Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 30 August 2008

Tangkal pendinding rumah dll




Assalamualaikum wbh

Bungkusan kain hitam yang banyak di bahagian bawah gambar ini adalah tangkal mengandungi tahi besi yang diletakkan pada setiap tingkap dan pintu rumah hamba Allah yang bermasalah - anak kesayangannya kerasukan. Kononnya setiap tangkal bungkusan tahi besi ini akan melindungi rumah hamba Allah ini dari setiap benda-benda yang tidak baik atau dalam bahasa mudahnya pendinding rumah.

Tidak cukup dengan pendinding bungkusan tahi besi dalam kain hitam tersebut, hamba Allah ini menyimpan kayu tas (yang berwarna cerah) pula dengan kepercayaan yang sama iaitu mendinding rumah dari benda-benda yang tidak baik. Tangkal-tangkal lain juga di pungut dengan pelbagai harapan dari bomoh sesat.

Namun mesej dari ALLAH kepada hamba Allah ini ialah "lagi banyak engkau cari pendinding, lagi banyak masalah berlaku kepada penghuni rumah ini dan klimaknya ialah anak kesayangan kerasukan".

Mudah-mudahan hamba Allah ini memahami mesej dari Allah dan seterusnya bertaubat semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anak kesayangannya serta ahli keluarga lainnya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

(Jangan lupa klik pada imej untuk melihat imej yang lebih besar)

Monday, 25 August 2008

Berkopiah berserban tetapi mensyirikkan Allah SWT



Berkopiah berserban tetapi mensyirikkan Allah SWT


Assalamualaikum wbh

Orang putih kata “don’t judge the book by its cover”.  Saya kata pula kalau tengok orang berjubah dan pakai kopiah, tidak semestinya orang ini adalah orang yang beriman. Pada hari penamaan calon yang bertanding di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu, tiga calon telah bertanding iaitu Dato’Seri Anwar Ibrahim, Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dan gambar mereka boleh dilihat seperti berikut:

Hanafi Mamat di tengah-tengah berjubah dan berserban

Melihatkan gambar ketiga-tiga calon, kelihatan Hanafi Mamat begitu islamik dengan pakaian jubahnya dan berserban tebal melilit kepala. Saya memang tidak pernah mengenali calon ketiga iaitu Hanafi Mamat ini dan saya tidak menyimpan sebarang sangkaan terhadapnya. Namun setelah membaca dan melihat gambar Hanafi Mamat di Akhbar STAR hari ini 25 Ogos 2008, saya merasakan terpanggil untuk menulis dengan niat untuk membetulkan keadaan semoga jangan ada umat Islam yang mengikuti contoh yang ditonjolkan oleh Hanafi Mamat ini. 

Apa yang ingin saya perkatakan adalah sesuatu kes berat kerana melibatkan perbuatan syirik. Saya memulakan perbincangan isu Hanafi Mamat ini dengan mengimbas rukun iman. Beriman menurut Islam adalah terdiri dari 6 asas iaitu:


1. Percaya kepada Allah .
2. Percaya kepada malaikat .
3. Percaya kepada kitab-kitab Allah .
4. Percaya kepada Rasul .
5. Percaya kepada hari akhirat .
6. Percaya kepada qadak dan qadar
    Syirik pula mengikut jumhur ulamak  “ialah menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah, Tuhan bagi alam semesta dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap kepadanya dan bertawakal kepadanya, atau mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”.

    Menyimpan tangkal adalah syirik kerana penyimpan tangkal ini telah berharapkan sesuatu kepadanya (selain Allah SWT). Orang Islam kebanyakannya tetap berharapkan dan bertawakal kepada Allah namun ramai yang dalam waktu yang sama juga berharapkan kepada tangkal. Syirik ini adalah tidak dibenarkan di dalam Islam dan setiap pelaku syirik dinamakan orang musyrik atau  musyrikin. Musyrikin adalah dikirakan orang kafir kerana mempersekutukan Allah.

    Orang Kadazan di Sarawak mengadakan majlis pesta menuai sebagai satu harapan / tawakal kepada perbuatan mereka ini semoga dengan perbuatan mereka ini akan menghasilkan tuaian yang baik pada tahun hadapan. Ini adalah satu perbuatan syirik menurut Islam. Orang Cina berharapkan kepada cermin di atas pintu rumah mereka untuk menghalau perkara-perkara negatif dari memasuki rumah mereka dan semoga hanya perkara baik sahaja yang masuk rumah. Bagaimanakah pula seseorang yang meyakini bahawa dengan memakai cincin tertentu boleh mendatangkan tuah? Jawapannya adalah tetap syirik perbuatan mempercayai tuah dari penggunaan cincin tertentu. Cuba sdr pembaca baca artikel dari akhbar The Star di bawah yang menyatakan bahawa Hanafi Mamat ini yakin dengan cincin yang dipakainya membawa tuah dari dahulu, sekarang dan akan datang???

    Orang Cina (yang kafir) sangat percaya kepada pelbagai objek tangkal yang boleh mendatangkan tuah kepada mereka seperti menggunakan kain merah, tidak menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, penggunaan cermin atas pintu, menabur garam di tepi pintu dan tingkap, menanam pokok delima di depan rumah mendatangkan tuah dan pelbagai amalan sesat lainnya. Sdr pembaca boleh melihat pelbagai objek tangkal yang kononnya boleh membawa tuah yang saya paparkan di http://emjayjb.multiply.com/photos/album/34/Objek_perantaraan_Cina_Hindu_atas_pintu_rumah objek / tangkal dan inilah perbezaan utama antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Islam memaksa pengamalnya untuk mengesakan Allah SWT melalui tauhid uluhiah. Namun apabila Hanafi Mamat melakukan sesuatu amalan yang menyamai amalan orang kafir dengan meyakini tuah pada cincin yang dipakainya, ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Apa yang jelas di sini ialah syaitan melalui akhbar The Star ingin mendidik umat Islam lain di Malaysia agar mencontohi amalan syirik yang sesat ini dan inilah yang menyebabkan saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk membetulkan situasi ini.. . Orang Cina yang kafir ini memanglah mereka mempersekutukan Tuhan mereka dengan pelbagai objek / tangkal, biarkanlah mereka.

    Mempercayai tuah pada sesuatu objek sebenarnya secara sindiran ialah lembu punya susu sapi dapat nama. Dalam kata lain Allah yang mentadbir memberikan rahmatNya tetapi objek yang ada tuah ini yang dapat pujian. Inilah yang dinamakan bahawa mempercayai tuah sesuatu adalah sebenarnya menolak tauhid rububiah dimana Allah lah yang mentadbir segala sesuatu di dalam dunia ini hatta sehelai daun yang gugur bukan cincin atau objek lain punya kerja.

    Apabila seseorang mensyirikkan Allah dengan mempercayai tangkal, sebenarnya mereka telah merosakkan rukun iman yang berikut.

    1. Rosak rukun iman pertama iaitu percaya kepada Allah. Secara jelasnya, orang ini telah kerosakan tauhid rububiah dan tauhid uluhiah. Sila baca artikel saya di akidah bahagian 1 hingga 4 
     http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-1.html 
    http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-2.html
    http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-3.html

    http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-4.html
     
    2. Rosak rukun iman ke tiga iaitu percaya kepada kitab-kitab Allah kerana amalan mempercayai tangkal telah bercanggah dengan ajaran Al Quran. Al Quran menentang segala perkara yang mempersekutukan Allah SWT .

    3. Rosak rukun iman yang keempat iaitu percaya kepada rasul  kerana Nabi Muhamad SAW adalah menentang penggunaan tangkal dan segala sesuatu yang mensyirikkan Allah SWT.

    Menurut surah Al Maidah : 72 : bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.

    Di dalam surah An-Nisaak:48:
    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

    Pandangan saya berkenaan perbuatan Hanafi Mamat ini adalah beliau perlu bertaubat kerana dosa syirik yang dilakukan adalah amat besar.

    Petikan dari akhbar STAR 25 Ogos 2008:

    Former PAS man Hanafi hopes to catch fallout votes from main candidates

    BUTTERWORTH: Before nomination day on Aug 16, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) president Hanafi Hamat was a virtual unknown in Permatang Pauh.
    The preacher would still remain a face in the crowd but for a huge, flashy ring on his left hand.

