Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 27 April 2007

Email dari pembaca Laman Emjay - zikir untuk sihat kuat ...

Email 1 daripada pembaca Laman Emjay Puan Manis (Nama sebenar dirahsiakan)

Sent : Thursday, April 26, 2007 2:05 PM

Subject : pertanyaan.. Khasiat zikir....Mengapa mujarab pada orang lain? tidak kepada saya?

Assalamualaikum..

Saya mempunyai satu persoalan yang kerap bermain di minda saya...
Begini, saya telah menerima e-mel dari seorang teman, yang antara isi kandungan e-mel berkenaan adalah mengenai khasiat zikir Subhanallah...Alhamdullillah...Allahuakbar. dan dibaca sebanyak 33 kali setiap satu.... dan dijadikan amalan harian.... dan jika diamalkan zikir2 berkenaan sebelum tidur...akan memberikan kesihatan badan yang baik...dan kecergasan badan.... dan tidak merasa letih...

Saya telah mencuba mengamalkan zikir-zikir berkenaan dengan harapan agar badan saya merasa cergas dan sihat apabila saya bangun tidur... kerana menurut kawan saya yang mengamalkan zikir berkenaan....katanya badan terasa ringan dan bertenaga..... Wahh..hebat juga... 3 hari berturut-turut saya mengamalkan zikir berkenaan dengan niat supaya saya memperolehi kesihatan dan kecergasan yang baik..seperti apa yang dialami oleh kawan saya itu.....tapi malangnya..selama 3 hari saya mengamalkan zikir-zikir berkenaan..... selama 3 hari itu juga badan saya merasa sungguh letih..tidak bermaya...dan terasa malas sekali.....Saya sampaikan terfikir... apa telah jadi? Selalunya tidak begini? Apa yang tidak kena? Mengapa zikir berkenaan tidak mujarab kepada saya??? Sedangkan kawan saya yang kerap mengamalkan zikir berkenaan nampaknya semakin sihat..dan semakin cergas??? Apakah kaitan zikir yang saya amalkan selama 3 hari itu dengan keadaan tubuh saya yang semakin lemah??

Persoalan kedua...... Baru-baru ini saya ada menghadiri satu temuduga untuk tujuan kenaikan pangkat...... saya telah diberikan doa oleh salah seorang pensyarah untuk menghadapi temuduga dengan baik..... pada mulanya saya hanya mengamalkan doa berkenaan...tetapi saya bertambah yakin dengan kehebatan doa berkenaan apabila 2 orang rakan saya telah berjaya dalam urusan temuduga dan peperiksaan apabila mengamalkan doa berkenaan...menurut pengalaman 2 orang kawan saya...... doa itu sungguh hebat...segala-galanya berjalan dengan lancar...dan kelihatan sebegitu mudah....

Malangnya, ianya tidak semudah itu....sepanjang hari sewaktu menghadiri temuduga berkenaan....saya tidak putus-putus membaca doa berkenaan...dan saya begitu yakin dengan kehebatan doa berkenaan..... terngiang-ngiang di telinga saya....kata-kata 2 orang rakan saya tersebut mengenai kehebatan doa berkenaan.....

Ketika waktu temuduga....saya rasa sungguh tidak selesa.... saya tidak dapat bercakap dengan lancar.... hinggakan soalan yang begitu mudah...saya tergagap-gagap menjawabnya....saya rasa sungguh bodoh... bayangkan...bila ditanya mengenai pengalaman kerja saya pun...saya boleh lupa...begitu sekali...betapa teruknya saya ketika itu...... saya termenung sendiri... dan saya terfikir.... mengapa bila saya doa berkenaan..tidak menjadi?? kata 2 rakan saya.... doa itu hebat...mujarab? tapi kenapa saya jadi tidak tentu arah? saya seolah-olah bukan diri saya.... saya rasa seperti ingin menangis dan keluar dari bilik temuduga itu ketika itu juga.... Hingga ke hari ini saya masih memikirkan....apakah yang sebenarnya???
Harap ustaz dapat menyelesaikan dan menjawab persoalan ini.... Terima kasih ustaz...Moga Allah memudahkan segala urusan.....


