Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 2 March 2007

ANTARA PUNCA ISTERI SUKAR MENGANDUNG. PERKONGSIAN TIPS.

ANTARA PUNCA ISTERI SUKAR MENGANDUNG. PERKONGSIAN TIPS.


Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya.

Ilmu yang inginsaya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehidahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak – mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.

“Sudah berkahwin?” saya menambah.

“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.

“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab “ belum dapat anak lagi”.


Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh..

Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak), amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:
  1. Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  2. Makan junk food
  3. Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai.
  4. Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
  5. Makan burger dan naget
  6. Makan jambu batu.

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Tidak ketinggalan dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.

Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah. Bagaimana Allah akan meredai usaha kita sekiranya sebelum ini pernah menemui bomoh atau dukun untuk berubat agar mendapat anak?? Bagi mereka yang telah menemui dukun / bomoh termasuk dari pusat rawatan Darul S*** dan mengutip pelbagai tangkal dan azimat sekembalinya dari berubat, taubatlah dan barangan yang diberikan oleh dukun tersebut bolehlah diposkan kepada saya untuk dilupuskan. Sila email saya untuk mendapat alamat lengkap saya.

Tentang amalan makanan yang perlu diamalkan pula, bolehlah amalkan makanan berikut:
  1. Minum produk kacang soya seperti air soya yang segar (fresh) dan tempe.
  2. Buat taugeh sendiri dengan merendam kacang hijau 1 jam dan selepas itu letakkan dalam daun pisang, direnjis air dan tutup dengan daun pisang. Letakkan dalam dulang.
  3. Taugeh yang terhasil bolehlah masak sup air (bening dalam bahasa jawa) bersama kacang panjang dan sawi hijau.

Sekian semoga anda sekelian dikurniakan Allah zuriat keturunan yang soleh.


Email saya emjayjb@gmail.com


Sekian wassalam wallahualam



Emjay


38 comments:

  1. jazakallah khoiron katsiro... sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    apakah lagi tip-tip untuk mengandung selain tip-tip yg telah dinyatakan
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbh shimah77

    Tips di atas sudah memadai. Kalau tahun depan selepas mengamalkan semua tip masih belum mengandung, email saya.

    Semoga segera mengandung

    Emjay

    ReplyDelete
  4. setelah mengamalkan amalan di atas, berapa lama tempoh yang paling cepat untuk mendapatkan zuriah.

    ReplyDelete
  5. Kenalah solat malam, bersedekah kepada anak yatim, berpuasa dan terus berdoa, insya-Allah cepatlah.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana Allah akan meredai usaha kita sekiranya sebelum ini pernah menemui bomoh atau dukun untuk berubat agar mendapat anak?? Bagi mereka yang telah menemui dukun / bomoh termasuk dari pusat rawatan D*** *** dan mengutip pelbagai tangkal dan azimat sekembalinya dari berubat, taubatlah dan barangan yang diberikan oleh dukun tersebut bolehlah diposkan kepada saya untuk dilupuskan. Sila email saya untuk mendapat alamat lengkap saya.

    MJ ni asyik takut dengan bomoh je.... mengelak dan menjauhi dari berbomoh itu betul... tapi jangan jadikan ia suatu ketakutan... bukan bomoh punya KUASA. semuanya Allah yang tentukan mudarat atau manfaat.

    ReplyDelete
  7. Bila pula saya takut dengan bomoh. Yang saya paling takuti sekali ialah orang awam berjumpa dan berurusan dengan bomoh kerana ini akan merugikan mereka. Bilalah kamu ni nak celik akal sdr akubodo.

    Antara yang saya takuti juga ialah orang awam berurusan dengan sdr akubodo kerana sdr pun macam bomoh jugak kerana mengamalkan ilmu tenaga dalaman macam Master Rizal dari anugerahagung dan ustazfirmanlangit.

    Semoga sdr akubodo segera celik akal dan segera kembali ke pangkal jalan.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Kenape menjadi satu kesalahahan ke mengamalkan tenaga dalam..
    tenaga itu cuma terhasil dari cara pernafasan dan zikir yang berterusan.
    tiada amalan2 khurafat yg perlu dilakukan untuk menghasilkan tenaga dalaman.

