Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 30 July 2007

Pemimpin bagai pokok dedalu

Assalamualaikum wbh

Pada minggu lepas saya dan rakyat Malaysia lainya tumpang bergembira apabila Nicol David dan Mohd Azlan Shah Iskandar menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di di The Curve, Mutiara Damansara. Sila baca keterangan lanjut di http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm.

Kejohanan skuasy ini adalah kejohanan peringkat antarabangsa yang disertai oleh juara-juara dunia. Dengan kejayaan Nicol David ini, kedudukannya sebagai peneraju world ranking semakin mantap dan agak sukar digugat oleh pemain lain. Ini barulah world class.

Malaysia dengan saiz fizikal Nicol David yang sekadar bersaiz kebiasaan orang asia yang pendek, sudah mampu menewaskan pemain dunia lainnya terutama sekali dari Australia dan England.

Pada minggu lepas dan minggu sebelumnya pula Malaysia dirundung kesedihan apabila pasukan bolasepak yang  bertanding dalam kejohanan Piala Asia mengalami kekalahan yang memalukan kepada China dan Uzbekistan.

Ekoran kekalahan mengecewakan ini, Timbalan Presiden FAM iaitu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga anakanda Sultan Pahang yang memegang jawatan Presiden FAM telah meletakkan jawatan dengan serta-merta dan jawatan-jawatan lain dalam FAM.

Bagi saya perletakan jawatan Timbalan Presiden FAM oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah suatu tindakan yang amat mulia dan wajar sekali. Kalau dibanyak negara dunia, hal yang kecil menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan sebagai tanda kebertanggungjawaban. Sebagai tanda hormat, seorang lagi anggota bebas majlis FAM Khairy Jamaluddin juga telah meletakkan jawatannya dengan serta-merta.
Dalam surat kepada Setiausaha Agung FAM, Khairy, yang menjadi anggota bebas FAM pada 2005, berkata, beliau membuat tindakan itu sebagai tanda hormat kepada keputusan Tengku Abdullah meletakkan jawatan daripada persatuan itu.
Tindakan ini juga pada pandangan saya adalah wajar. Namun persoalan saya ialah adakah dengan perletakan jawatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan presiden dan Khairy Jamaluddin sebagai anggota bebas majlis FAM dapat merubah situasi pasukan bola sepak Malaysia yang kini menduduki ranking  tangga 149 dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas berada pada kedudukan ke-118 beberapa tahun lepas? Pada pendapat saya, tindakan kedua-dua orang penting FAM ini tidak akan membawa sebarang perubahan di dalam FAM!!

Sila baca artikel saya bertajuk IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/iktibar-dari-kepimpinan-fam-di-malaysia.html

Di dalam artikel tersebut saya ada menceritakan ilmu yang amat berguna iaitu “kalau di hulu sungai airnya begitu keruh, di kuala bertambahlah keruhnya ”. Maksudnya ialah kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Kalau bapa kaki betina, insya-Allah anak-anaknya kalau perempuan menjadi bohsia dan kalau lelaki menjadi bohjan.

Selagi FAM dipimpin oleh
Sultan Ahmad Shah, selagi itulah FAM akan semakin tenat. Itulah sebabnya selama 23 tahun FAM diterajui oleh Sultan Ahmad Shah, ranking pasukan bola sepak Malaysia tidak pernah naik malahan merosot dan terus merosot.

Dalam artikel KTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA saya ada menceritakan mengapa SRAM atau persatuan Skuasy Malaysia begitu cemerlang dengan Nicol David, Ong Beng Hee dan Mohd Azhar Iskandar. Tidak lain tidak bukan adalah kerana SRAM di pimpin oleh seorang yang mempunyai akhlak dan peribadi yang cemerlang. Saya tidak mengenali presiden SRAM ini. Orang ini tidak menonjol langsung di dada akhbar dan TV namun orang ini bagus sekali kepimpinannya dan ini dibuktikan dari pelbagai kejayaan Nicol David dan lain-lainnya. Orang ini tidak lain tidak bukan ialah Dato' A. Sani Karim.





Nak tahu seorang pemimpin, lihatlah meraka yang di pimpin. Nak tahu orang yang di pimpin, lihatlah pemimpinnya.  Atas dasar inilah cukup menjelaskan mengapa  penyampai berita di  stesen-stesen TV tidak menghormati Islam dengan tidak memakai tudung dan mendedah aurat.


Didalam  kita memuji Nicol David dan
Mohd Azlan Shah Iskandar diatas kejayaan mereka, janganlah lupa mengucapkan tahniah kepada pemimpinnya iaitu Dato' A. Sani Karim.

Didalam kita sedih dan marah kepada pemain bolasepak negara dalam kejohanan bolasepak Piala Asia yang baru berlalu, jangan lupa untuk turut marah kepada pemimpinnya iaitu
Presiden FAM Sultan Ahmad Shah sultan Pahang. Selagi FAM di pimpin oleh orang seperti ini, tunggulah kucing bertanduk untuk melihat peningkatan mutu bolasepak negara.

Pasukan bolasepak IRAQ tanpa kemudahan dan persediaan yang first class ditambah pula keadaan negara yang huru hara telah menjuarai kejohanan bola sepak Piala Asia semalam kerana selain mempunyai pemain yang baik, pasukan ini juga dipimpin oleh pemimpin yang berkualiti sebagaimana berkualitinya pimpinan Dato' A. Sani Karim.

