Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 17 May 2007

MEMBERSIHKAN PERIGI BUTA - ilmu penting untuk dihayati.

Perigi Buta

Assalamualaikum wbth

Sewaktu saya kecil dahulu, saya masih berkesempatan menggunakan air perigi untuk mandi, minum, membasuh pakaian dan sebagainya. Menceduk air perigi dengan timba logam yang agak besar yang diikat pada tali hanya sesuai untuk orang dewasa memang mencabar bagi saya yang bertubuh kecil. Bagi saya yang masih kecil ketika itu, ia adalah pengalaman perit untuk memenuhkan setempayan air untuk mandi. Paras air dalam perigi pula adalah kalanya mencecah 15 kaki dalam.

Selagi sesuatu perigi terus digunakan, airnya akan terus bersih dan terjaga. Perigi yang sudah lama tidak digunakan lama kelamaan akan menjadi perigi buta. Air dalam perigi buta selalunya berwarna kehitaman kerana kesan dari sampah dan bahan buangan lain yang dicampakkan ke dalam perigi ini. Pendek kata perigi buta ini sebagai penjelasan mudahnya ialah sebuah perigi lama yang mengandungi sampah sarap dan sudah lama tidak digunakan dan airnya pula kehitaman. Lumpur pula sudah mula terkumpul di dalam nya. Tiada orang yang sanggup mengunakan air dari mana-mana perigi buta ini sama ada untuk membasuh pakaian apatah lagi kalau untuk diminum.

Apabila kita ingin membersihkan mana-mana perigi buta semoga airnya dapat dimanfaatkan, prosesnya adalah sangat mencabar. Perigi buta pada permulaan waktu hendak dibersihkan, tidak terdapat sebarang bau yang busuk serta keadaan airnya sekadar berwarna kehitaman namun tidak keruh kerana segala kekotoran telah termendak ke dasarnya. Apabila perigi ini mula dibersihkan, antara cabaran yang perlu dihadapi ialah kesanggupan seseorang untuk turun ke dalam dan kesanggupan orang lain untuk membantu di bahagian atas perigi untuk membantu proses pembersihan ini.

Apabila sahaja proses pembersihan dimulakan dengan mula menceduk lumpur serta membuang sampah sarap di dalamnya, inilah pengalaman yang paling mencabar. Kalau sebelumnya tidak ada bau busuk yang keluar, kini pelbagai bau busuk akan mula keluar apatah lagi kalau sebelumnya ada ayam atau kambing yang mati dalam perigi buta ini. Mungkin pada ketika ini , kalau ada ular yang menjadikan perigi buta ini sebagai sarangnya juga akan menjadi marah dan mula menyerang orang yang sedang membersihkan perigi buta ini. Keadaan air pula akan menjadi sangat keruh macam warna kopi susu.

Pendek kata pada peringkat permulaan proses pembersihan perigi buta ini, cabaran yang dialami atau tindak balas yang diberikan oleh perigi buta ini adalah sangat mencabar. Keadaan perigi buta ini akan menjadi jauh lebih kotor, busuk dan banyak perkara negatif lain di awal proses pembersihan ini. Stamina untuk membersihkan perigi ini pula bukan calang-calang. Maklumlah nak membongkok mengisi lumpur dan pelbagai sampah untuk di isi ke dalam timba memerlukan kesabaran gred A. Orang di atas pula perlu bertungkus lumus menarik timba berisi lumpur dan pelbagai sampah keluar dari perigi. Perlu pula orang lain membantu untuk membuang lumpur dan sampah sarap ini ke kawasan khas, kerana sekiranya tidak dilakukan, sampah sarap dan lumpur ini akan masuk semula ke dalam perigi sewaktu hujan.

Perlu ada perancangan rapi, strategi, kerjasama, kesabaran, stamina, masa, tenaga, istiqomah, wang ringgit dan doa yang bersungguh-sungguh untuk membuat projek pembersihan perigi buta. Sekiranya selepas cabaran yang dialami, pasukan pembersihan perigi buta ini berputus asa dan berhenti dipertengahan jalan, maka segala usaha tersebut akan menjadi satu usaha yang sia-sia sahaja.

