Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 26 September 2008

Tayar leper tayar bulat – beristerikan artis cantik atau wanita solehah



Assalamualaikum wbth

Kali ini saya ingin menulis berkenaan tayar kereta dan hubungannya dengan pelbagai isu dan rahmat Allah .

Berkenaan dengan tayar kereta ini, para pembaca bolehlah membaca maklumat berkenaannya dari dua link yang saya sediakan di bawah ini.

Maklumat berkenaan tayar bolehlah di simpulkan melalui gambar di bawah ini.

Tayar Bulat

Tayar LEPER

Tayar di atas mempunyai saiz lebar dari tepi ke tepi = 195 mm. Apa yang ingin saya sentuh berkenaan tayar ini adalah isu berkenaan aspect ratio. Aspect ratio adalah perkiraan berkenaan ketinggian tayar yang dijelaskan dalam bentuk peratusan berbanding saiz lebar tayar. Tayar berkenaan di atas mempunyai aspect ratio sebanyak 55 

Melalui penjelasan ini, tayar dengan aspect ratio yang tinggi adalah tayar yang nisbah lebar dengan tingginya hampir sama dan saya namakan tayar jenis ini sebagai tayar bulat manakala tayar dengan aspect ratio yang rendah adalah tayar yang saya namakan tayar leper di mana ketinggian tayar ini adalah rendah berbanding kelebarannya. 

Kebanyakan tayar lori dan bas adalah dari jenis aspect ratio 100 (tayar bulat) iaitu ketinggian tayar sama dengan kelebaran manakala tayar kereta menggunakan aspek ratio yang lebih rendah di sekitar 70 namun terdapat pengguna yang menukar tayar mereka kepada aspect ratio yang lebih rendah kepada 50 atau lebih rendah lagi. Lagi kecil nombor aspect ratio maka lebih leperlah tayar tersebut.
Tayar lori aspect ratio = 100. Ini dinamakan tayar bulat

Tayar leper, sedap dimata tetapi merugikan

Kereta Mercedes, BMW, Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Cefiro dan kereta selesa gred premium lainnya didatangkan dengan tayar jenis bulat. Kereta-kereta ini didatangkan dengan tayar bulat adalah kerana tayar bulat ini memanglah memberikan keselesaan kepada penumpangnya. Tayar bulat ini mempunyai dinding tayar yang lembut yang membenarkan tayar ini menyerap hentakan dari permukaan jalan yang tidak rata. Berikut adalah antara kebaikan menggunakan tayar bulat atau tayar dengan aspect ratio yang tinggi:-

  1. Tayar yang selesa digunakan kerana boleh menyerap hentakan sehingga beberapa inci.
  2. Tayar jenis ini berharga jauh lebih murah berbanding harga tayar leper.
  3. Bunyi tayar yang lebih senyap bila kereta bergerak.
  4. Rim tayar sukar bengkok atau kemek.
Kelemahan tayar bulat dengan aspect ratio tinggi ini ialah apabila kenderaan dipandu sangat laju pada selekoh yang tajam, tayar ini akan seolah-olah bergoyang kerana binaan dindingnya yang lembut dan tinggi. Namun sebagai pemandu biasa, berapa lajulah yang kita pandu. Bukan nak masuk perlumbaan.

Tayar bulat, penggunaannya lebih banyak menguntungkan

Bagi mereka yang membeli kereta gred premium seperti yang saya sebutkan di atas, antara ciri yang mereka cari adalah keselesaan. Saya sendiri apabila semakin tua dan ada rezeki yang diberikan Allah, ingin juga mempunyai kereta yang selesa dinaiki. Bab kenderaan bergoyang di selekoh tajam tidak timbul sama sekali kerana kebanyakan pembeli kenderaan premium jenis ini bukanlah kaki pecut  atau kaki racing.

Berbanding tayar bulat, tayar leper hanya mempunyai satu kelebihan sahaja iaitu ia lebih stabil bila dipandu sangat laju pada selekoh tajam, itu sahaja. Kelemahan atau keburukan tayar leper ini pula banyak antaranya:- 

  1. Tayar ini amat tidak selesa digunakan. Semakin leper, semakin tidak selesa kerana dinding tayar yang amat keras yang tidak mampu menyerap hentakan terutama pada permukaan yang tidak rata. Kereta Mercedes yang amat terkenal dengan keselesaan apabila ditukar dengan tayar yang amat leper, ia akan menjadi seperti menaiki lori kerana fungsi tayar untuk menyerap hentakan telah sama sekali hilang.
  2. Tayar jenis ini sangat mahal dan semakin leper semakin mahal. Harganya boleh mencecah 2 atau 3 kali ganda berbanding harga tayar bulat.
  3. Bunyi yang lebih bising
  4. Rim tayar kerap bengkok atau kemek yang amat menjejaskan prestasi kenderaan yang boleh menyebabkan kenderaan bergegar atau stereng menarik ke kiri atau ke kanan. Rim yang kemik atau bengkok ini mengakibatkan kos yang mahal juga untuk membaiki atau menukarnya selain hilang masa.
  5. Pemandu kenderaan dengan tayar leper ini terpaksa memandu lebih perlahan dan teliti bagi mengelakkan tayar mereka memasuki jalan berlubang yang menyebabkan rim kemik
Daripada penjelasan perbandingan penggunaan tayar bulat dan tayar leper ini jelaslah bahawa tayar dengan aspect ratio yang tinggi adalah pilihan yang wajar bagi kesemua kenderaan sama ada lori, bas atau kereta. Apa yang ingin saya bincangkan di sini adalah MENGAPA RAMAI ORANG YANG BERIYA-IYA BERHABIS DUIT UNTUK MENUKAR TAYAR MEREKA KEPADA TAYAR LEPER?

Ada seorang rakan di UTM telah menghabiskan lebih dari RM5000 untuk menukar rim dan tayar kereta Mercedesnya kepada tayar leper habis. Sudahlah banyak duit dihabiskan namun hasilnya ialah hilang keselesaan menaiki kereta tersebut. Selain dari hilang keselesaan, rakan saya ini perlu menyediakan wang yang banyak setiap kali menukar tayarnya. Jadi apakah sebenarnya keuntungan menukar tayar dari tayar bulat kepada tayar leper? Mungkin berikut adalah keuntungannya apabila seseorang menukar tayar keretanya daripada tayar bulat kepada tayar leper:-

  1. Seronok mata kerana kononnya pada mata mereka ini, tayar leper adalah jauh lebih menarik berbanding tayar bulat.
  2. Dapat Menarik Perhatian Orang (MPO) dengan penggunaan tayar leper ini serta rim yang lebih lebar.
Saya pernah mempunyai kereta Ford laser, Proton Saga, Nissan Vannette, Nissan AD Resort, Nissan Serena dan Mitsubishi Storm. Kesemuanya menggunakan tayar dari jenis tayar yang bulat atau hampir bulat. Saya tidak pernah mengalami walau pun sekali rim bengkok. Apabila saya menukar menggunakan kereta Proton Perdana pada hampir 6 tahun lalu, saya mula membenci tayar jenis leper ini walaupun sebenarnya Perdana ini tayarnya tidaklah begitu leper. Beberapa bulan selepas saya memandu Perdana ini, 3 daripada 4 rim kereta saya telah bengkok dan terpaksa tukar rim. Sudah banyak wang perlu dikeluarkan. Tukar rim baru tetapi masalah rim bengkok ini terus berulang. Membuang duit dan masa sahaja membaiki rim bengkok ini. Menukar tayar dari jenama Good Year pun mahal menjangkau kira-kira RM330 sebiji. Akhirnya saya menukar  semua rim Perdana saya kepada  rim yang lebih kecil untuk menempatkan tayar yang lebih bulat. Tayar bulat ini berharga RM185 dan jauh lebih murah berbanding RM330 untuk tayar sedikit leper sebelumnya. Alhamdulillah sehingga kini rim perdana saya tidak lagi mengalami masalah rim bengkok. Menaiki Perdana kali ini juga jauh lebih selesa berbanding sebelumnya selain dari lebih senyap.

