Judi
Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, iaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Dan sudah kita sebutkan terdahulu tentang sabda Nabi yang mengatakan:
"Barangsiapa berkata kepada rakannya “mari bermain judi”, maka hendaklah ia bersedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu lapang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apa pun.
Dalam bahasa yang mudah, judi adalah satu pertaruhan maknanya seseorang mempertaruhkan sesuatu sama ada wang atau harta benda dengan harapan untuk mendapat habuan yang lebih banyak lagi namun risikonya ialah beliau akan kehilangan wang atau harta benda yang dipertaruhkan. Dalam perjudian ini akan wujud pihak yang mendapat keuntungan dan akan ada pihak yang kerugian.
Islam, di balik larangannya ini ada terkandung suatu hikmah dan tujuan yang tinggi sekali, iaitu:
1. Hendaknya seorang muslim mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Sedang judi -- di dalamnya termasuk undian-- dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembahagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, aktiviti dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah-perintahNya yang harus diturut.
2. Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh karena itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batil.
3. Tidak menghairankan, kalau perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, walaupun nampak dari mulutnya bahawa mereka telah saling merelakan. Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan berdendam. Dia marah karena angan-angannya tidak dapat tercapai. Dia geram karena taruhannya itu sial. Kalau dia merungut, maka ia merungut kepada dirinya sendiri karena derita yang dialami dan tangannya yang menaruhkan taruhannya dengan membabi-buta.
4. Kerugiannya itu mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, karena didorong oleh lazatnya menang, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak. Sama sekali dia tidak ada keinginan untuk berhenti. Dan makin berkurang pendapatannya, makin dimabuk oleh kemenangan sehingga dia beralih dari kemegahan kepada suatu kesusahan yang
mendebarkan.
mendebarkan.
Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahasia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.
5. Oleh karena itu hobi ini merupakan bahaya yang mengancam masyarakat dan peribadi.
Hobi ini merosak waktu dan aktiviti hidup dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi, menghabiskan barang tetapi tidak dapat berproduksi.
Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarga dan kewajibannya akan ummat.
Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik dengan hidangan hijau --menurut istilah yang mereka pergunakan -- itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apa pun.
Hidangan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.
Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap peribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama. Pencandu judi sama dengan pencandu arak, bahkan jarang sekali didapati salah satunya raja sedang yang lain tidak.
Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahawa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.
Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah
kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mahu berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)
Mari kita lihat senario berikut dan hukumkanlah sama ada ianya satu perjudian atau tidak. Bagi kes-kes tertentu cuba kenal pasti tauke judinya.
4. Aminah seorang guru menganjurkan permainan baru disekolahnya iaitu permainan cabutan undi. Setiap yang ingin bermain permainan ini dikehendaki membayar sebanyak RM10 seorang kepadanya. Aminah berjaya mengumpul dana sebanyak RM1000 dari bayaran penyertaan 100 guru yang menyertainya. Setelah terkumpul semua dana ini, Aminah membuat satu majlis cabutan undi bagi setiap pemenang dengan begitu telus dan saksama. Pemenang cabutan undi adalah seperti berikut:
6. Pada 10 Januari 2007, akhbar Berita Harian mengiklankan pertandingan besar-besaran pesta memancing PEMBUKA TIRAI JORAN 2007anjuran Berita Harian yang akan diadakan pada 13 Januari 2007 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Hadiah wang tunai keseluruhan adalah RM25,100. Juara akan membawa balik RM10000, kedua RM5000 dan ketiga RM2000 bersama hadiah iringan lain disamping hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga kategori spesis terberat bagi 11 spesis ikan. Banyak penaja turut terlibat termasuk Adabi, Coleman, A&W serta syarikat-syarikat lain. Yuran penyertaan bagi setiap batang joran ialah RM70. Penganjur menyediakan kemeja T percuma bagi 1200 orang peserta (maksudnya berdasarkan penyertaan tahun lalu, mereka menjangkakan seramai 1200 penyertaan => 1200 x RM70 = RM84000 belum masuk pemberian dari para penaja)
7. Bank Simpanan Nasional atau BSN menganjurkan skim Sijil Simpanan Premium (SSP).
Melalui SSP, berikut adalah iklan dari BSN:
8. Haji Omar mengusahakan kolam memancing di kampungnya. Hj Omar memasukkan pelbagai ikan dari ikan bawal, keli, baung, tilapia dan pelbagai spesis lain ke kolamnya sekali setiap minggu. Bagi pemancing yang ingin memancing di kolam ini, Hj Omar mengenakan bayaran sebanyak RM20 bagi satu joran bagi tempuh 2 jam. Pemancing boleh membawa balik sebanyak mana hasil pancingan bagi tempuh yang dibayar. Adakah ini satu perjudian. Sekiranya ya, apakah pertaruhan dan apakah habuannya dan siapakah tauke judinya?
