Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 20 March 2007

Hukum Berdoa Selepas Solat


Oleh Ustaz Emran Ahmad

Kebanyakan umat Islam Malaysia termasuk para penjawat jawatan agama, ulama dan agamawan Melayu tidaklah sangat peka atau terdedah kepada pengajian ilmiah sewaktu muda  mereka apabila sudah maklum kepada kita dalam banyak perkara agama ini masih luas kejahilan kita padanya.


Tidak perlu kita persoalkan mengapa amalan memakai tudung pun hanya baru bermula di alam Melayu hanya dalam sekitar era 80an dan mengapa Islam Melayu mesti bermazhab Syafie, mesti buat itu dan ini, ada amalan khurafat, syirik dan bid’ah menjadi kebiasaan.


Kembali pada persoalan muslim yang peka pada agamanya dan bertanyakan ana mengenai hukum berdoa setiap kali selepas solat seperti yang dilakukan hampir di seluruh masjid-masjid di Malaysia, Indonesia dan alam Melayu.



Hukum Berdoa Selepas Solat

Maka jawapannya ialah berdoa selepas solat dengan melaziminya dan menganggap ianya ialah sunat dituntut adalah salah dan termasuk perkara bid’ah. Ini disebutkan juga oleh para ulama seperti Imam Ibn Qayyim ra dengan katanya : “ Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan mengadap kiblat atau mengadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi salallahualaihiwasalam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257Jilid 1).


Perbuatan ini hanya mempunyai dalil hadith yang dhaif dan qiyas melulu pada ayat  Al-Qur’an dan sunnah yang kononnya membolehkan berdoa pada setiap waktu dan hal ini termasuk kesilapan.


Dalil dhaif yang kononnya menyebutkan tentang berdoa selepas solat ialah apa yang diriwayatkan oleh Abi Umamah ra bahawa beliau bertanyakan kepada rasulullah mengenai apakah doa yang paling didengar oleh Allah swt ? Maka kononnya nabi bersabda: “ Doa di pengakhiran malam dan di setiap akhir solat-solat yang wajib


Hadith ini mempunyai syahid dari hadith yang syaz dengan bersendirinya Ibn Juraiz dari Abd Rahman dari Abi Umamah dan Ibn Juraiz ialah Mudalis dengan mengambil pakai an’an dan Abd rahman tidaklah mendengar dari Abi Umamah dan tidaklah sahih hadith ini dari Abi Umamah dan terdapat hadith ini dari riwayat Amru ibn Absah As-Sulami ra tanpa perkataan “ pengakhiran setiap solat-solat wajib” (lihat kitab Bid’ah Doa oleh Amru Abd Mun’in Salim Cet Mesir).


Pernah ditanyakan kepada Al-Izz ibn Abd Salam tentang doa sekitar salam maka dijawab : “ Sesungguhnya nabi salallahualaihiwasalam mengajarkan zikir-zikir yang disyariatkan selepas solat iaitu seperti beristigfar 3 kali dan setelah itu beredar dari solat dan tambahnya adalah menjadi pilihan Imam Syafie ra supaya Imam terus beredar selepas memberikan salam” (lihat Fatawanya m/s 47).


Demikianlah juga Syeikhul Islam ibn Tamiyyah ra menghalang dari melakukan doa selepas solat yang termasuk amalan tiada dari pertunjuk rasulullah dan beliau menafsirkan maksud “pengakhiran setiap solat-solat yang wajib” ialah sebagai berdoa sebelum salam iaitu ketika selepas membaca doa tahiyat kerana ianya terdapat hadith yang sahih yang memerintahkan supaya berdoa selepas membaca doa tahiyat akhir (lihat Fatawa Kubra m/s 466 Jilid 2).


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).



Rumusan


Penelitian pada hadith-hadith mendapati tiadalah pertunjuk nabi yang berdoa selepas salam bahkan para sahabat termasuk tabien terus sahaja beredar selepas memberikan salam kecuali ada yang berzikir dengan zikir-zikir yang warid (sahih) dari baginda dan kemudian beredar.


Adapun sekiranya hadith di atas itu sahih sekalipun maka makna “pengakhiran setiap akhir solat-solat wajib” ialah bermaksud sebelum memberi salam dan selepas selesai membaca doa tahiyat akhir kerana inilah pertunjuk yang sahih dari baginda salalallahualaihiwasalam.


Malangnya umat Melayu yang miskin agama apabila meninggalkan hadith sahih yang menyebutkan baginda rasulullah pernah berdoa sebelum salam dan selepas membaca tahiyat dengan membaca : “Wahai tuhan, Sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari azab kubur dan dari azab neraka jahannam dan dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Bahkan doa-doa ini sangat banyak yang diriwayatkan pernah dibaca oleh baginda iaitu mencapai sepuluh jenis doa yang berbeza-beza dalam riwayat yang sahih dari baginda rasulullah sila lihat dalam Sahih Bukhari, Muslim, Sunan Abu Daud dan Nasaie serta Ibn Majah.


Maka menjadi nasihat berguna kepada orang ramai supaya beramal dengan sunnah sahihah dan meninggalkan sesuatu yang tiada pertunjuk sahih dari baginda salallahualaihiwasalam dan juga tiada pertunjuk dari para salaf soleh.
 
Sabda baginda Salallahualaihiwasalam : “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


“Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih” (Alil-Imran –31).




81 comments:

  1. salam...
    sekarang ni kalau berdoa selepas sembahyang fardhu atau sunat apa hukumnya?..boleh atau yidak? berdosa ke atau tidak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbh

    Saya sebenarnya terjumpa artikel ini semalam. Ia amat baik sekali sebagai suatu bahan ilmiah dalam bab agama. Saya tidak mahu menjawab soalan sdr tersebut buat masa ini dan sekadar ingin copy paste artikel di atas.

    ""Hukum Berdoa Selepas Solat

    Maka jawapannya ialah berdoa selepas solat dengan melaziminya dan menganggap ianya ialah sunat dituntut adalah salah dan termasuk perkara bid’ah. Ini disebutkan juga oleh para ulama seperti Imam Ibn Qayyim ra dengan katanya : “ Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan mengadap kiblat atau mengadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi salallahualaihiwasalam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257Jilid 1).""

    Matlamat utama saya memanjangkan artikel ini lebih kepada membuka minda kita umat Islam Malaysia agar jangan cepat menghina orang islam lain yang mengamalkan amalan beragama yang berbeza berbanding amalan kita. Sebagai contoh, apabila kita mengerjakan umrah dan haji, janganlah menyalahkan dan menghina pak arab yang sesudah sembahyang terus bangun seperti imam di Masjid haram dan di Madinah.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Assalmua'alikum wrt wbt.

    Ada saya terbaca (tolong pastikan).."Dizaman Rasulullah SAW..ada seorang hamba ALLAH selepas solat terus beredar dan Nabi SAW bersabda "tidakkah kamu memerlukan sesuatu (berdoa) ?" Sukacita dapat dihuraikan.

    wasallam

    ReplyDelete
  4. Sudah diusahakan dalam kitab sahih Muslim belum jumpa.