Malaysia telah mempunyai pemimpin  / leader berkualiti sebagaimana
Dato' A. Sani Karim namun persoalan saya bilakah pemimpin seperti "pokok dedalu" yang sedang menerajui FAM akan disingkirkan? Jangan lah tunggu sehingga pokok perumah mati baru nak buang pokok dedalu ini!!

Seorang Sultan wajar sekali dihormati sebagaimana juga Sultan Pahang namun apabila Sultan Pahang ini sudi mencemar duli dengan memimpin FAM, maka beginda perlu sanggup menerima akibatnya. Kalau bolasepak negara maju, kita akan memujinya, tetapi jikalau sebaliknya, kenalah letak jawatan atau dipecat. Jangan malu dan takut mengatakan "enough is enough" kepada pemimpin seperti pokok dedalu.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay  

 

Thursday, 26 July 2007

kes minda bawah sedar Prof Dr Ibrahim - kajian kes dan latihan untuk pembaca

Assalamualaikum wbh semua pembaca Laman Emjay

Baru sebentar tadi saya mendapat email dari seorang pembaca Laman Emjay Che Lah bertanyakan:

Assalamualaikum tn haji...
semoga tn hj dan keluarga sehat dan dilindungi Allah sepjg masa adanya..
 nk tanya ckit....
kemana menghilang hingga laman mj x di kemaskini....

Memanglah beberapa minggu ini saya sangat kesibukan kerana semester sudah bermula. Kena mengajar dan pelbagai urusan fakulti lainya.

Sebagai mengisi ruang di Laman Emjay, kali ini saya meminta semua pembaca pula membuat latihan pengukuhan agar semua pembaca juga mantap. Latihan dan ujian ni baik sebagaimana saya memberikan latihan dan ujian kepada pelajar-pelajar saya.

Latihan kali ini ialah berhubung artikel yang ditulis oleh Prof Dr Ibrahim yang keluar di Utusan Malaysia

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Utusan Malaysia, 14/02/2004

Keluarga


Mengenal diri - Guna teknik Minda Bawah Sedar

SEBAGAI ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri. 

"Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,'' ujar pengamal perubatan alternatif Prof. Dr. Ibrahim Ahmad, ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan.

Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.

Beliau memberi contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.

Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.

"Caranya mesti betul, insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia dilakukan dengan syarat-syarat tertentu," ujarnya.

Memperjelaskan maksudnya itu, beliau berkata, seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.
Adalah lebih baik katanya, ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan.

"Lebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih,'' ujarnya.

Sambil memberi contoh ibu bapa yang menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak boleh mengikut kaedah ini.

"Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.

"Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan. "Kemudian katakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan," saran Ibrahim lagi.

Seboleh-bolehnya kata beliau lagi, kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas.

"Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,'' ujarnya.

Beliau menambah teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif.

"Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif," katanya.

Ibrahim menegaskan sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. 

Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.

"Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi," ujarnya sambil menegaskan apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.

"Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar.

"Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama," ujarnya yang memilikki kelayakan dalam bidang perubatan alternatif dari Open International Universty For Alternative Medicines, India.

Sambungnya lagi, dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan.

"Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan,'' ujarnya.

Beliau memberitahu antara kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu melalui pemerhatian dan kedua,penulisan. 

Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. 

Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.

Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari.

Katanya, melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti. 

"Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya.

"Perkara-perkara berkaitanlah yang sering saya tekankan ketika memberi ceramah," katanya yang mengendalikan program itu melalui syarikat miliknya, Positive Mind Resouces sejak dua tahun lalu. 

"Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain," ujarnya.

Bengkel Minda Bawah Sedar pertama beliau di Kuala Lumpur akan diadakan pada 6 Mac ini bertempat di Hotel Kuala Lumpur International (KLI). Bagi yang berminat mengikutinya boleh menghubungi talian 019 2551363 atau 019 4244333.

Tuesday, 24 July 2007

Meninggal Di Masjid Nabawi


Assalamualaikum wbh

Lihatlah bagaimana didunia lagi Allah tunjukkan bagaimana hambanya yang taat dicabut nyawanya ketika sujud.

Mudah-mudah hamba Allah ini diredhai Allah dan diterima segala amal ibadahnya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Saya menerima forward email ini daripada sdr Mohamad Sidek Shara. Terima kasih daun keladi.

Emjay

Monday, 23 July 2007

Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!!

Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!!

Assalamualaikum wbh skelian pembaca Laman Emjay yang dikasihi

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Beberapa hari lalu saya mendapat email dari seorang pembaca dan di dalam email ini tertulis ”Pertamanya saya mintak maaf banyak-banyak sebab lambat balas email ustaz, computer saya diserang virus (sbb saya ni jahat sket, pergi lawat laman web tak senonoh).”. Alhamdulillah memang saya begitu gembira menerima tulisan email seperti ini. Semoga penulis email ini sentiasa dirahmati Allah. Dia sedar kesalahannya melayari internet perkara tak senonoh mengundang kemurkaan Allah sehingga ditadbirkan Allah komputernya rosak diserang virus

Setiap yang Allah berikan sebagai ujian mengandungi pelbagai mesej tertentu. Silalah baca artikel saya bertajuk SABAR DENGAN UJIAN.

