Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 5 April 2007

Bila ulamak dan mufti nak bertindak kepada laman seperti ini?????


Berikut adalah petikan yang saya ambil dari url: http://www.e-tendaishopping.com/malay_book_9044M.htm
BERIBU-RIBU PEMBACA MELAPORKAN -

PEN KUASA SAKTI




Sesuai untuk semua agama. Ini adalah Edisi Terbaru, Julai 2004, 88 mukasurat. Sudah cuba barulah tahu kesannya.
Banyak pembaca telah memberi testimoni-testimoni yang gembira setelah membeli buku ini. 
Beberapa contoh:

Seorang kerani, kecewa dengan kelakuan rakan sekerjanya, mencuba PEN KUASA SAKTI. Dua minggu kemudian rakan sekerjanya dipindahkan ke jabatan lain!

Seorang wanita, putus harapan gara-gara ketidaksudian teman lelaki mengahwininya, mencuba PEN KUASA SAKTI. Teman lelakinya menelefon pada kemudian harinya!

Satu pasangan dewasa mendapati kehidupan mereka menjadi sengsara setelah sebuah keluarga bermasalah berpindah di sebelah rumahnya. Mereka mencuba PEN KUASA SAKTI; enam minggu kemudian keluarga tersebut diusir!

Seorang janda melaporkan kemenangan loteri yang berturut-turut! Dalam enam bulan, kemenangannya berjumlah $35,000!

Ia adalah jawapan kepada segala keinginan anda kerana ia sangat mudah dan efektif! Sesiapa saja boleh
melakukannya! Anda boleh melakukannya walaupun sakit dan terlantar di katil!

KUASA sakti yang anda akan seru dalam doa atau jampi dalam buku ini sangat berkesan! Ia adalah ilmu sakti hebat yang sama digunakan oleh ahli-ahli ilmu batin zaman dahulu!

SEGALA tanda dan simbol berkuasa yang tepat dan sama yang digunakan oleh ahli-ahli kebatinan ada didalam buku ini!

Inilah buku yang anda sedang tunggu-tunggu kerana ia mengajar ilmu batin yang betul, berkuasa, dan mudah!

Anda TIDAK PERLU guna kemenyan, lilin, minyak, dan sebagainya! Anda tidak perlu membuat apa jua penggambaran! Anda tidak perlu susah payah bergelut untuk menggambarkan semua kemahuan anda lagi! Tiada teknik yang lebih senang!


Ia boleh menyebabkan perhubungan romantik . . .
Ia boleh membuatkan seseorang menjadi hamba cinta anda yang rela (anda fikir kami bergurau? Cubalah ia!) . . . Ia boleh mendatangkan wang kepada anda dengan tidak disangka-sangka ... Ia boleh menyebabkan orang lain menjadi murah hati dengan anda. Bukan itu saja, sekiranya anda mahu memberi amaran, ajaran atau contoh tauladan kepada seseorang, PEN KUASA SAKTI boleh membalas dendam untuk anda. Tetapi jaga: teknik akulta ini boleh hancur binasa.

Rahsia Pen Kuasa Sakti terkandung dalam simbol-simbol kuno dalam buku ini. Anda hanya perlu melukis
mereka dengan pen dan kertas. Ia tidak menjadi masalah jika anda tidak mahir dalam lukisan atau tulisan. Ketepatan dan gaya tidak penting.

Anda boleh menggunakan pen dan kertas biasa. Anda tidak memerlukan sebarang dakwat sihir, pen atau kertas istimewa. Ianya sangat mudah, kanak-kanak pun boleh melakukannya!

Buku ini tidak mempunyai sebarang kepercayaan karut. Ia menyampaikan ajaran ilmu batin yang benar dalam cara yang sangat mudah dan sungguh praktikal.

Anda tidak pernah melihat arahan-arahan ilmu batin yang disampaikan dengan jelas dan mudah. Kami telah
berusaha sedaya-upaya untuk membuatkan hal kuasa sakti mudah diperolehi oleh banyak orang. Setiap muka surat mengandungi satu upacara PEN KUASA SAKTI dari mula hingga akhir: semua perkara yang anda perlu tahu diberikan dalam bentuk lengkap pada setiap muka surat. Anda tidak perlu membuat rujukan di merata-rata tempat. Anda tidak perlu berlatih berminggu-minggu. Anda boleh mula hari ini juga!

Jika anda mempunyai pen dan kertas, anda boleh mulakan sekarang juga. Anda boleh lakukannya walaupun anda terlantar sakit di katil. Anda boleh lakukannya di mana-mana saja mengikut cara dan waktu yang sesuai bagi anda.