    Ringing in good luck: Hanafi showing off his eye-catching emerald bauble which he claims has brought him a lot of luck.
     
    The Kelantan-based 61-year-old claimed that the eye-catching accessory was a good luck charm.
    “It is an emerald ring which I have been wearing for as long as I can remember – my cincin pembawa tuah (lucky ring),” he smiled.


    Asked if he was nervous about losing his by-election deposit, the father of 12, who is still fighting on, said that he stood a good chance of winning even though he only started campaigning on Thursday.
    “Both PKR and Barisan Nasional supporters have come by my operations centre in Prai since Aug 16 to offer their encouragement.


    “I sincerely believe that people are disgusted and fed up with all the mudslinging between these parties - their style of campaigning is too much because it incites hatred. This is not our culture.

    “They want and need what we offer – harmony and peace between all races in the context of Islam. I may not be from here but I am confident I will get the support of the locals because the basic ideology of Akim is applicable in all states and constituencies,” the former PAS man said.




    Asked if his family was here to help campaign, he said his wife was back in Kelantan but two of his sons were with him here.

    “Our campaign is to talk and explain our principles - not to criticise others,” he said.


    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    Thursday, 14 August 2008

    Bacaan penting kaum hawa!!!

    Assalamualaikum wbh

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Kali ini saya berhasrat untuk menulis isu yang lebih ringan berbanding isu berat yang saya tulis sebelumnya iaitu berkaitan histeria di SMK Tanjung Lumpur. Semoga Allah redha dengannya.

    Baru-baru ini saya di kehendaki bertugas di Masjid Tanah Melaka bersama 4 rakan sekerja saya yang terdiri dari 1 orang profesor dan 3 profesor madya. Keseluruhannya 5 orang menaiki sebuah kereta milik saya.

    Pada permulaannya memang terasa amat janggal apabila kami berlima sanggup berhimpit di dalam sebuah kereta di dalam perjalanan yang memakan masa lebih dari 3 jam dari Johor Bahru ke Masjid Tanah Melaka. Kami memang diiznkan membawa kenderaan masing-masing namun entah mengapa (dengan kehendak Allah SWT) masing-masing selesa dengan menumpang kenderaan saya. Selalunya masing-masing lebih selesa bersendirian atau membawa isteri masing-masing.

    Setelah kenderaan mula bergerak meninggalkan kampus UTM, kejanggalan mula hilang apabila masing-masing mula membuka gelanggang perbualan. Berbagai topik menjadi bahan perbualan dan diselang-selikan  dengan gelak ketawa. Perlahan-lahan perasaan janggal mula hilang dan digantikan dengan perasaan seronok.

    Di kalangan kami berlima, saya adalah paling muda iaitu 52 tahun manakala yang lainnya adalah lebih senior dan ada yang sudah lebih 60 tahun. Memang terasa sekali keseronokan berkumpul di dalam  kereta sambil berbual. Ada yang tidak ketinggalan bercerita cerita lucu yang menjadikan kami semua terhibur. Perjalanan kira-kira 3 jam dirasakan pendik apabila sepanjang perjalanan di isi dengan perbagai topik perbualan. Orang yang paling tidak terlibat dengan perbualan ini adalah saya kerana saya sedang memandu.

    Setelah mengisi perut dengan makan malam bersama dengan hidangan sea food yang lazat, kami check in di Tanjung Bidara Beach Resort. Sekali lagi kami memutuskan untuk tinggal bersama di sebuah chalet 2 bilik. Kami terpaksa menempah tilam tambahan kerana chalet ini ini hanya mempunyai tempat tidur untuk 4 orang. Tilam tambahan ini ditempatkan di ruang tamu dan untuk mengambil hati orang yang tidur bersendirian di ruang tamu ini, kami mengambil keputusan untuk mengangkat tilam besar di salah sebuah bilik untuk diletakkan di ruang tamu. Dengan itu kami bertiga tidur di ruang tamu dan 2 orang lagi tidur di salah satu bilik lain.

    Tidak sangka juga sahabat-sahabat saya ini begitu mudah menyesuaikan diri dengan situasi. Saya bersama dua orang lagi tidur di ruang tamu ini. Sementara menunggu waktu tidur kami solat berjemaah dan sesudahnya kami menyambung perbualan. Menjelang pukul 12 malam kami semua sudah tertidur kepenatan.

    Keesokan hari pukul 5.30 pagi seorang demi seorang mandi dan bersedia untuk solat berjemaah subuh. Alhamdulillah seronok sungguh kami berlima makan bersama, menaiki kereta yang sama, bersembang dan solat berjemaah.

    Setelah selesai urusan di Masjid Tanah, kira-kira pukul 12 tengahari kami bertolak balik ke UTM. Di dalam perjalanan ini masing-masing kelihatan kepenatan dan masing-masing mula terlelap di dalam kereta. Apabila samapai ke Pagoh, kami turun untuk solat dan makan tengahari.

    Saya juga agak kepenatan dan selepas selesai makan saya meminta seorang sahabat untuk menggantikan saya memandu kerana saya ingin berehat. Rupa-rupanya sebaik sahaja kami bertolak dari Pagoh, masing-masing kelihatan amat segar dan menyambung pelbagai topik perbualan. Kali ini oleh kerana saya tidak memandu, saya mengambil kesempatan untuk turut terlibat secara aktif di dalam setiap topik perbualan kami. Terasa sungguh keakraban kami berlima ini. Tidak ada perselisihan, malahan kesesuaian semata-mata diantara kami berlima.

    Cerita yang saya ceritakan di atas adalah intro atau pengenalan sahaja kepada apa yang ingin saya sampaikan dalam artikel kali ini. Daripada perbincangan perbualan kami berlima disepanjang perjalanan pergi dan balik ini, pelbagai kesimpulan dapat disimpulkan tetapi saya hanya ingin mengetengahkan satu kesimpulan sahaja iaitu "lelaki memang mempunyai keinginan untuk berkahwin lebih dari satu cuma mereka tidak sampai hati / sampai hati untuk melakukannya!!". Jikalau lelaki yang lebih berusia daripada saya masih menaruh perasaan untuk berkahwin lagi, inikan pula lelaki sihat yang berusia lebih muda daripada kami.

    Saya juga sewaktu muda dahulu kerap berbual dengan ramai rakan sekerja tentang perkara yang sama dan kesimpulan dari perbincangan ini juga adalah sama iaitu setiap lelaki memang mempunyai perasaan untuk berkahwin lebih daripada satu.

    Allah menjadikan manusia dan makhluk lainnya dan Allah lebih mengetahui setiap kelemahan dan kekuatan manusia. Dijadikan agama Islam sebagai panduan agar manusia dapat hidup dalam aman tenteram dan di dalam peraturan Islam ini juga telah dijadikan satu sunnah iaitu kahwin lebih dari satu. Nabi Muhamad SAW serta para sahabat mengamalkan poligami. Pastinya banyak hikmah berpoligami  ini dan kerana itulah Allah menggalakkannya sebagaimana  di dalam  surah An Nisaa' ayat  3 dan  ayat-ayat lain.

    Kepada kaum wanita sekelian ketahuilah bahawa selagi seorang lelaki itu sihat, perasaan ingin berkahwin satu lagi memang sentiasa terpendam di dalam jiwa mereka kerana ini adalah lumrah ciptaan Allah SWT pada setiap makhluk LELAKI.

    Apa yang paling penting sekali sebagai peringtan kepada kaum wanita ialah redhalah dengan segala peraturan yang ditetapkan di dalam hukum Islam termasuk poligami ini kerana membenci sesuatu peraturan atau hukum Islam mengakibatkan seseorang rosak akidahnya dan terkeluar dari keimanan dan keislaman sebagaimana di sebutkan oleh
    Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :
    Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

    Seorang sahabat baik saya yang begitu memahami agama telah bercerita kepada saya tentang lafaz taklik yang disebutkan kepada isterinya di malam pertama perkahwinan mereka berbunyi "apabila saya ingin berkahwin lain dan engkau menentangnya maka gugurlah talak!".
    Apabila mendengar lafaz taklik yang disebutkan oleh sahabat baik saya tersebut, mungkin bagi kebanyakan wanita ia adalah sangat zalim namun hakikatnya sama ada lafaz taklik tersebut dijelaskan atau pun tidak adalah sama.

