Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 29 March 2008

Mudarat makan telur, merosak jantung, tembikai merosak buah pinggang.

Mudarat makan telur, merosak jantung, tembikai merosak buah pinggang.

Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang

Sepanjang saya menguruskan makmal-makmal di JPSM Fakulti Pendidikan semenjak tahun 2003/4, saya kerap bermain untuk membiasakan diri dengan peralatan-peralatan Pasco dari Amerika yang menjadi sebahagian dari peralatan untuk “computer based experiment” di dalam makmal. Diantara peralatan yang saya kerap saya “bermain” ialah heart beat sensor. Peralatan ini akan memaparkan graf denyutan jantung.

Semakin kerap saya bermain peralatan ini dengan menguji kepada ramai pelajar-pelajar saya, semakin saya tertarik dengan peralatan ini kerana timbul pertanyaan, “mengapa bentuk pola denyutan jantung pelajar-pelajar ini berubah-ubah dan terdapat pula perbezaan yang sangat tidak masuk akal!”. 

Apabila terdapat perbezaan yang menunjukkan bahawa pelajar ini seakan-akan mempunyai “irregular heart beat” atau dalam bahasa Melayunya ialah denyutan jantung yang tidak menentu dimana perbezaan perubahan denyutan ini kadang-kala melebihi 25% dan ada kalanya melebihi 50%, saya semakin tertarik. Bagi kes pelajar seperti ini, berlatarbelakangkan pengetahuan ilmu perubatan secara tradisional yang di ajarkan oleh arwah guru, saya menyambung ujian ke atas pelajar ini dengan mengajukan  pelbagai soalan untuk mencari simptom penyakit dan seterusnya menentukan masalah penyakit pelajar ini. Dengan cara ini saya dapat mengenalpasti masalah penyakit pelajar ini. Alhamdulillah, sememangnya terdapat korelasi yang amat kuat diantara penyakit dengan pola bentuk graf di peralatan Pasco tersebut.

Bermula dari saat ini, minat saya ke atas peralatan Pasco ini semakin mendalam. Semakin ramai pelajar yang saya uji denyutan jantungnya menggunakan heart beat sensor ini. Semakin ramai pelajar diuji semakin menarik. Berbagai pameran di UTM seperti pameran sempena Pesta Konvokesyen yang saya turut serta untuk mengambil lebih banyak sampel disamping mempromosikan Fakulti saya. Semakin ramai pelajar yang menjadi sampel, semakin bertambah menarik kajian tidak rasmi saya ini.

Diantara berbagai sampel yang saya uji ini, termasuklah anak-anak saya dan diri saya sendiri. Kajian memang semakin menarik. Namun satu masalah timbul dimana ada kalanya sampel didapati mempunyai masalah buah pinggang apabila disiasat melalui kaedah tradisional arwah guru saya tetapi tidak dapat ditunjukkan oleh peralatan Pasco tersebut. Ini menjadikan kaedah pengesanan penyakit melalui heart beat pattern menggunakan peralatan Pasco ini menjadi kurang tepat dan tidak konsisten. Untuk tempuh lebih dari setahun saya menghadapi masalah ini namun kajian saya tetap diteruskan.

Segala pujian hanyalah untuk Allah SWT akhirnya Allah memberikan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah saya ini. Melalui kaedah ini, segala penyakit berhubung buah pinggang, jantung dan paru-paru dapat dikesan dari peringkat awal sehinggalah peringkat yang kronik. Saya menyambung kajian dengan mendapatkan sampel piawai yang bermasalah di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk mendapatkan keputusan sama ada peralatan Pasco saya ini dapat mengesan dan mengesahkan penyakit tersebut melalui heart beat pattern atau pola denyutan jantung. Keputusan kajian ini mengesahkan 100%. Setiap pesakit yang telah dikenalpasti tersebut sememangnya mempunyai pola denyutan jantung yang mengesahkan bahawa mereka mempunyai masalah dengan buah pinggang mereka. Alhamdulillah terima kasih ya Allah ya Tuhan ku.

Bermula dari saat tersebut penyelidikan saya semakin mantap dan lebih ramai menjadi sampel kajian saya yang terdiri dari orang awam, pensyarah, staf UTM dan para pelajar. Namun disebalik kejayaan kajian saya, ramai orang yang marah saya. Setelah saya menyatakan bahawa buah pinggang atau jantung mereka sudah terdapat gangguan, sampel ini telah pergi menemui doktor untuk mengesahkan apa yang saya katakan dan didapati bahawa hasil dari siasatan, doktor mengatakan bahawa buah pinggang atau jantung mereka adalah sihat. Kini terdapat percanggahan keputusan siasatan doktor dengan hasil kajian saya berdasarkan pola denyutan jantung ini.

Kepada mereka yang bersemuka kembali dengan saya, penjelasan saya ialah sistem pengesanan menggunakan peralatan Pasco ini adalah sistem yang amat sensitif yang mengesan masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru semenjak peringkat awal sedangkan sistem pengesanan oleh doktor di hospital atau klinik hanya dapat mengesan masalah buah pinggang jantung dan paru-paru apabila masalah ini sudah menjadi serius. Fakta ini memang pun telah disahkan oleh beberapa doktor yang saya temui. Sebagai contoh, kehadiran batu didalam buah pinggang hanya dapat dikesan menggunakan ultra sound atau X Ray apabila saiz batu tersebut sudah mencapai saiz sebesar kacang hijau. Maknanya kehadiran batu buah pinggang yang lebih kecil tidak dapat dikesan oleh doktor sedangkan kesan kehadiran batu di dalam buah pinggang yang halus sudah dapat dikesan melalui simptom secara tradidional dengan menyoal beberapa soalan dan juga dapat dikesan menggunakan peralatan Pasco ini.

Dengan menggunakan peralatan Pasco ini, saya telah menyiasat seorang pelajar saya pada Mac 2006 iaitu seorang sampel yang menghadapi “serious irregular heart beat” / denyutan jantung yang tidak menentu secara sangat melampau. Pelajar ini saya namakan Hasmah. Hasmah sangat kurus, kecil dan pendik. Susuk tubuhnya sudah dapat menjelaskan bahawa Hasmah memang tidak sihat. Apabila saya soal secara ilmu pengesanan penyakit secara tradisional yang diturunkan arwah guru, mengesahkan bahawa pelajar ini memang menghadapi gangguan jantung yang serius. Namun apabila disiasat doktor, para doktor mengatakan tiada masalah jantung.