    ReplyDelete
  9. Yang haram tetap haram.

    Bacalah artikel saya tu bertajuk Penjelasan haram menggunakan aura, chakra, kuasa minda, CVT dsbnya!!!! di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/152

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah di usia 23 tahun saya sudah mempunyai seorang cahayamata soleh dan sekarang sudah berusia 2 tahun lebih...kini saya sedang menyiapkan diri untuk anak yang kedua dengan harapan kali ini dapatlah anak solehah pulak..oleh itu saya mohon berkongsi ilmu saudara dengan saya. Soalan saya :-

    -ada tak doa2 atau zikir2 khas untuk mendapatkan anak perempuan?
    -faktor pemakanan untuk mendapatkan anak perempuan?
    -segala amalan yang baik yang sesuai dibuat bila2 masa dan dimana jua sesambil bekerja?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh

    Cuba usahakan begini:
    Sebulan sebelum merancang untuk bagi mengandung, mulakanlah projek dengan menjamu anak yati dan emak-emak mereka di rumah sdr atau belikan makanan untuk mereka. Tidak perlu buat tahlil atau baca yasiin.Kemudian buatlah solat malam berturut 11 rakaat iaitu 8 tahajud dan 3 witir. Sebaik-baiknya sebulan atau kalau lebih baik lagi 40 hari.Sebelum witir, berkomunikasilah dengan Allah dan disudahi dengan doa. Lakukanlah kesemuanya dalam bahasa Melayu. Allah faham bahasa Melayu!!. Kalau nak projek mula dari sekarang lebih mudah kerana bulan ramadhan ini mudah melakukan solat malam ini iaitu terawih dan witir.

    Semoga sdr diberikan Allah anak perempuan.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah saya bertanya dulu pada sdr emjay dan membaca artikel asal spt di atas.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Saya berumur 36 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 11 tahun. teringin untuk mempunyai anak lagi, sehingga serang masih tiada. Anak pertama saya dilahir secara operation kerana komplikasi semasa bersalinkan dia. Saya telah berusaha dengan pelbagai cara sehingga di operate lagi 2 kali kerana masalah pada perkakas peranakan. Sekarang ini saya hanya mampu berdoa sahaja dan tidak tahu lagi apa yang harus dilakukan. Apakah saudara ada apa-apa cadangan untuk saya untuk memiliki zuriat lg. terima kasih

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbh

    Bab ini kalau sdr dapat berbincang secara bersemuka adalah jelas lebih baik. Datanglah Ke JB.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. salam.

    Terimakasih kerana saudara sudi, membalas masalah saya. Sekarang ini masalah saya untuk ke JB kerana saya dan suami bekerja tidak tentu masa. Adakanh cara lain unrtuk saya menyelesaikan msalah ini? Tidak adakah petua untuk saya cuba dulu atau sudah tiada harapan untuk saya memiliki zuriat lag!

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh

    Sebenarnya bagi setiap masalah atau penyakit, tidak ada satu jalan penyelesaian mudah. Bagi diabetes, bukan semudah makan satu ubat lalu sembuh. Kesembuhan adalah milik Allah SWT. Proses saya merawat diabetes adalah bermula dengan memperbaiki agama dan kemudian diikuti oleh ubat. Insya-Allah apabila Allah redha barulah sembuh dengan izin Allah SWT. Begitulah juga dengan hasrat untuk mendapatkan anak lagi sebagaimana kes puan. Ia perlu dimulakan dengan inkuiri amalan agama, penambahbaikan agama melalui ilmu barulah kepada rawatan ubatan.

    Sekian wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam.
    Terima kasih atas nasihat saudara.

    ReplyDelete
  18. Salam.
    Terima kasih atas nasihat saudara.

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Saya nak bertanya kepada saudara apakah saudara hanya berada di kawasan JB sahaja, kalau saudara berdekatan dengan kawasan saya di Perak rasanya mudah untuk saya bertemu dengan saudara.Bukannya tidak boleh ke JB, takut masa tidak sesuai kerana terlibat dengan kerja. Kebiasaan ari apa ye dapat berjumpa dengan saudara kelau ke JB?

