Assalamualaikum wbh.
Kali ini ingin sekali saya melihat pembaca setia Laman Emjay menajamkan ilmu dengan membincangkan artikel yang saya ambil dari Majalah Mastika bulan Mei 2004.
Sebagai bantuan untuk membincangkan artikel berikut, berikut saya berikan garispanduan:
1. Adakah Mahani Dan bomoh sesat atau tidak?
2. Kalau sesat mengapa dan kalau tidak sesat mengapa?
3. Siapa sebenarnya Puteri Juana dan adiknya Puteri Nilam?
Sila berikan hujah perbincangan sdr sekelian dengan memberikan reply dalam ruangan yang disediakan di bawah artikel. Kepada yang ingin membincangkan isu ini, pastikan sdr telah berdaftar dengan multiply (percuma) kerana tanpa pendaftaran, anda tidak boleh memberikan pandangan. Daftarlah guna nama samaran pun tidak mengapa.
Semoga sdr sekelian dapat membincangkan dengan baik.
Emjay
Petikan dari MASTIKA Mei 2004
Mahani nak bersara jadi “Puteri Panca Kuning”
Bulan mengambang penuh. Bintang-bintang mengerdip di dada langit. Nun di celah awan gemawan, dua gadis nan jelita, berpurdah dan berjubah hitam terapung–apung di awangan lalu turun merapati Mahani Dan, 41, yang sedang terbaring di lantai gua.
Dua jelitawan yang diiringi enam lelaki segak bergaya itu merapati Mahani yang tak sedarkan diri selepas diserang demam panas. Salah seorang meletakkan senaskhah al-Quran pada dada Mahani lalu berundur setapak dua tanpa sepatah kata. Dua jelitawan itu kemudian tunduk membisikkan sesuatu di telinga Mahani.
“Puteri Panca Kuning, kita bertiga bersaudara,” kata salah seorang yang bernama Puteri Juana sambil diapit adiknya Puteri Nilam.
“Kanda ke mari bawa penawar untuk dinda,” kata Puteri Juana perlahan.
Dua puteri itu mengusap-usap seluruh badan Mahani dengan air daripada berjana emas.Selesai kedua-dua puteri serta enam lelaki tampan itu terapung–apung di awangan lalu hilang dari pengllihatan.
Esoknya, demam Mahani beransur-ansur sembuh. Sejak didatangi dua puteri pada 1991 itu, Mahani terus memakai gelaran Puteri Panca Kuning sampai sekarang. Dia juga dianugerahkan kebolehan memberi bermacam-macam petua untuk kerukunan rumah tangga dan ilmu pengasih.
BETUL sangat seperti yang dikhabarkan, beta memang dianugerahkan bermacam-macam kebolehan setelah dikunjungi dua saudara beta, Puteri Nilam dan Puteri Juana,13 tahun lalu. Kalau nak tahu, masa itu beta tengah demam panas teruk, mata terbeliak! Dahsyat…langsung tak sedarkan diri. Nasib baik dua saudara beta itu datang menjenguk.
Selepas dirawat, beta sihat walafiat sampai sekarang. Tak pernah lagi demam-demam, sakit kepala pun tak pernah. Begitu juga dengan anak-anak dan suami..
Selepas peristiwa pelik itu, beta selalu berjumpa dan bermesra dengan Puteri Juana dan Puteri Nilam. Suami beta dan anak-anak tak boleh melihat kedatangan mereka. Hanya beta seorang saja, sebab beta boleh melihat alam ghaib yang tidak dapat dilihat oleh orang lain!
Puteri Juana dan Puteri Nilam turut mengajar beta bermacam-macam petua untuk kerukunan rumah tangga dan ilmu pengasih. Insya-Allah kalau betul niatnya, sembuh apa saja penyakit yang hendak diubati
Macam-macam orang datang jumpa beta. Ada yang tanya macam mana nak lembutkan hati. Beta boleh cairkan, tapi kena hembus dulu dengan ilmu yang diajar Puteri Juana dan Puteri Nilam pada minuman.
Kemudian berilah minum pada orang yang keras hati itu,insya-Allah berubah.
Sesiapa yang nak ilmu pengasih pun beta boleh tolong, tapi niat mesti betul. Kalau tak susah
nanti! Beta bukan cakap besar, tapi selama ini tak terbilang dah orang yang beta tolong.
nanti! Beta bukan cakap besar, tapi selama ini tak terbilang dah orang yang beta tolong.
Yang nak bercerai pun kembali bertaut. Yang dah berpisah rujuk semula. Yang tak kahwin-kahwin menjelma jodoh. Yang bertahun-tahun menjanda, dapat laki baru.
