertajuk KESALAHAN SELAWAT SYIFA' 1.
Kisah yang ingin saya paparkan pada kali ini ialah berkenaan sebuah reply menarik yang dihantarkan oleh sdr ebkc pada 30 Mei. Saya tidak ingin untuk mengulasnya dan jemputlah membacanya sendiri. Persoalan oleh sdr ebkc telah saya jawap seminggu selepas itu pada 6 Jun 2007. Bacalah reply dari ebkc dan jawapannya seperti berikut:
ebkc said
Assalamualaikum Ustaz;Setelah mengikuti laman ustaz, saya jadi agak takut, sebab tak tahu apa yang saya buat dulu itu apakah dikira sebagai terkeluar dari landasan.
Ceritanya begini. Nenek saya telah mengalami saya keadaan yang ganjil sebelum kematian beliau lebih kurang tiga tahun lepas. Dia asyik menceritakan dia nampak "anak-anak" kecilnya yang duduk kat tangga, yang tengah lapar. Sedangkan dia dah tak ada anak kecil. Yang Bongsu pun dah berusia 60 tahun. Tenaganya sangat kuat. Dia berlari telanjang di belakang rumah dikampung, dan kesian makcik saya yang bujang terpaksa kejar dia nak tutup dia dengan baju. Dia juga baring tengah jalan dan banyak lah perangai ganjil.
Makcik saya menelefon saya minta bantuan. Setelah bertanya-tanya dengan kawan-kawan, saya jumpa seorang ustaz, namanya Ust Z. Ust Z nie seorang hafiz dan mempunyai gelaran besar di menara gading. Setelah berbincang dengan dia, dia recommend saya mengambil seorang kenalannya dari kampung dia yang dikatakan sebagai boleh buang "benda" yg ada kat nenek saya. Atas nasihat Ust Z, saya pun setuju lah sebab kesian makcik saya bulan puasa letih jaga nenek yang bertenaga dan asyik buat hal.
Tiba hari yg dijanjikan, datanglah bomoh nie khusus dari kelantan. Sesampai dirumah nenek di kampung, bomoh nie minta telur dan daun sirih. Dia tanya ada simpan duit tembaga ke atau atau simpan keris melayu lama ke? Nenek kata tak ada? Dia tanya nenek ada buat amalan baca apa-apa ke? Makcik kata ada, saya pun tak ingat bunyi bacaannya. Bomoh nie kata itu amalan pendinding diri. Bomoh nie pun mulalah baca ayat-ayat Al-Quran dan tiup-tiup kat nenek. Lepas itu dia tekan-tekan ibu jari kaki dan juga ibu jari tangan nenek. Dia tengok-tengok hidung nenek, katanya nak tengok ada tanda-tanda nak mati tak.
Lepas itu bomoh itu, buat sesuatu dan dia kata dah berjaya masukkan jin pendinding dalam telur yg ditebuk atasnya. Dalam perjalanan balik dia lepaskan daun sereh dengan telur-telur tadi dalam sungai. Sebaik kita balik, nenek terus menjadi makin lemah. Sebelum ini, nenek adalah segar bugar. Selepas itu, makcik bagitahu yang nenek kian hari kian lemah. Akhirnya, nenek meninggal, iaitu seminggu selepas rawatan bomoh tadi.
Saya ingin tanya Ust Emjay, adakah cara yg digunakan oleh bomoh ini okay? Adakah ia mempunyai amalan syirik? Jawapan dari Ustaz Emjay amatlah dihargai. Terima kasih. Wassalam.
EBKC
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Berkatilah dan rahmatilah Ya Allah dengan penulisan ini dan berkatilah dan rahmatilah kepada mereka yang membaca tulisan ini.
Assalamualaikum wbh ebkc dan sekelian muslimin
Saya sebenarnya merasa amat bersyukur kepada Allah SWT di atas limpah rahmatNya kepada sdr ebkc dapat menilai perbuatan ebkc yang lalu. Semoga hari esok ebkc sentiasa lebih baik dari hari sebelumnya dan akhirnya dimatikan Allah dalam Iman.
Soalan ebkc sangat baik sekali, alhamdulillah dan saya kategorikan dalam kategori heavyweight. Dalam soalan seperti ini, membiarkan sahaja persoalan ini membawa implikasi buruk dan kalau menjatuhkan hukum juga mungkin ada manusia yang tidak gemar dengannya. Dalam situasi ini saya sekadar mencari redho Allah SWT.
Soalan seperti ini tidak boleh dijawab sekadar boleh atau tidak boleh, atau sekadar diharuskan dan mensyirikkan. Berikut adalah antara hujah saya dalam memutuskan situasi ini setelah berbincang dengan beberapa hamba Allah termasuk pakar rujuk saya seorang ustaz ahli Quran dan hadis. Semoga Allah terus merahmati hamba-hamba Allah ini.
Nas 1:
As Saad
[34]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -
[35]
Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
[36]
Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;
[37]
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
[38]
Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.
[39]
(Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".
Nas 2:
Nabi saw melakukan solat wajib, lalu tiba-tiba menggenggamkan tangannya. Ketika selesai solat para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah ada sesuatu yang baru dalam solat?". Sabdanya:
"Tidak, tetapi sesungguhnya setan hendak lewat dihadapanku, lalu aku cekik sampai tangan ku merasakan dinginnya mulut setan itu. Demi Allah, seandainya saudara ku Nabi Sulaiman, tidak mendahului ku, niscaya akan aku ikat setan itu di salah satu tiang masjid ini supaya boleh dilihat oleh anak-anak penduduk Madinah.
Hadis sahih riwayat Ahmad, Daraqutni dan Thabarani
Berdasarkan kupasan dari nas 1 di atas serta di dalam Al Quran lainnya, Allah telah memberikan kelebihan ke atas Nabi Allah Sulaiman seperti boleh memerintah haiwan dan jin termasuk jin setan. Nabi Allah Sulaiman juga berdasarkan hadis mempunyai 70 orang isteri. Kelebihan ini Allah hanya berikan kepada Nabi Sulaiman. Dalam ayat 35 di atas, Nabi Allah Sulaiman berdoa "..dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; .." dan dalam ayat 36 dan 37 pula Allah memakbulkan permohonan Nabi Sulaiman ini dengan mengizinkan pelbagai kelebihan sehingga mampu mengawal angin dan jin setan. Apa yang sangat penting sekali difahami di sini ialah bahawa Nabi Sulaiman berdoa agar kelebihan ini tidak diberikan kepada semua umat selepasnya termasuk Nabi Muhamad dan Nabi-nabi lain (yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku).
