Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 18 September 2007

Kempen berhenti/kurangkan makan ayam daging

Assalamualaikum wbh

Pagi ini bila saya buka email, salah satu email adalah dari Mohd Sidek Shara berkenaan kempen untuk menurunkan harga ayam daging. Berikut adalah kiriman email tersebut :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEMPEN : berhenti makan ayam 'daging'



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah berhenti memakan ayam daging yang dijual dipasar-pasar. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :

1. Kajian menunjukkan bahawa
92 % penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam . Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.

2. Kajian juga menunjukkan bahawa
100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.

3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa
100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.

4. Semua orang tahu bahawa
100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

5.
Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya ʽkelihatanʼ subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

6. Ramai penternak ayam masih
menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.

7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan
kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh
berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang,
mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.

Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata,
pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.

"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat."

"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, selain hormon,
ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.

Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti
penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.

Saya menyeru anda semua supaya berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetik nya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi
kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.
MARI KITA BERHENTI MAKAN AYAM DAGING DEMI MASA DEPAN AGAMA.

SEBARKAN EMAIL INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA .... DALAM MASA TAK SAMPAI SATU MINGGU ANDA AKAN MELIHAT HARGA AYAM AKAN TURUN MENDADAK.

JOM BERTINDAK ... DAN KITA LIHAT HASILNYA NANTI

26 comments:

  1. Jom jangan makan ayam. Err.... boleh ker?

    ReplyDelete
  2. Maksudnya mungkin untuk menurunkan harga ayam....tetapi banyak yang harus dipelajari dari point diatas :
    1. Sanggupkah kerajaan malaysia membantu/memberi peluang kepada penduduk melayu untuk dapat menguasai sektor ayam??

    2. Melihat kemajuan pedagang ayam non melayu diatas, mungkin karena orang Malaysia/Melayu kurang care dgn melayu lain. Mereka lebih memilih belanja ketempat org bukan melayu ??

    3. Kembali ke ayam kampung..... mungkin disektor ini kaum melayu bisa bangkit dan masyarakat lebih sehat.

    ReplyDelete
  3. Point bernas dari narigunung, alhamdulillah.

    Kalau tak dapat berhenti makan ayam tetapi berjaya mengurangkan pengambilan ayam dan seterusnya dapat membantu mengawal harga ayam dari terus melambung, itu sudah satu kejayaan besar.

    Sokonglah usaha untuk menjadi pengguna bijak. Jangan biarkan harganya terus melambung ikut suka mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua & Salam Ramadhan,
    Dah lama sangat tak masuk laman ustaz ni,
    Pengalaman saya - dulu pernah tak makan ayam pasal bila makan ayam mata kiri jadi pedih dan kering,pegi jumpa eye specialist doktor tu kata mata kiri saya kurang air secara semulajadi kerana airmata ada 2 jenis satu airmata perasaan ( kerana sedih) kedua airmata sebagai bahan pelincir utk biji mata.Jadi saya kekurangan air mata jenis yg kedua tu.jadi saya buat kajian sendiri saya stop makan ayam selama 6 bulan Alhamdulillah mata kiri saya tak kering dan warna putih mata improve dari kemerah-merahan ke putih tulen.Tapi masih kena guna air titik mata jenama Allergan (Refresh Tears) utk melembabkan bijik mata tapi tak sekerap dulu masa makan ayam .
    Itulah pengalaman saya sehingga sekarang - buat masa ni saya sekeluarga byk makan ikan & daging.Bercakap pasal daging pulak jangan la anda semua makan daging beku import pasal daging beku import ni jauh lebih teruk dari ayam daging ni pasal banyak sangat ubat atau preservatives yg telah disuntik ke dalam daging beku ni,saya masih ingat beberapa bulan yg lepas saya tersilap terbeli daging beku lepas makan satu keluarga kena sakit perut mcm nak tercabut nyawa,duduk dlm tandas paling kurang 30 minit keatas pasal pusat di perut terasa seperti ditikam dan dirodok2 dgn pisau belati!Jadi kalau nak beli daging beli daging yg fresh atau pun orang kata local beef.Jgn beli daging beku import.Lagi satu dari dulu saya practice cara membeli ni iaitu beli barang2 tak kira barang apa pun ( kalau boleh) dari peniaga kepunyaan Melayu Islam,tapi kena ingat sekarang ni ramai peniaga bukan Melayu mengupah anak2 Melayu jadi salesman mereka di kounter2 elektronik seperti kedai2 handphone & kedai2 TV.
    Itulah pandangan saya - mulakan dgn membeli barang2 dapur dari kedai Melayu kemudian yg lain2 pulak.
    Sekian jumpa lagi & Wasallam.