    Sekian
    Emjay

    ReplyDelete
  5. saya kurang faham dengan article kali ini. terutamanya perenggan ke-4 dan lebih mengelirukan apabila membaca perenggan yg berikutnya. pengetahuan agama saya amat kurang dan amalan yg selalu saya lakukan adalah berdoa selepas solat (selepas memberi salam).

    ustaz, bukan kah maksud solat itu adalah 'doa'? dan saya ada terbaca satu article dari dr. masitah bahawa kita digalakkan berdoa selepas solat. dan lebih baik lagi jika kita berdoa dalam keadaan sujud (tetapi didoakan dan disebutkan didalam hati kerana takut mengganggu bacaan sembahyang) iaitu pada sujud terakhir sebelum memberi salam.

    mungkin ustaz boleh terangkan lebih lanjut lagi tentang perkara ini? adakah article di atas hanya merujuk pada doa yang selalu dibacakan oleh imam2 selepas solat jemaah? bagaimana pula kalau kita solat secara bersendirian?

    secara kelazimannya, apabila saya menghadapi masalah atau bersedih hati saya akan banyakkan berdoa selepas solat dan memohon kepada Allah s.w.t. supaya diberikan saya jalan.

    ReplyDelete
  6. Ini suatu yang menghairankan saya. walaupun pengetahuan agama saya cetek, dalam majlis ilmu yang saya pernah ikuti di masjid dan surau, memaklumkan Allah suka kepada mereka yang berdoa, orang yang tidak berdoa itu adalah sombong kepada Allah. malahan dalam al-quran (kurang pasti ayat dan surah tetapi dalam radio IKIM adakala ianya disiarkan- maksudnya, "Berdoalah kepada aku, nescaya akan Ku perkenankan". Juga ada dinyatakan dalam kitab-kitab (tak kitab apa, ini ikut apa kata ustaz yang mengendalikan majlis ilmu yang buka kitabnya) waktu dan tempat yang mujarab atau tiada hijab. Kenapa orang pergi ke masjidil haram Mekah, selain umrah dan haji ialah berdoa.

    Mohon maaf jika saya katakan, sebahagian besar ustaz-ustaz di Malaysia ini walaupun ada sijil, diploma atau ijazah masih kurang ilmu, sebabnya kurang membaca, malahan yang ada PhD dalam bidang agama displin tertentu pun kurang membaca. Kurang membaca macam mana hendak dapat pengetahuan yang lebih.

    ReplyDelete
  7. Dalam zaman yang serba pantas sekarang dan manusia sibok mengejar keperluan hidup masing-masing, ketika bila disarankan berdoa?

    ReplyDelete
  8. Nabi dalam hadisnya pernah berdoa selepas solat. Antaranya Ällahumma antassalam wamingkassalam.....

    Saya mengajarkan pelajar saya serta anak-anak saya berdoalah dengan bahasa yang anda fahami selepas sembahyang dan sepanjang masa. Sebelum belajar berdoa, sepanjang dalam kelas berdoa, selepas belajar berdoa, semasa buat homework berdoa, nak mamakan berdoa, naik bas turun bas berdoa, nak masuk bilik air berdoa, nak jumpa guru atau pensyarah berdoa, sepanjang berjumpa dengan guru atau pensyarah berdoa, nak buat sebarang pekerjaan dan sepanjang melakukan pekerjaan tersebut berdoa, pendek kata hampir setiap masa berdoalah.

    Berdoa adalah satu ibadah. Setiap kali berdoa dapat pahala selain insya-Allah dimakbulkan doa tersebut. Allah dalam Ghafir:60 berfirman mafhumnya:

    “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”

    Nabi pula dalam hadis dari muslim dan Bukhari bersabda mafhumnya:

    “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

    Berdoa bukan semestinya dengan berkata-kata di mulut. Berdoa dalam hati pun boleh.

    Latihlah diri kita semua agar sentiasa berdoa. Tidak sama orang yang selalu berdoa dengan orang yang malas berdoa.

    Diharapkan juga ini dapat menjawab soalan dari alimah.

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Saya menjawab soalan mochasilver

    Dalam perenggan 4 di nyatakan:
    berdoa selepas solat dengan melaziminya dan menganggap ianya ialah sunat dituntut adalah salah dan termasuk perkara bid’ah.

    Berdoa selepas solat memang ada disunnahkan oleh Nabi dalam banyak hadis pun. Namun dalam ayat dia atas ada mengatakan MELAZIMINYA maksudnya adalah mengekalkan terus menerus berdoa selepas solat sebagaimana kata penulis di atas adalah bidaah kerana Nabi tidak melakukan perkara ini terus menerus selepas solat. Itu maksudnya. Ini bermakna nak berdoa selepas solat boleh dan ada hadisnya dan kalau nak meninggalkan selepas solat pun ada hadisnya.

    Berkenaan soalan "ustaz, bukan kah maksud solat itu adalah 'doa'? dan saya ada terbaca satu article dari dr. masitah bahawa kita digalakkan berdoa selepas solat. dan lebih baik lagi jika kita berdoa dalam keadaan sujud (tetapi didoakan dan disebutkan didalam hati kerana takut mengganggu bacaan sembahyang) iaitu pada sujud terakhir sebelum memberi salam."

    Betullah solan sdr itu dan tidak perlu lagi saya ulas. Cuma Nabi ada berdoa pada bahagian akhir solat seperti dalam sujud. Namun bagi orang Melayu yang tidak tahu berbahasa arab. Berdoalah dalam hati sahaja. Tuhan mengerti doa kita dalam hati.

    Sebagaimana yang saya tulis di atas, berdoalah sepanjang masa sama ada selepas solat atau bukan dalam solat.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. umat nusantara masih jahil agama agaknya sejak zaman Acheh,Pasai,Pattani,sehingga ada bergelar serambi Mekah sampai kini dan ada ulamanya digelar waliullah tapi masih tak jumpa hukum berdoa selepas solat.

    ReplyDelete
  11. walaupun bid'ah tetap digalakkan banyak berdo'a.

    ReplyDelete
  12. kita jangan ambil apa yang kita suka dengan mencari dalil-dalil untuk menyokongnya dan menolak apa yang tidak kita sukai.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbh

    Berikut saya copy paste penjelasan tepat dan ringkas:

    ~~~~~~~~~~~~
    DOA BERSAMA SETELAH SHALAT

    Oleh Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan


    Tanya: Saya menyaksikan sebagian orang-orang yang shalat berjamaah seusai mereka shalat, mereka berdoa dengan bersama-sama, setiap kali mereka selesai shalat, apa hal ini dibolehkan? Berilah kami fatwa semoga Anda mendapat balasan di sisi-Nya.

    Jawab: Berdoa setelah shalat, tidak mengapa. Akan tetapi setiap orang berdoa sendiri-sendiri. Berdoa untuk dirinya dan saudaranya sesama ummat Islam. Berdoa untuk kebaikan agama dan dunianya, sendiri-sendiri bukan bersama-sama.
    Adapun berdoa bersama-sama setelah shalat, ini adalah bid’ah. Karena tidak ada keterangannya dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, tidak dari shahabatnya dan tidak dari kurun-kurun yang utama bahwa dahulu mereka berdoa secara bersama-sama, dimana sang imam mengangkat kedua tangannya, kemudian para makmum mengangkat tangan-tangan mereka, sang imam berdoa dan para makmum juga berdoa bersama-sama dengan imam. Ini termasuk perkara bid’ah.
    Adapun setiap orang berdoa tanpa mengeraskan suara atau membuat kebisingan hal ini tidaklah mengapa, sama ada sesudah shalat wajib atau sunnah.

