MENGAPA GIGI MUDAH ROSAK / BERLUBANG?
Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.
Assalamualaikum wbt sekelian muslimin.
Gigi yang menarik menjadi idaman semua orang. Gigi yang rapi berwarna putih tanpa sebarang kesan tampalan menjadikan seseorang lebih berkeyakinan bila berada dalam kelompok orang ramai. Ketiadaan gigi apatah lagi sekiranya gigi di hadapan sangat memalukan dan memaksa memakai gigi palsu bagi mengekalkan penampilan yang menarik.
Pengguna ubat gigi Colgate selalu ditipu bulat-bulat dengan diberikan harapan palsu bahawa gigi mereka mendapat perlindungan maksimum dari kerosakan dengan menggunakan ubat gigi Colgate. Sangat tidak menasabah bagaimana kandungan kalsium dan fluorid dalam ubat gigi Colgate melindungi gigi dari berlubang.
Saya juga adalah antara mereka yang menghadapai masalah kerosakan gigi dan semenjak dari zaman di sekolah lagi gigi rosak dan berlubang. Pengalaman yang paling tidak digemari adalah apabila terpaksa berkunjung menemui doktor gigi untuk menampal mana-mana gigi yang berlubang. Bunyi desingan alat penggerudi gigi memang sentiasa mengerikan. Kalaulah lawatan bertemu doktor gigi tanpa bunyi desingan mesin gerudi gigi ini tentunya lebih menyeronokkan.
Mesin gerudi gigi ini apabila ia memulakan tugasnya amat menggerunkan sesiapa pun. Pengalaman apabila mesin gerudi menyentuh bahagian dalam gigi yang menempatkan salur darah dan saraf hanya dapat dijelaskan oleh mereka yang telah mengalaminya sahaja. Amat menyakitkan sekali. Semoga anak-anak keturunan saya dijauhkanAllah dari pengalaman menyeksakan ini.
Kali ini saya ingin mengongsikan sedikit ilmu untuk diamalkan oleh pembaca sekelian semoga pembaca semua dapat mengelakkan diri dari masalah gigi berlubang atau menyerpih yang boleh seterusnya menyebabkan gigi tersebut perlu dicabut sekiranya gigi tersebut tidak boleh diperbaiki lagi atau dipasang CROWN.
Alhamdulillah ilmu ini saya perolehi setelah mengkaji sejarah diri sendiri, isteri dan enam orang anak yang dikurniakan Allah SWT. Ilmu ini dimantapkan dengan menjalankan pengujian kepada pelajar dan rakan saya yang menghadapi masalah gigi berlubang.
Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana diizinkan belajar dan mendapat nasihat dari arwah guru yang memaksakan saya menggunakan susu tepung bagi menggantikan susu pekat manis bila saya menghadapi pelbagai masalah satu masa dahulu. Ilmu yang ingin saya kongsikan ialah MINUMLAH SUSU TEPUNG BAGI MUDAH-MUDAH INSYA-ALLAH GIGI MENJADI KERAS DAN SUKAR SEKALI UNTUK BERLUBANG, MINUM SUSU PEKAT MANIS UNTUK GIGI MUDAH ROSAK DAN BERLUBANG. Ilmunya sangat mudah tetapi tidak ramai mereka yang mengetahuinya.
Saya dilahirkan oleh ibu bapa yang miskin. Susu pekat manis menjadi satu barangan mewah keluarga. Susu tepung tak payahlah disebut. Memang tidak pernah masuk senarai barangan yang perlu dibeli. Bila nak minum teh sedap, sekali sekala belilah susu pekat manis seperti susu cap junjung. Bila pergi ke kedai atau gerai makan mengikut bapa, nampak pengusaha kedai juga menggunakan susu pekat manis bila buat teh tarik atau kopi tarik. Bila masuk ke sekolah asrama penuh, dewan makan juga menggunakan susu pekat manis. Bila masuk U, dewan makan di sana juga menggunkan susu pekat manis. Bila dah berkeluarga, tabiaat yang sama diteruskan iaitu terus membeli susu pekat manis. Susu pekat manis seolah-olah satu keperluan yang mendatangkan manfaat.