Setelah menyiasat permakanan Hasmah ini, saya mendapat petunjuk yang sangat menarik iaitu Hasmah makan telur secara berterusan sekurang-kurangnya sebiji telur sehari semenjak kecil. Graf denyutan jantung Hasmah yang terlalu teruk menghalang saya untuk mengenalpasti penyakit lain kerana agak mustahil kerana graf tersebut sukar menentukan penyakit lain oleh kerana terlampau teruk “irregular”nya. Saya menasihatkan Hasmah untuk mengambil makanan tertentu bagi merawat jantungnya termasuk jangan lagi makan telur, elakkan margerin, elakkan creamer, kurangkan ayam daging dan mengelakkan makan burger, naget dan makanan rapu lainnya.

Saya tidak membuat siasatan susulan ke atas Hasmah semenjak hari tersebut. Ditakdirkan Allah bebarpa hari lalu saya bertemu semula dengan Hasmah dan seterusnya kami membuat temujanji untuk saya menyiasat tahap kesihatan beliau pada hari semalam 28 Mac 2008. Setelah diuji dengan peralatan Pasco, saya cukup gembira apabila mendapati tidak ada lagi irregular heart beat pattern yang menggambarkan jantung beliau masih bermasalah. Ini juga telah disahkan oleh Hasmah apabila beliau mengatakan bahawa tahap kesihatan beliau kini adalah amat positif sekali berbanding 2 tahun lalu. Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT.

Namun apa yang saya tidak gembira apabila melihat pola denyutan jantung Hasmah ini ialah bahawa pola ini menggambarkan Hasmah menghadapi gangguan buah pinggang yang agak serius. Namun Hasmah menyatakan kepada saya bahawa siasatan doktor baru-baru ini tidak mendapati sebarang masalah kesihatan. Setelah menyoal beberapa soalan, saya mendapati memang tahap buah pinggangnya agak serius. Sewaktu tidur, kerap Hasmah mengadu sakit di bahagian pinggang disamping tapak kaki Hasmah yang alah tidak boleh memijak simen. Hasmah sentiasa berselipar apabila memijak simen. Ini adalah antara petanda jelas menunjukkan gangguan pada buah pinggang yang berada pada tahap agak serius.

Setelah mengkaji permakanan Hasmah, alhamdulillah makanan yang dimakan oleh Hasmah jauh lebih baik setelah saya menasihati beliau pada tahun 2006 lalu. Hasmah sudah memastikan beliau minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tiada lagi makanan rapu dan tiada lagi minuman Nescafe, Sunquick dan orange squash, tetapi mengapa buah pinggangnya bermasalah? Akhirnya Allah memberikan rahmatNya, Hasmah gemar sangat memakan tembikai dan tembikai susu dengan kadar yang banyak kerana pada pendiriannya, kandungan air dan garam mineralnya boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan beliau.  Sememangnya pada asalnya tembikai / tembikai susu itu baik untuk manusia tetapi petani yang menggunakan racun serangga Furadan 3G sewaktu menanam tembikai /tembikai susu ini menyebabkan racun serangga ini terus berada di dalam isi / flesh buah tembikai (bukan di permukaan buah tembikai) dan racun inilah yang menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Dari bahan yang saya ceritakan di atas, berikut adalah intipati penulisan ini:

  1. Peralatan Pasco di makmal saya mampu mengesan masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru walau pun pada peringkat awal. Peralatan pengesan doktor di hospital hanya dapat mengesan masalah ini apabila tahapnya sudah mencapai tahap serius.
  2. Sesiapa yang ingin mendapatkan scanning/pengesanan tahap kesihatan buah pinggang, jantung dan paru-paru, boleh datang menemui saya secara percuma dan seterusnya insya-Allah akan diberitahu punca masalah tersebut dari hasil soal jawab. Kaedah rawatan masalah atau masalah-masalah akan diberitahu.
  3. Makan telur sekadar minima sehari satu biji secara berterusan untuk tempuh yang lama adalah merosak jantung.
  4. Masalah jantung sebagaimana dihadapi oleh Hasmah insya-Allah dapat dirawat menggunakan kaedah pantang larang makanan serta memakan ubat yang mudah diperolehi di kedai seperti kacang hijau yang direbus.
  5. Elakkanlah dari memakan buah tembikai / tembikai susu kerana mengandungi racun Furadan 3G di dalam isi buah tersebut yang merosak buah pinggang. Racun Furadan 3G ini adalah dalam bentuk butir dan penggunaannya adalah dengan menabur butir-butir racun ini di sekeliling pokok tembikai. Racun yang melarut akan diserap melalui akar pokok tembikai ini. Kesannya ialah segala daun, pokok dan buah tembikai ini tidak akan diserang oleh serangga. 


Sekian  wassalam wallahuaqlam

Emjay

Wednesday, 26 March 2008

Makanan asasi saya ialah buah (oren sunkist) + sayuran.

Makanan asasi saya ialah  buah (oren sunkist) + sayuran.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Kebelakangan ini saya begitu sibuk sekali dan cabaran dari syaitan cukup mencabar.  Memang begitulah peranan syaitan untuk menggagalkan usaha saya untuk memerangi perbuatan syirik di kalangan umat Islam di Malaysia. Akibatnya Laman Emjay sudah agak lama tidak diupdate.

Pada hari Khamis minggu lepas iaitu hari cuti sempena hari keputeraan Nabi Muhamad SAW.  Seorang pelajar saya mengambil kesempatan hari cuti ini untuk mengadakan majlis perkahwinannya. Oleh kerana saya juga dijemput ke majlis ini, maka saya dan isteri mengambil kesempatan berkunjung ke majlis ini.