    Apabila seorang isteri telah terkeluar daripada Islam, sebenarnya isteri ini telah tertalak  secara otomatik kerana seorang bukan islam adalah tidak halal bagi seorang lelaki / suami yang beragama Islam.

    Ramai orang Islam yang pastinya marah apabila melihat  orang kafir di Denmark  yang membenci Islam  mempermainkan dan menghina Nabi Muhamad melalui gambar seolah olah nabi SAW adalah kaki seks.

    Namun apa yang sangat penting sekali di sini ialah janganlah pula kita yang kononnya mengaku seorang Islam turut menyertai orang Denmark kafir ini dengan membenci hukum poligami.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    Tuesday, 12 August 2008

    Ayat Kursi kehilangan Power??


    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    (Updated 15 Disember 2019)

    Ya Allah, berkati rahmati dan berikanlah pertolongan Mu semoga aku dapat menyempurnakan hajat penulisan ini.


    Banyak juga reply menarik dari pembaca Laman Emjay. Silalah baca reply dari pembaca tersebut serta jawapan yang saya berikan.

    Isu histeria di SMK Tanjung Lumpur ini masih berlarutan dan hari ini 12 Ogos 2006, Utusan Malaysia masih menyiarkan artikel berkenaan kes ini yang boleh dibaca bertajuk Histeria: 35 pelajar dibenar cuti.

    Selain dari berita ini. Utusan Malaysia juga menyiarkan satu lagi berita berkaitan isu di sekolah ini yang jauh lebih menarik  yang saya copy paste seperti berikut:

    Perhimpunan SMK Tanjung Lumpur kecoh, 11 pelajar histeria

    KUANTAN 11 Ogos – Perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini kecoh apabila 11 pelajar perempuan sekolah itu diserang histeria ketika ayat Kursi dibacakan pada perhimpunan tersebut hari ini. 


    Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, kesemua mangsa meraung dan meracau serta bertindak agresif sebelum merebahkan diri ke tanah pada perhimpunan yang dihadiri oleh kira-kira 800 pelajar.
    Malah, ada di antara mangsa dikatakan terpaksa diikat pada pengusung selepas dimasukkan ke dalam dua ambulans yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

    Jurucakap Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini berkata, pihak hospital terpaksa mengikat mangsa pada pengusung kerana mereka bertindak agresif sepanjang perjalanan ke hospital sejauh kira-kira tujuh kilometer dari sekolah berkenaan.

    ‘‘Pelajar-pelajar tersebut meraung serta menjerit dalam ambulans dan ada yang melawan serta ingin membuka pintu kenderaan ketika dalam perjalanan.

    ‘‘Oleh itu, kita terpaksa membaring dan mengikat mereka di atas pengusung pesakit bagi mengelak sebarang kejadian yang tak diingini,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu.

    Sementara itu, Pengarah HTAA, Dr. Ardi Awang ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut tetapi mengesahkan ia berlaku.

    ‘‘Kebiasaannya, kalau kes histeria yang agresif, kita akan memberikan pesakit suntikan untuk menenangkan mereka,’’ katanya.

    Difahamkan, semua pelajar terbabit kembali pulih dan dibenarkan pulang kira-kira pukul 2.30 petang setelah diberi rawatan di Unit Kecemasan hospital itu.

    Pada 8 Ogos lepas, Utusan Malaysia melaporkan kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur bertambah buruk apabila beberapa pelajar perempuan bertindak lebih agresif termasuk cuba melarikan diri dari sekolah dan melawan guru yang cuba membantu mereka.

    Kejadian misteri itu menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Julai lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu. 

    Jabatan Pelajaran Pahang sebelum ini memberitahu, mereka akan menyegerakan proses memindahkan 35 pelajar SMK Tanjung Lumpur yang mengalami histeria ke sekolah lain sebagai usaha menamatkan kejadian misteri yang berlaku di sekolah berkenaan sejak empat bulan lalu.



    Saya amat sedih dan simpati dengan kejadian yang berlaku di SMK  Tanjung Lumpur ini dan atas semangat inilah saya telah menulis artikel lalu saya iaitu Histeria di SMK Tanjung Lumpur  - satu kupasan di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/08/histeria-di-smk-tanjung-lumpur-satu.html . Melalui semangat yang sama jugalah saya menulis artikel ini semoga dapat menghulurkan bantuan.

    Lihatlah para pembaca sekelian cebisan dari berita ini iaitu – Perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini kecoh apabila 11 pelajar perempuan sekolah itu diserang histeria ketika ayat Kursi dibacakan pada perhimpunan tersebut hari ini. 

    Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, kesemua mangsa meraung dan meracau serta bertindak agresif sebelum merebahkan diri ke tanah pada perhimpunan yang dihadiri oleh kira-kira 800 pelajar.

    Malah, ada di antara mangsa dikatakan terpaksa diikat pada pengusung selepas dimasukkan ke dalam dua ambulans yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.”.

    Saya yakin pihak pengurusan sekolah ini mengarahkan majlis membaca ayat Kursi di dalam perhimpunan pagi tersebut bertujuan untuk menghalau hantu syaitan dan memberikan pendinding kepada semua warga sekolah ini. Memang perkara seperti ini adalah satu lumrah di Malaysia ini. Namun rahmat yang dipinta tetapi bala yang diterima. Sebelum dibacakan ayat Kursi tiada gangguan namun sebaik dibacakan ayat Kursi ini 11 pelajar diserang histeria.

    Saya ingin menekankan kepada pembaca sekelian bahawa di dalam Islam tidak ada konsep menghalau hantu syaitan dan pendinding!! Jikalau kita buka kitab-kitab sesat seperti kitab mujarrobat dan kitab Majmu’Shariff, amalan pendinding memang banyak sekali. Pilihlah mana satu yang berkenan di hati. Lihatlah bagaimana pandainya syaitan dan lemahnya manusia, hanya dengan menggantung tulisan Arab tertentu lalu dikalungkan di leher anak, maka anak ini bakal terhindar dari segala penyakit!! Subhanallah Astaghfirullah.

    Dari kitab sesat Mujarrobat ini juga diajarkan kalau menuliskan huruf-huruf tertentu  ( alif, lam, to, alif, lam ......) ia boleh digunakan sebagai pendinding untuk menghindari syaitan!!! Subahanallah astaghfirullah, lemahnya manusia, cerdiknya syaitan!!!

    Islam adalah satu agama yang mengesakan Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak menjadi pelindung, pendinding, pemberi rahmat dan sebagainya. Mengapa perlu dicari tuhan lain selain Allah untuk meminta perlindungan??? Kitab Mujarrobat dan Majmu’ Shariff adalah arahan syaitan untuk umat Islam menjadikan azimat, tulisan dan bacaan ayat-ayat sebagai tuhan selain Allah SWT.


    Ingatlah bahawa Nabi SAW tidak bertangkal azimat tetapi bertawakal kepada Allah. Syirik menukarkan konsep tawakal kepada Allah menjadi  tawakal kepada makhluk / tangkal / azimat / amalan sesat lainnya.

    Silalah baca artikel di Laman Emjay berikut untuk lebih memahami isu ini:

    Memanglah menjampi atau meruqyah ada diajarkan di dalam hadis baginda Nabi Muhamad SAW tetapi ruqyah ini perlu dilakukan dengan peraturannya. Peraturan terpenting ialah hendaklah meruqyah ini dilakukan oleh orang yang mantap akidahnya. Meruqyah tanpa akidah yang mantap adalah seolah-olah menyuruh seorang sami Hindu meruqyah dengan ayat Al Quran !!!.