Sekiranya pasukan pembersihan ini berjaya bertungkus-lumus mungkin selama dua hari penuh dengan tangan yang menggelupas dan mungkin ada yang luka dan sebagainya barulah keadaan mata air sudah semakin kelihatan bersih dan selepas tugas selesai dan dibiarkan beberapa hari barulah insya-Allah air perigi ini akan dapat dimanfaatkan semula.

Begitulah proses membersihkan perigi buta. Cabaran proses pembersihan di awal proses ini adalah sangat memeritkan. Keadaan perigi buta akan menjadi semakin kacau bilau dan semakin kotor dan berlumpur dan berbau busuk dan semua ini menjadikan perigi buta ini lebih negatif berbanding keadaan asalnya sebagai perigi buta di peringkat awal pembersihan. Ini lah satu ilmu mahal yang ingin saya kongsikan untuk para pembaca Laman Emjay kali ini. Ini lah juga yang dimaksudkan dengan dengan peribahasa yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipeh tidak akan datang melayang. Kalau tidak dipecahkan rembia, pastinya tidak akan dapat sagunya.

Perigi buta yang cuba saya kisahkan diatas boleh membawa maksud seseorang yang bermasalah dari segi amalan agama Islamnya seperti orang yang tidak bersembahyang, orang yang suka berbomoh, orang yang bencikan setengah ajaran Islam, merokok, berzina, mendedah aurat, berjudi, rasuah, pornografi, mencuri, ber"make up" seperti memakai lipstick dan pelbagai amalan negatif lain. Orang yang melakukan perbuatan negatif ini boleh diibaratkan sebagai perigi buta yang tidak dapat membawa kebaikan.

Membersihkan perigi buta ini untuk menjadi sebuah perigi yang dapat memberi manfaat, sebenarnya membawa maksud proses bertaubat dari melakukan perkara maksiat tersebut. Diperingkat awal proses taubat ini sebenarnya adalah satu keadaan yang amat krikital kerana masalah ini bukan terus selesai tetapi masalah adalah akan menjadi semakin rumit diperingkat awal proses pemulihan ini. Bagi seorang perokok, berbagai cabaran perlu dihadapi diperingkat awal seperti semakin pening, berpeluh, jadi tidak menentu, keluh kesah dan pelbagai cabaran lain yang perlu dihadapi dipermulaan proses pemulihan ini. Kawan-kawan dari kalangan perokok pula akan terus menerus memujuk supaya perokok ini kembali menjadi perokok semula. Hanya dengan perancangan rapi, strategi, kerjasama, kesabaran, stamina, masa, tenaga, istiqomah dan doa yang bersungguh-sungguh akan insya-Allah membuahkan hasil yang dihajati iaitu berhenti dari merokok.

Begitulah juga dengan seorang perempuan yang memakai lipstick yang ingin bertaubat. Berbagai cabaran perlu di alami. Pelbagai rakan dari kalangan yang berlipstick mungkin akan saling bergilir menasihati agar kembali memakai lipstick. Mungkin ada pula yang memberi komen "Engkau ini muka macam mayat, kenapa tak pakai lipstick". Mungkin ada yang berkata "Hari ini muka engkau jadi 10 tahun lebih tua". Mungkin juga ada yang berkata "muka engkau macam lebam saja" dan mungkin juga yang berkata "engkau ni macam orang sakit nak mati aje!". Begitulah antara cabaran yang perlu dilalui oleh orang yang ingin berhenti dari memakai lipstick.

Begitulah juga seseorang yang tidak pernah membaca Al Quran beserta terjemahan dimana sejak kecil hingga berusia 30 tahun sekadar membunyikan Al Quran sahaja tanpa sebarang usaha untuk memahaminya. Pada permulaan hasrat membaca Al Quran beserta terjemahan, pelbagai mainan diminda akan diolah oleh syaitan. Syaitan akan membisikkan bahawa membaca terjemahan Al Quran sulitlah, mengantuklah, tiada tumpuanlah, susah fahamlah, gangguan anak dan isterilah serta pelbagai cabaran lain yang perlu dilalui diperingkat awal. Segalanya adalah berpunca dari syaitan yang memang tidak redha dengan usaha manusia memperelokkan amalan agama Islamnya. Kalau boleh syaitan akan berusaha agar manusia terus jauh dari jalan lurus yang diajarkan Allah dan NabiNya. Memang itulah matlamatnya agar manusia sama-sama masuk neraka dengan mereka.

