Jin , iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan Allah selain malaikat dan manusia. Menurut Al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (15, Al Hijr:26-27)
26. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.
27. dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
Syaitan
Dari segi definisi syaitan yang boleh diguna pakai dan disepakati ulama ialah:
“Semua yang membangkang (ingkar) baik jin, manusia mahu pun binatang/kuman dinamakan syaitan”. Dari definisi ini dapatlah dikatakan bahawa pelaku sesuatu yang buruk atau sesuatu yang tercela dari sisi Islam adalah syaitan sama ada manusia atau jin (atau juga binatang / kuman).
Jin
Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu asal dari kata kerja “janna” yang bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.
Jin tergolong dalam dua golongan , iaitu jin beriman dan jin kafir berdasarkan Al-Quran Surah Al-Jin (Q72:1-4; 14-15)
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
2. `Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami.
3. `Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
4. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) Bahawa sesungguhnya: (ketua) Yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata Yang melampaui kebenaran;
14. `Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar,
15. ` adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. '
Termasuk dalam golongan jin kafir ialah nama-nama seperti Ifrit, Iblis dan Qarin.
Jin adalah makhluk halus yang diciptakan Allah dari api. Jin yang membangkang dan ingkar serta mengajak kepada kederhakaan kepada Allah adalah satu jenis syaitan. Manusia yang derhaka dan mengajak kepada kederhakaan juga adalah syaitan. Jadi syaitan tidaklah semestinya hanya diwakili oleh golongan jin tetapi ia juga diwakili oleh manusia. Sebagai latihan, adakah Firaun dan George Bush boleh dipanggil syaitan??
Syaitan dengan penjelasan ini boleh terdiri dari jin atau manusia. Kedua-dua golongan ini mempunyai sifat yang berbeza tetapi tugas yang sama iaitu menyebarkan keingkaran dan kederhakaan serta kerosakan di muka bumi. Apa yang dinyatakan ini amat selari dengan firman Allah dalam Al-Quran surah Al An’aam:112 dan An Naas:1-6
112. dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, (Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi)
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan berurusan dengan jin. Ini kerana mereka sentiasa sedaya upaya terhadap manusia agar melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah. Golongan jin itu akan menimbulkan masalah. Berikut adalah penjelasan Allah dalam Al Quran berkaitan meminta bantuan kepada jin::
"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka (jin ini) menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6)
Iblis berasal daripada golongan jin seperti disebut Allah dalam Al-Quran Al Kahfi (18:50).
50. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka pilih itu.
Sememangnya manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (AS), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara syariat dan mukjizatnya, Al-Quran An-Naml (Q27:17)
17. dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
Dalam Al Quran perkataan Iblis hanya ditemui dalam bentuk tunggal (singular) yang membawa maksud satu iblis. Syaitan pula dalam Al Quran terdapat dalam bentuk tunggal iaitu syaitan dan bentuk jamak (plural) iaitu syayaathiin. Dengan ini bolehlah dijelaskan bahawa iblis adalah dari golongan jin yang asalnya satu (tunggal) yang menjadi asal usul keturunan bagi semua anak cucu syaitan dari golongan jin sehingga masa kini. Lihat Al Quran Al A’raaf:14
14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang tertentu)".
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
Dari keterangan Al Quran Al A’raaf:14-18 di atas, dapat ditafsirkan bahawa Allah telah memberi izin kepada iblis untuk panjang umurnya (hingga beribu tahun ?) untuk memainkan peranannya iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menyesatkan manusia dan jin lainnya.
Nabi SAW bersabda: “sesungguhnya syaitan (dari golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dari itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu. (HR. Bukahri Muslim”).
Syaitan jin termasuk makhluk ghaib / halus yang dapat menyelinap ke segala tempat dalam keadaan bagaimanapun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga ia dapat berleluasa menggoda dan menyebarkan kerosakan kepada manusia sebagaimana isyarat hadis di atas.
