Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Sunday, 29 July 2007

Pemimpin bagai pokok dedalu

Assalamualaikum wbh

Pada minggu lepas saya dan rakyat Malaysia lainya tumpang bergembira apabila Nicol David dan Mohd Azlan Shah Iskandar menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di di The Curve, Mutiara Damansara. Sila baca keterangan lanjut di http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm.

Kejohanan skuasy ini adalah kejohanan peringkat antarabangsa yang disertai oleh juara-juara dunia. Dengan kejayaan Nicol David ini, kedudukannya sebagai peneraju world ranking semakin mantap dan agak sukar digugat oleh pemain lain. Ini barulah world class.

Malaysia dengan saiz fizikal Nicol David yang sekadar bersaiz kebiasaan orang asia yang pendek, sudah mampu menewaskan pemain dunia lainnya terutama sekali dari Australia dan England.

Pada minggu lepas dan minggu sebelumnya pula Malaysia dirundung kesedihan apabila pasukan bolasepak yang  bertanding dalam kejohanan Piala Asia mengalami kekalahan yang memalukan kepada China dan Uzbekistan.

Ekoran kekalahan mengecewakan ini, Timbalan Presiden FAM iaitu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga anakanda Sultan Pahang yang memegang jawatan Presiden FAM telah meletakkan jawatan dengan serta-merta dan jawatan-jawatan lain dalam FAM.

Bagi saya perletakan jawatan Timbalan Presiden FAM oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah suatu tindakan yang amat mulia dan wajar sekali. Kalau dibanyak negara dunia, hal yang kecil menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan sebagai tanda kebertanggungjawaban. Sebagai tanda hormat, seorang lagi anggota bebas majlis FAM Khairy Jamaluddin juga telah meletakkan jawatannya dengan serta-merta.
Dalam surat kepada Setiausaha Agung FAM, Khairy, yang menjadi anggota bebas FAM pada 2005, berkata, beliau membuat tindakan itu sebagai tanda hormat kepada keputusan Tengku Abdullah meletakkan jawatan daripada persatuan itu.
Tindakan ini juga pada pandangan saya adalah wajar. Namun persoalan saya ialah adakah dengan perletakan jawatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan presiden dan Khairy Jamaluddin sebagai anggota bebas majlis FAM dapat merubah situasi pasukan bola sepak Malaysia yang kini menduduki ranking  tangga 149 dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas berada pada kedudukan ke-118 beberapa tahun lepas? Pada pendapat saya, tindakan kedua-dua orang penting FAM ini tidak akan membawa sebarang perubahan di dalam FAM!!

Sila baca artikel saya bertajuk IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/iktibar-dari-kepimpinan-fam-di-malaysia.html

Di dalam artikel tersebut saya ada menceritakan ilmu yang amat berguna iaitu “kalau di hulu sungai airnya begitu keruh, di kuala bertambahlah keruhnya ”. Maksudnya ialah kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Kalau bapa kaki betina, insya-Allah anak-anaknya kalau perempuan menjadi bohsia dan kalau lelaki menjadi bohjan.

Selagi FAM dipimpin oleh
Sultan Ahmad Shah, selagi itulah FAM akan semakin tenat. Itulah sebabnya selama 23 tahun FAM diterajui oleh Sultan Ahmad Shah, ranking pasukan bola sepak Malaysia tidak pernah naik malahan merosot dan terus merosot.

Dalam artikel KTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA saya ada menceritakan mengapa SRAM atau persatuan Skuasy Malaysia begitu cemerlang dengan Nicol David, Ong Beng Hee dan Mohd Azhar Iskandar. Tidak lain tidak bukan adalah kerana SRAM di pimpin oleh seorang yang mempunyai akhlak dan peribadi yang cemerlang. Saya tidak mengenali presiden SRAM ini. Orang ini tidak menonjol langsung di dada akhbar dan TV namun orang ini bagus sekali kepimpinannya dan ini dibuktikan dari pelbagai kejayaan Nicol David dan lain-lainnya. Orang ini tidak lain tidak bukan ialah Dato' A. Sani Karim.





Nak tahu seorang pemimpin, lihatlah meraka yang di pimpin. Nak tahu orang yang di pimpin, lihatlah pemimpinnya.  Atas dasar inilah cukup menjelaskan mengapa  penyampai berita di  stesen-stesen TV tidak menghormati Islam dengan tidak memakai tudung dan mendedah aurat.


Didalam  kita memuji Nicol David dan
Mohd Azlan Shah Iskandar diatas kejayaan mereka, janganlah lupa mengucapkan tahniah kepada pemimpinnya iaitu Dato' A. Sani Karim.