    Dalam melakukan ruqyah perlu diingati bahawa perlindungan adalah mutlak dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Pelajarilah adab berdoa! Elakkan membaca secara beramai-ramai. Apabila pembaca ayat Kursi meyakini bahawa bacaan ayat inilah yang menjadi penghalau syaitan, maka rosaklah akidah kerana sudah menafikan peranan Allah SWT dan ketawalah syaitan. Di dalam kes bacaan ayat Kursi di SMK Tanjung Lumpur ini, Allah SWT seolah-olah telah berlepas tangan lalu membiarkan sahaja jin syaitan bermaharajalela. Perlu sekali dikaji mengapa Allah SWT seolah-olah berlepas tangan dan tidak menurunkan rahmatnya. Pastinya ada sesuatu yang Allah SWT tidak redha!!!

    Kejadian seumpama ini memang banyak sekali berlaku di Malaysia. Seringkali berlaku apabila terdapat kes histeria maka ustaz dan pelajar membacakan ayat Kursi dan surah Yaasin namun sebaik-baik dibacakan ayat-ayat dari Al Quran ini , kejadian histeria ini bukan semakin pulih malahan semakin ganas dan rancak. Ini menunjukkan seolah-olah Allah SWT telah berlepas tangan dan tidak mahu menurunkan rahmatNya!!! 

    Untuk menjelaskan lebih lanjut perkara ini saya berikan satu analogi. Secara umumnya memanglah digalakkan oleh Islam agar umatnya memberikan sedekah. InsyaAllah sedekah bakal dibalas dengan pelbagai rahmat dari Allah. Namun ada orang yang banyak bersedekah namun sudahlah tidak dapat balasan rahmatNya malahan diberikan pula azab oleh Allah. Apabila sedekah dibuat dengan niat riak maka sudahlah tiada balasan rahmat malahan diberikan pula pelbagai musibah. Begitulah ruqyah yang dilakukan dengan kaedah tidak betul hanya mengundang pelbagai musibah.


    Di satu sekolah di Pantai Timur, kumpulan guru dan pelajar membacakan surah Yaasin berpuluh-puluh kali namun lagi dibacakan lagi teruk azab yang diberikan oleh Allah SWT sehingga akhirnya mereka semua bertempiaran lari kerana pelbagai kejadian aneh semakin berleluasa sehingga akhirnya atap sekolah macam nak runtuh. Ini semua adalah hasil kerja permainan jin syaitan laknatullah namun perkara yang sangat penting difikirkan ialah mengapa Allah mengizinkan kejadian aneh ini berlaku?? Bacalah artikel nombor 7 saya di atas iaitu   Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!! di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/mesej-dari-allah-yang-tidak-mahu.html
     
    Apabila Islam dipermainkan, Nabi Muhamad SAW banyak difitnah, Allah SWT diperbodohkan dan diperlekehkan pastinya berbagai azab diterima sebagai mesej yang ingin disampaikan oleh ALLAH SWT. Kembalilah kepada jalan lurus yang diajarkan oleh Nabi Muhamad SAW untuk mendapatkan RAHMAT DARI ALLAH SWT.


    Ayat Kursi bukan kehilangan Power tetapi sesungguhnya ayat Kursi memang tidak ada Power kerana yang memiliki Power hanyalah Allah SWT.


    Sekian wassalam wallahuaqlam. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya milik Allah SWT.

    Emjay


    Thursday, 7 August 2008

    Histeria di SMK Tanjung Lumpur - satu kupasan


    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Ya Allah, berkati rahmati dan berikanlah pertolongan Mu semoga aku dapat menyempurnakan hajat penulisan ini.

    Pada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Julai 2008 telah dipaparkan berita berikut:

    Pelajar histeria setiap tengah hari sejak Mei

    Oleh ZULKIFLI MANZOR


    KUANTAN 24 Julai – Sebuah sekolah menengah di sini diselubungi kejadian misteri apabila sebilangan pelajar perempuannya diserang histeria hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.


    Lebih memburukkan keadaan, pada waktu rehat segelintir pelajar perempuan dikatakan mengalami sakit sendi hingga terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua yang uzur dan kejadian itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.


    Khuatir proses pengajaran dan pembelajaran semakin terganggu, pelbagai usaha dilakukan oleh pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur termasuk memanggil pengamal perubatan tradisional selain mengadakan sesi perjumpaan bersama ibu bapa pelajar terbabit di sekolah itu hari ini. 


    Ibu bapa yang ditemui selepas sesi perjumpaan itu bimbang dengan kejadian misteri tersebut dan meminta pihak bertanggungjawab segera mencari jalan mengatasi masalah berkenaan demi masa depan anak-anak mereka.


    Aziz Basri, 56, bapa kepada salah seorang pelajar yang kerap terkena histeria berkata, kejadian misteri itu dikhuatiri mendatangkan risiko terhadap kesihatan pelajar selain mengganggu pembelajaran kerana ada di kalangan pelajar kerap mengambil cuti akibat kejadian itu.


    Pegawai syarikat swasta itu berkata, kejadian tersebut dipercayai mula berlaku pada hujung Mei lalu dan kali terakhir kejadian berkenaan menimpa anak perempuannya semalam.
    ‘‘Kejadian itu berlaku berulang-kali dan setiap kali ia menimpa anak saya berusia 14 tahun, dia akan kelihatan murung dan kami risau ia menjejaskan pelajarannya,” katanya ditemui di sekolah tersebut.


    Idrus Sulong, 39, pula berkata, anak perempuannya yang juga berusia 14 tahun mengalami kejadian yang sama baru-baru ini menyebabkan dia dan ibu bapa lain diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan bersama hari ini. 


    ‘‘Saya dapat tahu hari ini sahaja kira-kira tiga murid perempuan mengalami kejadian misteri itu,” katanya. 


    Sementara itu, Setiausaha Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Huzair Awang Bidin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut sambil mendakwa peristiwa misteri itu telah lama berlarutan. 


    Menurutnya, setiap hari antara empat atau lima murid akan diserang kejadian misteri itu walaupun pelbagai usaha seperti membaca surah Yasin dan sembahyang hajat diadakan di sekolah berkenaan.

    Pengetua sekolah berkenaan bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan kepada pemberita selain mengarahkan pengawal keselamatan menghalang pemberita dan jurugambar memasuki pekarangan sekolah bagi membuat liputan.


    Kisah pelajar di sekolah kerasukan atau histeria bukanlah satu kisah baru di Malaysia ini. Saban tahun akan ada beberapa sekolah tidak kira sekolah menengah atau sekolah rendah akan mengalami gangguan ini di kalangan pelajarnya atau pun gurunya. Entah bila kisah seperti ini akan selesai atau tamat, bosan menunggunya. Namun dengan senario semasa yang sekiranya tidak berubah, rasanya tunggulah kucing bertanduk barulah kisah seperti ini akan tamat. 


    Yang paling menarik sekali pula ialah terdapat sekolah beraliran agama sama ada milik kerajaan mahu pun swasta juga tidak ketinggalan diganggu dengan masalah histeria ini.


    Bagi sekolah Cina atau Tamil, kes histeria ini tidak berapa kedengaran. Bagi mengupas kejadian ini, pembaca boleh merujuk artikel saya bertajuk Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam??????? yang diterbitkan pada 6 April 2008 .


    Boleh dikatakan di dalam setiap kes kerasukan / histeria, akan ada pelbagai usaha termasuk memanggil khidmat bomoh tidak kira bomoh Melayu, Sakai atau sami budha/Hindu.  Tidak ketinggalan juga upacara membaca surah Yaasin dan solat hajat sebagaimana dalam petikan di atas. Dalam kes ini apa yang saya ingin persoalkan ialah bolehkah kita mencampuradukkan yang hak dan yang bathil???? Adalah jelas bahawa menggunakan khidmat bomoh seperti ini adalah satu usaha yang sesat dan menyesatkan? Bomoh-bomoh kini tanpa rasa bersalah dan rasa malu mempromosikan diri mereka atau pertubuhan bomoh mereka sebagaimana di dalam artikel saya bertajuk Mufti tidak tahu menembak atau tiada peluru untuk menembak?? di mana bomoh bergambar megah dalam kes adik Sharlinie.


    Sebagai satu analogi mudah bagi menjelaskan fenomena ini, sebagai misalan seorang lelaki Islam  rajin mengerjakan sembahyang tetapi dalam masa yang sama kerap mengadakan majlis memuja kubur untuk mendapatkan nombor ekor?? Begitulah perbandingannya apabila banyak pihak dalam mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah, mereka sudah tidak mengira lagi soal halal haram asalkan hajatnya tercapai.

