Berikut adalah petikan dari Laman Firdaus.com berkenaan bagaimana berniat solat dari http://www.al-firdaus.com/musafir/bhg21.htm
Niat adalah antara syarat terpenting dalam ajaran Islam dan ia mewakili tunggak utama bagi penentuan segala amal ibadah mahupun amal kebajikan seseorang itu. Niat membezakan kerana apa seseorang itu melakukan sesuatu amal itu dan amal apakah yang sedang ia lakukan. Niat secara bahasa bermaksud al-qasdu - keinginan, al-'azimah - kehendak, al-iradah - keinginan kuat dan al-himmah - menyengajakan sesuatu. Secara Islam pula ia bermaksud kehendak hati terhadap suatu perkerjaan untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu waTa'ala dengan mengikut aturan-aturanNya.[1]
Bentuk niat bagi ibadah solat yang disepakati secara ijtihad oleh para fuqaha adalah seseorang itu perlu tahu dengan sedar solat apakah yang akan dilakukannya. Apabila seseorang itu hendak memulai solatnya, atau apabila sedang bertakbir bagi pembukaan solat, dituntut agar dia mengetahui dengan sedar solat apakah yang akan ditunaikan itu. Tuntutan ini tercapai dengan lintasan hati yang berbunyi - Ini solat zuhur aku atau Aku sekarang bersolat Asar atau Aku kini solat sunat sebelum Maghrib. Lintasan hati ini boleh dibantu dengan sebutan mulut bagi mereka yang sering dilanda perasaan was-was dalam hatinya. Mengetahui dengan sedar akan solat apakah yang ditunaikan itu diistilahkan sebagai at-Ta'yin.[2]
Tuntutan ini hanya dianjurkan bagi memudahkan umat Islam umumnya untuk memperoleh keyakinan dan menjauhkan sifat was-was dalam ibadah mereka.[3]
Tidak perlu menerangkan kesengajaan (dengan lafaz Usolli) bagi memulakan ibadah solat kerana setiap ibadah sememangnya adalah perbuatan yang sedar lagi diketahui dan bukan sesuatu yang tidak sengaja atau terbuat. Tidak perlu menyebut bilangan rakaat yang akan dilaksanakan kerana bilangan raka'at bagi setiap solat itu sudahpun ditetapkan oleh syari'at dan ia tidak boleh berubah-ubah. Tidak perlu menyebut Kerana Allah kerana sememangnya setiap perbuatan ibadah itu adalah kerana Allah dan bukan kerana sesuatu selain Allah. Dalam erti kata lain tidak perlu menyebut sesuatu yang sudah sememangnya ditetapkan oleh syari'at atau sesuatu yang tidak bermanfaat atau sesuatu yang tidak dapat dialih hakikatnya. Pengecualian diberikan kepada dua jenis solat iaitu solat qadha dan solat jamak. Penerangannya adalah seperti berikut -
1. Solat qadha adalah solat yang dilakukan di luar waktu yang ditetapkan. Oleh itu dalam niat bagi solat yang akan diqadha itu perlu dijelaskan bahawa solat tersebut adalah suatu yang diganti dari yang lepas dan bukan yang hadir. Adapun bagi solat-solat yang ditunaikan dalam waktunya tidak perlu diterangkan statusnya kerana sememangnya perintah solat itu asalnya adalah di dalam masa yang telah ditentukan.[4]
2. Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zohor dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zohor bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut yang berbunyi Solat Zohor aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama.[5]
Jika seseorang itu benar-benar lupa secara ikhlas lagi tidak sengaja untuk meniatkan jamak takhir bagi solatnya yang pertama padahal sudah dirancang sejak dari awal maka dibolehkan bagi dia untuk tetap menunaikan solatnya itu secara jamak takhir kerana lupa itu adalah salah satu dari keuzuran yang dimaafkan oleh Islam. Sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana aku, kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta apa yang mereka lakukan kerana dipaksa.[6]
Adapun susunan lafaz niat seperti "Usolli fardhu Isyai arba'an raka'atin adaan lillahi Ta'ala atau yang seumpama lalu kemudian dibisikkan pula dalam hati terjemahan lafaz di atas - sebenarnya tidak pernah di ajar oleh al-Qur'an mahupun as-Sunnah. Walhal di sebalik itu kita dapati sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam secara jelas menunjukkan bahawa ibadah solat itu dimulai hanya dengan sebutan Allahu Akbar sebagai takbir tanpa didahului oleh sebarang lafaz niat. Abu Ahmad as-Sa'idiy radiallahu-anhu menerangkan: Adalah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam apabila berdiri untuk solat, beliau menghadap qiblat kemudian mengangkat kedua tangannya seraya berkata - 'Allahu Akbar'.[7]
Dari hadith ini telah menulis Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Dengan hadith ini dan hadith-hadith yang lain kita dapat mengetahui bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak pernah membaca "Nawaitu" atau "Usolli". Dalam erti kata lain beliau tidak pernah membaca lafaz niat. Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak pernah menyuruh para sahabat membacanya dan tidak pernah pula mengajarnya kepada seseorang.[8]
Rekaan dan ciptaan lafaz-lafaz niat sebegini juga hanya menyusahkan umat dan sering kali ia membawa kesukaran untuk sesetengah orang dalam usaha mereka menyempurnakan lafaz-lafaz sebegini sehingga adakalanya takbir solat menjadi sangat panjang atau ada juga yang berulang-ulang kali. Imam Ibnu Qayyim seorang ahli hadith, ahli fiqh dan juga pembasmi bid'ah yang masyhur pada kurun ke-8H menerangkan:
Niat ertinya menyengaja dan bermaksud bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati dan tidak ada sangkut-pautnya sama sekali dengan perbuatan lisan. Dari itu tidak pernah diberitakan dari Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, begitu juga para sahabat beliau radiallahu-anhum mengenai lafaz niat ini.