Di dalam majlis ini saya perhatikan seorang wanita mungkin sebaya saya sedang duduk di wheelchair. Saya namakan wanita ini sebagai puan Limah. Saya teringatkan seorang kakak ipar saya juga menggunakan wheelchair sudah sekian lama. Semoga dengan azab dari Allah ini segala dosa beliau diampunkan Allah SWT.

Di dalam kesibukan tetamu yang datang menjamu selera, saya mengambil kesempatan untuk menyiasat masalah puan Limah sehingga beliau duduk di wheelchair. Saya memang begitu suka sekali bertanya masalah orang manalah tahu saya dapat membantu dengan mengongsikan ilmu saya kepada beliau. Puan Limah tidak begitu selesa dengan tindakan saya namun dengan sikap kedegilan, saya terus mengasak Puan Limah dengan beberapa soalan untuk menyiasat punca masalah beliau.

Setelah mengajukan beberapa soalan, akhirnya fahamlah saya kes Puan Limah ini. Puan Limah ini sebenarnya menghadapi masalah lutut kanan yang kehausan tulang rawan akibat dari penghakisan oleh garam kristal yang terbentuk di dalam sendi lutut tersebut. Pembaca boleh membaca artikel saya sebelumnya iaitu GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/ingin-mengetahui-tahap-kesihatan-kidney.html

Penyakit yang dihadapi oleh Puan Limah ini adalah mungkin penyakit gout atau penyakit yang mirip penyakit gout.

Setelah mengetahui penyakitnya, saya terus mengajukan soalan untuk mengetahui punca penyakit Puan Limah ini. Dari sesi soal jawab ini saya dapat memantapkan lagi ilmu saya. Punca penyakit Puan Limah adalah sebenarnya kerana gaya pemakanannya yang cukup pelik. Mungkin Puan Limah adalah satu-satunya sampel tunggal di dalam dunia ini yang mengamalkan amalan yang pelik ini. 

Puan Limah tidak makan nasi dan makanan asasi Puan Limah adalah buah-buahan dan sayuran semata-mata. Buah yang kerap diambil ialah buah limau sunkist. Puan Limah dengan bangga menceritakan bahawa di rumahnya terdapat berpeti-peti buah limau sunkist.Untuk apa tujuan amalan pelik sebegini saya pun tidak tahu kerana tidak sempat menyoal oleh kerana pelbagai gangguan tambahan pula Puan Limah seakan tidak selesa dengan pertanyaan saya. 

Madu adalah baik untuk tubuh  tetapi sekiranya memakan madu melebihi 4 sudu besar insyaAllah akan mengalami kesan buruknya iaitu ceret beret. Telur juga adalah baik tetapi memakan telur setiap hari adalah buruk dan memberikan kesan negatif yang amat buruk terhadap jantung dan bakal menyebabkan pelbagai masalah lain. Bertambah buruk lagi sekiranya mengambil telur sekali makan dua biji. Kesan buruknya lebih parah. Begitu juga apel hijau adalah baik dan merupakan sebahagian rawatan semula jadi keatas pelbagai penyakit tetapi pengambilan apel hijau ini tidak boleh melebihi 2 atau 3 biji seminggu. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah oren sunkist adalah baik tetapi dengan mengambilnya secara keterlaluan dan diambil setiap hari adalah sangat mendatangkan mudarat terutama sekali kepada buah pinggang.

Mengambil oren sunkist sebagaimana Puan Limah ini menyebabkan fungsi buah pinggang rosak. Apabila buah pinggang rosak, banyak bahan toksik yang sepatutnya disingkirkan dari tubuh masih kekal berada di dalam darah. Apabila bahan toksik ini semakin bertambah kepekatannya, ia akan menyebabkan penghasilan berbagai garam kristal di dalam sendi sama ada di ibu jari kaki, tapak kaki atau pada sendi lutut. Dalam kes Puan Limah ini, banyak sekali garam kristal terbentuk di sendi kaki kanan. Ini menjelaskan kegagalan buah pinggang sebelah kanan. Pembentukan  garam kristal di dalam sendi lutut ini akan menyebabkan sakit yang amat sangat dan menyukarkan perjalanan. Doktor kerap memberikan painkiller dalam preskripsi mereka disamping pelbagai ubat lain. Painkiller ini akan menyebabkan tubuh tidak mengalami sakit (walau pun sebenarnya sakit itu tetap wujud) dan memudahkan pergerakan Puan Limah tetapi ini akan menyebabkan kerosakan serius pada tulang rawan di dalam sendi lutut Puan Limah menyebabkan lapisan tulang rawan ini akhirnya terhakis habis. Inilah yang sedang dialami oleh Puan Limah.

Situasi Puan Limah ini menyebabkan darah beliau bersifat asid dan antara puncanya ialah paras asid urik dan asid-asid lain di dalam darah yang semakin tinggi. Darah yang normal adalah sedikit bersifat alkali dan perubahan pH pada darah menjadi asid ini sebenarnya mengundang pelbagai masalah sampingan lain.

Puan Limah sempat memberitahu saya bahawa didalam masa terdekat ini beliau akan dibedah oleh doktor. Beliau menyatakan perkara ini kepada saya dengan perasaan begitu ceria seolah-olah pembedahan ini akan menyelesaikan segala masalah beliau. Pembedahan ini sebenarnya akan menambahkan masalah beliau. Apa yang patut Puan Limah lakukan ialah menyiasat apa punca segala permasalahan ini lalu menyelesaikannya da mencari ubat secara alamiah semoga tulang rawan yang terhakis dapat tumbuh semula. Perkara ini kelihatan mudah tetapi ini akan menjadi teramat sukar apabila Allah SWT mengazab seseorang.

Apa yang Puan Limah perlu lakukan sebenarnya ialah kembali dengan tabiat permakanan sebagaimana orang normal lainya iaitu makan nasi berlaukkan ikan, daging atau ayam disamping memakan sayur-sayuran yang berkhasiat seperti daun ubi, daun keledek dan sebagainya disamping memakan pelbagai buah berkhasiat secara mengikut kadar yang sesuai. Bagi Memulihkan keadaan buah pinggang pula, Puan Limah perlu memakan ubat tradisional untuk memulihkan kesihatan buah pinggang. Apabila buah pinggang sihat, segala bahan toksik di dalam darah dapat disingkirkan dan darah akan bersih dari segala asid urik dan asid lain dan dengan ini mengelakkan pembentukan garam kristal di dalam sendi.

