Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 17 April 2007

LAMAN ANTI HADIS

Assalamualaikum wbh

Pagi ini 17 April, sementara menanti kerja yang perlu dilakukan, saya surf internet untuk mencari mana-mana ilmu Allah yang berguna. Selepas search dengan google, saya terjumpa laman yang agak menarik di http://www.e-bacaan.com/ bahagian artikel Al-Qur'an dan Sekutu Allah. Satu demi satu artikel saya baca dan cara menghujahnya oleh penulisnya agak cantik juga kerana mereka menggunakan ayat dari Al Quran. Namun saya sudah mula tertanya-tanya kerana tiada nama penulis di bawahnya sekadar di tulis sebagai "Penulis Bacaan". Selepas habis membaca artikel ini saya sambung membaca pelbagai artikel lain dan memang banyak sekali artikel yang terpapar dalam laman ini.

Kerana terpesona dengan corak penghujahannya, saya nyaris memasukkan link laman ini ke dalam Laman Emjay.

Alhamdulillah dengan rahmatNya jua, saya akhirnya terbaca artikel di bawah iaitu sebahagian dari tulisan dalam artikel

SUSAH NAKTINGGALKAN HADITH:

Apa kata kalau kita tinggalkan hadith ?

Dunia Islam, terutama ulamak sekarang telah membina satu tembok di sekeliling kejahilan orang-orangnya. Tembok itu tidak akan dibiarkan runtuh. Orang Islam yang tradisi biasanya tidak akan menyoal ulamak, walau pun ada percanggahan diantara ulamak-ulamak. Tiada sebab untuk menyoal ulamak. Ulamak kata hitam, hitamlah, ulamak kata putih, putihlah. Betul belaka. Ulamak kata hadith tak bercanggah dengan Quran. Berilah berapa pun bukti nyata dan jelas bahawa ada hadith bercanggah dengan Quran, jelas bercanggah, ulamak kata tidak. Maka tidaklah.

Yang menganjurkan penggunaan hadith dalam Islam adalah manusia. Nabi Muhammad tidak pernah menganjurkan penggunaan hadith disamping Quran. Sebab ianya tidak perlu. Manusia yang mengada-adakannya.

Apa kata kalau kita tinggalkan hadith dan percayakan Quran sahaja? Akan cacatkah islam kita? Tak sempurnakah Islam kita? Salahkah fahaman kita? Terpesongkah kita? Murkakah Allah?

Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa
(2:2)

Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
(10:37)

Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
(5:76)

Hadith adalah selain daripada Allah dan ianya tidak boleh memudaratkan atau memanfaatkan kita. Tidak percaya kepada hadith tidak boleh memudaratkan kita, kata Allah.

Masih tak percaya !! kerana ulamak dan ibu-bapa kata mesti ikut hadith. Sudah tebal sangat, sebagaimana tebalnya pemakaian kain, tak boleh tidur kalau tak pakai kain. Sebagaimana tebalnya juga penggunaan sejadah, tak boleh solat kalau tidak di atas sejadah, biar pun sejadah itu dibuat di Kampuchea.

Bagi mereka-mereka yang berkeras untuk mempercayai hadith dan meletakkannya bersama Quran, ianya adalah kerana Allah telah meletakkan penudung pada hati mereka.

Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian. (17:46)

Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?
(45:6)

Hadith yang sebenar ialah hadith yang ada dalam Quran. Sila rujuk artikel “Hadis Nabi yang Sebenar”.

http://www.e-bacaan.com/artikel_hadisNabi.htm

Berderau hati saya selepas habis membaca artikel ini. Selepas saya membaca link  bertajuk hadis nabi yang sebenar  seperti yang disarankan dari artikel di atas,  baru saya jelas dan faham  bahawa saya sedang melayari laman GOLONGAN ANTI HADIS.

Untuk melayari laman ini sila pergi ke  http://www.e-bacaan.com/

Sila berikan perhatian yang bersungguh-sungguh bila melayari laman ini agar tidak terpengaruh dengan pegangan mereka iaitu ANTI HADIS.
Sekian wassalam wallahualam

Emjay


37 comments:

  1. Assalamualaikum Wr. Wb.
    Syukran kathiiran 'alaa anbaa-ikum iyyaaya yaa Ustaz.
    Semoga setiap usaha antum yang baik dirido-i dan diterima di sisi Allah.

    ReplyDelete
  2. Suatu yang amat malang sekali kerana di Malaysia ini masih berkembang anutan anti hadis di kalangan umat Melayu. Walaupun telah diwartakan sebagai golongan sesat, namun tidak banyak tindakkan diambil oleh pihak berautoriti. Malah bayangan fahaman mereka seolah-olah dibenarkan di beberapa berita perdana.

    Banyak petanda yang boleh kita fahami dari penganut sesat anti hadis ini. Antaranya berkaitan solat hanya 3 kali sehari, tidak diwajibkan zakat dan menutup aurat, dihalalkan semua makanan kecuali daging babi, tiada hukum najis pada anjing, tiada kepercayaan kepada alam barzakh, penafian terhadap alim-ulama (menganggap mereka sebagai perosak ajaran Islam sebenar) dan sebagainya. Hujah mereka hanya bersandarkan akal dangkal yang kononnya merujuk terus kepada al-Quran. Amat menakutkan. Malah lebih merbahaya bilamana mereka pernah cuba menghasilkan Quran versi melayu tanpa bahasa asal (Arab) pada tahun 1995. Begitulah sudahnya kalau mendapatkan pemahaman Islam hanya melalui al-Quran tanpa rujukan pada hadis-hadis Nabi SAW.

