Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 5 September 2007

Jauhi maksiat dan Muhasabah diri

Assalamualaikum wbh

      Jauhi maksiat dan Muhasabah diri.

Menurut kamus dewan, muhasabah memberi maksud perbuatan menilai, meninjau perasaan (fikiran, pendirian dsb) ke atas diri sendiri.

            Pepatah  Melayu ada mengatakan bahawa bumi mana tidak di timpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora. Sayidina Umar pernah membunuh anak perempuannya dan akhlaknya sebelum menganut Islam adalah begitu rosak sekali. Tetapi biarlah kita menjadi umat yang disukai Allah iaitu orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan hari esoknya lebih baik dari hari ini. 

Selalulah muhasabah diri tidak perlu menunggu musibah untuk muhasabah diri.
Inilah antara sebab utama orang susah untuk menjadi baik. Apa sebabnya?? Kalau kita tengok kes mahkamah, bapa merogol anak pun minta dibicarakan, kerana mereka menganggap mereka tidak bersalah. Pemuda merogol kanak-kanak pun tak nak mengaku salah kerana memandang perbuatan mereka adalah wajar. Samalah juga tuan-tuan, perempuan yang tidak memakai tudung memandang perbuatan mereka sebagai wajar dan mereka ini memandang perempuan bertudung sebagai kuno dan kolot. Orang merokok memandang dirinya “macho” dan segak dan memandang orang tidak merokok sebagai bukan lelaki sejati. Apakah sebab berlaku fenomena ini di mana manusia memandang perbuatan mereka yang sebenarnya salah tetapi pada pandangan mereka perbuatan mereka adalah betul, elok dan baik. Dalam setengah kes pula puak ini semakin ramai dan memandang orang yang mengamalkan poligami dan hudud adalah orang yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Mereka memandang diri mereka pula sebagai contoh terbaik untuk diikuti.

Jawapan persoalan ini diterangkan Allah dalam 10 ayat di dalam Al Quran  yang sama maknanya iaitu Al An’aam 43:
“dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”
dan At Taubah 37:
”.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ......”..
Serta Al Anfaal ayat 48-
“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), .......”
At Taubah ayat 37-.
“.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ........”
An Nahl ayat 63-
“.............. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu;.........”

Orang yang telah berkawan rapat dengan syaitan seperti diterangkan dalam surah Az Zukruf di atas lalu syaitan tadi telah menjadikan manusia ini memandang cantik perbuatan salah mereka, apabila ditegur – astaghfirullah, kita yang menasihati akan dijadikan musuh.

Masalah utama yang inginkan saya tegaskan di sini ialah è MASALAH UTAMA BAGI ORANG BERMASALAH IALAH MEREKA TIDAK TAHU BAHAWA MEREKA SEDANG BERMASALAH.
Dr Yusuf Al Qardawi telah berkata:
“Kita boleh berterus terang dalam masalah ini  (kepincangan umat) dengan menegaskan bahawa kepincangan yang berlaku itu adalah berpunca dari dalam diri kita yang suka mementingkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain, bagai pepatah; kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak nampak”
             
Di dalam kita muhasabah diri, Syed Sabiq telah menyediakan satu senarai lengkap untuk menjadi senarai semak untuk kita semua membaiki diri iaitu :
  1. Lemah jiwa
  2. Mudah putus asa
  3. Putus harapan
  4. Angkuh
  5. Gembira tidak terbatas
  6. Ujub (Kagum dengan diri sendiri)
  7. Megah
  8. Zalim (aniaya)
  9. Girang
  10. Ingkar kepada kebenaran
  11. Tidak tahu berterima kasih (bersyukur)
  12. Tergesa-gesa
  13. Sempit dada (sempit fikiran)
  14. Kurang panjang akal
  15. Kikir (kedekut) untuk berbuat baik
  16. Bakhil pada harta
  17. Tamak haloba
  18. Suka membantah
  19. Suka menunjuk-nunjuk
  20. Bimbang kepada kebenaran
  21. Ragu-ragu kepada petunjuk
  22. Bodoh
  23. Lalai kepada kekurangan diri
  24. Suka berkeras sewaktu berbantah
  25. Tertipu dengan perasaan diri sendiri
  26. Berpura-pura
  27. Gelisah
  28. Keluh kesah
  29. Tidak suka menolong
  30. Lari dari kebenaran
  31. Menentang kekuasaan Tuhan
  32. Derhaka
  33. Melampaui batas
  34. Cinta harta
  35. Terpesona dengan keduniaan.
Marilah kita menginsafi diri bahawa keupayaan orang-orang kafir untuk menguasai kita dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap keadaan adalah merupakan bentuk seksa dari Allah kepada kita kerana kita tidak tahu menghargai nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita. Berapa banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.