Apabila Allah sayang kepada umatNya, semakin banyak ujian yang diberikan kepada umat tersebut semata-mata agar umat ini menjadi lebih baik. Untuk memahami perkara ini, saya ingin memberikan satu analogi:

Kita semua sangat sayang kepada anak-anak kita, betul tak? Atas dasar sayang ini kita telah bersusah payah menghantar anak-anak kita semuanya pergi ke sekolah. Mengapa kita semua sebagai ibu bapa menghantar anak-anak pergi ke sekolah? Bukankah rumit dan mahal untuk menghantar anak ke sekolah? Semuanya ini kita lakukan tidak lain tidak bukan atas satu dasar agar anak-anak ini sentiasa diuji melalui sistem persekolahan sekolah. Pelbagai ujian disediakan di sekolah seperti soalan lisan, mencongak, latihan di rumah, ujian bulanan, ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun, peperiksaan UPSR, PMR, SPM dsbnya. Ujian ini bersambung lagi dengan ujian di matrikulasi dan ujian yang lebih mencabar iaitu ujian di universiti. Semua ujian ini adalah mencabar dan pastinya kita semua bersungguh-sungguh memastikan anak-anak ini menjalani ujian-ujian ini semoga pulangan yang diperolehi dari sistem pelbagai ujian ini ialah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik selain mendapat pelbagai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Allah menyediakan pelbagai ujian untuk manusia sebagaimana analogi saya di atas adalah atas dasar Allah SWT yang pengasih lagi penyayang semoga semua manusia menjadi orang yang beriman dan sebagai ganjaran mahal dari Allah ialah dimasukkan ke dalam syurga. Kena sakit adalah ujian. Kena saman polis juga adalah ujian. Terluka di tangan juga ujian. Anak patah tangan adalah ujian. Tidak lulus periksa juga adalah ujian. Kesempitan wang adalah ujian. Hati yang tidak tenteram adalah ujian. Dinaikkan pangkat adalah ujian. Diturunkan pangkat adalah ujian. Statik (gaji tidak naik dan tidak turun) juga adalah ujian. Kemalangan kereta adalah ujian. Begitu banyak ujian yang diberikan oleh Allah kepada umatnya agar umat ini insaf dan sentiasa menjadi semakin baik.

Nabi Yunus diberikan ujian berat oleh Allah SWT sehingga ditelan oleh ikan nun kerana kesilapan bersangka buruk terhadap umatnya. Selepas lulus ujian ini dan melakukan banyak zikir yang digemari Allah sebagaimana di dalam Al Quran “lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin .... tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah orang yang zalim”. Alhamdulillah saya berada di kedudukan sekarang ini juga setelah banyak sekali  ujian yang saya telah lalui. Setengah dari ujian ini tersangat berat namun mengapalah perlu takut dengan ujian yang berat kerana kalau berat ujiannya, insyaAllah berat juga faedahnya. Ujian peringkat sarjana dan PhD adalah berat namun ganjarannya adalah lumayan. Allah juga telah menegaskan dalam Al Quran “sesungguhnya setiap keburukan ada kebaikan!”.

Ujian berat dari Allah seperti cerita artikel saya Pengalaman bersama orang yang kerasukan () di mana hamba Allah ini diberikan kerasukan di sekolah, dirumah dan di mana-mana adalah satu ujian yang sekiranya lulus, hamba Allah ini bakal mendapat kehidupan masa hadapan dengan akidah yang mudah-mudahan lurus. Setelah ujian ini lulus, hamba Allah ini diuji dengan kesempitan wang. Alhamdulillah dah lulus. Diuji pula dengan kemalangan kenderaan. Mudah-mudahan lulus. Diuji pula dengan penyakit, alhamdulillah semakin baik dan berilmu. Diuji Allah dengan anak yang pandai, mula-mula gagal kini dah semakin lulus. Diuji dengan anak yang lemah, dahulu gagal kini dah semakin lulus. Begitulah Allah akan menguji dari masa ke semasa kepada hamba Allah ini agar hamba Allah ini menjadi hamba Allah yang semakin baik.

Sekiranya satu hamba Allah sudah lulus ujian dan sudah melayakkan diri untuk masuk ke syurga, Allah tetap akan memberikan pelbagai ujian lagi kerana Allah perlu menilai dari setiap ujian yang baru sama ada hamba Allah ini boleh dimasukkan ke syurga yang lebih mulia atau tidak.

Begitulah, dalam setiap ujian Allah ada mesej tertentu yang Allah ingin sampaikan.
Antara pelbagai ujian dari Allah, ujian gout dan penyakit kencing manis adalah salah satu ujian yang heavyweight. Terdapat dua kes di mana hamba Allah ini menghidap  kencing manis namun dalam tempuh 2 bulan, penyakit in sembuh, alhamdulillah. Kedua-dua orang ini mantap akidahnya, jadi apabila diajarkan ilmu perubatan, senang ilmu ini untuk diamalkan dan berakhir dengan kesembuhan dari Allah.

Satu ketika saya membantu pasangan yang menghidap penyakit kencing manis yang masing-masing sudah berusia lingkungan 60an. Isterinya tidak bertudung dan sangat moden. Siap pakai rambut palsu. Bila diajak sembahyang berjemaah di rumah saya, rupa-rupanya sudah lama mereka tidak bersembahyang. Saya mengajarkan ilmu perubatan tanpa mengajarkan ilmu agama. Rupanya usaha ini menjadi sia-sia sahaja. Pasangan ini juga sudah biasa bertangkal, pendinding, pelaris dan berbagai lagi pekerjaan syirik. Allah memberikan penyakit dengan mesej tertentu namun hamba Allah ini lebih gemar mencari keseronokan dunia sahaja. Sebagaimana janji Allah, Allah akan memberikan “suul khotima” iaitu kehidupan saat tua  yang perit sebagaimana sedang dihadapi sekarang dan mungkin keperitan ini ini akan ditambahkan lagi oleh Allah.