Berdasarkan kupasan nas 2 di atas, Nabi Muhammad saw walaupun mempunyai kelebihan sehingga mampu mencekik jin setan sehingga setan ini tidak dapat lari, namun kerana atas dasar tidak mahu bercanggah dengan doa Nabi Sulaiman sebagaimana disebut Allah dalam Nas 1 di atas, Nabi tidak jadi untuk mengikat setan tersebut di tiang masjid untuk tontonan kanak-kanak. Allah sudah menyusun sunnah Nabi Muhamad SAW sebagai sedemikian rupa iaitu tidak menangkap jin setan apatah lagi memasukkan ke dalam botol atau ke dalam telur ayam.
Sekiranya menangkap jin setan ini adalah sesuatu sunnah Nabi saw, pastinya Nabi akan mengajarkannya kepada para sahabat.
Cerita pengamal ini menggunakan sireh dan menangkap dan memasukkan jin pendinding ke dalam telur yg ditebuk atasnya bagi saya mencukupi untuk mengkategorikan pengamal ini sebagai melakukan sesuatu diluar sunah Nabi Muhamad saw dan ini memanglah ciri amalan bomoh sesat. Terdapat satu amalan yang diamalkan oleh Pusat Rawatan Islam *** *** yang juga menggunakan amalan ini tetapi kononnya mereka menangkap jin setan lalu memasukkan ke dalam botol.
Sekiranya amalan seperti ini dibolehkan dalam Islam, apakah hujah yang akan diberikan apabila bomoh lain pula menggunakan alat lain seperti jala atau jaring atau menggunakan keris dan kemenyan untuk menghalau atau menangkap jin setan? Perkara ini tidak akan ada kesudahannya.
Sunnah Nabi Muhammad saw tidak mengajarkan kita menangkap dan menghalau jin setan tetapi apa yang diajarkan adalah menghormati mereka sebagai salah satu makhluk Allah dan apabila memasuki kawasan mereka seperti bilik air / tandas, kita diajarkan memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan iblis jantan dan betina. Kita tidak diajar sebelum masuk tandas, tangkap jin setan atau menghalau mereka apatah lagi memasukkan ke dalam telur atau botol apatah lagi kalau dibantu pula dengan daun sireh.
Saya merasakan bahawa pekerjaan menangkap jin setan ini lebih kepada permainan sihir setan semata-mata. Mirip macam permainan sihir David Copperfield. Walaupun menggunakan khidmat setan, hajat mereka masih diizinkan oleh Allah. Setengah perbuatan sihir manusia seperti menjadikan seorang perempuan mabuk kepayang kepada lelaki yang berhajat, juga insya-Allah diizinkan oleh Allah namun keizinan Allah ini bukan membawa maksud Allah redho dengan pekerjaan ini. Ia adalah sekadar menjadi ujian kepada manusia!
Bersahabat dengan jin walau dari golongan beriman atau kafir telah juga dilarang oleh Allah sebagaimana penjelasan Allah dalam Al Quran berkaitan meminta bantuan kepada jin::
Golongan jin itu akan menimbulkan masalah. Allah memperingatkan dengan sebuah ayat berbunyi mafhumnya,
Al Jinn:6
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Di atas segala rahmat kesedaran dan keinsafan yang Allah berikan kepada sdr ebkc, saya merasa amat terharu dan bersyukur dan saya berdoa semoga rahmat Allah ini tidak berhenti sekadar itu sahaja. Saya berdoa semoga Allah tambahkan rahmat, berkat, taufik, hidayah serta pertolongan kepada sdr ebkc terutama sekali di peringkat awal proses pemurnian akidah ini. Bukan senang untuk senang (beriman) tetapi memang senang untuk susah (sesat).
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikianlah kisah seorang ustaz yang hafiz Al Quran dan berjawatan besar di menara gading tetapi rupanya menjadi agen CIA kepada iblis syaitan untuk menjerumuskan masyarakat umum Melayu ke lembah kesyirikan. Ingatlah wahai pembaca sekelian bahawa seorang hafiz belum semestinya kebal dari direkrut menjadi agen CIA kepada syaitan laknatullah. Kemungkinannya sdr ebkc adalah salah seorang dari antara puluhan atau ratusan umat Islam yang telah berjaya dipujuk oleh Ustaz Z ini agar menjadi musyrik dengan berurusan dengan bomoh sesat dari Kelantan ini.
Pada artikel lalu bertajuk Orang besar melanggani khidmat bomoh ??? saya ada menjelaskan bagaimana kisah benar sepasang ustazah dan ustaz dari Al Azhar Mesir yang kerjanya menyesatkan umat Islam dengan persekongkolan bersama seorang bomoh sesat.
Itu belum lagi cerita disebuah IPTA dimana salah seorang ustaz menjadi pengamal bomoh sesat. Ustaz ini boleh nampak jin di beberapa tempat di IPTA ini.
Tanpa ilmu tauhid yang mantap, adalah sangat mudah untuk seseorang ditipu oleh syaitan. Apabila umat gemar melakukan bidaah, Islam akan semakin tersasar dan umatnya akan menjadi sasaran mudah untuk syaitan menyesatkannya.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
Kalau di Indonesia hebat lagi, jin-nya di masukkan ke dalam botol. Bahkan ada reality shownya segala : Pemburu Hantu. Aneh ya!
ReplyDeleteSubhanAllah, pekerjaan syirik jadi bahan tontonan reality show
ReplyDeleteSebenarnya saya dah jawap, tapi entah kenapa tak keluar reply saya kat sini, mungkin saya salah tekan button kot.
ReplyDeleteSaya ingin rakamkan terima kasih kepada Ust Emjay atas jawapan yang terperinci dan jelas. Terima kasih juga atas doa Ust Emjay untuk saya. Begitu juga saya doakan Ust Emjay dan semua muslimin dan muslimat yang lain agar iman dan akidah kita sentiasa dipelihara oleh Allah swt. Selepas episod nie, maka lebih sedarlah diri ku sendiri, betapa berharganya akidah yang ada di dlm qalbu ku. Begitu juga lah akidah pembaca sekalian.
