Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 31 March 2007

6 KALI BERANAK, 6 KALI MENGANDUNG, 6 KALI MABUK TERUK


Puan Masri (bukan nama sebenar) adalah antara orang pertama yang saya kendalikan secara sendiri setelah sekian lama berguru dengan arwah guru saya. Sebelumnya saya sekadar menjadi orang ketiga menemani arwah guru mendidik pelbagai manusia yang bermasalah disebabkan pelbagai dosa-dosa mereka.

Kalau tidak silap saya waktu Puan Masri mula belajar dulu adalah kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu. Puan masri menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana muda secara luar kampus mengikut program SPACE UTM. Walaupun usianya ketika itu sudah mendekati 40, Puan Masri begitu gigih meninggalkan suami dan anak-anak belajar diUTM dihujung minggu dan pada malamnya tidur di dalam kereta.


Setelah saya memasukkan unsur agama di dalam kuliah, Puan Masri memberanikan diri menemui saya menceritakan pelabagai azab yang dialaminya. Antara azab yang begitu perit yang diberikan Allah ke atas Puan Masri ini ialah:

  1. Ditindih sewaktu tidur (oleh jin) setiap kali tidur semenjak anak dara hingga sekarang.
  2. Terlalu kerap bergaduh dengan suami sehingga tidak boleh berbual atau berbincang kerana pastinya akan disudahi dengan pergaduhan.
  3. Perniagaan yang bermasalah
  4. Benci bila berjimak dengan suami semenjak beranak anak pertama kerana masalah pada suaminya
Insya-Allah saya akan menulis mengenai 4 masalah Puan Masri yang saya senaraikan diatas pada suatu masa kelak dari sudut mengapa Allah mengazab sedemikian dan apakah punca sehingga Allah mengazabnya. Saya masih teringat antara kata-kata puan Masri satu masa dahulu selepas mula belajar agama iaitu “satu nikmat besar saya terima dari Allah semenjak belajar dari ustaz ialah nikmat tidur. Saya semenjak anak dara lagi kalau tidur dan kadang-kadang mata belum terpejam lagi saya sudah kena tindih dengan jin. Benci sungguh saya kalau hendak tidur mengenangkan bahawa saya akan kena tindih setiap kali saya tidur. Alhamdulillah kini saya dapat tidur dengan lena”.


Pada kali ini saya ingin menceritakan  kisah pengalaman mengandung Puan Masri. Sewaktu Belajar agama dulu, puan Masri sudah mempunyai seramai 5 orang anak. Pada kira-kira 2 tahun lalu, Puan masri mengandung lagi anak keenam. Pada suatu petang saya baru balik dari pejabat, telefon di rumah saya berdering dan rupanya Puan Masri menghubungi saya untuk menceritakan masalahnya. Berikut adalah antara perbualan saya dengan Puan Masri.


 “Ustaz, saya bukan benci mengandung tetapi saya ini menyampah bila mengandung kerana setiap kali saya mengandung sejak anak pertama hingga anak keenam sekarang ini, saya tentunya akan mabuk teruk. Sekarang ini saya baru mengandung anak keenam dan seperti semua pengalaman mengandung sebelumnya saya tetap mabuk teruk. Kawan-kawan saya di sekolah dah faham benar dengan tabiaat saya ketika mengandung dan mereka juga menyampah dengan saya ketika mengandung ni kerana mereka kena banyak relief kelas saya. Apa nak buat sebab setiap kali saya mengandung memang begitu. Ada tak sebarang cara ustaz untuk menangani masalah saya ni ustaz.”


Setelah serba ringkas mendengar penjelasan Puan Masri, saya pun mula memberikan ulasan lebih kurang seperti berikut: “Masalah engkau ni Masri ialah engkau ni suka mendahului Allah. Allah belum beri, engkau sudah beranggapan bahawa Allah akan memberikannya. Allah belum memberikan azab mabuk waktu mengandung, engkau sudah beranggapan bahawa Allah pastinya akan memberikan engkau mabuk waktu mengandung. Sebenarnya, anggapan engkau terhadap Allah itu adalah sebenarnya satu doa. Maka dengan sebab itu Allah menunaikan hajat, doa dan harapan engkau iaitu engkau kini mabuk teruk sebagaimana engkau mabuk teruk waktu mengandung dahulu”.  