Seorang hamba Allah kerja kerajaan berjawatan tinggi, ketika umur 30an sudah belajar ilmu perbomohan sesat dari seorang bomoh lelaki yang saya kenali. Beberapa tahun selepas itu belajar pula “merawat secara Islam” dari seorang tokoh terkenal Prof Dr H**** D**. Saya memang sudah lama marah dengan Pusat Rawatan Islam ini kerana nama sahaja Islam tetapi kerjanya menyesatkan manusia. Ujian berat dari Allah kepada hamba Allah ini ialah kini dia telah dibuang dari perkhidmatan awam ketika pendapatan bulanannya sudah melebihi RM7000. Usia sudah hampir 50 tahun. Gaji hilang, gratuiti hilang dan pencen juga hilang. Anak masih ramai yang sedang belajar. Mudah-mudahan hamba Allah ini sedar dan dapat memahami mesej dari Allah iaitu beliau banyak mengerjakan kesalahan.

Seorang hamba Allah juga pegawai di satu jabatan kerajaan, sewaktu usianya muda belum 30 tahun dengan bangga menceritakan rasuah yang diterimanya kepada saya dahulu. Kira-kira 4 tahun lepas saya bertemu lagi dengan hamba Allah ini tetapi saya amat membenci perbualannya yang penuh dengan pelbagai amalan sesat. Buat begini-begini dapat sekian banyak duit. Zikir sekian banyak akan dapat wang sekian banyak. Dalam hati saya berkata “bahaya aku berkawan dengan dia ni!”. 

Bulan lepas saya mendapat berita bahawa hamba Allah ini pada usia kira-kira 45 tahun juga disingkirkan dari perkhidmatan awam. Hutang dengan satu agensi yang berkemungkinan hangus kira-kira hampir RM40,000.00. Itu belum kira hutang dengan pelbagai bank dan institusi kewangan lainnya. Itulah ujian berat dari Allah kepada hamba Allah ini dengan mesej yang jelas agar segera bertaubat dan jangan lagi melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini.

Seorang hamba Allah yang mengamalkan rawatan mirip "rawatan Islam" Da*** S**** dan seorang pensyarah/guru agama yang sudah hampir pencen sedang menghadapi masalah keluarga yang rumit dan hampir bercerai. Sudah ada cucu namun hampir bercerai. Walau pun seorang guru agama, hamba Allah ini gemar berjumpa dan berurusan dengan bomoh!. Allah memberikan mesej yang jelas bahawa ada sesuatu perbuatan hamba Allah ini yang Allah tidak redha dan perlu taubat.

Dahulu saya amat ingin membantu untuk membantu pesakit gout, gastrik dll di Laman Emjay tetapi kini saya sedar sekali bahawa sekiranya saya ajarkan ilmu perubatan bagi menyembuhkan penyakit tersebut namun tanpa kesedaran, taubat dan kembali ke pangkal jalan bagi pesakit ini, bagaimanalah Allah akan memberikan kesembuhan! Apa yang saya perhatikan di kalangan pesakit-pesakit golongan ini banyak sekali telah berurusan dengan berbagai bomoh. Tidak cukup dengan pelbagai tangkal azimat, rantai tangan yang kononnya menyehatkan badan pun dipakai. Tidak sekali pun rasa malu salah seorang hamba Allah ini sebagai seorang penjawat awam berpangkat tinggi memakai gelang tangan syirik di tangan. Berurusan dengan bomoh untuk menyelesaikan penyakit kencing  adalah bagai mengejar fatamorgana di padang pasir yang panas.

Seorang lelaki tua berusia 60an yang belajar agama dengan saya sehingga menyerahkan tangkal azimat serta tidak lagi mengamalkan amalan sesat seperti zikir “Kau Jakan” serta amalan lain telah menghidapi gout yang serius sehingga lama tidak boleh berjalan. Alhamdulillah dalam tempuh dua bulan, hamba Allah ini telah mampu memandu kereta dan berjalan ke rumah saya. Alhamdulillah insyaAllah sekiranya akidah Islam dianuti dengan baik, bila Allah memberikan ujian melalui penyakit gout yang serius, bila diajarkan ilmu rawatannya, mudah untuk Allah memberikan kesembuhan.

Begitulah Allah dengan segala kebijaksanaanNya mentadbir manusia dan alam ini. Berbuat jahat dibalas Allah dengan dosa serta pelbagai musibah di dunia. Buat kejahatan kecil mendapat musibah kecil dan membuat kerosakan besar melayakkan mendapat balasan ujian berat dari Allah.  

Sekian kali ini semoga kita semua diberikan Allah kemudahan untuk membuat muhasabah diri ke atas segala salah silap kita dan semoga seterusnya mudah kita memahami pelbagai mesej dari Allah swt semoga hari esok kita sentiasa lebih baik dari hari ini.

Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay

SABAR DENGAN UJIAN

Sabar dengan ujian.

Abdul Kadir bin Abdul Aziz bertanya kepada Imam As Syafiee r.a. “manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawabnya, “ Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Dan tidak ada keteguhan itu melainkan sesudah diuji. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. 

Tidaklah engkau lihat bahawa Allah Taala menguji Nabi Ibrahim a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati dan menganugerahinya kerajaan, maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”                     
Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulamak sewaktu pemerintahan Othmaniah berkata:
“Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”
Maryah Jameelah seorang islam yang dahulunya seorang wanita kafir Yahudi berkata:
“Menurut ajaran Islam hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat”.
            
