Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 6 April 2007

Kekasih lama datang kerumah, masih bersuami anak dah dua.

Kekasih lama datang kerumah, masih bersuami anak dah dua.


Hamba Allah ini saya namakannya sebagai Asiah. Dia adalah bekas pelajar saya dahulu. Di UTM dulu, Asiah memang cukup bermasalah dari soal akademik hinggalah kepada kehidupan seharian dan masalah peribadi. Pernah kena rogol dan berzina.

Alhamdulillah setelah dirujukkan kepada saya, Asiah telah begitu tabah belajar agama dari saya dan alhamdulillah satu demi satu masalahnya selesai dan akhirnya Asiah telah menghabiskan kursusnya dengan segulung ijazah. Asiah kini mengajar di satu tempat di Malaysia.


Waktu permulaan Asiah mengajar di sekolah, masih rajin juga menelefon saya bertanya pelbagai masalah lain termasuk masalah dengan suaminya. Satu ketika Asiah dan suami bergaduh besar dan suaminya telah menelefon saya. Dalam perbualan  menerusi telefon seterusnya saya bercakap dengan Asiah dan rupanya punca masalah tersebut adalah kerana masalah bilik tidur. Alhamdulillah pelbagai masalah dapat diselesaikan selepas itu.


Lama kelamaan Asiah makin jarang menelefon saya, maklumlah hidup dah senang, dah ada kereta besar dan dah ada anak. Pagi tadi saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari Asiah. Asiah memberitahu saya dalam nada yang menggambarkan masalah lain sudah muncul dalam kehidupannya. Asiah sempat memberitahu bahawa beliau baru mendapat anak kedua kira-kira 50 hari lalu.


Selepas dah lamaberbual barulah Asiah memberitahu tujuan sebenar beliau menelefon saya. Masalahnya ialah bekas kekasih lama sebelum Asiah berkahwin dengan suami sekarang telah menggodanya dan telah berani datang ke rumah. Dalam nada sedih beliau memberitahu saya “Tuan haji, macam mana nak buat ni?”.


Saya menjawab persoalan Asiah dengan memberikan satu persoalan lain dalam nada garang “Engkau dah mula pakai lipstick ye?”.


“Kadang-kadang saya pakai juga”. Jawab Asiah ringkas.


“Engkau kalau zina sekali atau zina seribu kali, hukumnya sama atau tidak?. Pakai lipstick sekali atau pakai lipstick tiap-tiap hari hukumnya tetap sama. Engkau kini telah dibalas Allah kerana dosa engkau berhias di luar rumah”. Saya perlu mengeraskan suara saya kerana saya dalam kesibukan masa dan sudah nak bersembahyang Jumaat hari ini.


“Engkau taubatlah dan lepas ini kalau nak melaram pakai make up. Buat dirumah untuk suami sahaja”, saya menutup perbualan.


Dalam nada hampir menangis Asiah menjawab “Insya-Allah saya akan buat”.


Begitulah secebis kisah hari ini mengenai seorang guru yang memakai lipstick secara kadang-kadang di sekolah dan sunnatullah balasan azab dari Allah. Pendek kata pengajaran dari kisah ini ialah kalau nak azab, pakailah lipstick dan kalau nak rahmat dari Allah taatlah semua perintah Allah termasuk mengelakkan berhias ketika keluar dari rumah.


Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam


Emjay.


10 comments:

  1. Hmmm.. peringatan buat ana yang akan menikah..supaya lebih menjaga diri dan memahami erti berhias yang sepatutnya untuk muslimah....terima kasih ustaz...:)

    ReplyDelete
  2. Saya tambah satu lagi cerita. Puan Manis berusia lebih 30 tahun. Bekerja pegawai kerajaan. Ke pejabat memakai lipstick merah menyala. Anak dah ramai. Satu ketika Pn Manis bertanya saya "Haji, boleh tak saya ada abang angkat. Abang angkat ni tinggal dikota XX. Saya jumpa di internet dan seterusnya saya dah jumpa dia di kota XX. Sekarang ni dia dah datang ke JB ada di hotel tunggu nak jumpa saya. Suami saya pula outstation. Boleh tak haji saya berkawan dengan abang angkat ini. Dia sudah ada isteri dan anak.".