Sepanjang menggunakan susu pekat manis ini, setiap kali jumpa dentist, gigi adalah yang rosak dan perlu ditampal. Isteri pun begitu juga dan sama juga dengan anak-anak. Kadang-kadang tu gigi ada yang menyerpih bila tergigit objek yang keras seolah-olah gigi saya lembut.
Anak yang sulung, setelah mencapai usia 3 tahun, dia dah berhenti mengambil susu formula kanak-kanak dan dia pula enggan menyambung dengan minum sebarang susu lain. Anak ini juga menhadapi masalah gigi.
Menjelang usia 40an mulai tahun 1995 apabila saya menghadapi masalah gastrik, arwah guru memaksakan saya menukar susu pekat manis kepada susu tepung full cream (bukan HL atau Low Fat). Rasanya kurang sedap berbanding susu pekat manis mungkin kerana sudah terbiasa dengannya. Apa yang paling tidak menyenangkan ialah tentang harganya. Setiap bulan bagi satu keluarga saya memerlukan satu tin susu tepung bersaiz paling besar dengan harga melebihi RM33. Minumlah kami sekeluarga air teh, kopi, atau horlick dengan mencampur susu tepung ini sehingga sekarang.
Selalunya paling lama 2 tahun saya perlu menemui dentist. Setiapkali berjumpa adalah gigi yang perlu dirawat. Hendak dijadikan cerita, lawatan menemui doktor pada tahun lepas hanya saya buat setelah lawatan terakhirnya pada tahun 1998 sebelum saya naik haji. Saya kerap menangguhkan lawatan menemui dentist ini kerana gigi saya tidak begitu bermasalah kali ini. Bermakna tempuh antara lawatan ini adalah selama 8 tahun. Alhamdulillah kali ini tidak ada gigi saya yang berlubang walaupun gaya penjagaan gigi saya masih tetap sama seperti dahulu kala. Di sinilah saya mula menanyakan diri sendiri persoalan mengapa??
Selepas mengkaji isteri dan anak-anak barulah saya faham. Mereka juga tidak mempunyai masalah gigi berlubang seperti dahulu. Kesimpulan dari pemerhatian ini ialah Allah memberikan rahmatNya ke atas gigi-gigi kami dari usaha kami mengamalkan pengambilan susu tepung setiap hari paling kurang 1 kali sehari.
Tidak begitu yakin dengan penemuan ilmu ini, saya mula mengkaji ke atas pelajar saya. Bila saya nampak gigi pelajar saya ada tanda kerosakan gigi seperti tanda hitam pada gigi atau bau mulut yang tidak menyenangkan, saya terus mengajukan soalan “awak ada masalah banyak gigi berlubang??”.
Pelajar saya mengakuinya dan saya menyambung soalan “awak minum susu pekat manis semenjak kecil sampai sekarang?”
Pelajar saya ini bersetuju dan saya menambah soalan “awak sejak putus susu waktu kecil sampai sekarang tidak minum susu tepung??”. Pelajar saya ini juga mengiayakan soalan terakhir saya ini.
Dari sesi pertanyaan ini sudah mengukuhkan penemuan awal saya. Saya meneruskan kajian dengan mencari lebih banyak sampel dan jawapannya juga adalah sama.
Satu ketika saya makan tengahari dengan beberapa rakan sekerja termasuk seorang anak dara berusia 26 tahun yang memakai braces pada giginya. Ibu bapanya agak mewah, bapa pensyarah dan ibu guru sekolah menengah. Saya pun bertanya mengapa sahabat saya ini memakai braces ini. Beliau menjelaskan bahawa banyak giginya telah rosak dan dicabut. Anak dara ini suka mengunyah air batu dan sewaktu menggigit air batu ini, kerap kali juga giginya menyerpih. Akibat banyak gigi yang telah dicabut, gigi lain mula senget ke pelbagai arah, bersimpang siur. Akhirnya doktor mengarahnya untuk memasang braces tersebut agar mengelakkan masalah yang lebih rumit.