Didalam kita sedih dan marah kepada pemain bolasepak negara dalam kejohanan bolasepak Piala Asia yang baru berlalu, jangan lupa untuk turut marah kepada pemimpinnya iaitu
Presiden FAM Sultan Ahmad Shah sultan Pahang. Selagi FAM di pimpin oleh orang seperti ini, tunggulah kucing bertanduk untuk melihat peningkatan mutu bolasepak negara.

Pasukan bolasepak IRAQ tanpa kemudahan dan persediaan yang first class ditambah pula keadaan negara yang huru hara telah menjuarai kejohanan bola sepak Piala Asia semalam kerana selain mempunyai pemain yang baik, pasukan ini juga dipimpin oleh pemimpin yang berkualiti sebagaimana berkualitinya pimpinan Dato' A. Sani Karim.

Malaysia telah mempunyai pemimpin  / leader berkualiti sebagaimana
Dato' A. Sani Karim namun persoalan saya bilakah pemimpin seperti "pokok dedalu" yang sedang menerajui FAM akan disingkirkan? Jangan lah tunggu sehingga pokok perumah mati baru nak buang pokok dedalu ini!!

Seorang Sultan wajar sekali dihormati sebagaimana juga Sultan Pahang namun apabila Sultan Pahang ini sudi mencemar duli dengan memimpin FAM, maka beginda perlu sanggup menerima akibatnya. Kalau bolasepak negara maju, kita akan memujinya, tetapi jikalau sebaliknya, kenalah letak jawatan atau dipecat. Jangan malu dan takut mengatakan "enough is enough" kepada pemimpin seperti pokok dedalu.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay  

 

27 comments:

  1. Dengan Nicol David pun nak bangga ke??? Suka bebenor dengan yang tak tutup aurat terlompat-lompat. Konjugatkan je pemimpin yang bathil..ko sokong buat apa?? Tak tau menilai yang bathil dan haq ke?

    ReplyDelete
  2. ko ni antijumud..
    bagi la peluang sikit kat dia.. kesian dia kene hentam jek dengan ko..

    ReplyDelete
  3. Peringatan buat sekelian umat... JANGAN SESEKALI KAMU BERSAMA ORANG YANG TIDAK BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH... Coba liat aja Nicole David sama Mohd Azlan itu...Apa mereka ini orangnya soleh?? Apa yang mau dibanggain pak?? Nicole itukan tertanya terbuka auratnya ...

    ReplyDelete
  4. tu la.. ada jugak orang mcm mj ni. ustaz konon.. tauhid konon.. tp dok bangga dgn nicole david.. ntah apa2 la dia ni..

    kalau setuju dengan dia, asik tanya dia, dia layan la.. tapi kalau dok pertikai dia, tegur dia ke, bukan nak terima, tak layan langsung.. dia je la yang suci.. siap delete lg reply orang tu.. macam kat atas tu ha. apa takut ke ????

    korang yang dok berguru dengan dia ni kene hati2 sikit la.. jangan jadi pak angguk je.. x pun mak angguk.. fikir la sendiri..

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah memberi peluang kepada kepada sdr firmanlangit untuk bertaubat dari amalannya.

    Dalam artikel di atas, saya tidak menceritakan tentang pemain squash atau pemain bolasepak. Kalau cerita tentang pemain sukan tunggulah dalam artikel lain.

    Nicole David adalah orang kafir. Saya kalau ingin berdakwah kepada nicole david ini, kenalah cari peluang lain.

    Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah bagaimana ciri pemimpin akan mempengaruhi orang yang di pimpin. Dalam menjelaskan konsep ini, contoh yang saya gunakan adalah tidak terbatas dan saya boleh gunakan contoh pimpinan orang kafir di Amerika atau dimana-mana walaupun mereka bukan orang Islam. Nicole David hanya sebagai kebetulan subjek dalam contoh perbincangan ini.

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. aku tau la yang ko tu nak cerita pasal kepimpinan.. tp dalam banyak2 contoh dalam dunia ni yang ko pi amik contoh nicole & dato A. Sani tu nak buat apa???? kan banyak lagi contoh lain dalam dunia ni dari zaman Nabi Adam sampai sekarang yang elok.. nape ko tak nak amik????

    aku sekadar bagi nasihat je.. tu pun kalau ko nak terima la.. tapi umum sedia maklum la yang ko ni memang tak terima cakap orang lain melainkan tok guru ko tu je..

    yang setuju dengan dia, yang nk tanya dia bukan main lagi dia layan.. tapi kalau orang tegur ke kutuk ke, cepat2 dia delete.. nak jaga air muka kot..macam ni punya orang pun ada ke..

    terpulang..aku nasihat je.. tu pun kalu nak terima la.. ni pun ntah2 kene delete jap lg ni..tengok je la..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nurunha

    Saya minta maaf kerana terpaksa delete reply sdr bukan kerana tidak suka dengan reply sdr tetapi kerana mengandungi nama satu hamba Allah sebelumnya yang saya terpaksa saya delete. Mendelete reply sebelum menjadikan saya terpaksa mendelete reply sdr.