    Terdapat juga setengah sekolah dalam menghadapi masalah histeria / kerasukan ini tidak menjemput bomoh sesat tetapi semata-mata mengerjakan majlis membaca Yaasin dan ayatul Kursi serta solat hajat namun masalah histeria ini tidak selesai juga. Sudah tentu ada sesuatu yang Allah SWT tidak redha dengan usaha ini. 

    Apabila Allah tidak redha, kenalah muhasabah mengkaji tentang apa yang tidak betul berkenaan amalan yang dilakukan. Bila kita kaji sunah Nabi Muhamad, tidak ada sama sekali sembahyang solat hajat secara berjemaah. Solat sunat aidilfitri, aidil adha dan solat minta hujan memang ada dilakukan secara berjemaah tetapi saya memang belum bertemu hadis dimana Nabi mengerjakan solat hajat secara berjemaah. Adakah kita lebih bijak dari Nabi Muhamad untuk menciptakan syariat Islam yang baru??


    Berkenaan membaca surah Yaasin pula, adakah terdapat sebarang hadis dimana Nabi SAW atau para sahabat mengkhususkan kepada bacaan Yaasin bagi kes seperti ini?? Dan persoalan yang paling berat berkenaan membaca surah Yaasin pula ialah terdapat orang yang begitu taksub sehingga mungkin ke peringkat menjadikannya sebagai TAGHUT? Bagi makluman pembaca sekelian, taghut ialah sesuatu yang dipuja, dimulia, dipertahankan dan ditaati setaraf dengan darjat ketuhanan Allah swt. Sama ada ia berhala, tangkal, azimat, syaitan, keramat-keramat, sistem, ideologi, kebudayaan, manusia, pemimpin atau apa sahaja yang dipuja, ditaati dan dipatuhi setaraf dengan pengabdian diri terhadap Allah SWT. 


    Memanglah Nabi melalui hadisnya ada melakukan ruqyah, namun seorang yang melakukan ruqyah hendaklah menguasai asas tauhid dengan mantap. Silalah baca artikel saya berkenaan perkara ini di:

    Jampi boleh bawa syirik
    INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH
    SAMBUNGAN CERITA 6 KALI BERANAK ..... KENA TINDIH WAKTU TIDUR

    Kini sangat banyak umat Islam yang mengamalkan membaca Ayatul Kursi dan Surah Yaasin apabila terdapat gangguan syaitan / histeria / kerasukan namun hasil dari usaha mereka ini Allah SWT tidak memberikan pun kesembuhan kepada masalah yang dihadapi. Apakah membaca Ayat Al Quran sudah tidak lagi relevan pada zaman Islam Hadhari ini untuk menangani kes gangguan syaitan / histeria / kerasukan?? Bagi saya peraturan dan segala hukum hakam dalam Islam adalah amat wajar sepanjang zaman sama ada di Zaman 1400 tahun dahulu, sekarang dan akan datang. Jikalau Nabi pernah meruqyah, maknanya usaha ini adalah amat relevan di zaman sekarang dan akan datang juga. Namun apabila sesuatu ibadah dilakukan dengan tidak mengikut peraturan, bagaimanalah Allah SWT akan redha. Sebagai misalan, adakah Allah SWT redha apabila kita solat di dalam tandas atau di atas tanah perkuburan??? Begitulah sekiranya ruqyah yang sememangnya suatu sunnah dilakukan dengan tidak mengikut ketetapan dan peraturanNya.  

    Pada keesokan harinya 26 Julai 2008, susulan berita yang sama diterbitkan di Utusan Malaysia :

    Pertemuan Jabatan Pelajaran-PIBG cari penyelesaian kes histeria

    Salah seorang pelajar lelaki yang keletihan akibat diserang histeria dipapah ke surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, semalam. – Gambar MAHATHIR ALI


    KUANTAN 25 Julai – Jabatan Pelajaran Negeri Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan

    Tanjung Lumpur di sini Isnin ini dalam usaha mencari penyelesaian berhubung kejadian misteri yang berlaku di sekolah itu sejak Mei lalu.

    Pada masa sama, Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff turut mengalu-alukan mana-mana pihak terutama pengamal perubatan tradisional yang mampu menyelesaikan masalah tersebut agar segera menghubungi sekolah terbabit untuk menghulurkan bantuan.

    Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan mendapatkan pandangan pihak ibu bapa dan sekolah memandangkan pelajar tingkatan tiga akan mula menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.

    “Kita akan bekerjasama dengan PIBG dan penduduk setempat untuk mencari kaedah yang dapat membantu menyelesaikan kejadian yang kita anggap misteri ini.

    “Tidak lama lagi PMR, kita juga akan memikirkan sama ada perlu menempatkan sementara pelajar yang akan mengambil peperiksaan di sekolah ini atau di tempat lain supaya mereka tidak terganggu sepanjang tempoh itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya hari ini menyiarkan kisah sebuah sekolah menengah di sini yang diselubungi kejadian misteri apabila sebilangan pelajar perempuannya diserang histeria hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.

    Lebih memburukkan keadaan, pada waktu rehat, segelintir pelajar perempuan dikatakan mengalami sakit sendi hingga terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua yang uzur. Kejadian itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.

    Abdul Aziz berkata, pihaknya telah mengambil beberapa tindakan bagi menangani masalah yang berlaku sebaik sahaja menerima laporan daripada pihak sekolah.

    Malah, katanya, pihak sekolah sebelum ini telah melakukan pelbagai ikhtiar untuk memulihkan keadaan termasuk mengadakan solat hajat yang turut dihadiri oleh beliau sendiri.

    Bagaimanapun, jelas Abdul Aziz, usaha-usaha yang dilakukan termasuk menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional gagal meninggalkan kesan yang diharapkan.

    “Masalah yang dikatakan sebagai histeria ini hanya membabitkan pelajar dan guru perempuan. Ia berlaku tidak kira masa, kadang-kadang pagi dan kadang-kadang tengah hari.

    “Setakat ini, dua guru perempuan dilaporkan mengalami gangguan yang sama dan kita telah mengambil beberapa tindakan untuk memulihkan keadaan,” ujarnya.

    Guru-guru terbabit, katanya, berjaya dipulihkan dan telah kembali bertugas seperti biasa.
    Ditanya apa yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku, Abdul Aziz memberitahu, ia mungkin ada kaitan dengan projek pembinaan bangunan tambahan sekolah berkenaan.


    Kes gangguan / histeria / kerasukan sebenarnya adalah rahmat besar dari Allah SWT di dalam mendidik umatnya agar kembali ke jalan Islam yang diredhai. Di dalam Al Quran jelas dinyatakan bahawa syaitan ini tidak ada daya kekuatan ke atas mereka-mereka yang beriman. Sila rujuk Al Quran surah Al Hijr ayat 39 - 42 dan surah An Nahl ayat 99 - 100. Maknanya ialah orang beriman tidak kena gangguan / histeria / kerasukan dan hanya orang tidak beriman akan menerima gangguan / histeria / kerasukan.


    Sebagai iktibar, bacalah tulisan saya kisah seorang guru perempuan bernama Ina yang mengalami kerasukan di Pengalaman bersama orang yang kerasukan () . Allah memberikan azab yang  berat kepada Ina sebagai satu pengajaran agar jangan mengulangi kesilapan besar ini. Inilah yang dikatakan di dalam azab terdapat rahmat.


    Orang yang kerasukan sebenarnya adalah orang yang rosak imannya. Punca masalah ini adalah kerana mereka ini banyak sekali melakukan kesilapan “fatal” (besar) seperti mensyirikkan Allah SWT dan punca kesilapan fatal ini pula  ialah kerana mereka tidak berilmu.


    Tidak berilmu => Melakukan Syirik => rosak Iman => Histeria


    Melalui huraian ini, dijelaskan bahawa punca sebenar histeria adalah kerana kekurangan ilmu yang berkaitan. Dengan ini bagi menyelesaikan permasalahan histeria ini ialah mereka yang terbabit hendaklah diberikan ilmu tauhid yang mantap sebagaimana kes cikgu Ina dalam artikel saya di atas.