Beta seronok tolong orang hinggalah pada suatu hari datang seorang wanita berusia 18 tahun mendukung bayi. Kasihan sungguh beta melihat nasibnya. Simpati beta mencurah-curah bila dia bercerita dengan deraian air mata. Bila beta Tanya apa yang terjadi?
Perempuan muda ini dengan esak tangis memberitahu suaminya ikut betina lain. Bukan main marah beta apabila dengar cerita begitu. Beta terus bantu tanpa banyak bicara. Beta juga berdoa agar dia mendapat semula suaminya.
Sekonyong-konyong dua tiga hari kemudian datang pula seorang pemuda berjumpa beta. Katanya isterinya dah ikut jantan lain! Dia merayu dan menangis meminta beta kembalikan isterinya. Hah…wanita yang beta tolong tempoh hari, itulah isterinya.
Beta rasa tertipu! Beta katakan padanya, kalau dah sampai isteri lari ikut jantan lain, ubat pengasih turun dari langit mana sekalipun dah tak berkesan lagi. Mana nak cari untuk dicalit. Sekali lagi perasaan kasihan beta tumpah. Kepada si suami itu beta nasihatkan carilah wanita lain sebagai ganti.
Tak ada jalan lain lagi, yang dah pergi tak akan kembali lagi!
Selepas kena tipu gadis bedebah itu, beta serik nak tolong orang. Beta tak mahu aniaya orang. Beta tak mahu rumah tangga pecah belah, yang beta mahu suami isteri hidup aman damai.
Kalau sesiapa nak jumpa, beta nak warning awal-awal. Kalau yang dah ada bini, minta ampun maaflah. Begitu juga dengan isteri-isteri yang dah ada laki, jangan nak menggatal macam gadis di atas tadi.
Kalau betul nakkan ilmu pengasih sebab nak eratkan suami isteri atau nakkan tunang sayang atau nak bagi kasih berpanjangan, bila-bila masa beta boleh beri. Tapi jangan tipu beta! Beta kesal sungguh peristiwa itu menyebabkan beta rasa berdosa memisahkan kasih seorang suami. Apa lagi anak dengan seorang ayah.
Tapi beta percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Suatu hari nanti perempuan muda itu akan terima akibatnya.
Bila difikir-fikirkan, beta rasa nak bersara jadi Puteri Panca Kuning. Beta nak jadi Mahani, isteri seorang lelaki dan ibu kepada tiga anak yang tinggal di tepi gua Kuala Perlis.
Kalau dah jadi Mahani semula, beta tidak akan berjumpa sesiapa lagi. Beta bukanlah Puteri
Panca Kuning yang memiliki kebolehan melihat alam ghaib. Beta akan beristirahat bersama suami dan anak-anak, Putera Indera, 11, Puteri Dewi, 10, dan Puteri Sari, 8.
Panca Kuning yang memiliki kebolehan melihat alam ghaib. Beta akan beristirahat bersama suami dan anak-anak, Putera Indera, 11, Puteri Dewi, 10, dan Puteri Sari, 8.
Ketika itu beta yang kembali menjadi Mahani akan berkata: “Saya nak berehat, biarkanlah saya menghirup angin lembut tanpa gangguan. Saya dah tak ada kemampuan lagi membantu. Carilah orang lain!!”
Petikan dari
MASTIKA Mei 2004
MASTIKA Mei 2004
Beberapa point dari pandangan saya:
ReplyDelete1.Melayu lama(Nusantara)
2.'Kesaktian' dari nenek moyang
3.Aqidah dan tauhid
4.Alam ghaib
5.Jin & Syaitan
6.Islam & Kepercayaan Melayu
Adakah ia sesat? tepuklah dada tanyalah iman anda
wallahuallam
axstudio
Terima kasih alhamdulillah di atas kesudian axstudio memulakan perbincangan.
ReplyDelete6 perkara yang disentuh axstudio cantik namun bagi pembaca biasa dirasakan agak sukar untuk mengupas dan memahaminya.
Sudilah kiranya axstudio tambah pencerahannya semoga mudah dibaca dan difahami sekelian pembaca laman emjay.
Sekian wassalam wallahualam.
Emjay
Assalamualaikum...
ReplyDeletePabila mengakunya seseorang manusia yang boleh melihat alam ghaib , maka dia sebenarnya telah mencampakkan dirinya kelembah kekufuran/sesat, kenapa ?
Kerana dia telah menyamakan dirinya dengan Allah..
Allah berfirman melalui surah Al-An'am ayat 59:
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" ...