    Saya amat berterimakasih kerana ustaz memberikan info website address kepada kita untuk mengkaji serba sedikit apa yang mereka fahami. Namun saya berpendapat adalah tidak perlu di 'disclose' kan website yang berkaitan dengannya (walaupun sesiapa pun boleh buat search pada website mereka), memandangkan ianya mungkin boleh mengundang kekeliruan kepada pengunjung terutamanya mereka yang lemah pegangan dan pemahamannya. Susunan hujah-hujah berserta ayat-ayat al-Quran menjadi penarik golongan yang lemah untuk mendekati mereka. Tanpa kekuatan asas keimanan terutamanya golongan muda yang tercari-cari 'kebenaran' agama memungkinkan mereka terperangkap dengan dakyah mereka. Begitu juga dengan website yang berkaitan dengan unsur-unsur syirik yang pernah di 'forwardkan' ke dalam laman Emjay, ditakuti akan dijadikan laluan untuk golongan ini melayarinya seterusnya mendapatkan 'bimbingan' daripada golongan sesat itu.

    Begitupun mungkin ustaz boleh buat pembentangan dan ulasan terus kepada subjek yang hendak dibincangkan. Namun ini terpulang kepada ustaz, mungkin dengan pendedahan website tersebut, terdapat lebih banyak kebaikan daripadanya. Sekadar pandangan saya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Pada pandangan saya, pengajaran dari Hadis ini boleh memutarbelitkan ajaran dari Al Quran. Sebagai contoh nya, kita tengok hukuman orang mencuri. Di dalam hadis kita hendaklah memotong tangan orang yang mencuri. Tetapi Di dalam Al Quran, kita hanya memotong kebolehannya (samaada di penjara, di pantau dll) kerana di dalam Al Quran, pengertian tangan itu banyak diertikan dengan kebolehan.

    Contoh ayat

    38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba Kami, Ibrahim, dan Ishak, dan Yaakub - yang mempunyai tangan (resourcefull) dan pandangan.

    5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu…..

    Sekian

    ReplyDelete
  4. Nak tanya adampeter4,

    Engkau ni orang Islam atau engkau ni spesis yang dibayar untuk merosak orang Islam??

    Nyahlah engkau dari Laman Emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Nak tanya adampeter4,

    Engkau ni orang Islam tau engkau ni spesis yang dibayar untuk merosak orang Islam??

    Nyahlah engkau dari Laman Emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Salam mdirman,

    Quote “tiada hukum najis pada anjing”.

    Di dalam Al Quran memang tidak ada apa apa hukum pada anjing. Anjing adalah salah satu ciptaan dari Allah dan seperti binatang binatang yang lain, ia juga mempunyai fungsi yang penting di bumi ini. Sebagai contoh nya ia di gunakan untuk menjaga rumah dan ternakan, membantu pihak polis, menolong manusia dalam bencana alam. Kita boleh lihat bagaimana anjing anjing digunakan oleh pihak penyelamat semasa bencana Higland Tower di Malaysia dahulu. Ia juga boleh menolong manusia untuk berburu. Al Quran ada menyakan :

    5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih “anjing” untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.

    Allah menggalakkan kita untuk menerima semua pandangan dan menyuruh kita memilih yang terbaik. Tetapi kita juga perlu untuk menentusahkannya.

    [39:18] Mereka adalah orang orang yang meniliti semua perkataan perkataan, lalu mengikuti yang terbaik. Inilah orang orangnya yang mendapatkan petunjuk dari Allah; inilah orang orangnya yang mempunyai kecerdasan.

    [17:36] Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu.

    Oleh itu, bila kita menerima kata kata yang mengatakan anjing itu haram di pegang atau di pelihara dari para ulamak, kita mestilah menentusahkannya terdahulu. Ini ialah kerana Allah tidak suka orang orang yang mengharamkan sesuatu yang di halalkan oleh Allah.

    [10:59-60] Katakanlah, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah turunkan berbagai peruntukkan peruntukkan dan kamu menjadikan sebahagiannya itu haram dan sebahagian darinya dihalalkan?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi kamu keizinan berbuat demikian? Ataupun, kamu mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah?" Tidakkah orang orang yang mengada adakan pembohongan terhadap Allah itu terfikir yang mereka akan bersemuka dengan Dia diHari Kebangkitan kelak? Sesungguhnya, Allah mencucuri kurniNya tetapi kebanyakan dari mereka tidak tahu bersyukur.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. Mengenai golongan islam yang mana yang paling benar dalam mengimani agama islam nya, mari kita belajar dari sejarah umat umat terdahulu yang diceritakan di dalam Al Quran.

    Surah Yunus (10)
    Ayat 36....Kebanyakan dari kalangan manusia hanya bersandarkan kepada andaian semata. Yang nyata, andaian tidak dapat menggantikan yang haq. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang mereka lakukan.

    Ayat 37....Dan Quran ini tidak bisa diciptakan selain oleh Allah, dimana ia mengesahkan apa apa yang sebelumnya dan menjelaskan apa apa yang telah ditetapkan untuk manusia. Padanya tiada keraguan dari Tuhan sakelian alam.

    "Umat Nasrani bersekongkol dgn mengatakan bahawa Nabi Isa itu anak Allah. Umat Muslim bersekongkol dgn mengatakan bahawa Hadis & Sunnah itu adalah juga sebahgian dari wahyu Allah"

    "Bila nama Allah saja yg disebut mereka tidak merasa senang dan tenteram tetapi bila ada nama selain nama Allah disebut bersama dgn Nya baru mereka bisa merasa senang dan tenteram"

    Dari cerita2 umat umat terdahulu itu, kita akan dapati bahawa golongan mayoritas nya cenderung kpd penyimpangan satelah setiap kali Nabi yg di turunkan Allah itu wafat. Penyesatan atau penyimpangan itu akan mula terjadi paling tidak sekitar 50 tahun kemudian satelah wafat nya para nabi2 mereka. Sejarah penyesesatan umat terdahulu itu seakan akan satu hal yg lumrah. Penyimpangan dari landasan yg telah ditetapkan oleh para Nabi2 Allah itu pasti terjadi.