Setelah selesai mendengar penjelasan sahabat saya ini saya pun membuat rumusan ”engkau ini menghadapi masalah kerana semenjak kecil engkau minum dengan susu pekat manis dan tidak mengambil susu tepung. Akibat dari tabiaat ini, gigi engkau menjadi lembut dan mudah menyerpih apabila menggigit objek keras seperti air batu dan ia juga mudah berlubang”.
Sahabat saya ini bersetuju dengan rumusan saya dan bersedia untu memulakan tabiaat baru iaitu mula mengambil susu tepung.
Saya merasa puas hati setelah memberitahu seorang rakan sekerja yang walau pun masih muda, bau mulutnya busuk. Bau mulut busuk adalah antara simptom mudah mengenalpasti mereka yang mengalami kerosakan gigi. Setelah menjelaskan punca kerosakan gigi rakan setugas ini, kini beliau sudah menukar susu pekat manis kepada susu tepung.
Selepas insiden ini ilmu saya ini alhamdulillah semakin mantap dan sudah banyak kali saya gunakan untuk menasihati ramai rakan saya semoga gigi mereka dilindungi Allah dari menyerpih dan berlubang..
Bagi makluman pembaca sekelian, susu pekat manis dibuat dari krimer seperti krimer CoffeMate dan krimer adalah dihasilkan dari minyak kelapa sawit. Ia bukan dibuat dari susu lembu dan itulah sebabnya susu pekat manis dilarang sama sekali dari diberikan kepada bayi kerana bakal mendatangkan mudarat. Sekiranya ia mudarat kepada bayi, sebenarnya ia juga mendatangkan mudarat kepada orang dewasa??
Sekian untuk kali ini.
Wassalam wallahualam.
Lawatilah laman saya di :: http://laman-emjay.blogspot.com/
Emailah saya di :: emjayjb@gmail.com
Emjay.
saya ingin mengetahiu dlm negara kita ni susu full cream jenis apakah yg lebih baik utk diamalkan?
ReplyDeleteAsal fullcream kira OKlah tu. Dumex, fernleaf, nestle dsb kira ok tetapi elakkan anlene, susu HL dan susu Low fat.
ReplyDeletedari kecil saya dah minum teh tarik,patutlah gigi dah mula merekah di usia 30an ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeletePengalaman ini adalah guru yang mahal. Bersyukurlah dan mulakanlah dengan tabiaat minum susu.
Emjay
Assalamualaikum Wr. Wbrkth.....
ReplyDeleteAnlene adalah merupakan minuman harian saya, kerana ianya kaya dengan kalsium dan mencegah dari penyakit tulang (eostoporosis). Adakah Anlene tu salah satu minuman yang kurang baik hingga ianya perlu dielakkan?
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSaya telah menulis diruangan yang lain bahawa hendaklah jauhkan dari membeli susu anlene. Susu ini mahal tetapi menipu dan kurang manfaat kepada manusia berbanding susu fullcream biasa.
Susu anlene memang banyak kandungan kalsiumnya tetapi tidak banyak dapat dimanfaatkan kepada tubuh. Saya akan berikan penjelasan terperinci berkenaan perkara ini sedikit masa lagi. Doakanlah.
Emjay
Assalamualaikum wbh,
ReplyDeletesaya dapati saudara emjay terlalu taksub dengan pendapat dan hasil "kajian" saudara tanpa membuat perbandingan saintifik dengan hasil kajian ahli2 perubatan / pergigian dalam hal memberi pandangan dan nasihat tentang kesihatan tubuh dan gigi khususnya. pendapat tuan kebanyakannya kurang tepat dan seringkali salah apabila mambandingkan keburukan susu pekat manis berbanding susu lain. punca utama kerosakan gigi adalah GULA terutama yang terkandung dalam susu pekat manis. susu Anelene masih berguna untuk pengidap osteoporosis jika dibandingkan dengan sumber kalsium lain. saya seringkali mengingatkan pesakit saya untuk pemeriksaan gigi 2 kali setahun, untuk mengelakkan masalah gigi berlubang yang terlalu lewat untuk diselamatkan. banyak lagi pandangan tuan yang boleh dipersoalkan di sini.