Ilmu kuasa sakti ini asli dan berkuasa. Tiada sebarang gimik dalam buku ini. Tiada ayat atau tunjuk ajar
yang terlalu panjang lebar; hanya maklumat yang praktikal dan langsung.

Penumpuan pemikiran anda dengan pen dan kertas dikira sebagai satu upacara yang berunsur ghaib. Apabila ia dilakukan dengan simbol-simbol kuno dalam buku ini, ia menjadi satu daya yang berkesan untuk mencapai segala keinginan anda!

Ia adalah satu kuasa yang tiada orang boleh tentang. Pihak yang berkuasa tidak boleh melawannya. Ia
bekerja dengan senyap dan tersembunyi melalui getaran-getaran corak kosmos dan mempengaruhi secara langsung segala pemikiran dan emosi mereka yang anda sasarkan.

Seorang pemuda yang menulis surat yakin bahawa ia adalah PEN KUASA SAKTI yang membuatkan majikannya menaikkan gajinya. Dia juga menggunakannya untuk memenangi cinta seseorang yang tidak mempedulikannya sebelum ini.

Orang yang mempunyai kesukaran dalam melukis, menulis atau menggambarkan sesuatu tidak perlu bimbang. Anda hanya memerlukan pen dan kertas untuk melukis tanda-tanda dan simbol-simbol dalam buku ini. Anda tidak diminta untuk menjadi artis. Samada anda lukis dengan elok atau teruk tidak menjadi
masalah. Untuk kata-kata kuasa yang berunsur ghaib, anda hanya perlu menyalin mereka sebagaimana yang ditulis dalam buku. Senang. DAN INGAT, TIADA PENGGAMBARAN.

Orang Mesir purba percaya bahawa menulis dan melukis adalah tindakan-tindakan yang berunsur ghaib. Hanya para paderi dan ahli sihir boleh melakukannya. Oleh itu, orang ramai tidak dibenar belajar menulis dan melukis. Orang purba percaya bahawa kuasa-kuasa ketuhanan terdapat dalam pelbagai tanda, simbol dan imej. Mereka percaya jika seseorang melukis simbol-simbol dan imej-imej itu dengan penuh niat, dia sedang membuat doa untuk meminta pertolongan kuasa-kuasa ghaib. Ini adalah sama dengan membuat doa yang menyeru Tuhan.

Di Mesir dan di tempat lain dalam dunia purba, ahli-ahli sihir menjadi lebih kaya dan berkuasa kerana mereka menggunakan apa yang pengarang buku ini panggil PEN KUASA SAKTI.

NIAT-NIAT ANDA YANG DINYATAKAN MELALUI SIMBOL-SIMBOL DAN AYAT-AYAT YANG BERUNSUR GHAIB DI ATAS KERTAS MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENYEBABKAN SESUATU PERKARA MENJADI KENYATAAN.

Tetapi anda tidak perlu memahami hal ghaib ini. Untuk mendapatkan cahaya elektrik, anda hanya memetik suis lampu; anda tidak perlu menjadi seorang juru elektrik. Begitu juga, anda hanya ikut arahan-arahan yang mudah dalam buku ini untuk menjadikan impian anda satu realiti!

  • Mendapatkan seorang kekasih yang anda mahu!
  • Bagaimana untuk mendapatkan cinta rahsia anda!
  • Bagaimana membuatkan seseorang cintakan anda saja!
  • Bagaimana untuk memperolehi wang dengan cepat!
  • Bagaimana mendapat wang dengan tidak disangka-sangka!
  • Bagaimana untuk mendapatkan kerja atau naik pangkat!
  • Bagaimana untuk membuatkan seorang jiran berpindah!
  • Bagaimana melindungi diri daripada orang bermasalah!
  • Bagaimana mempertahankan diri daripada kena serapah!
  • Bagaimana untuk mengucapkan doa atau jampi supaya mendatangkan kecelakaan kepada musuh-musuh anda!
  • BAGAIMANA MEMBALAS DENDAM DALAM KEWANGAN!
  • Bagaimana membalas dendam ke atas bekas kekasih anda!
  • Bagaimana membalas dendam untuk ketidakadilan anda!

PEN KUASA SAKTI adalah untuk semua agama. Kuasa Kehidupan akan memenuhi hasrat anda jika anda berani cuba.

BONUS: All the Exclusive
Benefits - Free Bonuses - and MORE in the

Customer Page!
They add Value to your purchase.

Click here
to go there.

Goods and services provided by E-tendaishopping.com. (XX, MALAYSIA). Sold by 2CheckOut.com Inc. (Ohio, USA).