    Saya percaya umat Nabi Muhammaad juga tidak terkecuali. Nah sekarang umat Nabi Muhammad ini sudah 1400 tahun lebih. Apakah kita yakin kita tidak saperti umat umat yang terdahulu itu yg cenderung kpd penyimpangan? Apa istimewa nya kita, umat Nabi Muhd.ini? Tidak ada keistimewaan nya dan tak ada bezanya. Saya yakin kita jugak sama saperti umat terdahulu itu yg cenderung kpd penyesesatan dan
    penyimpangan. Nah. Sekarang kalau kita kaji dari segi mana nya kesesatan golongan mayoritas umat Muhammad ini kita akan dapati bahawa penyesesatan golongan mayoritas adalah dalam mengimani kpd apa yg di sebut Hadis dan Sunnah Nabi. Baik mereka yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, Baik mereka yg mengaku Ahlul Bait (Golongan Syiah). Baik mereka yg mengaku Wahabi.dan saterus nya. Rata
    rata golongan2 ini yg juga menjajdi golongan mayoritas umat islam ini tidak lepas dari taasubnya kpd ulama2 mereka atau imam2 mereka selain dari Hadis dan Sunnah Nabi itu. Karena apa? Karena Hadis dan Sunnah ini tidak ada pada waktu sekitar 100 tahun satelah wafat nya nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada yg nama nya Bukhari-Muslim dan saterus nya. Tidak ada Iman Empat (Shafii, Maliki, Hanbali
    dan Hanafi). Unsur2 dari kitab2 ini dan pendapat ulama2 ini hanya berdasarkan andaian semata.

    Mahukah kita ambil iktibar dan pelajaran dari umat umat terdahulu yg di ceritakan kpd kita melalui Al Quran.? Saya yakin tidak ramai yg akan mengambil iktibar dan pelajaran dari hakikat ini sebagaimana nya tidak ramai dari umat yg terdahulu. Namun sabagai amanah yg diwajibkan tulisan ini hanya sebagai usaha utk mereka yg mahu belajar dari sumber yg kuat dan meyakinkan ia itu kitabullah Al Quran dan buat mereka yg mahu BERFIKIR SECARA BERANI, ADIL, IKHLAS dan RENDAH HATI demi utk mendapatkan keredhaan kpd Allah subhanahu wataalaa.....

    Amin.....

    ReplyDelete
  8. INILAH TULISAN SALAH SEORANG YANG ANTI HADIS. Ini adalah orang KAFIR LAKNAT. Menentang hadis.

    EMjay

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Pada pendapat saya, hadis adalah salah satu faktor yang menyebabkan perpecahan umat manusia.

    Sebagai contoh kita kaji ayat al Quran berikut.

    39:29. Allah membuat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki. Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

    [39:29] GOD cites the example of a man who deals with disputing partners (Hadith), compared to a man who deals with only one consistent source (Quran). Are they the same? Praise be to GOD; most of them do not know.

    Menurut ayat diatas, jika kita menurut arahan dari sesuatu yang konsisten adalah lebih baik dari menurut arahan dari beberapa punca yang bertentangan. Jika kita kaji umat yang menggelar diri mereka islam sekarang ini, mereka munurut kepada ajaran hadis hadis yang banyak percanggahan di dalamnya. Walau pun mereka mengatakan yang mereka percaya yang Al Quran itu datangnya dari Allah, tetapi mereka tidak menurut ajaran Al Quran itu sepenuhnya. Mereka hanya menurut ajaran dari hadis hadis mereka. Orang orang Sunni mengikut ajaran dari hadis hadis Bukhari dan Muslim dan orang orang Shia pula mengikut ajaran dari hadis hadis mereka. Ini menybabkan banyak perpecahan antara mereka. Setiap dari mereka akan berbangga kepada apa yang ada pada mereka. Jika kita mengatakan kepada mereka untuk kembali kepada ajaran Al Quran, mereka tidak akan menurut kerana mereka telah berasa selesa atas apa yang telah di ajarkan kepada mereka oleh ibu bapa mereka.

    [2:170] Apabila mereka diundang, " Ikutlah apa yang Allah telah bentangkan didalamnya," mereka menjawab "Kami mengikuti apa yang kami dapatinya dari amalan ibu bapa ibu bapa kami,"Bagaimanakah jika orang orang tua mereka itu tidak memahaminya, dan tidak juga mendapat petunjuk.?

    Kalau kita kaji hadis hadis yang mereka turuti sekarang ini, kita dapat banyak percanggahan didalamnya. Malah, ia juga ada percanggahan dengan Al Quran. Sebagai contoh nya kita lihat pengajaran dari hadis tentang memberi salam kerpada orang orang bukan islam.

    "Dari Anas, bahwa sahabat-sahabat Nabi saw pernah bertanya kepada nabi : "Kalau ahli kitab memberi salam kepada kita, bagaimana kita mesti jawab kepada mereka ?" Jawab Nabi : "katakanlah : wa'alaikum" (HR Muslim)

    Dan sabda Nabi saw : "Apabila ahli kitab memberi salam kepada kamu, hendaklah kamu Jawab: "wa'alaikum" (HR Muslim)

    PENGAJARAN DARI AL QURAN

    [25:63] Penyembah penyembah bagi Maha Berkuasa adalah mereka mereka yang berjalan dimuka bumi dengan merendahkan diri, dan apabila ORANG ORANG JAHIL bercakap kepada mereka, mereka hanyalah mengucapkan perkataan SALAM yang mententeramkan.