    Sumber: Majmu’ Fatawa Asy-Syaikh Shalih Al Fauzan (2/680)

    Diambil dari http://ahlussunnah-jakarta.com/artikel_detil.php?id=27
    ~~~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  14. setakat copy paste, susahlah... kenapa tak copy paste yg cakap bleh plak =) malas nak cakap psal ni, sbb mmg faham kita tak sefikrah.. sedih2, berdoa pun bidaah ker.. huhu.. apala umat islam skang..artis duk terkinja2 menyanyi pun, mufti senyap jer.. ada jawatan pun, x guna gak.. orang islam yg nak beramal ( berdoa ) ni la jugak yg salah nyer..x faham aku.....

    ReplyDelete
  15. fahamlah, mgkin enta fanatik kpda sesuatu puak..malas nak sbut..tp janganlah fikir orang lain semua salah...takkanlah tok2 guru ( yg bertaraf ulamak dah pun ), x tau psal ni kan.. diorg pun berdoa jer lepas solat..tp takperlah, mgkin anda ulamak bertaraf terlalu tinggi.. takyah copy paste jer , belajar sendiri..nnt baru bleh jadi macam ulamak2 tu.. diorg tahu yg mana nak didahulukan...isu akidah umat islam ni pun x selesai lg..fikir2la...

    p/s: aku still hormat geng2 ******, tp sedih gak...asyik nak pukul ummat islam jer..buat pecah belah jer...musuh korg orang kafir sana bkan org islam.. yg perkara2 furu' tu jangalah duk fanatik sangt.. x nak berdoa, baliklah...xder yg halang pun..tp jangan ganggu org yg nak berdoa...semoga Allah terima semuanya..Ameen..wslam

    ReplyDelete
  16. wahabi tu agen british nak kalahkan turki uyhmaniah. Lepas tumbang kerjaan khulafa terakhir,terus umat Islam tiada pelindung dan akhirnya palestin dan baitul maqdis di jajah tentera salib british...ingat tu mj dan mufri wahabi,ingat sejarah,kaji sejarah,belajar sejarah.Bukan lepas sekolah aje terus lupa buku teks sejarah....jangan jadi agen british dan yahudi dgn menjadi pendokong wahabi

    ReplyDelete
  17. kalu dah degil tu degil jugak....ko ni jundumay....kalau tak suka org beritahu yang benar macam-macamlah alasan ko....dah si emjay tu bagi artikal camtu siap ada hadis sahih lagi...ko nak bertekak jugak...sapa pulak yang nak ganggu orang nak berdoa... tak paham betul aku ngan org cam ko ni....cubalah tenangkan fikiran...

    ReplyDelete
  18. Lantak lah diaorang jundumay... dia tak nak berdoa dia punya pasal. Kita teruskan aje.ikut apa yg kita paham. Bagi akulah, kalau tak berdoa ibarat macam lepas makan tak cuci tangan.

    ReplyDelete
  19. soalan bagaimana pula orang yang terus menerus tidak bedoa selepas solat adakah dia bidaah? ini kerana nabi pun pernah berdoa selepas solat.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum sahabatku jundumay dan abuafiqah.dan Assalamualaikum emjay.Rasanya kalau emjay pun boleh copy and paste..saya pun boleh jugak.

    Hukum Doa Secara Berjemaah Antara Seorang Imam Di akhir Solat dengan Makmum Yang Solat Di belakangnya.

    1. Jawapan dari Dr Wahbah az Zuhaili :

    Dalam masalah ini terdapat perselisihan antara ulama, Imam Syatibi dan muridnya Abu Yahya Ibn Ashim dan Ibn qasim al qabab dari Malikiyah rahimahuLlah, kerana tidak pernah diketahui bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah berdoa secara berjamaah. Dan hal itu sentiasa demikian sepanjang umur beliau kemudian para khalifah ar Rasyidun setelah beliau kemudian salafussalih.

    Adapun yang dilakukan oleh kabanyakan ahli Sunnah di antaranya Ibn 'Irfah al Maliky dan jumhur fuqaha' mazhab berdasarkan apa yang disebutkan oleh Hakim di dalam Mustadraknya : Sahih isnad hadith yang menyatakan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    "Tidak berkumpul sekelompok orang lalu sebahagian mereka berdoa sementara yang lain mengaminkan kecuali ALlah subhanahu wa ta'ala akan mengabulkannya."

    Terdapat risalah yang baik dan dapat dipercaya dalam hal dalil berdoa secara berjemaah yang dikumpulkan oleh saudara saya sesama Muslim berkebangsaan Amerika. Ia telah memberikan kepada saya salinannya di mana di dalamnya terdapat banyak dalil di mana diaminkan oleh orang yang berdoa dan yang mendengar.

    Sumber ambilan : Prof Dr Wahbah Az Zuhaili, Fatwa-fatwa Semasa, al Fatawa al mu'asaroh, iBook Publication, 2005, Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  21. sebenarnya saya dalam usaha menyiapkan assignment tentang hukum berdoa dan berwirid..tapi bila buat research kat internet ni..macam2 perkara yang bertentangan dengan apa yang cikgu dan tok guru saya ajar yang sy jumpa.Wallahu'alam.Semoga Allah SWT leraikan kita daripada kekusutan ini.Amin

    ReplyDelete
  22. Nabi mengatakan Imam yang tidak berdoa untuk makmumnya telah mengkhianati makmumnya.

    Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya “Tidak halal bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat - menjadi imam bagi sesuatu kaum melainkan dengan izin mereka; dan tidak halal baginya berdoa untuk dirinya semata-mata dengan tidak berdoa untuk mereka bersama; kalau dia berbuat demikian; maka sesungguhnya bermakna dia telah mengkhianati mereka” (Riwayat Abu Daud)

    Allah terima doa selepas sembahyang fardhu, jikalau tiada penghalang seperti makanan dan minuman yang haram. Berdoa lepas sembahyang ada 2 jenis:-

    1) Selepas memberi salam. Seperti yang biasa dilakukan. Boleh dibaca dalam apa jua bahasa.

    2) Sebelum memberi salam, selepas bacaan yang wajib iaitu tahiyyat. Bacaan doa pula hendaklah dalam bahasa Arab dari ayat quran sahaja..Seperti “rabbana atina fiddunya

    ReplyDelete
  23. Saudara Emjay,
    boleh saya katakan di sini bahawa saudara emjay perlu banyak belajar ilmu agama dan juga ilmu kehidupan..
    tak semestinya tau agama (itupun masih cetek dan dangkal), saudara tahu segalanya.
    Buatlah kajian, analisis, perbincangan ilmiah, BUKANNYE MAIN COPY AND PASTE AJE..........