    Jikalau benarlah bahawa ada manusia yang boleh menghalau syaitan yang menyebabkan histeria, sebenarnya kejayaan mereka ini adalah kejayaan yang bersifat sementara kerana histeria ini insya-Allah akan berulang lagi. Bagi memudahkan menjelaskan perkara ini, saya ibaratkan orang kerasukan sebagai orang yang lapar. 

    Dengan memberikan makanan kepada orang yang lapar (kerasukan) memang dapat menyelesaikan masalah ini tetapi ia adalah bersifat sementara. Kelak mereka ini akan lapar semula dan perlulah ada manusia yang perlu memberikan makanan kepada orang ini. Sampai bila perkara ini akan selesai?? Penyelesaian bagi kes orang yang lapar (kerasukan) adalah sebenarnya dengan mengajarkan orang yang lapar ini ilmu bagaimana untuk mendapatkan makanan. Apabila orang yang lapar (kerasukan) ini sudah berilmu dan sudah pandai mendapatkan makanannya sendiri, maka masalah orang lapar ini sebenarnya telah diselesaikan.


    Itulah sebabnya saya sentiasa menegaskan bahawa dalam menangani masalah histeria, perkara yang perlu dilakukan adalah menyampaikan ilmu dan membimbing agar ilmu ini dapat di hayati dan diamalkan. Hanya dengan ilmu orang jahiliah di Mekah berubah menjadi orang Islam beriman dan hanya dengan ilmu, orang Islam boleh memasuki syurga Allah. Tanpa ilmu pastinya bakal ke neraka disamping memasuki “neraka” di dunia. 


    Kisah histeria di SMK Tanjung Lumpur semakin menarik perhatian saya apabila terbit lagi cerita berkenaannya di Utusan Malaysia pada 28 Julai 2008 :


    Bomoh diguna 'bersih' sekolah

    Oleh YUSRI SAHAT 


    KUANTAN 27 Julai - Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini akan menggunakan khidmat seorang pengamal perubatan tradisional terkenal di Pahang bagi memulihkan semula semangat pelajar sekolah itu yang diserang histeria sejak Mei lalu.


    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (gambar) berkata, pengamal perubatan tradisional yang berasal dari Kuala Lipis itu akan menjalankan upacara 'pembersihan' di sekolah itu esok.


    Menurut beliau, pengamal perubatan tersebut telah menyatakan persetujuannya untuk menjalankan upacara tersebut selepas laporan mengenai kes histeria di sekolah terbabit disiarkan di akhbar kelmarin.


    ''Ini merupakan salah satu ikhtiar kita untuk memulihkan semula SMK Tanjung Lumpur daripada terus diganggu makhluk halus," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
    Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan SMK Tanjung Lumpur diselubungi kejadian misteri apabila sebilangan pelajar perempuannya diserang histeria hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.


    Dilaporkan juga pada waktu rehat, sebahagian pelajar perempuan akan mengalami sakit-sakit sendi hingga terpaksa berjalan terbongkok- bongkok seperti orang tua uzur dan keadaan itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.


    Berikutan itu, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang akan memindahkan kesemua 820 pelajar sekolah itu ke sekolah lain jika keadaan terus meruncing.


    Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, keputusan memindahkan pelajar terbabit akan ditentukan pada mesyuarat dengan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jabatan Kesihatan, polis dan penduduk setempat esok.


    Wan Adnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata, pengamal perubatan tradisional tersebut dikatakan berjaya menangani masalah yang sama di sebuah sekolah di Kuala Lipis tahun lalu.


    Setakat ini, tambah beliau, pentadbiran SMK Tanjung Lumpur telah menggunakan khidmat enam pengamal perubatan tradisional tetapi semuanya tidak berhasil.


    ''Kita berharap dengan kepakaran pengamal perubatan tradisional dari Kuala Lipis ini, masalah yang membelenggu pelajar dan guru sekolah itu dapat diselesaikan," katanya.


    Dalam pada itu, tambah beliau, pihak sekolah terbabit juga meminta bantuan tokoh agama terkenal, Datuk Dr. Haron Din untuk menghalau makhluk halus yang dikatakan mengganggu sebilangan pelajar dan gurunya.


    Bagaimanapun, jelasnya, tokoh agama itu kini masih berada di Mekah dan dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh sebulan lagi.


    ''Jika masalah di sekolah itu masih belum dapat diatasi dalam tempoh tersebut, beliau berjanji akan berusaha untuk memulihkan semula keadaan," tambahnya.


    Dalam perkembangan lain, Wan Adnan memberitahu, beliau difahamkan kejadian histeria itu berlaku sejak projek bangunan tambahan di belakang sekolah tersebut dilaksanakan.


    Ditanya sama ada projek itu akan dihenti dan dipindahkan ke lokasi lain, jelas beliau: ''Perkara itu sukar untuk dilaksanakan dan kita akan menggunakan pendekatan lain dulu untuk mengatasi masalah ini."


    Dari berita di atas, jelas bahawa orang kini tidak lagi malu melakukan perkara yang ditegah Islam iaitu berurusan dengan BOMOH. Tidak kah mereka takut Allah serta azabNya????
    Pada hari yang sama juga Utusan Malaysia ada mencerita kisah lain berkaitannya iaitu :


    Pelajar histeria dipindah ke sekolah lain

    28/07/2008 7:06pm

    KUANTAN 28 Julai — Seramai 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang mengalami histeria baru-baru ini akan dipindahkan ke sekolah berdekatan iaitu SMK Sungai Soi dalam masa terdekat bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran dengan selesa.


    Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, kesemua pelajar terbabit akan dipindahkan dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.


    “Tujuan kita (pindahkan pelajar) adalah supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran masing-masing, “ katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


    Sejak beberapa hari lepas, beberapa pelajar di sekolah berkenaan dikatakan mengalami histeria dengan mangsa mendakwa mereka diganggu makhluk halus dan diganggu “Nenek Kebayan”.
    “Sama ada pemindahan tersebut dibuat untuk tempoh sementara waktu atau seterusnya akan diputuskan kemudian kerana yang paling mustahak adalah soal pelajaran yang perlu mereka ikuti,” kata Abdul Aziz.


    Selain langkah pemindahan pelajar itu, katanya, Jabatan Pelajaran Pahang juga akan meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menghentikan sementara projek pembinaan blok baru di sekolah terbabit sehingga keadaan kembali normal.


    Menurut laporan sebelum ini, pembinaan blok baru sejak beberapa bulan lepas itu dikatakan antara punca mulanya berlakunya kejadian histeria yang membabitkan pelajar perempuan di sekolah terbabit.


    “Semua keputusan yang dibuat ini adalah hasil daripada Mesyuarat Pemuafakatan yang diadakan di sekolah itu yang melibatkan pihak sekolah dengan JKR, Jabatan Kesihatan, polis, Ketua Kampung dan penduduk setempat pada hari ini,” katanya.


    Abdul Aziz berkata, program kerohanian seperti solat hajat dan bacaan surah Yasin yang diadakan selama tiga hari bermula malam tadi di sekolah berkenaan juga akan dilakukan secara berterusan. - Bernama


    Bab memindahkan pelajar yang kerap kena histeria ke sekolah lain secara besar-besaran ini  sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Ia sekadar memindahkan dan menambahkan masalah ke sekolah lain.


    Pada hari berikutnya 29 Julai 2008, Utusan Malaysia menyiarkan lagi kisah SMK tanjung Lumpur ini yang boleh dibaca di http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0729&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_08.htm&arc=hive
     
    Pada 1 Ogos 2008, kisah perkembangan terbaru di SMK Tanjung Lumpur di paparkan lagi di Utusan Malaysia :


    Histeria: SMK Tanjung Lumpur kembali ‘aman’

    Oleh ZULKIFLI MANZOR


    KUANTAN 31 Julai – Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Tanjung Lumpur di sini yang dilanda kejadian misteri sejak Mei lalu, hari ini dilaporkan tenang tanpa seorang pelajar pun diserang histeria sejak semalam.