    [19:46-47] Dia berkata, "Adakah kau meninggalkan tuhan tuhanku, wahai Ibrahim? Melainkan jika kau berhenti, aku akan lemparkan kau dengan batu. Tinggalkanlah aku sendirian." Dia berkata, "KESEJAHTERAAN BAGIMU (Salamun Alaikum). Aku akan bermohon kepada Tuhanku supaya mengampunimu; Dia terlalu Amat Baik kepadaku.

    [28:55] Apabila mereka berhadapan dengan percakapan yang sia sia, mereka berpaling darinya dan berkata, "Kami akan bertanggungjawab diatas perbuatan perbuatan kami, dan kamu bertanggungjawab diatas perbuatan perbuatan kamu. KESEJAHTERAAN BAGIMU (Salamun Alaikum). Kami tidak ingin berperangai seperti orang orang yang jahil."

    Oleh itu adalah lebih baik untuk kita menurut kepada hanya satu sumber yang konsisten ia itu Al Quran. Ia adalah satu kitab yang sempurna dan terperinci (fully detailed).

    [77:50] HADIS YANG MANA SELAIN INI, YANG MEREKA MENDUKUNGNYA?

    ReplyDelete
  10. Ha ini satu lagi tentera iblis pendokong anti hadis namanya adampeter4.

    Allah telah menjadikan dirinya memandang baik perbuatan jahilnya. Mereka ini sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam Al Quran surah Al-A’raaf:146:

    Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

    Juga ayat dari surah An Nuur [48]

    Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).


    Golongan anti hadis ini sudah buta dengan ayat berikut:

    Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin/orang-orang yang berilmu) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisaa', 4: 59)

    Nyahlah engkau wahai adampeter4 dan kedatangan engkau di laman emjay tidak dialu-alukan dan hanya menambah kesesatan engkau sahaja. Orang macam engkau ini yang solat 5 waktunya pun tak sempurna konon nak menghujah tentang Islam. Laknat Allah SWT keatas engkau dan golongan kau.

    Saya mengaku bahawa saya adalah dari golongan seperti ayat dari surah An Nuur [51]

    Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.


    Emjay

    ReplyDelete
  11. Umat Nasrani percaya Nabi Isa itu anak Allah.
    Umat Islam percaya Hadis Nabi Muhd. itu perkataan Allah.

    Apabila nama Allah saja diseru hati mereka yg tidak percaya akan
    hari akhirat berpaling keblakang
    tetapi bila nama selaian nama Allah di seru berserta Nya
    mereka hati mereka menjadi tenang. (Az Zumar 39:45)

    ReplyDelete
  12. Salam Em ,

    Di dalam Al Quran kita tidak mendapat sebarang ayat yang menyuruh kita turut kepada SUNNAH Nabi. Sunnah yang terdapat di dalam Al Quran hanyalah sunnah Allah sahaja.

    (35.43)….Kamu tidak akan mendapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah, dan kamu tidak akan mendapati sebarang penyimpangan pada sunnah Allah.

    Ayat 24:38 pula bukan lah menyuruh kita mempercayai hadis Nabi.

    24:48. Apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, tiba-tiba segolongan daripada mereka berpaling.

    Ini ialah kerana di dalam Al Quran, Rasul di larang dari mengajar selain dari Al Quran.

    69:40-47. Sesungguhnya ia adalah ucapan rasul yang mulia. Ia bukanlah ucapan seorang penyair; sedikit sekali kamu mempercayai, Dan bukan juga ucapan seorang tukang tilik; sedikit sekali kamu mengingati. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan, Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya, Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.

    Di Dalam hadis pula, banyak terdapat ajaran ajaran yang bercanggah dengan Al Quran. Sebagai contoh nya, cara menghakim keatas orang orang yang berzina. Menurut hadis, kita mestilah merejam orang orang yang berzina dengan batu sehingga mereka mati. Tetapi arahan tersebut bukan lah daripada Al Quran. Menurut Al Quran, orang orang yang berzina hanyalah perlu disebat sebanyak 100 sebatan.

    Golongan orang orang sunni dan shia juga tidak nampak dengan ayat ayat yang melarang kita dari mempercai hadis.


    45:6 Ini adalah revelasi revelasi dari Allah yang kami bacakan kepada kamu dengan kebenaran. Hadis yang manakah selain dari Allah dan revelasi revelasiNya yang kamu dapat mempercayakan?

    7:185 Tidakkah mereka melihat penguasaan disekelian cekrawala dan bumi, dan segala sesuatu yang Allah ciptakan? Dapatkah mereka mengambil peringatan yang akhirnya kehidupan mereka itu mungkin telah hampir dekat? Hadis, yang manakah selain ini, dapat mereka mempercayainya?

    39:23 Allah telah menurunkan didalam ini Hadis yang terbaik; sebuah buku yang konsisten, dan yang menunjukkan dua jalan (keSyurga dan Neraka). Kulit kulit orang orang yang menghormati Tuhan mereka mengedut kerananya, kemudian kulit kulit mereka dan hati hati mereka menjadi lembut untuk mesej Allah. Demikian itulah petunjuk dari Allah; Dia mengurniakannya keatas sesiapa saja yang Dia kehendaki. Bagi orang orang yang telah disesatkan oleh Allah, tidak ada apa yang dapat membimbing mereka.

    77:50 Hadis yang mana selain ini, yang mereka mendukungnya?

    68:36-37. Mengapakah dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan? Atau, adakah kamu sebuah Kitab, di dalamnya kamu mempelajari. Yang di dalamnya bagi kamu apa yang kamu pilih

    ReplyDelete
  13. Sdr adampeter4,

    Engkau sah bodoh tidak boleh diajar pandai tak boleh diikut. Tengoklah apa yang kau tulis dibawah ini:

    "Di dalam Al Quran kita tidak mendapat sebarang ayat yang menyuruh kita turut kepada SUNNAH Nabi. Sunnah yang terdapat di dalam Al Quran hanyalah sunnah Allah sahaja."

