Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 27 January 2007

MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA??


Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani

Assalamualaikum wbth sekalian Muslimin,

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu dahulu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek. Bila kita berkunjung ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi. Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah "Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ”.

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!

Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:


  1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??
  2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
  3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.
  4. Ramai orang benggali / Sikh di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
  5. Ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
  6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
  7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
  8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hong Kong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
  9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5’ 11” atau lebih tinggi lagi.
Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.

Selain dari mengajar bab agama, beliau juga banyak mengajarkan saya pelbagai ilmu seperti tanda pada tapak tangan apabila bersalam dengan orang sebagai contohnya orang bujang yang banyak berzina, astaghfirullah. Pada kali ini saya ingin memanjangkan satu ilmu yang diperturunkan dari guru saya iaitu pengaruh makanan terhadap ketinggian seseorang.

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. Lapan (8) orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5’ 4”. Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5’ 11”. Kejadian Allah ada sunnatullahNya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, biskut, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5’ 11’ sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah para pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Apabila saya mengkaji pelajar yang pendek, sah memang mereka gemar makan nasi. Kemudian saya mengkaji orang Benggali / Sikh. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia telah menjalani proses bleaching atau pelunturan yang menyebabkan warnanya bertukar kepada putih selain rasanya menjadi lebih enak.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentingnya ialah mereka makan roti gandum yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah terbukti benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kuetiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan ada pula yang pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang tepat untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

Sekian untuk kali ini. Wassalam wallahualam


Email saya emjayjb@gmail.com


Layari laman web saya di http://laman-emjay.blogspot.com/


Emjay

12 comments:

  1. Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.
    Terimakasih atas uraian tentang Orang Tinggi, untuk menjadi pegangan dalam memberi makan keturunan kita.



    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....
    Rasanya memang betul apa yg dihuraikan di atas, anak lelaki ke 2 saya lebih tinggi dari mama, ayah dan abang long nya...sebab dia memang suka makan spagheti, makaroni, capati, roti nan, roti, piza dan yg berasaskan gandum yg selalunya saya sediakan sendiri, maklumlah anak ramai mana larat nak main beli.....
    Sejak baca artikel ni saya explain kat students saya mereka semua tengah mempraktikannya...sebab ada yang dah tg 3 tapi sama tinggi budak darjah 4...kesian gak walhal ayahnya tinggi tapi maknya rendah ....

    ReplyDelete
  3. Lagi jauh ilmu ini diamalkan oleh zatajul, lebih baik bagi saya semoga menjadi amal jariah kepada saya dan arwah guru saya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh

    Saya telah menerima satu email dari pembaca Laman Emjay yang menarik berkaitan artikel ini berbunyi:

    Salam kenalan dari KB kelantan.
    From: **********
    Add contact Add contact
    Sent:
    Tuesday, October 23, 2007 9:08:05 AM
    To:
    kangmasjb@hotmail.com



    Assalamualaikum

    Saya tertarik dengan artikel saudara berkenaan dengan peranan gandum didalam mempengaruhi ketinggin seseorang, dan memang saya akui ianya benar, kerana salah seorang adik saya yg hanya suka makan roti sahaja dlm hidupnya (sehingga kena marah dengan ibu kerana ibu saya cakap kalau tak makan nasik, bukan makan namanya.. huhuhu..) telah menjadi antara yg tertingi didalam keluarga saya.

    Syd Zulfah

    ReplyDelete
  5. bagus la artikel nie.pas nie leh suh anak2 n generasi bru kita amalkan...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah syukur saya jumpa ilmu yang berguna hari nie

    ReplyDelete
  7. tinggi sya 6 kaki 4 inci stengah,,,(194cm)...
    adakah sya sma tnggi ngan org belanda...

    ReplyDelete
  8. Salam....Masyaallah 6kaki 4inci tingginya!!ape rahsiamu??adakah gandum puncanya??
    kongsilah maklumat dan rahsia yang buat kau jadi tinggi dekat kami yang pendek ini.....:(

    ReplyDelete
  9. kketinggian tu sebab genetik dan persekitaran juga sebab hormon ...bukan faktor makanan jee

    ReplyDelete
  10. kesian bumimalaysia.. benda mcm ni pn xblh nk faham2..

    ReplyDelete
  11. Dia tareqat totok. Bagi dia ni yang sesat itu benar dan yang benar itu palsu. Itulah buat apa masuk tareqat.

    Emjay

    ReplyDelete