 Rasulullah pernah bersabda:
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
                                                                             (Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)
             
Berkata Abul Asy’ats ash Shan’aani r.a. bahawa Nabi saw bersabda:
Allah telah berfirman:
“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ‘Kamu catatkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu catatkan sebelum ini’”.
                                                               (Riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)
             
Berhubung ujian Allah, hayatilah firman Allah dalam surah-surah berikut bermula dengan surah Al Ankabut: 2-3:
2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Al Baqarah: 155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
Al Kahfi: 7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Al Kahfi: 31- Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Hud: 7- Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air. Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! ...

Al An’aam: 165- Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
           
Perlulah diingat juga bahawa bukan semua ujian itu adalah pahit, getir dan memberatkan malahan Tuhan juga menguji hambanya dengan kemewahan dan kemuliaan serta kekuasaan dan sebenarnya ujian berbentuk ini adalah lebih berat sebagaimana Firman Allah:
Al Fajr: 15- (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!

Al Fajr:16- Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!

Al Anbiyaa’: 35- Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Allah berfirman lagi di dalam surah Al Baqarah: 214.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
            
 Ingatlah bahawa apabila seseorang tidak suka mendekatkan diri kepada Allah, maka akan diseret supaya ingat kepada Allah dengan musibah.
            
Dalam banyak hal, setiap ujian adalah juga merupakan bala / musibah sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah Al Baqarah: 49.
Ertinya: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
 
Bala bencana / musibah yang menimpa manusia pula adalah tidak lain tidak bukan berpunca dari kesilapan kita sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah An Nisaak:111.

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Bila Allah mengatakan setimpal ini, ALLAH adalah the best mathematician dan saya ada cerita untuk dikongsikan:
Kes 1
Cerita ini berlaku kira-kira pada tahun 1998 atau 1999. Hamba Allah perempuan ini bekas pelajar saya dan telah dihantar mengajar ke Sabah. Bila cuti beliau balik kerumahnya di salah satu kawasan di Johor. Sebelum balik semula ke Sabah pada hujung Disember, beliau ada menemui saya. Dalam pertemuan ini beliau ada menceritakan bahawa housematenya baru menelefon beliau – rumah mereka dimasuki pencuri dan banyak barang yang telah dicuri. Saya segera panggil beliau masuk bilik dan tanya,
“Nak ilmu tak?”

“Eh nak la!” jawabnya ringkas.

“Kalau nak ilmu kena jawab soalan-soalan saya, boleh tak?” Kata saya.

Selepas sesi soal jawab dan perkiraan guna kalkulator, saya kata “barang awak yang kena curi bernilai kira-kira RM1050” .

Terkejut betul dan dia terus memandang saya begitu lama. Lepas itu dia kata “Tak jauh beza angka yang diberikan?”. (Tak sampai RM50 selisihnya)

Persoalannya ialah bagaimana saya dapat hasilkan angka RM1050 tersebut? Ia adalah nilai yang mana pelajar saya terhutang kepada Allah kerana setiap kali dapat gaji dan elaun seberang laut dan sebagainya, beliau tak keluarkan 2 ½  peratus. Duit yang telah tersimpan genap setahun juga tidak dikeluarkan 2 ½ peratus. Sebagai balasan yang setimpal, Allah ambil semula rezeki yang Allah berikan melalui kejadian kecurian di rumahnya.

Kes 2
Cerita ini  berlaku kira-kira pada tahun 1996/1997. Suami beliau adalah manager satu bank terkenal di satu bandar besar. Isteri menjawat Asistant Manager satu bank besar lain di bandar yang sama. Isterinya mengadu kepada saya bahawa anak sulungnya seorang perempuan belajar di Taylor’s Collegge gila jantan sampai bila hari raya puasa tak ingat nak balik rumah. Saya pun aturkan pertemuan suami isteri ini dengan guru saya. Setelah sesi pertemuan suami isteri dan suami sahaja, punca permasalahan ini telah dikenal pasti. Apa puncanya tuan-tuan? Puncanya apabila bapak kaki betina, isteri kaki gigolo dan anak menjadi kaki jantan (macam bohsia). Allah berikan cukup setimpal.

Daripada ayat-ayat di atas jelas apabila sesuatu keperitan hidup / musibah / bala bencana menimpa anak Adam, ia adalah bersebab kesilapan anak Adam itu sendiri dan Allah menjadikan pembalasan ini sebagai satu ujian yang bakal menjadikan kita umat manusia sama ada menjadi semakin baik, tidak berubah atau semakin jauh dari Allah.

Termasuk di dalam ujian dari Allah ialah sesuatu yang menggembirakan seperti kekuasaan, anak, isteri dan harta seperti yang Allah nyatakan dalam surah Al A’raaf: 168.
Dan Kami pecah-pecahkan mereka berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

Dengan itu apabila diberikan Allah nikmat janganlah mudah bergembira kerana ada diantaranya yang Allah berikan tidak lain tidak bukan seakan-akan menaiki bangunan tinggi yang sangat menyeronokkan tetapi apabila tiba di puncak, hanya untuk dihumban ke bawah sebagaimana  firman Allah dalam surah Al An’aam: 44. Ertinya
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Tidak akan lulus mengharungi ujian Allah ini melainkan dengan sabar. Dalam menangani kerenah manusia ini, Imam Hassan Al Banna mengajarkan:
“ Jadilah kamu seperti pokok, mereka melempar pokok dengan batu tetapi pokok melemparnya dengan buah”

Latihan :
  1. Cuba bincangkan mengapa Allah menurunkan bala penyakit JE kepada industri ternakan babi satu masa lalu?
  2. Mengapa Allah turunkan azab melalui penyakit selsema burung yang menyerang ayam dan penyakit kuku dan mulut yang menyerang lembu.
  3. Mengapa Allah turunkan penyakit siplis, gonorea dan AIDS ?
  4. Mengapa satu ketika dahulu Malaysia ditimpa masalah jerebu yang serius ?
Sebenarnya, sebesar-besar ujian untuk kita semua menjadi orang yang lebih baik di sisi Allah adalah untuk menjadikan diri ini lebih baik pada hari esok dan seterusnya.


Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam

Emjay

Sunday, 22 July 2007

Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu


Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu

Assalamualaikum wbh 

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang

Sebaik-baik contoh adalah kehidupan pada zaman Nabi Muhamad SAW. Seburuk-buruk contoh pula adalah amalan orang jahil. Saya merasa amat sedih sekali apabila dalam beberapa kes, contoh kehidupan terbaik zaman Nabi SAW dipersendakan sedangkan contoh amalan yang buruk diagungkan. Lihatlah saja di TV, seolah-olah menutup aurat adalah amalan buruk sedangkan mendedah aurat seakan-akan satu perbuatan mulia. Satu ketika dahulu di sekolah-sekolah guru-guru wanita dibenarkan memakai jubah yang lebih sopan tetapi kini tidak lagi dibenarkan. Dikeluarkan peraturan agar semua guru wanita tidak lagi dibenarkan memakai jubah namun yang peliknya guru wanita Islam yang tidak memakai tudung tidak pula ditegur.

Apabila Amerika mula menjajah Afghanistan, antara perkara pertama yang diajarkan kepada wanita Islam Afghanistan ialah untuk ber “make up”. Malaysia tanpa penjajahan Amerika pun wanita Islamnya diajar dan dididik untuk ber makeup. TV mengajarkannya, radio mengajarkannya, suratkhabar mengajarkannya, pelbagai iklan mengajarkannya dan tidak ketinggalan pelbagai artis turut mengajarkannya. Di dalam satu sesi induksi bagi guru-guru baru, seorang fasilitator lelaki yang sudah berumur menasihatkan  guru-guru baru ini agar menghias diri dengan memakai lipstick agar dipandang mulia oleh pelajar dan masyarakat. Kepada orang-orang seperti ini, memakai lipstick adalah kemestian. Orang lelaki tua nak mati ini langsung tidak takut kepada azab Allah SWT  dan seolah-olah lebih bijak pula dari Allah SWT. Berapa banyak dosa yang bakal dipikul oleh lelaki tua ini dengan mengajarkan ilmu songsang!

Begitulah kita, sunnah serta perintah Allah dihina dan disuruh orang jangan melakukannya sedangkan yang diamalkan orang kafir dan ditegah pula dalam Islam dipandang mulia dan digalakkan orang ramai untuk melakukannya. Betul sekali kata-kata Nabi SAW mafhumnya lebih kurang

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Muslim – Sahih)

Orang kafir memang tidak pernah redha dengan agama Islam dan seboleh-bolehnya umat Islam akan dibawa bersama mereka untuk masuk ke neraka. Allah juga telah menyebutkannya dalam Al Baqarah:[120] maknanya;

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Dalam bab mengikut cara hidup yahudi dan nasrani  (serta orang kafir lainnya) ini, mari kita lihat beberapa contoh berikut:
  1. Mereka tabur bunga atas kuburan, orang Islam kini mengikutinya.
  2. Orang kafir membuat bangunan di atas kuburan, kini ramai umat Islam membuat bangunan di atas kuburan.
  3. Orang Cina kafir mengadakan majlis memperingati orang yang telah meninggal dunia, orang Islam juga melakukannya seperti menyambut hari hol.
  4. Orang Cina kafir meletak pelbagai objek termasuk cermin di atas pintu semoga menghalang hantu syaitan dari masuk ke rumah, orang Islam mengikutinya dengan meletakkan ayat kursi serta ayat Al Quran lainnya di atas pintu dengan tujuan yang sama. Kini timbul budaya memagar rumah baru dan budaya ini pula dikembang biakkan oleh perawat-perawat yang menggunakan title Rawatan Secara Islam. Elakkanlah semua perbuatan syirik ini. Islam menyuruh memohon perlindungan HANYA KEPADA ALLAH SWT sebagaimana Surah Al Isra' ayat 2, Janganlah kamu mengambil penolong/pelindung selain Aku
  5. Orang Cina kafir meletakkan pelbagai patung di dalam kenderaan mereka, orang Islam mengikut dengan meletakkan pelbagai patung anjing dsbnya di dalam kereta.
  6. Orang kafir mengamalkan sekularisme,  Turki dan banyak negara Islam lainya turut sama mengamalkan sekularisme.
  7. Orang Kristian gemar menyanyi sama ada di dalam gereja pada hari Ahad atau di luar gereja, orang Islam kini sudah turut sama didalam masjid pun sudah mula ada nyanyian nasyid dan qasidah.
  8. Orang kafir gemar menurut suruhan syaitan dengan mendedah aurat, kini mendedah aurat seolah-olah suruhan Allah dan rasulNya. Ramai orang menjadi peneraju untuk mendedah aurat termasuk orang besar dan pemimpin. Mereka tidak lagi merasa malu dan bersalah. TV turut menjadi peneraju untuk mengajar dan menggalakkan kaedah terbaik untuk mendedah aurat.
  9. Orang Yahudi mengadakan majlis ucapan sewaktu selepas menguburkan jenazah orang mereka, kini kita membuat majlis yang sama selepas selesai menanam jenazah dan dinamakan majlis talqin sedangkan islam mengajarkan talqin hanya kepada orang Islam yang sedang nazak. (Sila rujuk hadis-hadis)
  10. Orang kristian membuat majlis hari jadi, Islam kini juga mengikutinya sehingga hari jadi Nabi Muhamad juga diraikan.
  11. Orang kafir menggunakan garam laut untuk mengelakkan gangguan hantu syaitan, kini kumpulan-kumpulan tertentu “pengamal perubatan Islam” tanpa segan silu malahan berbangga pula menggunakan kaedah yang sama untuk mengelakkan gangguan hantu dan syaitan.
Menggunakan garam dan lada hitam untuk mengelakkan gangguan dari hantu dan syaitan tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad. Ia malahan adalah suatu pekerjaan syirik kerana telah berharap kepada selain Allah dan pekerjaan ini adalah sama hukumnya sebagaimana seseorang berharap kepada tangkal dari kemenyan dan limau nipis.