    Cubalah kau beritahu saya ada tak sebarang tatacara solat didalam Al Quran? Al Quran hanya menyuruh solat secara umum tidak secara khusus. Tatacara solat secara khusus hanya terdapat dalam hadis dan sunnah. Habis engkau solat macam mana?? Engkau rujuk Al Quran atau sunnah hadis Nabi SAW??

    Emjay

    ReplyDelete
  14. salam
    saya kenal laman e bacaan dari blog saudara..
    bila saya baca dari sudut terbuka saya terima pendapat mereka(walau bukan semuanya saya terima)
    cuma pendapat saya kita tak leh tolak semuanya hadith mentah2
    namun kita tak boleh juga jadikan hadith sebagai dasar dalam perlaksanaan.sebab bila kita ambil hadith sbg dasar nanti tindakan kita akan jadi sempit dan timbul byk kekeliruan atau perpecahan..
    kesimpulannya "saya yakin alquran itu kitab yang lengkap dan sempurna diturunkan Allah ,dan tugas kita bersama sama mengkaji kitab itu lebih mendalam lagi dengan mengharapkan hidayah dari tuhan kita".
    insyallah mengenai bab solat hudud dan lain dapat kita ketemu jawapannya didalam alquran hasil dari perbincangan bersama dengan fikiran terbuka..
    ok tq ...maaf jika penulisan ini menyakitkan hati, ini cuma pendapat saya sahaja.
    yang pasti Allah maha mengetahui
    dan kita bersama sama tunggu keputusannya diakhirat nanti oleh hakim yang maha adil(Allah)
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Quote [Cubalah kau beritahu saya ada tak sebarang tatacara solat didalam Al Quran? Al Quran hanya menyuruh solat secara umum tidak secara khusus. Tatacara solat secara khusus hanya terdapat dalam hadis dan sunnah. Habis engkau solat macam mana?? Engkau rujuk Al Quran atau sunnah hadis Nabi SAW??]

    Sebenarnya Allah telah memberitahu yang Al Quran itu LENGKAP dan TERPERINCI (Lihat ayat 6:114 dan 12:111). Tidak ada sesuatu pun yang di tinggalkan dari Al Quran (Lihat ayat 6:38).

    Tetapi di dalam Al Quran kita tidak dapat sebarang ayat yang menunjukkan kita bagaimana untuk mengerjakan sembahyang dan juga waktu waktu untuk mengarjakannya. Ini ialah sebab sembahyang itu tidak pernah di wajibkan kepada manusia. Orang orang yang menggelar diri mereka orang orang islam tidak yakin dengan Al Quran dan mereka mengambil hadis hadis yang tidak berasas untuk dijadikan panduan mereka. Mereka juga ingin mengekalkan kepercayaan nenek moyang mereka untuk menyembah berhala yang di asaskan oleh nenek moyang mereka.

    Sebenarnya pengertian solat di dalam Al Quran itu bukanlah sembahyang tetapi ia adalah komitment yang perlu kita pegang. Sebagai contoh kita lihat ayat 5:105.

    5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang yang mempunyai keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut menimpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah mereka KOMITED (solaa-ti), dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan menyembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."

    Ayat di atas menerangkan dua orang lain selain kamu (two strangers), boleh jadi orang kristian atau yahudi, setelah mereka komited, suruh mereka bersumpah dengan Allah yang mereka tidak akan menjual wahsiat itu untuk suatu harga.

    Kebanyakkan perkataan solah dan kata terbitan daripada nya di dalam al Quran telah di putar belitkan. Sebagai contohnya, perkataan “yusollu” pada ayat 4:102 diertikan kepada sembahyang ritual. Tetapi pada ayat 33:56, perkataan yang sama di ertikan kepada merahmati. Perkataan “yusolle” pada ayat 3:39 diertikan kepada sembahyang ritual tetapi pada ayat 33:43 di ertikan kepada merahmati. Pada ayat 2:238, perkataan “solaa-waatee” di ertikan kepada sembahyang ritual tetapi pada ayat 9:99 ia diertikan lain.

    Allah telah berjanji di dalam Al Quran yang jika sesuatu itu ia datang selain dari Allah, tentu terdapat banyak percanggahan di dalamnya.

    [4:82] Kenapa tidak mereka memperhatikan Quran ini dengan berhati hati? Jika ini datangnya SELAIN DARI ALLAH, mereka tentu sekali akan mendapati BANYAK PERCANGGAHAN DIDALAMNYA.

    Oleh itu sembahyang ritual itu tidak mungkin datang dari perintah Tuhan sebab pengertian solat sebagai sembahyang ritual di dalam Al Quran terdapat banyak percanggahan.

    Kita juga patut mengambil pengajaran dari Al Quran berkenaan kaum Nabi Musa. Apabila Nabi Musa meninggalkan umat nya, mereka mengambil anak lembu sebagai sembahan mereka. Orang orang Arab pula, setelah di tinggalkan oleh Nabi, mereka mengambil batu hitam sebagai sembahan mereka. Sebab itulah Allah mengatakan yang orang orang Arab adalah kaum yang paling munafik. Tetapi, Orang orang yang menggelar diri mereka Islam, masih lagi suka untuk mengikut jejak langkah orang orang Arab tersebut.