Kehalusan jarum syaitan adalah terlalu sukar dilihat. Disebabkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran, lepas tu yg recommendnya Ustaz, Al-Hafiz pulak tu, memang payah nak katakan ianya tidak islamik. Cuma yang menggerakkan hati saya untuk persoal ialah daun sireh dan telur, terasa ada unsur-unsur hinduism. Alhamdulillah, Allah swt memberi petunjuk kita sempat tersedar awal sebelum lebih terlanjur, seperti recommend pada orang lain dan sebagainya. Segala puji untuk Allah swt, atas wujudnya laman ini, yang saya rasa banyak artikelnya sangat baik untuk kita memahami tauhid dan keesaan Allah swt. Jazakallahu khairan kathira, semoga semua usaha baik dapat diteruskan.
Cantik sekali relpy sdr ebkc. Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa melindungi ebkc dan pembaca laman emjay sekelian dari perbuatan yang mensyirikkan Allah dan semoga kita semua dimatikan Allah dalam iman.
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteKira-kira 30 minit lalu saya baru ditemui oleh seorang pelajar saya. Dia menceritakan pengalaman meletakkan daun sireh di bawah bantal sewaktu tidur. Ini adalah pekerjaan syirikk.
Sangat berguna sekali. Teruskan usaha anda ya akhi emjay. Semoga Allah sentiasa merahmati anda.
ReplyDeleteSekarang ni kita tiada masa sangat nak bermain dengan benda-benda macam ni. Tahyul, khurafat, syirik. Pulaukanlah benda-benda ini. Sekarang ni banyak cerita2 filem berunsurkan hantu dan sebagainya. Ia boleh merosakkan akidah penontonnye. Daripada tengok filem hantu baik tengok filem dokumentari ada juga manfaatnya. Marilah sama-sama menegakkan Islam yang sebenar, yang suci, yang tiada tokok tambah, yang tiada unsur2 yang seperti ini.
axstudio
kesimpulannya .. jgn laah percaya kepada tangkal-tangkal semua nie.... karut jer semua tu... satu lagi..bomoh-bomoh hantu semua nie... sesat lagi menyesatkan...yang penting minta perlindungan daripada ALLAH... Tuhan sekelian ALAM SEMESTA....ALLAH MAHA MENGETAHUI......... amien..
ReplyDeletedh btul la sume tu..tp lani ramai je ustaz2 yg mengubat stail masuk kan jin dlm botol, telor ni ..camne tu?Ismail kamus pn ada cite rasanya dlm ceramah dia. tp ingat2 lupa la..x pasti kalu dia ada guna cara ni ke x.tlg betulkn kalau salah.camne ek..kesian la jin tu kene kurung x pasal2.mmg btul la,sedangkan nabi x blh ikat, inikan kita, siap masuk botol lg..
ReplyDeletebaru ingat!mmg ada dlm ceramah Dato Ismail Kamus.dia cerita pasal mengubat orang yg jin dah beranak pinak dlm badan.tangkap berbotol-botol.tp x pasti samaada dia atau org lain yang mengubat.mp3 nya ntah kat mana ntah,hilang...camne tu???
ReplyDeletesekarang ni mcm2 dah ade di pasaran,siap boleh advertise dlm TV lagi bomoh2 moden ni,MasyaAllah dah jadi mcm di negara jiran pulak.
ReplyDeleteTukar perlembagaan kita...
ReplyDeletewahbi betul mj ni
ReplyDeletewahbi betul mj ni
ReplyDeletewahbi betul mj ni
ReplyDeletemj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteNabi kita tak buat dan tak pernah buat...so tak payah la kita sebok-sebok nak tangkap hantu dan jin masuk dalam botol.Memang cabang ilmu ni banyak dan luas dan kita disuruh cari ilmu selagi masih hidup tapi hati-hatilah.Jangan kita terpedaya dan tertipu dengan ilmu- ilmu sebegini.
Assalamualaikum,,
ReplyDeleteSaya mengingatkan diri saya dan saudara semua termasuk "Ustaz" Emjay , Kita hendaklah sedar bahawa diri kita semua ada banyak kekurangan. Janganlah kita mempersendakan amalan2 sesetengah ustaz yang coba hendak memantu kita dengan menggunakan ilmu2 yang di anugerahkan Allah kepada mereka.. Memang nabi kita tak pernah buat perkara yang macam tu, tetapi bagaimana pula dengan para sahabat baginda?? atau tabi'e??..dan apakah semua yang Nabi Muhammad S.A.W buat kita pun buat?? fikir-fikirkan lah...
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteMemanglah diri saya dan diri kita semua adalah lemah. Namun apa nak jadi dengan kita semua seandainya kita membenarkan budaya tangkap jin masukkan ke dalam botol berleluasa di dalam masyarakat? Bukankah ini akan menyesatkan lebih ramai umat Islam?
Dengan berilmu dan menolak segala perbuatan bidah yang merosak, kita insyaAllah akan menjadi semakin kuat dan diredhai Allah.
Emjay
komen saya saya ttg tankap jin tu tak mengapa sbb jin tuu menggangu macam tangkap tikus laar kalau tikus tuu tak ganggu tak paa biarkan dia lepak kat rumah dia tapi kalau dia makan padi kee curi ikan kee buat lubang sana sini boleh laa tangkap tak gitu macan tangkap org jahat laa kalau ikut hukum tuhan lagi ketat looo
ReplyDeleteterimakaseh atas pemberitahuan tentang jin2 ini....baru2 ne adik saya pindah rumah baru ..rumah bekenaan telah dikosongkan selama 2 tahun.adik saya merasa mcm ada sesuatu yg menyeramkan dikawasan rumah yg baru diduduki nya...dipendekkan cerita...suami nya mencari seorang bomoh utk memagar rumah bekenaan setelah.suami nya yakin dengan bomoh tu kerana bomoh bekenaan boleh mengaji dengan surah2 dlm alquran utk menghalau jin yg ada dikawasan rumah mereka..setelah bomoh selesai mengaji bomoh bgitau pada adik saya supaya jgn risau kerana bomoh tu dah ada wali yg menjaga kawasan rumah tu...apakah yg dimaksud kan wali dlm kes ini..apakahm kes ini boleh dianggap syirik....terimakasih...minta jawaban dari emjay....
ReplyDeleteSaya mengupas berdasarkan potongan ayat: "setelah bomoh selesai mengaji bomoh bgitau pada adik saya supaya jgn risau kerana bomoh tu dah ada wali yg menjaga kawasan rumah tu".
ReplyDeleteKupasan saya ialah bomoh ini sesat dan berurusan dengan orang seperti ini adalah dilarang.
