Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 16 December 2019

Lagi kes tidak boleh tidur, mengamalkan bacaan ayat-ayat ruqyah



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Marilah kita semua perbanyakan tahmid (mengucap Alhamdulillah) kerana sesungguhnya amat banyak sekali rahmat dari Allah yang dikurniakan kepada kita semua.

Kisah kali ini adalah kisah lama yang saya kirakan berlaku di sekitar awal 2010.
Seorang hambaAllah saya namakan Daud (bukan nama sebenar). Daud mula saya kenali apabila saya mula menulis di Multiply iaitu platform seperti Blogspot dahulu. Daud sering berkomunikasi melalui komennya di Multiply. Waktu itu Daud sedang melanjutkan pengajian agamanya di Universiti Al Azhar Mesir.

Sekembali Daud ke Malaysia, beliau menjadi guru di sebuah sekolah di sekitar Johor Bahru. Mengambil kesempatan jarak yang dekat dengan rumah saya, Daud membuat temujanji untuk bertemu saya. Alhamdulillah Daud datang ke rumah saya. Dapatlah Daud belajar dengan saya beberapa kali.

Satu pagi, saya kira dalam pukul 7.00 pagi Daud menelefon saya, Macam cemas bunyinya. Daud menceritakan masalah adik bongsunya yang saya namakan Osman. Osman telah menghubungi abangnya Daud banyak kali malam tadi kerana Osman tidak dapat tidur. Daud telah mengusahakan pelbagai ikhtiar namun Osman tetap tidak dapat tidur. Daud meminta saya membantu masaalah adiknya Osman. Saya bersetuju untuk membantu Osman dan meminta Daud memberitahu adiknya Osman untuk datang ke rumah saya lepas asar, maklumlah saya ini kakitangan UTM dan perlu bertugas dahulu pada hari tersebut.

Tidur adalah salah satu antara rahmat besar dari Allah SWT. Al Quran An Naba':9 : Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. Al Furqaan:23 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya. Dengan tidur kesihatan tubuh manusia dijaga oleh Allah. Banyak sekali proses yang berlaku dalam tubuh badan manusia ketika ia sedang tidur. Tubuh badan perlu disediakan dalam keadaan sebaik-baiknya untuk keesokan hari.

Sekembalinya saya ke rumah, tidak lama selepas itu Osman sampai di rumah saya. Osman masih bujang dan sudah bekerja. Berikut adalah ringkasan yang dapat sertakan hasil dari temu bual saya dengan Osman.
  1. Osman sebelum ini duduk menyewa rumah di bandar Johor Bahru bersama ramai kawan-kawan bujangnya.
  2. Kawan-kawan Osman berpendapatan tinggi termasuk juga Osman. Pasir Gudang dan persekitarannya banyak sekali industri, sememangnya memerlukan pekerja mahir yang dibayar gaji tinggi.
  3. Osman menjaga solat wajibnya.
  4. Osman amat kesal kerana ramai kawan serumahnya yang tidak segan silu membawa balik wanita untuk ditiduri. Ada juga yang sanggup minum arak.
  5. Osman kerap memikirkan apakah tindakan paling wajar untuk beliau lakukan bagi menyelesaikan masalah rakan serumahnya yang melakukan kemungkaran zina dan arak.
  6. Fikir punya fikir akhirnya Osman mendapat satu akal. Osman download segala ayat Al Quran rukyah yang diperolehinya dari internet ke dalam handphonenya. Kemudian ayat Al Quran yang banyak sekali diguna pakai oleh perawat-perawat yang mengaku merawat secara Islam ini dimainkan berterusan di rumah sewa Osman ini dengan harapan bacaan ayat Al Quran rukyah ini dapat menghalau hantu syaitan dari rumah sewanya. Harapannya ialah apabila hantu syaitan keluar dari rumah, rakan-rakan serumahnya menjadi baik dan bertaubat dari segala kemungkaran zina dan arak.
  7. Semenjak Osman mula memainkan ayat-ayat rukyah ini, tidur malam Osman mula terganggu
  8. Rakan-rakan serumah Osman terus menerus melakukan kemungkaran zina dan arak walau pun Osman sudah lama memainkan bacaan ayat Al Quran rukyah melalui handphonenya.
  9. Akibat putus asa dengan ikhtiarnya, Osman meninggalkan rakan-rakan serumahnya dan duduk menumpang dengan kakaknya yang tinggal tidak jauh dari rumah saya. Kakaknya adalah seorang ustazah di sekolah dan berkelulusan dalam bidang agama dari UIA. Kakak Osman sudah berkahwin dengan seorang guru / Ustaz yang juga lulusan universiti bidang yang sama dengan isterinya.
  10. Kakak Osman baru seminggu mendapat anak sulung. Anaknya kerap menangis terutamanya apabila menjelang waktu maghrib dan tengah malam.
  11. Kakak Osman ada meletakkan surah Yaasin di sebelah bayi kecilnya.
  12. Suami kepada kakak Osman menjalin hubungan yang akrab dengan perawat Darul Syifak. Disekitar Johor Bahru memang terdapat banyak sekali pusat rawatan Darul Syifak.
  13. Osman meneruskan tabiaat lamanya memainkan bacaan ayat-ayat rukyah dari handphonenya untuk dirinya sendiri terutama sekali apabila nak tidur dengan harapan mendapat pelbagai manfaat seperti dijauhkan gangguan syaitan dan hantu.
  14. Gangguan sewaktu Osman tidur masih berterusan.
  15. Malam tadi Osman melakukan rutin yang sama iaitu memainkan bacaan ayat rukyah dari handphonenya. Namun kali ini Osman tidak boleh tidur. Osman menelefon abangnya Daud menceritakan masalahnya namun segala ikhtiarnya tidak berjaya. Osman tidak boleh tidur langsung sehingga Osman datang ke rumah saya.
CD Rukyah mengandungi kumpulan ayat Al Quran yang di Jual oleh Sharhan Shafie

