Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 6 April 2007

Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam???????

Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam???????

Hari Jumaat 6 April 07 hari ini merupakan hari terakhir saya bersama kumpulan pelajar 2 SPC. Tamatlah tempuh selama 15 minggu atau 1 semester saya mengajar mereka. Selalunya suasana seperti ini diiringi oleh perasaan sedih kerana saya akan berjauhan dari mereka. Kelas ini terdiri dari 25 orang pelajar dan kira-kira 7 orang adalah bukan Islam termasuk India, Cina dan Bidayuh. Kelas terakhir seperti ini selalunya saya gunakan untuk menyemak segala markah kerja kursus serta sesi memberi pedoman semoga kelak mereka dapat menjadi bakal guru yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. Silabus alhamdulillah telah disempurnakan.

Sebelum saya memulakan kelas, seorang pelajar Cina bukan Islam bernama Jenne bertanyakan satu soalan yang sangat menarik iaitu mengapa kerasukan hanya menyerang orang Islam sahaja. Saya tidak menjangkakan soalan sebegini akan keluar dari seorang pelajar perempuan Cina bukan Islam. Mula-mula saya menjawab secara peribadi secara perlahan khusus untuk Jenne sahaja tetapi selepas itu pelajar Melayu Islam lainnya meminta saya menjawab soalan tersebut kepada semua orang.

Kerasukan adalah isu kebangsaan di Malaysia dan saya membuat keputusan bahawa semua bakal guru ini wajar sekali diberikan serba sedikit penjelasan serta bagaimana menangani kes ini sekiranya berlaku disekolah kelak. Setelah meminta izin kepada pelajar bangsa-bangsa lain serta berlainan agama dan meminta kemaafan sekiranya ada menyentuh agama lain, saya pun memulakan penjelasan mengapa histeria atau kerasukan hanya menyerang Melayu Islam.

Saya memulakan penjelasan dengan menulis sesuatu di papan putih:

                                                  TUHAN
                                                /             \
                                          Terus         Perantaraan
                                           /                      \
                                        /                           \
                            Orang Islam                   Bukan Islam
                       (dimusuhi syaitan)           (sahabat syaitan)

Saya menjelaskan perbezaan umum antara agama Islam dengan semua agama bukan Islam. Semua agama ada mempercayai Tuhan, ada sembahyang, puasa dan pelbagai ibadah lain. Beza utama ialah semua agama bukan Islam menggunakan perantaraan seperti berhala, gambar tuhan dan tangkal (talisman) sedangkan agama Islam tidak perlu dan tidak boleh menggunakan segala macam perantaraan.

Tiba-tiba saya ternampak dua pelajar wanita India menggunakan nandek di dahi dan tangkal tali dilengannya. Dua pelajar Cina juga menggunakan tangkal tali yang lebih tebal berwarna kuning merah dan seorang darinya pula memakai tali tangkal dilehernya dengan berloketkan batu jade.

Saya menyuruh pelajar ini berdiri menunjukkan tangkal-tangkal mereka sebagai penjelasan kepada semua pelajar lainnya. Saya menjelaskan bahawa pelajar-pelajar ini berharap kepada tangkal-tangkal ini semoga memberikan mereka perlindungan kearah kebaikan. Tangkal ini ini juga sebenarnya adalah satu berhala. Ia menjadi perantaraan antara mereka dengan Tuhan mereka. Orang Kristian menggunakan tangkal salib dengan harapan memberikan perlindungan dari syaitan.

Apabila orang Islam menggunakan tangkal, ia sudah terkeluar dari Islam dan menjadi sama taraf dengan orang kafir lainnya iaitu menggunakan perantaraan. Sekiranya menyimpan ayat Kursi atau dan surah Yaasin dalam beg tangan untuk perlindungan juga sudah menjadikan kafir kerana menggunakan perantaraan.

Saya menjelaskan bahawa mengaku Islam tidak semestinya Islam tulen (atau beriman). Ramai orang Islam di Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka ini sudah terkeluar dari Islam kerana menggunakan perantaraan seperti tangkal dan azimat.

Seterusnya saya berpindah topik kepada rahmat dan perlindungan Allah kepada umat manusia. Apabila Allah dalam konsep Islam memberikan perlindungan dan rahmatnya sebagai contohnya, syaitan tidak berupaya mengganggu manusia kerana Allah telah melindungi manusia ini. Manusia dan syaitan di jadikan oleh Allah dan sangat lemah. Orang yang diganggu  syaitan adalah kerana Allah mengizinkan syaitan untuk mengganggu manusia ini dan ia adalah satu azab (punishment) dari Allah dan azab ini adalah bertujuan agar manusia ini kembali kepada jalan lurus yang diredai Allah. Analoginya adalah sama seperti ayah merotan anak yang mengingini anak ini agar menjadi baik.

Kerasukan adalah satu bentuk azab dari Allah kepada orang Islam yang sudah rosak akidahnya akibat contohnya menyimpan tangkal dan sebagainya. Orang yang rosak akidahnya ini banyak bersifat dengan sifat negatif seperti takut waktu malam dan lemah semangat dan ini juga adalah merupakan antara pelbagai azab dari Allah. Orang yang dirahmati Allah banyak mempunyai nilai positif seperti kuat semangat, rajin, sabar dan tidak takut hantu dan malam.

Syaitan diizinkan oleh Allah untuk merasuk orang Islam yang rosak akidah sehingga histeria adalah sebagai pengajaran agar mereka bertaubat. Syaitan ini pula menggunakan orang yang dirasuk histeria ini sebagai satu kesempatan untuk menakutkan orang lain dan hanya orang lain yang lemah semangat dan kerosakan akidah akan berjaya dirasuk dan proses inilah yang menyebabkan histeria ini berjangkit dari satu orang ke satu orang lain. Namun orang yang sentiasa dirahmati Allah iaitu orang lebih mantap akidahnya selalunya tidak akan dijangkiti histeria ini.

Syaitan menggunakan kesempatan histeria untuk merosakkan akidah lebih ramai umat manusia melalui kaedah berikut:
  1. Bomoh akan dipanggil merawat mangsa dan bertambah kafirlah manusia “islam” ini.
  2. Bomoh akan diguna untuk menghalau syaitan. Bertepuklah syaitan.
  3. Bomoh akan memagar kawasan supaya tidak diganggu syaitan lagi dengan pelbagai tangkal azaimat. Bertepuklah syaitan.
  4. Pelbagai tangkal dan azimat serta perkara khurafat lain akan diterima daripada bomoh ini sebagai perlindungan.
  5. Orang yang belum kena dan sudah kena histeria selalunya akan berikhtiar dengan cara menemui bomoh dan mengutip tangkal azimat. Bertepuklah syaitan.
Inilah antara motif utama syaitan merasuk umat “islam” agar lebih ramai umat Islam sesat dengan kesyirikan. Persoalan seterusnya ialah mengapa hanya hanya orang Islam yang dirasuk? Jawapannya ialah syaitan hanya ingin merosak umat Islam semoga masuk neraka bersama mereka atas sifat dengki semenjak datok nenek mereka iaitu Iblis kerana Allah memuliakan manusia. Orang kafir tidak perlu dirasuk kerana ia hanya akan membazirkan masa dan tenaga mereka sahaja tambahan pula orang kafir sudah menjadi sahabat mereka. (sila rujuk rajah di atas). Apa gunanya mengganggu sahabat baik.

Untuk merawat mangsa histeria, saya telah jelaskan dalam artikel saya sebelumnya bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/02/jampi-dan-mantera-ibarat-zina-dan-jimak.html . Namun sebagaimana diketahui umum bahawa pedoman terpenting sekali bagi perawat ialah perawat tersebut perlu mempunyai akidah yang benar-benar mantap.