Emjay
Perawat Islam dengan bomoh itu berbeza. Kaedah pun berbeza. Menggunakan ruqyah dalam perubatan tidak sesat. Sebenarnya aku dah menyampah asyik baca tudingan jari semua salah dalam pemikiran yang jumud.
ReplyDeleteSaya pun semakin meluat dengan tulisan sdr penentang yang banyak menggalakkan umat Islam mensyirikkan Allah.
ReplyDeleteBaca reply saya terhadap tulisan penentang di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/162/PELARIS_HARAM_DAN_SYIRIK?replies_read=34. Penentang ini menyuruh kita semua gantung ayat kursi untuk halau setan dan gantung 1000 dinar untuk murah rezeki.
Agaknya sdr penentang ini menggunakan Mercedes CLK 300 dan BMW 7 series maklumlah rezekinya amat murah kerana di dinding rumah dan pejabatnya penuh tergantung dengan 1001 macam ayat 1000 dinar. Bila sdr penentang nak tempah helikopter Augusta??
Emjay
Tak perlu tapi saudara MJ perlu dihapuskan supaya tidak ramai lagi yang menjadi jahil dalam pemikiran. Bahkan mendakwa terus bahawa itu,ini tak boleh tanpa merujuk mana2 yang ahli sebelum menghujah.
ReplyDeletepak alamatnya di mana nech karna saya ingin menghancurkan jin/setan2 yg ada dalam diri saya n d dalam rumah saya banyak sekali pak tolong ya...
ReplyDeleteassallammuallaikum...pak alamatnya di mana nech karna saya mau menghancurkan jin / setan yg ada di dalam aliran darah saya ini n di rumah saya banyak sekali pak
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh mhdrizki270485
ReplyDeleteSekiranya sdr mhdrizki270485 boleh datang belajar mungkin 5 kali di rumah saya di Johor Bahru, saya tidak menjanjikan membunuh setan kerana itu bukan kerja saya tetapi semoga insya-Allah Allah SWT melindungi sdr, silalah email saya di kangmasjb@hotmail.com untuk mendapatkan alamat saya di Johor Bahru dan no telefonnya.
Emjay
tuan emjay dgn dsr mencari kbnrn sy trgt seorang ulamak membahaskan ttg sihir
ReplyDeleteAbu ‘Abdillah Ar-Razi mengungkapkan bahwa macam-macam sihir itu ada delapan, yaitu:
[1]. Sihir Orang-Orang Kildan Dan Kisydan Yang Mereka Adalah Penyembah Tujuh Bintang.
Mereka meyakini bahwa ketujuh bintang itulah yang mengatur dan mengendalikan alam ini. Menurut mereka,
bintang-bintang itu yang membawa kebaikan dan keburukan. Itulah orang-orang yang kepada mereka diutus
Nabi Ibrahim Alaihis Salam
[2]. Sihir Orang-Orang Yang Suka Berilusi Dan Mempunyai Jiwa Yang Kuat.
Mereka berpendapat bahwa wahm (ilusi) itu mempunyai pengaruh, yaitu bahwa manusia dapat berjalan diatas
pelepah yang diletakkan diatas permukaan tanah, tetapi dia tidak bisa berjalan diatasnya jika dibentangkan
diatas sungai atau semisalnya.
Lebih lanjut, Abu ‘Abdillah Ar-Razi mengemukakan bahwa sebagaimana para dokter telah sepakat untuk
melarang orang yang suka mimisan (mengeluarkan darah dari hidung) melihat objek yang berwarna merah dan
orang yang kesurupan untuk melihat berbagai benda yang mempunyai kilatan sangat kuat untuk yang
berputar-putar. Yang demikian itu tidak lain karena jiwa itu diciptakan untuk selalu taat kepada ilusi-ilusi.
[3]. Meminta Bantuan Kepada Para Arwah Yang Bersemayam Di Bumi, Yaitu Bangsa Jin. Mereka Ini Terbagi
Menjadi Dua Bagian : Jin Mukmin Dan Jin Kafir, Yang Tidak Lain Mereka (Jin Kafir Tersebut) Adalah
Syaitan.
Selanjutnya, orang-orang yang memproduksi sesuatu dan orang-orang yang suka melakukan eksperimen telah
menyaksikan bahwa berhubungan dengan ruh-ruh bumi ini berlangsung melalui amalan-amalan yang cukup
mudah dan dengan mantra yang tidak banyak [1], serta kepulan asap. Jenis ini disebut dengan jimat dan usaha
melakukan penundukan.
[4]. Ilusi, Hipnotis Dan Sulap
Dasar pijakan praktek ini adalah bahwa manusia sering kali melakukan kesalahan dan hanya terfokus pada
suatu hal saja dan tidak pada yang lainnya. Tidakkah anda memperhatikan pesulap ulung yang
memperlihatkan sesuatu yang bisa membuat para penontonnya tercengang serta menarik perhatian mata
mereka kepadanya, sehingga apabila pandangan mereka sudah sibuk dan terfokus pada sesuatu itu, maka si
pesulap tersebut akan melakukan hal lain dengan cepat, dan pada saat itu akan telihat oleh mereka sesuatu
yang blain selain apa yang mereka tunggu-tunggu, sehingga mereka benar-benar sangat heran. Jika si pesulap
itu diam dan tidak berbicara untuk mengalihkan pikiran kepada kebalikan dari apa yang ingin ia kerjakan,
sedang jiwa dan ilusi terfokus kepada apa yang hendak dikeluarkannya, niscaya para penonton akan mengerti
setiap apa yang dikerjakanya.
[5]. Berbagai Tindakan Menakjubkan Yang Muncul Dari Hasil Penyusunan Alat-Alat Secara Seimbang Dan
Sesuai Dengan Ilmu Rancang Bangun, Misalnya, Seorang (Patung) Penunggang Kuda Yang Memegang
Terompet, Setiap Berlalu Satu Jam, Maka Terompet Itu Akan Berbunyi Tanpa Ada Yang Menyentuhnya.
Abu ‘Abdillah Ar-Razi mengungkapkan bahwa diantara penyusunan alat-alat ini adalah penyusunan otak jam.
Pada hakikatnya, hal tersebut tidak bisa dikategorikan sebagai sihir, karena ia memiliki sebab musabab yang
pasti dan meyakinkan, orang yang benar-benar memperhatikan pasti akan mampu melakukannya juga.
Berkenaan dengan hal tersebut, perlu saya (penulis) katakan,” Sekarang ini, hal-hal tersebut sudah sangat
biasa, apalagi setelah terjadi kemajuan ilmu pengetahuan yang menjadi sebab ditemukannya berbagai hal yang
menakjubkan.”