    ReplyDelete
  24. Saya minta sudilah kiranya sdr didibee pula copy paste mana-mana artikel yang di tulis secara ilmiah untuk menyanggah tulisan Ustaz Emran Ahmad di atas. Kalau sekadar menghujah ini dangkal ini dalam, anak saya yang berumur 10 tahun pun boleh buat.

    Emjay

    ReplyDelete
  25. Mmm......ada orang belagak tahu.Sebenarnya tak tahu. Ada juga orang belajar agama kat Yahudi tapi entahlah......Bagi aku, lebih teruk mereka yang menyesatkan orang lain daripada tak tahu.

    ReplyDelete
  26. ASSALAMUALAIKUM ..MUSYKIL CKIT NIE..APA YG SY TAU BERDOA BILA2 MASA SHJ XKIRA SEBLM, SMSA ATAU SLPS APA YG KITA BUAT .. SY XPASTI HUKUMNYA SUNAT ATAU APA TP BKNKAH DIGALAKKAN BEGITU ?MENURUT ARTIKEL USTAZ "BERDOA SELEPAS SOLAT HUKUMNYA SUNAT ITU ADALAH SALAH"..MAKSUD USTAZ APA? YANG SALAH ITU KATEGORI "HUKUM" ITU ATAU PERBUATAN DOA ITU ?? IA TERGOLONG DLM BIDAAH YANG MANA?BIDAAH HASANAH ATAU BIDAAH HALALAH..??

    ReplyDelete
  27. Berdoa tak salah kalau nak dilakukan bila2 masa cuma ada banyak pendapat yang pelik mengatakan doa setelah solat fardhu itu bidaah tak pernah nabi buat. Macam mana pun masih ada hadis yang dapat kita ikut. Cuma bertanyalah kepada tuan punya web ini dimana bida'ahnya doa lepas solat itu. Mungkin beliau dapat jawab.

    ReplyDelete
  28. Sdr entahapaentah dan pembaca lainnya.

    Saya nak tanya pembaca yang menentang artikel ini (bukan artikel saya), artikel ini tidak menentang sama sekali berdoa sesudah solat. Ini adalah jelas bagi sesiapa yang RETI bahasa. Yang ditentang ialah :

    ~~
    Hukum Berdoa Selepas Solat

    Maka jawapannya ialah berdoa selepas solat dengan melaziminya (MENJADIKAN IANYA MESTI) dan menganggap ianya ialah sunat dituntut adalah salah dan termasuk perkara bid’ah. Ini disebutkan juga oleh para ulama seperti Imam Ibn Qayyim ra dengan katanya : “ Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat (SENTIASA SESUDAH SOLAT) dengan mengadap kiblat atau mengadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi salallahualaihiwasalam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257Jilid 1).
    ~~
    Nak berdoa bila-bila masa tiada salahnya sama ada di dalam solat atau sesudah solat TETAPI apa yang dikatakan bidah di dalam artikel di atas ialah menjadikan berdoa sesudah solat ini sebagai perkara LAZIM seolah-olah berdoa di dalam solat bukan satu sunnah.

    Semoga sdr entahapaentah dan pembaca lainnya RETI BAHASA sewaktu membaca artikel di atas.

    Emjay

    ReplyDelete
  29. Dari Abu Hurairah dari Nabi Muhammad s.a.w, beliau berkata : "Barangsiapa sesudah solat tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali, dan untuk mencukupkan seratus ia mengucapkan Tiada Tuhan selain ALLah, tiada sekutu bagiNya, Ia memiliki semuanya, untukNya segala puja dan Ia berkuasa memperbuat segala sesuatu. Maka orang yang mengucapkan itu diampuni ALLah dosanya, walaupun dosa itu sebanyak buih di laut"

    (Hadith Sahih riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah. Sahih Muslim 1 halaman 241 dan al Adzkar halaman 68).

    ReplyDelete
  30. Dari Abu Umamah r.a. Beliau berkata : "RasuluLlah ditanya pada suatu hari : Di mana tempat doa yang paling diterima ? Jawab beliau : " Tengah malam dan di sesudah solat yang wajib (Hadith riwayat at Tirmidzi, al Adzkar 66).

    ReplyDelete
  31. sama2la kita dalam khidupan ini sntiasa mengikuti Al Quran dan Sunnah,
    krana itulah ptinjuk sepanjang zaman kita Insyaallah,
    dn perdebatan ini bkanla perdebatan spt para sahabat, dimana perbincangan mereka mmbawa kepada permuafakatan yg utuh dengan mengamalkan Al Quran dan Sunnah tnpa mggunakan logik akal smata@.
    kepada yg mnentang, ingatlah akan balasan Allah kerana mnolak apa yg disampaikan Rasulnya..

    ReplyDelete
  32. lepas sembahyang bukan ke waktu2 yg mustajab utk berdoa??ish ish ish..
    skang ni,yg menyokong artikel kt atas ni xajar anak berdoa lepas sambahyang,kompom r korang kene wat amal banyak ckit,pasal anak anak xnk doakan utk kesejahteraan Mak Bapak lepas sembahyang..dikate nye plak berdoa lepas sembahyang tu bid'ah..ish3..

    ReplyDelete
  33. Habis tu odioman85, waktu sebelum salam atau waktu sujud terakhir solat bukan waktu yang mustajab untuk berdoa? engkau ini anti hadis ke??

    Di bahagian awal artikel diatas di sebut "Maka jawapannya ialah berdoa selepas solat dengan melaziminya dan menganggap ianya ialah sunat dituntut adalah salah dan termasuk perkara bid’ah. Ini disebutkan juga oleh para ulama seperti Imam Ibn Qayyim ra dengan katanya : “ Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan mengadap kiblat atau mengadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi salallahualaihiwasalam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257Jilid 1)."

    Engkau faham tak maksud melazimi!. Melazimi maksudnya mengekalkan berterusan. Adakah Nabi melalui hadis-hadis pernah MELAZIMI / melakukannya SETIAP selepas solat?? Engkau reti bahasa ke? Kalau nabi SAW ada berdoa lepas solat dan nabi juga ada tidak berdoa lepas solat kerana mungkin telah berdoa di dalam solat waktu sebelum salam atau dalam masa sujud terakhir, maka bagi saya ini adalah sebaik-baik tuntunan untuk diikuti.

    Saya nak tanya sdr odio, agak-agak mana lebih afdhal berdoa dalam solat berbanding doa selepas solat??

    Satu lagi nak tanya mr odio, adakah artikel dari penulis di atas mengatakan bahawa berdoa lepas solat adalah bidaah?? Yang dikatakannya hanya sekiranya melazimi / mengekalkan sesudah solat kerana nabi tidak pernah melazimi doa / mengekalkan berdoa sesudah setiap solat.

    Emjay

    ReplyDelete
  34. haha..marah benar nmpaknye emjay nih..dh terang2 sdr emjay "copy n paste" kat awal artikel tu ade tulis "melazimi berdoa selepas solat adalah bid'ah".ana ni hamba yg lemah,xsalah rasenye klu nk berdoa byk kali sebelum habis solat dan sesudah habis solat.sebab Allah suke hamba die berdoa.nk2 plak lepas habis sembahyang.para Ulama terdahulu,guru2 ana,mak bapak ana ajar berdoa lepas sembahyang...
    klu betul2 sdr emjay ni ikut sunnah,betul2 nk ikut zaman nabi S.A.W,zaman nabi S.A.W dl xde internet2 ni,handphone,kete,moto komputer..bid'ah sume tuh.ape citer??