Sekian
Emjay
5. Oleh karena itu hobi ini merupakan bahaya yang mengancam masyarakat dan peribadi.
Hobi ini merosak waktu dan aktiviti hidup dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi, menghabiskan barang tetapi tidak dapat berproduksi.
Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarga dan kewajibannya akan ummat.
Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik dengan hidangan hijau --menurut istilah yang mereka pergunakan -- itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apa pun.
Hidangan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.
Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap peribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama. Pencandu judi sama dengan pencandu arak, bahkan jarang sekali didapati salah satunya raja sedang yang lain tidak.
Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahawa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.
Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah
kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mahu berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)
Marilah kita melihat senario perjudian di Negara tercinta kita Malaysia:
- Membeli tiket tiga nombor
- Membeli tiket empat nombor 4D Magnum
- Membeli tiket permainan toto
- Bermain mesin Jackpot
- Bermain kad
Mari kita lihat senario berikut dan hukumkanlah sama ada ianya satu perjudian atau tidak. Bagi kes-kes tertentu cuba kenal pasti tauke judinya.
1. Ahmad dan Ali bermain catur. Mereka bertaruh sebanyak RM50 seorang. Siapa yang menang bakal memperolehi RM100
2. Abu dan Hamid serta Ah Chong bermain golf. Mereka berpakat bahawa siapa yang kalah kena belanja makan malam.
3. Kampung Awah dan kampong Api-Api bertanding bola sepak. Setiap pasukan membawa seekor lembu sebagai pertaruhan. Pasukan yang menang akam membawa pulang kedua-dua ekor lembu tersebut.
- Tempat pertama mendapat 4/10 iaitu sebanyak RM400
- Tempat kedua mendapat 2/10 iaitu sebanyak RM200
- Tempat ketiga mendapat 1/10 iaitu sebanyak RM100
- Empat pemenang sagu hati sebanyak RM50 seorang
- Upah pengurusan kepada Aminah sebanyak RM100
- Juara bakal mendapat piala dan wang tunai RM500
- Naib Juara bakal mendapat piala dan wang tunai RM300
- Pemenang tempat ketiga juga mendapat piala dan wang tunai RM200.
6. Pada 10 Januari 2007, akhbar Berita Harian mengiklankan pertandingan besar-besaran pesta memancing PEMBUKA TIRAI JORAN 2007anjuran Berita Harian yang akan diadakan pada 13 Januari 2007 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Hadiah wang tunai keseluruhan adalah RM25,100. Juara akan membawa balik RM10000, kedua RM5000 dan ketiga RM2000 bersama hadiah iringan lain disamping hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga kategori spesis terberat bagi 11 spesis ikan. Banyak penaja turut terlibat termasuk Adabi, Coleman, A&W serta syarikat-syarikat lain. Yuran penyertaan bagi setiap batang joran ialah RM70. Penganjur menyediakan kemeja T percuma bagi 1200 orang peserta (maksudnya berdasarkan penyertaan tahun lalu, mereka menjangkakan seramai 1200 penyertaan => 1200 x RM70 = RM84000 belum masuk pemberian dari para penaja)
7. Bank Simpanan Nasional atau BSN menganjurkan skim Sijil Simpanan Premium (SSP).
Melalui SSP, berikut adalah iklan dari BSN:
“MENANGI HADIAH-HADIAH HEBAT MELALUI SIMPANAN
Sekarang anda mempunyai lebih peluang untuk menang. Kami telah menambahkan hadiah-hadiah dari 8 ke 12, menjadikan jumlahnya 1,536 hadiah sebulan. Banyak hadiah-hadiah hebat dan kereta mewah menanti untuk dimenangi. Anda hanya perlu RM10 untuk layak”
Hadiah yang diberikan adalah lumayan sekali dari kereta Mercedes, BMW dan Proton Perdana. Adakah ia satu perjudian?
Jikalau ya, apakah pertaruhannya, apakah habuannya dan siapakah tauke judinya?
Jikalau ya, apakah pertaruhannya, apakah habuannya dan siapakah tauke judinya?
Emjay
Sesungguhnya kehidupan dewasa ini dikelilingi oleh unsur perjudian yang amat berleluasa sekali , Ya Allah mohon dijauhkan dari unsur judi ini..
ReplyDeleteMungkin Ustaz boleh menyiarkan artikal Riba pula yang semakin menjadi-jadi malah menjadi kebiasaan dewasa ini yang mana akan menjadi barah dan membawa kepada kehancuran umat di dunia dan akhirat kelak, nauzubillah..
Insya-Allah
ReplyDeleteustaz, bermain forex macam mana? halal atau haram?
ReplyDeleteBab ini mungkin ustaz Zaharuddin lebih mahir dari saya.
ReplyDeleteEmjay
cabutan bertuah pula bagaimana??adakah judi??
ReplyDeleteduit orang bagi dari hasil judi boleh tak kita guna...macam orang derma kat orang miskin tapi hasil dari judi..macam mana tu???
ReplyDelete