[6]. Memakai Bantuan Dengan Obat-Obatan Khusus, Yakni Apa Yang Terdapat Pada Makanan Dan Minyak.
Abu ‘Abdillah Ar-Razi mengungkapkan:” Ketahuilah, tidak ada alasan untuk mengingkari berbagai hal khusus
tersebut karena pengaruh magnet itu sudah sangat jelas.”
[7]. Ketergantungan Hati.
Dalam hal ini, tukang sihir mengaku bahwa dia mengetahui nama yang Maha Agung dan bahwasannya jin
mentaati dan tunduk patuh kepada
dalam memahami al-quran dan hadis kita haruslah berpegang dgn pendaat ulamak cuba buka kitab tafsir sprt tafsir al-qurtubi,ibn kathir,thabari..
ReplyDeletecth surah as sajadah 40
'buatlah apa yg kamu sukai,bahawasanya tuhan memperhatikan apa yg kamu kerjakan'
klou kita tidak mengetahui ilmu ma'ni maka akan tersesatlah dlm memberi erti kpd ayt ini krna biasa difahamkan bhw thn mengizinkan dan bahkan menyuruh supaya org mengerja yg disukai saja,biar pekerjaan jahat sekali pun.padahal tuhan dlm ayt ini bukan menyuruh tetapi melarang dan mengecam supaya org jgn berbuat sesuka hatinya saja dgn xdak memikirkan halal haram..
jgnlah terburu mengeluar fatwa tanpa merujuk ulamak dan pendapat para sahabat nabi dan
klou nk dibahaskan mmg pnjg...mls nk tulis..pikirla sendiri adakah kita ni ckp syarat nk beri fatwa..
trdpt suatu hadis aku pernah mndgr rasulullah brsbda
'pada malam aq dinaikan ke langit,aku melewati beberapa orang yang bibir dan lidahnya dipotong dgn gunting yg trbuat dari api'kemudian aku tanyakan:'siapakah mereka itu jibril'?jibril mnjwb:'mereka itu adalah para pemberi ceramah dari umatmu yg menyuruh berbuat baik kpd manusia tetapi melupakan dirinya"(ibnu majah,bnu abi hatim dan ibnu marwadih' sebagaimana firman allah dlm surah al-baqarah ayat 44
saya mohon maaf jika tersilap..ingin menyuarakan panadangn ttg tjk yg lama'
salam. bagaimana saudara mengatakan yang kita tidak boleh berkawan dengan jin islam?
ReplyDeletedalam al-jin ayat 6 itu mengatakan "dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin maka jin2 itu menambah bagi mereka dosa dan kejahatan."
perkataan BEBERAPA itu adakah bermaksud semua jin2 termasuk lah jin islam? Sila perjelaskan.
dan saudara mengatakan yang menangkap jin ke dalam botol itu adalah perkara syirik. bagaimana pula cerita ustaz haron din menghantar jin menggunakan bas? tetapi saya tidak mendapat kesahihan cerita ini.
pada pendapat saya jika kita tidak boleh meminta tolong daripada jin itu bersamaan dengan syirik (menyekutukan Allah) maka jika kita meminta pertolongan dari orang juga adalah syirik. kerana kita sudah menyekutukan Allah meminta bantuan selain dari Allah. Jika saudara mengiyakan pendapat saya maka jika kita demam maka kita perlu berdoa kepada Allah dan tidak perlu berjumpa dengan doktor.
saya harap saudara dapat menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran saya.
Assalammualaikum Ustaz.
ReplyDeletesaya sangat berterima kasih pada ustaz.sudah berbelas tahun.saya fikir kan.tentang.ustaz ustaz.hafiz berjawatan tinggi dimenara gading.Bertopeng kan,berubatan islam.ayat ayat suci alquran.kunun nya.rawatan mereka betul.tidak menyleweng dari akidah islam.bila berceramah.selalu menasihat orang jangan berjumpa bomoh.untuk merawat penyakit.siyirik kata mereka. kerana bomoh merawat mengguna jampi serapah.
kalau hendak merawat penyakit.pergi lah berjumpa dengan ustaz.kerana ustaz tidak menyeleweng dari akidak islam. merawat mengguna ayat suci alquran.
Pada pedapat saya yang cetek agama mereka.saperti kata perumpamaan. mengata dulang paku serepih.menangguk diair keruh.kerana imiz bomoh yang tercalar.keburukan bomoh cepat berita tersebar. diakhbar.dikaca tv.tetapi atas nama ustaz bertopeng perubatan islam.merawat pesakit.
sebagai contoh bila pengamal perubatan islam yayasan terengganu.dan ustaz sarhan dari rawatan sinar zamdurani.
MERAWAT SITI BALQIS BERSANDIWARA LEBEH DARI 100 KALI QAIB..PELAKUN WANITA TERBAIK TAHUN 2010 DIBANTU OLIH AHLI KELUARGA NYA.MAKA USTAZ TERSEBUT DIATAS TUMPANG SEKAKI JADI PELKON PEBANTU TERBAIK.MENDAPAT LIPUTAN MELUAS DARI PIHAK AKHBAR.DAN TV.USTAZ TERENGGANU KATA MEREKA BERJAYA TANGKAP 12 JIN.TETAPI SITI BALQIS QAIB JUGA.
MAKA USTAZ SHARHAN.AMBIL ALIH.UNTUK MENDAPAT PUBLISITI MURAHAN.SANGGUP MERAWAT 21 HARI SAHINGGA SEMBUH. MERAWAT SITI BALQIS DAKWA NYA.DENGAN RAWATAN CARA ISLAM NYA.YANG BETUL. MEMAGAR RUMAH DENGAN GARAM.SITI BALQIS SEMBUH.
MENYEBAB KAN JIN YANG BERDAMPING DENGAN SITI BALQIS MARAH PADA NYA.
AKAN AMBIL ANAK SEBAGAI GANTI.
KATA NYA LAGI BATU BATU BERLIAN YANG JATUH YANG DICAMPAK OLIH PELAKUN TERBAIK. KA DALAM RUMAH. KATA NYA. PEMBERIAN ALLAH.USTAZ DARI TERENGGANU PULA BERKATA BATU BATU PERMATA TERSEBUT KENA RENDAM DALAM AIR ZAM ZAM SUPAYA TIDAK HILANG.AGAR DIA NYA TIDAK DAPAT DI CURI OLIH JIN.