    [9:97] Orang-orang Arab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Sekian

    ReplyDelete
  16. emejy percaya x hadis nie jgn jadi anti hadis pulak

    1) Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf
    maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia
    kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara
    keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiq

    ReplyDelete
  17. satu lagi

    Seperti Hadis Nabi saw:
    Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-
    Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
    (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  18. satu lagi

    Seperti Hadis Nabi saw:
    Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-
    Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
    (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  19. definasi tasawuf
    Al-Qonuji mendefinisikan tasawuf dengan;
    علم يعرف به كيفية ترقي أهل الكمال من النوع الإنساني في مدارج سعادتهم والأمور العارضة لهم في درجاتهم بقدر الطاقة البشرية [9]

    “Sebuah ilmu yang mempelajari bagaimana meningkatkan derajat kesempurnaan sebagai manusia dalam tingkatan-tingkatan kebahagiaan dan persoalan-persoalan yang menghadang (ujian) dalam upaya meningkatan derajat tersebut sesuai dengan kemampuan manusia.”

    ReplyDelete
  20. AI-Hujwiri menyatakan. bahwa sufi adalah sebuah nama yang diberikan kepada wali-wali dan ahli-ahli kerohanian yang sempurna. Pengikut sufi ada tiga derajat, yaitu sufi, mutasawwif dan mustaswif. Sufi adalah yang mati pada dirinya dan hidup oleh Kebenaran: ia bebas dari batas-batas kemampuan manusiawi dan benar-benar telah sampai kepada Tuhan. Dan Mutasawwif adalah orang yang berusaha keras untuk mencapai tingkatan ini dengan cara menundukkan hati dan hawa nafsu (mujahadah) dan dalam pencariannya ia meluruskan tingkah lakunya sesuai dengan teladan mereka (para sufi). Sedanggkan Mustaswif adalah orang yang membuat dirinya secara lahiriah serupa dengan mereka (sufi-sufi) untuk sekedar mencari uang, kekayaan, kekuasaan serta keuntungan-keuntungan duniawi, tapi sedikitpun tidak mempunyai pengetahuan tentang kedua hal ini (kesufian dan tasawuf).

    ReplyDelete
  21. Imam Ibn Kholdun[23] pun berpendapat sama dengan Imam al-Qusyairi; yang pendapat beliau dinukil al-Qonuji dalam kitabnya:
    قال عبد الرحمن بن خلدون : هذا العلم من العلوم الشرعية الحادثة في الملة وأصله : أن طريقة هؤلاء القوم لم تزل عند سلف الأمة وكبارها من الصحابة والتابعين. [24]

    “Abdurahman bin Kholdun berkata: “Ilmu (tasawuf) ini termasuk bagian dari ilmu syariat yang baru lahir dalam Islam (baru dalam pengertian menjadi sebuah ilmu yang teoritis dan independen-penulis). Dan pondasi yang membentuknya adalah mereka (para sufi) adalah orang-orang yang berpegang ada prilaku tokoh-tokoh umat Islam, yaitu para sahabat dan tabi’in.”

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Masjid dan Masjidil Haram

    Didalam Al Quran, kita tidak pernah di wajibkan untuk pergi ke masjid. Pergertian masjid di dalam Al Quran sebenarnya bukanlah berupa sebuah bangunan untuk orang orang mengerjakan sembahyang ritual. Tetapi ia adalah satu perbuatan “act of compliance” seperti kahwin, makan, hormat ibu bapa dan lain lain. Masjidil Haram pula adalah larangan di dalam perbuatan masjid itu seperti kita tidak boleh kahwin kepada ibu, bapa, adik dll.

    Asalkata (root word) masjid adalah “sajada” yang bererti patuh dan ditambah awalan “ma” di depannya. Di dalam al Quran sajadu, yas-judan, usjud, sujud, sajid and masjid adalah dihasilkan dari asalkata yang sama.

    Mari kita lihat beberapa contoh perkataan di mana awalan “ma” di tambahkan kepada perkataan tersebut.

    1. Sahara – yang bererti sihir. Apabila awalan “ma” di tambah kepada perkataan sahara ia menjadi “mashur”. Mashur bukanlah sebuah bangunan tetapi ia bererti “disihir”.

    (15:14-15) Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu. Tentulah mereka akan berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah DISIHIR

    2. Satara – yang bererti rekod. Apabila awalan “ma” di tambahkan ia menjadi “mastur”. Mastur bukan lah “library” tetapi ia bererti direkodkan.

    (52:2) Kitab yang telah DIREKODKAN.

    3. Shahid – yang bererti saksi. Dan apabila awalan “ma” di tambahkan, ia menjadi mashud yang bererti disaksikan.

    (11:103) Ini mestilah menjadi pelajaran bagi orang orang yang takut kepada hukuman Akhirat, itulah harinya yang kesemua manusia akan dikumpulkan - hari yang DISAKSIKAN.


    Dari contoh contoh diatas, perkataaan sajada yang bererti patuh (comply) apabila awalan “ma” di tambahkan di depan perkataan itu, ia bukanlah bererti sebuah bangunan tempat orang bersembahyang. Tetapi perkataan masjid seperti pada ayat 18:21 ialah bererti “act of compliance”.

    Masjidil haram pula bukanlah masjid suci. Ini ialah kerana haram menurut Al Quran tidak pernah diertikan sebagai suci tetapi ia bererti “larangan”. Berikut adalah contoh contoh masjid dan masjidil haram

    Masjid (Act of Compliance) - Kahwin

    Masjidil Haram (Larangan dalam Act Of Compliance) – Jangan kahwin kepada orang yang menyekutukan Allah (2:221), Jangan Kahwin kepada perempuan yang telah di kahwini oleh bapa bapa kamu (4:22), Jangan mengahwini ibu ibu kamu, anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu ……. (4:23), perempuan yang telah bersuami (4:24) dll.

    Masjid – Makan.