Dorongan kejahatan dalam diri kita boleh datang dari nafsu dan juga dari dorongan syaitan atau iblis. Sebenarnya adalah mudah untuk mengenali hasil tugasan mereka melalui tusukan ke hati ini. Namun yang lebih penting selepas ini adalah untuk mengenalpasti syaitan di kalangan manusia yang terus bertugas untuk menjerumuskan manusia ke neraka. Seorang manusia sukar menjadi jahat apabila terdedah kepada syaitan jin dan iblis semata-mata tetapi seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada kejahatan hasil dari pengaruh syaitan manusia yang menjadi sahabatnya.
Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kejahatan ingkar perintah Allah, Allah akan menghadiahkan syaitan dari golongan jin bernama Qarin yang menjadi satu lagi teman setia yang tidak lekang yang akan terus menggoda dan menjerumuskan pelaku ke neraka seperti ayat Al Quran Az Zukhruf 43:36
36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya.
Sekian buat kali ini, wassalam wallahua'lam
Emjay
Assalamualaikum Wr. Wb.
ReplyDeleteTerima kasih di atas huraian Ustaz.
Saya pernah mendengar pendapat orang dan pula pernah membaca buku. Menurut pendapat orang dan pembacaan buku tersebut dinyatakan bahawa yang mampu memindahkan singgasana ratu Balqis adalah seorang hamba Allah (bangsa manusia) yang memiliki ilmu, bukan bangsa jin sebagai mana pendapat orang ramai. Fakta sejarah ini menurut pendapat dan pembacaan tersebut sekaligus membuktikan bahawa dengan ilmu dan iman manusia akan dapat mengatasi kemuliaan jin dan bahkan para malaikat sekalipun.
Mohon huraian Ustaz.
Terima kasih wa jazaakumullaahu khaiir.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteMemang dalam Al Quran begitulah yang dinyatakan oleh Allah. Walau pun ifrit sanggup membawa istana ratu Balkis, kesudahannya seorang orang alim dapat membawanya dengan lebih pantas.
Saya terus terang tiada ilmu untuk mengulasnya dan hanya Allahlah yang mengetahui bagaimana ianya dapat dilakukan oleh seorang manusia, jauh mengatasi kemampuan jin.
Kalau kita lihat Nabi Sulaiman mengawal burung pun tiada manusia masa kini dapat menjelaskannya dan saya ambil mudah sahaja bahawa Allah mempunyai ilmu yang maha hebat dan jika diberikan seperti kepada Nabi Sulaiman, jin dan burung pun dibawah kawalannya.
Wassalam wallahualam
Emjay
Berikut adalah penjelasan Allah dalam Al Quran berkaitan meminta bantuan kepada jin::
ReplyDeleteGolongan jin itu akan menimbulkan masalah. Allah memperingatkan dengan sebuah ayat berbunyi,
"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka (jin ini) menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6)
Emjay
bagaimana pula dgn saka keturunan di mana ia diamalkan oleh orang dulu-dulu dan kini menggangu kehidupan anak cucu.bagaimana cara terbaik untuk menghindarkan dan menghapuskannya tanpa memesongkan akidah..
ReplyDeleteBab ini lebih mudah berbincang secara bersemuka.
ReplyDeleteSaya menjemput halyfa untuk datang ke JB untuk berbincang berkongsi ilmu. Menginaplah di rumah saya barang dua hari. Banyak perlu dikongsikan.
Email saya di kangmasjb@hotmail.com untuk dapatkan telefon dan alamat rumah saya di JB.
Emjay
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNak tanya satu soalan memandangkan ustza ni boleh mengubat orang sakit boleh tak ustaz tangkap Iblis -jin kafir yg ganggu sipolan-sipolan ,tak boleh bunuh iblis cuma kuasa
iblis tu kita matikan mesti ada cara dia ?Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari dibangkitkan ia itu (hari kiamat)".Iblis tak mati hingga hari kiamat . Contohnya mematikan hikmat /kuasa mistik yg ada pada keris lama kalau tak dimatikan nanti Iblis jin kafir tu akan ganggu tuan punyanya atau keturunannya. Macam nilah ustaz kalau ada ilmu yg lebih baik daripad apa yg ustaz belajar tu nak ikut saya tak ? Ini email saya ................
saya selalu ke forum Tranung kte saya dah mengikuti perkembangan ustaz selama ni ,yang baik dtangnya dari Allah swt yang tidak baik datngnya dari Iblis laknatullah ....