Alhamdulillah banyak maklumat yang saya perolehi dari temu bual saya dengan Osman. Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan ini saya memulakan nasihat saya kepada Osman yang saya ringkaskan seperti berikut.

1. Usaha Osman menggunakan bacaan ayat-ayat rukyah untuk menghalau hantu syaitan semenjak di rumah sewa di bandar Johor Bahru dahulu adalah syirik hukumnya. Mengharapkan bantuan daripada bacaan ayat rukyah di handphonenya untuk menghalau hantu syaitan adalah syirik kerana perkara tersebut merupakan hak Allah SWT semata-mata. Konsepnya adalah sama dan serupa seperti orang yang menerima dan menyimpan tangkal dari bomoh sesat dengan harapan tangkal tersebut dapat menghalau hantu syaitan serta melindungi diri mereka.

2. Apabila seseorang melakukan syirik maka mulalah Allah memberikan balasan agar manusia memahami bahawa apa yang diusahakan oleh mereka adalah tidak diredhai oleh Allah SWT. Itulah sebabnya Osman mula merasai gangguan sewaktu tidurnya seperti mimpi ngeri dan mengigau apabila dia mula menggunakan bacaan al Quran Rukyah dari handphonenya semenjak di rumah sewa dahulu. Ini Allah SWT jelaskan dalam Asy Syura: 30   Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. 

3. Mengharapkan bacaan berterusan ayat Al Quran rukyah dapat menghalau hantu syaitan dan dapat mengembalikan pelaku zina dan peminum arak agar bertaubat adalah seperti mengejar fatamorgana. Lagi dikejar lagi jauh dan lagi kepenatan dan kehausan. Niat yang baik tidak menghalalkan cara. Apatah lagi perbuatan syirik hanya mengundang kemurkaan besar dan bala musibah dari Allah. Kalau sebegitu mudah untuk menjadikan umat manusia agar beriman, hanya dengan memainkan bacaan ayat rukyah, agaknya sekarang ini manusia seluruh dunia aman damai dan semuanya beragama Islam.

4. Itulah juga sebabnya gangguan sewaktu Osman tidur terus berlaku selepas dia berpindah ke rumah kakaknya. Inilah antara pelbagai cara Allah SWT menunjukkan kasih sayangNya kepada umat manusia sama ada perbuatan mereka adalah diredhai atau dimurkai. Perbuatan diredhai Allah mengundang pelbagai rahmat sebagaimana dalilnya dari sebahagian mafhum hadis Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Perbuatan mungkar mengundang bala musibah semoga manusia muhasabah dan seterusnya bertaubat.