Insaflah bahawa siapa yang mempunyai sesuatu yang lebih disayangi dan dicintai daripada Allah, maka ini menandakan hatinya sedang sakit.

            Hanya dengan mengatakan aku pasti ........... tanpa mengucapkan Insya Allah sudah cukup berdosa dan menyebabkan musibah dari Allah seperti hadis  Nabi saw berikut :
Al Bayan: 951 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Sulaiman a.s memiliki seramai enam puluh orang isteri. Suatu ketika dia pernah berkata, malam ini aku pasti akan menggauli semua isteriku, sehingga kesemua daripada mereka akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda (tentera berkuda) untuk berjihad di jalan Allah. Ternyata mereka semua tidak mengandung kecuali seorang sahaja itupun hanya melahirkan anak yang cacat. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya Nabi Sulaiman a.s mengecualikan (berkata Insya Allah) maka setiap daripada mereka akan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda untuk berjihad di jalan Allah.
            Muhasabahlah diri dan bertaubatlah!!

Firman Allah dalam An Nisaak: 110.
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
             
Juga dalam Yunus: 27.
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding(setimpal) dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
            
 Allah menimpakan bala musibah yang sebanding atau setimpal dengan perbuatan jahat/ maksiat yang dilakukan oleh manusia.
Firman Allah lagi dalam An Nisaak: 79-
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

Ghaafir: 75- (Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa.
Sesungguhnya Allah maha Pengampun sebagaimana dinyatakan Nabi dalam Al Bayan: 570 –
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat

Al Bayan:1513 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya
            
 Sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Saw bahawa berjihad untuk melawan hawa nafsu adalah lebih besar berbanding dengan berjihad di dalam perang Badar. Manakan tidak kerana iblis tidak akan reda apabila ‘sahabatnya’ ini menjadi manusia yang lebih baik. Iblis akan memberikan perangsang agar ‘sahabatnya’ ini terus menjadi seperti dahulu iaitu bergelumang dengan dosa. Tidak cukup dengan  bisikan langsung ke dalam hati, iblis akan membisikkan pula kepada “kroninya” di kalangan manusia untuk menjadi agennya agar ‘sahabat’ iblis ini berputus asa untuk menjadi orang yang lebih baik. Mari kita lihat kes ini:

Kes 20
            Mek Jah di timpa pelbagai musibah. Setelah pertemuan bimbingan agama dan kaunseling, fahamlah Mek Jah bahawa setiap kesulitan dan kepayahan hidup yang dilaluinya adalah disebabkan segala keterlanjuran dan kejahilan beliau tentang agama Islam.  Beliau bertaubat di atas segala kesilapan dan ingin memperbaiki diri. Perubahan pertama yang ingin dilakukan ialah untuk tidak lagi bergincu. Nampak macam mudah sahaja iaitu tidak lagi perlu bergincu. Hari pertama beliau tidak bergincu, datanglah sahabat-sahabat beliau lalu menegur seperti ini :

“Eh Mek Jah, kau sakit ke, pucat aje”
 “Mek Jah, kenapa hari ini aku tengok engkau macam mayat aje!”
“Mek Jah, engkau gaduh dengan suami ke?”
“Mek Jah engkau buang tabiat ke! Kenapa engkau hari lain macam aje”
“Mek Jah, tak cantiknya langsung engkau hari ini!”
“Mek Jah, kalau engkau macam ini nanti suami engkau lari cari anak dara yang cantik!”

Dan berbagai-bagai teguran lain yang cukup menggoncang iman kedengaran saban hari hingga beberapa minggu. Disinilah perlunya peranan pembimbing yang terus menasihati agar tidak goncang iman dan tidak kembali kepada kemaksiatan.
           