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteDengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
Selamat datang jinislam ke laman emjay. Semoga kehadiran mu menjadi rahmat kepada kami semua.
Biarkanlah syaitan dan iblis dengan kerenah dia. Memang perangai dia macam tu. biarkan dan hormatilah pendirian mereka. Yang penting jagalah diri kita semua agar jangan mengikut syaitan dan iblis ini. Bab mati dan mematikan kuasa mereka ini saya serahkan bulat-bulat kepada Allah.
Buat apa tangkap-tangkap mereka dan matikan kuasa kejahatan mereka. Dalam Islam tidak ada penjara. Mencuri potong tangan tak perlu masuk penjara. Zina rejam atau rotan habis cerita tak payah susah-susah buat penjara. Bagi pandangan saya insan yang lemah dan kerdil ini, memadailah mohon pertolongan seperti aku mohon perlindungan dari syaitan yang di rejam. Saya sekadar minta Allah agar memberikan perlindungan kepada kita semua. Bab untuk membalas-balas kepada syaitan ini (termasuk iblis) biarlah jadi kerja Allah. Begitulah juga yang diajarkan bila masuk ke tempat syaitan dengan berdoa "Allah Humma lindungilah aku dari gangguan iblis jantan dan betina". Saya di ajarkan untuk sekadar mohon perlindungan dari gangguan syaitan dan iblis. Saya tidak diajarkan untuk menangkap apatah lagi menyakiti makhluk Allah jenis yang ingkar ini. Mereka memang banyak tinggal disekitar kita. Qarin kita lagi sangat rapat dengan kita. Tidak pernah lekang dan berjauhan langsung. Dalam bilik air kita (ada tiga dalam rumah saya) memang tempat tinggal mereka. Saya sekadar menghormati mereka sebagai makhluk Allah. Biarkanlah mereka duduk disitu atau tempat-tempat lain yang mereka suka. Kita tak nampak mereka tetapi mereka nampak kita. Berdoalah sahaja kepada Allah supaya kita semua dielakkan dari gangguan mereka.
Sekian wassalam wbh wallahualam
Emjay
assalamualaikum asal usul syaitan samada berjantina atau tidak?
ReplyDeleteSyaitan manusia memang ada jantina lelaki perempuan.
ReplyDeleteSyaitan dari jin juga ada jantina sebagaimana di ajarkan doa oleh Nabi sebelum memasuki bilik air. (Ya Allah lindungilah aku dari gangguan syaitan jantan dan betina)
Emjay
assalamualaikum..
ReplyDeletesy pernah tergengar ceramah di mana akan ada satu kaum selepas Rasuluulah yang mana kaum itu tidak akan diganggu atau didekati oleh jin syaitan dan iblis.
benarkah pernyataan itu dan siapa yang tergolong dalam kaum itu?
guru saya ada berpesan kepada saya.
ReplyDeletelepaskan lah jin dan syaitan dari tangan seseorang makan jin dan syaitan tadi akan kembali ke jalan Allah.Maksud disini sekiranya seorang bomoh menggunakan khadam atau jin sebagai perantaraan dan seseorang melepaskan khadam tadi dari tangan bomoh itu jin tadi akan berterima kasih kepada yg melepaskanya dan jin tadi akan kembali sujud kepada Allah.
Guru sdr berkata demikian?? Adakah sebarang sandaran nas-nas yang sahih semasa guru sdr berkata demikian??
ReplyDeleteEMjay
saya rasa tidak perlu dalil atau nas untuk menerangkan perkara ini.secara logik akal hamba yang berkerja dibawah majikan yang zalim turut melakukan perkara yang sama sekiranya seseorang membantu membebaskan dirinya dari majikannya yang zalim.