    ReplyDelete
  20. Waalaikumussalam wbh

    Kalau hari kerja, datanglah pukul 9.00 malam. Kalau hujung minggu boleh siang atau malam tetapi kena maklumkan terlebih dahulu kepada saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Salam, Semalam saudara ada bertanya saya tentang petua makan tauge buat sendiri. tapi Saudara x bagi tau petuanya cam na. Boleh tak ajarkan saya. Tq

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam wbh

    Amalan ini insya-Allah boleh menyuburkan wanita. Buatlah taugeh sendiri. Taugeh beli tidak boleh. Taugeh buat sendiri tidak panjang seperti taugeh beli dipasar. Gunakan kacang hijau. Masaklah taugeh buatan sendiri ini kalau dapat buat sayur air. Ia juga boleh digunakan dengan mencampurkan ke dalam sayuran lain. Amalkanlah setiap hari.

    Selain itu ambil/beli nenas yang orang Cina buat sembahyang. Nenas ini boleh dibeli dikedai yang menjual perkakas sembahyang orang Cina. Nenas ini kecil sahaja. Buang kulitnya dan makanlah isinya. makanlah dalam kira-kira 2 kali seminggu.

    Sekian

    ReplyDelete
  23. Maaf saya ni tak biasa buat tauge sendiri jadi nak tanya berapa hari rendam kacang sehingga menjadi tauge? Apa pn terima ksih kerana sudara sudi mendengar masalah saya.Semoga saudara dirahmati ALLAh swt. Amin

    ReplyDelete
  24. Rendam taugeh kira-kira setengah jam. Lepas tu letakkan di atas tuala lama yang dibasahkan. Tutup dengan sebarang kain. Biarkan kira-kira 3 hari.

    Emjay

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum ustaz.saya dh 10 thn berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 8 thn..tapi sehingga kini saya mcm dh susah utk mgndung lagi..dh mcm2 usaha di lakukan.pemeriksaan doktor di hospital mengatakan saya suami isteri tak dak masalah...saya harap ustaz dpt membantu saya dan isteri.sekian

    ReplyDelete
  26. Waalaikumussalam wbh

    Kepada sdr sani66, emaillah kepada saya di kangmasjb@hotmail.com

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Perkahwinan saya sudah masuk 1 tahun 8 bulan dan sehingga sekarang belum ada tanda2 untuk hamil. mengikut pemeriksaan doktor, saya dan suami tidak mempunyai apa2 masalah (normal). selain dari itu saya juga telah cuba mendapat rawatan berurut dan mencuba ubat-ubatan tradisional mahupun moden. dari segi pemakanan, saya telah cuba mengelak dari makan makanan yang disebut sejak mula berkahwin. apakah nasihat ustaz?

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum ustaz,,
    saya ingin bertanya,saya telah menjalani operation kandungan luar rahim pada Mac 2009 dan sebelah tiub fallopian saya terpaksa dibuang. sehingga sekarang saya belum hamil lagi.
    Adakah disebabkan pernah mengandung luar rahim menyebabkan saya sukar hamil?apakah saranan ustaz yang membolehkan saya hamil, ambil ubat atau bagaimana.apakah nasihat ustaz?

    ReplyDelete
  29. Waalaikumussalam wbh

    Salur fallopian ada 2 yang menuju ke dua ovari. Satu telah dibuang maknanya ada satu lagi salur fallopian yang menghubung rahim dengan satu ovari. Sekiranya Allah mudahkan, satu sahaja salur fallopian dan satu ovari sudah mencukupi untuk mengandung dan sekiranya Allah munyusahkan, walaupun salur fallopian normal ada dua, akan tetap sukar mengandung. Dalam bab ini berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah semata-mata agar Allah SWT mudahkan sdr mengandung. Mana kelakuan buruk tu buanglah dan bertaubat.