Email 2 daripada pembaca Laman Emjay yang sama, Puan Manis (Nama sebenar dirahsiakan)

Tarikh: Thu, 26 Apr 2007 14:20:20 +0800 (CST)

Daripada: dirahsiakan 

Subjek: kekuatan minda? adakah ia benar?
Kepada: kangmasjb@hotmail.com
Assalamualaikum Ustaz...

Disini saya ingin mengemukakan satu soalan.....Mohon jasa ustaz untuk memberikan penjelasan...
Pada suatu ketika dahulu, saya pernah mendapatkan khidmat nasihat dari seorang pakar motivasi yang agak terkenal... ketika itu saya menghadapi kekalutan emosi dan memerlukan pandangan serta seseorang yang boleh mengembalikan semula keyakinan diri dan jati diri saya....

Ketika sesi kaunseling.... beliau telah menerangkan kepada saya kaedah menguatkan minda....terutama minda bawah sedar... bagaimana kita boleh menguasai minda bawah sedar kita untuk berjaya..... kata beliau kita perlu yakin pada diri kita..dan sentiasa tanamkan pada diri kita..bahawa kita adalah manusia yang hebat....kita boleh berjaya... setiap hari kita mesti katakan pada diri....aku manusia hebat...aku mesti berjaya....aku boleh... dan semua kata-kata yang positif.... dan Insya Allah semua urusan kita akan menjadi semudah itu....

Terdetik juga di hati saya..... adakah semuanya semudah itu? Sesenang itu....setiap hari, kita hanya perlu tanamkan pada diri..dan berkata pada diri...aku boleh....aku hebat..aku mesti berjaya..... Ajaib sungguh rasanya....