Harga: US$15.00 (RM57.00)
...........................................................
#9044M
Untuk memesan melalui pos, sila klik di bawah:






Lain-lain buku Bahasa Melayu, Program Bisnes, barangan dan perkhidmatan boleh didapati di halaman-halaman di bawah:





Ayat-Ayat Sakti
Yang Berkesan


101 Azimat Sakti
Ajaib



Ilmu Kaya Sakti - Batu Azimat Kaya


Ilmu Cinta Sakti -
Batu Azimat Cinta


Ilmu Tuah Sakti -
Batu Azimat Tuah



Borang Pesanan


Perkhidmatan Doa
Niat
Sakti



Peluang Wang:
Lesen Hakcipta


Kursus Kuasa Minda


Buku 1: Saya Boleh, Saya Berazam.


Buku 2: Kegagalan Dlm Kehidupan


Buku 3: Empat Kata Kerja


Buku 4: Berjaya Melalui Keunikan


Buku 5: Selalu Menang


Buku 6: Bukan Apakah
...


Buku 7: Meningkatkan Kuasa Minda


Buku 8: Pengetahuan Yang Tinggi


Buku 9: Menetapkan Matlamat


Buku 10: Menaruh Kepercayaan


Buku 11: Taraf Hidup Tinggi


Buku 12: Tugas Hidup


Kesihatan, Kejayaan, Kebahagiaan


Buku 14: Daya Pengetahuan


Buku 15: Azam Untuk Berjaya


Buku 16: Mahu Hidup Senang


Buku 17: Daya Hidup Hasil Kejayaan


Buku 18: Bertimbangrasalah Sedikit


9059M - Rahsia Kuasa Minda


Malay Hot Mail


Plan 22AM Kursus Kejayaan Mega


A1008M Selesaikan Semua Masalah


Malay Syiling Bertuah


Kaset Muzik Meditasi
Gua Hantu


Program Bisnes
Agen Pemasaran


Pen Kuasa Sakti


Program Bisnes Agen
Peniaga


Pelan Pemasaran,
Panduan


Komisen dan Bonus


Jadual Komisen


Peluang Wang:
Laman Web Bisnes



Buku-Buku Kejayaan



Buku-Buku Kekayaan




24 comments:

  1. nak buat camna...ulamak yang lantang bersuara pun puak2 jahanam nie tebang... nikan pulak perkara2 mcm nie..mmg takkan jadi aper2 punya....

    ReplyDelete
  2. Begitulah negaraku Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Maklumat2 berkenaan website yang jelas mempunyai unsur2 syirik ini mungkin tidak pernah dicapai oleh golongan ulamak berautoriti. Mana mungkin dgn jumlah website yang tak terkira banyaknya untuk mereka menyusuri dan memantau isi kandungannya, mungkin? Adalah menjadi tanggungjawab kita yang mendapat informasi ini untuk kita salurkan aduan kepada yang berkenaan. Kemudian terserah kepada mereka yang berkuasa untuk mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  4. Satu pandangan yang baik. Ada yang tahu saluran tak untuk disalurkan maklumat seperti ini? Kalau ada silalah kongsikan

    ReplyDelete
  5. Fwd kpd jab agama dulu.. Mrk kan ada email jugak. Paling tidak pun kita dah buat langkah pertama. Soal tindakan tu luar bidang kuasa kita..

    p/s: mana tahu, nanti org jab agama pun akan bagi alasan mcm itu. Mgkn betul, kuasa mrk terhad

    ReplyDelete
  6. em, actually ni la dunia kite penuh dengan cubaan..ni la dikatakan fitnah diakhir zaman..kite sesama manusia menyalahkan sesama sendiri dan penuh dgn sindiran...tp tiada percubaan untuk menghapuskannye..salahkan mufti, ulamak &mcm2 lagi..mintak maaf kalau tkasar bahasa..

    kite ni banyak berkata2 tapi kurang melakukkannye...

    fikir dan fikirkan....

    salam
    bellowlower aka cicakman....

    ReplyDelete
  7. Sekurang-kurangnya saya menegah umat dengan tulisan saya. Tetapi jangan pula kita mengajak umat untuk sesat melalui tulisan. Gunakan akal, ilmu dan tulisan bellowlower dengan sewajarnya kerana itu semua akan dipersoal oleh Allah di akhirat. Lebih baik baik kita tak tahu tetapi diam daripada tak tahu tetapi konon macam banyak tahu dan mengajak umat untuk jadi bodoh dan tidak tahu.

    Sesiapa yang berdakwah tanpa ilmu maka ia akan lebih banyak merosak daripada memperbaiki.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. anda bercakap belakang tentang mufti dan ulamak di malaysia..anda tidak meningkatkan mutu mufti dan ulamak dan ini yang menyebabkan ramai yang tidak berminat dan tak suka..seperti anda sendiri jika sy bercakap belakang adakah anda akan marah/melenting??

    hehe...fikir dan fikirkan

    salam.

    bellowlower aka cicakman

    ReplyDelete
  9. memang tugas mufti untuk membebaskan orang awam dari kesyirikan.