ReplyDeletetristripes, nape tak mau gunakan dalil, nampak dah sekarang ni cakap2 kosong jer!.samalah sengan guru awak....seperti apa yang ust mj cakap kalu awak benar kemukakan dalil.......ust mj habrashid minta maaf banyak2.Mungkin banyak perkara yang habrashid tak tahu....maafkan habrashid.....
ReplyDeleteProf emjay kenal ustaz Jumadi Mustar di Taman Mawar, Pasir Gudang tak? atau pun pernah dengar cerita tentang dia dan rawatan alQuran? terima kasih.
ReplyDeletesalam saudara emjay...betulkah syaitan n iblis blh dibunuh? setahu saya syaitan tak mati hingga tiba hari kiamat.
ReplyDeletesaya berkunjung ke site ni~> http://ilmuhaq.multiply.com/
di sana...tuan MP tu kata dia ingin bermuzakarah dgn saudara emjay mengenai perubatan islam or something like that...adakah ia telah berlaku(muzakarah)? dan apa hasilnya?
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteMuzakarah telah diadakan. Saya tetap berpendirian bahawa syaitan dari golongan jin tidak boleh dibunuh. Hujah saya adalah hujah yang diambil dari sunnah Nabi Muhamad SAW dan bukan dari sunnah nabi-nabi yang lain.
Kalau syaitan dari golongan manusia memang mudah sangat untuk dibunuh (dengan izin Allah) namun Nabi dan para sahabat tidak pula kedengaran cerita mereka membunuh atau menyembelih syaitan dari golongan jin.
Bab bunuh, sembelih, masukkan jin dalam botol adalah sama dengan ajaran yang diajarkan oleh Pusat Rawatan Akrine yang mengaku menggunakan kaedah secara Islam namun SAYA SAMA SEKALI MENOLAK kaedah yang digunakan mereka. Lihatlah saja copy paste berikut yang saya ambil dari http://akrine.blogspot.com/
~~~~~~~~~
Bahagian kedua buku ini mengandungi panduan merawat yang lengkap termasuklah teknik penyedian air penawar, mengikat, menikam serta menyembelih jin, menarik jin menggunakan serban, menyedut jin masuk botol, memindah jin, mengikat secara ayat, memukul, memancung, ayat-ayat rukyah dll teknik yang digunakan oleh AKRINE.
~~~~~~~~~
Saya mengkategorikan kaedah AKRINE di atas sebagai salah di sisi Islam.
Seorang lagi perawat http://darulmanzil.blogspot.com/ yang mirip amalan mereka dengan AKRINE juga mengaku menggunakan air garam sebagai pendinding sebagaimana yang saya copy paste dari http://darulmanzil.blogspot.com/ dan saya mengkategorikan amalan ini juga sebagai salah dan bertentangan dengan Islam.
~~~~~~~~~~~~~~
Bab-bab clean barang sihir ni, saya serahkan pada Ustaz Azwan.Kemudian, rumah dipagar dengan air garam sebagai syarat pendinding.
~~~~~~~~~~~~~~
Orang dari AKRINE dan Darul Manzil amat berbangga menyatakan bahawa mereka boleh membunuh dan menyembelih syaitan dari golongan jin ini. Jauhilah orang-orang seperti ini. Mereka bukan membunuh syaitan dari jin tetapi sebenarnya mereka sedang dipermainkan oleh syaitan jin.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
salam,
ReplyDeletemacam mana nak tahu kita ada saka,
ada ustaz kata saya ada saka.
Harap ustaz emjay boleh kasi panduan macam mana nak tahu kita ada saka.
nama penuh: Muslim Jonid
tarikh lahir: 6/7/56
Duduk kat Tmn Perling
tks
alhmdulillah.terurai juga persoalan syaitan dan jin ini..
ReplyDeleteUstaz Emjay minta nasihatkan saya kerana dalam masa terdekat ini akan mengikuti kursus rawatan Islam dari salah seorang anak murid Syeikh Abdul Salam Bali.
ReplyDeleteSaya diberitahu oleh seorang hamba Allah jin itu disebut mati apabila ia dikembalikan ke alam jin dan tidak dapat hampir lagi ke alam insan kamil...minta penjelasan lanjut.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh abidamia
ReplyDeleteSaya belum mengenali siapa dia ni Syeikh Abdul Salam Bali.