Dan diakhir sesi kaunseling berkenaan... beliau telah menjalankan sesi "hypnotise" kepada saya.....menurut beliau..ia akan membantu minda saya supaya dirangsang dengan perkara-perkara positif..... walaupun saya kurang faham dengan apa yang telah dilakukan..tapi saya melihat ia adalah seperti salah satu "pukau" terhadap diri saya....dimana penanaman kata-kata perangsang berkenaan dilakukan ketika saya berada di dalam keadaan separuh sedar..... Saya tidak pasti dimanakah keberkesanannnya.....
Tetapi saya kurang pasti...adakah konsep begini dibenarkan dari segi hukum Islam dan dibenarkan dari nilai etikanya?

~~~~~~~~~~~~~~~~

BERIKUT ADALAH JAWAPAN SAYA::

Persoalan pertama yang dibangkitkan seperti dalam email 1 di atas adalah satu persoalan heavyweight. Ia adalah persoalan yang melibatkan akidah. Jadi perlulah dirujuk semula pengetahuan berkenaan asas tauhid.

Sila rujuk semula artikel kedua saya iaitu akidah bahagian 2 berhubung tauhid rububiah http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-2.html . Allah sahaja yang berhak mentadbir segala urusan di dunia ini. Api membakar bukan kerana habanya dan nasi mengenyangkan bukan kerana khasiatnya serta ubat menyembuhkan bukanlah kerana khasiatnya tetapi tidak lain tidak bukan adalah kerana Allahlah yang memberikan rahmatnya. Makan seperiuk kalau Allah tidak memberikan rahmatnya, pemakannya tidak akan merasai kenyang. Makan ubat yag baik sekalipun kalau Allah tidak memberikan rahmat kesembuhan, pastinya tidak akan sembuh. Begitulah asas tauhid.

Badan yang sihat dan cergas serta tidak merasa letih adalah pastinya satu rahmat dari Allah. Rahmat Allah akan diberikan kepada orang yang dipilih oleh Allah atas sebab yang hanya Allah yang mengetahuinya.

Zikir subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar sememangnya diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dari Aisyah binti Abu Bakar r.a. dikatakan bahwa Rasulullah saw senantiasa mengingat Allah SWT (zikir) dalam setiap saat. Pada hadis lain diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Kalau aku membaca subhanallah, alhamdulillah, la ilaaha illallah, dan Allahu Akbar, bacaan itu lebih aku gemari daripada mendapatkan kekayaan sebanyak apa yang berada di bawah sinar matahari" (HR Muslim).

Zikir adalah satu perbuatan yang diperintah oleh Allah ke atas manusia. Berzikir menzahirkan sifat kehambaan kepada Allah. Berzikir sepatutnya dilakukan dengan perasaan yang benar-benar ikhlas. Mengharapkan khasiat dari zikir sudah merosakkan keikhlasan ibadah ini. Apabila kita melakukan zikir dengan ketiadaan ikhlas, ia ditakuti membawa kepada kesyirikan kerana ditakuti kita tellah beribadah (berzikir) untuk selain Allah. Orang hindu juga berpuasa seperti seorang sami hindu yang berpuasa sebelum perayaan thaipusam. Namun puasa mereka bukan kerana Allah tetapi adalah puasa untuk mendapatkan dan menguasai ilmu untuk mengendalikan pelbagai sihir pada hari thaipusam seperti memasukkan besi ke badan.

Orang jawa juga ramai yang melakukan ibadah untuk selain Allah seperti memutih dan puasa patigeni di mana puasa ini bukan diperintah dan disuruh Allah tetapi diperintah oleh tok guru mereka dan syaitan semoga (khasiat) dari puasa dan memutih ini mereka dibalas dengan pelbagai balasan ilmu seperti ilmu kebal dsbnya.

Berzikir mengharapkan khasiat sudah mirip macam membaca mantera. Orang kafir membaca mantera kerana percaya kepada khasiat mantera yang dibaca oleh mereka. Mantera adalah bacaan tertentu yang dilakukan untuk mengharapkan anugerah atau hasil dari perbuatan tersebut. Paling mudah sebagai contoh ialah P Ramle membaca mantera “Niat enson matakaji semar ngiseng...” maka anugerah atau hasilnya ialah pintu gua terbuka.