Wallahualam...
Alhamdulillah syukur bhmn.
ReplyDeleteBetullah dan molek sekali.
Ceritalah lebih lanjut. Kalau dia mengaku melihat alam ghaib ........... Ceritalah lagi semoga pembaca Laman Emjay dapat ilmu yang lebih dari sdr bhmn.
SemoGa Allah terus memberkati dan merahmati sdr bhmn
Emjay
Assalamualaikum Wr. Wb.
ReplyDeleteAllah Ta'aalaa a'lam, pada pendapat saya sebenarnya Sang Puteri Panca Kuning telah diperalat oleh mimpi khayal yang dihembuskan oleh pada JIN yang sengaja mempergunakan dirinya untuk menyesatkan manusia.
Malangnya Sang Puteri tidak menyedari fitnah yang menimpahnya, bahkan dirinya menganggap pitnah itu sebagai satu anugerah yang istimewah dari Sang Pencipta, sehingga dengan bertopengkan "INSHA ALLAH" dia mengatakan yang dia dapat menyembuhkan, memberikan pasangan hidup kepada yang meminta dan bahkan menganggap dia mengetahui perkara-perkara yang ghaib, yang sepatutnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Walaubagaimanapun kuasa para JIN tidak ada makna sama sekali tanpa izin Allah SWT, sebagai buktinya tidak semua apa yang dinginkan Sang Puteri dapat dicapainya. Oleh itu sebenarnya Sang Puteri ingin bersara dari peranannya sebagai Puteri Panca Kuning. Mengapa???
Wallaahu a'lam bissawaab.
Alhamdulillah albangkawy.
ReplyDeleteAnak dan isteri apa khabar?
Wassalam wbh
Emjay
Alhamdulillahirabbilalamin, anak isteri dan kami semua selalu dan sentiasa berada di dalam rahmat, nikmat dan perlindungan Allah Ta'aalaa. Terima kasih atas doa dan tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan tuk kami.
ReplyDeleteSemoga antum dan seisi keluargapun demikian hendaknya.
Wassalamualaikum Wr. Wb.
albangkawy
Assalamualaikum wbh albangkawy dan pembaca laman emjay sekelian.
ReplyDeleteDalam 2 bulan ini kalau saya masih belum menulis artikel ANAK DILAHIRKAN SEBAGAI RAJA, JANGAN KEKALKAN MENJADI RAJA, saya minta albangkawy tolong ingatkan saya. Ia adalah satu ilmu yang penting untuk mendidik anak.
Wassalam wallahualam.
Emjay
Asalamualaikum...saudara apa kabar?maaf menganggu...banyak perkara yang saya dapat daripada saudara?jazakallhu kairan kasira..
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSaya alhamdulillah baik
Setiap yang baik adalah dari Allah dan mana-mana yang buruk adalah dari kelemahan saya jua.
Banyakkanlah kita semua bersyukur kepadaNya semoga kita semua ditambahkan nikmat dan rahmatNya.
Emjay.
Waalaikumussalam Wr. Wb.
ReplyDeleteInsha Allah, shukran kathiiran, sangat banyak maklumat yang saya timba dari antum, semoga amal ibadah antum diterima dan dirido-i Allah SWT.
Amin yaa Rabb.
Albangkawy66
1. Mahani Dan - bomoh sesat
ReplyDelete2. Sebab percaya kepada ajaran dan pertolongan selain daripada Allah.
3. Syaitan yang suka memperdaya.
Mahani tidak sesat.. cuma dia terlalai sahaja...
ReplyDeletemahani tidak melihat alam ghaib... cuma jin sahaja yg beritakan kepada dia
mahani tidak melakukan pertemuan jodoh.. tapi ALLAH jua lah yg mengetahuinya.(mengaturkannya /satu kebetulan bila jumpa mahani dapat jodoh...)
mahani tidak ada kesaktian cuma ...satu kebetulan sahaja...
mahani sebenarnya diuji aqidah dan tauhid nya...
diuji akan alam ghaib (roh) , jin syaitan dan kefahaman keimanan dia.
sekian dari saya
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pendapat johnputra ini.
Emjay
Seseorang yang menjadi bomoh samaada secara sedar atau tidak sedar tetap sesat.
ReplyDeleteSeseorang yang dilahirkan sebagai orang kafir walau pun tidak sedar akan kesesatannya tetap juga dikategorikan sesat. Semoga orang-orang seperti ini diberikan hidayah oleh Allah SWT
Emjay
emjayjb wrote on Apr 4
ReplyDeleteSeseorang yang menjadi bomoh samaada secara sedar atau tidak sedar tetap sesat.