KENAPA PEMBOHONGAN MEREKA TIDAK PULA.DISIAR DALAM AKHBAR DAN TV.AGAR ORANG RAMAI TAHU.MEREKA MEMPERALAT. ISLAM.AYAT AYAT.SUCI.ALQURAN.UNTUK MENIPU.JANGAN BUAT RAWATAN LAGI DENGAN MEREKA.
TIDAK ADA SIAPA PUN YANG BERANI.KOMEN PENIPUAN MEREKA.YANG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. MEREKA TIDAK PUN RASA BERSALAH.TIDAK PUN MENGAKU.KESILAPAN MEREKA. KERANA MEREKA BERTITIL USTAZ HAFIZ PULA LAGI.MAKA YANG TAHU BUAT TIDAK TAHU SANGGUP BERSUBAHAT MEMBIAR KAN.TERUS BERBOHNG. (KECUALI UST.EMJAY MEMANG BERANI KERANA BENAR)
APA PENDAPAT UST. EMJAY.APA KAH PENIPUN MEREKA DIKIRA SYIRIK.TOLONG UST.JELAS KAN.
HARAP MAAF USTAZ JIKA PENDAPAT SAYA ADA YANG TRSILAP TOLONG TEGUR KESILAPAN SAYA.INSYALLAH SAYA AKAN BETUL KAN.SILA LAH USTAZ BERI TUNJUK AJAR NASIHAT.PADA SAYA.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBagi saya, siapa sahaja menggunakan garam untuk ikhtiar perlindungan dari gangguan makhluk halus adalah SESAT tak kiralah ustaz sharhan atau bukan sharhan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah atas kurniaan ilmu mahal ini kepada sdr. Semoga Allah sentiasa menambahkan ilmu yang diredhai kepada sdr.
Emjay
Assalammualaikum Ustaz Emjay.
ReplyDeleteSaya sangat bererima kasih kapada ustaz diatas jawapan ustaz.berkaitan ustaz ustaz.hafiz berjawatan besar di menara gading.memperalat atas nama. Perubatan perubatan islam.ayat ayat suci alquran.cari kemewahan.kesenangan.sanggup mempersenda kan nya.
YANG JADI KEMUSKILAN SAYA .BETUL KAH.CARA RAWATAN ISLAM. HENDAK KELUAR KAN JIN .CARA NYA. JARI KAKI PESAKIT DIPICIT.PESAKIT MENJERIT KESAKITAN.LAGI BERTAMBAH KUAT DIPICIT.KATA USTAZ YANG MERAWAT. YANG MENJERIT KESAKITAN.ITU IALAH JIN.LAGI KUAT MENJERIT.LAGI KUAT DIPICIT.MAKA BERTAMBAH KUAT LAH.USTAZ YANG MERAWAT BERTAKBIR.KUNUN BACAAN AYAT SUCI ALQURAN.MENYEBAB KAN JIN KESAKITAN.SAMBIL USTAZ BERTEMPIK SURUK JIN DALAM BADAN PESAKIT KELUAR.TANYA DATANG DARI MANA. SIAPA YANG SURUH DATANG….
KERANA TIDAK TAHAN SAKIT.SIPESAKIT .TERPAKSA BERBOHONG.AGAR KAKI NYA TIDAK DIPICIT LAGI.ADA JUGA USTAZ MERAWAT MEMUKUL PESAKIT DENGANG KAYU.BILA KATA SAKIT LAGI KUAT DI PUKUL.TAK NAK KENA PUKUL. KENA LAH BERBOHONG.KATA HENDAKKELUAR DARI BADAN PESAKIT.DISURUH BERSUMPAH.BERJANJI TIDAK DATANG LAGI.
PADA PENDAPAT SAYA USTAZ USTAZ YANG MERAWAT SAPERTI TERSEBUT DIATAS DISANGKA APA YANG DIBUAT BETUL.KUNUN RAWATAN ISLAM.MEREKA TIPU DIRI SENDIRI.KALAU HENDAK MERAWAT DENGAN MEMICIT.MEMUUKUL.TIDAK JADI USTAZ PUN BOLIH BUAT.
JIKA BETUL AYAT AYAT SUCI MEMBERI KESAN PADA JIN DALAM BADAN PESAKIT.KENAAPA PERLU.PESAKIT DIPICIT. DIPUKUL.KENAPA USTAZ BACA JIN TAKUT.PESAKI PUN BOLIH BACA APA AYAT YANG USTAZ BACA.KENAPA BODOH SANGAT .JIN DALAM BADAN PESAKIT.DIA TAHU PESAKIT HENDAK PERGI.MENYEKSANYA.SEPATUT DIA KELUAR LAH DULU. KERANA SABELUM GILIRAN NYA.DIA MELIHAT. MEDENGAR KAWAN KAWAN JIN .NYA. DISIKSA .OLIH USTAZ .BILA PESAKIT KELUAR .DARI TEMPAT RAWATAN ISLAM .MASUK LAH BALIK.DALAM BADAN PESAKIT.
TIDAK TERPIKIR KAH KITA.JIKA SASAORNG.YANG BETUL BETUL BERILMU.BERKAITAN ALAM GHAIB.TAHU KELEMAH JIN.SUDAH TENTU JIN TAKUT HENDAK BERJUMPA NYA.TAPI SUNGGUH PELIK.JIN SANGGUP PERGI KATEMPAT .HENDAH MENYIKSA NYA.
SAYA HARAP USTAZ EMJAY.TOLONG LAH.BERI PENJELASAN .BETUL KAH. CARA RAWAT AN ISLAM.. HENDAK KELUAR KAN JIN.DARI BADAN PESAKIT.KENA PICIT JARI KAKI.JIKA PENDAPAT SAYA ADA YANG TERSILAP TOLONG LAH USTAZ BETUL KAN.
ASSALAMMUAIKUM USTAZ.
ReplyDeleteSaya amat tertarik deangan tulisan.saudara sheikhshaman.berkenan ustaz harun din. Pindah kan jin.dengan menaiki bas.kalau tak salah saya dengar.bagitu lah cerita nya.. betul atau tidak?. atau hanya khabar angin?. saya pun kurang pasti.adakah kerana dia berjawatan tinggi..dimenara gading .maka tidak ada siapa berani mempertikai.kebenaran nya?… jika lah betul saperti saya ada juga dengar…maka allah maha berkuasa . beri kelebihan pada nya.dia bolih Nampak jin
Setahu saya yang cetek agama. kita sebagai manusia biasa.tidak bolih Nampak.jin. didunia tidak ada univesiti.yang mengajar mata pelajaran bolih Nampak jin. maqluk qaib. walau setinggi langit pun ilmu nya.walau pun dia .bertitil.ustaz rawatan islam….saya juga yakin ada manusia bolih Nampak..dengan izin allah yang maha berkuasa……..