    Dengan perkembangan terbaru itu, para pelajar, sekolah yang telah berusia 25 tahun tersebut dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa tanpa gangguan.


    Tinjauan Utusan Malaysia di SMK Tanjung Lumpur hari ini mendapati, kesemua pelajar dan guru sekolah tersebut kembali ceria manakala suasana proses pembelajaran serta aktiviti kokurikulum berjalan seperti sediakala berbanding tempoh empat bulan sebelum ini. 


    Bagaimanapun, projek pembinaan bangunan tambahan di belakang sekolah itu yang dikaitkan dengan ‘gangguan’ tersebut masih ditangguhkan. 


    Pengetua sekolah berkenaan, Abdul Khalil Sham berkata, pihaknya yakin keadaan di sekolah tersebut kembali normal berikutan pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan semangat pelajarnya.


    Menurut beliau, pihaknya mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Kesihatan, polis, ketua kampung dan ibu bapa yang sangat mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekolah tersebut.


    “Kami bersyukur kerana sejak pukul 7.45 pagi hingga waktu persekolahan berakhir pada pukul 2 petang ini, sesi persekolahan di SMK Tanjung Lumpur berjalan lancar sejak semalam.
    “Selepas beberapa bulan berlaku, hari ini dan semalam merupakan hari yang paling aman buat pelajar dan guru di sekolah ini,” katanya ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini. 


    Pada 25 Mei lalu, Utusan Malaysia melaporkan SMK Tanjung Lumpur diselubungi kejadian misteri apabila sebilangan pelajar perempuannya diserang histeria hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.


    Dilaporkan juga pada waktu rehat, sebahagian pelajar perempuan akan mengalami sakit-sakit sendi hingga terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua uzur dan keadaan itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.


    Sehubungan itu, satu mesyuarat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa pelajar, PPD, Jabatan Kesihatan, ketua kampung dan polis diadakan di sekolah itu Isnin lalu bagi mencari jalan penyelesaian. 


    Sementara itu, pelajar sekolah berkenaan, Nurul Syafiqah Che Mansor, 17, berkata, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sekolah tersebut mengatasi gangguan yang berlaku sejak empat bulan lalu.


    Dia yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini berkata, kini dia dapat belajar dengan aman dan memberi tumpuan semula terhadap pelajaran. 


    Rakannya, Rodiah Mamat, 17, pula mengaku merasa takut dengan keadaan yang berlaku di sekolah itu kerana mendakwa pernah mengalami beberapa peristiwa aneh sebelum ini. 


    “Setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk majlis membaca Yasin, sembahyang hajat, menggunakan khidmat pengamal-pengamal perubatan tradisional, sekolah kami pulih dan keadaan kembali normal,” jelasnya. 


    Dalam pada itu, malam tadi, satu majlis solat hajat diadakan di SMK Tanjung Lumpur yang disertai 250 jemaah termasuk 40 penuntut tahfiz Yayasan Pahang.


    Kononnya sekolah ini sudah aman tetapi jauh di sudut hati saya menjangkakan bahawa masalah ini belum selesai. Adakah 40 penuntut tahfiz Yayasan Pahang dapat memujuk Allah SWT apabila yang hak dan yang bathil bercampur aduk???


    Pada hari berikutnya 2 Ogos 2008, kisah yang sama masih disiarkan di Utusan Malaysia:


    Histeria: Upacara 'pembersihan' di SMK Tanjung Lumpur

    Sahabudin Sham Sudin menunjukkan van yang digunakan untuk membawa keluar 'anasir' dari SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, semalam.



    KUANTAN 1 Ogos - Upacara 'pembersihan' bagi mengakhiri serangan histeria yang mengganggu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini dipercayai berjaya dilakukan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di sekolah itu hari ini.


    Upacara bermula kira-kira pukul 10 pagi itu turut melibatkan penggunaan sebuah van jenis Kia Pregio berwarna putih bertujuan memindahkan 'anasir-anasir' yang dikatakan mengganggu sekolah berkenaan ke kawasan lain.


    Bagaimanapun, harapan para wartawan serta jurugambar yang berada di hadapan SMK Tanjung Lumpur seawal pukul 9 pagi untuk membuat liputan tidak kesampaian apabila upacara 'pemindahan' itu dilakukan secara bersembunyi atas arahan pihak-pihak tertentu.


    Orang ramai yang berada di situ turut kecewa apabila upacara yang dijangka berlangsung di hadapan sekolah berkenaan dengan menggunakan sebuah bas ditukar pada saat akhir setelah pihak terbabit dikatakan menyedari kehadiran mereka.


    Pengamal perubatan tradisional yang terlibat dalam upacara itu, Sahabudin Sham Sudin, 50, ketika ditemui mendakwa, upacara 'pembersihan; itu terpaksa dilakukan dengan menggunakan sebuah van selepas pemandu bas yang sebelum ini dijadualkan terlibat dalam upacara itu, takut berbuat demikian. 


    ''Anasir itu terdiri daripada 14 'dewasa' dan tujuh 'kanak-kanak' yang kesemuanya beragama Islam malah al-Quran serta zikir juga merupakan amalan mereka. 


    ''Ada di kalangan 'mereka' sudah tua, ada yang masih muda, terdapat lelaki dan perempuan serta kanak-kanak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Perumahan Indera Mahkota 2 di sini hari ini.


    Kejadian misteri di SMK Tanjung Lumpur menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Mei lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.


    Dilaporkan juga pada waktu rehat, sebahagian pelajar perempuan akan berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua uzur dan keadaan itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.


    Sahabudin berkata, kesemua 'anasir' itu dipindahkan ke satu lokasi yang terpaksa dirahsiakan kira-kira 20 kilometer dari bandar Kuantan. 


    ''Makhluk Allah itu sebenarnya marah kerana kawasan mereka yang terletak tidak jauh daripada sekolah itu menjadi tempat maksiat," tegasnya. 


    Beliau mendakwa, anasir itu terpaksa menggunakan pelajar-pelajar sekolah berkenaan sebagai saluran untuk menyampaikan hasrat bagi mendapatkan penempatan di tempat lain. 


    Menceritakan detik 'pemindahan', beliau yang sudah beberapa kali mengendalikan kejadian sama di beberapa negeri memberitahu, van yang membawa anasir itu menjadi berat dan terpaksa dipandu perlahan-lahan.


    Sementara itu, Pengetua SMK Tanjung Lumpur, Abdul Khalil Sham ketika ditemui enggan mengulas berhubung upacara tersebut.


    Terbakar sungguh hati saya membaca cerita di akhbar ini apabila wajah bomoh diberikan publisiti mengalahkan publisiti kepada seorang ulamak?? Hebat sungguh bomoh Sahabudin Sham Sudin mengalahkan kehebatan Nabi Muhamad SAW 1400 tahun lalu. Bomoh ini kononnya mampu memindahkan jin-jin tersebut ke kawasan lain menggunakan Van pula tu???? Nabi Muhamad SAW melalui sunahnya tidak mengajarkan pindah jin syaitan dan apabila memasuki kawasan mereka seperti tandas, kita cuma diajar Nabi Muhamad untuk berdoa semoga Allah SWT mengelakkan gangguan “mereka” ini dan bukan minta Allah pindahkan “mereka”.


    Apalah nak jadi dengan umat Islam di Malaysia ini. Mufti mungkin sekadar berkata “OIC”. Bagaimanalah Allah nak redha dengan tingkah laku manusia seperti ini.


    Mungkin ramai yang menarik nafas lega dengan khidmat bomoh ini memindahkan jin syaitan dengan menggunakan van. Memang 5 hari mereka semua dapat menarik nafas lega kerana seolah-olah kes ini telah selesai. Sebenarnya mereka semua diperangkap oleh permainan syaitan yang licik sekali. Mereka sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Kejadian lama telah berulang sebagaimana diceritakan Utusan Malaysia 5 Ogos 2008:


    Histeria di SMK Tanjung Lumpur berulang

    Oleh ZULKIFLI MANZOR


    KUANTAN 4 Ogos - Kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang disangka telah berakhir sejak lima hari lalu, kembali menghantui guru serta pelajar sekolah tersebut apabila beberapa pelajarnya dilaporkan mengalami semula histeria hari ini.