    Emjay

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum ustaz..
    Saya nk mintak tolong ustaz..saya dh 3 thn kawin..belum dpt ank lagi..julai 2007 kawin..3 bln lps kawin keguguran..x tahu saya mengandung..lps tu, awal 2009 positif hamil..tapi bila scan x Nampak baby..perut mbesar..satu hari mimpi dukung baby n jatuh dr tangan saya..seminggu lps mimpi tu darah keluar mcm dating bulan n perut kempis seperti biasa..yg kuar hanya drh haid je..macam mana tu? doktor cakap saya ada "sis"(seperti yg dsebut doktor) kat bahagian rahim..Blh bantu saya tak?
    milla3sya@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. assalamualikum ustaz...saya bnak kata baru tidak la...sy dah kwin 8 bulan...dan sentiasa menanti kelahiran bayi sulong kami...masalah nya smpai sekarang saya masih belum hamil walhal saya tidak datang bulan untuk sebulan...ini menimbulkan pergaduhan ...dan kadang2 saya selalu bermimpi yang sy mengandung,melahirkan dan meyusukan anak...dan ada kalanya sya ada menerima anak...suami mula merungut dan inginkan anak...sy juga merasa malu kerana saya tinggal bersma keluarga mertua dan jiran2 ada bertanya .. sy dan suami tinggl berasingan berikutan kami bekerja dia daerah lain...suami di jb dan sy di mersing....sy ingin benar mnimbang cahaya mata...sedang nye hati bila setiap kali ujian air kencing..keputan
    -ve..

    ReplyDelete
  32. Salam Pn Shimah, maaf ye sbb sy menyampuk. Tips yg Emjay berikan mmg cukup bermanfaat. Rawatan yg menelan belanja beribua2 ringgit mmg menyusahkn kita. selain mengamalkan tips yg diberi oleh emjay, anda mungkin boleh cuba gunakan pad herba dimana mekanismanya bermula dgn merawat mslh asas wanita spt keputihan, senggugut, masalah kitaran haid yg xsekata dll, kemudian, mencerahkn peluang seorang wanita utk mengandung. Anda boleh hubungi saya mll fb Nor sharniza

    ReplyDelete
  33. Salam.. ustaz, saya sudah berkahwin hampir setahun, tetapi masih lagi belum hamil sepenuhnya. Saya pernah keguguran sekali pada kandungan berusia 2 bulan. Selepas itu, saya masih berusaha sehingga sekarang. Suami saya bertugas di Sarawak & kami hanya berjumpa 2 minggu sekali. Adakah di sebabkan faktor keletihan naik dan turun kapal terbang ini menyebabkan saya sukar untuk mengandung? Lagi satu, saya mahukan doa untuk melindungi rahim daripada anasir-anasir jahat/syaitan sebab kakak ipar saya pernah kehilangan anak ketika kandungannya sudah berusia 5 bulan. terima kasih

    ReplyDelete
  34. Waalaikumussalam wbh

    Aduh berat sekali kes kau ni. Kalau ilmu agama sdr tidak dibaiki, insyaallah susah kelak dapat anak!!

    Apabila sdr pernah keguguran, ini sms berat dari Allah SWT yang sdr perlu perbaiki. Banyak sekali perlu dibaiki terutama sekali bab akidah. Seorang sahabat saya yang kelihatan sangat Islamik tetapi meredhai bomoh, dah dua kali keguguran. Meredhai bomoh samalah hukumnya dengan berbomoh. Seandainya sdr suka jumpa ustaz / bomoh, insyaallah memang susah Allah nak bagi zuriat.

    Apabila sdr minta doa melindungi rahim ini bermakna sdr ada masalah besar dengan agama Islam. Tidak ada doa untuk melindungi rahim. Yang berhak melindungi rahim ialah hanya Allah swt. Berdoalah kepada Allah SWT dengan bahasa Melayu sepanjang masa dan bukan bukan berharap kepada doa pelindung bayi kerana ini boleh membawa kepada syirik.

    Eloknya kalau sdr tinggal di JB elok datang belajar di rumah saya .

    Emjay

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum ustaz, ade email yang boleh sy hubungi ustaz..

    ReplyDelete
  36. salam ustaz...saya dah 8 bulan kahwin tapi belum mendapat cahaya mata..dah mencuba..tapi....takde rezeki lagi,,saya pelik juga sebab kitaran haid saya teratur.

    ReplyDelete