Kalau lah ustaz ustaz dirawatan islam bolih Nampak.tahu pula berapa puluh ekor jin ada dalam tubuh badan pesakit.kan senang beri saja arahan pada jin ..suruh jin keluar dari badan pesakit .sudah tentu jin jin takut .pada ustaz ustaz. kan hafiz alquran. kenapa perlu menyiksa pasakit.memicit jari kaki memukul dengan kayu.kenapa .bodoh sangat kah jin jin.dalam badan.sanggup diseksa.sepatut nya. Keluar lah dulu.bila tak ada ustaz masuk lah balik.
Saya harap ustaz emjay .tolong lah beri penjelasan apa yang tersebut diatas dimana kesilapan saya… saya sedia betul kan.ada kah saya saperti kata patah gajah depan mata tak Nampak kuman diseberang Nampak.saya teramat takut pada allah .jika kita tahu .ada hamba nya.buat pekara tidak betul. Kita berdiam .. nanti dikira bersubahat.budi baik ustaz saya tidak lupa kan .terima kaseh saya ucap kan….
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKalau betullah ustaz-ustaz ini BENAR-BENAR mampu mengeluarkan jin dengan memicit ibu jari kaki, mungkin esok saya nak hantar orang Cina kafir anak murid saya (yang agak rapat dengan saya kerana akhlaknya baik) untuk dikeluarkan jin-jin didalam badannya. Nanti pelajar Cina kafir ini boleh mudahlah masuk Islam. Kalau beginilah caranya untuk mengeluarkan jin dari dalam badan, kita semua terutama sekali para pendakwah kena belajar memicit ibu jari orang kafir dalam proses mendakwah. Esok boleh saya biayai kos ustaz-ustaz ini untuk memicit ibu jari para menteri dan isteri-isteri mereka. Lepas dipicit ibu jari mereka, semua mereka elok membuang perangai buruk dan semua isteri mereka cantik bertudung menutup aurat.
Kalau kerja picit memicit jari kaki ini memang berasal dari Muhamad bin Abdullah SAW, PASTINYA Nabi Muhamad SAW telah melakukannya ketika bapa saudaranya Abu TAlib hampir mati. Taklah Abu Talib mati sebagi orang kafir..
Matspy, apa yang sdr tulis tu betul, yang tak betul adalah ustaz-ustaz yang TAK BETUL yang membuat kerja tak senonoh memicit jari orang macam pe'el Doraemon. Nabi Muhamad SAW tidak pernah buat kerja-kerja tersebut. Para sahabat pun tak pernah.
Emjay
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteOrang Islam memang tidak boleh berkawan dengan jin sesuai dengan ayat Al Quran tersebut Al Jinn:6. Berkawan dengan jin memang tidak menjadi syariaat agama yang disampaikan oleh Nabi Muhamad SAW. Dan tiulah sebabnya Nabi dan para sahabat tidak pernah bersahabat denga mana-mana jin.
Sesiapa sahaja baik Harun Din atau sesiapa sahaja kalau ada mengamalkan menghantar jin menggunakan bas, ini adalah satu kerja khurafat. Sepengetahuan saya tidak pernah ada contoh seperti ini dizaman Nabi Muhamad SAW dan para sahabat. Kalau jin boleh naik bas, saya nak buka satu bisnes baru iaitu syarikat pengangkutan untuk para jin sahaja.
Apabila sudah ada larangan bagi manusia meminta pertolongan dari jin, ingkar bermakna melawan Al Quran dan melawan Al Quran hanya layak bagi orang kafir sahaja. Bab ini juga sudah Allah SWT jelaskan dalam Al Quran berkenaan doa Nabi Sulaiman agar kemampuannya mentadbir jin hanya diberikan Allah kepada beliau sahaja (bukan kepada orang lain termasuk para nabi lain).
Meminta tolong sesama manusia man pula syiriknya. Nabi Muhamad pun meminta tolong kepada para sahabatnya!!! Persoalan tentang perkara ini serta persoalan sdr tentang ubat macam menunjukkan sdr tidak faham ilmu tauhid. Ubat sekadar merawat, boleh berubat dan boleh juga tidak berubat dan ubat tidak boleh menyenbuhkan. Doktor macam ubat juga sekadar merawat bukan menyembuhkan.
Emjay
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteFirman Allah (bermaksud): “................ Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. .” - (Surah Al-A’raaf: 27).
Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat iaitu merupakan bukti kenabian.
Saya ada diajarkan oleh arwah guru kaedah untuk melihat jin namun ritualnya akan menyebabkan kita mensyirikkan Allah SWT. Dengan itu, jangan dibuat kerja sesat tak berfaedah ini.
Kalau ada sesiapa baik ustaz besar atau mufti sekali pun kalau dia memberitahu mampu melihat jin, lari jauh-jauh dari orang ini.
Emjay
ASSALAMMUALAIKUM USTAZ EMJAY.
ReplyDeleteSaya ucap kan banyak banyak .terima kasih yang tak terhingga.diastas jawapan ustaz emjay.rasa lapang lah dada saya baru lah tenang kepala otak saya. Yang selama ini . bertahun tahun .sangat merunsing kan saya.apa yang saya tulis sabelum ini .betul atau tidak.saya takut saya buuruk sangka………….
sebelum ini saya sudah Tanya.munkin perpuluh orang.kesemua nya tidak berani KOMEN .jawab macam mana ustaz emjay jawab.kebanyakan mereka berkata betul.ada yang berkata. TAK KAN LAH MEREKA BERBOHONG.KAN MEREKA TU SEMUA NYA . USTAZ USTAZ HAFIZ AL QURAN. PERUBATAN MEREKA.PUN.NAMA PERUBATAN ISLAM . ADA DIANTARA MEREKA BERJAWAT BESAR DIMENARA GADING. SUDAH TENTU MEREKA BOLIH NAMPAK JIN .BOLIH PINDAH KAN JIN. DENGAN MENAIKI BAS. TANGKAPJIN.MASUKAN. KEDALAM BOTOL.NAMA MUNGKIN MEREKA MENIPU.