 Baru nak buang gincu pun dan begitu hebat ujiannya. Itulah benarnya sabda Nabi di atas iaitu jihad melawan hawa nafsu jauh lebih besar dari jihad perang badar. Begitulah juga apabila seseorang ingin berhenti dari merokok. Akan adalah syaitan berwajah manusia dari kalangan sahabat-sahabatnya yang akan terus mengapikan agar terus menghisap rokok. Lagi besar perubahan diri ke arah kebaikan, lebih besarlah ujian dari iblis dan syaitan dan ini dibiarkan Allah berlaku ke atas umatnya sesuai dengan ayat Al Quran di atas seperti surah Al Ankabut: 2-3 dan banyak lagi ayat serta hadis Nabi yang menerangkan ujian Allah ke atas umatnya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

20 comments:

  1. Salam... minta ustaz MJ tlg confirm mana datang cerita Sayidina Umar bunuh anak perempuan dia... SAHIH ke cerita tu.... jgn sebarkan berita yg tak sahih ustaz... cuba cari pakar rujuk betul2.

    ReplyDelete
  2. Cerita tu dah lama dah saya dengar... apakah sdr mienyak baru dgr?? Sebaiknya sdr mienyak yg perlu merujuk....

    ReplyDelete
  3. maaf anakkerak...cerita tu pun dah lama saya dengar... tapi pakar rujuk saya ckp cerita tu tak betul... takde bukti yg sahih...

    cerita2 para sahabat pun nak kena ambik kira pembawa cerita macam hadis juga. sebab tu kalau kita perhatikan skrg byk hadis2 yg kita dah biasa dulu2 tapi skrg diterangkan semula ada di antara hadis2 itu daif/palsu/tak kuat sanad

    ReplyDelete
  4. mungkin israilliat....pendita2 yahudi yang memutar belitkan cerita...hadith tu perlu dikupas lagi..Tanya mufti Perlis lah..dia kan Pakar Hadith.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Memang cerita Umar membunuh anak perempuannya bukan dari buku hadith. Cerita ini hanya menceritakan budaya orang Arab Quraish yang membenci mendapat bayi perempuan.

    Cerita ini tidak melibatkan sebarang hukum hakam dalam Islam sekadar menceritakan kezaliman budaya Arab Quraish sebelum kedatangan Islam.

    Apa pun sama ada cerita ini benar atau tidak, sebenarnya ia tidak memberikan sebarang imej buruk kepada Umar Al Khattab kerana perlakuan ini (sekiranya benar) adalah sebelum beliau menganuti Islam. Apabila seseorang menganuti Islam, mudah-mudahan segala dosa terdahulu diampuni Allah SWT.

    Walaubagaimana pun kalau sdr mienyak ada ilmu berkenaan perkara ini, kongsikanlah.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Ya betul.... cerita sebagai ikhtibar.... lagipun ia bukanlah cerita yang memburukkan SAIDINA UMAR.... itu adalah cerita sebelum keislamannya.... Cerita Hindon mengupah orang membunuh Hamzah, kemudian memakan hatinya bukan juga memburukkan Hindon... tetapi menceritakan kekejaman dan kejahilan di zaman jahilnya.

    ReplyDelete
  7. Tapi itu bukan topik utama kita hendak bincangkan di sini... apa2 pun artikel sdr mj ini amat bagus diambil ikhtibar.... semoga ia dibalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  8. salam,

    saya bersetuju ada orang di timpa musibah sbb keterlanjuran dan kejahilan seperti contoh saudara mj. Tapi ada juga ditimpa musibah sebab Tuhan nak meningkatkan martabat seseorang itu, meningkat kan iman dsg nya. Ada juga orang yang ditimpa musibah supaya dia dapat mempelajari sesuatu kerana kelak beliau akan membantu orang lain. Ada juga orang yang ingat die ditimpa musibah, tetapi sebenarnya beliau adalah 'pelakon tambahan' kepada orang yang sebenarnya di timpa musibah itu. Reason being is sebab kita ni hidup bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk orang2 disekitar kita juga.

    on the other thought, ada jugak orang yang terlanjur dan jahil tapi kite nampak tak de ditimpa musibah pun.

    Oleh itu, untuk kes terlanjur/jahil, pada pandangan saya, ada orang Tuhan akan kasi 'cash' bermaksud terus dapat Musibah di dunia. Dan pada yang lain Tuhan akan 'creditkan' kemudian.

    moral: ditimpa musibah tak semestinya negatif.

    regards,
    PMR-certified jurutaip

    ReplyDelete
  9. Semua itu ujian dari Allah untuk hambaNya.... tidak baik mengata sdr mj begitu... Niat sdr mj adalah untuk membawa masyarakat kepada aqidah yang murni bebas dari segala khurafat dan kesesatan.... sekiranya ada kesilapan yang dilakukannya adalah atas kelemahannya sebagai manusia.... InsyaAllah usahanya akan diganjari Allah dengan ganjaran yang tidak ternilai tingginya di akhirat nanti.... Sdr jurutaip telah menyatakan sdr mj sebagai ditimpa musibah di atas kejahilannya.... apa yang sdr mj jahil??? Sebenarnya sdr jurutaip yg tdk memahami apa yg hendak disampaikn oleh sdr mj.... Mudah-mudahan sdr dibukakn pintu hati oleh Allah agar melihat kebenaran sebenar. Amin.