sila periksa hasil kajian tuan dengan fakta perubatan sedia ada jika kurang arif. saya sangat mengikuti dan menghormati nasihat dan pandangan tuan tentang hukum-hukum agama, tetapi cara memberi pandangan kurang tepat berkenaan sesuatu yang diluar bidang tuan akan hanya mengikis kredibiliti tuan di mata pembaca seperti saya. saya harapkan disini tempatnya, panduan dan pendapat2 boleh dikongsi antara pakar2 dan ahli2 dalam bidang masing2. sekurang2nya tuan dapat menyertakan link rujukan di akhir artikel seperti ini agar fakta dikemukakan mantap dan dipercayai.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSaya tidak meminta orang mempercayai pendapat atau hasil kajian saya. Kajian ke atas diri saya, isteri dan anak-anak sebelum mereka minum susu fullcream dan sesudah minum susu fullcream sudah cukup mantap hasil kajiannya. Kajian ke atas pelajar-pelajar saya yang mulut berbau busuk kerana gigi berlubang memantapkan lagi kajian saya ini dan mendapati bahawa pelajar-pelajar saya ini semenjak kecil memang tidak minum susu fullcream.
Atas dasar apa sdr menyatakan kajian saya kurang tepat? Adakah sdr mempunyai bukti mantap untuk menyangkal kenyataan saya ini????
Saya semenjak kecil memang banyak gigi berlubang dan bertampal. Setiap 6 bulan - 12 bulan bila berjumpa doktor gigi pastinya ada yang sudah berlubang dan perlu di tampal. Setelah minum susu fullcream saya bertemu doktor gigi selepas lebih 6 tahun dan alhamdulillah tidak ada gigi yang berlubang.
Anak-anak saya yang nombor 1 (kini 26 tahun) semenjak kecil memang hancur giginya dan beliau tidak minum susu fullcream selepas usia 2 tahun. Anak-anak yang kemudian terutama nombor 5 dan 6 yang sentiasa minum susu fullcream alhamdulillah tidak hancur giginya dan bertukar gigi secara tanggal.
Kalau mengikut "kajian santifik oleh COLGATE" - menggosok gigi dengan Colgate dapat memberikan perlindungan dari cavity selama 24 jam. Bagi saya ini adalah kajian paling BODOH dalam dunia dan adakah sdr mempercayainya???
Kalau mengikut doktor (bukan semua) ibu yang baru bersalin boleh makan apa saja termasuk ayam tetapi adakah isteri sdr mengamalkan amalan ini????
Selama ini mee maggi merosak kanak-kanak, berapa orang doktor yang membuat kajian dan menyatakan bahawa mee maggi ini (serta mee lain yang sewaktu dengannya) membahayakan kanak-kanak??
Saya amat gembira untuk menyatakan bahawa terdapat pendapat para doktor bukan sekadar bodoh malahan GILA seperti memandikan kanak-kanak dengan air batu apabila suhu demam kanak-kanak ini tinggi.
Kalau sdr benar-benar pakar tentang bab ini, sila buktikan bahawa kenyataan saya ini di atas adalah salah secara saintifik bukan sekadar berkata saya "memberikan pandangan kurang tepat"
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Salam,
ReplyDeleteColgate, produk yang menyokong Yahudi ni. Jangan terpengaruh dengan dakyah tersebut. Kalau ikut nasihat colgate kaya lah Yahudi.Miskin lah orang Islam
Apa-apa masalah ni lihat apa dalam Al-Quran dan Hadis.
1. Minum susu tu saya sokong.
2. Tambah lagi satu, Gosok Gigi, Berapa kali?. Ni yang penting ni. Ade kaitan dengan kitar hidup bakteria. Dalam mulut ade bakteria yang hidup cara siombiosis. Lepas makan nabi gosok gigi, nak tido gusok gigi,Bangun tidur nabi gosok gigi, nak sembahyang nabi gosok gigi, sebelum na j**** pun gosok gigi. Berapa banyak da. Makan + sembahyang pun dah 8 kali. Mana ade makanan untuk bakteria/kuman kat mulut.Kebulur lah kuman kat mulut. Tidak ade masa untuk membiak. Kalau buat experiment 6 jam bekteria dah banyak membiak. Cuba lihat di sekeliling. Lepas makan tak gosok gigi. Gosok gigi 2 dua kali age Pagi dan malam). Berdondang sayanglah bakteria dalam mulut.
mungkin susu krimer adalah salah satu punca kerosakkan gigi, tp mungkin juga ada beberapa faktor lain yg menyebabkan gigi rosak cth; gula2, x gosok gigi sblm tidur, gosok gigi x bersih dll.
ReplyDeletewhatever, thanks that tips
pasal susu pun nak kecoh,hehe...
ReplyDeletebiar la apa yg dia nak nak ckpkan...
bukak blog sendiri ckp apa yg nak ckp...
kalu tak suke klik je hal lain...
salamuntuk semua. saya rasa bagi menghuraikan sesuatu biarlah dari kalangan orang yang arif dlm bidang tersebut. cara penghuraiannya kemas teliti dan lebih tepat berbanding org yang kurang berilmu. Walau apapun elo.klah kita sama-sama berbincang dan sama-sama mendapat menafaat dari perbincangan kita. insyaallah
ReplyDeletemgkn laman web ni dapat membantu mereka yang tidak tahu tentang rancangan yahudi dari dulu lg
ReplyDeletehttp://www.nogold.com/forum/showthread.php?45823-%7EProtokol-Yahudi-Menghacurkan-ISLAM%7E
Alhamdulillah terima kasih atas lingk yang diberikan.
ReplyDeleteMArilah beramai-ramai kita membaca bahan sebagaimana dalam link tersebut.
Emjay
Sebenarnya nabi dah ajar kita. Kita je tak nak ikut sunnah. Kita sibuk duk cerita begitu begini tapi kita tak ambil ikhtibar. Apa yang nabi ajar kita:
ReplyDelete1. bersugi setiap kali nak solat
2. gunakan kayu sugi. Terbukti kayu sugi sangat bagus untuk gigi kita.
3. Minum susu kambing. susu kambing itu sunnah. Susu kambing kedua terbaik selepas susu ibu. Khasiatnya 5 x ganda terbaik berbanding susu lembu. Segala keperluan yang di perlukan oleh sistem badan kita semua ada dalam susu kambing. Kenapa budak kena demam kuning kena minum susu kambing. sebab hanya susu kambing ada vitamin D yang tak dapat dalam susu lembu. Bodoh macam lembu.
Jadi biarlah kita berbalik kepada sunnah. Hanya sunnah dapat mengembalikan mata dan yang penting mata hati kita. Insyallah.
Saya pengedar susu kambing. kalo nak bertukar ke susu kambing. Boleh call saya : 0122400158 (arpah).
Dan untuk pengetahuan semua. susu kambing saya (Mygoat) tak de campuran creamer, skimmer dan macam2lah. Insyallah 100% asli. Tak percaya boleh buat ujian makmal. boleh diambil dengan air sejuk iaitu air mineral.
Insyallah. sayang kan Nabi sayangkan sunnahnya.
jika orang menegur kita itu tanda dia sayang pada kita sebagai "saudara se islam" . orang yang berilmu tidak akan mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan pada suadara nya yang lain. ini adalah satu medium yang sangat baik... blog tempat berkongsi ilmu... saya bukan menyokong xylestesin tetapi tegurannya sememangnya patut. saya juga di dalam bidang penyelidikan di universiti. semua pekara perlu ada bukti black and white. itu sahaja yang saya ingin komen .terima kasih
ReplyDeleteSaya setuju penyebab kerosakan gg adalah susu pekat manis. Tp susu tepung tdk lah membantu kesihatan gg sgt berbanding susu segar. Mgkin sbb meninggalkn susu pekat manis tu gg tuan x rosak lg...Cuba ambil susu segar, ia lbh baik...sbb ramai anak2 kwn yg minum susu tepung, rosak gg mrk...bila tukar kpd susu segar, ok skt. Dan satu lg petua hebat, xnk gg cepat rosak, bole cuba guna kayu sugi...saya dah cuba. Amazing...patut lah nabi bersngguh srh kita amalkn....mulut x cpt berbau, mknn x mudah melekat, resdung berkurang....kalo x percaya,boleh cuba sdri
ReplyDeleteKat mana boleh dpt kayu sugi ye?
Delete