Jalan mudah bagi guru di sekolah sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam dalam menangani orang yang kerasukan ialah dengan menjauhkan mangsa tadi dengan mengasingkannya ke satu bilik atau bilik stor yang cukup jauh dari pelajar lain dan seterusnya dibiarkan orang kerasukan ini di dalamnya. Syaitan insya-Allah akan give up dari terus merasuk pelajar ini kerana matlamatnya untuk menakutkan dan menjangkitkan histeria kepada pelajar lain dengan memperdengarkan hilaian dan jeritannya sudah gagal. Kalau tidak ada bilik yang terasing jauh dari pelajar lain, mungkin membawa balik dan mencutikan pelajar ini adalah satu pilihan yang wajar. Namun satu perkara yang perlu dingat ialah tenaga orang yang kerasukan walaupun sekadar wanita yang bertubuh kecil adalah menyamai 8 orang lelaki.

Tiba-tiba satu pelajar bernama Anis mencelah “encik, padanlah kat sekolah saya dulu, ada seorang pelajar tu kerap kena histeria. Bila dibawa ke bilik sakit dia akan aman dan pulih sendiri dari kesan gangguan histeria. Bilik sakit ini kebetulan jauh dari pelajar lain.”. Gembira hati saya menerima komen sedemikian dari pelajar ini kerana ini menunjukkan beliau jelas faham tentang apa yang saya telah jelaskan.

Merawat pelajar yang histeria sebenarnya tidak begitu penting. Kurung mereka dalam bilik stor yang berjauhan daripada pelajar lain sudah mencukupi untuk merawat atau hanya sekadar menjauhkan pelajar lain dari gangguan gelagat dan hilai jeritannya. Apa yang paling penting ialah memulihkan pelajar bermasalah ini secara total sehingga beliau tidak akan menjadi bahan permainan syaitan pada masa akan datang. Jalan penyelesaiannya tidak ada dua dan hanya satu iaitu bersihkan tangkal dari tubuh, persekitaran dan rumah dari segala tangkal, azimat, gambar binatang dan manusia dan seterusanya mengisi ilmu tauhid sehingga pelajar ini benar-benar mantap. Apabila pelajar ini mula mengenali konsep tauhid, insya-Allah akan dapat dilihat perkembangan pelajar ini berubah tabiaatnya dan tidak lagi menjadi mangsa histeria. Ingatlah bahawa Islam tidak boleh diwarisi dan ianya hanya boleh dipelajari.

Anis menambah lagi “kesian pelajar yang kerap histeria di sekolah saya tu. Akhirnya dia kena buang dari sekolah. Barulah aman sekolah tu”. Begitulah sedihnya mengenangkan seorang wanita Melayu diberhentikan sekolah kerana kerap menggangu pelajar lain dengan gangguan histerianya. Pastinya ibu bapa pelajar ini telah banyak berusaha dan berhabis ribuan RM untuk memulihkan anak perempuannya namun di Malaysia ini, kebanyakan ibu bapa pelajar seperti ini hanya akan menambahkan kesesatan dengan bertemu pelbagai bomoh yang sekadar menambah koleksi tangkal dan azimat serta air jampi. Bagaimana Allah akan memberikan rahmatNya apabila usaha yang dilakukan ibu bapa seperti ini bukan ke arah tauhid Islam yang lurus tetapi semakin sesat bertemu bomoh. Situasi ini semakin amat merbahaya kerana ramai bomoh sesat ini bertopengkan “PENGAMAL PERUBATAN ISLAM DENGAN PELBAGAI IKLAN DI MAJALAH DAN AKHBAR TABLOID TERTENTU SERTA INTERNET DAN SETENGAHNYA BERTITLEKAN USTAZ, HAJI DAN PROFESOR TERMASUK PUSAT RAWATAN ISLAM D**** ****".

Kalau ibu bapa mangsa histeria mengambil wudhu dan terus bersolat dan seterusnya berdoa  secara bersungguh mohon rahmat dari Allah insya-Allah gejala seperti ini dapat dibasmikan.

Perbincangan saya dengan pelajar ini tamat pada pukul 12.40 tgh jauh melewati masa tamat sepatutnya iaitu 11.50 pagi. Sedih meninggalkan mereka namun itulah asam garam kehidupan, berjumpa bakal berpisah.

Sekian untuk kali ini wassalam wallahualam

Emjay

50 comments:

  1. assalamualykum ust.. saya adalah antara pelajar pengubatan Islam yang mgkin sebagaimana yang ustaz maksudkan.. saya sudah banyak mendengar berkenaan kritikan sesetengah pihak yang tidak yakin dengan cara yang dilakukan oleh pusat rawatan ini dan para ahlinya.. saya cadangkan supaya ustaz mendetailkan perkara yang tidak betul dalam amalan perubatan ini supaya saya dan pengamal-pengamal yang lain boleh merujuk kepada guru-guru kami.. saya yakin jika apa yang dilakukan bertentangan dengan aqidah dan syariah, amalan tersebut boleh ditolak dan dihapuskan daripada silibus pembelajaran.. menurut guru kami sudah banyak amalan terdahulu diketepikan memandangkan ia tidak mempunyai sandaran yang kuat dan boleh mencalarkan aqidah.. harap kerjasama ustaz..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbh

    Syukur alhamdulillah budaksedih sudi berbincang di laman Emjay ini. Saya mengucapkan ahlan wasahlan.

    Pertama sekali saya mencadangkan budaksedih terlebih dahulu menukarkan nickname tu kepada nama yang lebih baik kerana itu adalah saranan Islam. Tukarlah kepada nama yang lebih baik seperti budakria atau cemerlanggemilang mudah-mudah ia menjadi satu doa yang baik.

    Di Utm suatu ketika dulu memang hebat sungguh pusat Rawatan *** ***. Namun seperti saya katakan dalam artikel-artikel terdahulu, salah seorang pengamalnya tidak tahu pun konsep tangkal dengan menggantung azimat ini dirumahnya seperti tangkal dalam gambar ini http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/24/17 .

    Dalam sesi muzakarah antara saya dengan dua orang pakar rujuk mereka (dua orang alustaz), mereka mengakui sebagaimana tuduhan saya bahawa perubatan secara Islam mereka memang ada menggunakan garam, lada hitam dan kacang hijau sebagai satu ikhtiar memagar atau mendinding kawasan rumah pesakit dari gangguan syaitan dan jin.

    Kalau ikhtiar seperti ini dibenarkan dalam islam, janganlah kita menghukum syirik kepada orang Cina kafir yang menggunakan cermin dan pelbagai objek lain untuk melindungi perkara tidak baik dan untuk menghalau syaitan dari rumah mereka. Maka kalau begitulah, adalah satu amalan suruhan Islam bagi orang hindu menggunakan pelbagai objek di rumah mereka untuk menghalau syaitan?. Dan tidak salahlah disisi Islam orang hindu menggunakan nandek di dahi untuk menghalau syaitan dan benang di lengan untuk menghalau syaitan?? Dan tidak salahlah seorang Melayu Islam menggunakan ini dilengan sebagai ikhtiar perlindungan?? Rujuk gambar di http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/27/6

    Dalam pertemuan ini mereka mengaku bahawa ikhtiar mereka menggunakan kacang hijau, garam dan lada hitam adalah sudah terbukti dapat menghalau syaitan sebagaimana analogi yang digunakan oleh perguruan mereka bahawa kalau kita berkhemah di hutan, kita boleh menggunakan belerang yang ditabur sekeliling khemah untuk mengelakkan gangguan ular dan binatang buas lain.