    Jawapan saya ialah: "Manis, lelaki kalau berkawan dengan perempuan, apa yang dia nak? Mudahnya ialah dia nak berzina dengan kau, itu saja. Kalau engkau jumpa dia di hotel di JB tu, rasanya engkau akan zina dengan dia. Engkau kena faham bahawa engkau ini diazab Allah dengan berkawan dengan laki orang kerana engkau suka pakai lipstick. Taubatlah. Mudah-mudahan engkau dilindungi Allah."

    Alhamdulillah Puan Manis tidak jadi berjumpa dengan abang angkatnya di JB pada hari itu. Puan manis tidak membuang tabiaat berlipstick hanya sekadar menukar warna lipsticknya dari warna merah menyala kepada warna cokelat lebam. Saya biarkan Puan Manis dan tidak mahu menegurnya.

    Beberapa bulan selepas tu Puan Manis mengadu lagi kepada saya "Haji, ada seorang lelaki suami orang tu selalu ajak saya makan tengahari. Saya kata kalau nak ajak saya makan tengahari boleh tetapi saya akan bawa orang lain sebagai teman, boleh tak. Orang tu tak bagi saya bawa teman jadi kami tak jadi keluar makan tengahari. Tetapi orang ini selalu ajak saya keluar makan tengahari. Macam mana nak buat haji?".

    Kali ini saya juga menjawab dengan nada yang keras "Sebenarnya engkau yang menggoda laki orang ini dengan pakai lipstick. Kenapa engkau marah bila dia tergoda?". Saya terus menasihati Puan Manis bahawa selagi dia meneruskan tabiaat memakai lipstick, ujian laki orang menggoda tidak akan berhenti dan mungkin akan berkesudahan dengan berzina.

    Akhirnya alhamdulillah Puan Manis sudah tidak memakai lipstick lagi. Semoga Allah memberikan rahmat dan kekuatan semoga tabiaat memakai lipstick tidak berulang lagi.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ustaz,
    Kita tak boleh pakai lipstik ker ustaz?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh

    Boleh pakai lipstik di rumah untuk emak, bapa, adek beradek, suami anak dll.
    Perkara ini jelas Allah sebut dalam Al Quran. Bila keluar dari rumah, tak bolehlah pakai lipstik serta perhiasan lainnya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. ada suami suka isteri cantik,
    dia suka isterinya melawa ketika keluar bersama suami
    tetapi apabila pergi bekerja isteri tak pakai apa2 solekan
    kecuali bedak asas untuk mengelakkan matahari
    salahkah perbuatan suami membenarkan isteri bersolek
    begitu
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbh

    Semua suami suka isteri cantik. Kecantikan yang Allah berikan ini adalah untuk suami seorang. Kalau suami galakkan kecantikan ini (dengan bermake up) juga untuk tontonan orang ramai, jangan marah kalau satu ketika kelak si isteri ada affair dengan orang lain.

    Tak pakai solekan semasa pergi kerja itu sudah baik dan teruskan. Cuma yang salah tu iaitu bermakeup ketika keluar bersama suami elok dihentikan.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. aduhaiiii.....patutlah banyak ngat fitnah dlm family belah husband....sampai sy pun berjangkit sama...asyik gaduhhhhh jer ngan husband..banyak nyerrrr dosa kuuuuu.....sy mekap mmg tak penah....mak mentua sy keluar umah jer mekap...nak tanam bunga pun mekap...aduhaiiii...cemana nak criter niiihhhh....tu belum crita bab lain lagi...Ya Allah ..ampunilah hambamu kerana terlalu lemah imanku.....huhuhuhu...cemana ni Emjay?

    ReplyDelete
  8. Sedar di atas kesilapan adalah satu rahmat besar yang bakal membuka kepada rahmat yang lebih besar.

    Semoga lyna1976 di berkati dan dirahmati Allah

    Emjay

    ReplyDelete
  9. dah lama saya tinggalkan lipstick.Alhamdulillah.hanya makeup dirumah untuk suami sahaja.banyak kebaikannya...

    ReplyDelete
  10. Kongsikanlah pengalaman waktu berlipstick dan setelah meninggalkannya di Laman Emjay ini.

    Emjay

    ReplyDelete