    ReplyDelete
  10. err..saudara anak kerak..saya tak de maksudkan pun mj sebagai ditimpa musibah di atas kejahilannya.... saya rasa saudara tersalah paham..atau saya yang tak pandai taip untuk orang senang paham (kekurangan diri saya)...saya juga bersependapat dengan saudara bahawa musibah=ujian dan tak semestinya negatif

    ReplyDelete
  11. saudara anak kerak..akhirnya saya faham kenapa saudara berkata demikian. "saya bersetuju ada orang di timpa musibah sbb keterlanjuran dan kejahilan seperti contoh saudara mj" bermaksud seperti contoh kes 20 yang saudara mj tulis itu..bukan seperti yang saudara paham

    maaf

    ReplyDelete
  12. Dalam surah 94 Ash-Syarh disebutkan mafhumnya bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

    Rumusan artikel di atas:

    Buat dosa membawa musibah. Musibah adalah sejenis ujian Allah selain ujian kemewahan, anak, isteri dsbnya. Kalau redha dengan musibah, insyaAllah dosa-dosa lalu kita diampuni Allah SWT. Didalam kesusahan menempuhi musibah ini terdapat pelbagai kebaikan yang terselindung dan antaranya ialah menjadi pengalaman yang sangat penting yang mendidik diri kita mudah-mudahan menjadi orang yang lebih baik. Kalau berjaya belajar dari pengalaman musibah ini, maka nampaknya, luluslah ujian penting ini dari Allah. Kalau tidak lulus nampak gayanya mungkin Allah mengulangi ujian ini.

    Wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum WBT, anakkerak
    Ingin saya bertanya adakah saudara ini yang menggunakan nama Akubodo sebelum ini?
    Jika ya, sayalah yang menggunakan nama Anajahil yang berhujah dengan Akubodo...
    Jika ya, saya ingin meminta maaf diatas kata-kata yang dilemparkan ke atas saudara...
    Sama-samalah kita muhasabah diri dan terus mencari kebenaran. Sesungguhnya Allah lah yang memberi Hidayah ke atas hambaNya. Dan teruslah borkongsi pengalaman untuk panduan dan sempadan yang membacanya.

    Namun begitu, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya bukanlah suku sakat MJ. Saya hanya memihak dan membela saudara MJ kerana usahanya mewujudkan Laman ini. Ramai yang suka membantah usaha orang lain, tapi diri sendiri tak tahu apa yang dah disumbangkan untuk Umat Islam.

    Sekali lagi saya memohon maaf. Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Semakin banyak persoalan yang saya terlepas di sini...setelah lama tidak menjenguk....

    ReplyDelete
  15. alo mienyak......
    kalu lu baca sirah para rasul dan sahabat mmg cite sydina umar bunuh anak adalah khabar yang mutawatir......digambarkan bagaimana sydina menangis 3 hari kerana menyesal atas peristiwa tersebut...teringat anak pompuan nya menyapu pasir yg terlekat dikepalanya semasa menggalai lubang untuk tanama anaknya...SAD STORY LA BROTHER....pjg lg cite nya...IQRA la...

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum semua. Salam Romadhon buat yg punya blog dan semua.Moga segala yg diperbincangkan dpt manfaat bersama.

    ReplyDelete
  17. waalaikumussalam wbh jebatmoden62

    Selamat datang ke laman Emjay semoga kehadiran sdr membawa seribu rahmat.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum...ana bukan lah ustaz MJ...tpi..cerita mengenai umar bunuh anak perempuan dia tu..memang benar...dah tercatat dah dalam buku sirah. dekat sekolah agama...ana belajar kat sekolah agama...itu lah kene selidik dulu..jangan nak ckap ustaz ni mereka-reka cerita..itu lah sebab nye kene mendalami lmu agama..kalau x memang sush nk percaye....ok lah.. tuje.. wassalamualaikum...

    ReplyDelete