Assalamualaikum wbh sekalian pembaca Laman Emjay.
Pada 22 Mei 2007 saya telah upload artikel bertajuk Bomoh semakin berani atau ulamak semakin lesu!!!!!!!!!!!. Artikel ini alhamdulillah telah mendapat respons yang memberangsangkan dan reply untuk artikel tersebut sehingga hari ini berjumlah lebih dari 70 kesemuanya. Antara reply tersebut adalah reply berhubung dengan selawat syifa. Reply berhubung selawat syifa ini benar-benar mencabar pegangan saya.
Apabila Selawat Syifak sudah masuk thread ini, saya benar-benar menjadi serba salah, dibiarkan tidak boleh seolah-olah saya meredhainya. Saya dengan ini telah berusaha mencari seseorang untuk membantu menyelesaikan isu selawat syifak dan Alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan seorang yang memang berpengetahuan luas tentang ilmu hadis dan ilmu bahasa Arab. Berikut adalah ulasan hamba Allah ini berkenaan selawat syifak dan selawat tafrijiah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maksudnya: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah."
Menurut ilmu tatabahasa arab, gantinama akan kembali kepada nama yang disebut pada bahagian akhir ayat. Dalam kes selawat syifak, nama Nabi Muhamad saw telah disebut pada hujung ayat ……..sayyidina muhammadin.
Lafaz ……Muhammadin berbaris dua bawah pada akhirnya dan lafaz ….tibbilqulub hingga ….wadhia iha berbaris bawah kesemuanya. Ini menjelaskan bahawa ….tibbi… sehingga ….wadhia iha… adalah sifat kepada Nabi Muhamad saw yang boleh mengelirukan pembacanya sehingga dia beriktikad bahawa nama Nabi Muhamad SAW mempunyai kuasa yang boleh menjadi penawar kepada hati-hati (kalbu-kalbu) dan juga penawar / penyembuh dan juga menjadikan badan sihat dan juga menyembuhkan penyakit-penyakit serta menjadi cahaya kepada penglihatan mata hati.
Sedangkan kami ahlisunnahwaljamaah beriktikad bahawa Nabi SAW sudah wafat dan adalah mustahil baginda boleh kembali ke dunia dan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan doa ini tanpa mengamalkan sunnahnya.
Komen mengenai Selawat tafrijiah.
Maksudnya Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.
Tafrijiah dari sudut bahasa arab membawa maksud menyelesaikan kesusahan.
Ijmak dari semua ahlisunnah waljamaah bahawa sesiapa yang meninggal dunia maka sudah terputus hubungannya dengan dunia. Termasuklah semua rasul-rasul dan para nabi. Hanya mereka yang berpegang kepada ajaran yang sesat bernama BRILWI (banyak diamalkan di India dan Pakistan ) yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad SAW boleh kembali ke dunia ini pada bila-bila masa khususnya ketika diseru oleh manusia.
Adalah sudah jelas bahawa Nabi Muhamad SAW seumur hidup baginda memperjuangkan kesucian akidah Islam yang mentauhidkan hanya Allah SWT.
Berikut adalah pesanan Nabi yang terakhir sebelum baginda wafat mafhumnya: “Laknat Allah kepada orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur-kubur Nabi-Nabi mereka sebagai tempat untuk beribadah.” Riwayat dari Imam Muslim.
Nabi SAW melarang kita semua mengikuti jejak orang Yahudi dan Nasrani.
Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang selawat tafrijiah, marilah kita semua belajar tatabahasa arab iaitu lafaz allazi tanhal…. Lafaz allazi ini adalah perkataan penghubung yang berfungsi bagi menghubungkan nama yang sebelumnya dengan perbuatan yang seterusnya. Nama yang sebelum allazi adalah nama Nabi Muhammad manakala perbuatan selepas pembuatnya atau pelakunya adalah merujuk kepada perbuatan Nabi Muhammad.
Mengikut selawat tafrijiah ini, ada 6 perkara yang sangat penting di dalam selawat tersebut yang ingin saya tonjolkan di mana 6 perkara ini seolah-olah telah menjadi tugas Nabi Muhammad selepas beliau wafat iaitu:
tanhalubihilukad terjemahannya terbuka dengannya ikatan-ikatan. Gantinama dalam bihi kembali kepada nama Muhammad yang disebut sebelum perkataan penghubung allazi. Ikatan-ikatan sekiranya merujuk kepada surah al falak …. ‘ukad… membawa makna ikatan yang dibuat oleh syaitan. Apabila Nabi saw terkena sihir yang diusahakan oleh bomoh perempuan yahudi, Nabi sendiri tidak mampu mengatasi perbuatan sihir ini sehinggalah turun malaikat Jibril atas perintah Allah untuk mengajarkan kepada Nabi Muhamad saw cara merawat sihir iaitu dengan membaca surah Al Falak dan surah An Naas dan berdoa kepada Allah swt. Sekiranya sewaktu Nabi masih hidup dan terkena sihir ini, Nabi sendiri tidak mampu untuk menangani kesan sihir tersebut sehinggalah beginda membaca surah Al Falak dan surah AN Naas lalu berdoa kepada Allah, mana mungkin selepas wafatnya, beginda tiba-tiba mampu pula untuk menyembuhkan sihir (membuka ikatan) orang lain. Dengan ini adalah jelas bahawa tugas menyembuhkan dan merawat sihir atau ikatan adalah hanya tugas Allah SWT dan bukanya tugas nabi SAW. Apa yang paling penting di sini ialah, barangsiapa yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad saw boleh selepas wafatnya dipohon untuk merawati atau membuka ikatan sihir, maka mereka telah mempersekutukan Allah SWTBenarlah kata Nabi saw dalam hadis baginda yang sahih dari riwayat Muslim: mafhumnya:
Bersumber dari Abu Sai’id Al Khudri, dia berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sungguh kalian telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka masuk lubang biawak pun kalian akan mengikuti mereka”. Kami berkata: “Wahai rasulullah, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?”. Beliau bersabda: “Siapa lagi”.”.
Maka sudah jelas bahawa umat Islam telah mengikuti ajaran Yahudi yang menyembah Nabi Uzair dan Nasrani yang menyembah Nabi Isa dan kini umat Islam pula mengikut jejak langkah mereka dengan menyembah Nabi Muhammad saw.