Membaca mantera atau membaca jampi yang sesat tidak memerlukan perhubungan dengan Allah. Sila baca artikel Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/02/jampi-dan-mantera-ibarat-zina-dan-jimak.html.

Orang yang tidak ikhlas amal ibadahnya mudah untuk dikenali. Orang jenis ini sukar melakukan sesuatu ibadah atas dasar perintah dari Allah. Namun merka ini sangat senang melakukan ibadah sekiranya ditawarkan khasiat tertentu. Sebagai contohnya, pengirim email ini sukar sekali mengamalkan zikir walau pun beliau tahu bahawa ini adalah perintah Allah namun apabila diberitahu bahawa zikir ini mempunyai khasiat seperti ini dan itu, segera beliau melakukannya.

Perbuatan ibadah yang tidak ikhlas ini akan mengundang kemarahan Allah. Amat layak sekali pengirim email ini diazab ALLAH dimana bukan sekadar hasratnya untuk mendapat kesihatan dan kecergasan tidak diberikan Allah malahan Allah memberikan pula azab akibat dosa kepada pengirim email ini iaitu keletihan dan malas yang amat bertentangan dengan hasrat pengirim.

Sebenarnya, azab yang disegerakan oleh Allah ini iaitu memohon kesihatan serta cergas tetapi dapat letih dan malas adalah satu rahmat yang tersembunyi. Ini dapat menggalakkan pengirim email segera bertaubat. Kalau Allah terus memberikan apa yang dipohon walaupun selepas mengerjakan satu ibadah yang sesat, maka sudah tentunya pengirim akan terus sesat dan semakin jauh dari Allah.

Sebagai panduan, berzikirlah semata-mata kerana ia diperintah kepada kita. Ikhlaskan ibadah ini. Selepas berzikir dengan ikhlas, berdoalah mohon bukan sekadar untuk sihat, cergas dan sebagainya namun mintalah apa sahaja yang  diingini mohonlah kerana Allah sememangnya sebaik-baik tempat untuk berdoa.


Persoalan kedua dalam email 1 di atas puan Manis bertanya tentang berdoa kepada Allah dengan meyakini doa tersebut hebat. Persoalan ini juga adalah persoalan heavyweight. Ia melibatkan akidah.

Sekiranya saya melakukan kerja yang diarahkan majikan saya dengan meyakini bahawa kerja ini mudah sahaja kerana telah biasa melakukannnya dan saya telah mahir dan hebat maka ini sesuatu yang berat dan boleh mengundang azab bencana sewaktu melaksanakan. Kalau saya makan ubat untuk mengubati penyakit saya dengan meyakini bahawa ubat ini sangat bagus dan hebat, insya-Allah saya tidak akan sembuh walaupun ubat yang saya ambil begitu banyak sekali.

Perasaan meyakini diri kita telah mahir dan hebat serta meyakini ubat tertentu amat mujarab sebenarnya telah mengubahkan konsep kebergantungan manusia kepada Allah sebagaimana disarankan dalam pengajian tauhid rububiah dan konsep lahawlawalaquwataillah……Sebagai manusia yang bertuhankan Allah, setiap yang kita usahakan dan lakukan perlulah diikuti dengan konsep tawakkal. Bila makan ubat hendaklah disertai dengan doa dan harapan kepada Allah kerana hanya Allah yang berhak memberikan kesembuhan selepas kita berusaha memakan ubat. Sewaktu kita melakukan kerja yang diarahkan majikan, hendaklah kita lakukan kerja tersebut dengan niat yang ikhlas dan disertai dengan doa dan harapan kepada Allah kerana hanya Allah yang berhak menjadi pekerjaan tersebut berkesudahan cantik atau sebaliknya.

Doa sebenarnya adalah satu susunan bahasa semata-mata yang digunakan oleh manusia untuk memohon sesuatu daripada Allah. Nabi mengajarkan agar manusia berdoa. Allah menyuruh manusia berdoa sebagaimana dinyatakan dalam surah Ghafir :60 berikut:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
Doa tidak mempunyai sebarang kekuatan dan kehebatan kerana doa tersebut semata-mata terdiri dari susunan kata-kata untuk meminta dari sesuatu dari Allah yang maha Hebat. Sebenarnya dan sewajarnya adalah hanya Allah yang hebat yang layak untuk memakbulkan doa. Tidak ada sebarang doa yang hebat. Meyakini ada doa yang hebat ditakuti telah merosakkan akidah.