5. Saya membimbing Osman agar dia menyedari betapa besar dosa yang telah dia lakukan. Nabi SAW bersabda,“Perhatikanlah (wahai para sahabat), maukah aku tunjukkan kepada kalian dosa-dosa yang paling besar?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya tiga kali. Kemudian para sahabat mengatakan: “Tentu, wahai Rasûlullâh.” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Syirik kepada Allâh, durhaka kepada kedua orang tua,” sebelumnya beliau bersandar, lalu beliau duduk dan bersabda, “Perhatikanlah! Dan perkataan palsu (perkataan dusta),” beliau selalu mengulanginya sampai kami berkata, “Seandainya beliau berhenti”. [HR al-Bukhâri dan Muslim]. Tiada dosa yang lebih besar daripada dosa syirik.

6. Kemudian saya mengajarkan perkara berikut kepada Osman;
a.       Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) bermaksud Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
b.    ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH  WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADARRO SULU LLAH
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Ertinya ; aku bersaksi dan berikrar bahawa tiada tuhan yang layak disembah menlainkan Allah, dan aku bersaksi dan berikrar bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh allah yang terakhir.
c.    Ucapan أَسْتَغْفِر ُاللهَ
Bererti Aku memohon ampun atas dosa-dosa ku Ya Allah
d.    Memberhentikan segera amalan bacaan ayat rukyah dari handphonenya.
e.    Bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
f.     Menyesali perbuatan syirik tersebut.
g.    Mengucap Alhamdulillah segala pujian bagi Allah, terima kasih Allah di atas musibah yang diberikan ke atas aku ini.

7. Menerangkan bahawa ikhtiar kakaknya menggunakan surah Yaasiin yang diletakkan di sebelah bayinya juga adalah satu perbuatan syirik. Akibat perbuatan syirik ini jugalah maka Allah SWT memberikan balasan berupa tangisan kronik bayinya terutama sekali menjelang maghrib dan tengah malam.


8. Menasihati Osman agar tidak menyentuh  atau menegur perbuatan syirik kakaknya buat masa ini yang menggunakan surah Yaasiin sebagai pendinding bayinya kerana Osman belum ada ilmu mantap yang mampu menghujah kakak dan abang iparnya yang kedua-duanya ada ijazah bidang pengajian Islam.

9. Osman perlu datang ke rumah saya seminggu sekali pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam untuk belajar ilmu tauhid.


Allah berfirman maksudnya  Sesungguhnya Tuhan kamu Dialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy (singgasana) untuk mengatur segala urusan.Tidak ada yang dapat memberi syafaat kecuali setelah ada izin-Nya. Allah mengatur segala urusan di dunia termasuk mengatur urusan tidur setiap manusia.Tanpa pentadbiran Allah pastinya manusia tidak mampu untuk tidur.

Allah SWT Dia lah sahaja yang berhak untuk memberikan nikmat tidur dan Dia lah sahaja yang berhak untuk menarik nikmat tidur untuk Osman dan juga kita semua. Apabila Dia berkehendak, maka dapatlah Osman nikmat tidur sebagaimana biasanya.

Tentang kisah tidur ini, alhamdulillah saya juga telah menulis kisah seorang pelajar perempuan tingkatan 4 yang tidak dapat tidur untuk selama 7 hari kerana mempersoalkan kewujudan Allah di http://laman-emjay.blogspot.com/2011/03/hei-god-do-you-really-exist-hei-tuhan.html .

Alhamdulillah masalah tak boleh tidur bagi Osman dikembalikan semula oleh Allah swt kepada Osman. Osman telah datang ke rumah saya setiap minggu untuk mendalami ilmu asas tauhid semoga dengan ilmu, Osman tidak lagi melakukan perbuatan syirik.



Berikut adalah antara beberapa definisi syirik:


1.  Syirik ialah menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan taraf dengan Allah, dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap dan bertawakal kepadanya, melakukan ibadah kepadanya,  mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”.

2. Mempercayai adanya sesuatu yang sama kuasanya atau lebih berkuasa dari Allah.

3. Syirik ialah mengharapkan bantuan daripada sesuatu yang mana hal tersebut merupakan hak Allah semata-mata.

4. Syirik adalah perbuatan menyekutukan  Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu selain Allah sebagai sekutuNya.

Bacaan Ayat Al Quran Rukyah tidak pernah diberikan kuasa Rububiah Allah kepadanya. Al Quran sekadar kalamullah dan bukannya sekutu Allah atau tuhan lain selain Allah. Memberi perlindungan dan pertolongan kepada manusia adalah jelas hak mutlak Allah. Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung. Al Quran 3:173. 