    Kalau nas inilah yang digunakan oleh perguruan rawatan ISLAM ini, maka halallah segala bentuk tangkal dan azimat seperti yang saya paparkan dalam gambar foto di laman saya seperti di url ini http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27 dan http://emjayjb.multiply.com/photos/album/24 .

    Dalam pertemuan ini juga mereka mengaku bahawa tahi besi telah terbukti boleh digunakan untuk memagar rumah dari gangguan syaitan dan sejenis daun juga telah terbukti dapat digunakan untuk tujuan yang sama.

    Dari muzakarah tersebut memang jelas kesesatan perguruan rawatan Islam ini, masyaAllah. Itulah sebabnya lagi banyak amalan dilakukan di UTM, lagi banyak pelajar wanita histeria (mungkin digangguan oleh syaitan dari perguruan ini) dan mungkin ini adalah azab pedih dari Allah kerana mengizinkan perlakuan sesat lelakukan syirik terhadap Allah. Kini setelah pusat rawatan ini tidak beroperasi lagii diUTM, alhamdulillah aman sikit.

    Saya terkenangkan salah seorang yang mempelajari perguruan rawatan secara Islam ini adalah seorang rakan pensyarah seperti saya. Nak dijadikan cerita, isterinya sering kerasukan dan terbukti perguruan ini tidak dapat menanganinya, (kalau bahasa kasar mudahnya, PADAN MUKA). Isteri perawat ini menjadi lebih teruk pula setelah dirawat oleh kumpulam mereka dan akhirnya isterinya terpaksa dirujukkan kepada seorang bomoh di Batu Pahat, masyaAllah, subhanallah.

    Seorang perawat pusat rawatan islam ini pula sebelum menceburi belajar dengan tok guru mereka sudah sekian lama belajar dari seorang bomoh sesat dari Batu Pahat. Bila beliau ditauliahkan menjadi perawat di pusat rawatan islam ini, dia pun campur adukk

    ReplyDelete
  3. Dulu masa saya kerja kilang, ada satu bilik tandas tu terpaksa di black list krn dikatakan tempat tinggal makhluk halus.

    Makhluk ini bukan mengganggu org Islam shj. Saya saksikan sendiri wanita INDIA yg BUKAN ISLAM telah histeria. Ini bukti mrk bukan kacau org Islam shj.

    Puas berubat dgn org yg masjid/surau tapi tak berhasil. Akhirnya dibawa kpd seorang BOMOH di Ampang. Bomoh tersebut telah nego dgn makhluk tersebut dan suasana jadi OK, dgn syarat bilik tandas yg satu tersebut tidak digunakan.

    Pada masa tu saya masih hingusan... lantak korang lah..

    Saya dah lebih 10 tahun berhenti dr kilang Jepun tesebut.

    Saya setuju dgn pandangan sahabat kita yg mahukan penjelasan terperinci termasuk nas yg mengatakan amalan perubatan DARUL SYIFA kelolaan HARON DIN itu SESAT & MENYESATKAN. Ini penting kerana Tuan Haji harus berani memulihkan kembali imej ISLAM yg tercemar oleh sb perbuatan golongan ini. Semua org tahu pengaruh Haron Din dalam parti PAS dan juga pengaruhnya terhadap org2 luar politik. Adik beliau ABU HASSAN DIN Al-Hafiz takkan takleh tegor kalau abangnya sesat, bahkan beliau penasihat agama istana..

    Mohon pencerahan yg IKHAS dari Tuan Haji.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh
    Terima kasih dan syukur alhamdulillah kepada mienyak kerana sudi berbincang di Laman Emjay ini.

    Dalam kes serangan september 11 world trade centre, beberapa rakyat Amerika terbunuh dan antara mereka adalah ahli bomba warga Amerika sendiri. Saya berpendirian bahawa Amerika sendiri melaksakan serangan tersebut ke atas world trade centre untuk memburukkan umat Islam dan semoga mereka boleh menyerang Afghanistan dan Irag seterusnya. Dalam situasi ini, warga Amerika terkorban tidak penting lagi asalkan matlamat utama mereka untuk memburukkan imej Islam sangat berjaya.

    Mungkin strategi ini yang digunakan oleh syaitan dalam kes bilik air di kilang jepun sdr. Kalau oraang islam guna bilik air kena kacau, orang kafir gunakan nya tidak dikacau, tahap gangguan tersebut tidaklah begitu hebat namun apabila semua bangsa tidak boleh menggunakannya, kehebatan gangguan ini akan nampak lebih serious.
    Bacalah artikel saya bertajuk 6 KALI BERANAK, 6 KALI MENGANDUNG, 6 KALI MABUK TERUK di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/84 . Bila semua orang menganggap bilik air tyersebut berhantu maka Allah jadikannya berhantu sesuai dengan hadis Al Bayan hadis no: 1537: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu.............

    Islam mengajarkan bahawa bilik air dan tandas adalah antara tempat kediaman jin dan itulah sebabnya apabila kita masuk ke tandas diajarkan nabi doa perlindungan untuk dijauhkan dari iblis jantan dan betina.

    Dalam banyak kes, gangguan ini dapat diselesaikan dengan memanggil bomoh lalu bomoh tersebut melakukan berbagai kesesatan seperti menyembelih haiwan dan perbuatan semah lainnya. Syaitan dan iblis akhirnya menolong setelah kesesatan manusia bertambah dan meyakini kehebatan bomoh. Saham bomoh pun semakin meningkat. Apabila ada sebarang kes gangguan pada masa akan datang, bolehlah bomoh seperti ini dipanggil.Inilah matlamat sebenar syaitan untuk menyesatkan manusia. Namun dalam kes kilang tempat kerja sdr, tandas tersebut terpaksa dikorbankan tanpa dapat dipulihkan. Maka kelihatan hebatlah syaitan dalam kes ini.

    Saya tidak ada menyebut dan menyentuh perubatan Darus syifak dalam artikel di atas. Saya berkata secara umum. Siapa yang makan cili, terasa pedaslah ia. kalau mienyak ingin menyoal secara khusus, telefonlah saya dan nombor telefon akan saya berikan melalui email saya kangmasjb@hotmail.com

    Laman Penawar.com juga melakukan rawatan secara Islam dan secara terus saya ada mengulasnya dalam http://emjayjb.multiply.com/reviews/item/12

    Pusat Rawatan anugerah agung http://anugerahagung.org/ juga mengamalkan rawatan seperti rawatan Islam?
    Ustaz Mazlin dari Perlis di http://www.silatwarisan.com/perubatan.htm juga mengamalkan PERUBATAN ISLAM DAN TRADISIONAL MELAYU. dan kalau berkunjung ke laman web tersebut, nampak benor kesesatan Ustaz Mazlin ini??

    Dalam artikel saya bertajuk Mampukah kita menghukumkan pelbagai amalan sesat di Malaysia??? di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/65 banyak laman yang saya berikan sebagai latihan membuka minda sama ada rawatan tertentu dibenarkan atau sesat dalam Islam.

    Dalam reply saya di atas yang menjawab reply budaksedih juga banyak saya perjelaskan kesesatan satu pusat Rawatan yang kononya menjalankan rawatan secara Islam.

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan,

    Memang benar kejadian histeria banyak berlaku dikalangan orang Melayu/Islam. Beru-baru ini kejadian ini berlaku di sekolah anak saya yang kebetulan adalah sekolah ugama yang bolih dikatakan terkenal dikawasan saya. Kejadian ini berlaku diwaktu siang hari yang terang dan nyata. Ada satu lagi hal yang saya nak beritahu pada tuan, salah seorang murid yang kena rasuk itu, dalam suara rasukanya ( maksud saya, suara makhluk lain) menyuruh murid yang kena rasuk itu supaya murtad, tapi alhamdullialh murid yg berkenaan enggan.