Apa yang saya jelaskan di atas nampak mudah namun apabila Allah SWT ingin mengazab hambanya kerana dosa-dosanya, lazimnya Allah mengubahkan selera hamba Allah ini terlebih dahulu. Kalau Allah nak memberikan penyakit jantung, mungkin Allah SWT mengubah selera hamba Allah ini kepada gemar makan kentang goreng, ais krim, creamer, burger, naget, potato chip, Pringle potato chip dan segala yang sewaktu dengannya. Apabila cukup tempuhnya lalu Allah SWT memberikan penyakit jantung.

Begitu jugalah kalau Allah SWT ingin mengazab seorang hambaNya agar duduk di wheel chair, mungkin dimulakan dengan seleranya berubah gemar makan makanan yang pelik-pelik sebagaimana di dalam kes Puan Limah ini beliau menjadikan makanan asasinya sebagai buah (oren sunkist) dengan sayuran semata-mata. Selagi Allah ingin mengazab Puan Limah ini, segala nasihat yang baik akan tidak didengarinya dan segala nasihat buruk pula akan diikutinya, begitulah sunnatullahnya. 

Manusia tidak boleh memberikan rahmat kepada manusia lain sebagaimana Nabi Muhamad tidak mampu memberikan rahmat kepada pakcik tersayangnya Abu Talib yang mati kafir. Saya juga tidak mampu memberikan rahmat kepada Puan Limah.

Di dalam kes Puan Limah ini, seandainya beliau bersungguh-sungguh bertaubat di atas segala kesalahannya dan tidak mengulangi kesilapan serta memohon doa agar sembuh, insya-Allah Allah akan mendatangkan seseorang yang bakal memberikan nasihat yang tepat lalu sembuhlah beliau kerana rahmat Allah SWT.

Marilah doakan Puan Limah semoga beliau sembuh dari azab pedih dari Allah SWT ini.

Sekian untuk kali ini.

Emjay. 

KERASUKAN JIN DAN PENYEMBUHANNYA

KERASUKAN JIN DAN PENYEMBUHANNYA


Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepadaNya, serta mensyariatkan kepada mereka apa yang menjadi kebijaksanaanNya supaya membalas mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata yang tiada sekutu baginya. Dia memiliki kekuasaan dan pujian, serta Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya, yang diutus kepada manusia dan jin untuk memberi khabar gembira dan peringatan. Semoga selawat dan salam sebanyak-banyaknya terlimpah atasnya, keluarganya, para sahabatnya dan siapa yang mengikuti mereka dengan baik.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh” [Adz-Dzariyat : 56-58]

Jin adalah alam ghaib yang diciptakan dari api, dan mereka diciptakan sebelum penciptaan manusia, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas” [Al-Hijr ; 26-27]

Mereka diberi tugas. Perintah dan larangan Allah ditujukan kepada mereka. Di antara mereka ada yang taat dan di antara mereka ada yang bermaksiat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang mereka.

“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam” [Al-Jin : 14-15]

Dia berfirman.

“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang shalih dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza”[Jin : 11]

Yakni, golongan dan hawa nafsu yang bermacam-macam, sebagaimana yang berlaku pada manusia. Yang kafir di antara mereka akan masuk neraka menurut ijmak’ sedangkan yang mukmin akan masuk syurga sebagaimana manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Dan bagi orang yang takut saat menghadap Rabbnya ada dua surga. Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan” [Ar-Rahman : 46-47]

Kezaliman antara mereka dengan manusia diharamkan, sebagaimana kezaliman di antara manusia, berdasarkan firman Allah dalam hadits qudsi

“Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu dan Aku menjadikannya di antara kalian sebagai keharaman, maka janganlah saling menzalimi” [1] [HR Muslim]

Meskipun demikian, mereka (jin) kadangkala berbuat zalim kepada manusia. Demikian pula manusia kadangkala berbuat zalim kepada mereka. Di antara kezaliman manusia terhadap mereka ialah bersitinjak dengan tulang atau kotoran. Dalam Shahih Muslim dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu bahawa jin meminta perbekalan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda.

“Untuk kalian ialah segala tulang yang disebutkan nama Allah atasnya yang jatuh di tangan kalian yang masih ada dagingnya, dan semua kotoran untuk makanan haiwan ternak kalian”.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Oleh karenanya, janganlah bersitinjak dengan keduanya. Sebab, keduanya adalah makanan saudara-saudara kalian” [2]

Di antara permusuhan jin terhadap manusia ialah mereka menguasai manusia dengan was-was yang mereka masukkan dalam hatinya. Karena itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya berlindung dari hal itu seraya berfirman.

“Katakanlah, Aku berlindung kepada Rabb manusia, Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia” [An-Nas : 1-6]

Allah menyebutkan jin di awal, karena was-was mereka ini sangat besar, dan sampainya mereka kepada manusia itu sangat tersembunyi.

Jika kamu bertanya, “Bagaimana mereka sampai kepada dada manusia dan membisiki di dalamnya?”

Maka, dengarlah jawapan dari Muhammad Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bersabda kepada dua orang Anshar.

“Sesungguhnya setan mengalir dalam diri manusia melalui aliran darah, dan aku khuatir ia akan melemparkan keburukan dalam hatimu atau mengatakan sesuatu” [3]

Dalam sebuah riwayat.

“Ia sampai pada manusia lewat aliran darah” [4]

Di antara kezaliman jin kepada manusia ialah mereka menakut-nakuti mereka dan memasukkan rasa takut dalam hati mereka, terutama ketika manusia berlindung kepada mereka dan meminta perlindungan kepada mereka.

Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan” [Al-Jin : 6]

Yakni, takut dan segan

Di antara kezaliman jin terhadap manusia ialah jin menggulat manusia dan menghempaskannya serta membiarkannya tergoncang hingga pengsan. Adakalanya jin membawanya kepada perkara yang membuat kebinasaannya seperti melemparkannya dalam lubang, air yang membuatnya tenggelam, atau api yang membakarnya. Allah menyerupakan pemakan riba, ketika mereka bangkit dari kubur mereka, dengan orang yang terkena penyakit gila karena kerasukan setan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila” [Al-Baqarah : 275]

Ibnu Jarir berkata, “Setanlah yang merasukinya lalu mebuatnya menjadi gila”. Ibnu Katsir berkata, “Tidak lain seperti orang yang terkena penyakit gila ketika gila dan setan merasukinya”. Al-Baghawi berkata, “Setan merasukinya, yakni membuatnya menjadi gila”. Artinya, orang yang makan riba akan dibangkitkan pada hari Kiamat seperti orang gila (karena kerasukan setan)”.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya, dari Ya’la bin Murrah Radhiyallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa anaknya yang kerasukan jin. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (kepada jin yang berada dalam tubuh anak itu).

‘Keluarlah, wahai musuh Allah. Aku adalah Rasulullah”

Lalu, kata perawi, anak itu sembuh, lantas ibunya menghadiahkan kepada Nabi dua ekor kambing dan keju serta minyak samin. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengambil keju dan samin serta seekor domba, dan mengembalikan seekor domba lainnya kepadanya [5]. Sanadnya dapat dipercaya. Ia mempunyai beberapa jalan periwayatan, yang dinyatakan Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wan Nihayah”. Ini adalah jalan-jalan periwayatan yang baik dan banyak, yang memberikan praduga yang kuat atau kepastian bagi kalangan berilmu bahawa Ya’la bin Murrah menceritakan kisah ini pada umumnya.

Ibnul Qayyim rahimahullah, salah seorang murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang cemerlang, berkata dalam kitabnya, Zad Al-Ma’ad, 4/66. “Gila itu ada dua macam, gila karena roh jahat yang ada di bumi, dan gila karena stress. Yang kedua inilah yang dibicarakan oleh para doktor jiwa tentang sebabnya dan penyembuhannya. Adapun kegilaan karena roh jahat maka para tokoh kedoktoran dan cendekiawan mengakuinya dan tidak menolaknya. Adapun para doktor yang bodoh dan peringkat bawah serta meyakini kezindikan sebagai keutamaan, maka mereka mengingkari penyakit gila karena roh jahat. Mereka tidak mengetahui bahawa roh tersebut dapat berpengaruh dalam tubuh orang yang terkena penyakit gila. Tiada yang menyertai mereka kecuali kebodohan. Jika tidak, maka tidak ada dalam aktifitas kedoktoran yang menolak hal itu, dan kenyataannya membuktikannya. Barangsiapa mempunyai akal dan pengetahuan tentang roh-roh ini dan pengaruh-pengaruhnya, maka ia akan mentertawakan kebodohan mereka dan kelemahan akal mereka.

Wahai manusia, untuk terbebas dari penyakit gila jenis ini ada dua perkara : membentengi dan menyembuhkan.

Untuk membentengi ialah dengan membaca wirid-wirid yang disyariatkan dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang shahih, dengan kekuatan jiwa dan tidak mengikuti was-was dan khayalan yang tiada hakikatnya. Sebab, mengikuti was-was dan praduga dapat menyebabkan praduga dan was-was ini semakin membesar hingga menjadi kenyataan.

Adapun penyembuhannya, yakni menyembuhkan penyakit gila karena roh jahat, para tokoh kedoktoran mengakui bahawa resepi-resepi kedoktoran tidak berpengaruh padanya. Penyembuhannya ialah dengan doa-doa, bacaan Al-Qur’an dan nasihat. Syaihul Islam Ibnu Taimiyah biasanya mengubati dengan bacaan ayat Kursi dan Mu’awwidzatain, serta acapkali membaca di telinga orang yang terkena penyakit gila tersebut.

“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dkembalikan kepada Kami” [Al-Mu’minun : 115]

Muridnya, Ibnul Qayyim mengatakan, “Beliau bercerita kepada kami bahawa beliau suatu kali membaca ayat ini di telinga orang yang terkena penyakit gila, lalu roh jahat itu mengatakan, “Ya” seraya melengkingkan suaranya dengannya. Beliau mengatakan, ‘Lalu aku mengambil tongkat untuknya dan memukulnya dengannya pada urat lehernya hingga tanganku capek (penak) karena memukulnya’. Ketika itulah ia mengatakan, ‘Aku menyukainya’. Aku katakan, ‘Dia tidak menyukaimu’. Ia mengatakan, ‘Aku ingin berhaji dengannya.’ Aku katakan kepadanya.’ Ia tidak ingin berhaji bersamamu’. Ia mengatakan, ‘Aku meninggalkannya karena menghormatimu.’ Aku katakan, “Tidak, tetapi karena mentaati Allah dan Rasulnya.’ Ia mengatakan, ‘Kalau begitu aku keluar.’ Lalu orang yang terkena penyakit gila itu duduk sambil melihat ke kanan dan ke kiri seraya mengatakan, ‘Apa yang membawaku kepada Syaikh yang mulia ini”. Demikianlah pernyataan Ibnu Al-Qayyim rahimahullah dari Syaikhnya.

Ibnu Muflih, salah seorang murid Syaikhul Islam juga, mengatakan dalam kitabnya, Al-Furru’, ‘Syaikh kami apabila datang kepada orang yang terkena penyakit gila (lantaran ganguan jin), maka beliau menasihati jin yang membuatnya menjadi gila, memerintahkan dan melarangnya. Jika ia berhenti dan berpisah dengan orang dirasukinya, maka beliau meminta janjinya untuk tidak kembali lagi. Jika ia tidak patuh, tidak berhenti dan tidak terpisah, maka beliau memukulnya hingga meninggalkannya. Pukulan ini secara lahiriahnya pada orang yang terkena penyakit gila, tetapi pada hakikatnya memukul jin yang membuatnya gila”

Imam Ahmad mengutus seseorang kepada orang yang gila, lalu jin yang merasukinya itu meninggalkannya. Ketika Ahmad meninggal, jin tersebut kembali kepada orang tesebut.

Dengan ini jelaslah bahwa gangguan jin kepada manusia itu nyata berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah serta fakta. Ini diingkari oleh Mu’tazilah. Sekiranya bukan karena akibat yang ditimbulkan seputar masalah ini berupa kekacauan dan perdebatan yang menyebabkan Kitab Allah dijadikan sebagai argumen atas pengertian-pengertian imajinatif yang tiada hakikatnya, dan sekiranya pengingkaran ini tidak berkonsekuensi mendungukan para imam dan ulama kita dari Ahlus Sunnah, atau mendustakan mereka, nescaya saya katakan, “Seandainya bukan karena ini dan itu, maka saya tidak berbicara mengenai masalah ini. Karena masalah ini merupakan perkara-perkara yang telah diketahui secara inderawi dan bisa disaksikan. Apa yang sudah nyata dengan indera dan dapat disaksikan, tidak perlu kepada dalil. Karena perkara-perkara yang inderawi adalah bukti itu sendiri, dan mengingkarinya adalah kecongkakan. Oleh karena itu, janganlah menipu diri kalian sendiri dan jangan tergesa-gesa. Berlindunglah kepada Allah dari keburukan makhlukNya dari jin dan manusia. Memohon ampunlah kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Menerima taubat lagi Maha penyayang.

[Fatawa Al-Aqidah, Ibnu Utsaimin, hal. 323-328]

[Disalin dari. Kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, Penyusun Khalid Al-Juraisy, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerjemah Musthofa Aini dkk, Penerbit Darul Haq]
__________
Foote Note
[1]. HR Muslim, no. 2577, kitab Al-Birr wa Ash-Shilah
[2]. HR Muslim, no. 450, kitab Ash-Shalah
[3]. HR Al-Bukhari, no. 2038, kitab Al-I’tikaf, Muslim, no. 2175, kitab As-Salam
[4]. HR Al-Bukhari, no. 2035, kitab Al-I’tikaf, dan Muslim, no. 2175, kitab As-Salam
[5]. HR Ahmad dalam Al-Musnad, no. 17098-17113, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 2/617, 618 dan menilainya sebagai shahih, disetujui oleh Adz-Dzahabi dan dinilai baik oleh Al-Mundziri

Tuesday, 4 March 2008

Azab disebalik nikmat, nikmat disebalik azab.

Azab disebalik nikmat, nikmat disebalik azab.

Assalamualaikum wbh

Pada hari Sabtu 23 Feb lalu, badan saya mula tidak sihat dengan tekak yang perit dan kahak, tanda macam kena flu. Begitulah lazimnya kita akan mudah kena flu sekiranya badan kita tidak cukup rehat. Kebelakangan dalam dua minggu lalu saya memang sangat penat kerana sibuk terlibat dalam pengurusan Teluk Danga International Game Convention yang berlangsung pada 18 – 20 Feb 2008 di Hyatt Regency. Sakit flu ini sebenarnya satu rahmat atau nikmat dari Allah untuk memaksakan diri berehat dari pelbagai aktiviti yang memenatkan fizikal dan mental.

Memang sudah agak lama saya tidak kena flu dan apabila kena kali ini, tiada pilihan selain dari redha di atas ketentuannya. Semoga menjadi penghapus dosa dan semoga menjadi rahmat. Walau pun kena pada hari Sabtu (23 Feb), saya tidak jumpa doktor pun dan masih mampu mengajar kelas SPACE UTM pada Sabtu dan Ahad berikutnya.

Petang Ahad rasa badan bertambah ringan sedikit. Isteri ada membelikan air lin chee kang bungkus untuk saya. Air lin chee kang suam memang antara kegemaran minuman saya namun pengusaha lin chee kang kini telah banyak merubah resipi asalnya yang memang mempunyai berbagai khasiat kepada resipi baru yang bermotifkan nikmat tekak semata-mata. Antara ramuan penting berkhasiat lin chee kang resipi lama ialah bunga kembang semangkuk. Bunga kembang semangkuk ini sudah lama dikeluarkan dari resipi lin chee kong entah atas sebab yang tidak diketahui namun sebenarnya kembang semangkuk adalah amat baik di minum dan antara khasiatnya ialah menyejukkan tubuh terutama sekali apabila musim panas.

Air lin chee kang yang saya minum kali ini memang sangat sedap penuh nikmat walaupun resipinya sudah jauh lari dari resipi asal dan banyak mengandungi buah mata kucing kering yang telah di rebus dan sebagainya. Habis kesemuanya saya minum. Saya bertanyakan dengan isteri di mana beliau membeli air lin chee kang tersebut dan pada keesokan harinya iaitu Isnin (25 Feb), saya membeli 3 bungkus air lin chee kang di Taman Universiti. Satu bungkus untuk saya, satu untuk isteri dan 1 untuk anak sulung.

Pada hari isnin (25 Feb) keadaan flu saya alhamdulillah semakin baik walau pun masih ada kesannya lagi. Pada petang isnin tersebut, saya menghabiskan bungkusan lin chee kong saya. Memang sedap aduh nikmatnya. Pada lewat malam tersebut, anak saya tidak mahu minum lin chee kong maka saya telah menghabiskan pula lin chee kong anak saya tersebut.

Hari Selasa 26 Feb, sebelah petang saya kena demam dan semakin malam demam saya saya semakin serius. Sebelum lewat malam Selasa tersebut, demam macam sudah kebah tetapi badan masih tidak sihat. Pada waktu tidur malam saya macam lemas sesak nafas dan susah untuk tidur semula.

Keesokan harinya hari rabu 27 Feb badan semakin lemah dan demam teruk dan saya kuatkan diri untuk pergi ke klinik ambil antibiotik. Doktor memberikan MC satu hari di samping memberikan pelbagai ubat. Saya membuang ubat-ubat yang diberikan termasuk ubat batuk dan sakit tekak dsbnya tetapi hanya mengambil antibiotik 6 biji untuk dihabiskan dalam tempuh 3 hari. Hari Rabu banyak dihabiskan dengan tidur dan baring di rumah. Kini penyakit sudah bertambah dari asalnya flu kepada demam berat dan batuk pula selain badan yang lemah.