Persoalan saya. Adakah sesat.? mcm mn sesat nya dia.?. dan apakah tindakan emjay.? Jika dia bergelar bomoh dia sesat tapi jika dia tidak bergelar bomoh tidak sesat ke>> ? Adakah ini maksud emjay. Jika orang sakit .. apakah pertolongan yg emjay berikan kepada mereka yg sakit.?
Seseorang yang dilahirkan sebagai orang kafir walau pun tidak sedar akan kesesatannya tetap juga dikategorikan sesat. Semoga orang-orang seperti ini diberikan hidayah oleh Allah SWT.
Bagi persoalan di atas: adakah emjay tahu yg emjay akan dilahirkan dalam Islam? Adakah emjay terima jikalau emjay dilahirkan dlm kafir? dan adakah emjay mahu kafir berterusan jika dilahirkan dalam kafir. adakah emjay akan mendapat hidayah dari ALLAH swt. Siapa yg harus membentuk Islam seseorang yg tidak mengenali akan apa ITU ISLAM>>>? bukan kah itu tanggungjawab penganut yg beragama ISLAM untuk mengembangkan ajaran ISLAM. Jadi pada saya, tidak ada manusia yang mahu lahir dlm kafir jika dia tahu tempat dia adalah neraka, tetapi tidak semestinya kafir itu bertempat di neraka. Dan kita yg dah beragama Islam ini , jangan lah rasa megah diri akan masuk surga, sebab belum tentu lagi bau surga dapat di kecapi. SEBAB yang sebenarnya SIAPA KITA UNTUK MENJATUHKAN HUKUM KEPADA SESEORANG MANUSIA. FIKIR FIKIR DALAM DALAM.!! JANGAN CUBA MENDAHULUI HUKUM ALLAH YG ESA!! so berpada pada lah dalam mengembangkan ajaran ISLAM. Dan INSAFLAH wahai sekelian makhluk ALLAH yang berforum di dalam Internet mahupun diluar sana. kerana sesungguhnya SESAT itu sememangnya menanti pertelagahan kalian semua dalam ISU ini..baik diruangan emjay mahupun dimana mana ruangan/forum. wassalam.
Jangan cepat melatah dalam berhukum MJ.Walhal perjalanan hidup MJ sendiri tidak tahu apa kesudahannya. Jangan menuduh orang lain sesat sebelum mengetahui hal ehwal sebenarnya. Kita hanya nampak kesalahan orang lain tetapi siapa kita untuk menghukum kafir atau sesat. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui. Nak tahu mintalah pertunjuk. Bukan melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya. Nampaknya MJ pukul rata semua yang merawat itu adalah bomoh walaupun pada hakikatnya tidak, seperti rawatan Islam.
ReplyDeleteKalau sdr penentang meredhai bomoh Mahani, apa kata sdr bawak semua anak isteri pergi bomoh Mahani semoga sdr kelak dapat berbagai kebaikan??????
ReplyDeleteEMjay
Aku tidak percaya kepada bomoh. Minta pertolongan melalui rawatan Islam adalah suatu ikhtiar yang benar sebab bukan bersandarkan kelebihan bomoh. Baik dan buruk itu datangnya daripada Allah s.w.t. Dia yang mengizinkan berlaku atau tidak.
ReplyDeleteKalau tidak percaya kepada bomoh mengapa pula sdr nak jadi pembela kepada bomoh Mahani. Cakap pusing-pusing buat orang pening.
ReplyDeleteEmjay
Aku ada cakap ker nak bela bomoh Mahani? Melalui perawat yang mengamal perubatan Islam. Cuma aku perbetulkan kefahaman bahawa jangan beranggapan bomoh itu sama dengan perawat Islam yang benar. Salah tetap salah. Betul tetap betul. MJ sahaja yang jumud dalam pemikiran sebab tidak selidik dulu. Cepat buat andaian itu,ini. Kemudian war-warkan supaya diri MJ itu benar dalam segala hal. Macam tak pernah buat kesilapan.
ReplyDeleteSaya beranggapan saudara Penentang ni tak cukup arif persoalan jin dan keterlibatannya dalam menganggu dan menyesatkan manusia (Islam khususnya). Apa pun, dari cerita di atas jelas situasnya Mahani itu telah mendapat 'power'nya melalui makhluk sesat inilah (jin). Mengapa? Islam itukan amat jelas. Seseorang itu mendapati duitnya setiap bulan bertambah di dalam akaun bank, mengapa? Sebab dia ini bekerja....sudah tentulah majikannya yang memasukan duit tersebut........