Beramal dengan doa tertentu dengan meyakini doa tersebut adalah hebat merosak akidah dan dengan ini pengamalnya sudah layak untuk mendapat azab bencana dari Allah. Azab bagi pengirim email ini ialah sewaktu temuduga, beliau melakukan banyak kesilapan dengan kehendak Allah dan akhirnya beliau gagal dalam temuduga tersebut.

Begitulah apabila manusia melakukan sesuatu tanpa ilmu. “Berdoa” pun boleh mendatangkan azab bencana dari Allah. Sebenarnya bagi kes seperti ini, pengirim email ini telah tidak berdoa tetapi sekadar “membaca doa” yang mirip kepada membaca mantera. 

Sebenarnya perbuatan yang dilakukan oleh pengirim email ini iaitu membaca doa mirip membaca mantera dengan meyakini doa tersebut hebat amat banyak sekali berlaku dinusantara. Ini kerana mereka merasakan membaca doa dalam bahasa arab adalah doa yang paling afdal (terbaik). Sememangnya doa dalam bahasa arab adalah yang terbaik tetapi hanya sekiranya kita adalah bangsa arab atau mahir berbahasa arab. Kalau kita orang melayu yang tidak memahami bahasa Arab, berdoalah menggunakan bahasa melayu kerana Allah faham semua bahasa.


Persoalan dari email 2:

Islam mengajarkan konsep yakinlah dengan kehebatan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan meminta. Namun syaitan tidak akan redha dengan konsep ini dan mereka mengajarkan pula konsep yang bertentangan iaitu yakin dengan kebolehan, kemampuan dan kehebatan diri sendiri.

Ilmu seperti ini dikutip dari orang kafir. Orang kafir yang mengamalkan karate, apabila mereka ingin karate batu bata, mereka akan memfokuskan kepada minda mereka dan yakin sepenuhnya dengan kehebatan mereka bahawa mereka boleh melakukannya.

Fahaman seperti ini telah mengasingkan kebergantungan manusia terhadap Allah yang sentiasa mengatur dan mentadbir alam. Tidak ada walaupun satu daun kering yang jatuh ke bumi yang tidak termasuk dalam ilmu Allah. Fahaman ini amat sesuai dengan agama orang kafir ini kerana memang mereka sentiasa ingkar kepada Allah namun sebagai orang Islam sama sekali tidak boleh mengamalkan ilmu ini.

Fahaman kuasa minda sebenarnya bertentangan dengan ilmu tauhid dalam Islam. Sesiapa yang mengamalkan fahaman kuasa minda ini sebenarnya telah rosak akidahnya. Sila rujuk artikel saya bertajuk Hukum berkenaan mengamalkan aura, chakra, kuasa minda & Color vibration theraphy (CVT) dsb.

Bagi makluman pembaca semua, saya memang pun mengenali pakar motivasi yang agak terkenal ini seperti yang dinyatakan oleh pengirim email ini telah belajar ilmu ini dari seorang pengamal kuasa minda berbangsa Cina kafir di Kuala lumpur. "Pakar motivasi" ini memang banyak melakukan amalan sesat seperti apabila berdoa beliau banyak berdoa terus kepada Nabi Muhammad SAW.

Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay

13 comments:

  1. Jawapan amat mudah bagi sesiapa yang memahami/memplajari ilmu tauhid secara asas. Bagi subjek satu keadaan ini merupakan berkaitan dengan "Tafaul" , iaitu satu pengharapan/permintaan terhadap sesuatu selain dari yang maha berkuasa (Allah), samalah zikir tersebut dijadikan sebagai tangkal/azimat yang mana boleh mendatangkan kesihatan /kesegaran badan apabila diamalkan.Orang yang beranggapan sebegini sebenarnya telah mensyirikkan Allah dan bagaimana Allah hendak memberikan rahmatNya (Kesegaran Badan) tapi sebaliknya Allah menurunkan azabNya dengan melemahkan badan apabila bangun dari tidur.Tetapi penulis tersebut saharusnya bersyukur kerana Allah sangat sayang kepada beliau tidak seperti kawan-kawan yang lain(belum tiba masanya mungkin) kerana dengan cepat sekali Allah memberikan pengajaran/ingatan agar kembali tersedar akan kesilapan, semoga penulis tersebut segera bertaubat dan memplajari ilmu agama.