    Masjidil haram - Dia hanya mengharamkan untuk kamu dari memakan binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging babi, dan binatang untuk dipersembahkan selain dari Allah… (2:173)

    Masjid – Hormat ibu bapa

    Masjidil haram - Tetapi jika mereka cuba memaksakan kamu untuk mengada adakan pujaan-pujaan disampingKu, janganlah menta'ati mereka. (29:8)

    Menurut Al Quran, dimana saja kita berada, kita mestilah menghadapkan wajah kita kearah masjidil haram. Ayat ini bermaksud dimana saja kita berada, samaada di China, Europe, Jepun dll, kita mestilah mengikut undang undang yang sama. Jika di Malaysia kita tidak boleh berkahwin dengan adik kita, di China juga kita terpaksa mengikut undang undang yang sama.

    Sekian.

    ReplyDelete
  23. HEE HE HEEEE hu hu hu ah ah ahhhh. Tergelak panjang saya.

    Engkau sebenarnya bukan golongan anti hadis tetapi engkau adalah tentera iblis yang mengajak manusia masuk neraka bersama mu. Hari ini engkau mengaku tak solat.. Memang sah engkau ahli neraka dan tentera iblis.

    Tentera iblis macam engkau ni kalau menjelang bulan ramadhan memang cukup aktif berusaha untuk menyesatkan manusia. Celakalah engkau wahai tentera iblis.

    Emjay

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Kebanyakkan orang yang mengaku diri mereka islam tidak tahu langsung tentang pengajaran dari Al Quran. Mereka hanya mempercayai hadis yang di reka oleh orang orang Arab untuk kepentingan diri dan politik mereka.

    Sebagai contohnya kita ambil ayat Al Quran (5:1)

    Ya-aiyu-hal lazi na-amanu aufu-bil ‘uqadi
    Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah memenuhi segala janji janji kamu.

    Uhil-lat lakum bahi-matul an-aam
    Dibenarkan untuk kamu memakan dari binatang binatang ternakan,

    il-laa ma-utla alai-kum
    melainkan apa yang telah di khaskan larangannya di dalam ini.

    Ghoi-ro mu-hil-lis soii-di
    Kamu tidak semestinya dibenarkan untuk pergi memburu

    Wa-antum-HURUMUN
    Ketika kamu dalam LARANGAN

    Ayat di atas mengatakan kita boleh memakan kesemua binatang ternakan kecuali apa yang telah di haramkan didalam Al Quran. Ayat ini juga memberi tahu yang kita tidak lah boleh memburu ketika kita dalam larangan. Kebanyakkan pentafsir Al Quran mentafsirkan ayat tersebut menjadi “kita tidak boleh memburu ketika kita dalam ihram atau ketika kita mengerjakan haji. Tetapi ayat ini sebenarnya adalah berkaitan dengan pemuliharaan alam. Ia di praktikkan oleh kebanyakan negara negara maju seperti Amerika dan Eropah yang mereka menamakannya “No Hunting Season”. Ia amat penting kerana ia boleh menghalang hidupan liar dari pupus di muka bumi ini. Tidak hairan lah mengapa ayat ini terdapat di dalam Al Quran. Ini ialah kerana Al Quran itu LENGKAP dan TERPERINCI dan tiada apa pun yang ditinggalkan dari Al Quran.

    Tetapi, malang nya orang orang Arab telah menukarkan erti “Hurum” yang berasal dari perkataan H-R-M atau “Harama”, yang bermaksud larangan, kepada ihram. Secara tidak langsung, ia menukarkan undang undang “No Hunting Season” atau musim larangan berburu kepada satu perbuatan ritual yang tidak membawa apa apa manfaat kepada umat manusia kecuali kepentingan kewangan untuk orang orang Arab di Mekah dan di Madina sahaja.

    Jika kita perhatikan di negara negara maju, semasa musim larangan berburu itu di kuat kuasakan, kita dapat melihat banyak binatang binatang buruan itu berkeliaran dan tidak ada orang yang mengganggu atau memburu binatang tersebut. Ini selari daengan ayat Al Quran surah 5:94.
    5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah menguji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah mengetahui siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

    Tetapi kalau lah ayat ini berkenaan dengan ibadat megerjakan ihram, kita tidak pernah nampak binatang binatang liar berkeliaran pada masa orang mengerjakan ihram itu walaupun Allah telah berjanji untuk menguji kita seperti ayat 5:94..

    Sekian.

    ReplyDelete
  25. Salam,
    Apa nak dihairankan dengan golongan pemakan anjing ni.. semua dibedal.
    hinggakan ayat 5:1 difahamkan sebagai "no hunting season", agaknya dilarang memburu anjing... ya lah agak2 binatang buruan apa yang ada dipadang pasir?

    ReplyDelete
  26. Salam tamu2

    Quote [Apa nak dihairankan dengan golongan pemakan anjing ni.. semua dibedal.]

    Yang lebih penting saya bukan lah penyembah batu.

    Quote [agak2 binatang buruan apa yang ada dipadang pasir?]

    Memang betul. Itu lah Allah tidak lah bodoh untuk membuat ayat yang tidak masuk akal. Itulah sebab nya pengertian ayat (5:1) itu sepatutnya di ertikan sebagai larangan untuk memburu ketika kita dalam larangan.

    Larangan untuk memburu itu bukan lah perkara yang baru. Ia pernah di kuatkuasakan kepada umat Nabi Salleh.

    [11:64] "Wahai kaumku ini adalah unta Allah untuk dijadikan sebagai bukti bagi kamu. Kamu mestilah membiarkan ianya makan dari bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sebarang kecederaan, agar kamu tidak disegerakan dengan hukuman."

    [26:155] Dia berkata, "Ini adalah seekor unta yang akan hanya meminum pada sehari yang telah dikhaskan kepadanya; suatu hari yang berlaianan dari hari hari yang ditentukan oleh kamu meminumnya.

    [26:156] "Janganlah mengenakannya dengan sebarang kemudharatan, supaya jangan sampai kamu ditimpa balasan dihari yang amat menggerunkan."