    ReplyDelete
  35. Lepas ini mr odio kata saya tiap-tiap hari buat bidaah kerana naik kereta maklumlah nabi naik unta.!!!

    Huh mengabihkan beras aja berhujah degan orang macam mr odio!!!

    Orang macam ini pun ada hati nak reply bab agama!!!!!

    Lebih baik aku berdiam diri dari mengabihkan beras dengan mr odi!!

    KONSEP BIDAAH PUN TAK RETI

    Sesiapa yang berdakwah tanpa ilmu maka ia akan lebih banyak merosak daripada memperbaiki.

    Emjay

    ReplyDelete
  36. salah lagi?hahaha...xpe2.den terima.bid'ah tu dalam bab agama je..ok.tp bagaimana pulak penambahan titik dan baris pada al quran yg sdr emjay baca?bab agama tu..zaman nabi S.A.W dl xde penambahan baris dan titik pada ayat2 al quran..bid'ah tu.

    ReplyDelete
  37. Sah menghabis boreh aja.

    Pi main tempat lain le!! Kalau ikhlas nak belajar, gaya bahasanye lain.

    Nanti kalau saya jawab engkau, engko soal pula baca Al Quran dari komputer bidaah ke?

    Dasar menghabis boreh.

    Emjay

    ReplyDelete
  38. jawab la..den nk dengar gak dr "ustad" bernama emjay nih.
    ado byk lg soklan nih

    ReplyDelete
  39. TUAN EMJAY..MAAFKAN KEBODOHAN SAYA..NAMUN TUAN EMJAY SEORANG YANG BERILMU TINGGI MENGATASI LANGIT TUJUH..LEBIH BIJAK DARI ULAMAK SHAFIE, HAMBALI , MALIKI DAN HANAFI...MAKA JANGAN LAH TUAN MEMPERTONTONKAN KEBODOHAN TUAN DENGAN GAGAL MENJAWAB SOKLAN SEBODOH INI..KERANA KEGAGALAN TUAN MENJAWAB DENGAN BERKESAN SEKADAR MENGGAMBARKAN TUAN SEBENARNYA ADALAH LEBIH DUNGU DARI SAYA..


    ReplyDelete
  40. Mr odio

    Pi main tempat lain le!!

    Emjay

    ReplyDelete
  41. mane kate2 sdr emjay yg "claim" budak 10 tahun pn buleh jawab dlm post2 sebelum nih?

    ReplyDelete
  42. eeem...... "amat baik?" apa heem saya pon dah kompius nih, ape yg terbaik? tidak mahu menjawab mean??

    ReplyDelete
  43. salam... saya kosong bab ilmu.... ilmu pula terlampau besar untuk kita kejar....
    jika saudari penuh dengan ilmu (bukan C&P) tolong lah ajar hamba umat yg jauh nih

    ReplyDelete
  44. Untuk sdr jerungkampungjaya, berikut adalah definisi bidaah:


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    PENGERTIAN BID’AH MACAM-MACAM BID’AH DAN HUKUM-HUKUMNYA

    April 11, 2006

    PENGERTIAN BID’AH MACAM-MACAM BID’AH DAN HUKUM-HUKUMNYA

    Oleh
    Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan

    PENGERTIAN BID’AH

    Bid’ah menurut bahasa, diambil dari bida’ yaitu mengadakan sesuatu tanpa ada contoh. Sebelumnya Allah berfirman.

    Badiiu’ as-samaawaati wal ardli
    “Artinya : Allah pencipta langit dan bumi” [Al-Baqarah : 117]

    Artinya adalah Allah yang mengadakannya tanpa ada contoh sebelumnya.

    Juga firman Allah.

    Qul maa kuntu bid’an min ar-rusuli
    “Artinya : Katakanlah : ‘Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul”. [Al-Ahqaf : 9].

    Maksudnya adalah : Aku bukanlah orang yang pertama kali datang dengan risalah ini dari Allah Ta’ala kepada hamba-hambanya, bahkan telah banyak sebelumku dari para rasul yang telah mendahuluiku.

    Dan dikatakan juga : “Fulan mengada-adakan bid’ah”, maksudnya : memulai satu cara yang belum ada sebelumnya.

    Dan perbuatan bid’ah itu ada dua bagian :

    [1] Perbuatan bid’ah dalam adat istiadat (kebiasaan) ; seperti adanya penemuan-penemuan baru dibidang IPTEK (juga termasuk didalamnya penyingkapan-penyingkapan ilmu dengan berbagai macam-macamnya). Ini adalah mubah (diperbolehkan) ; karena asal dari semua adat istiadat (kebiasaan) adalah mubah.

    [2] Perbuatan bid’ah di dalam Ad-Dien (Islam) hukumnya haram, karena yang ada dalam dien itu adalah tauqifi (tidak bisa dirubah-rubah) ; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Artinya : Barangsiapa yang mengadakan hal yang baru (berbuat yang baru) di dalam urusan kami ini yang bukan dari urusan tersebut, maka perbuatannya di tolak (tidak diterima)”. Dan di dalam riwayat lain disebutkan : “Artinya : Barangsiapa yang berbuat suatu amalan yang bukan didasarkan urusan kami, maka perbuatannya di tolak”.

    MACAM-MACAM BID’AH

    Bid’ah Dalam Ad-Dien (Islam) Ada Dua Macam :

    [1] Bid’ah qauliyah ‘itiqadiyah : Bid’ah perkataan yang keluar dari keyakinan, seperti ucapan-ucapan orang Jahmiyah, Mu’tazilah, dan Rafidhah serta semua firqah-firqah (kelompok-kelompok) yang sesat sekaligus keyakinan-keyakinan mereka.

    [2] Bid’ah fil ibadah : Bid’ah dalam ibadah : seperti beribadah kepada Allah dengan apa yang tidak disyari’atkan oleh Allah : dan bid’ah dalam ibadah ini ada beberapa bagian yaitu :

    [a]. Bid’ah yang berhubungan dengan pokok-pokok ibadah : yaitu mengadakan suatu ibadah yang tidak ada dasarnya dalam syari’at Allah Ta’ala, seperti mengerjakan shalat yang tidak disyari’atkan, shiyam yang tidak disyari’atkan, atau mengadakan hari-hari besar yang tidak disyariatkan seperti pesta ulang tahun, kelahiran dan lain sebagainya.

    [b]. Bid’ah yang bentuknya menambah-nambah terhadap ibadah yang disyariatkan, seperti menambah rakaat kelima pada shalat Dhuhur atau shalat Ashar.

