Sejak saya remaja hingga usia mencecah 50an, gejala surat berantai masih belum putus-putus. Ianya tidak akan putus selagi umat islam lemah akidahnya. Surat berantai kini lebih mudah disebarkan melalui teknologi email dan SMS di H/P.
Baru-baru ini saya terima email surat berantai dan berikut adalah kandungan surat berantai tersebut. Sila jangan panjangkan surat berantai ini, ia sekadar untuk ilmu dan bukan untuk diamalkan dan dipanjangkan!!
Subject: Satu Pesanan Buat Semua Umat Islam
Date: Thu, 6 Sep 2001 10:43:30 -0700 (PDT)
Assalamualaikum,
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w . selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-
Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.
Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-
1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2. tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3. Matahari akan turun di atas kepala.
Pesan Hamba :-
1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.
Untuk peringatan !!
1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya
meninggal dunia.
3. pada tahun 1977b Tun Dato< Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Loteri Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.
4. Tan Sri Ghazali, jawi bekas menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa
mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain. Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapanya lalu segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepada orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri kabinet.
5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong
sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana
dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolok bandinganya.
7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada orang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan dan meyakinkan ini, anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan.
Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat keuntungan hidup.
PERHATIAN ;
Setelah membacanya wasiat ini, hendaklah di tulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain atau dikirimkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan.
Sekiranya ini telah dilakukan, anda akan dianugerahi oleh ALLAH sesuatu niat dan hajat anda. Hajat anda akan di kabulkan oleh ALLAH, kata Sheikh Ahmad lagi.
Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat daripada Rasullullah s.a.w.
Oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak sebanyak 20 salinan dan sampaikan kepada orang lain. Dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan beroleh kebahagian dan ingatlah : lakukan ini dengan niat anda kepada Allah s.w.t.
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
Semoga anda juga akan berbuat demikian setelah membacanya.
INSYAALLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikianlah satu bentuk surat berantai yang dipanjangkan dan diusahakan oleh syaitan. Guna bertujuan untuk merosak akidah umat Islam semua.
Mungkin juga surat berantai ini diedarkan oleh Magnum, Toto atau taukeh judi lainnya guna untuk memujuk umat manusia untuk berjudi.
Sekian wassalam
Emjay
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Ustaz telah menambah keyakinan diri saya akan kepalsuan ancaman dan janji manis surat berantai tersebut.
Tiga minggu lepas, seorang teman saya mengirimkan surat berantai yang sama kepada saya, dan bertanya akan sikap dan pendapat saya tentang surat tersebut, alhamdulillah jawaban yang saya berikan sependapat dengan huraiaan Ustaz.
Salam Takzim,
Yusman Nasir Al-Bangkawy.
Waalaikumussalam wbh sdr Yusman dan sekelian muslim
ReplyDeleteTujuan sebenar surat berantai ini ialah (mengikut ranking):
1. Disuruh umat islam berjudi sebagaimana Tun Datu Mustafa berjudi dan menang Loteri kebajikan Masyarakat.
2. Semoga umat Islam suka berangan-angan dimana rahmat yang besar dari Allah akan turun hanya dengan melakukan sedikit usaha (sama dengan konsep judi, sedikit usaha besar pulangannya)
3. Semoga umat Islam jangan bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rahmat dari Allah.
4. Agar umat islam mudah dilemahkan jiwa raga mereka. Diancam dengan sedikit ancaman berbentuk tulisan pun sudah lemah longlai. Ancaman dari Allah melalui Al Quran tidak takut pula!!
5. Semoga umat Islam rosak binasa kerana diazab Allah kerana setiap dosa membawa musibah (assy Syuraa: 30). Mudah sangat rosak akidah mereka hanya kerana sekeping kertas atau email
6.Semoga umat islam menjadi kafir mushrik kerana mempercayai surat berantai adalah merosak akidah dan mensyirikkan Allah!!!!!!!
YANG JELAS UNTUNG DARI SURAT BERANTAI IALAH TAUKE JUDI dan syaitan Iblis laknatullah.
Sekian wassalam wallahualam.
Assalaamu'alaikum wbt.
ReplyDeleteUstaz yang dimuliakan Allah SWT, saya tak mengira bahwa ada surat berantai pula di tempat Anda. Saya sering melihat surat seperti ini dan berpikir, kenapa ada orang yang sedemikian rajin meluangkan waktu untuk hal seperti ini..?
Semuga ummat terhindar dari hal-hal yang sia-sia seperti ini.
Jazakumullah khair
Salam ta'zhim
waalaikumussalam wbh yuska74
ReplyDeleteSelamat datang ke laman emjay
Assalamulaikum saudara tuan rumah dan sahabat sekelian.Mengenai surat berantai, saya telah
ReplyDeletemendapat keterangan dpd buku karangan Azizan Ahmad bertajuk Pakatan Memesong Akidah Melayu.Mengikut penulis,surat berantai ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of Antonio,Texas,USA pada tahun 1974/75 bertujuan untuk mengelirukan umat Islam.Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa,seorang paderi Khatolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria(bekas penganut Islam,nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).Dia pernah bertugas di Instituton Sacrisco Convocione Reliogioso di Brindisi,Itali sebagai mubaligh Khatolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli.Beliau meninggal dunia pada tahun 1978 dalam usia 54 tahun.Untuk lanjutan sila semak buku yang dinyatakan.
Waalaikumussalam WBH
ReplyDeleteTerima kasih.
Emjay
Apa pandangan saudara berkenaan rawatan yang ditawarkan oleh Attitude Theraphy Sdn Bhd yang berdaftar dengan KKM
ReplyDeleteApa pandangan saudara berkenaan rawatan yang ditawarkan oleh Attitude Theraphy Sdn Bhd yang berdaftar dengan KKM
ReplyDelete