Persoalan yang ingin saya ketengahkan ialah mengapa ramai orang mengingini tayar leper? Untuk menjawap persoalan ini, saya juga ingin terlebih dahulu mengemukakan satu soalan lain. Andaikan Siti Nurhaliza masih belum kahwin, soalan saya ialah “berapa ramai kah teruna yang ingin berkahwin dengan Siti Nurhaliza?”. Mungkin kalau soalan ini disoal kepada semua orang lelaki di Malaysia mungkin kita akan memperoleh jawapan yang mengejutkan iaitu memang ramai yang ingin berkahwin dengan Siti Nurhaliza ini. Saya kalau disoal soalan ini, memang saya tidak ingin berkahwin dengan Siti Nurhaliza kerana banyak rugi dari untungnya. Berikut adalah antara kerugian atau masalah seandainya berkahwin dengan Siti Nurhaliza:-

  1. Kos membiayai kehidupan atau duit nafkah untuk Siti adalah terlalu mahal termasuk menampung berbagai kos make upnya. Dengan gaji seorang pensyarah, memang menghabiskan duit sahaja berkahwin dengan Siti.
  2. Bolehkah saya mendidik Siti untuk menjadi seorang Muslimah sejati termasuk seperti menjaga solat dan auratnya? Bukankah lebih baik bagi saya berkahwin dengan seorang wanita yang sudah sedia menutup aurat dan menjaga baik solatnya?
  3. Siti menjual suaranya / sebahagian auratnya. Adakah ini dibenarkan dalam Islam. Bagaimana dengan pendapatan yang diperolehi dari jalan yang tidak dibenarkan dalam Islam? Bukankah hidup bersama dengan seorang yang banyak dosanya bakal mengundang lebih banyak masalah?
  4. Bolehkah saya menyuruh Siti untuk memasak dan mengurus rumah tangga serta menjaga saya dengan sebaiknya berbanding sekiranya saya berkahwin dengan orang biasa yang berasal dari orang susah?
  5. Hidup bersama orang yang banyak disanjung di puji seperti Siti sebenarnya lebih merugikan berbanding hidup dengan wanita kebanyakan.
Walau pun lebih banyak rugi daripada baik untuk beristerikan Siti, namun hakikatnya lebih ramai lelaki yang mimpi beristerikan Siti. Begitulah juga sebenarnya walau pun lebih banyak rugi daripada untung menggunakan tayar leper, namun hakikatnya ramai orang berusaha dan bermimpikan menggunakan tayar leper.

Bagi menjawap persoalan tayar leper ini mari kita lihat senario bujang atau anak dara. Pastinya setiap bujang atau anak dara bermimpi untuk mendapatkan pasangan suami atau isteri yang baik, soleh/solehah, yang rajin berusaha dan segala ciri positif lainnya. Disebalik hajat yang menggunung ini, hakikatnya setiap bujang atau anak dara ini akan berkahwin dengan ciri yang menepati ciri ayat Al Quran surah An Nur ayat 3 dan 26.

An Nur 3:-  Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.


An Nur 26:- Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. 

Hakikatnya ialah saya berkahwin dengan isteri saya sekarang, memang padanlah kami berdua ini. Siti berkahwin dengan Dato’  K, Era Fazira berkahwin dengan Yusri (dahulu), Awie berkahwin dengan sipolan (dahulu). Begitulah manusia merancang namun Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Lelaki penzina bermimpikan untuk mendapati seorang isteri yang masih dara namun dengan perancangan Allah lelaki ini akan berkahwin dengan perempuan penzina juga. Perempuan malas solat bermimpikan dapat suami yang soleh namun hakikatnya perempuan ini berkahwin dengan seorang lelaki yang sama sepertinya iaitu juga malas sembahyang. Lelaki yang kuat berbomoh bermimpikan isteri yang solehah namun hakikatnya mereka berkahwin dengan perempuan yang juga kuat berbomoh. Begitulah lebih kurang perancangan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.

Manusia sanggup berbelanja mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan kereta yang selesa seperti Honda Accord atau Toyota Camry namun disebabkan gatal tangan menukarkan tayar kepada tayar leper, mereka berkesudahan dengan kereta yang mirip proton saga. Apa yang mereka perolehi dari usaha ini adalah semata-mata puas mata memandang kerana memiliki tayar dan rim yang mahal walau pun hasilnya tiada serta menambah masalah. Samalah dengan apa untungnya beristerikan artis cantik? Apa yang diperolehi hanya puas mata memandang kerana memiliki isteri dari golongan artis cantik namun hasilnya mungkin tiada malahan mendatangkan lebih banyak masalah. 

Dalam dunia ini memang terlalu banyak perkara yang sangat kita minati seperti tayar leper atau beristerikan artis cantik. Allah sudah mengetahui perkara ini dan sudah pun menyatakannya di dalam Al Quran “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)

Saya dahulu sewaktu motorsikal Jaguh baru diperkenalkan, saya amat menyukainya sehingga membelinya tetapi rupa-rupanya motorsikal ini mengundang padah kerana menyebabkan buah pinggang saya cedera kerana kedudukan kaki sewaktu menungganginya menyebabkan buah pinggang saya bernanah.

Berkenaan tayar leper ini sebenarnya sekiranya kita memang mempunyai sikap MPO iaitu suka mencari perhatian orang, pemilihan menggunakan tayar leper adalah sesuai. Selalunya perempuan yang merasakan dirinya cantik memang gemarkan sikap MPO ini. Sikap MPO adalah pada pandangan saya satu penyakit yang amat perlu segera dirawat. Wanita yang bermake-up sebenarnya juga mempunyai sikap MPO. Wanita yang memakai perhiasan secara bersungguh-sungguh juga mempunyai sikap MPO. Wanita membuka aurat dan memakai pakaian ketat juga sebenarnya mempunyai sikap MPO. Wanita menggunakan bau-bauan juga sebenarnya mempunyai sikap MPO

MPO adalah satu perbuatan riak iaitu suka menunjuk dan berusaha mencari pujian orang. Jauhilah riak kerana sesungguhnya riak adalah syirik.Dari Mahmud bin Labid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan akan menimpa kalian adalah syirik ashgor.” Para sahabat bertanya, “Apa itu syirik ashgor, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “(Syirik ashgor adalah) riak. Allah Ta’ala berkata pada mereka yang berbuat riak pada hari kiamat ketika manusia mendapat balasan atas amalan mereka: ‘Pergilah kalian pada orang yang kalian tujukan perbuatan riak di dunia. Lalu lihatlah apakah kalian mendapatkan balasan dari mereka?’ (HR. Ahmad 5: 429. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih).