    Bagi subjek 2 "Kekuatan minda", telah terbukti pakar motivasi tersebut adalah seorang yang tidak mendalami/memahami langsung tentang asas Tauhid yang mana beliau telah menyatakan " kita mesti yakin kepada diri sendiri, kita manusia hebat dan lain-lain. Dari pernyataan tersebut siapa sebenarnya yang maha hebat, siapa sebenarnya yang kita mesti yakin , adakah mesti yakin pada diri sendiri, tidak kepada Allah? Dengan kata- kata pakar motivasi tersebut terserlahlah beliau seorang yang bongkak /angkuh / syirik lagi mensyirikan nauzubillah. Sepatutnya pakar motivasi tersebut mesti mengaitkan semua perkataan beliau dengan perkaitan dengan Allah dan menerangkan kepada penulis, tetapi dihujung pernyataannya sahaja yang menyatakan InsyaAllah menyebabkan kekeliruan kepada penulis .Semoga dijauhkan kita dari pakar-pakar sesat ini, Semoga penulis email tersebut dapat mencari/ menimba ilmu asas Tauhid agar dapat menjauhkan diri dari tersesat jauh.
    Setakat ini sahaja pandangan yang serba ringkas dengan ilmu yang sedikit ini , jika ada kesilapan diharap dapat diperbetulkan.
    Wassalam..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah engkau telah mampu menghujah bhmn. Sebenarnya pakar motivasi tersebut seperti dalam email 2 telah belajar ilmu kuasa minda tersebut daripada seorang Cina bukan Islam di Kuala Lumpur dengan kos sekitar RM9000. Duit sebanyak itu sebenarnya telah digunakan oleh pakar motivasi masyhur ini untuk membeli sebuah tempat di NERAKA.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. sy dapat email dari satu kawan.
    dlm email tu dia cerita terung tu bahaya utk lelaki.
    terung boleh melemahkan tenaga batin lelaki.
    begitu juga dgn timun.
    adakah benar prof emjay?

    ReplyDelete
  4. Selama ini saya kerap makan timun dan kadang-kadang makan terung, Alhamdulillah. Forward email tu kpd saya.

    ReplyDelete
  5. Ha timun dan terung tu kegemaran saya juga sejak dulu tapi setakat nih Alhamdulillah tiada masalah berkenaan tenaga tu,
    nih dah out of topic yang kat atas tu tapi boleh juga sekadar memberi amaran dengan perkataan yang agak berbahaya kepada akidah "terung boleh melemahkan tenaga batin lelaki". Sebenarnya terung tersebut tiada kuasapun melemahkan tenaga batin lelaki yang berkuasa hanyalah ALLAH SWT. Mungkin Allah hendak menurunkan azab kepada seseorang maka sunatullahnya pabila memakan terung tersebut mungkin kene dengan enzime dan asid yang tak kena dengan kesesuaian badan boleh melemahkan sesuatu anggota dengan izinNya, wallahualam.

    ReplyDelete
  6. betul tu,... semua tu kuasa ALLAH ( S.W.T ).. yg maha mengetahui.... Amien,,

    ReplyDelete
  7. email tu dah sy delete.
    maafkan saya.

    ReplyDelete
  8. SAYA TELAH JAWAB PERSOALAN EMAIL OLEH PENGIRIM TERSEBUT DIA TAS.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman yang telah Ustaz turunkan kepada kami, syukran wa jazaakumullaahu khaiiran jaziilan.

    Ustaz, ramai orang risau akan berat badannya yang berlebih2an, tapi saya pula sebaliknya, berat badan saya tidak seimbang dengan tinggi badan, adakah makanan dan minuman tertentu yang Allah ciptakan untuk dapat menambah berat badan. Syukran athaaba kumullaahu thawaaban kathiiran.
    Wassalamualaikum Wr. Wb.

    ReplyDelete
  10. Yang pertama, jangan makan kubis.
    Amalkan minum susu tepung fullcream dari sebarang jenama, dua kali sehari pagi dan 9.30 malam.
    Kalau dah amalkan namun masih kurus, bersyukurlah di atas rahmat Allah tersebut. Asal tidak sakit dan tidak bermasalah dah moleklah tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Download yang mana satu?

    Untuk memahami asas tauhid, sila baca artikel saya bertajuk Akidah bahagian 1 hingga akidah bahagian 6 yang saya terbitkan pada 4 Nov 2006

    Selamat datang ungkal ke Laman Emjay.

    Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati anda.

    Emjay

    ReplyDelete