Cengkam atau cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.
Untuk merawat penyakit cagu atau cengkam ini, berikut diberikan kaedah yang insya-Allah berkesan dan paling penting sekali ia tidak menyakitkan.
Amalkan cara ini:-
1. Beli alkohol kalau boleh jenis etanolpun boleh. Kalau susah, pergi jumpa cikgu di sekolah mintak etanol barang sebotol kecil
2. Beli putik kapas
3. Selepas mandi atau setiap kali kaki tersebut basah, celupkan putik kapas ke dalam etanol dan titiskan ke tempat cagu tersebut.
4. Dengan menggunakan putik kapas yang tadi, ratakan ke semua bahagian cagu tersebut. Sila tekan dengan lembut menggunakan putik kapas tersebut agar etanol tersebut dapat memasuki segenap ruang dan bahagian pada cagu tersebut. Kalau tidak mencukupi, titiskan lagi dengan etanol baru. Tekan-tekan lagi agar ia meresap ke segenap pelusuk kawasan cagu.
5. Biarkan barang seminit.
6. Ambil putik kapas bersih yang baru dan serap segala campuran etanol dengan nanah tersebut sehingga benar-benar kering. Buang putik kapas tersebut.
7. Ulang langkah langkah 3, 4, 5 dan 6 di atas selama 2 kali lagi agar segala nanah sudah keluar dari segenap bahagian cagu tersebut. Kalau masih ada nanah yang belum habis keluar, ulang lagi langkah ini.
8. Akhiri rawatan dengan menggunakan putik kapas baru, celupkan ke etanol dan titiskan ke segenap kawasan cagu. Tekan-tekan kawasan cagu menggunakan putik kapas tersebut sehingga etanol tersebut memasuki segenap ruang kawasan cagu.
9. Jangan dikeringkan etanol ini dan terus berjalan agar etanol ini benar-benar memasuki segenap ruang dan rongga cagu.
10. Berdoa semoga Allah menyembuhkan cagu anda. Insya-Allah dalam tempuh 2 - 3 hari, sembuhlah cagu anda.
11. Setelah sembuh, elakkan memakai kasut dengan kaki yang basah. Elakkan kasut yang sempit. Jangan potong kuku berbentuk U tetapi potonglah berbentuk pahat tetapi bahagian hujung tepi di kiri dan kanan di curve (bulatkan) kan sedikit.
Etanol adalah satu bahan pembunuh kuman dan dalam rawatan ini, ia membersihkan segala kuman di kawasan cagu tersebut. Selain membunuh kuman, penggunaan etanol ini juga sangat baik bagi mengeringkan kawasan jangkitan bagi mengelakkan kuman baru membiak di kawasan tersebut.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
Assalamualaikum wbt.... rasanya macam susah nak dapatkan etanol....saya ada cara mudah.. cam ni...ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi...perah santan pekatnya kat atas cagu/cekam tu...biarkan err berapa lama ya...ikut suka kot..lagi lama lagi cepat baik kot...saya dah lama tak kena cekam dah lupa la pulak, tapi lebih kurang gitulah caranya...arwah moyang yg bagitau...insya Allah...
ReplyDeleteterima kasih daun keladi zatajul
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteKalau guna cuka makan boleh x?
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteTang ni saya belum ada ilmu. Minta maaf banyak-banyak
Emjay
kalo sakit sgt..kene buang dulu kew kuku yang mencengkam tuh?baru tak nanah??
ReplyDeletetolong la saye....salah potong kuku
ReplyDeleteSdr chutty90, segeralah cari etanol atau alkohol dan mudah dibeli dari farmasi. Segeralah ke sana.
ReplyDeleteEmjay
ethanol tu untuk buang kuman kan, kuku tu pulak camne? bila nk potong, punyala sakit. ada cara camne nk buang kuku lama ganti kuku baru?
ReplyDeleteaskum,, sye mgalami cagu nie. da bebulan2 sye tak baik2,, agaknye knpe eak
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteMungkin cara potong kuku tak betul. Lepas tu kaki masih basah dah disarung dengan stokin dan kasut. Amalkanlah nasihat saya tu seperti di atas.
Emjay
Candazole clotrimazole pun mungkin bermanfaat untuk tujuan rawatan penyakit ini.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesaya tersilap potong kuku anak saya yang baru berumur 37 hari.so,jarinya dah menanah.suami suruh cucuk pakai jarum buang nanah,tapi saya tak berani takut anak sakit.soalan saya ialah boleh ke guna etanol untuk bayi 37 hari?
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBoleh insyaAllah. Ubat untuk mengeringkan talipusat pun dari etanol
Emjay
terima kasih saudara atas info ini,
ReplyDeletesaudara saya mintak izin copy nak kongsi kat kengkawan saya yg lain.terima kasih.
ReplyDeleteSilakanlah
ReplyDeleteEMjay
salam.. saya xpasti dikaki ini cagu ataupun cekam.. sebab dia berada di tengah2 bwah kaki saya.. makin hari makin banyak bintik2 hitam tuh datang.. bagaimana saya nak selesaikan masalah ini..
ReplyDelete