Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Thursday, 19 April 2007

Latihan mencari PUNCA PRIMER sesuatu permasalahan - isu keracunan makanan

Assalamualaikum wbh

Beberapa hari kebelakangan ini di dada akhbar di paparkan cerita dan gambar pelajar sekolah rendah di utara semenanjung di masukkan ke hospital akibat memakan makanan yang tercemar. Pada hari ini cerita keracunan makanan ini masih belum reda. sila baca artikel berikut yang saya ambil dari akhbar Utusan Melayu::

~~~~~~~~~~

Perlis tubuh jawatankuasa khas pantau kes keracunan


KANGAR 19 April – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis bertindak menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau secara saintifik semua sekolah rendah di negeri ini bagi memastikan kes keracunan makanan tidak berulang.

Pengarah JPN Perlis, Azemi Salim berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihaknya dianggotai oleh beberapa pakar dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dan JPN Perlis diketuai oleh Pengarah JKN, Dr. Mahani Yusoff.

“Pakar-pakar dalam jawatankuasa ini akan memeriksa semua aspek di sekolah berkenaan termasuk aspek makanan dan minuman, kualiti udara, keadaan persekitaran serta pekerja kantin itu sendiri, malah persekitaran ibu bapa juga.

“Hari ini, jawatankuasa ini sudah berkampung di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka di Chuping untuk memulakan pemeriksaan secara  saintifik di sekolah itu sebelum melanjutkan pemeriksaan di sekolah-sekolah lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kali pertama kejadian keracunan makanan di SK Guar Nangka berlaku pada 20 Januari 2006 diikuti pada 9 Februari dan 7 Mac pada tahun yang sama manakala tahun ini, tiga kejadian berlaku iaitu pada 12 dan 23 Januari serta 13 April.

Buat sementara ini, kantin asrama SK Guar Nangka ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Azemi berkata, jawatankuasa berkenaan memilih SK Guar Nangka untuk memulakan pemeriksaan saintifik memandangkan sekolah itu telah mengalami kes keracunan makanan sebanyak enam kali sejak tahun lalu.

“Kes keracunan melibatkan susu tidak pernah berlaku di negeri ini kecuali kes keracunan makanan di SK Guar Nangka itu tetapi pihak kami menerusi jawatankuasa itu akan sentiasa memantau perkara itu,” katanya.

Pada masa yang sama, Azemi memberitahu, pihaknya juga mengarahkan semua sekolah rendah di negeri ini supaya menghentikan sementara program susu bantuan seperti mana yang diminta oleh Kementerian Pelajaran semalam.

“Saya telah menemui semua guru besar dan pengetua di 69 sekolah berkenaan awal pagi ini untuk memaklumkan mengenai arahan kementerian itu dan memastikan ia dipatuhi.

“Buat masa ini semua pembekal susu di sekolah-sekolah berkenaan juga telah dimaklumkan. Sekarang kami hanya menunggu arahan lanjut kementerian,” jelasnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khas untuk para pembaca sekelian, kali ini aya ingin sekali melatih para pembaca untuk mempelajari ilmu punca primer dan punca sekunder. Ilmu ini saya telah mula masukkan dalam artikel Mari belajarmengenali sunnatullah

Artikel selanjutnya iaitu Pengalaman membantu OYPD (orang yang perlu dibantu) untuk dikongsikan sebenarnya adalah bermotifkan untuk melanjutkan perkongsian ilmu mengenai MASAALAH - PUNCA SEKUNDER - PUNCA PRIMER. Dalam artikel OYPD ini, MASALAH ialah pergaduhan suami isteri antara Puan Salmah dengan suaminya. PUNCA SEKUNDER masalah ini ialah antaranya seperti perasaan sensitif, mudah marah, kurang sabar, tidak bertimbang rasa, sukar bertolak ansur, dendam, kurang kerjasama, kurang memahami dan pelbagai alasan lain. Kaedah kaunseling yang lumrah lebih menekankan punca sekunder ini untuk menangani masalah gaduh suami isteri ini. Hanya dengan mengenali dan menyelesaikan punca sekunder ini sebenarnya adalah satu penyelesaian yang berbentuk sementara. Penyelesaian sebenar masalah ini adalah dengan mengenal pasti PUNCA PRIMER.

PUNCA PRIMER atau punca sebenar masalah gaduh suami isteri ini ialah kerana Puan Salmah tidak dapat melayan suaminya di bilik tidur. Bagi orang kebanyakkan, mengenalpasti punca primer ini memangnya merupakan satu masalah besar. InsyaAllah dengan latihan, bimbingan, kesungguhan dan doa , mudah-mudah insya-Allah dapat kita mengenali punca primer sebarang masalah.

Kini saya memberikan peluang kepada para pembaca budiman sekelian untuk membuat latihan mengenali MASALAH, PUNCA SEKUNDER DAN PUNCA PRIMER. Berdasarkan keratan akhbar diatas, silalah kenalpasti MASALAH< PUNCA SEKUNDER DAN PUNCA PRIMER.

Selamat mencuba

Sila reply latihan anda

Sekian wassalam wallahualam

Emjay





4 comments:

  1. Sehingga hari ini jumaat 27 April, masih belum ada reply daripada sebarang pembaca. Mungkin mereka ada sebab sendiri.

    Masalah ialah:: Kes pelajar sekolah keracunan makanan kerana membeli makanan di kantin yang telah tercemar.

    Punca sekunder::
    1. Makan yang dibekalkan pembekal makanan ke kantin tercemar (bukan salah operator kantin)
    2. Bekalan air paip ke sekolah tercemar (juga bukan salah operator kantin)
    3. Penyediaan makanan yang tidak bersih.
    4. Makanan tidak ditutup dan dihinggap lalat
    5. Operator dan pekerja tidak mengamalkan amalan kesihatan yang sewajarnya.
    6. Berbagai-bagai alasan lain

    Punca Primer (punca sebenar)::
    Kemungkinannya ialah
    1. Rasuah antara guru besar dengan operator kantin. Setengah guru besar memang mengamalkan komisyen bulanan yang sudah ditetapkan bagi menerima tender operator kantin tersebut.

    Sekian wallahualam wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  2. Ya benar amat setuju punca primer ialah rasuah , berkenaan pembekal susu tersebut juga mungkin ada unsur rasuah sebagai contoh untuk mendapatkan tender pembekal yang mana diperingkat tertinggi (kementrian) yang memilih syarikat mana yang dapat membekal keseluruh sekolah.
    Wallahuallam..

    ReplyDelete
  3. Teruskan menulis dari ilmu yang diberikan Allah kepada sdr bhmn

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Alangkah baiknya sekiranya kerajaan benar2 ingin melihat rakyatnya sihat melalui minum susu ni diturunkan harga susu...kalau bagi subsidi kat pelajar miskin pun takde maknanya kerana harga susu sekarang hanya mampu dibeli oleh yg berpendapatan besar, macamana dgn golongan yg berpendapatan sederhana atau yg pendapatn besar tapi besar tanggungan...teringat masa duduk di UK dulu anak2 mewah minum susu sbb harganya sangat murah, jus buahan pun murah...

    ReplyDelete