    ReplyDelete
  5. Ustaz saya ada dapat email dari kawan saya, betul ker??

    Quote :

    Assalamualaikum semua.

    terlanjur sahabat saya ,che ismail dah buka cerita,wajib sayaberkongsi.

    Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttgayamorganic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol AbdulHaja.Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainolusahakan,bersih,terkawal dan halal.

    Saya dan suami menjejaki Dr Zainol,dpt jumpa,berborak,sy juga pernahbawaDr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz ,berjumpa dgn network saya di Melilea Puchong.Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgnkami.

    Saya kagumi insan ini,mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnyememilihjalan berbakti kepada ummah.Terlalu mudah akidah umat islam di Malaysiakini diperalat,kami sgt sedih.Matlamat kami sama,insyaallah.

    Sungguh,teknologi menjadikan kita negara yg moden,teknologi juga akankemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita..yg akhirnye akanmerosak akidah.Kalau hendak dicerita,sgt panjang.

    Saya ringkaskan.

    Wujud enzim khinzir dlm ayam diper akui setelah bbrp tahun buat research,malah byk website yg ade maklumat ini,sy akan beri add nnt.

    Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm prosesmenggemukkan ayam(m'sia tidak akan buat label ) ,tp hasil dari kajian,protein dari khinzir,antibiotik,dan pelbagai lagi mampu menyuburkanayam,cepat gemuk,lg berat lagi cepat boleh jual,cepat dpt hasil.,maka suntikan,makanan ayam ade campuran pelbagai yg sumbernya diragui.

    Thats y,dari telur hungga ia menjadi hidangan anda,ayam tidak perlumengambil masa berbulan bulan..ayam KFC cuma 28 hari,ayam daging mungkin40 hari...sy tidak pasti.

    Lately sibuk harga ayam naik,sy come across pulak seorang pengusahaayamberbangsa china di Buletin Utama 2 mlm yg lalu,"harga ayam mesti maunaiksikit,makanan ayam pun ssulah naik halga,itu UBAT ayam pun sudah naikhalga"...ubat ???..tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya....anda fikirkan,anda nilailah.Ayam kat malaysiani sampai dah macam tak cukup supply,hg semakin lama semakin naik,yg gemuknye pengusaha ayam cinainilah.

    Halal ke ayam daging?tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannye,tambahan diMalaysiaade sykt besar yg melabelkan halal utk ape pun jua produk
    ayamnye.tetapi Taraf Halal itu ,saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSESPENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu..even pernah masukTV,tetapi cara ayam dibesarkan,di beri mkn makanan yg bagaimana tidakmungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan....anda fikir bagaimana?

    Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol,government negara islam ini tak berbuatape ape ke? Dia jawab,it happens around the world nanee.its thetechnology!!

    Percaya atau tidak,sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzimkhinzir,beliau menangis,after a long time of research,baru skrgconfirm!! Saya juga sgt sedih..sgt sgt sedeh. Bayangkan kotornye,hinanya makananyang kita mkn,makanan yg membentuk 'kita'.

    Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejukmestilalat dah datang,bau dia mak aaaaiiiii...senang hanyir,kenapa?Adecertainpart part ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan...kenapaye...fikir fikirkan.

    Saya tidak berniat mempromosi ape ape,sy juga tiada share dlm biz DrZainol,tapi saya seru,kepada sesiapa sahabat yg terbaca email
    ini,mungkinskrng tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita..maafkan sayajikaterlambat bercerita,sy hanya manusia,kdg2 sy takut juga pandangan ikhlassaya di salah erti.Pernah beberapa kali sy bercerita kpd kwn kwn,tapicerita sy di anggap seperti diada adakan,malah ade yg tak respon apeape,(bila pk pk kelakar pun ade,takkan benda dasyat mcm ni takde responek...)jd sy berhenti bercerita seketika..maafkan sy terlambatmemanjangkankepada kwn kwn..but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.