    Disini ini saya ingin tahu dari tuan, bagaimana kaedah untuk menangani kejadian ini dengan secara spesifik yang tidak mendatangkan syirik kepada Allah?

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam

    Kes histeria di Malaysia berlaku di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah agama kebangsaan dan setengah sekolah agama persendirian pun berlaku. Itu menandakan penguasaan ilmu tauhid di kalangan ustaz dan ustazah semakin lemah.

    Dalam surah Al Ankabut:43, Allah berkata "dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya". Tanpa ilmu sesat, tanpa ilmu jadi kafir, hanya dengan ilmu dapat menjadi orang Islam beriman.

    Saya menawarkan usaha seperti berikut:
    1. Jemput saya di JB ke sekolah anak anda
    2. Berikan saya sesi perkongsian ilmu dengan ustaz dan ustazah atau sesiapa yang berminat dalam soal ini sehari suntuk iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
    3. Kumpulan nukleus ustaz dan ustazah ini akan mengembangkan ilmu kepada pelajar-pelajar mereka.

    Saya memberikan sesi pertemuan perkongsian ilmu ini secara percuma sekadar minta dijemput / hantar dan disediakan tempat menginap dimana-mana rumah tuan atau rumah guru.

    Pelajar yang kerasukan di sekolah anak tuan ini, seperti saya nyatakan dalam artikel di atas perlu dididik dirinya serta ibu bapanya ke arah tauhid islam yang tulen. Kalau ingkar dan tak mahu belajar dan tidak mahu menyerahkan segala macam tangkal dan azimat, pelajar ini perlu dibuang saja dari sekolah tersebut.

    Sila email kangmasjb@hotmail.com untuk berurusan selanjutnya dan mendapatkan alamat dan nombor telefon saya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustaz, saya Zaza daripada Putrajaya. Saya ingin tanya pendapat ustaz.
    Apa pendapat ustaz tentang pendinding diri dan rumah yang menggunakan garam dan lada hitam yang dibacakan ayat al-Quran padanya bagi mengusir jin daripada mengganggu penghuni rumah.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbh

    Islam tidak pernah mengajarkan pendinding diri, rumah dan ladang. Ini hanya kerja syaitan. Menggunakan pendinding dari garam dan lada hitam adalah sesat kerana garam dan lada hitam ini adalah sejenis tangkal.

    Sila baca artikel saya berkenaan garam di "Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu" di url http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Salam. jangan bicara tanpa DITELITI. Jangan menulis tanpa ILMU. Tolonglah ustaz, jangan cerita itu karut ini karut...akhir kesimpulan ustazlah mengarut. Kalau orang makan sayur untuk khasiatnya...ustaz nampak tak khasiatnya. dalam bentuk apa??? sudahlah. baik ustaz tukar topik lain. makin banyak yang dibicara disini. makin banyak kesesatan tertulis disini. saya orang muda, saya pun tak kenal ustaz. ape2pun mintk maap kalau terkasar. jangan hanya pada syariat, hakikat makrifat pun kena amik tau jugak. maap lagi skali ustaz. bukan nak mengajar tapi sebagai luahan. 786'

    ReplyDelete
  10. Sdr rendramarcy

    Papantanda di jalan raya diwujudkan untuk membantu pemandu dan pengguna jalanraya. Laman Emjay diwujudkan untuk membantu umat Islam dari tersasar dari jalan lurus yang Allah tetapkan. Sdr nak ikut jalan lurus, silakan, jika sdr nak ikut panduan sdr sendiri terpulanglah. Sendiri bikin sendiri tanggunglah. Kalau sdr merasakan diri sdr sudah hebat, jangan ke laman emjay.

    Mengatakan ini betul dan itu tak betul adalah senang. Namun saya minta apakah hujah sahihnya sdr menghukum saya sesat?? Berikanlah ilmu kepada sayasebagaimana yang sewajarnya agar saya tidak sesat. Biarlah saya belajar pula dari sdr rendramarcy!

    Nak masuk syurga sukar tetapi nak masuk neraka amatlah mudah.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ustaz emjay,
    maaf kata terkasar bahasa. kekadang emosi jugak. sekadar luahan. tidak menuduh melulu ustaz sesat, tapi banyak perkara lari dari landasan fakta dan ilmunya. contohnya garam...ada frekuensinya-frekuensi itu gelombang, h/p ada gelombang tersendiri, radio pun ada gelombangnya tersendiri, setiap warna yang diciptakan Allah ada bacaan gelombangnya, kalau bunyi diukur dengan hertz, warna pula nm atau nanometer. saya membetulkan apa yang salah mengikut bidang saya dan fakta. terpulang pada ustaz. tapi, saya ingin ingat mengingat, bahawa kalau kita terlalu melulu dalam menuduh, maka kapada kita balik ia akan kembali. ustaz bukan seorang yang berkata begini. Kalau ustaz pakai baju, sayapun pakai baju, kalau ustaz makan garam, saya makan dan pakai garam. kalau yahudi pakai kemeja, saya,ustaz dan orang lain pun pakai kemeja. tak salah kan. apapun, mohon maaf jika menyinggung. banyak pendapat...banyak manfaat. blog ni banyak membantu yang mencari dan banyak juga yang perlu diperbaiki. kita manusia tak sempurna. salam berkenalan dan salam kemaafan.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbh rendramarcy

    Kalau betullah garam ada frekuensi tertentu yang berupaya menyerap tenaga negative dan mendinding dari hantu syaitan, maka dengan ini saya nak mengajar sdr rendramarcy satu ilmu maha hebat teragung. Sdr tempah baju khas dan seluar khas kalau boleh siap dengan kasut khas dan topi khas. Di dalam pakaian ini sdr buatkan lubang macam poket pada setiap bahagian untuk dimasukkan garam laut. Dengan ini terlindunglah diri sdr rendramarcy dari tenaga negative dan gangguan hantu syaitan.

    Namun tenaga negative dan hantu syaitan tersebut mungkin boleh masuk pula ikut muka dan bahagian depan leher. Mungkin anda tempah khas topeng muka khas dan penutup leher yang juga mengandungi poket khas untuk menempatkan garam laut.

    Mungkin dengan pakaian khas ini yang mengandungi poket untuk menyimpan garam, anda dapat mengelakkan diri dari gangguan tenaga negative dan hantu syaitan. Maka bolehlah anda jadi orang berjaya dan masuk syurga kerana terhalang dari gangguan tenaga negative dan hantu syaitan.

    Fahaman sdr berkenaan garam ini sama sebiji seperti fahaman orang yang berbomoh menggunakan pelbagai pendinding. Ada yang pula menggunakan tangkal azimat untuk mengelakkan gangguan dari hantu syaitan. Semua kaedah ini adalah menyalahi hukum Islam dan dengan ini saya menyeru sdr rendramarcy agar kembalilah ke pangkal jalan. Buanglah segala kepercayaan karut marut berhubung garam ini. HANYA ALLAH SWT SATU-SATUNYA YANG BERUPAYA MENGELAKKAN GANGGUAN HANTU SYAITAN DAN MINTALAH KEPADANYA TANPA MEMPERSEKUTUKANNYA.