Melakukan pekerjaan untuk dilihat manusia sebenarnya juga adalah selari dengan sikap MPO dimana orang yang melakukan pekerjaan ini tidak mempunyai sikap ikhlas. Buanglah sikap MPO dan tiada gunanya menggunakan tayar leper atau beristerikan artis wanita yang cantik.

Selain dari sikap MPO yang mendorong orang menggunakan tayar leper, penggunaan tayar leper juga sebenarnya menggambarkan pengguna tayar leper ini jauh dari rahmat Allah kerana dengan menggunakan tayar leper ini, keselesaan menaiki kenderaan telah hilang selain dari kos mengganti tayar yang mahal dan juga kos menukar atau membaiki rim yang kerap bengkok. Samalah juga mengahwini artis wanita cantik lebih membawa musibah berbanding rahmat.

Persoalan lanjut yang ingin saya ketengahkan ialah mengapa Tuhan menjauhkan rahmat  kepada kita sehingga membelanjakan wang yang banyak untuk menukar kepada tayar leper? Kembali kepada memilih jodoh, sekiranya seorang lelaki amat menjaga amalan menurut tuntutan Islam, insya-Allah Allah memberikan rahmat kepada lelaki ini dengan mengurniakan seorang isteri yang solehah dan pastinya bukan artis wanita cantik. Begitu jugalah berkenaan pemilihan tayar leper, sekiranya kita menjaga kehidupan kita selari dengan tuntutan Islam, insya-Allah Allah memberikan rahmatNya dan dengan itu kita tidak akan menukar tayar kita kepada tayar leper.

Apabila kita secara berterusan menjaga perintah Allah SWT, bukan sekadar tayar leper yang tidak akan digunakan malahan pembelian kereta juga akan dipenuhi dengan rahmat Allah. Seorang rakan saya pernah mengadu kepada saya bahawa sepanjang beliau membeli kereta, jenis kereta yang dibeli sentiasa pilihan terburuk. Beliau mengadu sangat kecewa dengan kereta Hyundai Matrix yang dibelinya dahulu kerana kuat menggunakan petrol di samping kos penyelenggaraan yang tinggi. Pemilihan kereta sewaktu pembelian adalah memang satu rahmat yang besar dari Allah SWT. 

Berikut adalah rumusan dari perbincangan saya di atas:-
  1. Penggunaan tayar leper lebih mengundang musibah berbanding tayar bulat.
  2. Cinta kepada tayar leper adalah petanda kepada amalan kehidupan kita yang mungkin telah lari dari kehendak Allah SWT.
  3. Penggunaan tayar leper atau mencintainya menggambarkan bahawa terdapat sikap MPO (menarik perhatian orang) di dalam jiwa
  4. Memperisterikan artis wanita cantik adalah lebih mengundang musibah berbanding memperisterikan wanita solehah.
  5. Apabila kita melaksanakan perintah Allah insya-Allah tiada perasaan atau keinginan untuk menggunakan tayar leper
  6. Cinta kepada artis adalah petanda kepada amalan kehidupan kita yang mungkin telah lari dari kehendak Allah SWT.
  7. Berkahwin dengan artis atau mencintai mereka menggambarkan terdapat sikap MPO  di dalam  diri.
  8. Apabila kita melaksanakan perintah Allah insya-Allah tiada perasaan atau keinginan untuk beristerikan atau bersuamikan artis.
  9. Apabila kita menjaga perintah Allah, insya-Allah keputusan yang dibuat dalam setiap perkara akan cantik dan tepat.
Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Monday, 22 September 2008

Suami Hilang Seks...Kenapa

Suami Hilang Seks...Kenapa

Assalamualaikum wbh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

Saya ada melanggani email group ReSpONs@yahoogroups .com. Berbagai-bagai topik ada diutarakan ke dalam email group ini. Kalau ada masa saya tengok tetapi dalam kesuntukan masa ini banyak yang saya tidak sempat membukanya. Hanya topik-topik yang benar-benar menarik sahaja akan saya buka.

Antara topik menarik yang saya lihat baru-baru ini ialah persoalan "
Suami Hilang Seks...Kenapa". Berikut adalah antara respons yang dikirimkan oleh ahli email group ini::

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subject: Re: [ReSpONs] Suami Hilang Seks...Kenapa
Suami hilang sex terhadap pasangan masing2 kerana:-
!) Stress kerana memikirkan perkara2 yang penting
2) Problem yang tak dapat di atasi dalam pekerjaan
3) Bila suami dalam pertengahan umur maksudnya dalam 35~40 tahu .. sexs agak mundur
4) Keletihan dalam seharian
5) Lebih mementinglkan kekeluargaan dan sex
Agaknya lah tapi rasanya boleh masuk akal ;

 
On 9/18/08, wan nora suriati wan yahya <wannora_wanyahya@ yahoo.com> wrote:
Salam semua member2 cyber....isu paling besar yang di hidapi oleh kaum lelaki adalah kelemahan dan hilang nafsu kepada pasangan masing2..kenapa ianya berlaku..rata2 ramai lelaki pergi mencari tukang urut dan tongkat ali cafe....isteri mainkan peranan penting untuk......sila kita mulakan isu ini..ianya penting untuk kebahagian keluarga...kebahagi an bermula dari rumah kita mari kita kongsi info bersama..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkenaan isu ini berikut adalah antara kupasan saya berkenaan persoalan mengapa suami hilang nafsu seks.

1. Suami yang menghadapi masalah gout, nafsunya memang merudum.
2. Suami yang kena diabetes, nafsunya merudum lagi teruk.
3. Suami yang kerap sakit pinggang, nafsunya memang merudum
4. Suami yang mudah kebas kaki apabila duduk bersila, nafsunya memang merudum.
5. Suami yang ada masalah batu karang pada buah pinggangnya, nafsunya memang merudum.
6. Suami yang ada athritis atau sakit sendi, nafsunya memang merudum.
7. Suami yang demam atau sebaarng penyakit, nafsunya memang merudum.
8. Suami yang ada komplikasi pada buah pinggang, nafsunya memang merudum

Bila nafsu sudah merudum ramai para suami yang mengambil pelbagai produk seperti tongkat Ali Cafe dan sebagainya untuk mengatasi masalah ini. Mungkin pengambilan produk seperti Tongkat Ali Cafe dapat membantu masalah nafsu suami namun sebenarnya dalam jangka waktu panjang, pengambilan produk seperti ini sebenarnya menambahkan kerosakan pada buah pinggang dan kerosakan ini akan menyebabkan suami semakin bermasalah dengan nafsu mereka.