    Difahamkan, dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 10.15 pagi hingga 12.10 tengah hari itu, sekurang-kurangnya tiga pelajar perempuan sekolah berkenaan menjerit-jerit serta meracau secara tiba-tiba.


    Tinjauan pemberita di SMK Tanjung Lumpur mendapati, beberapa pelajar perempuan termasuk seorang pelajar tingkatan dua dipercayai menjadi mangsa terbaru kejadian misteri itu dengan menunjukkan kelakuan aneh.


    Para wartawan dan jurugambar bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan di dalam kawasan sekolah kerana dikhuatiri kedatangan mereka akan menganggu tumpuan pelajar lain yang sedang belajar.


    Menurut satu sumber, salah seorang mangsa yang terpaksa dipapah oleh guru meronta-ronta dan berjalan terhoyong-hayang ke belakang bangunan sekolah sebelum rebah di atas lantai simen.


    "Lebih membimbangkan, mangsa menjerit-jerit seperti kena rasuk dan apabila sedar pelajar itu mengadu sakit di bahu kanan dan kembali mengamuk beberapa minit kemudian.
    "Pemeriksaan mendapati memang ada kesan lebam seperti kesan gigitan pada bahu mangsa," katanya sumber itu ketika ditemui di sini hari ini.


    Kejadian misteri di SMK Tanjung Lumpur menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Mei lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.


    Dilaporkan juga pada waktu rehat, sebahagian pelajar perempuan akan berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua uzur dan keadaan itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.


    Bagaimanapun, Jumaat lalu, sekolah itu dilaporkan kembali tenang tanpa seorang pelajar pun diserang histeria sejak semalam berikutan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkan semangat pelajar sekolah berkenaan.


    Dalam pada itu, sumber itu memberitahu, ketiga-tiga mangsa baru serangan histeria itu berkelakuan lebih agresif berbanding pelajar yang mengalaminya sebelum ini dengan cuba memanjat pagar sekolah serta bertutur dengan nada keras.


    Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Shahabudin Sham Sudin, 50, yang sebelum ini mendakwa telah melakukan upacara "pembersihan" di sekolah berkenaan pada Jumaat lalu bagaimanapun mendakwa, kejadian itu berulang kerana terdapat anasir jahat lain yang cuba menganggu pelajar sekolah berkenaan.


    "Saya sudah memindahkan anasir yang menganggu pelajar SMK Tanjung Lumpur pada Jumaat lalu, bagaimanapun kejadian hari ini ekoran perbuatan anasir jahat yang lain," katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan.


    Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengesahkan kejadian misteri yang berulang itu manakala pengetua sekolah berkenaan, Abdul Khalil Sham enggan mengulas ketika ditemui pemberita.


    Sudah buntu usaha mereka untuk menangani masalah histeria ini. Begitulah usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh tetapi sekiranya tidak diredhai Allah SWT, jadilah usaha tersebut bagai mencurah garam ke laut, sia-sia belaka.


    Pada hari berikutnya 6 Ogos 2008, kisah selanjutnya dipaparkan di Utusan Malaysia.:


    Perpindahan 35 pelajar histeria disegerakan

    KUANTAN 5 Ogos - Jabatan Pelajaran Pahang akan menyegerakan proses memindahkan 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang mengalami histeria, ke sekolah lain sebagai usaha menamatkan kejadian misteri yang berlaku di sekolah berkenaan sejak empat bulan lalu.


    Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat khas diadakan bersama ibu bapa para pelajar, pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan di sekolah berkenaan pagi ini.


    ''Keputusan untuk menukar pelajar ke sekolah lain bukan keputusan jabatan semata-mata, tetapi ia meliputi budi bicara ibu bapa pelajar terlibat.


    ''Jabatan tidak memaksa sekiranya ibu bapa tidak mahu anak mereka dipindahkan.
    ''Bagaimanapun, kami akan cuba memujuk ibu bapa pelajar terbabit supaya bersetuju anak mereka ditukar ke mana-mana sekolah yang mereka inginkan, malah pihak PPD Kuantan sedia membantu untuk tujuan tersebut,'' katanya di sini hari ini. 


    Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang disangka telah berakhir sejak lima hari lalu, kembali menghantui guru serta pelajar sekolah tersebut apabila beberapa pelajarnya dilaporkan mengalami semula histeria semalam.


    Jumaat lalu, sekolah itu dilaporkan kembali tenang tanpa seorang pelajar pun diserang histeria sejak semalam.


    Ini berikutan pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan semangat para pelajar sekolah berkenaan termasuk menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional. 


    Terdahulu, dalam satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan pada 28 Julai lalu, ramai pihak bersetuju untuk memindahkan 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang mengalami histeria ke sekolah lain sekiranya keadaan masih tidak berubah. 


    Kejadian misteri di SMK Tanjung Lumpur menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Mei lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.


    Dilaporkan juga pada waktu rehat, sebahagian pelajar perempuan akan berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua uzur dan keadaan itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.


    Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, sebanyak 12 pelajar dilaporkan mengalami histeria antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari semalam, bagaimanapun tiada pelajar mengalami kejadian itu hari ini.


    Menurutnya, jabatan dan pihak sekolah akan terus mengadakan majlis kerohanian seperti solat hajat, tahlil serta bacaan surah Yasin dalam usaha menamatkan kejadian misteri yang menimpa pelajar serta guru SMK Tanjung Lumpur. 


    Tambahnya, keadaan 12 pelajar yang menerima rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum ini beransur pulih dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh pihak hospital


     Jikalau ada orang dari kaum Cina atau Hindu yang menganalisa isu ini, mungkin mereka akan mentertawakan umat Islam kerana seolah-olah terbukti umat Melayu Islam kini tidak lagi mampu menangani isu ini secara efektif dan tepat. Begitulah jadinya apabila mufti semakin lesu.


    Dalam isu sebagaimana di SMK Tanjung Lumpur ini, lumrahnya ia berlaku adalah berpunca dari


    1.      Terdapat di kalangan pentadbir yang minat dengan amalan perbomohan termasuk menyimpan tangkal, azimat dan yang sewaktu dengannya
    2.      Terdapat di kalangan  guru yang minat dengan amalan perbomohan termasuk menyimpan tangkal, azimat dan yang sewaktu dengannya
    3.      Terdapat di kalangan ibu bapa pelajar yang minat dengan amalan perbomohan termasuk menyimpan tangkal, azimat dan yang sewaktu dengannya
    4.      Terdapat pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa pelajar gemar mengamalkan amalan pendinding di mana amalan ini adalah tidak diajarkan sama sekali oleh Nabi Muhamad SAW. Cukuplah Allah sebagai pelindungku dan dengan itu mengapa perlu mencari pendinding? Tidak cukup lagikah dengan kehebatan Allah SWT???
    5.  Terdapat dikalangan ustaz atau ustazah mempelajari dan mengamalkan kaedah merawat seperti D**** S***** atau yang mirip dengannya.

    Apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan kemelut masalah ini ialah:


    1.      Membersihkan  persekitaran sekolah ini daripada sebarang tangkal azimat dan pendinding
    2.      Membersihkan persekitaran sekolah ini dari segala patung haiwan/manusia serta gambar haiwan/manusia. (gambar haiwan/manusia di dalam buku dibenarkan)
    3.      Membersihkan diri pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa pelajar dari segala macam tangkal azimat pendinding termasuk tangkal berbentuk garam bercampur lada hitam  yang gemar digunakan oleh perawat dari Pusat Rawatan Islam D**** S****
    4.      Mendidik asas tauhid dengan mantap kepada pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa pelajar.
    5.      Mengelakkan sebarang amalan sesat seperti pelbagai petua yang bercanggah dengan Islam
    6.      Membersihkan dan mengelakkan usaha yang berkaitan dengan “memagar” kawasan sekolah dari sebarang gangguan
    7.      Taubat di atas kesilapan BESAR kerana mensyirikkan Allah SWT dan berurusan dengan BOMOH.

    Sekian wassalam walahuaqlam Alhamdulillah segala pujian untuk Mu Ya Allah

    Emjay