Dan ungkapan-ungkapan yang dibuat-buat dan diucapkan pada permulaan wudhu' dan solat ini telah dijadikan oleh syaitan laknatullah sebagai arena pertarungan bagi orang-orang yang diliputi perasaan was-was, yang menahan dan meyiksa mereka dalam lingkaran tersebut dan menuntut mereka untuk menyempurnakannya. Justeru itu anda akan lihat masing-masing mereka mengulang-ulangi dan bersusah payah untuk melafazkannya padahal yang sedemikian itu sama sekali tidak termasuk dalam upacara (hukum-hakam) solat.[9]
Imam Ibnu Qayyim juga seterusnya menerangkan dalam kitabnya yang lain: Ketika berdiri menunaikan solat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengucap "Allahu Akbar" dan beliau tidak mengucapkan apa-apapun di sebelumnya, atau tidak melafazkan (apa-apa) niat atau tidak pernah mengucapkan "Aku berniat solat demi Allah dalam solat Asar ini menghadap qiblat 4 raka'at sebagi imam" atau "sebagai makmum". Tidak pula mengucapkan "Pada waktunya atau qadha" dan tidak pula menyebutkan fardhu waktu. Inilah 10 bentuk bid'ah yang tidak pernah dikutip oleh sesiapapun baik dengan hadith yang sahih, daif ataupun mursal. Bahkan tidak ada dari para sahabat, tabien ataupun Imam-imam Mazhab yang empat.
Bid'ah ini terjadi kerana sebahagian generasi mutakhir keliru dalam memahami penyataan Imam Shafie mengenai solat - "Sesungguhnya ia tidaklah sama dengan ibadah puasa. Tidaklah seseorang itu masuk di dalamnya (solat) kecuali dengan zikir." Lalu mereka mengira bahawa zikir itu adalah hendaknya orang yang solat itu melafazkan niat padahal apa yang dimaksudkan dengan zikir oleh Imam Shafie adalah Takbiratul Ihram (iaitu sebutan Allahu-Akbar) bukan yang lainnya. Bagaimana mungkin Imam Shafie mensunnahkan atau menganjurkan suatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, para khalifahnya dan para sahatnya ?
Inilah petunjuk mereka dan inilah jalan hidup mereka (iaitu tiada lafaz niat bagi solat-P). Jika salah seorang dari mereka membentuk satu huruf sahaja kita pasti menerimanya , menerima dengan terus lagi rela. Tidak ada petunjuk yang lebih sempurna melainkan petunjuk mereka dan tidak ada sunnah kecuali apa yang datang dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.[10]
Kesimpulan
1. Niat adalah syarat wajib solat. Bentuk niat yang dianjurkan oleh jumhur ulama' mutakhir ialah lintasan hati secara sedar menyatakan solat apakah yang bakal didirikan oleh seseorang itu.
2. Lafaz sebutan niat yang berbagai-bagai bentuk dan syarat, di mulut dan di hati yang wujud masa kini adalah ciptaan manusia semata-mata dan ia tidak membawa sebarang manfaat kecuali keburukan yang banyak.
[1] Ensiklopidi Islam - Niat (4/27)
[2] Ensiklopidi Hukum Islam - 5/1539.
[3] Sebutan at-Ta'yin ini adalah pendapat serta anjuran ulama'-ulama' mutakhir. Ia bukanlah wajib tetapi sekadar satu anjuran. Ada di kalangan pecinta sunnah yang tidak menyetujuinya, sepertimana yang akan terbaca beberapa perenggan akan datang. Penulis menyerahkannya kepada kebijaksanaan para pembaca untuk menilai perkara ini.
[4] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/634-640.
[5] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/377.
[6] Maksud hadith dari Abu Dzarr al-Ghaifiri dan Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhuma, diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim, at-Thabrani dan ad-Daruquthni; dinilai sebagai hadith hasan oleh Imam an-Nawawi sebagaimana dinyatakan oleh Imam as-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazha'ir, ms 166.
[7] Maksud hadith dari Sunan Ibnu Majah - no: 0803.
[8] Koleksi Hadith-hadith Hukum as-Shiddieqie, 3/12.