    Semoga rendramarcy diberikan hidayah dan taufik semoga dapat kembali ke pangkal jalan dan mati dalam iman.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  13. saya tak kata pakai garam halau setan dan hantu mahupun alien. taaak sama sekali. bukanlah garam semata-mata dipakai lalu hantu dan setan pun takut. kalau macam tu senanglah dunia, senanglah kita beramal. amik wudhuk dengan air laut je. tak da setan nak ganggu. tapi saya ingin menegaskan. secara fitrah kejadiannya, garam itu sendiri ada frekuensi gelombangnya. apala ustaz ni. nak bagi penjelasan tapi dalam perasaan geram dan marah. saya dah tak marah. susahla saya nak bagi perumpamaan, ustaz emjay jenis manusia skeptikal...semua orang salah, dia je betol. takpe. tak kesahla orang nak keta ape. senang cerita. dalam wayar elektrik kita tak nampak arusnya mengalir...kita hanya nampak dawainya sahaja. itu bidalan mudah. kalau ustaz faham okay. kalau tak faham, saya diamje. tempat ni sebolehnya bukan saya nak berdebat tapi terpaksa...ape-ape je la ustaz. kepadamu jalanmu, untukku jalanku. amin, semoga Allah terus memberi hidayah kepada saya dan mati dalam husnulkhotimah begitu jugak ustaz. gua chow dulu...ketemu nanti geh...
    tiada yang berupaya tanpa izin Allah. janganlah marah ustaz Allah ketemukan kita disini.
    p/s:jika ada ego, susahlah nak sembang. saya bukan nak gadoh. saya pencinta dan pendokong hak bersuara. tapi kalau hijau dikata biru...itu buta warna. saya tak kata ustaz tapi sendiri kena faham.

    ReplyDelete
  14. shalom ustaz...
    saya seorang kristian..saya ingin menambah sedikit di sini. agama Kristian mempunyai banyak mahzab yang lain selain yang diketahui umum separti katolik dan protestan... di sini saya ingin memberitahu bahawa bukan semua orang Kristian menggunakan salib sebagai tangkal.. kami berpegang kepada iman bahawa kami sudah diselamatkan oleh Tuhan. tangkal yang ustaz maksudkan itu saya rasakan ustaz telah terpengaruh oleh drama-drama dan filem dari barat yang memaparkan pederi menggunakan salib untuk menghalau hantu. tetapi pada pendapat saya..Tuhan sentiasa membantu kami disaat kami memerlukan. Tuhan tidak pernah terlambat dalam setiap perkara yang dijanjikannya. terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  15. Baguslah tu acx3554. Biarlah jangan ada perantaraan antara manusia dengan Allah SWT. Inilah asas keimanan Islam atau asas tauhid.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. salam muhibbah..
    ramai orang Islam suka ambil jalan Short-Cut...
    jalan mudah dan cepat nampak hasilnya (walaupun hasil itu sementara)
    dengan mengambil khidmat bomoh/pawang apabila ditimpa musibbah.

    tapi mereka agak malas dan enggan bangun malam untuk bersolat kepada Allah agar dijauhkan dari musibah.
    sudah diterangkan secara jelas dalam Al-Quran dan melalui sunnah,
    diseru kita supaya rajin bangun sepertiga malam untuk solat tahajjud,
    solat taubat, solat hajat, berdoa kepada Allah.

    tapi kita tak buat.
    inilah akibatnya..
    yang sedihnya, walaupun dah dah tau,
    masih ramai yang tidak sedar akan keadaan mereka yang merugikan ini..
    dan tetap malas juge hendak solat dan berdoa kepada Allah s.w.t
    mereka tidak tahukah bahawa doa itu adalah senjata kita.
    mungkin mereka tidak tahu,
    atau mereka tahu tapi hati tetap malas dan ambil mudah segala musibah yang menimpa mereka, dan tidak berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

    mungkin juga kerana mereka tidak dapat hidayah daripada Allah,
    dan mereka juga tidak mencari dan meminta hidayah daripada Allah s.w.t.

    saya pun berat juga nak bangun malam..
    selepas pulang dari umrah,
    alhamdulillah perspektif berubah.
    syukur saya mendapat hidayah.
    kalau dulu rajin solat wajib je,
    sekarang,
    perlahan-lahan latih diri utk bangun malam..
    lama-lama biasa...
    tapi memang ada yang mengganggu..
    itu pun biasa :)
    geram pun ada,tapi kita kena sabar.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbh

    Bagus sekali tulisan nsyazwana di atas !!

    Emjay

    ReplyDelete
  18. waalaikum salam warrahmatullah ustaz..
    belajar dari pengalaman hehehehe...

    tapi dari pemerhatian juga,
    saya lihat ibubapa pun liat hendak mendoakan anak-anak..
    contohnya jika di sekolah ada buat solat hajat untuk anak UPSR,
    boleh kira dengan jari mereka yang nak bersolat sama-sama dengan imam,
    yang lain datang sekadar menghadiri majlis dan makan-makan..

    saya cukup sedih dan hampa dengan keadaan ini.

    jadi tidak peliklah kalau mereka suka cari bomoh,
    atau cari ustaz untuk pulihkan anak mereka,
    tetapi mereka sendiri tidak berusaha hendak pulihkan dengan sama-sama bangun malam,solat dan berdoa seperti mana ustaz lakukan...
    sampai bila anak mereka benar-benar boleh pulih? betul tak?

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum, ade perbezaan pendapat sedikit di sini...maaf saya perlu menjelaskan lagi..

    ..orang islam apabila meminta dengan Allah itu, hendaklah dengan perantaraan rasulullah dan dengan keberkatan baginda.. kalau meminta terus dengan Allah itu, sama halnya seperti azzazil..

    Azazil meminta dengan Allah dengan tidak ada perantaraan..

    nabiyullah Adam 'alaihissalam, memohon keampunan daripada Allah akan dosa2nya, dengan berkat kalimah lailaha illallah, MUHAMMADURRASULULLAH...

    yakni, baginda nabiullah Adam sendiri bertawassul dengan baginda rasulullah, sedangkan pada ketika itu sayyiduna Muhammad belum pun lahir ke dunia...

    Yang tidak ada perantaraan dengan Allah, hanyalah Rasulullah.. kita sebagai umatnya, hendaklah melalui baginda yakni, keberkatan dan tawassul melalui baginda...

    Allah tetap memakbulkan doa orang yang meminta terus kepadaNya tanpa melalui Nabi Muhammad, tetapi samalah keadaan orang itu seperti doanya azazil terhadap Allah utk menyesatkan manusia seluruhnya. Ego. tidak melalui keberkatan nabi Muhammad..juga tidak mahu tunduk sujud kepada nabi Adam alaihissalam..

    sabda baginda Muhammad yang mafhumnya :

    ..."jika kamu bersalawat ke atas ku sekali (dengan sekali selawat), maka Allah menselawat ke atasmu dengan 10 kali selawat...."

    ...janganlah kita abaikan sayyiduna kita Muhammad dengan mengatakan bahawa kita meminta terus dengan Allah..sedangkan baginda lah yang mengajarkan kepada kita kenal akan tuhan kita iaitu Allahu Azza wa Jalla..

    ...ini adalah satu daripada ADAB meminta kepada Allah (adab berdoa) yang sering kita lupa.. jangan jadi seperti azazil.. ingat tu ye kawan2...

    sekadar mengingatkan...wassalam..

    ReplyDelete
  20. ASSALAMUALAIKUM - pandangan penulis blog ini, adalah pandangan peribadinya dan kajiannya. Oleh itu wajar dihormati dan dinilai.

    TETAPI - tidak boleh juga menghukum bomoh yang kadang2 disalah tafsir oleh media. Kadang2 ianya ustaz yang mengetahui selok belok perkara ghaib, tapi dicam media sebagai bomoh. Ilmu berkaitan dengan jin, sihir, ilmu hitam, mistik dan kebatinan memang Allah beri kepada manusia. Sila baca kisah malaikat Harut & Marut, dan ia memang wujud.