Meyakini kitab Al Quran mempunyai kuasa untuk memberikan perlindungan, teringat saya akan perbuatan syirik saya waktu kecil dahulu. Apabila ibu menyuruh saya membeli sardin di waktu malam, saya mengambil kitab Al Quran sebagai peneman pelindung saya sepanjang perjalanan pergi dan balik membeli sardin, astaghfirullah, ampunilah dosa-dosa aku ya Allah. Namun kini masih ramai manusia termasuk yang berlatarbelakang pendidikan Islam masih berfahaman seperti ini. Siap buka Al Quran di dapur agar hantu syaitan tidak mengganggunya di dapur.

Mengharapkan bantuan dari amalan bacaan ayat rukyah jelas syirik kerana hanya Allah yang mampu memakbulkan apa jua harapan atau doa manusia.




Memanglah menjampi atau merukyah ada diajarkan di dalam hadis baginda Nabi Muhamad SAW tetapi rukyah ini perlu dilakukan dengan peraturannya. Peraturan terpenting ialah hendaklah merukyah ini dilakukan oleh orang yang mantap akidahnya. Merukyah tanpa akidah yang mantap adalah seolah-olah menyuruh seorang sami Hindu merukyah orang yang kerasukan dengan ayat Al Quran !!!.

Untuk memahami lebih lanjut hukum menjampi dalam islam bolehlah berkunjung ke artikel saya di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/08/ayat-kursi-kehilangan-power.html

Dalam kedua-dua kes-kes ini iaitu kes Osman dan kes pelajar perempuan ini, tak perlulah guna ilmu SCAN sebagaimana yang lumrah digunakan oleh perawat yang konon mengaku menggunakan rawatan mengikut kaedah Islam kerana Nabi Muhammad SAW sesungguhnya tidak pernah menggunakan kaedah SCAN ini dan begitu juga para sahabat.


Sekian buat kali ini.



والله أعلم



وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Emjay  



6 comments:

  1. seme mende ko nak syirikkan...abeskan beramal dengan ayat2 quran utk penyembuhan pon ko syirikkan....sedapnya la mulut berkata-kata yek.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari saya pula belajar makna syirik dari saudara. Berikanlah makna syirik dari pandangan saudara pula. Boleh saya belajar pula dari saudara.

      Apa apa pun ingatlah bahawa hanya 1 golongan sahaja dari 73 golongan yang mengaku beragama Islam yang diterima Allah masuk syurga. Yang 72 golongan lagi walau pun mengucapkan syahadah masuk neraka.

      Agak agaknya kalau beragama Islam pakai redah sahaja, apa sahaja amalan pakai ikut sahaja tanpa mengira syirik atau tidak, layakkah nak masuk syurga Allah.

      Ingatlah bahawa orang yang mati syahid pun ditolak Allah dari masuk syurga akibat RIAK kerana menyertai tentera Islam kerana ingin disanjung orang ramai sebagai orang yang berani.

      Kalau rasa sudah pandai, tak usahlah masuk ke sini dan melalut pula. Setiap tulisan kita akan dinilai oleh Allah SWT.

      Emjay

      Delete
    2. ko apa mende ko ni...orang ruqyah atas ilmu Allah yang betul pon ko syirikkan...Dey...org yang ko kata syirik2 ni...cth Ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus...mereka ni Allah muliakan sehingga kematian mereka pon di hari yang mulia....Jasa mereka samada dalam berdakwah, ikhtiar utk mengubati orang...tu semua Allah tunjukkan dgn mulianya pengakhiran mereka. tapi bg ko...syirik2..jadah la ko nih... Setiap makhluk bernyawa yang diberi akal akan masuk ke syugra kiranya dalam hati mereka percaya Allah itulah Esa, Tiada tuhan melainkan Allah.
      ko jgn sibuk dah kata org sesat bagai la.... Amalan2 tertentu yang diamalkan mengikut syariat2 dibenarkan, insyaallah kebaikan tu ada.
      klo ko rasa ko sorang jek btol, cek balik la iman ko...

      Delete
  2. boleh report dkt pdrm owner blog nie. bawa fahaman salah dan extremist ala2 ISIS. semua benda dia nak syirikkan. jgn esok lusa keluar pulak artikel darah org2 syirik halal ditumpahkan. buat naya je.

    ReplyDelete
  3. ah sudah..syirik pulak ruqyah.. jengkreng kongkeng

    ReplyDelete
  4. aku nak jumpa lah ngan kau. jb kan. moga dapat ku tebas kepala ISIS kau tu.

    ReplyDelete