    Laman Emjay bagai rumah saya. Setiap pengunjung dialu-alukan mengunjungi rumah saya ini namun kalau sangat kurang sopan saya terpaksa delete. Sdr nurunha adalah mangsa keadaan.

    Semoga sdr mendapat rahmat Allah dari Laman Emjay ini.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Bagaimana kalau saya belajar dari nurunha, sdr tulislah artikel tentang kepimpinan dan saya jadi pembacanya. Bagaimana. Gunalah sebarang subjek yang sdr rasa sesuai .

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Tajuk perbincangan disini adalah berkaitan dengan kepimpinan, dan subjeknya adalah Dato' A. Sani Karim, bukan nicole dan lain2.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam wbh akukesal.

    Terima kasih kerana membantu mengajar di Laman Emjay.

    Bagi makluman sdr, ustadzfirmanlangit adalah bomoh besar di Semarang. Dia ni sekadar nak buat saya marah. kalau nak tengok laman ustadzfirmanlangit ini boleh berkunjung ke http://www.mahaspiritual.com/index.htm tetapi jangan terpesona dan mengikuti amalannya. Adik beradik kembar ustadzfirmanlangit di Malaysia ialah Master Rizal dari anugerahagung di http:///www.anugerahagung.com.

    Sekian wassalam wallahualam dan terima kasih sekali lagi

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Terima kasih pak kerna promote aku punya situs.... Kalau bisa mampir ke Semarang silakan Pak....

    ReplyDelete
  12. Sebetulnya aku udah kena block di situs ini... kerna tidak seiring sama bapak ustadz mj..

    ReplyDelete
  13. nurunnha.... mj ni memang sengaja nak delete komen sesapa yang tak sehaluan dengannya... Tujuan blog ini diwujudkan bukan untuk berdiskusi tetapi untuk menyebarkan dakyahnya... Sebab tu semua kena angguk dan "YES USTAZ" je...

    Ayat2 yang dia suka... begini bunyinya ...: Alhamdulillah terima kasih di atas penjelasan ustaz..... Saya amat setuju dengan pendapat ustaz.... Boleh tak ajarkan saya ilmu tauhid... ...Itulah ayat2 yang dia nak... dia amat suka orang belajar dengannya agar Ajaran WAHABInya dapat disebarkan.... Nasab ke-13 Syeikh Abdul Kadir Jailani sendiri mengatakan dia amat sedih dengan kemunculan golongan wahabi yang sudah jauh menyimpang dari Islam... mereka begitu sempit dalam pemikiran dalam semua bab agama dan kehidupan.

    ReplyDelete
  14. Saya rasa...tak lama lagi ..saya kena block lagi dan komen2 saya kena delete...
    Nurunnha... berhati-hati dengan pancingan mj ni untuk meraih sokongan.... dia buat baik dan buat-buat warak.

    ReplyDelete
  15. Kalau betul kita nak tegakkan yang benar... buat apa nak bangga dan promote orang yang dedah aurat..tak kisah la dia Islam ke tidak... Kalau ikut fahaman mj ni..kita boleh berbangga dengan penyanyi2 orang putih yang terhenjut-henjut tayang aurat tu.... Bangga dengan pencapaian diorang. Maknanya bagi dia takpa puja orang yang seksi... sebab dia bukan Islam..yang perlu dihentam orang Islam je... tak ke sama bathil tu... menggalakkan benda2 maksiat.... Habis tu Hindu cucuk hidung dengan besi ko tak bangga???? Itu kan hebat nampak.. Kan sama bathil tu... susah orang belagak faham tauhid ni... Tajuk lain dia bincang benda lain....tak kisah pasal maksiat ..bangga lak tu... malah kutuk pemimpin pulak tu... Apsal ko tak kutuk PAK LAH JE???? kan itu ketua segala ketua menteri dan sebagainya???? Silap2 ko kena tangkap bawah ISA baru ko tahu tinggi rendah langit.... Masa tu la nak tgk tauhid tak tauhid.

    ReplyDelete
  16. Kekandaku antijumudpencen,Saya disini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata dan terkasar bahasa terhadap kekanda.Ampunkan saya. Semoga kita semua beroleh ilmu dan manafaat yg baik dari prof emjay dan juga laman webnya.asif

    ReplyDelete
  17. awak guna perkataan anjing... bagus, jelas sekali guru anda yang ajar... yang bathil tetap bathil yang haq tetap haq... Anda semua tidak dapat menilai ulama dan yang bukan. Ustaz dan yang bukan... Sesat dan yang bukan... Maknanya..kerana pemimpin tu banyak jasa....maka dia terkecuali daripada tuduhan sesat..walaupun ternyata menolak hukum al-quran dan hadis sebagai perlembagaan. Inilah maksud ayat: "anjing pun tahu hormat orang yg bagi dia makan." dari anda. Begitulah sikap golongan WAHABI ini... bila terhutang budi dan jasa maka senyap terus. Anjing tak gigit tuannya walaupun tuannya penyangak atau golongan kafir... sebab dia anjing tak ada akal menilai kebathilan.... Apa hang nak jadi macam anjing ke???

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum ustaz emjay.... harap jawab salam saya.... terlebih dahulu saya minta maaf byk2 kerana sebelum ini menimbulkan kemarahan ustaz emjay... sebenarnya saya sememangnya akui kebenaran yang ustaz sampaikan..... maka dengan ini saya nyatakan bahawa saya berpencen dari mengata ustaz sebarangan... harap ustaz boleh memberi tunjuk ajar kepada saya di hari-hari yang mendatang...doakan saya agar hati saya lebih terbuka untuk menerima ilmu2 Allah dari ustaz emjay.

    ReplyDelete
  19. tu la antijumud..

    ko tak kenal lg dgn mj ni.. dia ni seorang ulama, pendakwah, doktor, pakar pemakanan, pakar perubatan islam, pakar motivasi, pendek kata, semua lah... silap-silap betolkan kapal selam pun dia pandai ko tau tak..

    tu sebab ko kene suspek sikit dgn dia ni..eh silap, respek sikit.. haaa..baru ko tau..respek rileks respon.. 3R..

    ReplyDelete
  20. waalaikumussalam wbh

    Gunakanlah Laman emjay sebagai satu wadah untuk beramal berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...Astagfirullah....apa yang manusia ini lakukan....kenapa kita sesama Islam sendiri bertikam lidah nak menegakkan yang hak..bukankah kita disuruh kembali kepada Al-Quran dan Hadith sekiranya terdapat perselisihan faham...tak cukup lagikah musuh Islam didunia ini sehinggakan orang Islam sendiri dijadikan musuh...
    (maafkan saya jika terkasar kata...)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Ustaz Emjay,
    Sorry kalau off topik tapi saya nak bagitau berita gembira sikit.
    Semenjak ikut salah satu nasihat ustaz iaitu stop makan maggi/ikan sardin tin/makan2 tin & kurangkan garam Alhamdulillah sekarang pinggang saya dah tak sakit lagi bila bangun tido atau duduk.Tak ambik apa2 ubat pun cuma sakit bahu kana saya masih ade kerana bila tido saya selalu banyak mengiring ke sebelah kanan .
    Alhamdulillah.....syukur.

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah syukur di atas rahmat Allah kepada sdr nanotech

    ReplyDelete
  24. mj.. aku rasa baik la ko apply jawatan tim. presiden FAM tu skrg.. tgh kosong tu ha.. kalu ko pegang jawtn tu kompem msia jd juara 'world cup' akan dtg.. kompem.. blh ajar dia org ilmu tauhid sekali.. ye x?

    x pn ko bertanding pilihanraya ke, jd PM. lg bagus.. blh la msia maju dlm segala bidang mengikut telunjuk ko. haa..

    tp ko ni umno ke? x aku rasa sbb ko kata umno sesat? pas? ntah la sbb aritu kata tg. haron din sesat.. tg nik aziz aku x pasti sesat ke x mengikut pandangan ko.. nik aziz camne mj?? sesat x?? DAP? kapir la pulak? habis tu? ntah la..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbh Kepada antijumudpencen

    Nasihat saya tentang komen-komen dari si nurunnha tu, usah dilayan. Orang kate, ngabiskan beras saja.

    Nanti dia penat dia berhentilah tu.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  26. emjay ingatlah salah stu kekuatan roh islam adalah mengenai amalan tarikat,ramai pejuang kemerdekaan seperti Raja Haji,Tokku Palioh, Tok Janggut,kyai mustahil,kiyai selamat adalah terdiri daripada pengamal tarikat... Berani saudara mengkafirkan mereka/?

    ReplyDelete