    - sebagai org islam, wajib beriman dengan perkara ghaib dengan syarat tidak mensyirikkan Allah, (seperti takutkan jin lebih dari takutkan Allah dll.)

    KENAPA ORANG ISLAM AJA KENA SERANG (HISTERIA)???

    - ini mungkin tafsiran aku sendiri, barangkali kita boleh nilai. Yang pertama, kerana Islam tu, penganutnya menyembah Allah, kerana itu mereka ini sentiasa diserang oleh syaitan dan iblis yang NYATA musuh manusia seperti disebut di dalam al-Qur'an. Syaitan tak suka manusia menyembah Allah.

    -KACAU TEMPAT TINGGAL SYAITAN??

    -syaitan ada di mana2. Tak semestinya ade buat kampung. Tapi memang wujud perkampungan2 makhluk halus selain syaitan. boleh jadi jin (kafir atau muslim). Sebaik2 jin (islam), adalah sejahat2 manusia. Umumnya jin2 ini suka tinggal di hutan2, rumah2 kosong yang lama ditinggalkan. (sila rujuk hadith & athar sahabat mengenai jin).

    ABIH ORANG KAFIRRR???

    - satu, mereka dah memang mensyirikkan Allah. jadi tidak perlu syaitan bersusah payah hendak menyuruh mereka syirik kepada Allah. ini hanya satu pandangan dan harus dinilai. Ini kerana memang sudah janji iblis itu sendiri hendak menyesatkan umat nabi Adam hingga ke akhirat nanti.

    - dua, orang kafir ini (selain islam), pembantu mereka adalah jin2 kafir dan syaitan. Ada disebutkan didalam alQur'an, bahawa wali-wali bagi orang mu'min itu Allah dan wali2 bagi orang kafir itu adalah syitan (sila rujuk al-Qur'an). jadi, bila mereka kacau 'perkampungan' jin atau makhluk yang seerti dengannya, maka tidak menjadi masalah kerana ' wali2 ' mereka itu (syaitan), dah bantu mereka untuk bersekongkol dengan jin2 dan syaitan2 di perkampungan tersebut.Ini cuma pandangan dan berhak dikaji dan dinilai.

    AKHIR KATA, wajib beriman dengan perkara ghaib dan tidak mensyirikkan Allah. Hormati pandangan setiap orang, kerana SETIAP ILMU itu ada AHLINYA. justeru, kalau ada perselisihan, kita bantu untuk memurnikannya dan jangan memburukkannya. Mungkin setiap kita lemah dari satu2 sudut, maka kita ingatkan sesama kita. Sesungguhnya semua orang islam itu bersaudara. Sayang dan takut diri kita jatuh ke lembah syirik, maka kita pun ingatkanlah saudara2 kita dan jangan kita menyisihkannya.
    Sedih juga dengan segelintir DOKTOR2 MODEN yang menafikan tentang adanya perkara2 ghaib (seperti dalam surat khabar terkemuka yang menyentuh isu hiteria ini). Sehingga ada DOKTOR mengatakan jin dan hantu ini sebagai "karut marut". Kan ke syirik tu, tak percaya kepada perkara ghaib, walhal ALlah sendiri telah sebut tentang jin di dalam kalamNya al-Qur'an. Inilah bila pengaruh barat dah meresapi fikiran. Andai jin2 ini merupakan penyebab histeria, maka DOKTOR2 juga kenalah kaji bab jin pula, belajar. tak salah pun. Malah semakin bertambah pula ilmu perubatannya. Itulah saranan al-Qur'an. Jangan tinggalkan sebahagian perkara semata2 menyanjung sebahagian perkara. Laksanakan semuanya.

    ..seperkara akhir yang perlu dimaklumkan, kita ini dah di AKHIR ZAMAN..jadi perkara pelik2 memang banyak berlaku sebab ALLah nak ingatkan manusia kepadaNYA..kiamat dah dekat. (kaji bab akhir zaman. www.ikhwan-global-locus.info/)

    WALLAHU A'LAM. WASSALAMUALAIKUM.

    ReplyDelete
  21. ASSALAMUALAIKUM,sy ingin bertanya ttg kaedah yang dinyatakan oleh ustaz utk merawat pelajar histeria iaitu dgn membiarkan pelajar tersebut berseorangan di dlm bilik sehingga pelajar tersebut stabil namun sy msih keliru krn pelajar yg terkena histeria tersebut sendiri mempunyai 'makhluk halus' yg menumpang di dlm tubuhnya.Sblum ini pelajar tersebut pernah mengadu sakit di belakang,apabila diperiksa di hospital doktor tdk dpt mengesan sebarang penyakit pun.Adakah ini merupakan salah satu punca mengapa pelajar tersebut mudah terkena histeria memandangkan ada berlakunya pertembungan di antara dua 'makhluk halus' yg sedia ada di tubuhnya dgn 'makhluk' yg menghuni ssuatu kwsan?Salahkah jika pelajar tersebut mendapatkan khidmat bomoh utk membuang 'makhluk' yg menumpang di tubuhnya?Sungguhpun pelajar tersebut sudah cuba mendekatkan diri kpd ALLAH nmun ia ttap tdk berkesan..

    Sy berharap ustaz dpt memberi penjelasan terhadap persoalan sy..wassalam.

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam wbh

    Telah saya jawab persoalan ini sebagaimana di dalam artikel terbaru saya bertajuk "Persoalan dari pembaca Laman Emjay berhubung pelajar yang kena histeria" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/224

    Selamat membaca

    Emjay

    ReplyDelete
  23. salamullahialaika ya ustaz..
    sy ingin bertanya sedikit tentang histeria ini.di sekolah sya selalu boleh dikira tiap tahun histeria.kira2 dlm lingkungan 30 ke 35 orang histeria dimulakn dri seorang pelajar dan seterusnya ke peljaryg lain,,sya bingung mengapa ia boleh menjangkit ke pelajar yang lain.dan apa yang harus dilakukan untuk memulihkan pelajar dri histeria.

    ReplyDelete
  24. Waalaikumussalam wbh 8498963

    Jemputlah datang ke rumah saya di JB untuk berkongsi ilmu. Insya Allah banyak perkara boleh dikongsikan.

    Dapatkan no telefon dan alamat saya dengan email kangmasjb@hotmail.com atau PM menggunakan multiply ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  25. perantaraan??? kaabah? perantaraan antara umat kita dengan Allah kah?? adakah kita juga sembah arca? yg telah wujud sebelum agma Islam wujud?? mengapa kita menyembah Kaabah? dan mengapa kita harus membaling batu?mm...bingung...

    ReplyDelete
  26. Sedih bila ada statement yg kata org histeria ni tidak mendapat rahmat tuhan.. Sedangkan hanya allah yang tahu.. lagi satu penyakit histeria ni pun cubaan dan dugaan dari allah

    ReplyDelete
  27. Memang betullah begitu. Kemalangan dan keguguran anak pun sebenarnya adalah rahmat tersembunyi dari Allah.

    Apa yang saya cuba saya sampaikan ialah bahawa bagi orang yang kerasukan, rahmat Allah iaitu perlindungan dari kerasukan sudah diambil oleh Allah. Inilah maksudnya tidak mendapat rahmat tuhan iaitu rahmat perlindungan dari kerasukan.

    Sakit juga adalah musibah tetapi ia juga adalah rahmat yang tersembunyi dari Allah SWT.