    [11:65] Tetapi mereka menyembelihnya. Maka dia berkata, ""Kamu hanya ada tiga hari untuk hidup. Inilah ramalan yang tidak dapat dielakkan."

    Daripada ayat ayat diatas, kita boleh lah membuat kesimpulan yang unta yang dimaksudkan dalam Al Quran itu adalah unta liar. Ini terbukti pada ayat (26:155) dimana Nabi Salleh melarang umatnya untuk mengganggu tempat minum unta itu pada hari hari yang tertentu supaya unta itu dapat minum tanpa gangguan. Ia juga melarang umatnya dari mencederakan unta tersebut.

    Tetapi umat nya tidak memperdulikan perintah Nabi Salleh. Mereka memburu dan membunuh unta tersebut lalu mereka di timpa balasan dari Allah.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum saudara/i sekelian,

    http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah7.htm

    link ini mungkin berguna untuk pemahaman dan benteng kita kepada golongan anti hadis, anti ulama, anti Al-Quran(mencari ayat khusus untuk berdebat shj). mudah2an kita dilindungi Allah drpd golongan ini.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum...
    saya cuma mahu menambah dan mahu manyangkal dakwaan sprti adampeter4 tu...klu sy nk ckp, mmg pnjg lebar la, wlupn sy bkn betul2 arif tntg agama, namun sy berusaha mendalami agama demi kbahgiaan di dunia n diakhirat....insyallah berkekalan....cuma sy teringat msa bljr sekolah agama dlu, ada satu kutbah yg dipangil 'KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SEBELUM WAFAT' yg sy copy pste dr blog yg berbunyi

    "Wahai Manusia,

    Dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
    Wahai manusia,

    Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlalah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia,

    Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
    Wahai manusia,

    Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah. Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
    Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia,

    Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya! Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

    (Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah S.A.W pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)

    kpd mereka yg mau menyesatkan agama islam, laknatlah kau yahudi...walaupn kau bole bljr bhasa byk pn, tp ko x knal ALLAH n mengakui Muhammad (S.A.W) tu rasul terakhir, binasa lah ko sperti mane dlm Al-quran...sesungguhnya, YAHUDI termasuk kaum yg sombong dan rugi...Jauhilah ko dr anak cucu ku....amin....

    ReplyDelete
  29. Emjay adalah syaitan bertopengkan pendakwah. Sentiasa mencari kesalahan orang lain,mencaci dan menghina orang yang tidak sependapat dengannya.Saya ada seorang sahabat yang hendak memeluk Islam dan mencari content tentang Islam dalam google dan membuka laman emjayjb ni. Setelah membaca komen dan pendapat emjay dia kini bertukar fikiran. Emjay tidak menunjukkan contoh Ustaz yang beriman katanya, berlainan dengan pendakwah kristian yang dianutinya. Sentiasa sabar dan menunjukkan sifat mendengar apabila menerima komen orang lain. Kalau inilah cara awak mengendalikan laman yang kononnya untuk membantu sesama Islam, lebih awak hentikan saja amalan ini. Merosakkan Ugama yang mulia ini saja. Ambil gambar profail pun tak ikhlas, dari belakang melambangkan sifat awak. Berlagak pandai dalam ilmu perubatan Islam.Ubatilah hati dan sanubari awak dulu. Syaitan bertahta dihati awak.

    ReplyDelete
  30. Ini adalah contoh komen2 awak:
    1.Engkau sah bodoh tidak boleh diajar pandai tak boleh diikut. Tengoklah apa yang kau tulis dibawah ini:
    2.HEE HE HEEEE hu hu hu ah ah ahhhh. Tergelak panjang saya.
    3.INILAH TULISAN SALAH SEORANG YANG ANTI HADIS. Ini adalah orang KAFIR LAKNAT. Menentang hadis.
    4.Ha ini satu lagi tentera iblis pendokong anti hadis namanya adampeter4.
    5.Engkau ni orang Islam atau engkau ni spesis yang dibayar untuk merosak orang Islam??
    6.Nyahlah engkau dari Laman Emjay
    Pembaca budiman, Inikah caranya seorang Ustaz berdakwah? Tidak malukah anda mempunyai pendakwah sebegini dalam Islam. Rasullah sendiri pernah diludah kemuka nya dan hanya melapkan mukanya.Kata ahli sunnah tapi bersifat syaitan. Separuh Iman pun tak ada kerana tidak mempunyai kesabaran langsung.






    ReplyDelete
  31. Kalau nak cari duit jual saja ilmu-ilmu melawan Jin awak tu jangan nak jual ugama pula. Jin dan iblis dalam diri sendiri pun tak boleh diubati.

    ReplyDelete
  32. Salam anah88

    [31:6] Diantara manusia, ada yang memegang HADIS YANG TIDAK BERASAS, lantaran itu menyesatkan yang lainnya dari jalan Allah dengan tidak berilmu pengetahuan, dan mengambil mudah saja. Mereka ini akan menerima hukuman yang menghinakan.

    Peace....

    ReplyDelete
  33. NAMA ENGKAU SANGAT TERKENAL DI NERAKA

    ReplyDelete
  34. Waalaikumussalam wbh

    Jazakallah Khairon gertaq

    Emjay

    ReplyDelete
  35. Waalaikumussalam wbh

    Jazakallah Khairon anah88

    Emjay

    ReplyDelete
  36. La engkau nidinto774 pun bersekutu dengan adampeter. Bertaubatlah kerana sesungguhnya azab Allah SWT tu amat pedih.

    Emjay

    ReplyDelete
  37. Mulai hari ini saya sudah locked segala reply dari adampeter4 yang SESAT kerana menolak hadis.

    Orang macam ini di Malaysia memang ramai maklumlah mereka di BELA. Agaknya untuk menjadi tentera dajjal.

    Emjay

    ReplyDelete