    [c]. Bid’ah yang terdapat pada sifat pelaksanaan ibadah. Yaitu menunaikan ibadah yang sifatnya tidak disyari’atkan seperti membaca dzikir-dzikir yang disyariatkan dengan cara berjama’ah dan suara yang keras. Juga seperti membebani diri (memberatkan diri) dalam ibadah sampai keluar dari batas-batas sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

    [d]. Bid’ah yang bentuknya menghususkan suatu ibadah yang disari’atkan, tapi tidak dikhususkan oleh syari’at yang ada. Seperti menghususkan hari dan malam nisfu Sya’ban (tanggal 15 bulan Sya’ban) untuk shiyam dan qiyamullail. Memang pada dasarnya shiyam dan qiyamullail itu di syari’atkan, akan tetapi pengkhususannya dengan pembatasan waktu memerlukan suatu dalil.

    HUKUM BID’AH DALAM AD-DIEN

    Segala bentuk bid’ah dalam Ad-Dien hukumnya adalah haram dan sesat, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

    “Artinya : Janganlah kamu sekalian mengada-adakan urusan-urusan yang baru, karena sesungguhnya mengadakan hal yang baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat”. [Hadits Riwayat Abdu Daud, dan At-Tirmidzi ; hadits hasan shahih].

    Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

    “Artinya : Barangsiapa mengadakan hal yang baru yang bukan dari kami maka

    ReplyDelete
  45. ye emang benar tidak ada doa2 khusus selepas solat fardu dari petunjuk sunnah. Walaubagaimanapun seseorang yg berdoa selepas solat atau bila2 tidaklah boleh diklasifikasikan sebagai BID'AH. Jika kita ada keperluan kita mohon doa pada bila2 masa atau lakukan solat nafil (sunnah) 2 rakaat kemudian berdoa memohon kepada Allah, itu tidak dilarang. kebarangkalian yang menjadi bid'ah adalah kita memahami dan mengamalkan doa selepas solat fardu secara istiqamah atau mengklaim ianya sebagai amalan sunnah Nabi s.a.w. yg dibuat oleh Nabi selepas tiap2 akhir solat wajib serta menganggap ianya adalah sunnah yg dituntut, it is true ko dok?

    nih pengertian aku... bukan lah Copy N pase ek

    ReplyDelete
  46. Kalau itulah pengertian sdr, BAGUSLAH semoga Allah SWT mematikan saya dan sdr dalam iman.

    Mudahnya sdr RETI BAHASA tak macam orang-orang lain tu!!

    Emjay

    ReplyDelete
  47. em kenkadang menulis dan membaca boleh di salah ertikan hanya kerana tertinggal ( ' ) koma atau titik nokhta ( . ) benda nih pon penting gak dalam penulisan... he ehee.....

    the best is... bagi alamat penuh, bleh lah saya datang dan berlajar bersama sama.... klu betul dan berjaya, boleh gak mengajak hamba allah yg lain.......

    belajar nih takleh sensorang sorang... takut tertido awal tuh jer

    ReplyDelete
  48. Boleh saya tahu umur sdr jerungkampungjaya!

    Emjay

    ReplyDelete
  49. Mmg hang ni xfaham apa yg cuba disampaikan. Cuba renung "melazimi".. Lg satu, kalau hang doa dlmbhs apa ye, lazimnya kat malaysia ni dlm bahasa arab. Tp hang faham ka apa yg didoakan tu, lg satu satu, kalau betul2 nak Allah ampun.. Dtg dlm hati hang dgn TAUBAT. Fahamkan kesemua ya.. Melazimi, taubat., dan utama, belajar agama dgn mendalam dgn kemampuan yg Allah bg tu. Jgn jadi macam manusia jenis suka menghemtam org dgn ilmu yg baru terbaca sebaris dua.

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum wbh

    Saya telah berikan alamat dan nombor telefon melalui PM Multiply. Sila buka PM Multiply sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  51. insya'allah jika di izinkan nya... maka sampai lah saya.... klu tak.... takda lah yer

    ReplyDelete
  52. Diharap perbincangan dimuka laman ini ada asas2 agama sahaja......bukan ape..saya percaya ramai lagi umat islam dimalaysia cetek berkenaan asas2 agama...apabila dibincang perkara yang mungkin terlalu mendalam dan tiada asas yang bertapak terlebih dahulu dalam diri mungkin menyebabkan kita semua keliru untuk mengikuti dan mengamal suruhan ALLAH SWT..Bagi sesiapa yang ingin menuntut ilmu yang lebih mendalam baguslah sekiranya berdialog 'face to face' dengan ustaz yang kita yakin ketinggian ilmu agamanya....Insyaallah kejayaan adalah milik orang yang berusaha....salam

    ReplyDelete
  53. salam..
    saya makin keliru la emjay..makna jikalau saya selesai solat dan tetiba hendak ke tandas maka x boleh la saya membaca doa ke tandas ye..saya selalu selepas solat zohor saya makan tengahari..maka lepas ni xboleh saya baca doa makan lagi...pernah suatu ketika dulu lepas keluar masjid saya ternampak pasangan muda tanpa segan silu bermanja2 dikhalayak ramai dan saya meminta Allah SWT bukakan hati mereka supaya berubah.....maka selepas ni xbolehlah lagi saya berdoa jika terjumpa situasi semacam ni.....macam mn nie???

    ReplyDelete
  54. sdr odioman85, anta tulis "tak salah rasanya" klu nak berdoa banyak kali..perkataan tak salah rasanya tu tak boleh jadikan hujah dalam beramal..nak beramal dan buat ibadat kena ada perintah, hujah, petunjuk dan kaifiyyah kena betul..berdoa memang boleh..tak salah tapi kena tengok kaifiyyahnya..der contoh dari Rasul tak..atau dari sahabat atau dari tabiin..dari salaffussoleh..kalau tak ada contoh maka tak boleh lah..sebab kalau perkara tu baik (berkaitan agama) rasullullah dan sahabat dah buat awal2 lagi, lau khana khairun lasabakuna ilaihi.kita tak boleh buat amal ibadat ikut ra'yu, sebab Imam Syafie sudah tegaskan dalam kitabnya..AR-Risalah kalau tak silap, sesiapa yang beranggapan baik sesuatu perkara (berkaitan ibadah) padahal tiada contoh dari RAsullullah maka dia telah membuat satu syariat, dan sesiapa yg membuat atau menambah syariat (padahal Islam itu sudah lengkap) maka ia kufur..saudara emjay sudah bawakan hujah, tak kira la dia copy paste ke apa ke yg pnting hujah tu shahih, Quran dan hadis ..tapi saudara masih terang-terangan menolak..saya betul2 tidak faham..saya bukan betujuan ingin menyalahkan sesiapa tetapi saya harap saudara dapat buka hati dan minda..Rasullullah mewasiatkan kita 2 perkara, sesiapa berpegang dengannya maka tidak akan sesat selamanya, AL-Quran dan HAdis..maka jika kita berselisih, maka kembali pada Al-Quran dan Sunnah

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum.. saya ada beberapa kemuskilan dengan perihal doa nie yang berkaitan MELAZIMI berdoa selepas solat.