Janganlah ada yang memandang bahawa urusan meluruskan jalan kehidupan yang bermatlamatkan Allah dan akhirat itu mudah. Itulah sebabnya syurga itu bukan sesuatu yang mudah dan percuma. Syurga adalah mahal dan untuk memasukinya perlu melalui pelbagai ujian dari Allah sebagaimana surah Al Ankabut: 2-3:


2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?



3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.



Al Baqarah:
155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Perumpamaan orang bermasalah yang saya analogikan sebagai perigi buta seperti di atas sebenarnya juga boleh diibaratkan sebagai satu keluarga, satu jabatan, satu institusi, organisasi hatta satu kerajaan. Kerajaan Turki dibawah kepimpinan sekarang lebih mirip kearah Islam namun perubahan yang mereka lakukan menghadapi cabaran yang amat getir apabila tentera Turki mendesak agar fahaman sekular diteruskan di Turki.

Marilah kita semua memperbaiki amalan kehidupan hidup didunia agar selari dengan kehendak Allah dan rasulNya semoga kita semua dibalas Allah dengan syurgaNya. Namun, hakikatnya ialah kita perlu membersihkan pelbagai perigi buta. Antara perigi buta yang menjadi cabaran kita semua antaranya ialah perigi buta radio, televisyen, aurat wanita, percampuran lelaki dan wanita dan bersubahat redho dengan kemungkaran.

Sekian untuk kali ini wassalam dan wallahua'lam.

Emjay







Wednesday, 16 May 2007

Laman untuk mengelirukan umat Islam. Begitulah dengkinya Yahudi!!

Assalamualaikum wbh

Pada 23 Feb 2007 saya telah memberikan peringatan melaui artikel bertajuk Penyelewengan Halus Terhadap al-Quran di Internet.

Pada hari semalam, seorang pembaca setia Laman Emjay iaitu sdr albangkawy telah memanjangkan email yang diterimanya kepada saya. Terima kasih albangkawy. Email tersebut mengandungi beberapa laman web yang mengelirukan tentang Islam, Al Quran dan hadis dan antaranya adalah yang telah saya sentuh dalam artikel pada 23 Feb lepas.

Berikut ini adalah senarai lengkap laman web yang mengelirukan tentang Islam yang diterajui oleh Yahudi yang memang gentar dengan agam Islam:

1. http://www.answering-islam.org/
2.
http://www.aboutislam.com/
3. 
http://www.convertstoislam.org/
4. http://www.islam-watch.org/
5. http://www.light-of-life.com/


Dalam email ini juga diceritakan mengenai Al Quran palsu seperti pada gambar sebelah.

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Al Quran palsu ini boleh  klik pada url ini:
http://www.amazon.com/exec/obidos/tg/detail/-/1579211755/qid%3D1096805827/102-4933271-2395342

Al Quran palsu ini sudah diedarkan di Kuwait. Al Quran palsu ini mengandungi 77 surah sahaja (Al Quran mengandungi 114 surah). Al Quran palsu ini mengandungi surah Al Jana dan Al Injil. Bismillah telah digantikan dengan bacaan yang memasukkan sekali kepercayaan agama Kristian.

Al Quran palsu ini memasukkan banyak perkara yang bertentangan dengan Al Quran sebenar seperti menghukumkan berkahwin lebih dari satu sebagi berzina, perceraikan diharamkan, kaedah baru dalam pembahagian faraid dan menghukumkan haram untuk berjihad.

Begitulah terdesaknya kaum Yahudi dan Nasrani untuk mengelakkan Umat Islam dari berjalan di jalan lurus yang diredhai Allah.

Sekian wassalam wallahualam



Monday, 14 May 2007

Isteri aku dilarikan orang


Assalamualaikumm wbh sekalian pembaca

Kisah benar ini berlaku satu ketika dahulu sewaktu arwah guru saya masih hidup dan sedang membimbing saya.

Kisah ini berlaku di satu negeri yang saya rahsiakan di Malaysia.