BAGI PENDAPAT SAYA YANG JAHIL.MEREKA MEREKA.YANG MACAM INI LAH. AMAT DIBENCI OLIH ALLAH…SANGGUP MEMPERSENDA PERENTAH ALLAH MEMPERSENDA SUNAH NABI DAN RASUL. UNTUK KEPENTINGGAN DIRI.KUNUN NYA.RAWAT AN ISLAM.MEREKA YNAG BETUL..MEREKA MENEGAH BERJUMPA BOMOH .KERANA CARA PERUBATAN BOMOH SYIRIK.JIKALAU NAK DAPAT RAWATAN.BERJUMPA LAH DENGAN MEREKA.KERANA MEREKA TIDAK MENYLEWENG.DARI AKIDAH ISLAM .IKUT SUNAH NABI DAN RASUL.
MEREKA.MEREKA SAPERTI TERSEBUT DIATAS.SUDAH TENTU. AMAT DIKASIH IBLIS DAN.SYAITAN.KERANA MEREKA PATUH PADA SURUHAN NYA.BERPELAJARAN TINGGI DIMENARA GADING . BERJAWATAN TINGGI BERPENGETAHUAN AGAMA BIJAK.
SELALU DALAM SYARAHAN AGAMA.MENASIHAT.ORNG RAMAI .TAKUT LAH KAPADA ALLAH. BUAT APA YANG DISURUH.JAUHI LAH APA YANG DITEGAH.IKUT LA HADIS SUNAH NABI DAN RASUL .AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.JIKA DIA A BUAT KESILAPAN TIDAK MENGAKU.DIRI NYA SETIASA BETUL..JIKA KATA DIA TIDAK BETUL..DIA AKAN KELUAR KAN TAFSIR ALQURAN. DAN HADIS NABI.KERANA DIA HENDAK PERBETUL KAN.KESILAPAN NYA. APA YANG DIA BUAT TIDAK SALAH.SEMUA NYA BETUL…
SELALU NYA.USTAZ USTAZ.SEPERTI TERSEBUT DIATAS TIDAK ADA SIAPA YANG BERANI KOMEN.HANYA YANG BERANI KOMEN.USTAZ EMJAY.SYABAS SAYA UCAP KAN..INI LAH PERTAMA KALI SAYA DENGAR…SAYA MENGAKU SAYA TUMPANG BERANI USTAZ . YANG PELIK NYA.ADA ORANG YANG TAHU APA YANG MEREKA BUAT MENYLEWNG .TIDAK BETUL.SANGGUP BUAT BUAT .TIDAK TAHU. SANGGUP BERSUBAHAT…..LAIN LAH YANG CETEK AGAMA AKAN TERIMA BULAT BULAT
SAYA HARAP USTAZ EMJAY.TOLONG LAH PERJELAS. DIMANA KESILAPAN TULISAN SAYA.AGAR SAYA LEBIH BERHATI HATI. ………
INI PENDAPAT SAYA YANG JAHIL.. SANGAT BERUNTUNG LAH KITA JIKA KITA DIBENCI OLIH IBLIS DAN SYAITAN …
SANGAT RUGI LAH KITA JIKA ALLAH MEMBENCI KITA……
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteMereka adalah ASET IBLIS paling mahal di Malaysia.
Jangan lupa baca kesesatan mereka di dalam artikel saya bertajuk Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah. di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126 dan artikel #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131
Semoga kita semua dirahmati Allah SWT
Emjay
salam nak tanya..kalau tak guna kaedah rawatan islam..bagaimana cara sebenarnya untuk menghalau jin yang masuk dalam bdn..seperti histeria..minta tunjuk ajar tuan
ReplyDeletesaya dah baca artikel tentang histeria tu.. kalau mcm saka dan ganguan lain bagai mana cara yang sebaiknya untuk di selesaikan...
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBerkenaan soalan sdr ini, bolehlah dirujuk artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/206.
Selamat membaca.
Emjay
Assalamualaikum saudara...
DeleteArtikel dalam link diatas http://emjayjb.multiply.com/journal/item/206. tidak boleh dibuka. Minta tlg beri link yg lain.
Jazakallahu khairan kathiro
Assalamualaikum wbh.
ReplyDeleteBagi menangani saka:
1. Kenalpasti mengapa individu ini mendapat saka. Saka adalah kurniaan Allah SWT dan ada sebabnya. Proses ini agak rumit dan selalunya memerlukan sesi dimana saya akan bersoal jawab dengan individu.
2. Terangkan akan kesilapan sehingga Allah SWT memberikan saka secara ringkas sehingga individu memahami kesilapannya.
3. Bertaubat nasuha diatas segala kesilapan sehingga Allah SWT memberikan saka.
4. Membersihkan diri dan persekitaran dari segala yang Allah SWT murka seperti tangkal, azimat, gambar, loceng, patung dsbnya
5. Mempelajari ilmu akidah semoga individu faham dengan jelas akan segala kesilapan lalu dan semoga menjadi benteng kesesatan dimasa akan datang.
6. Memperelokkan ibadah.
Emjay
terima kasih ustaz ..ada tak cara yang menepati quran dan sunnah dalam menangani masalah melibatkan alam ghaib ni..macam saka, santau dan sebagainya..saya memang tidak percaya dengan bomoh atau seumpama denganya sama sekali...
ReplyDeleteterima kasih ustaz ..ada tak cara yang menepati quran dan sunnah dalam menangani masalah melibatkan alam ghaib ni..macam saka, santau dan sebagainya..saya memang tidak percaya dengan bomoh atau seumpama denganya sama sekali...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteDatanglah ke rumah, insyaAllah banyak boleh dikongsikan. Tiada bayaran.
Emjay
Bodoh smua prkara mesti nk kna nabi buat baru boleh buat..nabi rasul bukan krja tngkap jin.. kalo nabi naik ke langit napa tak rame naik ke langit !?? Tu kan sunnah.. jgn lupa nabi di ajar doa @ ayat quran oleh jibril ktika dlm prjalann israk dri makkah ke pelastin.. ifrit tu trsungkur trbakar dgn izin Allah.. nabi juga prnah memagar menggaris tanah supaya sahabatnya trlindung dri gangguan 3 ifrit ktika nabi brdkwah kabilah jin di sebalik gunung tak jauh dri makkah.. ada ilmu2 ayat2 yg nabi ajr hnya pd org2@ shabat trtentu oiit..tpi tak ajar pun pd sahabat2 kanan lain..
ReplyDelete