    Begitulah juga dengan orang miskin. Orang miskin adalah orang yang tidak mendapat rahmat kekayaan. Namun miskin itu sebenarnya juga adalah satu rahmat tersembunyi dari Allah.

    Sekarang sdr sudah faham?

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Kalau mcm itu legalah saya. Saya ingat orang yang kena histeria adalah org yg terputus rahmat dari Allah dan tidak disukai Allah kerana lemah/tak kuat semangat..Sedangkan bagi saya itu semua adalah ujian dari Allah jua. Kita tidak dapat memilih ketentuan takdir.. tetapi hanya bekalan sabar dan tabah dalam mengharungi ranjau onak kehidupan..Kadang2 hilang pedoman.. jatuh ..bangkit... jatuh lagi tetapi terus mengharap supaya allah menetapkan kita dijalan yang lurus dan diredhai olehNya.. dan memberikan sekelumit kebahagian didunia ini..

    ReplyDelete
  29. Kenapa en. emjay suka menyatakan bahawa org yang kene histeria adalah org yang tidak beriman? Ramai juga org yg minum arak, berzina tetapi tidak kena histeria.. Adakah mereka org beriman..

    ReplyDelete
  30. Secara lumrahnya (sunnatullahnya), orang suka berzina, Allah berikan azab seperti siphilis pada kemaluan mereka. Jadi apabila seseorang kena siphilis, tahulah bahawa mereka suka berzina walaupun kita tidak nampak perbuatan mereka.

    Orang tidak menjaga disiplin waktu makan utama, Allah berikan penyakit gastrik. Jadi apabila seseorang kena gastrik, tahulah bahawa mereka suka mengamalkan waktu makan yang tidak berdisiplin walaupun kita tidak nampak perbuatan mereka.

    Apabila seseorang berjudi / merokok, Allah berikan mereka masalah ketidakcukupan wang walaupun bergaji besar sekali pun. Jadi apabila seseorang kerap ketidakcukupan wang, mungkin disebabkan mereka suka mengamalkan amalan seperti berjudi / merokok walau pun kita tidak nampak perbuatan mereka.

    Dalam kes histeria ini, ajaran dari guru serta kekerapan kes menunjukkan bahawa kejadian ini antara punca utamanya adalah berpunca amalan bertangkal berbomoh dan amalan ini adalah syirik. Syirik adalah merosak iman dan orang yang melakukan syirik adalah gugur imannya.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  31. sy agak bersetuju dgn pendapat En emjay..kerana mmg benar dasar tauhid adalah penting dlm islam..sy cuma terfikir apakah benar penggunaan perantaraan ini semuanya adalah syrik..nabi musa melawan para ahli sihir dgn mencampakkan tongkat nye lantas ia menjadi ular yg besar dan mengalahkan ahli sihir...di sini kita lihat tongkat sbg perantaraan digunakan dgn izin tuhan ia berlaku..soalan nya, apakah ada exception bg alat perantara digunakan untuk melawan sihir itu?
    juga andai ilmu syariat membataskan makrifat apa hukum nya..kelebihan yang mana lebih sesuai ?..

    ReplyDelete
  32. hmmm.....payah kalau iktikad camni...

    jgn sebarkan fahaman wahabbi tuan tu berlelluasa sangat.....kesian org2 yg baru nak mengenal islam...

    ReplyDelete
  33. Hello semua.. Shalom Salam berkenalan. Saya ingin memeberikan sedikit pembetulan bagi tangapan Umat Islam berkaitan agama lain berkaitan hal Kerasukan ini. Bagi Agama sperti hindu atau budha, sebab sya bukan hindu atau budha. saya adalah seorang Kristian. Penulis blog ini(Guru) menerang kan bahawa Islam tiada perantara dan merupakan musuh iblis manakala agama agama lain mempunyai perantara dan merupakan sahabat iblis. Saudara/saudari di dalam Kristian TIDAK ada perantara dan berkatian tangkal juga adalah sama skali tidak dibenarkan. Sila ambil masa untuk membaca ALKITAB kristian atau BIBLE untuk bukti. Saya telah lama mengkaji berkaitan hal-hal roh roh, tentang iblis, dan byk video kesaksian mantan bomoh2., saya mendapati rata2 mereka yang telah bertaubat(terutama dari kawasan Indonesia) mempunyai pengalaman yang sama iaitu dahulunya mereka kerap di arah untuk ,menyerang org krsitian oleh JIN JIN peliharaan mereka sendiri. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa apa, kerana menurut mereka sendiri, mereka dapat melihat tembus(Hijab terbuka) roh yang ada di dalam badan2 manusia dan juga roh2 yang bergentayangan, sewaktu meyerang orang Kristian, mereka melihat sinaran terang dari dalam tubuh setiap org kristian yang percaya(Alim atau bertaqwa) dan sukar bagi mereka untuk mengapa-apakan org kristian. Dari hal itu, mereka merasa tercabar, dan mahu terus menerus menyerang lagi. Sehingga lah mereka melihat sendiri Tuhan Yesus (Isa Almasih) sendiri dtg di dalam mimpi2 mereka dan lebih menarik lagi ada juga yg benar2 melihat dan berjumpa secara peribadi. Salah satu Bomoh bersaksi bahwa Yesus datang ke kamarnya pada malam waktu dan bertanya kepadanya, "Mengapa kau cuba melukai anak-anak ku? Jika engaku melawan mereka, engkau melawan Aku". Dipendek kan cerita, kebanyakan bomoh2 ini, bertaubat dan bukan nya memeluk Islam, tetapi Kristian kerana mereka dilawat sendiri oleh Yesus secara peribadi. Disini, sya ingin tekankan, kalaulah Islam Musuh IBLIS, dan Kristian adalah sahabat Iblis, mengapa mereka di arahkan untuk menyerang org2 kristian sebagai sasaran utama? Kristian tidak memerlukan bacaan apa apa untuk mengelak dari serangan2 sebegini, seprti agama2 lain termasuk Islam dengan membaca surah2 dala Al-quran. org Kristian yang benar percaya kepda Tuhan Yesus (Isa Almasih) akan sentiasa di jaga dan kebal dari segala mcm serangan Iblis. Di dalam Alkitab or BIBLE, 1 YOHANES 4:4 berbunyi, " Kamu berasal dari Allah, anak-anakku, dan kamu telah mengalahkan nabi-nabi palsu itu, sebab Roh yang ada di dalam kamu, lebih besar dari pada roh yang ada di dalam dunia. ". Di Dalam Kristian kami percaya Roh Allah itu sendiri ada di dalam kami. Ia dipanggil Roh Kudus, kerana ia adalah Roh Allah sendiri. Tuhan Yesus kami telah berjanji di dalam BIBLE, di akan bersama kami hinggalah dia datang untuk kedua kali nya pada akhir zaman unutk menjadi hakim yang adil kepada semua umat manusia termasuk Nabi Muhammad sendiri. Ini boleh dirujuk di dalam Kitab /injilYahya.

    Bagi org2 kristian, kami tidak pernah takut akan hal hal sebegini kerana kami sentiasa di jaga, dan org2 yang cuba menyerang kami akan dilawat oleh Tuhan Yesus kami, dan akhirnya mereka akan berubah dan menjadi seperti kami yang percaya kepada Yesus dan mengasihi. Tuhan yesus adalah Tuhan yang hidup dan mampu mengubah sesiapa sahaja yang menjemputnya dalam hidup mereka. Kami tidak perlukan apa bacaan yang dipetik dari BIBLE unutk menghalau iblis, kami hanya perlu meyebut Nama "YESUS" di hadapan iblis sudah lebih dari mencukupi.