Persoalannya ialah, dari manakah orang-orang ini sama ada ustaz, doktor (PhD) atau profesor mendapat ilmu untuk menggunakan garam dan lada hitam untuk menghalau hantu dan syaitan? Jawapannya ialah mereka mendapat ilmu ini dari pengamal bomoh sesat yang terdahulu. Dengan latar belakang pendidikan agama mereka tambahan pula setengahnya pula adalah alhafiz, mereka telah mengeluarkan pula fatwa sesat bahawa perubatan Islam boleh menggunakan garam dan lada hitam serta beberapa objek lain untuk mengelakkan gangguan hantu syaitan.

Sebenarnya penggunaan garam dalam perubatan sesat bomoh-bomoh Melayu untuk menghalau hantu syaitan sudah lama bertapak di Nusantara. Ilmu ini diajarkan oleh syaitan dari golongan jin dan ilmu ini juga sudah sangat lama bertapak di kalangan orang kafir Kristian. Mari kita semua melihat bukti-bukti berikut untuk menunjukkan bahawa penggunaan garam laut ini sudah sedia bertapak di kalangan orang kafir Kristian:


i usally carry these items:

* camera's film and digital
* recorders digital and tape, two mic's
* sea salt / sweet grass (protection, clearing), medicine rock.
* lantern/candles
* bottle of water.
* and a pendulum (if needed)

2.      http://www.yourghoststories.com/real-ghost-story.php?story=1070. You may try forms of blessings and smudging as suggested here on this site. You may want to take some long baths in sea salt or throw some sea salt about or put them in glass bowls about your bed, bedroom and apartment. I say try all things, and keep trying each one until you find a remedy that works.

Bomoh-bomoh di Malaysia masih menggunakan garam secara menabur keliling rumah tetapi mungkin tidak lama lagi kaedah mandi dengan air garam yang sudah berjampi bakal diamalkan sama seperti saranan orang putih ini. 

Salt

Any kind of salt will do, but I have a liking for sea salt. This is for the tougher areas, the parts of the house where the energies were the most frightening or the most resistant, or you just felt that the attachment of the ghost or spirit was stronger.

Take some kind of small dish or even a paper bowl. Put some salt in it, and then place it in that area. Do not cover it. You want the salt to be exposed to the air. You can put little bowls of salt under furniture, in closets, in the cupboard under the sink, under the bed...anywhere that you feel residual haunting energy. You can sprinkle it on the floor if you have a very scary basement, but don't do this for an ordinary house floor, unless you are going to clean it up right away. Salt cleanses, but prolonged contact will corrode wood, tile, etc. Cement shouldn't be harmed by it at all.

Now let me tell you why you should use salt for the tougher areas: negative energy can't exist in the same place as salt. For thousands of years, salt has been used to ceremonially cleanse things, especially food (Orthodox Jews use it to help make meat kosher). Epsom salt is used for cleansing the body and healing aches and pains. Salt water is also used to cleanse objects for consecration in Wiccan rituals, and can also be used to set up a protective circle and establish sacred space. It is a very powerful substance!

Just added her with sea salt and a cross. She is one of several very gifted spirit healers in Team H.O.P.E.


Orang Kristian menggunakan salih dan garam untuk menghalau hantu syaitan



Clear the energy of the spirit by cleansing the rooms in the haunted dwelling. sea salt or kosher salt should be placed in the four outside corners of the inside of the house. Just a pinch of the salt in the corners is necessary. If there is a room in the house that has more activity than the other room, then put a pinch of salt in all the corners of that particular room. If there is any negative energy, the sea salt will help to neutralize and disperse the energy. ....

A salt of the earth, Midwestern housewife, Mary Ann Winkowski would seem an unlikely communicator with the dead. But she is. Mary Ann is a real-life ghost buster. She helps earthbound spirits with unresolved issues cross over into the light. She’s had this gift from a very young age and as she’s matured so has her gift. Mary Ann serves as a consultant on the show GHOST WHISPERER…….

He seems to like to follow your daughter. Put several spoons of sea salt in a spray bottle and mix with water, and mist her lightly. Earthbound ghosts will usually stay away from sea salt. This will work about 60 percent of the time.

She may feel like she has more control over him if you let her spray him with the
sea salt mixture when she sees him.