[9] Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ighastatul Lahfan, dikemukakan oleh Imam Ibnu Qudamah dalam kitab beliau - Dzammul Muwaswisin, ms 5-6 dan juga oleh Shaikh Sayid Sabiq dalam Fiqh-us-Sunnah, 1/286.
[10] Imam Ibnu Qayyim - Zaad-ul-Ma'ad, 1/160.
tapi org degil jugak, nak lafaz kan niat.
ReplyDeleteDah diberitahu kalau nak buat juga, terpulanglah kepada mereka.
ReplyDeletekamu mazhab apa..lafaz niat di luar solat..buksn dikatakan rukun..
ReplyDeletemahzab Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa salaam
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteSebagaimana sdr mdsg, saya pun bermazhab Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa salaam
rasanya tak salahkan sekiranya berniat begitu..?
ReplyDelete"berniat begitu" tu bagaimana?
ReplyDeleteanda betul emjay...tp elok jgn diberitahu...
ReplyDeletesbb ramai orang nih pemikirannya tidak ke situ....
lebih elok kalau diberitahu face to face senang fahamnya
sebetul-betul niat tuh apa...
Memang betul lah kalau nak memberitahu kaedah terbaiknya adalah secara face to face. Setakat ini apabila digunakan kaedah ini, hasilnya adalah alhamdulillah 100%.
ReplyDeleteNamun kalau tidak dinyatakan di sini, saya boleh dipersalahkan juga kerana kemut ilmu!
Kadang-kadang jealous juga dengan As-Syafiee dan Bukhari yang banyak menulis buku tu.
Sekian wassalam
Emjay
tuan...saya sangat susah ketika ingin menunaikan solat...kerana perasaan was-was sering datang...sudah byak cara saya fikirkan...tetapi was-was itu tetap datang...bila saya angkat takbir...saya rasakan takbir saya tidak sempurna...saya pun fikir nak ulang...pastu sy terhenti...dan kena sembahyang balik...bila dah lepas part takbir...masa baca fatihah...saya rasa fatihah saya salah...macam sebutannya x betul jer...pastu ulang balik...byak kali...penat saya solat..patutnya solat tu bwak ketenangan...tapi bagi saya...ia seperti beban lak...sebab was-was la. saya nak mintak pendapat tuan...boleh tak saya teruskan jer solat tu walaupun saya da ada niat nak berenti solat sebab was-was tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteKes macam ini memang banyak melanda umat Islam di Malaysia.
Pada suatu ketika seorang bilal masjid bermasalah dengan azannya kerana penyakit yang sama iaitu was-was. Apabila disemak rupanya beliau menyimpan tangkal 3 batu akik hikmah pemberian bomoh. Menyimpan tangkal membawa padah yang berat termasuk syirik selain masalah berat lainnya.
Saya menjemput sdr agar datanglah ke rumah, banyak perkara boleh dibincangkan. Dapatkan alamat saya emlalui email kangmasjb@hotmail.com
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
SALAM,
ReplyDeleteTuan, saya juga mengalami penyakit was-was ini. Saya dah puas merujuk di kesemua laman2 web ttg cara2 utk mengatasi penyakit was-was nie terutama didalam bab solat, wuduk & mandi hadas. Saya faham dgn jelas sekali ttg cara2 utk mengabaikan bisikan syaitan yg cuba mempermainkan manusia, tetapi semakin kuat saya cuba semakin menjadi2 was-was saya. Terkadang saya cukup takut utk mendirikan solat, kerana disebabkan oleh was-was ini.
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteKepada szi5108, jemputlah datang ke rumah, dapatkan alamat dengan email saya di kangmasjb@hotmail.com
Emjay
terima kasih emjay.. sangat menarik
ReplyDeleteemjay....saya pun nak jumpa tuan bleh x..
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteKepada sdr junqiah, dapatkan alamat saya dengan email saya di kangmasjb@hotmail.com
Emjay
Saya pun ada was-was jugak la Ustaz...
ReplyDeleteSaya was-was ngan awak... camane??
Kakakakakka
so..kesimpulannya..bagi qadha solat tu x perlu la sebut 'sahaja aku solat fardhu zohor 4 rakaat qodho (ganti kpd tunai) krana allah taalan??
ReplyDeleteNabi SAW bersama sahabat pernah terlewat bangun pagi. Mereka terus sembahyang subuh berjemaah walau pun matahari sudah tinggi. Tidak ada pula di dalam mana-mana hadis Nabi SAW mengajarkan "sahaja aku solat fardhu .... qada / tunai". Yang penting solat jangan ditinggalkan. Terlewat sekali pun, solatlah.
ReplyDeleteEmjay
salam sy pon mengalami masalah same dgn saudara/i diatas.bgaimana nk mengtasi nye? sy da sampai tahap takot ketika nk solat dan asyik mengulang2 bacaaan mahupun wudhu..boleh Tuan bg kate2 taujuhat sedikit? sy bukan berada di Malaysia oleh itu agak mustahil untuk sy mengunjungi rumah tuan...
ReplyDelete