Musa (bukan nama sebenar) adalah seorang pegawai besar di Pejabat Polis Trafik negeri GH. Sebagai pegawai besar di sini, banyaklah syarikat pengangkutan yang mendapatkan khidmat istimewa dari Musa untuk memudahkan syarikat pengangkutan tersebut menyelesaikan sebarang kes berhubung masalah saman dan trafik. Antara pelbagai syarikat pengangkutan yang mendapatkan khidmat Musa ini ialah satu syarikat pengangkutan besar di Malaysia saya panggil sebagai syarikat pengangkutan TIUNG (bukan nama sebenar).


Syarikat pengangkutan Tiung ini mempunyai mungkin ratusan lori yang sentiasa bergerak di sepanjang jalanraya di Malaysia. Jikalau mana-mana lori dari syarikat Tiung ini yang dikenalpasti melakukan kesalahan trafik, sekiranya kesalahan ini dilakukan di negeri GH, mudahlah untuk diselesaikan maklumlah Musa adalah orang kuat di Pejabat Polis Trafik negeri tersebut.


Berapa banyak Musa dibayar secara bulanan oleh syarikat Tiung tidaklah saya ketahui namun syarikat Tiung memang ada menyediakan wang bulanan serta seorang perempuan Cina untuk kegunaan Musa sebagai “isteri simpanan”.

Pada suatu masa dengan izin Allah Musa berhajat untuk menemui saya dan arwah guru saya kerana isterinya telah dilarikan oleh seorang lelaki yang sudah beristeri. Isterinya lari meninggalkan Musa serta anak-anak yang masih kecil untuk mengikut lelaki suami orang ini. Tinggallah Musa seorang diri menguruskan rumah bersama anak-anak yang masih kecil. Malu bukan lagi kepalang apabila jiran dan sahabat mengetahui isterinya telah lari mengikut jantan lain meninggalkan Musa dan anak-anak.

Dengan angkuh dan diiringi polis pengiring, Musa menemui arwah guru dan saya untuk meminta tolong agar isterinya kembali ke pangkuannya. Arwah guru sebagaimana biasa akan memulakan sesi dengan mengkaji latar belakang sejarah Musa agar dapat mengenal pasti punca masalah ini dan semoga langkah susulan mudah dilakukan. Ia sebenarnya adalah sesi muhasabah mengenali dosa-dosa lalu agar dapatlah kita semua memahami mengapa Allah membalas melalui azab sedemikian rupa.


Apabila guru sudah mula mendapatkan beberapa fakta sejarah Musa, tiba-tiba Musa naik marah dan berkata kasar dengan arwah guru saya “Buatlah apa saja yang nak dibuat, apa yang saya nak hanya pulangkan isteri saya kepada saya!”. 

Musa berkata-kata seolah-olah guru saya mempunyai kuasa ketuhanan yang boleh menyerahkan semula isterinya yang lari kembali kepadanya. Sistem arwah saya adalah mula-mula mengenal pasti masalah. Selepas punca dikenal pasti, proses taubat perlu dilakukan. Selepas itu pula proses ibadah seperti zikir dan solat malam dengan diiringi doa yang bersungguh-sungguh. Musa tidak berminat langsung dengan kaedah ini dan hanya mendesak guru saya usahakan agar isterinya kembali segera kepangkuannya.

Akhirnya, fahamlah guru dan saya bahawa Musa tidak berminat untuk memperbaiki diri. Musa masih berminat untuk hidup penuh bergelumang dosa zina dan rasuah. Seperkara lagi yang perlu diberitahu kepada pembaca sekalian ialah Musa sebelum ini memang ada kes dengan isteri orang selain dari perempuan Cina yang disediakan seperti “isterinya” oleh syarikat pengangkutan Tiung.

Ingatlah bahawa:

  1. An nisaak 79. apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
  2. Asy Syuura:30. dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
  3. Thaahaa:124.
    "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".
  4. Yunus 27.
    “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Kalau kita tidak mahu isteri kita dilarikan orang, jadilah kita umat Islam yang patuh dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi setiap larangan Allah.


Sekian wassalam wallahua'lam


Emjay





Friday, 11 May 2007

Rom akan menang perang diceritakan Allah 7 tahun sebelum ia berlaku!

KEMENANGAN BYZANTIN.


Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.


"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah
yang paling rendah di permukaan bumi
, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah.
Surah Ar-Rum: 1-4.

Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 selepas masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin.

Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh.

Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.

Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. 

Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.

Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan, pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.



Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan.


Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). 

Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi.

Dengan itu kenyatan 'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.

Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.
                        
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Artikel di atas dipetik dari Laman Harun Yahya dari buku beliau Keajaiban Saintifik
Al-Qur'an.
Kunjungilah dan bacalah buku menarik ini di http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban.php

Sekian wassalam wallahualam

Emjay


Sai Baba - Tanda akhir zaman??????


Assalamualaikum wbh pembaca Laman Emjay sekelian,

Berikut adalah satu email kiriman sdr Mohamad Sidek Shara. Terima kasih.

Saya sekadar memanjangkannya kerana menarik namun saya tidak pasti tentang kesahihan email ini, penulisnya dan tarikh penulisannya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sai Baba - NAUDZUBILLAH MINDZALIK . .


Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur khurasan, tepatnya India Selatan.

Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama
Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).



Abu Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya."


Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).

Wallahu al'am..






Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.


"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)



"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku.
Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)


Antara DAJJAL dan SAI BABA


1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.


2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.



3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada
pengikut2nya.



8) Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa
Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan 
penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.




11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).


13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.



14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.


15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan 
minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.


18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.



19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan


Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."







Wednesday, 9 May 2007

Bilal Rabah muazin pertama laungkan azan

Bilal Rabah muazin pertama laungkan azan

BILAL Bin Rabah ialah muazin pertama dalam Islam. Bilal termasuk golongan pertama msuk Islam atau orang ketujuh memeluk Islam pada awal penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW.

Perhubungan atau komunikasi Bilal dengan Islam bermula ketika beliau menjadi hamba kepada Umaiyyah. Perbincangan Umaiyyah dengan tetamunya mengenaikehadiran agama baru (Islam) yang dibawa Nabi Muhammad SAW, secara tidak langsung didengar Bilal.

Walaupun ketika itu Bilal belum mengenali Muhammad SAW secara peribadi, beliau sering mendengar berita Nabi SAW seorang lelaki sederhana, jujur dan telus dari Bani Hasyim itu sangat dihormati bangsa Quraisy. Bilal tertarik dengan Islam dan ajaran yang dibawa Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Kerana itu, Bilal segera menemui Saidina Abu Bakar yang terlebih dulu memeluk Islam. Bilal meminta Abu Bakar menghantarnya menemui Rasulullah SAW. Bilal tidak menunggu waktu lama untuk menyatakan keIslamannya di hadapan Nabi SAW.
Keimanan Bilal terus diuji selepas mengucapkan kalimah syahadah, jika Abu Bakar  as-Sidik dan bangsawan Quraisy lainnya aman daripada perlakuan kejam sesama bangsa Quraisy yang benci terhadap Islam, lain halnya dengan Bilal.
Sebagai hamba daripada anggota suku Quraisy yang pernah dianiaya dengan kejam, Bilal dipaksa keluar dari agama Islam dan kembali kepada agama nenek moyangnya yang menyembah berhala.
Majikannya, Umaiyyah memaksa Bilal keluar daripada Islam dengan segala cara dan paksaan. Pada suatu hari yang panas terik, Bilal dipaksa memakai baju besi, kemudian ditanam dalam pasir yang sangat panas hingga kepalanya saja yang nampak.

Bilal sering dipaksa Umaiyyah untuk berbaring telentang di atas pasir yang sangat panas. Kemudian tubuh Bilal ditindih batu yang besar dan berat. Pada waktu lain, Bilal diikat lehernya dan diseret ke kota Makkah. Meskipun demikian, Bilal tetap bertahan seraya mengucapkan kalimah ‘Ahad, Ahad’ (Allah Yang Esa).
Akibat penyiksaan luar biasa kejam itu, Bilal pun pengsan. Ketika sedar kembali, di hadapannya berbunyi teriakan Umaiyyah yang memaksanya untuk keluar daripada Islam. Dengan kejam Umaiyyah mengancam akan membunuhnya serta menyeksanya, kecuali ia tidak mengakui Muhammad SAW sebagai utusan Allah. Namun, Bilal tetap teguh, patuh dan bertahan dengan penuh keyakinannya.
Suatu hari, Abu Bakar berjalan melintasi tempat di mana Bilal sedang mengalami penyiksaan. Kerana kasihan, Abu Bakar segera meminta Umaiyyah menjual Bilal kepadanya.
Kerana tidak rela Bilal dimiliki Abu Bakar, Umaiyyah menaikkan harga yang sangat tinggi, namun Abu Bakar tetap sanggup membayarnya. Kemudian Bilal bekerja dengan Abu Bakar, namun selepas itu beliau berhenti dan membantu Rasulullah SAW menyebarkan ajaran Islam. Bilal juga menjadi pengawal Rasulullah SAW yang sentiasa siap sedia membela rasul.

Waktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Bilal ikut bersama, ia selalu menemani dan menjaga Rasulullah SAW di mana pun berada, termasuk dalam setiap peperangan.

Pada awalnya, untuk mengetahui waktu sembahyang, umat Islam melaksanakannya dengan terlebih dulu menentukan waktu, kemudian berkumpul untuk sembahyang. Namun, kerana kesulitan akhirnya Rasulullah SAW berfikir untuk memanggil umat Islam menunaikan sembahyang menggunakan terompet.
Namun, Rasulullah SAW sendiri tidak menyukai hal itu kerana orang Yahudi juga menggunakan cara sama. Akhirnya, disepakati panggilan azan ketika memasuki jam sembahyang dilakukan dengan tepukan tangan.
Tidak berapa lama kemudian, salah seorang sahabat, Abdullah Bin Zaid datang menemui Rasulullah SAW. Dia berkata bahawa dia bermimpi bertemu seorang lelaki yang menggunakan dua helai kain berwarna hijau sambil membawa loceng.
Dalam mimpi itu, Abdullah lalu menawarkan dirinya untuk membeli loceng berkenaan. Ketika lelaki itu bertanya untuk tujuan apa loceng itu, Abdullah menyatakan loceng itu akan digunakan untuk memanggil orang mengerjakan sembahyang.


Namun, lelaki itu menawarkan panggilan sembahyang yang lebih baik iaitu seruan azan yang kita dengar hari ini. Dengan sukacita, Rasulullah SAW menyatakan bahawa itu adalah seruan baik.
Rasulullah SAW segera meminta Abdullah menemui Bilal dan mengajarkan azan itu kepadanya. Bilal dipilih sebagai muazin kerana dia memiliki suara indah dan lantang, sehingga boleh menjangkau jarak yang jauh.

Mulai saat itu, pertama kali azan diperdengarkan di Madinah dan Bilal menjadi muazinnya. Selepas selesai azan dikumandangkan, Bilal berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW dan berkata (mari kita sembahyang, mari mencapai kemenangan). Ia berucap mengingatkan Rasulullah SAW bahawa sudah masuk waktu sembahyang, begitulah Bilal setiap kali ia selesai azan.
Bilal menjadi muazin Rasulullah SAW hingga Baginda wafat. Umat Islam tidak melupakan kewajipan sembahyang walau pun Nabi sudah meninggal dunia. Kerana itulah mereka meminta Bilal untuk azan.

Artikel ini dikirimkan oleh seorang pembaca Laman Emjay mohd-fairus_mohd-zain. Terima kasih.

Emjay


Batu kristal ada nilai spiritual?



Batu ada nilai spiritual?


[Petikan soalan dan jawapan dari Forum Al Ahkam tanpa sebarang edit.]


Soalan dari ergonomic04
Posted: Aug 29, 2004 - 10:14 PM

saya inginkan kepastian samaadaterdapat atau tidak daripada sumber-sumber Al-Quran dan Al-Hadis serta sumber-sumber lain di dalam Islam mengenai batu kristal (gemstones). Dewasa ini batu ini sangat popular dipakai oleh orang ramai samaada kerana kecantikannya sebagai bahan hiasan dan ada juga yang mempercayai (terdapat artikel/kajian yang menyatakan kuasa/khasiat yang terdapat pada batu kristal mengikut jenisnya) bahawa batu kristal mempunyai kuasa/khasiat untuk penyakit-penyakit tertentu ataupun tujuan-tujuan tertentu.


Jawapan dari kamin

Panel Feqh
Posted: Sep 15, 2004 - 12:12 PM


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dr dengan kadar yang kami termampu, Insyaaallah.

Batu terdapat juga signifikannya didalam ajaran Islam. Didalam ritual Umrah dan Haji, salah satu sunnahnya ialah mencium Hajar Aswad (Batu Hitam), dan perlakuan ini adalah semata-mata kerana terdapatnya perintah Nabi saw. Umar ra sendiri mengatakan jika bukanlah sunnah Nabi saw mencium batu tersebut, beliau tidak akan menciumnya. Diriwayatkan Umar ra berkata :

أعلم أنك حجر
لا تضر ولا تنفع ولولا أني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يقبِّلُك ما قبلتك


"Aku tahu bahawa engkau hanya batu yang tidak boleh memudharatkan dam mendatangkan munafaat, dan jika aku tidak melihat Nabi saw mencium anda, aku tidak akan mencium Mu" -
[Riwayat al-Bukhaari #1250, Muslim #1720]

Namun demikian, terdapat juga hadith-hadith palsu yang menceritakan mengenai Hajar Aswad ini, sebagai contoh hadith yang menyebut bahawa Hajar Aswad ini  adalah tangan kanan Allah di dunia. Begitu juga dengan fadilat-fadilat batu-batu perhiasan, terdapat banyak hadith-hadith maudhu' (rekaan -fabrication) mengenainya.

Didalam ayat al-Quran memang ada menyebut beberapa batu-batu bernilai diantaranya mutiara, delima/ruby dan coral. Contohnya :-

كَأَنَّهُنَّ
الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima(ruby) dan marjan. (coral)" -
[al-Rahmaan 55:58]
يَخْرُجُ
مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

"Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan (coral)." -[al-Rahmaan 55:22]


كَأَمْثَالِ
اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ

"Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya." -[al-Waaqi’ah 56:23]


وَيَطُوفُ
عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا
مَنْثُورًا

"Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa
beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan."- [al-Insaan 76:19]

Batu-batu ini disebut didalam al-Quran sebagai kiasan yang menunjukkan keindahan dan juga reski kepada manusia, seperti industri mutiara. Menurut ulama' Saudi terkenal, Syiekh Mohammad Saleh Al-Munajjid :-


وليس لهذه
الأحجار أهمية روحانية ، وإنما ذكرت في القرآن الكريم لبيان ما أنعم الله على
عباده من البحار وما يستخرج منها ، أو للتشبيه وتقريب الصورة ، فشبّه الحور العين
بالياقوت والمرجان واللؤلؤ المكنون ، بجامع الصفاء في الياقوت ، والبياض في اللؤلؤ
والمرجان .

"Batu-batu ini tidak mempunyai implikasi spiritual, malah ia disebut didalam al-Quran untuk menjelaskan nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya, dari laut dan benda-benda yang diberikan kepada mereka, ataupun sebagai metafora (kiasan) - maka al-Huur al-'Iyn digambarkan seperti Ruby, coral dan mutiara, mencampurkan keaslian ruby dan keputihan mutiara dan coral"

Batu-batu ini juga tidak mendatangkan aura(omen) baik atau buruk. Tambah Syiekh didalam fatwa yang lain :
فليس لبس هذه
الأحجار نذير بشيء لا جيد ولا سيئ ، وهذا من الاعتقادات الفاسدة التي ينزه عنها
المؤمن .


"Bukanlah memakai batu-batu ini memberi aura kepada apa-apa, samada baik atau buruk, dan ini merupakan iktiqad yang salah dimana seorang mukin tidak mempercayainya"

Jika memang content atau kandungan batu tersebut boleh dijadikan ubat dan boleh di buktikan secara saintifik, tidak mengapa digunakan untuk tujuan kesihatan.
Misalnya, orang melayu akan membakar batu sungai dan buat sebagai Tuku (mengurut dengan menggunakan batu panas). Akan tetapi, mengatakan sesuatu batu itu mengandungi nilai spiritual, ini suatu kepercayaan yang salah!! Ia akan membawa kepada syirik. Terdapat banyak hadith-hadith mawdhu' yang mengkhabarkan mengenai fadilat-fadilat memakai batu-batu tertentu seperti Batu Akid, dan diantara sebab-sebabnya ialah untuk melariskan jualan batu-batu mereka.

Cuma Islam memberi amaran kepada si-pemakai batu-batu berprestij ini agar tidak ria' atau berbangga dengan kemampuan (purchasing power) mereka ada.



================



1. Syeikh Mohammed Saleh al-Munajjid. هل للأحجار الكريمة ذكر في القرآن ؟. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=33583&dgn=4&dgn=2