    1) Sya selalu MELAZIMI berdoa selepas solat... saya sangat2 tenang bila lepas solat berdoa kerana lebih mudah untuk saya menzahirkan doa dalam bahasa saya sendiri dan lebih mudah untuk sya merintih dan menangis.. semasa sujud terakhir pun kdang2 buat jugak tapi agak kekok sebab kena cakap dalam hati doa permintaan yang panjang2... satu lagi kenapa saya MELAZIMI doa selepas solat kerana.. apa yang saya hajatkan masih belum diperkenankan.. jadi setiap hari saya berdoalah dengan MELAZIMI selepas solat supaya dengan istiqamah berdoa saya harap Allah dengan rahmat dan kasih sayangnya memakbulkan doa saya... adakah perbuatan saya itu dikira Bidaah..? adakah MELAZIMI dan ISTIQAMAH dalam berdoa itu adalah takrifan yang sama ? harap sahabat2 ustaz2 dapat memberi jawapan yang ikhlas.. terima kasih.. semoga Allah merahmati kita semua...

    ReplyDelete
  56. Salam,

    Saya ingin berkongsi pengalaman dalam hal ini. Sewaktu tinggal di Malaysia,memang biasa kalau imam membaca doa dan diaminkan oleh jemaah. Sehinggakan kalau ada makmum yang cepat2 bangun tanpa mengaminkan doa imam,saya menganggap tidak beradap.

    Kini saya berada di Arab Saudi dan suasana berubah sama sekali dimana tidak ada satu masjid pun yang saya pergi berjemaah di sini yang imamnya membaca doa dan diaminkan oleh para jemaah.Samada di Mekah,madinah atau di daerah2 lain. kekeliruan ini pada mulanya menyebabkan saya mencari2 jawapan dari sumber2 sahih.Saya yakin amalan mereka berasaskan sunnah. Yang dapat diperhatikan adalah mereka berdoa sebelum salam,beristigfar selepas solat dan terus berzikir seperti biasa dan terus solat sunnat.

    Kesimpulan yang ingin dikongsi adalah :

    1. Copy paste yang dibuat oleh emjayjb pada topik perbincangan merupakan tulisan yang bersandarkan dalil2 yang telah dinyatakan dan di guna pakai di Arab Saudi. Cuba penambahan ayat2 yang memperlecehkan orang melayu tidak perlu dicopy paste sekali utk mengelakkan pembaca cepat panas hati..
    2. Maklumbalas dari pembaca yang berdasarkan hadis2 lain juga benar cuma mungkin tidak berkait terus dengan topik perbincangan i.e perkara2 bida'ah.
    3. Amalan yang saya lakukan adalah:
    a. berdoa setiap waktu. Sebelum memandu,bekerja,membaca,etc
    b. berdoa dlm waktu solat.i.e waktu sujud dan sebelum salam.
    c. berdoa selepas solat. tetapi dilakukan sendiri2 dan tidak MELAZIMI(berdoa tidak setiap kali solat fardu untuk mengelakkan dari melakukan bida'ah)


    Wallahua'alm....

    Wassalam..

    ReplyDelete
  57. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah menambah ilmu sdr lalu mampu untuk memasuki syurga Allah

    Emjay

    ReplyDelete
  58. Salam..
    InsyaAllah saya cuba membantu saudara emjay dalam mempermudahkan lagi mesej yang ingin disampaikan dalam artikel di atas (khususnya bagi pembaca-pembaca yang tak berapa "reti bahasa" :)).

    Bayangkan anda baru selesai solat berjemaah di masjid. Sesudah beristighfar dan apabila pak Imam mula mengangkat tangan untuk berdoa, seorang makmum yang tadinya solat di sebelah anda tiba-tiba bingkas bangun dan meninggalkan masjid. Anda berkata dalam hati: "Teruk betul la dier ni. Tak nak berdoa ke lepas solat?? Lepas solat mesti la kena berdoa dulu baru balik!"

    Kata-kata dan pemikiran seperti inilah yang menjadikan bida'ah kerana mengenakan "kemestian" (dalam kes ini, "lepas solat mesti berdoa!") pada sesuatu yang pada dasarnya adalah "optional". Inilah "kesalahan" yang dimaksudkan di dalam artikel di atas, bukannya berdoa selepas solat itu yang menjadi kesalahan.

    ReplyDelete
  59. Waalaikumussalam wbh

    Didoakan semoga Allah SWT sentiasa memudahkan sdr firusmazlan dan saya mudah "reti bahasa" sewaktu membaca Al Quran, Hadis-hadis dan segala bacaan berkaitan Agama Islam. Semoga Allah juga mematikan firusmazlan dan saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  60. assalamulaikum ya emjayjb,apakah antum salafiyyun?manhaj salafush sholeh yang berdiri atas al Quran dan hadist

    ReplyDelete
  61. Waalaikumussalam wbh

    Lebih kurang macam tulah.

    Emjay

    ReplyDelete
  62. assalamu alaikum ,dalam hal lafash dlm hadist" berdoa di akhir sholat fardhu" ini terjadi silang pendapat di antara para ulama,berdoa sebelum salam atau sesudah salam,pendapat yang rojih adalah berdoa sebelum salam atau di akhir takhiyat akhir,dan rosululloh saw tidak berdoa setelah sholat,begitu juga sahabat dan tabi'in,tentang berdoa banyak waktu-waktu yang di syari'atka berdoa,klau kita tak mengikuti itjma' para ulama lalu siapa yg kita ikuti,krn ulama adalahpewaris dari nabi,melakukan ibadah harus sesuai dengan tuntunan rosululloh saw,jikalau ibadah menyelisihi al Qur'an dan hadist maka akan tertolak,pada zaman skarang ni banyak terjadi bid'ah dan khurofat,oleh krn itu beramallah dengan ilmu,jika tanpa ilmu kita hanya mengikut apa yg bapak-bapak atau moyang kita lakukan,bid'ah atau tak main latak saja

    ReplyDelete
  63. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah Memamatikan saya dan abubakroh dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  64. Assalamu'laikum."sebenar-benar ucapan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk adlh ptunjuk Muhammad s.a.w, seburuk-buruk perkara adalah perkara yg diada-adakan (dalam agama), setiap prkara yg diada-adakn(dlm agama) adlh bida'ah, stiap bida'ah adlh sesat, dan stiap ksesatan tmpatnya di neraka.(R: Bukhari,Muslim,ibnu majah). sblm nk berhujah kuarkan dalil tlebih dahulu. IZA KA NAT MUDDA'IYYAN FAD DALIL(jika kamu nak mendakwa/berhujah, keluarkan dalil). mne yg ade dalil msti diutamakan.apa yg dbritahu ustaz emjayjb adlh pkara baik n kita msti buka minda utk trima pndapat bkn dgn menolak ikut hawa nafsu.BERHUJAH DENGAN ORANG MUNAFIQ ADLAH SIA-SIA.nk tau aqidah atau pkara mngikut manhaj imam asy-syaf'ie, bkk la http://azam-mencarikebenaran.blogspot.com

    ReplyDelete
  65. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah mematikan saya dan azammencarikebenaran dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  66. berdoa semasa sujud akhir dan selepas tahayat akhir itulah doa yang paling makbul. Buatlah selalu

    ReplyDelete
  67. assalamualaikum.apakah berdoa dengan bahasa melayu semasa sujud sebelum tahayat akhir akan membatalkan solat?

    ReplyDelete
  68. Waalaikumussalam wbh

    Menurut salah seorang guru saya, boleh kerana bab doa boleh dilakukan dalam bentuk pertuturan dalam bahasa ibunda. Kalau was was, lakukannya dalam hati.