    ReplyDelete
  10. Dalam iklan di atas... iklannya berunsur syirik kerana iklan ini orang cina bukan Islam yang buat... dan web tersebut dijual kepada kepada sesiapa yang berminat untuk jadi ejen produk tersebut sebab tu lah ayatnya teruk bebenor.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya dah naik berbuih dah mulut Ulamak kita memberi nasihat sana dan sini. Dah hati tu hitam, nak buat camana.

    ReplyDelete
  12. ulama dan mufti ada tanggungjawab dan perana yg lebih besar. Kalau mereka hendak meniliti satu persatu laman2 web seperti yang jumlahnya bukanlah sikit,bah kan beribu-ribu malah mungkin berjuta. Nescaya masa mereka hanya habis depan computer jer la.Umat terabai.Jadi biarlah masalah yang seperti ini kita sama2 ambil tanggungjawab. Jangan bebankan pada ulama.
    Pokoknya mudah. Apa yang bertentangan dengan agama walau dari mana sekalipun. Janganlah ikut.Apa lagi ikut dengan membabi buta.wallahu a' lam

    ReplyDelete
  13. "PEN KUASA SAKTI" pun sudah membayangkan unsur2 kesyirikan dalam kalimatnya.
    Oleh itu fikir2 la.

    ReplyDelete
  14. Jangan asyik nak tengok pen kuasa sakti je...
    Cubalah tengok dan dalami setiap yang dihujahkan oleh Musim Joned ni,
    nanti anda tahullah...
    hint.. dengar je berkokon dah tahu itu ayam, tak payah tengok ayamnya pun!!
    dengarje beketak, dahtahu ayam bertelor, tak payah tengok pun...
    samalah... baca je yang Muslim ni tulis, dah tahu dah siapa belakang dia....
    Saya tak ulas, pembaca carilah sendiri. Tapi kalau minta boleh gak...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh heheeheee

    Cara penulisan engkau ni heheeheeee buat memalukan nama UTMlah. Dalam alam cyber ni, kita bukan boleh berahsia sangat. Saya pun bukan berahsia sangat. Ramai dah pembaca Laman Emjay yang sudah menjadi kenalan dan sudah datang ke rumah. Ada pula yang saya sudah berkunjung kerumahnya.

    Saya tahulah juga bahawa sdr heheeheee ini adalah staf UTM dengan IP Address 161.139.192. Kalau saya nak berkunjung ke bilik sdr pun insya-Allah boleh di cari.

    Gaya penulisan sdr di dalam reply di atas menunjukkan sdr ini penyokong pen kuasa sakti. Sejahat-jahat antijumud (kini alhamdulillah beliau telah bertaubat dan menggunakan nickname antijumudpencen) dan 2542596, mereka masih menyokong tindakan saya membanteras pen kuasa sakti. Namun saya amat sedih sdr heheeheee sebagai seorang staf UTM rupanya penyokong pen kuasa sakti.

    Semoga sdr heheeheee diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah SWT dan dimatikan dalam iman.

    Wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Ko dah benteras ke belum ??? Cakap je lebeh!!! ka ka ka ka ka

    Yg ni aku sokong ko 110 % , mua hahahahahaha

    ReplyDelete
  17. Bila kebatilan dah terlalu banyak maka hak itu akan tenggelam. Tukang bagi dakyah baru ada macam2. Suka ambil pendekatan kefahaman yang mudah tanpa merujuk mana kita muktabar. Ini main pakai sedap mulut nak cakap apa pun tak apa. Tapi yang paling aku risau bila ada dakwah halus yang menyesatkan orang lain. Yang nampak itu memang jelas tapi yang macam laman ini aku tak setuju aaaar. Guru2 muktabar dulu baca doa lepas solat tak ada mudarat apa2 pun. Malah kemulian itu datang juga.

    ReplyDelete
  18. Lagi bahaya sdr penentang yang menyuruh orang awam menjadi syirik sebagaimana saranan sdr dalam reply di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/162/PELARIS_HARAM_DAN_SYIRIK?replies_read=34

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Saudara MJ mazhab yang mana? Tidakkah pendapat muktabar itu boleh diguna pakai. Bukan dari riwayat hadis yang palsu tetapi itulah hakikat yang perlu semua orang tahu. Adakah aku menyuruh atau menyatakan kebenaran?

    ReplyDelete
  20. satu2nya dosa yg Allah x akan ampunkn adalah SYIRIK

    ReplyDelete