Doktor menjangkakan penyakit yang saya alami akan sembuh dalam satu hari namun pada hari berikutnya iaitu Khamis, keadaan saya tidak banyak berubah. Saya meminta isteri untuk mendapatkan tambahan MC sehari lagi iaitu pada hari Khamis. Sepanjang hari Khamis saya juga banyak tidur dan baring sahaja.

Hari Jumaat keadaan beransur sedikit positif sahaja namun saya kuatkan diri bekerja kerana banyak perkara perlu diselesaikan termasuk membuat beberapa persediaan untuk kelas “Produksi video menggunakan Sony Vegas sepanjang hari Sabtu 1 Mac”.

Hari Sabtu 1 Mac saya masih tidak sihat sekadar sedikit peningkatan namun saya perlu ke UTM untuk mengajar kelas video ini. Pagi ini sewaktu bangun, saya sedar bahawa penyakit saya sudah bertambah lagi dan kini lutut kiri saya sudah terasa sengalnya serta sudah bengkak. Saya pernah mengalami simptom-simptom seperti ini dan selalunya saya mengambil masa yang lama dan ada kalanya berminggu untuk pulih. Selepas minum pagi saya mengambil pil antibiotik terakhir.

Dalam keadaan yang kurang sihat dengan lutut yang semakin sakit, saya mengajar juga kelas produksi video ini bermula dari 9.00 pagi hingga 5 petang. Semakin menjelang petang sakit di lutut kiri semakin parah dan saya semakin sukar berjalan. Ini adalah pertanda saya sedang mengalami gangguan di buah pinggang. Sememangnya rekod kesihatan buah pinggang saya tidaklah begitu baik dengan rekod gout, kencing bernanah dan sebagainya maklumlah sewaktu muda dahulu makan asal halal. Kacang, mee, nescafe, cendawan, tembikai, ikan bersengat dsbnya memang kegemaran.

Sekembali dari mengajar kelas video yang tamat pada pukul 5.00 petang saya terus bergegas ke klinik dengan satu matlamat sahaja iaitu untuk mendapatkan bekalan antibiotik yang sama sebagaimana yang telah saya perolehi dahulu sebagai usaha semoga Allah SWT redha dengannya. Saya berjalan terdengkot-dengkot dengan kesakitan lutut kiri saya memasuki Klinik ini. Setelah mendaftar diri dan mengisi borang yang diperlukan, saya pun dipanggil masuk. Kali ini doktor bertugas bukan doktor Suzana iaitu pemilik klinik ini tetapi doktor pengganti seorang doktor lelaki yang bertugas di Hospital Pakar di Johor Bahru.

Setelah menjelaskan simptom penyakit saya seperti demam dan bengkak dan sakit di lutut kiri ini, saya pun menyatakan hasrat kedatangan saya yang semata-mata meminta untuk diberikan antibiotik yang sama sebagaimana kejadian sama yang menimpa diri saya pada Julai 2007 dahulu oleh seorang doktor pengganti lain. Setelah menjelaskan hasrat saya, doktor ini agak marah dengan sikap saya sehingga akhirnya terkeluar kata-kata “I challenge you...”. Namun demikian banyak sekali persamaan pendirian antara saya dengan doktor ini dan terdapat juga percanggahan pendapat antara kami. Antara persamaan pendapat antara kami ialah:

1. Buah pinggang kalau cedera boleh menyebabkan infection (jangkitan).
2. Tanda-tanda infection adalah seperti nanah pada bahagian yang cedera tersebut.
3. Infection boleh menyebabkan demam.
4. Apabila kes infection, adalah perlu sekali diberikan antibiotik.

Diantara perbezaan pendapat antara saya dengan doktor pula ialah bahawa beliau berkata “Infection pada buah pinggang adalah sesuatu yang serius dan boleh menyebabkan kesan serius seperti dialisis”. Saya tidak begitu bersetuju dengan pandangan doktor ini kerana situasi masakini adalah bahawa buah pinggang sangat mudah cedera seperti apabila:

1. Menahan kencing
2. Mengambil makanan mengandungi pengawet seperti asid borik dengan banyak seperti apabila makan mee kuning (mee goreng)
3. Memakan makanan laut seperti udang ketam dan sotong dengan kuantiti yang banyak
4. Memakan kacang dengan banyak
5. Memakan jeruk kering atau jeruk basah
6. Memakan makanan beracun (insecticide) yang tinggi seperti buah tembikai, bunga kubis (cauliflower) dsbnya
7. Menunggang motorsikal dengan kedudukan kaki kehadapan.
8. Bersukan lasak secara mengejut tanpa warm up dan latihan yang berterusan. Contohnya sudah 3 tahun tidak bermain badminton terus main bersungguh-sungguh dan lama.

Istilah kencing kotor yang kerap dihadapi oleh sebahagian wanita adalah berkemungkinan sekali buah pinggang mereka sedang cedera dan dalam kes kebiasaan adalah disebabkan pengambilan makanan yang merosak buah pinggang kerana mungkin mengandungi bahan yang mencederakan buah pinggang seperti bahan pengawet.

Doktor bertegas untuk tidak akan memberikan antibiotik sekiranya tidak terdapat bukti yang jelas bahawa saya telah mengalami infection. Saya menjelaskan kepada doktor bahawa setelah meminum air lin chee kang tersebut sehingga hari sabtu ini (1 Mac) kencing saya memang sangat kemerahan menandakan buah pinggang saya memang tidak sihat. Doktor masih tidak percaya lalu menyuruh saya memberikan sampel air kencing. Memang warna sampel air kencing saya pada hari itu masih kemerahan atau oren pekat walau pun tidak se teruk hari rabu dan khamis lepas.

Setelah diuji dengan urine test strip ( rujuk http://craigmedical.com/urine_diagnostics.htm ), doktor menunjukkan hasil perubahan pada urine test strip tersebut kepada saya lalu mengatakan bahawa air kencing saya sihat tidak seperti dakwaan saya. Namun saya menyanggah “tapi doktor, bacaan ini mungkin kurang tepat kerana sebaik-baik waktu untuk mengambil bacaan ini adalah pada kencing pertama di awal pagi”. Doktor menerima pandangan saya dan menambah bahawa keputusan dengan urine test strip ini memang kurang tepat dan ujian yang paling tepat adalah dengan ujian klinikal air kencing yang melibatkan analisis kimia di makmal termasuk ujian microbe culture.