    Emjay

    ReplyDelete
  69. saya baca semua perdebatan dalam forum ni, buat saya keliru....dan terima kasih sebab saya pun baru tau yg amalan melazimi doa selepas solat fardhu atau sunat itu bid'ah. Saya selalu buat tu sebab memang diajar mcm tu sejak sekolah, dalam kelas pun, cikgu2 ajar mcm tu, saya ni ilmu agama tak tinggi, jahil, saya baru nak mendalami, harap dapat bantu saya, so maksudnya sekarang, saya sepatutnya berdoa selepas bacaan tahiyat akhir dan ketika sujud? kalau saya baca doa ketika sujud dan masih berdoa selepas solat tetapi tidak menganggapnya sunah nabi? adakah saya berdosa? dan macamana dengan berwirid jika kita solat sendiri2? biasanya saya membaca zikir lepas solat, tahmid, tasbih, dan takbir tu dan istighfar. Apa hukumnya? minta dijelaskan. Terima kasih

    ReplyDelete
  70. pndgn sy: apa yg dbawa oleh emjay adalh brkaitan dgn doa yg dbaca slps solat fardhu betul bkn sunnah..ia adalh btul dan tepat.topiknya adalh ' doa slps solat'.tetapi doa tidak dlarang utk dbaca dmasa2 trluang..brdasarkn hadis; mohonlh kpdKu nescaya Aku qabulkan...

    ReplyDelete
  71. maf sy komen psl bacaan doa dlm solat..
    tidak blh baca doa dlm bah ibunda semasa solat kerana ianya mmbatalkn solat..sebut satu prkataan bah ibunda yg blh difahami dh mmbatalkn solat..wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  72. maf sy komen psl bacaan doa dlm solat..
    tidak blh baca doa dlm bah ibunda semasa solat kerana ianya mmbatalkn solat..sebut satu prkataan bah ibunda yg blh difahami dh mmbatalkn solat..wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  73. Melayu2...aku tengok orang yang berdebat dengan emjay ni pun lebih kurang sama saja. Lihat perbuatan korang yang mencari kesalahan daripada hamba allah yang mungkin boleh melakukan kesilapan. Dia cakap macam ni, korang bantai pula macam ni. Aku x kan libatkan sunnah dan mana2 hadis2. Tapi fikirla. Daripada korang berdebat kat sini, carila info dengan lebih lanjut di tempat lain. Jangan bagi pening orang membaca forum ini. Cukup sekadar kalau kamu was was, jangan buat dan mohon petunjuk dari allah membawa kamu ke jalan yang benar dan bukan menyerang sesama saudara. Emjay mungkin berkata benar dan mungkin ada salah silapnya. Sekiranya kamu tidak setuju, katakan tidak dan carilah tempat ilmu yang boleh dipercayai. Jangan berani kamu menggunakan sunnah2 dan hadis dalam sesuatu perkara yang belum tentu sahih sebab kamu akan merosakkannya lagi. Jelad disini akidah orang pun kurang baik, tidak dinafikan saya juga begitu. Jadi mana yang salah, betulkan dengan cara baik bukan sebab keegoan.. Sekali lagi saya ulang, melayu2 sedar la kamu dengan diri sendiri sebelum menyerang saudara sendiri.

    ReplyDelete
  74. Ada yang meilbatkan guru atau ibunda. Saya tidak berniat untuk menghina kefahaman sesiapa, sebab itu adalah ajaran yang mereka perolehi tapi ingat, apa yang kita harus patuh bukan guru atau ibunda tetapi ajaran rasulullah SAW dan para sahabatnya. Banyakkan baca hadis yang pelbagai dan buat perbandingan kemudian berdoa lah kepada allah untuk membuka hati kamu untuk mengetahui kebenaran. Lebih berbaloi melakukan demikian daripada pertahankan guru dan ibunda kamu yang mungkin juga melakukan kesilapan. Ingat, walaupun guru itu seorang yang kamu hormati atau yang kamu sanjungi, asalkan nama manusia, dia tetqp melakukan kesilapan.

    ReplyDelete
  75. Pendapat saya tentang perkara emjay postkan ni, bagi saya tidak salah untuk berdoa selepas solat namun adalah lebih baik SEKIRANYA berdoa ketika sujud kedua sebelum duduk tahiyat akhir. Bagi yang fasih bahasa arab, maka sebutlah, bagi yang kurang fasih, maka berdoa lah dalam hati. Ketika sujud, kita lebih dekat kepada allah. Saya tidak perlu gunakan hadis untul hal ini sebab sekiranya korang orang yang tau serba sedikit tentang ajaran nabi muhammad SAW, pasti kamu tidak was was dalam hal ini. Dan bagi selepas solat, adalah digalakkan untuk berwirid dan berzikir kerana ia adalah sunnah dan disukai oleh Allah SWT..sekiranya nak berdoa dengan lebih lanjut maka berdoa lah. Sama ada wujud dalam hadis atau bidaah, niatlah berdoa kepada Allah SWT..nescaya sekiranya kamu melakukan kesilapan akan diampunkan kesalahan.

    Akhir sekali sebagai rumusan, nabi muhammad SAW sentiasa galakkan kita untuk ISTIGHFAR dan solat taubat. Kerana kita hidup bukan zaman rasulullah maka ajaran yang kita pelajari tidak semestinya betul di sisi agama. Maka mohon keampunan kepada allah SWT atas segala kesesatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita. Dan semoga allah SWT memberikan petunjuk kepada kita ke jalan yang benar. Janganlah berperang sesama sendiri atas sebab salah info. Kaji, selami dan usaha lah atas diri sendiri dulu. Demi allah, aku sebagai hambanya yang lemah ini juga mencari jawapan tapi satu yang aku pasti berdoa dalam sujud lagi mujarab dan afdol dan boleh dikatakan tidak sombong kepada allah SWT. Maka tidak berdoa selepas solat tidak mengapa melainkan kamu tidak berdoa ketika sujud kedua sebelum duduk tahiyat akhir.

    Satu lagi, berdoa tidaklah semestinya berdoa secara formal. Apabila kamu memohon sesuatu daripada allah SWT sama ada terdesak atau tidak, maka ia dikira sebagai doa dan menunjukkan tiada tuhan selain allah yang boleh membantu kamu.
    Jadi aku tak anggap emjay bagi info yang salah. Yang penting dimana juga kita berada, berdoa dan mohonlah apa pun kepada hanya Allah SWT..

    Assalamualaikum WBT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin betulkan sedikit dalam ayat ni "Kerana kita hidup bukan zaman rasulullah", maksud saya di sini adalah pemergian rasulullah SAW meninggalkan kita hadis dan al quran. Oleh itu kita x mampu bergantung kepada baginda dan hanya boleh berdoa kepada alla SWT, ikuti ajaran al quran dan hadis. Namun di setiap turun temurunnya hadis ini, pasti akan ada berlaku salah faham. Oleh itu kita menjalani kehidupan tanpa rasulullah SAW amatlah berat. Jadi mohonlah petunjuk dan kuatkan lah iman kamu.

      Delete