Ingatlah bahawa tahap kesihatan buah pinggang adalah amat penting dalam menjaga nafsu seks suami. Kalau tahap kesihatan buah pinggang merosot maka prestasi nafsu suami juga merosot. Masalah gout, athritis, batu karang buah pinggang, sakit pinggang, kerap kebas kaki adalah adalah masalah yang berkaitan buah pinggang. Bila buah pinggang merosot, nafsu seks suami juga merosot. Kena diabetes pun seks amat merosot.

Melihat kepada situasi umat Islam Malaysia masa kini, ramai suami menghadapi masalah berkaitan buah pinggang dan ini bakal mengurangkan prestasi nafsu seks mereka. Bagi mengubati masalah berkaitan buah pinggang ini, amalan berurut sebenarnya bakal menambah masalah pada buah pinggang dan amalan ini boleh menderakan dengan serius buah pinggang. Saya dahulu waktu muda juga gemar berurut namun setelah dinasihati arwah guru, saya sudah lama meninggalkan amalan berurut ini.

Kerosakan buah pinggang ini amat mudah berlaku. Makan telur itik dua biji sehari sudah cukup mencederakan buah pinggang. Makan buah tembikai beberapa potong juga boleh menderakan buah pinggang. Makan kacang tanah atau kacang bergaram dalam kuantiti yang banyak juga mencederakan buah pinggang. Makan mee kuning (mengandungi asid borik) juga mencederakan buah pinggang.

Bagi nasihat berkenaan penjagaan buah pinggang ini, silalah baca artikel saya bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75.

Namun sebenarnya Allah SWT ada menjelaskan bahawa setiap yang baik ada buruknya dan begitulah sebaliknya yang buruk ada baiknya. Suami kalau buah pinggangnya terus menerus baik sahaja, maka insya-Allah nafsu seks sentiasa tinggi dan ini mungkin membebankan sang isteri. Baru-baru ini saya ada berbincang dengan seorang hamba Allah lelaki / suami dan saya ada mengatakan bahawa prestasi seks hamba Allah ini adalah lemah dan hamba Allah ini mengakuinya. Dalam usia hamba Allah ini sudah tua, prestasi seks yang lemah ini mungkin sejajar dengan usia isterinya yang juga sudah tua. Ini sebenarnya banyak dapat menyelesaikan masalah mereka suami isteri. Bayangkanlah seandainya isteri sudah tua namun suami tetap sihat buah pinggangnya serta tiada diabetes, bukankah ini menambah masalah. Namun sekiranya isteri redha mencarikan suami ini isteri baru, mungkin masalah ini dapat diselesaikan.

Saya pada hari raya yang lalu telah mengunjungi satu pasangan suami isteri yang berusia lebih daripada 70 tahun. Melihat pada kesihatan sang suami, memangnya suami ini  insya-Allah prestasi seks amat baik sekali. Apa yang menyedihkan ialah saya mendengar bunyi-bunyi sindiran dari suami kepada isterinya yang membawa maksud beliau ingin isteri baru. Itulah bahananya apabila kesihatan buah pinggang terus sihat walau pun usia hampir 80 tahun. Saya amat yakin kalau suami tua ini dapat beristeri lagi dengan isteri yang muda, insya-Allah beliau akan mendapat zuriat.

Semoga penjelasan sedikit ini dapat membantu para suami dan isteri berhubung nafsu seks lelaki bergelar suami. Saya kena masuk kelas sekarang.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Sunday, 14 September 2008

Takuti perkara membatalkan Islam


Takuti perkara membatalkan Islam
 
Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Thu | Jun 12, 08 | 2:56:57 pm MYT
(Di copy paste dari Respons)


Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.


Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.


Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk diperhitung amalan-amalan mereka.


Yang mengikut, patuh serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki syurga.
Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke dalam api neraka.


Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.

Perkara-perkara yang membatalkan Islam

1.      Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2.      Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.
3.      Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4.      Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.
5.      Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6.      Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7.      Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8.      Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9.      Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10.   Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11.   Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.
12.  Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).
13.  Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14.  Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15.  Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16.  Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
17.  Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
18.  Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
19.  Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
20.  Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
21.  Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22.  Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23.  Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24.  Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
25.  Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26.  Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27.  Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28.  Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
29.  Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30.  Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
31.  Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
32.  Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33.  Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya. 



Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?

Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?

Petikan dari Forum TKO di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31055#695233

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

"Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika,".

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga.

Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095 Hijrah(h) (1683 Masehi), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M).

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel, antaranya ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika, dan kemudiannya menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M).

Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M) dan kKemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Kamal mula memusuhi Khalifah Uthmaniyyah

Di situlah bermulanya usaha Mustafa Kamal dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).

Tindakan beliau selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Mustafa Kamal ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah.

Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H (1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah.

Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan.

Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin.


Beri laluan mudah kepada Inggeris

Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah Utara tanpa mendapat sebarang tentangan.

Ketika itulah beliau mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke Utara sehingga ke Damsyik.

Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.

Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338 H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu.

Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun sementara pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.


Bunuh orang Islam

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimeteraikan oleh Pihak Bersekutu.

Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah Armada laut Inggeris dan Greek, lalu Mustafa Kamal menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Mustafa Kamal mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting, akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara.

Khalifah cuba memeujuk Mustafa Kamal tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."


Lancar revolusi, tipu rakyat Turki

Mustafa Kamal mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan dan ia berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun.

Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali.

Apa yang menghairankan senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan dan pada September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir.

Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam.

Orang Islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

"Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.


Bubar kerajaan Khalifah

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana pada 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah.

Khalifah dan kerabat Diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan.


Sekolah-sekolah agama pula telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Dalam suasana getir itu, musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khalifah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah kerana ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri dengan membebaskan Greek dari Izmir dan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut.

Seluruh rakyat mula mempercayai perkara tersebut dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Wallahua'lam

Monday, 8 September 2008

MENCARI RAHMAT ALLAH

MENCARI RAHMAT ALLAH
Oleh
Emjay

Mengikut kamus dewan, rahmat lebih membawa makna kepada sifat Allah yang mengasihani, memberkati, menganugerahi dan mengurniai. Di dalam Quran terdapat lebih daripada seratus perkataan rahmat (124 kali) yang telah disebut oleh Allah. Jika ditinjau dari istilah kamus dewan, takrifan rahmat dari Allah masih belum konkrit. Al Quran menjelaskan :

A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.


Jelas di sini bahawa rahmat sememangnya milik Allah. Daripada ayat-ayat berikut dapatlah kita lihat contoh rahmat Allah.

A-li Imran: 159
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Yusuf: 49
 "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Al Qasaas: 73
Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.

Saad: 43
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Hadis Bukhari Muslim mafhumnya:1597
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya

Di antara contoh-contoh rahmat Allah daripada Al Quran dan hadis di atas ialah; bersikap lemah lembut, hujan, kejadian malam dan siang, anak  dan saling kasih mengasihi sama ada di kalangan manusia atau haiwan. Rahmat malam dan siang sahaja adalah merupakan satu rangkuman pelbagai rahmat lain yang tidak terkira seperti kejadian tumbuhan, haiwan, udara termasuk oksigen yang diperlukan manusia dan sumber makanan bagi semua makhluk di dunia.

Ar Ruum: 36
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.


Daripada surah Ar Ruum di atas dapat juga dirumuskan bahawa sesuatu yang membawa kegembiraan juga adalah rahmat daripada Ilahi seperti pangkat, kemewahan, kuasa dan kekayaan.

Daripada penjelasan di atas, secara mudah rahmat Ilahi adalah setiap sesuatu perkara positif yang dikehendaki oleh manusia yang tidak melanggar batas agama seperti rahmat sihat, pendengaran, penglihatan, kenyang, tidur, jaga, mempunyai anak, pekerjaan, harta, nikmat kesedapan makanan, gigi, nikmat bersuami isteri, berkasih kasihan, hujan, panas, udara, tumbuhan, harta dan kekayaan.

Daripada surah Ar Ruum ayat 36 di atas juga Allah telah menerangkan bahawa Allah akan menarik kembali rahmat ini mengikut kehendak Nya. Contoh kes seperti ini ialah suami isteri yang tidak lagi berkasih kasihan malah bercakaran, Ada yang mempunyai pekerjaan yang baik tetapi sudah diberhentikan. Ada yang mempunyai anak tetapi Allah telah mengambil kembali mereka pada usia muda. Ada yang dahulunya sihat tetapi kini menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ada yang dahulunya tenang dan tenteram tetapi kini menjadi kusut dan buntu. Ada pasangan isteri atau suami tetapi kini hidup menjanda / menduda. Ada yang dahulunya kerja di pejabat cantik molek tetapi kini telah diturunkan pangkat.  Ada yang dahulunya tidak banyak hutang tetapi kini sudah bertapuk dan di kejar along. Dahulu ada rumah atau kedai tetapi kini telah terbakar. Dahulunya kereta cantik berkilat, kini sudah pun rosak atau kemalangan atau telah hilang dicuri. Dahulu aman tidurnya tetapi kini tidak lagi semenjak rumah dimasuki pencuri dan hilang harta beribu-ribu RM. Dahulu keluarga sangat harmoni tetapi kini anak-anak sering bergaduh sesama mereka malah lebih teruk apabila mereka bergaduh  dengan ibu bapa mereka. Dahulu sewaktu anak masih kecil mereka diberi penuh kasih sayang tetapi kini mereka kerap melawan dan tidak menghormati ibu bapa lagi. Dahulu dengan jiran saling hormat menghormati tetapi kini saling bermusuhan dan membenci. Dahulu di sekolah rendah anak pandai tetapi SPM cuma pangkat 3. Sewaktu dahulu duit melimpah ruah tetapi apabila semakin tua mereka menjadi semakin miskin dan kerap putus duit. Dahulu lemah lembut tetapi kini selalu marah-marah.  Dahulu anggota badan sempurna tetapi kini cacat. Dahulu senang tidur tetapi kini kalau nak tidur kena makan pil tidur, itu pun belum pasti tidur lagi. Belum kahwin, engkaulah bulan engkaulah intan engkau lah payung tetapi selepas kahwin pantang bercakap sikit pasti berkesudahan dengan pergaduhan. Sejak kecil mendapat nikmat tidur, tetapi menjelang 20an nak tidur sahaja pasti ada lembaga yang menindih hingga takut untuk tidur. Ada yang dahulu suka makan kacang, rempeyek dan apel tetapi kini sudah tidak boleh mengunyah benda keras. Dahulu mata masih 20 / 20 kini dah kena pakai cermin mata. Dahulu hasil kebun menjadi tetapi kini hasil kelapa sawit sudah banyak menurun. Dahulu bawa kereta elok saja dan tak terlibat kemalangan tetapi kini kerap terlibat dengan kemalangan. Dahulu perniagaan sangat maju tetapi hari ini rugi menggunung serta banyak lagi contoh di mana Allah telah mengambil semula rahmatNya.

Dari pengertian Surah Ar Ruum: 36 juga boleh ditafsirkan bahawa lawan bagi rahmat Allah ialah bencana atau musibah. Rahmat mendatangkan keseronokan dan kegembiraan tetapi bencana atau musibah membawa kesedihan. Dengan ini dapat dianalogikan rahmat Allah dengan rajah berikut:

Rajah 1: Kebun tanaman yang dilindungi dari musuh tanaman oleh pagar elektrik.

Pagar melindungi musuh tanaman seperti babi, gajah, rusa, tikus dan monyet. Rahmat Allah dianalogikan sebagai pagar manakala tanaman di kebun sebagai kita; manusia. Selagi pagar masih di situ selagi itulah musuh tanaman tidak dapat merosakkan tanaman. Selagi Allah menurunkan segala rahmatNya, kita akan sentiasa seronok dan gembira. Apabila rahmat Allah ditarik maka bergembira sakanlah babi, monyet dan sebagainya berkenduri tanaman di dalam kebun tersebut. Apabila Allah menarik rahmat penglihatan, manusia sama ada akan menjadi rabun, buta dan sebagainya. Apabila rahmat keselamatan ditarik, harta benda kita seperti rumah, wang, emas dan kereta akan dicuri. Apabila rahmat kesihatan ditarik, manusia akan mendapat pelbagai jenis penyakit. Apabila rahmat kepandaian ditarik, manusia menjadi semakin susah untuk belajar. 

Apabila rahmat tidur ditarik, tidur malam pun menjadi sukar. Apabila rahmat harmoni ditarik, maka bercakaranlah antara suami isteri, adik beradik dan antara anak dengan ibu bapa. Apabila rahmat sedap ditarik, makan apa pun rasa pahit seperti orang yang demam. Makan mangga yang paling sedap dari India pun rasa pahit. Setiap perkara yang secara kasarnya merugikan manusia adalah kerana Allah tidak lagi memberikan rahmatNya sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al A’raaf: 23  berikut:

Al A’raaf: 23  
Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

Kita disarankan agar sentiasa berdoa memohon rahmat daripada Allah sehingga apabila hendak makan pun disuruh berdoa “Ya Allah, berkatilah dari apa yang Kau rezekikan ini dan jauhilah kami dari azab api neraka”. Apabila Allah memberikan rahmatNya, dapatlah kita merasakan nikmat walau pun sekadar berlaukkan ikan bilis goreng dengan kicap dan timun sahaja. Apabila makan ikan kita dielakkan daripada tercekik tulang. Kita juga tidak makan terlalu banyak sehingga menyusahkan pergerakan dan menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang negatif. Begitulah Allah memberikan rahmatNya kepada manusia.

Seterusnya marilah kita berkongsi ilmu bagaimana kita hendak mendapatkan rahmat Allah ini dan seterusnya bagaimana hendak mengelakkan dari terputusnya rahmat Allah yang bakal mengundang pelbagai bencana atau musibah.

Daripada firman Allah di atas iaitu surah A-li Imraan: 132, satu resipi untuk mendapatkan rahmat Allah ialah dengan mentaati Allah dan rasulNya. Berdasarkan Al An’aam (di bawah): 155  dan Al A’raaf: 52 (di bawah) pula, resipi kedua ialah  menuruti dan mengamalkan Quran lalu  bertakwa. Dari Al A’raaf: 56 (di bawah) pula terdapat dua resipi iaitu tidak melakukan kerosakan / kezaliman  dan memperbaiki atau memperelok amalan. Resipi dari Al A’raaf: 204 (di bawah) pula ialah apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah

Al An’aam: 155
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Al A’raaf: 52
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayat petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.

Al A’raaf: 56
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Al A’raaf: 204
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.


Resipi untuk mendapatkan rahmat Allah di atas disusun semula seperti berikut supaya lebih jelas dilihat dan difahami:

  1. Dengan mentaati Allah dan rasulNya.
  2. Menuruti dan mengamalkan Quran lalu  bertakwa.
  3. Tidak melakukan kerosakan / kezaliman 
  4. Memperbaiki atau memperelok amalan.
  5. Apabila Quran itu dibacakan, maka dengarkanlah ia serta diamlah

Demi cantiknya Allah yang menurunkan Quran, kelima-lima resipi ini tidak pun bercanggah antara satu sama lain. Apabila manusia menuruti dan mengamalkan Quran dalam kehidupan seharian maka ketahuilah bahawa manusia ini sedang mentaati Allah dan rasulNya. Mana mungkin hamba ini akan melakukan sebarang kerosakan apabila beliau masih tetap menuruti dan mengamalkan Quran. Segala pengetahuan di dalam Quran sekiranya dituruti dan diamalkan akan menjadikan manusia ini semakin cantik dalam segala aspek sama ada akidah, ibadah, muamalah, kekeluargaan, kejiranan serta tingkah laku dan akhlak. Oleh itu bacalah Quran bukan setakat dengan membunyikannya sahaja terutama sekali membunyikan surah Yaasin di malam Jumaat. Apabila dibacakan Quran, dengarlah, fahamilah serta diamlah. Apabila tiba malam jumaat membaca Yaasin akan dibacakan beramai-ramai, oleh itu siapa yang membaca dan siapa yang mendengar serta diam?.

Daripada resipi pertama di atas iaitu mentaati Allah dan rasulNya, satu resipi penting dapat ditambahkan iaitu dengan mentaati hadis (sahih) dan sunah Nabi Saw. Di Malaysia setakat membunyikan Quran (bukan membaca kerana membaca disertai kefahaman) masih boleh dibanggakan kerana masih ramai yang mengamalkannya tetapi bab membaca hadis ini dah menjadi satu perkara yang janggal. Kalau ada yang membaca mungkin setakat baca hadis 20, hadis 40 atau hadis-hadis tertentu sahaja. Marilah sama-sama kita melaksanakan resipi keempat di atas iaitu memperelok amalan kita dengan bukan setakat membunyikan Quran malah kita memahami dengan membaca terjemahan Quran yang mudah diperoleh dan ada yang boleh dibeli dengan hanya RM20.00 sahaja. Seterusnya belajarlah dengan membeli dan membaca tafsiran Al Quran. Apabila habis dibaca dan difahami, belilah pula buku terjemahan hadis Muslim, Bukhari atau Turmizi. Bukannya mahal pun. Paling mahal ialah  buku hadis Muslim yang di sekitar RM130.000. Sesudah membeli, membunyi dan membaca Al Quran dan seterusnya buku-buku hadis maka insyaAllah banyak resipi untuk mendapat rahmat Allah di atas akan dapat dilaksanakan. Janji Allah seterusnya ialah rahmat Allah akan bercucuran ke atas manusia ini.

Lawan kepada rahmat seperti dinyatakan di atas adalah bencana atau musibah. Apabila lima resipi penting untuk setiap orang yang mengaku Islam ini tidak dilakukan maka kita akan terkena ayat Quran berikutnya:

Asy Syura: 48
Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu) dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, dia bergembira dengannya dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

Sesungguhnya bencana atau musibah yang diturunkan oleh Allah adalah berpunca daripada kita yang berpaling ingkar daripada melaksanakan lima resipi di atas. Akibat daripada itu, manusia akan melakukan dosa dan sebagai balasannya, Allah akan menimpakan bencana atau musibah. Ini adalah berdasarkan firman Allah berikut:

Ar R’ad: 11
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara adalah milik manusia. Allah akan mengizinkan kebanyakan kehendak manusia ini. Hendak menjadi pembunuh Insya Allah akan diizinkan. Hendak jadi perogol sebab selalu menonton video lucah, insyaAllah akan diizinkan. Hendak jadi pencuri insyaAllah. Hendak jadi baik dan beriman, InsyaAllah. Pendek kata nak jadi apa sekali pun insyaAllah akan diizinkan. Itu hak manusia. Hak Allah adalah membalas. Kita buat baik dibalas baik, kita buat jahat Tuhan balas jahat. Jika kita suka menyundal (melacur), insya Allah akan mendapat siplis, gonorea atau AIDS disamping balasan-balasan lain. Jika kita sebagai guru mengajar anak orang dengan penuh kesungguhan dan ikhlas, esok dibalas Allah apabila anak kita pula diajar orang dengan cantik.

Setiap bencana musibah yang menimpa bukan seperti kata kebanyakan orang “awak kurang bernasib baik”. Anak patah kaki bukan kerana tak bernasib baik tetapi sebagai balasan musibah bencana dan peringatan kepada ibu bapa yang mungkin kerap bergaduh hebat. Tayar kereta pancit bukan kerana tak bernasib baik tetapi Allah lah yang merencanakan sehingga tayar kita pancit kerana kita berjalan di bumi Allah ini banyak tak betul. Rosak enjin di highway sewaktu balik kampung bukan kerana nasib tak baik tetapi sebagai bala bencana musibah sebagai peringatan kerana mungkin banyak melakukan zina. Anak yang dahulu pandai tetapi kini merosot bukan kerana semata-mata takdir Allah tetapi mungkin berpunca ibunya yang suka riak. Apatah lagi bila darjah satu dapat nombor dua. Tak cukup orang yang nak diberitahu. Bila rumah dimasuki pencuri, bukan semata-mata nasib tak baik dan dah takdir Allah, tetapi tengoklah dah berapa lama zakat infak pendapatan, wang simpanan, emas, pertanian dan ternakan yang terhutang dengan Allah. Apabila anak kena rogol, janganlah semata-mata menyalahkan perogol, nasib dan takdir. Tengoklah dahulu tingkah laku emak dan bapanya. Berapa kali dah berzina tak kira bini atau suami orang apatah lagi anak dara orang. Apabila anak jadi bohsia atau bohjan  jangan salahkan nasib semata-mata, takdir, sekolah mahu pun kerajaan. Tengok dahulu adakah ibu bapa itu suka berzina atau tidak? Begitulah Allah, apabila kita berbuat baik akan dibalas baik tetapi apabila kita ingkar dan melakukan kejahatan, kelak dibalas Allah dengan bala musibah bencana yang setimpal. Ini dapat dijelaskan lagi mengikut beberapa ayat Quran berikut :

An Nisaak: 79
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

An Nisaak: 111
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Al Anfaal: 25
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.


