Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 9 May 2007

Batu kristal ada nilai spiritual?



Batu ada nilai spiritual?


[Petikan soalan dan jawapan dari Forum Al Ahkam tanpa sebarang edit.]


Soalan dari ergonomic04
Posted: Aug 29, 2004 - 10:14 PM

saya inginkan kepastian samaadaterdapat atau tidak daripada sumber-sumber Al-Quran dan Al-Hadis serta sumber-sumber lain di dalam Islam mengenai batu kristal (gemstones). Dewasa ini batu ini sangat popular dipakai oleh orang ramai samaada kerana kecantikannya sebagai bahan hiasan dan ada juga yang mempercayai (terdapat artikel/kajian yang menyatakan kuasa/khasiat yang terdapat pada batu kristal mengikut jenisnya) bahawa batu kristal mempunyai kuasa/khasiat untuk penyakit-penyakit tertentu ataupun tujuan-tujuan tertentu.


Jawapan dari kamin

Panel Feqh
Posted: Sep 15, 2004 - 12:12 PM


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dr dengan kadar yang kami termampu, Insyaaallah.

Batu terdapat juga signifikannya didalam ajaran Islam. Didalam ritual Umrah dan Haji, salah satu sunnahnya ialah mencium Hajar Aswad (Batu Hitam), dan perlakuan ini adalah semata-mata kerana terdapatnya perintah Nabi saw. Umar ra sendiri mengatakan jika bukanlah sunnah Nabi saw mencium batu tersebut, beliau tidak akan menciumnya. Diriwayatkan Umar ra berkata :

أعلم أنك حجر
لا تضر ولا تنفع ولولا أني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يقبِّلُك ما قبلتك


"Aku tahu bahawa engkau hanya batu yang tidak boleh memudharatkan dam mendatangkan munafaat, dan jika aku tidak melihat Nabi saw mencium anda, aku tidak akan mencium Mu" -
[Riwayat al-Bukhaari #1250, Muslim #1720]

Namun demikian, terdapat juga hadith-hadith palsu yang menceritakan mengenai Hajar Aswad ini, sebagai contoh hadith yang menyebut bahawa Hajar Aswad ini  adalah tangan kanan Allah di dunia. Begitu juga dengan fadilat-fadilat batu-batu perhiasan, terdapat banyak hadith-hadith maudhu' (rekaan -fabrication) mengenainya.

Didalam ayat al-Quran memang ada menyebut beberapa batu-batu bernilai diantaranya mutiara, delima/ruby dan coral. Contohnya :-

كَأَنَّهُنَّ
الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima(ruby) dan marjan. (coral)" -
[al-Rahmaan 55:58]
يَخْرُجُ
مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

"Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan (coral)." -[al-Rahmaan 55:22]


كَأَمْثَالِ
اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ

"Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya." -[al-Waaqi’ah 56:23]


وَيَطُوفُ
عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا
مَنْثُورًا

"Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa
beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan."- [al-Insaan 76:19]

Batu-batu ini disebut didalam al-Quran sebagai kiasan yang menunjukkan keindahan dan juga reski kepada manusia, seperti industri mutiara. Menurut ulama' Saudi terkenal, Syiekh Mohammad Saleh Al-Munajjid :-


وليس لهذه
الأحجار أهمية روحانية ، وإنما ذكرت في القرآن الكريم لبيان ما أنعم الله على
عباده من البحار وما يستخرج منها ، أو للتشبيه وتقريب الصورة ، فشبّه الحور العين
بالياقوت والمرجان واللؤلؤ المكنون ، بجامع الصفاء في الياقوت ، والبياض في اللؤلؤ
والمرجان .

"Batu-batu ini tidak mempunyai implikasi spiritual, malah ia disebut didalam al-Quran untuk menjelaskan nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya, dari laut dan benda-benda yang diberikan kepada mereka, ataupun sebagai metafora (kiasan) - maka al-Huur al-'Iyn digambarkan seperti Ruby, coral dan mutiara, mencampurkan keaslian ruby dan keputihan mutiara dan coral"

Batu-batu ini juga tidak mendatangkan aura(omen) baik atau buruk. Tambah Syiekh didalam fatwa yang lain :
فليس لبس هذه
الأحجار نذير بشيء لا جيد ولا سيئ ، وهذا من الاعتقادات الفاسدة التي ينزه عنها
المؤمن .


"Bukanlah memakai batu-batu ini memberi aura kepada apa-apa, samada baik atau buruk, dan ini merupakan iktiqad yang salah dimana seorang mukin tidak mempercayainya"

Jika memang content atau kandungan batu tersebut boleh dijadikan ubat dan boleh di buktikan secara saintifik, tidak mengapa digunakan untuk tujuan kesihatan.
Misalnya, orang melayu akan membakar batu sungai dan buat sebagai Tuku (mengurut dengan menggunakan batu panas). Akan tetapi, mengatakan sesuatu batu itu mengandungi nilai spiritual, ini suatu kepercayaan yang salah!! Ia akan membawa kepada syirik. Terdapat banyak hadith-hadith mawdhu' yang mengkhabarkan mengenai fadilat-fadilat memakai batu-batu tertentu seperti Batu Akid, dan diantara sebab-sebabnya ialah untuk melariskan jualan batu-batu mereka.

Cuma Islam memberi amaran kepada si-pemakai batu-batu berprestij ini agar tidak ria' atau berbangga dengan kemampuan (purchasing power) mereka ada.



================



1. Syeikh Mohammed Saleh al-Munajjid. هل للأحجار الكريمة ذكر في القرآن ؟. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=33583&dgn=4&dgn=2




No comments:

Post a Comment