    Fwd this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawabini.insyaaallahAllah berkati

    ReplyDelete
  6. Bagus benor pengalaman dari nanotech. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Terimakasih atas email forward dari sdr musputra

    Terima kasih daun keladi

    Emjay

    ReplyDelete
  8. aslmkm...

    kebetulan terjumpa blog emjay... bagus utk perbincangan pelbagai isu...
    saya sokong...
    tentang mengurangkan atau boikot pembelian ayam. sebab yang jelas ayam sutik tidak elok dimakan selalu.
    negara2 besar di eropah pun sudah ada yg cuba kembali kepangkal jalan untuk memilih ternakkan dan makan tanpa bahan kimia.

    semoga perpaduan dalam islam mampu mengubah negara.

    mari kita makan ayam kampung... rasa pun manis dagingnya.
    keluarga saya di kampung memang pertenak ayam, itik dan burung... secara kecil2 lan je.
    di kampung nakhoda selayang dekat dgn batu cave ada penternak ayam daging cara biasa tanpa sutikkan atau makanan tambahan untuk ayam...

    semoga umat islam kembali berniaga.

    ReplyDelete
  9. BismiLLAhirrahmannirrahim...
    Saya rasa bersyukur sangat bila berpeluang membaca artikel daripada emjay dan rakan-rakan semua. memang bagus dan penuh dengan manfaat serta info berguna buat kita semua...

    kepada peniaga melayu beragama islam, berniagalah dengan jujur dan ikhlas, tidak perlu menipu dan naikkan harga sesuka hati....kalau mahu diri anda dibantu oleh bangsa dan agama sendiri, anda(peniaga melayuberagama islam) harus jujur dalam berniaga dan saling membantu...wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Pengalaman sendiri..buat renungan..(bukan mahu Ujub atau berniat lain, sekali memberi panduan dan pandangan)

    saya pernah berniaga di pasar ramadhan di Kuala Lumpur dahulu. saya mendapat bekalan bahan mentah yang murah dari pemborong( saya kira para peniaga lain juga dapat bekalan yang sama di tempat dan pemborong yang sama juga)..
    apabila mencongak, jika saya menjual barangan itu berbeza dengan harga peniaga lain, saya masih beroleh keuntangan. Jadi saya menjual mengikut apa yang saya fikirkan mampu untuk dibeli oleh semua orang.
    Contohnya, peniaga lain menjual dengan harga 4 ringgit tetapi saya hanya menjual dengan harga 3 ringgit sahaja (barangan yang sama-sejenis makanan). Alasan peniaga lain, gaji orang awam dan harga barangan sudah naik!

    apabila saya menjual dengan harga begitu, ramai peniaga-peniaga melayu khususnya datang menyindir saya dan menempelak kerana menjual dengan harga yang rendah... Mereka katakan saya akan rugi nanti (alhamdulillah, keuntungan yang Alllah berikan cukup baik buat saya) mereka enggan menurunkan harga kerana beranggapan ianya harus berada dalam harga begitu memandangkan orang ramai diberi kenaikkan gaji serta beranggapan orang ramai tidak akan mempersoalkan harga mereka kerana rata-rata peniaga bagaikan berpakat begitu....Wallahualam..

    ReplyDelete
  11. Semoga perniagaan penatumpul sentiasa diberkati Allah

    ReplyDelete
  12. Sekadar nak berkongsi pengalaman.
    1. Saya mempunyai seorang anak saudara iaitu sewaktu berumur 13 tahun mempunyai berat badan seberat 130 kg walhal dia adalah seorang perempuan. Makanannya hari-hari adalah ayam terutama ayam kentaki. sedangkan saya orang dewasa cuma sekadar 80 kg sahaja.

    2. Keluarga kami sudah sangat kurang memakan ayam daging kerana, anak saya mengidap penyakit eczema dan allergy. Dah bermacam-macam ubat anak saya makan. Dalam satu seminar , salah seorang pesakit eczema sedang pulih mengatakan bahwa pantang paling besar bg penyakit tersebut ialah makan ayam dan mi kuning kerana kandungan hormon (ayam) dan pengawetnya (mi kuning) sangat tinggi.

    kini kami selalu makan ayam kampung walaupun mahal harganya.

    ReplyDelete
  13. saya juga menyokong semoga umat islam kembali berniaga dan menghasilkan makanan yg benar-benar halal. Dah banyak dah isu umat islam 'termakan' makanan haram disebabkan kejahilan sendiri serta tidak mahu berjuang kerana Allah dalam menghasilkan makanan halal.

    Saya sekarang berkerja diluar negara yang 99 peratus penduduknya bukan islam. saya berazam apabila pulang kelak akan cuba membuka perniagaan menghasilkan makanan halal kpd umat islam. Dah terlalu penat dah 'termakan' makanan yg haram dan syubahat serta kotor dan toksik kepada badan, dek kerana ignorance dan malas periksa makanan tersebut. Doakan keazaman ini serta sama-sama kita usahakan kerana Allah.

    ReplyDelete
  14. salam...semua...

    bg saya, lbih baik kita beli ayam secara organik yg diusahakan oleh dr md. zainol.dan satu lg sebagai penjual2 ayam yg berbangsa melayu klu boleh cuba contact dgn dr. tersebut utk dapatkan bekalan. dengan cara ini kita dpt memboikot ayam daging yg kita sendiri x tahu kesahihan halal dan haramnya.

    sebelum terlupa kpd pengusaha2 melayu di malaysia boleh juga menjadi francaise kepada business dr. mohammad. sebab klu kita yg tidak menolong sesama org islam siapa lg yg nk menolong.bg saya sudah tiba masanyer kita bangkit.

    ReplyDelete
  15. Betul tu..tapi sekitar pj & shah alam ada tak jual ayam organik nie. Tak de ke sapa2 nak jadi francaise dr.zainol tuu. Bosan dah makan ayam cucuk...dahlah lembik, makan tak rasa apa pun.

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum
    Buat Pada masa ini boleh dapat di kedai kita alalmat seperti di bawah
    Kita juga ada teman perjuangan saya yang tungkus lumus untuk edarkan ayam
    ini kepada semua muslimin dan muslimat.

    1) En Husairi kajang/bangi 0193324345 Puchong
    2) En Che Muda Bangi 0123245988
    3) Puan Shidah Shah Alam 0132737301
    4) Tn Haji Azhar Gombak/batu caves 0122882265
    5) En Radzi Puncak Alam 013 6557770
    6) En Jumhat atau Puan Maznah 019 2298950 atau 019 3173330
    7) En nazaruddin 012 22785502 all KL
    8) Puan Zainun 019 2774927 Subang Jaya
    9) Pasar Tani Taman Melawati Hari Sabtu
    10) Pasar Tani Putra jaya Hari Jumaat
    11) Pasar Tani Kerinci. Taman Angkasa Hari Ahad.

    Insyallah tlg call yang terdekat mereka boleh usaha untuk hantar ayam

    Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja
    Head - Research & Development
    Innovation Centre
    Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
    No 17. Jalan Nirwana 35.
    Taman Nirwana. 68000 ampang.
    Selangor. Malaysia.
    Tel 603 92811802 / 92816924
    Fax 603 92816925
    e mail nattpro@streamyx.com
    mobile 6012 3248081
    http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=33964

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum
    Buat Pada masa ini boleh dapat di kedai kita alalmat seperti di bawah
    Kita juga ada teman perjuangan saya yang tungkus lumus untuk edarkan ayam
    ini kepada semua muslimin dan muslimat.

    1) En Husairi kajang/bangi 0193324345 Puchong
    2) En Che Muda Bangi 0123245988
    3) Puan Shidah Shah Alam 0132737301
    4) Tn Haji Azhar Gombak/batu caves 0122882265
    5) En Radzi Puncak Alam 013 6557770
    6) En Jumhat atau Puan Maznah 019 2298950 atau 019 3173330
    7) En nazaruddin 012 22785502 all KL
    8) Puan Zainun 019 2774927 Subang Jaya
    9) Pasar Tani Taman Melawati Hari Sabtu
    10) Pasar Tani Putra jaya Hari Jumaat
    11) Pasar Tani Kerinci. Taman Angkasa Hari Ahad.

    Insyallah tlg call yang terdekat mereka boleh usaha untuk hantar ayam

    Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja
    Head - Research & Development
    Innovation Centre
    Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
    No 17. Jalan Nirwana 35.
    Taman Nirwana. 68000 ampang.
    Selangor. Malaysia.
    Tel 603 92811802 / 92816924
    Fax 603 92816925
    e mail nattpro@streamyx.com
    mobile 6012 3248081
    http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=33964

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah saya pun dah terpanggil utk berhenti membeli ayam daging ni. walaupun baru mula tapi saya rasa bertuah apabila dapat meninggalkan makanan yang meragukan.

    belum cuba ayam organik, tapi akan cuba minggu depan sb minggu ni stok ikan banyak lagi. mahal sikit tak kisah janji confirm halal, lagipun bagi saya duit tu hak milik mutlak allah swt, insyaallah akan dicukupkan rezeki jika kita benar2 yakin janji allah swt

    mmg patut semua org islam kat m'sia ni berhenti membeli ayam HALAM tu..
    skrg dah ada ayam organik sbg alternatif

    ReplyDelete
  19. marilah kita sama sama bantu perniagaan org muslim, lebih2 lagi yang terjaga halal haramnya. Mahal 3 - 4 ringgit apalah sangat, bandingkan harga sekotak rokok RM 8.

    ReplyDelete
  20. Sebuah artikel tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin semoga memberi manfaat dan menyedarkan kita betapa pentingnya memperkasakan Umat Islam dalam bidang ekonomi...

    TANGGUNGJAWAB MENYOKONG PERNIAGAAN MUSLIM

    Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

    Di samping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

    Padahal dalam keadaan sebeginilah setiap umat Islam lebih dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. Menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Juga menunaikan tanggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Ianya juga menguatkan ekonomi umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa harta serta mereka beriman dan beriltizam, maka masyarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat. Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain” di atas, menyebut: Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain. Seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin. Jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin, jld 1, m.s. 199,cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut).

    Jika ada peniaga muslim di sesuatu tempat, pembeli muslim yang lain hendak membantunya dengan membeli daripadanya. Janganlah dijadikan perbezaan harga yang sedikit menjadi ukuran. Ini kerana kita tahu, kekuatan ekonomi saudara kita masih lemah dalam menghadapi persaingan. Jadikan akidah dan persaudaraan lebih utama, dan anggaplah membeli daripada saudara kita yang muslim adalah ibadah.

    Demikian juga jika ada barangan keluaran muslim, pembeli muslim yang lain hendaklah membeli daripadanya. Jangan jadikan perbezaan rasa dan kualiti yang sedikit, menyebabkan kita menggadaikan persaudaraan kita. Membeli barangan saudara kita yang muslim adalah ibadah. Apatah lagi dalam k

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbh

    Terima kasih protruth

    Emjay

    ReplyDelete
  22. Terima kasih juga untuk protruth...marilah kita sama-sama membantu sesama muslim....dan marilah kita sama-sama mula berniaga dengan iltizam menyediakan yang benar-benar halal dan sama-sama menjaga ummah dari termakan yang haram. Kita patut ada gerakan (bukan hanya cakap2 dan bincang2 je) menghasilkan makanan-makanan halal dan berjual beli sesama sendiri. Dah lama sangat dah kita 'take for granted' hak kita mendapatkan yang halal. Main belasah telan je. Marilah kita berubah. Patutlah kat tempat kita sekarang tah macam-macam kes kerosakan iman, maruah, kegawatan emosi manusia yang pelik-pelik berlaku....mungkin sumber halal-haramnya tidak diseliki dahulu. Sekian.

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah..
    Saya hanya menyampaikan dan berkongsi ilmu... Islam mementingkan ukhwah... Buanglah sifat PhD (Perasaan Hasad Dengki) jauh-jauh... Kepada yang berniaga, teruslah berusaha berniaga mengikut syariat dan hasilnya dizakatkan untuk keberkatan. Kepada yang membeli, pilihlah produk dan peniaga Muslim walaupun sekadar ubat gigi. Sekian.

    ReplyDelete
  24. Salam.makan daging kambing adlh lg baik dr mkn ayam.kat negara arab, org2nya mnjdkn kambing sbg mknn harian.

    ReplyDelete