Ar Ruum: 41
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Asy Syura: 30
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Begitulah serba sedikit contoh bagaimana Allah membalas setiap perlakuan manusia. Bencana musibah yang diturunkan oleh Allah bukanlah suatu nasib tidak baik. Sebenarnya bencana musibah tersebut adalah suatu tanda kasih sayang daripada Allah kepada hambanya. Jika kita berbuat jahat tetapi tidak pernah menerima pembalasan untuk sekian lama, sudah pasti perlakuan jahat ini akan semakin menjadi-jadi. Sebagai iktibar cerita ini terdapat di majalah Mastika beberapa tahun yang lampau. Hamba Allah ini bekerja dengan tauke Cina menguruskan pelacur di Sabah dan bagi setiap pelacur yang diuruskan akan diberikan elaun selain daripada gaji tetap bulanan. Lebih ramai diuruskan lebih banyak wang diperoleh.

Namun kekayaan yang dikumpul hanya mendatangkan bala bencana kepadanya, seperti kematian anak perempuan tersayang yang terlibat di dalam kemalangan ketika memandu kenderaan yang dibeli dengan wang haram. Anak lelakinya pula lumpuh akibat kemalangan juga ketika memandu motosikal kuasa besar yang juga dibeli dengan wang haram dan banyak lagi bala bencana lain. Setelah kematian isteri tersayang dan terus menerus ditimpa bala bencana menyebabkan hamba Allah ini memutuskan untuk tidak terlibat lagi dengan pelacuran dan bertaubat. Setelah berkahwin lain dengan isteri baru, kehidupan mereka tidak mewah tetapi tidaklah pula putus duit belanja makan tetapi kini dapat hidup aman tenteram dan dijauhi Allah daripada bala bencana musibah. Adakah bala musibah yang menimpa hamba Allah selama ini suatu nasib yang tak baik? Sebenarnya inilah tanda kasih sayang Allah hingga akhirnya menyebabkan beliau bertaubat.  Iblis dan syaitan sentiasa mendorong manusia untuk melakukan kejahatan, begitu juga nafsu sebagaimana firman Allah berikut :


Yusuf: 53
".................................................................; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Hanya rahmat daripada Allah yang dapat melindungi manusia daripada terus mengerjakan kejahatan.

Bagi mendapatkan rahmat Allah, kebaikan pertama yang disarankan Quran ialah seruan untuk mentauhidkan Allah. Quran diturunkan kepada Nabi SAW ketika umat manusia pada waktu itu mensyirikkan Allah.

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Agama Islam mengakhiri dan menyempurnakan  agama-agama Allah yang lain sebelumnya.

Sayang sekali kerana ramai daripada orang melayu yang sembahyangnya tidak tinggal, naik haji 3 kali, tetapi di rumah ada keris pusaka yang diasap pada malam tertentu dan pelbagai lagi tangkal dan azimat. Ibadat yang dilakukan tidak ada makna langsung dan neraka sahaja lah tempatnya kelak.

Apabila akidah kita sudah rosak maka syaitan akan menjadi teman setia seperti yang difirmankan  oleh Allah daripada dua ayat berikut:

Al A’raaf: 27
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”


Az Zukhruf: 36  
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Ramai orang Islam yang tidak sedar bahawa mereka telah terkeluar dari agama Islam hanya dengan menolak atau tidak redha dengan satu hukum. Orang perempuan pun mudah sangat rosak akidah mereka hanya dengan tidak redha kepada hukum poligami seperti kumpulan yang popular sedikit waktu dulu – (Sisters In Islam). Apalah sangat kita tidak setuju dengan hukum Islam, mencuri tanpa sebab yang munasabah dihukum potong tangan. Di Cina, hukuman rasuah adalah bunuh tetapi tidak ada pula orang yang mempertikaikannya.

Syirik adalah jelas merosakkan akidah. Apabila sudah menjadi mushrik (pelaku syirik), rahmat, hidayah dan taufik daripada Allah akan terlindung. Mengambil tangkal, azimat, pelaris, pelindung dan berjumpa bomoh menjadikan kita kafir mushrik. Sebesar-besar dosa seperti zina atau membunuh tak boleh menandingi dosa syirik seperti yang dinyatakan oleh ayat Quran surah An Nisaak 116 di bawah :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa lain bagi yang dikehendakiNya.”.

Amalan syirik seperti mandi bunga, tangkal pelaris, penunduk suami, penghalau jin dan syaitan, pagar rumah, penerang hati dsb memang banyak sekali diamalkan di kalangan orang Melayu Islam kita.

Kes 1
Kes ini berlaku pada sesi pengajian 2002/2003 sesi ke 2. Saya  diberikan tugas untuk mengajar pengajaran mikro kepada kira-kira 12 orang pelajar tahun 3. Setiap pelajar perlu menjalani pengajaran mikro mengikut gilirannya. Pelajar pertama selalu kurang bernasib baik dan ramai yang gagal kerana tidak dapat melihat model pengajaran untuk diikuti. Pelajar kedua, ketiga dan seterusnya lebih bernasib baik kerana telah melihat model-model pengajaran dan telah mendengar pelbagai komen yang positif dan negatif dari pensyarah. 

Pelajar K adalah antara pelajar yang bernasib baik kerana giliran beliau adalah kira-kira yang kelima. Namun sewaktu pelajar K mengajar, beliau seolah-olah tidak pernah melihat langsung sebarang model pengajaran yang sepatutnya. Beliau gagal dengan teruk sekali. Beliau perlu menunggu sehingga semua pelajar lain habis menjalani pengajaran mikro sebelum beliau dikehendaki mengulang untuk kali kedua. Saya telah memanggil pelajar K untuk ditemu bual.  Pelajar K telah menceritakan bagaimana keluarganya memang pernah memanggil bomoh untuk datang ke rumah dan pernah pergi mencari bomoh-bomoh lain kerana ibunya memang mempunyai masalah. Salah seorang daripada  bomoh ini ada memberikan kain hitam kira-kira semeter panjang untuk disimpan oleh pelajar K. Selepas sesi-sesi pertemuan dengan bomoh-bomoh ini, pelajar K  mendapat satu kelebihan iaitu boleh menurun dan boleh berkomunikasi dengan makhluk halus (iblis). Lalu saya ceritakan bahawa pengalaman yang telah dilalui oleh pelajar K ini salah di sisi Allah dan adalah sejenis syirik iaitu sebesar-besar dosa. Saya menyuruh pelajar ini taubat dan menyerahkan kain hitam tersebut kepada saya. Namun pelajar K tidak dapat berbuat seperti yang diarahkan dengan segera kerana rumahnya berada jauh di pantai timur. 

Apabila tiba giliran pelajar K untuk menjalani pengajaran mikro kali kedua, seperti yang dijangkakan, beliau telah gagal sekali lagi dan langsung tidak ada peningkatan walaupun telah menonton semua pelajar lain disamping mendengar semua sesi perbincangan selepas setiap sesi pengajaran mikro. Beberapa hari selepas kegagalan kali kedua tersebut, pelajar K telah balik ke kampung untuk cuti hari raya Aidiladha. Sekembalinya beliau dari pantai timur, terus beliau menyerahkan tangkal kain hitam kuning kepunyaan beliau kepada saya iaitu pada hari Jumaat. Tiga hari selepas itu iaitu pada hari Isnin berikutnya, pelajar K menjalani sesi pengajaran mikronya untuk kali ketiga dan peluang ini adalah peluang yang terakhir. SubhanaAllah, maha suci Allah, saya dan pelajar-pelajar lain terpegun sama sekali melihat kelancaran sesi pengajaran mikro tersebut. Pelajar K telah lulus dengan baik sekali pengajaran mikronya hanya selepas tiga hari beliau membebaskan dirinya daripada belenggu  syirik tangkal.

Rumusan daripada cerita ini ialah melakukan syirik bagi orang Islam akan menjadikan pelakunya semakin tidak pandai kerana rahmat Allah telah tidak turun kepadanya.

Kes 2
Kes ini pula berlaku pada semester II sesi 200X/200Y. Saya juga dikehendaki mengajar kelas pengajaran mikro seramai kira-kira 13 orang pelajar. Salah seorang daripada pelajar saya ini adalah pelajar mengulang iaitu beliau gagal pada sesi yang lalu. Saya namakan beliau sebagai ABC. Sebaik sahaja saya mengetahui bahawa ABC adalah pelajar bermasalah dan mengulang seperti yang diberitahu oleh penyelaras mata pelajaran, saya lalu meminta ABC untuk menemui saya untuk sesi temu bual. Melalui beberapa sesi temu bual, diceritakan bagaimana keluarga ABC adalah pencinta bomoh. Berbagai-bagai tangkal boleh dilihat bersepah di dalam rumah. Ada tangkal yang telah ditanam di sekeliling rumah. Keturunan ABC adalah tukang buat wayang kulit, Sebahagian daripada alat pertukangan untuk membuat wayang kulit juga terdapat di sekitar rumahnya. Seorang abang ABC merupakan graduan bekas pegawai tentera berpangkat kapten tetapi kini telah menjadi seorang penganggur kerana menghidap penyakit mental. ABC juga menceritakan bagaimana beberapa bulan lalu beliau ada menemui beberapa bomoh. Berbagai-bagai tangkal dan air jampi telah diberikan oleh bomoh-bomoh ini. Ada di antara tangkal-tangkal ini adalah dalam bentuk pen dan pensel untuk digunakan setiap kali beliau menulis nota kuliah di universiti agar mudah diingat. Walaupun berbagai usaha dan tangkal yang diberikan para bomoh, hakikatnya ialah beliau semakin merosot di dalam akademik. 

ABC semakin menghadapi banyak masalah dan kemuncak daripada pelbagai masalah ini ialah beliau telah mencampurkan berbagai ubat lalu diminum dengan harapan untuk mati secara bunuh diri. Namun Allah masih sayang kepadanya dan ABC sempat ditemui lalu dihantar ke sebuah hospital. Alhamdulillah ABC tidak mati. Setelah menyedari berbagai-bagai kesilapan melakukan syirik, beliau telah bertekad untuk menyerahkan berbagai-bagai tangkal dan azimat serta air jampi kepada saya. Alhamdulillah ABC menyerahkan berbungkus-bungkus tangkal, azimat, buku sihir dan air jampi jauh lebih awal dari giliran beliau untuk pengajaran mikro. Selepas beberapa pertemuan awal yang memakan masa lebih se jam setiap pertemuan, ABC sangat berminat bertemu dengan saya hampir setiap minggu dan kadangkalanya dua kali se minggu untuk mempelajari agama terutamanya aspek pembersihan akidah. Apabila tiba giliran ABC untuk pengajaran mikro, beliau telah lulus dan begitu juga bagi sesi latihan mengajar.

Rumusan daripada kes  ini ialah, apabila pelajar dibesarkan dengan kebesaran keluarga yang mengamalkan amalan suka jumpa bomoh, akhirnya pelajar ini sendiri sudah pandai mencari bomohnya sendiri. Kesyirikan yang dilalui pelajar ini menyebabkan pelbagai masalah kronik timbul yang seterusnya menjejaskan prestasi akademik dengan teruk sekali. Apabila pelajar ini membebaskan diri daripada pengaruh syirik, rahmat Allah turun semula dan prestasi akademik meningkat. Apabila sudah sesat dan jauh daripada jalan yang ditunjukkan oleh Allah, maka :

Al Hijr: 56
”Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”.

Yusuf: 87
”Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".


Seperti yang dijelaskan pada dua ayat di atas, putus asa daripada rahmat Allah adalah sifat bagi orang kafir dan sesat. Orang kafir sememangnya sesat dan orang sesat sememangnya kafir. ABC telah membunuh diri walau pun belum mati kerana pada ketika itu beliau adalah sesat dan kafir. Pada waktu ini beliau telah putus asa ke atas rahmat Allah .

Dalam satu kes lain yang di alami oleh seorang guru perempuan yang tidak putus-putus dilanda masalah bala bencana telah berniat untuk membunuh diri juga tetapi belum dilaksanakan tetapi sudah mula menghisap rokok dan berusaha untuk mendapatkan dadah. Masalah guru ini juga adalah sama iaitu beliau dan suami suka mencari bomoh dan mengumpul tangkal dan azimat.

  Rasulullah bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
                                                                                          (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan  perlindungan kepadanya”
                                          (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)

(Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,

“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
                                                                  (Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain”

“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya, maka terasa di dalam benang. Maka bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untuku.”
      Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka ku tidak akan mensolatkan dikau.”
                                                                  (Riwayat Waqi’e)



Apabila tauhid sudah cantik barulah boleh dikatakan sama ada seseorang itu adalah Islam atau bukan Islam. Barulah insya Allah kita akan memperolehi rahmat dari Nya. Selepas itu manusia dikehendaki mengikut dan melaksanakan pula segala syariat seperti yang telah ditetapkan melalui Quran, hadis dan sunah. Janganlah kita takut melakukan perkara yang telah disyariatkan di dalam Islam hanya kerana terdapat ancaman kerana Allah berfirman:

Faathir: 2
”Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Di Malaysia pada masa kini, golongan yang dilihat banyak mengalami perceraian adalah antaranya golongan artis. Perkahwinan yang harmonis adalah satu rahmat besar dari Ilahi namun apabila seseorang artis saban hari bergelumang dengan dosa, sebenarnya orang ini telah menjerumuskan dirinya kepada bala bencana musibah serta menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah.

Bagi suami / isteri carilah rahmat Allah dengan menjaga bersungguh-sungguh peraturan Islam seperti solat, menutup aurat, tidak berhias untuk bukan mahram, jagalah akidah, elakkan pendinding, aura genius dan yang sewaktu denganya, elakkan amalan aura chakra reiki tenaga dalaman, elakkan gelang magnet dan jangan sekali-kali berurusan dengan bomoh termasuk ramai pengamal perubatan yang mengaku merawat secara Islam termasuk Pusat Rawatan D**** S***** yang gemar membekalkan tangkal garam lada hitam dan sebagainya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay