Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 14 May 2007

Isteri aku dilarikan orang


Assalamualaikumm wbh sekalian pembaca

Kisah benar ini berlaku satu ketika dahulu sewaktu arwah guru saya masih hidup dan sedang membimbing saya.

Kisah ini berlaku di satu negeri yang saya rahsiakan di Malaysia.

Musa (bukan nama sebenar) adalah seorang pegawai besar di Pejabat Polis Trafik negeri GH. Sebagai pegawai besar di sini, banyaklah syarikat pengangkutan yang mendapatkan khidmat istimewa dari Musa untuk memudahkan syarikat pengangkutan tersebut menyelesaikan sebarang kes berhubung masalah saman dan trafik. Antara pelbagai syarikat pengangkutan yang mendapatkan khidmat Musa ini ialah satu syarikat pengangkutan besar di Malaysia saya panggil sebagai syarikat pengangkutan TIUNG (bukan nama sebenar).


Syarikat pengangkutan Tiung ini mempunyai mungkin ratusan lori yang sentiasa bergerak di sepanjang jalanraya di Malaysia. Jikalau mana-mana lori dari syarikat Tiung ini yang dikenalpasti melakukan kesalahan trafik, sekiranya kesalahan ini dilakukan di negeri GH, mudahlah untuk diselesaikan maklumlah Musa adalah orang kuat di Pejabat Polis Trafik negeri tersebut.


Berapa banyak Musa dibayar secara bulanan oleh syarikat Tiung tidaklah saya ketahui namun syarikat Tiung memang ada menyediakan wang bulanan serta seorang perempuan Cina untuk kegunaan Musa sebagai “isteri simpanan”.

Pada suatu masa dengan izin Allah Musa berhajat untuk menemui saya dan arwah guru saya kerana isterinya telah dilarikan oleh seorang lelaki yang sudah beristeri. Isterinya lari meninggalkan Musa serta anak-anak yang masih kecil untuk mengikut lelaki suami orang ini. Tinggallah Musa seorang diri menguruskan rumah bersama anak-anak yang masih kecil. Malu bukan lagi kepalang apabila jiran dan sahabat mengetahui isterinya telah lari mengikut jantan lain meninggalkan Musa dan anak-anak.

Dengan angkuh dan diiringi polis pengiring, Musa menemui arwah guru dan saya untuk meminta tolong agar isterinya kembali ke pangkuannya. Arwah guru sebagaimana biasa akan memulakan sesi dengan mengkaji latar belakang sejarah Musa agar dapat mengenal pasti punca masalah ini dan semoga langkah susulan mudah dilakukan. Ia sebenarnya adalah sesi muhasabah mengenali dosa-dosa lalu agar dapatlah kita semua memahami mengapa Allah membalas melalui azab sedemikian rupa.


Apabila guru sudah mula mendapatkan beberapa fakta sejarah Musa, tiba-tiba Musa naik marah dan berkata kasar dengan arwah guru saya “Buatlah apa saja yang nak dibuat, apa yang saya nak hanya pulangkan isteri saya kepada saya!”. 

Musa berkata-kata seolah-olah guru saya mempunyai kuasa ketuhanan yang boleh menyerahkan semula isterinya yang lari kembali kepadanya. Sistem arwah saya adalah mula-mula mengenal pasti masalah. Selepas punca dikenal pasti, proses taubat perlu dilakukan. Selepas itu pula proses ibadah seperti zikir dan solat malam dengan diiringi doa yang bersungguh-sungguh. Musa tidak berminat langsung dengan kaedah ini dan hanya mendesak guru saya usahakan agar isterinya kembali segera kepangkuannya.

Akhirnya, fahamlah guru dan saya bahawa Musa tidak berminat untuk memperbaiki diri. Musa masih berminat untuk hidup penuh bergelumang dosa zina dan rasuah. Seperkara lagi yang perlu diberitahu kepada pembaca sekalian ialah Musa sebelum ini memang ada kes dengan isteri orang selain dari perempuan Cina yang disediakan seperti “isterinya” oleh syarikat pengangkutan Tiung.

Ingatlah bahawa:

  1. An nisaak 79. apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
  2. Asy Syuura:30. dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
  3. Thaahaa:124.
    "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".
  4. Yunus 27.
    “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Kalau kita tidak mahu isteri kita dilarikan orang, jadilah kita umat Islam yang patuh dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi setiap larangan Allah.


Sekian wassalam wallahua'lam


Emjay





3 comments:

  1. Mudah je tu...Buat baik dibalas baik, Buat jahat dibalas jahatlah jawabnya.... Walaupun setiap pembalasan itu samada Baik dan Jahat datangnya bukan dari orang yang sama, pada waktu yang sama dan tempat yang sama. Kadangkala balasan yang kita terima tidak semestinya kita perolehi serta merta, umpama menempah sesuatu dan memakan masa untuk mendapatkannya....tapi 'conform' pasti dapat....!
    Pentingnya taubat....dan mengherankan pula susahnya hamba Allah nie nak bertaubat sedangkan jalan terbentang luas....
    Wallahua'lam......

    ReplyDelete
  2. TIPS TAKNAK ISTERI DILARIKAN ORANG

    ReplyDelete