Saya telah PM no telefon saya untuk sdr hubungi saya tentang perkara ini. Telefonlah saya. Sdr masuk ke Multiply sdr dan semak PM dari saya.
Emjay
assalamualaikum...jadi ape yg kita perlu buat sekiranya berdepan dgn org2 yg kerasukan??
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBacalah dan fahamilah artikel-artikel saya seperti artikel "Ayat Kursi kehilangan Power??" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/207
Emjay
salam.......xde syaitan atau iblis yg boleh lepas dari ayat2 Allah....jadi hanya Allah saja yg bisa memusnahkan sesuatu di atas kehendakNya....
ReplyDeleteHambaallah... Assalammualaikum Ustaz,saya ada membeli CD ayat-ayat alrogayah alsyare'yah untuk tujuan pendinding daripada jin dan syaitan.mengikut tatacara penggunaan yg disertakan ialah diperdengarkan saja bacaan ayat2 tersebut melalui pemain cd pada pandangan ustaz adakah cara ini tidak bertentangan atau sebaliknya? mohon minta penjelasan... alamat penerbit ialah 934 Jln.Besar Bukit Lanchong 40400 Shah Alam Selangor. 019 393 2261...
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteCD ruqyah sebagai pendinding?? Selain merosak akidah, sebenarnya CD ini sekadar membuang masa dan RM.
Kalau kaedah seperti ini dibenarkan dan memang berkesan, saya sudah lama dahulu mengeluarkan ribuan RM untuk membeli CD Player dan CD ruqyah untuk di pasangkan di sekeliling rumah perdana Menteri kita agar mereka sekeluarga dijauhkan dari syaitan dan dengan itu mereka menjadi orang paling Islamik di Malaysia. Macam cerita kartun Doraemon.
Saya pun dengan kaedah sama telah memasang CD Ruqyah di sekeling rumah Cina jiran saya yang begitu baik sekali kepada saya dan mungkin dengan itu selepas sebulan dipasang berterusan maka jiran Cina saya ini bertemu saya untuk memeluk Islam?? Macam cerita kartun Doraemon.
Janganlah mudah terpedaya membeli CD Ruqyah yang kononnya kata mereka boleh mendinding dari syaitan. Ini semua adalah cerita kartun! Idea yang diilhamkan oleh iblis untuk melemahkan orang Islam.
Hanya Allah SWT yang berhak mendinding kita semua dari godaan dan gangguan iblis dan insya-Allah akan diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang bertakwa yang menjauhi segala larangan dan mengerjakan segala suruhannya.
Bayangkan seorang hamba Allah yang telah banyak melakukan kesilapan fatal suami isteri, seterusnya diazab dengan teruk oleh Allah dan telah memasang CD ruqyah (3 keping CD) silih berganti, adakah keluarga hamba Allah ini layak menerima rahmat ketenteraman dari Allah?? Hamba Allah ini terus menerus diazab Allah dan setelah datang belajar ke rumah saya, mempelajari akidah, bertaubat memperbaiki amalan ibadah, alhamdulillah tanpa CD ruqyah Allah SWT telah memberikan berkat rahmat kepada hamba Allah ini dan keluarganya. Hamba Allah ini telah pun menyerahkan CD Ruqyah kepada saya.
Janganlah kita memperbodohkan dan melemahkan diri kita dengan membeli CD ruqyah dengan tanggapan CD ini apabila dimainkan dapat mendinding dari godaan iblis. Ini semua adalah gaya pemikiran ala kartun Doraemon. Yang peliknya dan ironinya ialah ramai orang terpedaya dengan dakyah iblis ini.