ReplyDeleteAdalah mustahil seorang pengganggur akan dapati setiap bulan akaunnya akan bertambah......jika berlakulah juga pertambahan duit kepada sang pengtu;anggur itu, pastilah adalah kesilapan telah berlaku dan sang penganggur itu adalah DIHARAMKAN mengambilnya. Kalau ambil, kan dihukum!
Begitulah situasi sang Mahani itu. Tup Tup terus dapat power...tengah tidor lagi tuh..........Tak yag dok gi ngaji ngan tok guru, tak yah blajaq rajin2 tuk dapat segulug ijazah...alih2 boleh ngubat dan boleh macam2 lagi...Persoalannya mana datangnya power tu???
Dalam Islam dah jelas:
Ma'unah: kelebihan dari Allah untuk orang2 yang Soleh di kasihi Allah sebab mereka ini teguh taat pada Allah dan terhindar dari rosak aqidah.
Istidraj: pemberian Allah juga tetapi kepada golongan derhaka sama ada orang Islam yang jauh amalan agamnya atau juga kepada orang kafir. Pemberian ini ada beberapa sebab antaranya atas pemurah Allah yang tidak pernah zalim seperti kekayaan. Ia juga atas sebab kemurkaan Allah agar golongan ini terus leka dan sesat lantaran hatinya telah mati dan tidak sekali2 sedia untuk menerima kebenaran. Mereka ini kelak akan ditarik nikmatnya serta-merta...
So, fikirlah di mana kedudukan dalam isu ini.........
Satu perkara lagi, kalau pun Ma'unah yang diterima, seklai 2 seseorang itu tidak boleh memanfaatkannya sesuka hatinya seperti menemukan jodoh, menyembuhkan dsbg. Kalo seseorang itu ngaku jugak, maka itu semua adalah DARIPADA SYAITAN YANG SENGAJA BERTUJUAN MENYESATKAN SANG BOMOH YANG PERASAN BERSAMA PESAKIT@ YANG JAHIL TU SKALI>>>>CIANNN
Ingatlah, nabi yang sedia maklum ada mukjizat tu pun bukan ske2 nak tunjuk handal pada pengikut2nya, hanya sekadar membenarkan ia sebagai utusan Allah sahaja....
Sedang wali yang ada karamah pun bertambah risaunya apabila terbelaku karamah kerana bimbang dirinya akan terpesong lantaran kelebihan itu
INIKAN KITA MANUSIA BIASAK......
Assalamualaikum wbh saudara seagama dan laknat Allah terhadap iblis dan pengikutnya
ReplyDeleteAlhamdulillah eloklah tu sdr perdanaxyz
Emjay
Assalamualaikum. Dlm kes Mahani ni lebih baik kita jangan melabelkan dia sesat. Cukuplah sekadar "jahil". Saya x hafal hadith atau darjat hadith tapi pernah jumpa hadith Nabi S.A.W yg melarang kita memanggil saudara kita sesat sebab ia akan menimpa salah seorang dari keduanya. Jika benar orang yg kita katakan tu sesat maka akan teruslah sesat. Jika dia tidak maka kitalah yg akn ditimpa kesesatan. Nauzubillah.
ReplyDeleteassalamualaikum..semua.bg saya Mahani mempunyai keikhlasan hati yang jarang terdapat dalam diri seseorang
ReplyDeletehatinya baik maksudnya tiada penyakit hati dalam dirinya contohnya iri hati, hasad dengki ,buruk sangka dan lain lain lagi.....Apa yang Mahani tempuh memang tidak mustahil!!!...Siapa yang datang menolongnya juga mahluk ciptaan ALLAH jua... Apa keistimewaan mahluk itu pun datangnya dari ALLAH JUA ..bukannya dari diri mahluk tersebut bezanya kita dengan dia cuma berlainan alam... iaitu hubungan sesama mahluk ALLAH..
Kita sesama manusia pun ada keistimewaan masing2...kalu kita susah kita mintak tolong dengan sedara mara,kekawan juga. betul!! apa kekawan dan sedara tu BERKUASA KER? Kalau tidak dengan izin ALLAH..
Dalam kes Mahani memang dia diuji..ALLAH...SUPAYA TERUS MEMPELAJARI ILMU ALLAH...
Waktu zaman jahiliah sewaktu Nabi Muhamad SAW berdakwah 1400 tahun dahulu, orang-orang kafir Quraish di Mekah = orang kafir = orang sesat = orang jahil = orang jahiliah.
ReplyDeleteEmjay