Kaedah menyembur air garam ini juga mungkin akan diamalkan oleh Pusat Rawatan Islam D**** **** . Mereka sudah lama menggunakan garam laut untuk mengelakkan gangguan syaitan dan hantu.

h) Greyghosts favourite is sea salt for protection (a dash above window sills and in doorways) using saltwater soaks or bundling items in sage for "cleansing" vibrations from objects. A native American tradition is to smudge places and things with sage for purification.

8.      http://www.wikihow.com/Get-a-Ghost-out-of-Your-House

How to Get a Ghost out of Your House

Read scriptures aloud in the affected room(s). This has often been reported to eliminate lingering spirits. Muslims will sometimes leave a tape of Qu'ranic readings running on a continuous loop for several days or until the spirit departs. Christians may read from the Christian Bible. Jews can utilize readings from the Psalms or special sections of the Kabbalah and Zohar to dispel hauntings. Followers of Indian traditions read Bhagavad gita, Bhagavata Purana, chant Nrsimha Kavaca and names of God in general. They arrange for a puja (worship) on behalf of spirits. Much related information is given in Garuda Purana. Other religions have specific sacred readings they may choose to use.

(Itulah sebabnya membaca ayat dari AlQuran dengan keyakinan ayat ini memberikan perlindungan atau menghalau hantu adalah satu pekerjaan syirik dan sila rujuk artikel saya INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH )

Line the sill of each window and door with a thin line of sea salt (available in most supermarkets now.)

She teaches her students the four ways to cleanse a house: with water, fire, earth, or salt. She teaches them the surprisingly sedate cleansing rituals: declaring divine order, insisting on only positive energy, sprinkling sea salt, sweeping it up, sprinkling it again. They learn to carry a symbolic candle and say the Lord's Prayer in every room of the house.

Before each investigation, we also like to do a cleansing and protection ritual with sage and sea salt, using the white light to protect us.

Benefits of sea salt
Category: Dreams and the Supernatural
I recently found out the spiritual therapeutic benefits from sea salt. I started taking daily sea salt baths and it has definitely help renewed my energy and rid me of lower energy that I might have absorbed during the day . From what I have been told  i have a tendency to taking other peoples emotions and it makes me feel fatigue and very sleepy.

12.  http://www.unexplained-mysteries.com/forum/lofiversion/index.php/t80673.html If you really are afraid....try putting a ring of sea salt around your bed before you go to sleep. Also try burning sage and wisping it around the room (called smudging) to 'cleanse' the room of negativity and while doing that tell the spirits that your room is off limits.

You're good with this ghost stuff, isn't there a cleansing you could do?" Well of course there was, I never go anywhere without a spell book and the basic herbs, including sea salt, sage and rosemary, all excellent for banishing and cleansing.

Have you tried the small bowls of sea salt in one corner of each active room.
Burning lavender oil in an oil burner can also help to calm things. And repeating, just the prayer from the cleansing every day will help.

But since the ghost knew the sea as his prison wall, he can't cross lines of salt (unless he's posessing a body) -- or sea water. One of the sailors found that out, he locked himself in a room, protected himself with salt and, without hope but with enough vodka, drank himself to death.


Witches Bottle for Protection (Kaedah membuat air pendinding)
Gather rosemary, needles, pins and red wine. Fill a small jar with the first three, saying while you work:
Pins, needles, rosemary, wine;
In this witches bottle of mine.
Guard against harm and enmity;
This is my will, so mote it be!
Visualize these doing just that. When the jar is full, pour in the red wine. Then cap or cork the jar and drip wax from a red or black candle to seal. Bury it at the farthest corner of your property or put it in an inconspicuous spot in your house. Draw the banishing pentagram in the dirt above it. The witches bottle destroys negativity and evil ; the pins and needles impale evil, the wine drowns it, and the rosemary sends it away from your property.
Optional ingredients
Glass jar with metal lid
sea salt
3 bent rusty nails
pins
needles
razor blades
cactus spines
rose thorns
broken glass
1 egg
Frankincense
Sage
Basil
Mint
Mistletoe
Yarrow
Rowanwood berries
Rue
Sandalwood
Myrrh
Garlic
Rosemary
Sealing Wax
3 drops of your blood
Urine instead of wine

Marilah umat Islam sekelian sedar bahawa menggunakan garam dalam rawatan yang kononnya “secara Islam” sebenarnya adalah sesat dan syirik. Kaedah sesat menggunakan garam ini telah lama digunakan oleh orang kafir tetapi sedihnya kini ia banyak di amalkan di Malaysia dan “difatwakan” pula sebagai halal! Kini begitu ramai ustaz tanpa rasa segan dan bersalah memberikan garam berjampi kepada mereka yang sedang mencari-cari untuk mengelakkan gangguan syaitan dan hantu tanpa mengetahui bahawa perbuatan ini hanya akan menyesatkan mereka dan menambah azab Allah di dunia ini.

Untuk memahami lebih lanjut mengapa jatuh hukum syirik apabila menggunakan garam sebagai perlindungan atau untuk menghalau hantu syaitan, bacalah artikel Tangkal dari Pusat Rawatan Islam Darul Syi***

Selain penggunaan garam ini, saya juga alhamdulillah telah menerbitkan artikel penggunaan selawat syifak dan selawat tafrijiah dan sila rujuk artikel saya  tersebut iaitu Penjelasan Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah. Dan artikel #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2.

Sekian untuk kali ini.

Wassalam wallahua'lam

Emjay