Emjay
Minta ustaz ulaskan ayat seperti ini>“Jika kumpulan bukan Islam ikhlas nak tolong kumpulan kami, saya terima. Usahlah mereka, Syaitan pun saya boleh terima,”
ReplyDeleteTidak pelik pun kata-kata seperti ini di Malaysia ini. Mereka yang gemar kata-kata seperti ini ialah sebenarnya tentera iblis,
ReplyDeleteEmjay
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya tidak begitu jelas tentang syaitan dari kalangan manusia. Sekiranya benar terdapat syaitan manusia mengapakah ada yang menyatakan manusia yang dilahirkan itu adalah bebas dari dosa. Bukankah jahatnya setiap manusia itu kerana kerana lemahnya iman. Seorang ahli agama juga mampu tersesat kerana gangguan syaitan dan iblis. Bagaimana pula dengan kenyataan emjay yang menyatakan bahawa syaitan dan jin itu mampu menyelinap masuk dan mengalir didalam darah manusia. Jadi disitu jelas menyatakan bahawa tiada syaitan manusia. Manusia adalah manusia dan syaitan adalah syaitan. Syaitan dan Iblis telah di izinkan Allah untuk menyesatkan manusia. Setiap manusia yang jahat itu bukanlah dipengaruhi oleh kejahatan manusia lain. Tetapi kejahatan itu berlaku kerana lemahnya individu itu sendiri dalam menetapkan Iman dan Taqwanya pada Allah sehingga mampu di pengaruhi oleh syaitan laknatullah. Setiap manusia itu juga sentiasa dibukakan pintu taubat. Sejahat manapun manusia sekiranya dia bertaubat nasuha atas dosa-dosanya maka InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya. Harap dapatlah emjay perjelaskan perkara ini untuk saya memahaminya dengan lebih jelas. terima kasih.
Assalamualaikum emjay,
ReplyDeletePertama saya ingin mengucapkan terima kasih atas adanya blog ini kerana banyak ilmu yang diperolehi melaui blog ini.
Saya ada sedikit kemusykilan mengenai syaitan manusia. Harap emjay dapat membantu saya dalam menjelaskan perkara ini intuk saya lebih memahami.
Pada pandangan saya tiada syaitan manusia kerana manusia adalah manusia dengan kejadiannya manakala syaitan adalah syaitan dengan kejadiannya yang berbeza. Ini kerana ada pandangan mengatakan bahawa setiap manusia itu dilahirkan suci dari dosa. Setiap manusia yang jahat itu adalah kerana lemahnya iman dan taqwa kepada Allah sehingga mampu dikuasai oleh syaitan laknatullah dan bukanlah kerana hasutan manusia yang lain. Setiap manusia juga akan diampunkan dosa-dosanya sekiranya dia bertaubat nasuha atas segala dosa-dosanya. Seorang ahli agama juga akan terpesong sekiranya berjaya dikuasai syaitan. Emjay juga menyatakan bahawa syaitan dan jin itu adalah makhluk halus yang mampu menyelinap masuk kedalam darah manusia. Ini jelas bahawa syaitan adalah syaitan manakala manusia adalah manusia yang banyak kelemahan sekiranya tidak di suntik dengan iman dan taqwa pada Allah. Harap dapat emjay perhalusi penjelasan tentang perkara ini untuk saya lebih memahami. Terima kasih.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBagi mereka yang Allah SWT mudahkan kefahaman mereka, tidak sukar untuk memahami maksud ayat berikut iaitu firman Allah dalam Al-Quran surah Al An’aam:112:
112. dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.
Maknanya Allah SWT memberitahu kita bahawa terdapat syaitan dari golongan manusia dan juga syaitan dari golongan jin. Firaun adalah contoh syaitan dari golongan manusia dan iblis adalah contoh syaitan dari golongan jin. Sekiranya sdr ummatmuhamm gemar menghasut wanita untuk membenci poligami, sdr juga tergolong sebagai syaitan dari golongan manusia.
Penjelasan Allah dalam ayat AlQuran tersebut dimantapkan lagi dalam firman Allah SWT firman Allah dalam Al-Quran surah An Naas:1-6
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, (Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi)
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Manusia gemar melakukan kemungkaran apabila menuruti bisikan syaitan dari golongan jin yang membisikkan ke dalam hati manusia . Ini adalah berdasarkan Nabi SAW bersabda: “sesungguhnya syaitan (dari golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dari itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu. (HR. Bukahri Muslim”).