Setelah Puan Masri benar-benar memahami apa yang cuba saya sampaikan kepadanya, seterusnya Puan Masri bertanya kepada saya, “Saya dah faham kini mengapa Allah menjadikan saya mabuk teruk setiap kali saya mengandung termasuk mengandung anak keenam kali ini. Habis tu ustaz, apa perlu saya buat sekarang?”


“Beginilah Masri, lepas selesai telefon ini, engkau ambil air sembahyang, engkau buat solat 2 rakaat mohon taubat di atas kesilapan engkau bersangka buruk terhadap Allah. Selepas solat 2 rakaat tu, engkau  minta kepada Allah semoga engkau dilepaskan Allah dari azab mabuk ketika mengandung kali ini dan akan datang.”


Setelah memahami segala perbualan antara kami ditelefon tersebut, Puan Masri mengucapkan terima kasih dan memberikan salam. Saya pun turut mendoakan agar Allah SWT memberikan rahmatNya kepada Puan Masri agar dielakkan dari masalah mabuk dan masalah lain selama mengandung ini.


Keesokan harinya pada lebih kurang waktu yang sama telefon di rumah saya berbunyi lagi. Puan Masri menelefon saya lagi. Setelah berbual ringkas, Puan Masri menceritakan pengalamannya di sekolah pada hari tersebut “Ustaz, kawan-kawan di sekolah saya komplen saya hari ini”.


Ada sesiapa di kalangan pembaca boleh menjangkakan apakah komplen rakan Puan Masri di sekolah pada hari tersebut? Komplen rakan Masri dijelaskan oleh Puan Masri melalui penjelasannya, “dia orang semua komplen kenapa saya hari ini tidak mabuk sebagaimana biasa sebelumnya”. Puan Masri menceritakan pengalaman rahmat yang diberikan Allah hanya beberapa jam selepas menceritakan masalahnya kepada saya. Alhamdulillah, segala puji-pujian adalah hanya milik Allah.


 “Masri, selepas ini engkau jangan lagi celupar mulut dan jangan sekali bersangka buruk terhadap Allah. Jangan mendahului Allah. Kelak engkau diazab Allah lagi. Selepas ini jangan lupa pula buat sujud syukur. Kalau engkau bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmatNya”.


 Beberapa bulan selepas itu, Puan Masri selamat melahirkan anak yang keenam. Alhamdulillah.


Ingatlah semua pembaca serta diri saya bahawa jangan sekali kita mendahului Allah dan bersangka buruk terhadap Allah. Berusahalah bersungguh-sungguh dengan diiringi doa dan bertawakkallah kepada Allah sahaja. Mintalah perkara yang baik-baik dan mintalah kepadaNya dijauhi segala perkara yang tidak baik.



Sekian wassalam wallahua'lam



Emjay

9 comments:

  1. syukran ya akhi,share kisah di atas.Benar,kita kena yakin dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah pada kita,hambanya.Satu peringatan yg baik.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan menjadi iktibar kepada kita semua.

    ReplyDelete
  3. prof emjay ,citelah punca 4 masalah puan masri tu.
    nak tahu sangat.
    sbb masalah yg sama berlaku kpd kawan2 saya.
    plssssssss

    ReplyDelete
  4. Tunggulah insya-Allah dalam 2 atau 3 hari nanti.

    Saya kena cerita satu-satu. Nak cerite yang mana dulu?

    Sabarlahhhhhh.

    ReplyDelete
  5. Untuk menjelaskan lagi cerita ini, dalam Al Bayan hadis no: 1537: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu............

    Maksudnya, kalau bersangka nak mabuk setiap mengandung, dapatlah mabuk setiap kali mengandung..

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Jadikan segala pengajaran itu menjadi petunjuk kepada kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat..insyallah....

    ReplyDelete
  7. Selamat datang ke Laman Emjay abby.

    Semoga kehadiran mu menjadi rahmat kepada kami semua.

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa panjatkan kesyukurannya kepada Allah SWT.

    ReplyDelete