    Terdapat juga bomoh2 yang telah bertaubat sekarang menjadi kristiandahulu yang tidak percaya pada mulanya, benarkan Yesus ini Tuhan? dan mereka tidak pasti siapa tahu Yesus ini ketua Iblis? dengan itu mereka cuba berhubung dengan Roh2 dan Jin2 peliharaan mereka unutk mendapatkan kebenaran, dan hasilnya, Jin2 dan roh2 itu amat tidak suka mendengar Nama itu (YESUS).. menurut kesaksian bomoh2 itu, setiap kali mereka menyebut nama Yesus di hapdan Jin Jin dan roh2 itu, mereka tampak lemah dan sangat marah. Apakah Yesus MUSUH mereka?

    Org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi isa turutan nabi nabi dan rasul dari Adam hingga muhammad. Yg terakhir dan selengkapnya Muhammad. Apa betul org kristian tidak pernah dirasuk. Banyak yg sudah sy lihat, jgn berbohong. Ada kemungkinan syaitan yg merasuk keluar krn berjaya memesong akidah org kristian krn hanya sebut yesus, bukan kalimah tuhan, malah mengatakan yesus itu anak tuhan pencipta alam yg maha besar ini. Apa perlu lagi dirasuk, matlamat sudah tercapai. Tidak perlu baca kalimah tuhan agar bisa buat sewenangnya didunia ini. Paderi ada sebagai penebus dosa, zina berleluasa hingga hilang nasab keturunan (tahap binatang selayaknya).

      Delete
    2. Betul kamu org kristian sayang dan hormat yesus? Sebenarnya kamu cuba siksa salib dan bunuh dia (walau sebenarnya tidak berjaya). Aku hairan kenapa kamu suka lihat pemandangan itu dan meletakkan patung disalib itu di gereja2. Eee mengerikan

      Delete
  34. Rasukan sihir dan seumpanya itu bukan hukuman namun ujian Allah pada kita..

    ReplyDelete
  35. Rasukan sihir dan seumpanya itu bukan hukuman namun ujian Allah pada kita..

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum wbh
    Lailahaillallah. Sepanjang saya terlibat dengan pelbagai masalah orang, komen sebagaimana diberikan oleh Mazlina di atas kerap saya dengar. Susah sangat ke nak mengaku kerasukan tu adalah musibah dari Allah SWT disebabkan dosa-dosa serius.

    Kalau kerasukan adalah bukan musibah, cuba Mazlina senaraikan pula contoh-contoh musibah? Dan cuba Mazlina senaraikan pula contoh-contoh ujian?

    Orang yang tidak mahu mengaku bahawa kerasukan adalah satu musibah adalah orang yang agaknya merasakan diri mereka tidak ada dosa.

    Menurut pengalaman yang Allah SWT berikan kepada saya, setiap orang yang kerasukan adalah disebabkan amalan syirik yang sudah keterlaluan. Jadi Allah SWT berikan musibah kerasukan sebagai azab pedih menghinakan semoga mereka yang terkena azab musibah tersebut bertaubat kembali ke pangkal jalan.

    Berkenaan sihir pula pengalaman mengajar saya bahawa orang beriman tak kena sihir sesuai dengan janji Allah SWT iblis tiada kekuasaan terhadap orang yang beriman.Sila rujuk Al Quran 17:65. Hanya orang yang melakukan kesyirikan yang layak kena sihir.

    Emjay

    ReplyDelete
  37. ''Seterusnya saya berpindah topik kepada rahmat dan perlindungan Allah kepada umat manusia. Apabila Allah dalam konsep Islam memberikan perlindungan dan rahmatnya sebagai contohnya, syaitan tidak berupaya mengganggu manusia kerana Allah telah melindungi manusia ini. Manusia dan syaitan di jadikan oleh Allah dan sangat lemah. Orang yang diganggu syaitan adalah kerana Allah mengizinkan syaitan untuk mengganggu manusia ini dan ia adalah satu azab (punishment) dari Allah dan azab ini adalah bertujuan agar manusia ini kembali kepada jalan lurus yang diredai Allah. Analoginya adalah sama seperti ayah merotan anak yang mengingini anak ini agar menjadi baik.''

    tidak semestinya begini uztaz..rasulullah pun disihir..org beriman pun turut diuji...x semestinya org jahat ja dapat musibah..lagi satu..sy x setuju la cara uztaz suruh ceritakan dosa kita kat org lain..bkn agama kristian suka buat mcm 2 ke buat confesssion kat paderi?..agama islam kan bersih akidahnya kalau taubat terus direct pada Allah x perlu dibuka aib dan dicerita pada org lain kerana Allah dan tutup aib kita buat apa laa kita nk bukak bagi tau kat org lain tahu..

    ReplyDelete
  38. Tu kepercayaan bg agama kristian kamu..apa yg agama lain percaya takde kaitan dgn islam..bnda yg kamu percaya mstila kamu rasa betol. Ok..kamu kata kalau kna gnggu xpyh petik ayat bible nk halau makhluk halus kan? Tu bible..tak sama dgn Al Quran..Al Quran dah dijelaskan olh Allah sbg ubat,penawar dan rahmat bg org2 islam...sbb tu org kna gngguan kna ubatkan dgn ayat2 Al Quran la psl Allah sndiri yg bgtau Al Quran tu sbg penawar jd cara ni tak trmasuk dlm perantaraan tp cara rawatan yg Allah ajarkan melalui Al Quran. Kalau kamu nk bandingkan Al Quran dgn bible kamu tu takkan slesai kat sini psl trlalu byk percanggahan..bg kami org2 islam bible dh tak relevan lg digupakai sbb smua keempat-empat yg Allah turunkan telah dilengkapkan olh Al Quran dlm smua segi trmasuk syariat utk cara hidup mnsia hgga ke akhir zaman..jesus bkn tuhan krn tuhan hnya tunggal tidak beranak dan diperanakkan. Allah tak sama sifat dgn makhluk apsal plak Allah nk ada anak? Hanya makhluk yg ada persamaan sesama makhluk. Tu pegangan islam yg dibawa olh Al Quran..klau kamu msih nk brbahas silakan sy bersedia dedahkan lg kebenaran2 yg dibawa olh Al Quran. Atau klau kamu nk tutup cerita kat sini pn xde hal kita kira stop kat sini krn dh ada surah dlm Al Quran yg mnjelaskan perbezaan agama. Firman Allah SWT:
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

    قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿١﴾ لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿٢﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٣﴾ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴿٤﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٥﴾ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ﴿٦﴾


    Ertinya: 
    1). Katakanlah: Hai orang-orang kafir
    2). Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
    3). Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
    4). Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
    5). Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
    6). Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku

    ReplyDelete
  39. Ustaz ustazah sekolah tu tak dapat buat apa? Koman la.. ada ke dibuang pelajar tu. Sekolah tempat merawat dan membina bukan tempat saringan. Murid diguna utk capai target peperiksaan untuk pegawai pendidikan di sekolah PPD JPN dan kementerian kejar merit. Ada ilmu yg kurang lagi tu sebab malas belajar puan ni.. belajar dulu sebab mau dapat kerja je ni.. nak cover line dan kekurangan tuduh org syirik, buan pelajar dah selesai ye.

    ReplyDelete
  40. Akidah itu antara seseorang itu dgn Allah, sejauh mana dia kenal Allah dan Allah tahu isi hatinya, engkau siapa nak menghukum dan menilai akidah org. Tetapi jika terlalu taksub dan ilmu blm kukuh memang blh memudaratkan.

    ReplyDelete
  41. Helo emjay siapa kata agama lain xde kerasukan, tu la jadi ulat buku je duduk bawah tempurung.

    ReplyDelete