Manusia juga gemar melakukan kemungkaran apabila menuruti bisikan (ajakan) syaitan dari golongan manusia. Contohnya apabila seorang lelaki (syaitan manusia) mengajak seorang lelaki lain untuk mengikutinya berseronok di pekan Golok Thailand dengan berzina.
Di Malaysia, syaitan dari golongan jin adalah banyak namun syaitan dari golongan manusia juga cukup banyak seperti mereka yang mengajak untuk menentang/membenci hukum hudud, menyokong peminum arak (Sisters in Islam), penentang hukum potong tangan seperti di http://emjayjb.multiply.com/video/item/19 dan banyak lagi mereka yang mengajak manusia untuk melakukan kemungkaran seperti para artis.
Nasihat saya ialah agar janganlah menjadikan diri kita sebagai syaitan dari golongan manusia.
Seperkara lagi sebagaimana soalan sdr di atas, janganlah kita menyalahkan Allah SWT apabila kita melakukan kejahatan/kemungkaran. Apabila seseorang berzina, bukan sebab Allah menetapkan hamba Allah ini untuk berzina tetapi adalah kerana manusia ini sendiri terlalu ingin untuk berzina sehingga Allah mengizinkan hamba Allah ini berzina. Cuma perkara in telah diketahui dan tertulis di luh mahfudz. Perkara ini tidak susah bagi Allah. Saya pun tidak sukar untuk menjangkakan bahawa sekiranya seorang wanita gemar berhias bermake up berlipstick untuk sekian lama dan tidak mahu bertaubat, insyaAllah akan berkesudahan dengan berzina.
Memanglah dalam kes zina ini berlaku kerana lemah iman tetapi mengapa tidak bersungguh-sungguh pula berdoa untuk mengelakkan zina? Dalam apa hal sekalipun sama ada untuk perkara baik atau perkara jahat, sekiranya manusia tidak bersungguh-sungguh (istiqamah), maka ia tidak akan terjadi. Bersungguh-sungguh untuk berzina => berzina, bersungguh-sungguh untuk bertaubat => bertaubat, bersungguh untuk membunuh => bunuh orang, bersungguh-sungguh untuk baca Al Quran serta memahaminya => baca Al Quran serta memahaminya. Ini semua adalah suatu sunnatullah.
Segala kesungguha
Memang benarlah sebagaimana anda nyatakan!!
ReplyDeleteEmjay
SIAPAKAH LELAKI DAYUS YANG BERNAMA EMJAY (mEMang JAYbon) DAN JIKA INGIN MENGENALI DIRI BELIAU SILALAH MASUK KE DALAM WEB UTM PADA STAF FAKULTI PENDIDIKAN, KEMUDIAN BUAT PENGECAMAN SETIAP STAF YANG ADA, ANDA AKAN KETAHUI NAMANYA DAN ADA KAITAN DENGAN NAMA SAMARANNYA. SEMOGA BERJAYA.......he he he he....MAMPUSLAH KAU EMJAY............ORANG NAK TENGOK SANGAT MUKA KAU........LUPA PLAK NAK GELAK..........he he he he he he he..........
ReplyDeletesalam sdr emjay!!! ni ade satu solan yg sy nk tnye nie......baru2 nie mak sy p berubat dgn sorang tuan haji nie(adik kpd tuan haji ni adalah rakan seperguruan dgn dato harun din)...nmpknya penyakit mak sy dh sembuh..sihat spt sediakala, namun persoalannya tuan haji ada memberitahu siapa yg empunya angkara mksdnya org yg buatkan mak sy ni sakit(org nya bukan org luar,keluarga sendiri) jadi sy hairan apa betulkah percakapan tuan haji tu, nk percaya atau tidak. Dr segi hukum islam sendiri......bagaimana nk mempercayainya,kita tak tahu siapa yg empunya angkara ini,hnya Allah yg tahu semua ni. Boleh emjay jelaskan situasi ni dan terangkan kps sy.
ReplyDeleteada unsur2 fitnah di situ...
ReplyDelete