Setelah banyak masa dihabiskan antara kami berdua untuk saling mengeluarkan pandangan, akhirnya doktor bersetuju untuk memberikan hanya antibiotik sebagaimana yang saya pinta. Saya mengucap syukur alhamdulillah dan berdoa semoga dapatlah kiranya saya bekerja pada hari Isnin kelak. Namun doktor meminta dengan nada keras dan bersungguh-sungguh agar saya datang menemuinya pada hari Sabtu minggu depan antara pukul 5 ptg hingga 10 malam untuk melihat perkembangan saya dan doktor ingin melakukan “scanning” ke atas buah pinggang saya untuk mengetahui kedudukan sebenar buah pinggang saya.

Sekembali dari klinik dan bersolat, saya terus demam teruk sehingga lewat malam sebagaimana hari-hari sebelumnya tetapi kali ini adalah paling teruk. Kali ini saya perlu berselimut tanpa sebarang kipas angin. Menjelang malam, saya makan sedikit nasi untuk mengalas perut sebelum saya mengambil antibiotik ini. Saya berdoa semoga saya di sembuhkan Allah dengan segera.

Hari Ahad (2 Mac) saya bangun pagi dengan mengucap kesyukuran, sakit bengkak di lutut kiri saya semakin pulih. Namun sepanjang hari Ahad tersebut saya lebih banyak berehat dan tidur. Menjelang malam keadaan saya semakin alhamdulillah menunjukkan simptom lebih positif.

Hari Isnin (3 Mac) saya mengucap syukur kepada Allah SWT di atas limpah rahmatNya saya semakin pulih dan mampu bekerja walau pun anggota tubuh masih agak lemah. Di sebelah malam alhamdulillah saya semakin sihat dan terasa badan ini lebih ringan dan berselera sekali di waktu makan malam.

Alhamdulillah sewaktu bangun hari Selasa (4 Mac) terasa sekali badan semakin ringan dan terima kasih kepada Mu Ya Allah.

Alhamdulillah kini dengan serangan masalah iaitu demam on and off, badan lembik / letih, lutut membengkak dan sakit serta sukar berjalan yang kerap saya hadapi sebagaimana dahulu kini mengambil masa yang singkat iaitu 2/3 hari untuk sembuh. Kalau dahulu memang ia memakan masa yang lama sehingga berminggu-minggu sehingga saya terpaksa berjalan bertongkat.
Apa yang dapat dirumuskan daripada pengalaman kali ini ialah bahawa:

1. Berhati-hatilah dengan makanan dan minuman hari ini. Ada kalanya sesuatu minuman seperti lin chee kang sangat sedap penuh nikmat tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk diri kita. Inilah yang kita boleh sebutkan sebagai azab di sebalik nikmat. Mungkin minuman ini telah dicampurkan dengan ubat pengawet agar tahan lama tidak basi. Sekiranya diambil dalam kuantiti sedikit dan tidak berulang-ulang, insya-Allah tidak menyebabkan masalah yang besar. Namun sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak ia boleh mengundang kecederaan buah pinggang.

2. Kecederaan buah pinggang boleh di lihat dari kesan kepada warna air kencing kerana air kencing yang sihat kelihatan lebih jernih tanpa kekuningan manakala kencing dari buah pinggang bermasalah adalah lebih kekuningan atau kemerahan atau macam warna oren.

3. Kecederaan buah pinggang juga dapat dirasai melalui denyutan sengal-sengal di bahagian belakang pinggang. Ia mungkin berlaku sekali sekala bukan secara berterusan.

4. Kecederaan buah pinggang ini menyebabkan proses penyingkiran bahan toksik keluar dari tubuh menghadapi masalah. Akibatnya ialah bahan toksik yang sepatutnya dikeluarkan dari tubuh masih terdapat di dalam aliran darah dan kepekatannya akan terus meningkat. Setelah kepekatan bahan toksik terus meningkat dan mencapai tahap tertentu, berbagai masalah boleh berlaku seperti:
a. Bengkak di ibu jari kaki
b. Bengkak di buku lali
c. Bengkak di bahagian atas tapak kaki
d. Bengkak di lutut
e. Bengkak di peha
Kesemua pembengkakan ini akan menyukarkan proses berjalan sehingga memerlukan tongkat dsbnya.

5. Kecederaan buah pinggang juga menyebabkan proses seterusnya iaitu infection atau jangkitan kuman dan bernanah. Ini akan menyebabkan tubuh mengalami demam dan mungkin sekali demam ini secara on dan off.

6. Tanda yang mudah dikenali dalam masalah ini ialah badan sering rasa kesejukan walaupun tidak demam dan sukar berpeluh.

7. Segala masalah yang berkaitan buah pinggang – gout – kencing manis akan menyebabkan seorang lelaki menghadapi masalah dengan kehidupan seksnya. Kalau gout menyerang dan tidak sembuh dalam sebulan, akibatnya lelaki tidak dapat berfungsi / bermasalah dengan seknya dalam tempuh ini. untuk membaca artikel sebelumnya berhubung gout, sila rujuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/gout-punca-dan-insya-allah-anda-boleh.html

8. Bagi merawat infection pada buah pinggang ini, penggunaan antibiotik insya-Allah dapat merawatnya.

9. Penggunaan urine test strip untuk menguji infection di dalam air kencing mungkin tidak tepat

10. Dalam tempuh rawatan ini, elakkanlah segala makanan yang melewatkan proses pemulihan seperti telur, daging, ayam, sotong, kerang, ketam, ikan bersengat, limau oren, minuman squash dan sunquick, cendawan, mee kuning, tembikai, mangga, kacang tanah, burger, naget, junk food dsbnya macam orang berpantang ketika beranak.

11. Nikmat di sebalik azab yang saya dapat kenal pasti dari pengalaman kali ini untuk dikongsikan ialah alhamdulillah dalam tempuh yang singkat insya-Allah kita boleh pulih dari masalah kecederaan buah pinggang melalui pengambilan antibiotik serta menjaga pantang larangnya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay