KUNCI-KUNCI REZEKI
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Di Malaysia kini semakin
banyak orang mengamalkan ilmu BODOH yang mengakibatkan syirik kepada pelakunya
demi untuk mendapat murah rezeki seperti:
1. Menggunakan ayat 1000
Dinar
2. Menggunakan pelbagai objek
tangkal pelaris
3. Menggunakan ibu duit
4. Memanggil bomoh melakukan
upacara sesat di premis mereka
5. Mengamalkan pelbagai ilmu
BODOH GILA & SYIRIK dari kitab MUJARROBAT
6. dan banyak lagi
kerja-kerja karut yang sesat
Bagi menggantikan amalan
BODOH dan SESAT sebagaimana di atas, kali ini saya memanjangkan sebuah
EBOOK yang telah saya edit semula ke bahasa Malaysia agar mudah difahami oleh
pembaca dan seterusnya dapat diguna pakai untuk mudah mendapat rezeki dari
Allah SWT.
Sekian
Wassalam wallahuaqlam
Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK ini berjudul:
KUNCI-KUNCI REZEKI Menurut Al Quran dan As-sunnah
Oleh :
Syaikh DR. Fadhl Ilahi Zhahir
Hak Terjemahan Pada Yayasan Al-Sofwa
Dilarang Diperjualbelikan dan didistribusikan untuk tujuan komersil
Disebarkan dalam bentuk Ebook di Maktabah Abu Salma al-Atsari
http ://dear.to/abusalma
MUKADIMAH
Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah. Kita memuji, memohon
pertolongan dan meminta keampunanNya. Kita berlindung kepada Allah dari
kejahatan dan keburukan amal perbuatan kita. Siapa yang ditunjuki Allah maka
tidak ada yang dapat menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada
yang dapat menunjukinya. Aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang haq
kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba dan utusanNya. semoga selawat, salam dan keberkatan
dilimpahkan kepada beliau, keluarga, sahabat dan segenap orang yang
mengikutinya. Amma ba'-du.
Di antara hal yang menyibukkan hati kebanyakan umat Islam adalah mencari
rezeki. Dan menurut pengamatan, sejumlah umat Islam memandang bahawa berpegang
dengan Islam akan mengurangi rezeki mereka. Tidak hanya terhad itu, bahkan
lebih parah dan menyedihkan lagi bahawa adasejumlah orang yang masih mahu
menjaga sebahagian kewajipan syariat Islam tetapi mereka mengira bahawa
jika ingin mendapatkan kemudahan dibidang materi dan kemapanan ekonomi
hendaknya menutup mata dari sebahagian hukum-hukum Islam, terutama yang
berkenaan dengan halal dan haram.
Mereka itu lupa atau pura-pura lupa bahawa Sang Khaliq tidaklah
mensyariatkan agamaNya hanya sebagai petunjuk bagi umat manusia dalam
perkara-perkara akhirat dan kebahagiaan mereka di sana saja. Tetapi Allah
mensyariatkan agama ini juga untuk menunjuki manusia dalam urusan kehidupan dan
kebahagiaan mereka di dunia. Bahkan do'a yang sering dipanjatkan Nabi
kita , kekasih Tuhan Semesta Alam, yang dijadikanNya sebagai teladan bagi umat
manusia adalah:
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di
akhirat, dan jagalah kami dari seksa api Neraka."
Allah dan RasulNya yang mulia tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk
dalam kegelapan, berada dalam keraguan dalam usahanya mencari penghidupan.
Tetapi sebaliknya, sebab-sebab rezeki itu telah diatur dan dijelaskan.
Seandainya umat ini mahu memahaminya, menyadarinya, berpegang teguh dengannya
serta menggunakan sebab-sebab itu dengan baik, nescaya Allah Yang Maha Pemberi
Rezeki dan memiliki kekuatan akan memudahkannya mencapai jalan-jalan untuk
mendapatkan rezeki dari setiap arah, serta akan dibukakan untuknya keberkatan
dari langit dan bumi.
Didorong oleh keinginan untuk mengingatkan dan mengenalkan saudara-saudara
sesama muslim tentang berbagai sebab di atas dan untuk meluruskan pemahaman
mereka tentang hal ini serta untuk mengingatkan orang yang telah tersesat dari
jalan yang lurus dalam berusaha mencari rezeki, maka saya bertekad dengan
memohon taufik dari Allah untuk mengumpulkan sebahagian sebab-sebab untuk
mendapat-kan rezeki tersebut dalam buku kecil ini.
Buku ini saya beri judul "Mafaatiihur Rizqi fi Dhau'il Kitab was
Sunnah" (yang kami terjemahkan menjadi: "Kunci-kunci Rezeki Menurut
Al-Qur'an dan As-Sunnah").
Hal-Hal Yang Saya Perhatikan
Dalam Makalah Ini
Diantara hal-hal yang saya perhatikan dengan kurnia Allah dalam makalah ini
adalah sebagai berikut:
1.
Rujukan utama dalam makalah ini adalah Al-Qur'an dan
As-Sunnah RasulNya yang mulia.
2.
Saya menukil hadis-hadis dari maraji' (sumber) aslinya.
Saya juga menyebutkan pandangan ulama tentang darjat hadis tersebut (shahih,
hasan, dha'if, dan lain sebagai-nya, pen.), kecuali apa yang saya nukil dari
shahhain (Al-Bukhari dan Muslim). Sebab segenap umat Islam telah sepakat untuk
menerima (keshahihannya).
3.
Ketika menggunakan dalil dari ayat-ayat Al-Qur'an dan
hadis-hadis, saya berusaha mengambil faedah (penjelasan) dari kitab-kitab
tafsir dan kitab-kitab syarah (keterangan) hadis-hadis.
4.
Saya memaparkan tentang apa yang dimaksud dengan
sebab-sebab yang disyariatkan dalam mencari rezeki dengan bantuan
keterangan-keterangan setelah memohon pertolongan dari Allah dari ucapan-ucapan
para ulama, untuk menghilangkan keragu-raguan di dalamnya.
5.
Saya tidak bermaksud membicarakan manfaat-manfaat lain
dari sebab-sebab yang Allah jadikan selain masalah rezeki. Kecuali disebutkan
secara kebetulan. Mudah-mudahan Allah memudahkan saya untuk membicarakan
hal-hal tersebut di masa yang akan datang.
6.
Saya jelaskan beberapa kata asing yang ada di dalam
hadis-hadis, untuk lebih menyempurnakan manfaat, Insya Allah.
7.
Saya tuliskan beberapa maraji' (sumber) yang cukup untuk
memudahkan siapa saja yang ingin kembali kepadanya.
8.
Saya tidak bermaksud menyebutkan sebab-sebab rezeki
seluruhnya. Tetapi yang saya bahas adalah apa yang dimudahkan oleh Allah padaku
untuk mengumpulkannya.
Daftar Isi
Bab Pertama : Istighfar dan Taubat
Bab Kedua : Takwa
Bab Ketiga : Tawakkal kepada Allah
Bab Keempat : Beribadah sepenuhnya kepada Allah
Bab Kelima : Melanjutkan Haji dengan Umrah
Bab Keenam : Silaturrahim
Bab Ketujuh : Infak di Jalan Allah
Bab Kedelapan : Berinfak kepada Penuntut Ilmu Syari' sepenuhnya
Bab Kesembilan : Berbuat baik kepada Orang-orang yang Lemah
Bab Kesepuluh : Hijrah di Jalan Allah
Penutup : Terdiri dari Kesimpulan Bahasan dan Pesan
Ucapan Terima Kasih dan Do'a
Inilah (karya sederhana itu), dan segala puji bagi Allah Yang Maha Esa,
tempat bergantung, yang semoga memberi nikmat kepada hambaNya yang lemah ini
berupa rahmat, ampunan dan kemuliaan untuk menyelesaikan pembahasan ini. Kami
ucapkan terima kasih sekali gus panjatan do'a kepada saudaraku Dr. Sayid
Muhammad Sadati Asy-Syinqithi. Saya banyak mengambilmanfaat dari beliau dalam
penulisan makalah ini. Ucapan terima kasih serta penghargaan juga kami
sampaikan kepada para pengurus Maktab Ta'awuni lid Dakwah wal Irsyad (Pejabat
Urusan Kerjasama Dakwah dan Penyuluhan) Divisi Orang-orang Asing di Bathha',
Riyadh yang berada di bawah Koordinasi Departemen Urusan Agama Islam, Wakaf,
Dakwah, dan Penyuluhan Kerajaan Saudi Arabia. Di mana, sebelumnya makalah
ini berasal dari dua kali materi ceramah yang saya sampaikan di pejabat
tersebut.
Do'a saya juga untuk putra saya tersayang Hammad Ilahi serta anak-anak saya
yang lain. Mereka secara bersama-sama saya memeriksa naskah yang telah
disetting dari buku ini. Mudah-mudahan Allah melimpahkan balasan kepada
semuanya dengan sebaik-baik balasan di dunia mahupun di akhirat.
Saya memohon kepada Allah yang memiliki keagungan dan kemuliaan, semoga Ia
menjadikan pekerjaanku ini benar-benar ikhlas karena mencari ridhaNya. Serta
menjadikannya sebagai simpanan saya dan simpanan kedua orang tua saya pada hari
yang tidak bermanfaat lagi harta dan anak-anak kecuali yang datang kepada Allah
dengan hati yang bersih. Sebagaimana saya juga memohon kepada Rabb Yang Maha
Hidup lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, semoga Ia memberi taufik kepada
saya, juga kepada saudara-saudara, anak-anak, karib-kerabat saya serta segenap
umat Islam untuk berpegang dan mengambil manfaat dari sebab-sebab rezeki yang
disyariatkan. Semoga pula Ia memudahkan kebaikan bagi kita di dunia dan di
akhirat.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan.
Amin.
Semoga selawat, salam dan keberkatan dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad
, kepada keluarga, sahabatdan segenap pengikutnya.
Dr. Fadhl Ilahi
Bab Pertama :
ISTIGHFAR DAN TAUBAT
Diantara sebab terpenting diturunkannya rezeki adalah istighfar (memohon
ampunan) dan taubat kepada Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Menutupi
(kesalahan). Untuk itu, pembahasan mengenai bab ini kami bagi menjadi dua
pembahasan:
a.
Hakikat istighfar dan taubat.
b.
Dalil syar'i bahawa istighfar dan taubat termasuk kunci
rezeki.
A. Hakikat Istighfar dan Taubat
Sebahagian besar orang menyangka bahawa istighfar dan taubat hanyalah cukup
dengan lisan semata. Sebahagian mereka mengucapkan,
"Aku memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat kepadaNya"
Tetapi kalimat-kalimat di atas tidak membekas di dalam hati, juga tidak
berpengaruh dalam perbuatan anggota badan. Sesungguhnya istighfar dan taubat
jenis ini adalah perbuatan orang-orang dusta.
Para ulama - semoga Allah memberi balasan yang sebaik-baiknya kepada mereka
yang telah menjelaskan hakikat istighfar dan taubat.
Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani menerangkan: "Dalam istilah syarak, taubat
adalah meninggalkan dosa karena keburukannya, menyesali dosa yang telah
dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan
apa yang mampu diulangi (diganti). Jika keempat hal itu telah terpenuhi bererti
syarat taubatnya telah sempurna"
Imam An-Nawawi dengan redaksionalnya sendiri menjelaskan:
"Para ulama berkata, 'Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah
wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, yang tidak ada
sangkut pautnya dengan hak manusia maka syaratnya ada tiga:
Pertama, hendaknya ia menjauhi maksiat tersebut.
Kedua, ia harus menyesali perbuatan (maksiat)nya.
Ketiga, ia harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi.
Jika salah satunya hilang, maka taubatnya tidak sah. Jika taubat itu
berkaitan dengan manusia maka syaratnya ada empat iaitu ketiga-tiga syarat di
atas dan keempat, hendaknya membebaskan diri (memenuhi) hak orang tersebut.
Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka ia harus mengembalikannya. Jika
berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka ia harus memberinya
kesempatan untuk membalasnya atau meminta maaf kepadanya. Jika berupa ghibah
(menggunjing), maka ia harus meminta maaf."
Adapun istighfar, sebagaimana diterangkan Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani
adalah "Meminta (ampunan) dengan ucapan dan perbuatan. Dan firman Allah:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun."
(Nuh: 10).
Tidaklah bererti bahawa mereka diperintahkan meminta ampun hanya dengan
lisan semata, tetapi dengan lisan dan perbuatan. Bahkan hingga dikatakan,
memohon ampun (istighfar) hanya dengan lisan saja tanpa disertai perbuatan
adalah pekerjaan para pendusta.
B. Dalil Syar'i Bahawa Istighfar dan Taubat Termasuk Kunci Rezeki
Beberapa nash (teks) Al-Qur'an dan Al-Hadis menunjukkan bahawa istighfar
dan taubat termasuk sebab-sebab rezeki dengan kurnia Allah . Di bawah ini
beberapa nash dimaksud:
1.
Apa yang disebutkan Allah tentang Nuh yang berkata kepada
kaumnya :
"Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu',
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan
untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai'."
(Nuh: 10-12).
Ayat-ayat di atas menerangkan cara mendapatkan hal-hal berikut dengan
istighfar.
- Ampunan Allah
terhadap dosa-dosanya. Berdasarkan firmanNya:
"Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun."
- Diturunkannya hujan
yang lebat oleh Allah. Ibnu Abbas radhiallaahu anhu berkata
"adalah (hujan) yang turun dengan deras”.
- Allah akan
membanyakkan harta dan anak-anak. Dalam menafsirkan ayat:Atha' berkata: "Nescaya
Allah akanmembanyakkan harta dan anak-anak kalian".
- Allah akan
menjadikan untuknya kebun-kebun.
- Allah akan
menjadikan untuknya sungai-sungai. Imam Al-Qurthubi berkata:
"Dalam ayat ini, juga disebutkan dalam (surat Hud) adalah dalil yang
menunjukkan bahawa istighfar merupakan salah satu sarana meminta diturunkannya
rezeki dan hujan."
Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya berkata: "Makna-nya, jika
kalian bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepadaNya dan kalian senantiasa
mentaatiNya nescaya Ia akan membanyakkan rezeki kalian dan menurunkan air hujan
serta keberkatan dari langit, mengeluarkan untuk kalian dari bumi, menumbuhkan
tumbuh-tumbuhan untuk kalian, melimpahkan air susu perahan untuk kalian,
membanyakkan harta dan anak-anak untuk kalian, menjadikan kebun-kebun yang di
dalamnya bermacam-macam buah-buahan untuk kalian serta mengalirkan sungai-sungai
di antara kebun-kebun itu(untuk kalian)."
Demikianlah, dan Amirul mukminin Umar bin Khaththab juga berpegang dengan
apa yang terkandung dalam ayat-ayat ini ketika beliau memohon hujan dari Allah.
Muthrif meriwayatkan dari Asy-Sya'bi: "Bahawasanya Umar keluar
untuk memohon hujan bersama orang ba-nyak. Dan beliau tidak lebih dari
mengucapkan istighfar (memohon ampun kepada Allah) lalu beliau pulang. Maka
seseorang bertanya kepadanya, 'Aku tidak mendengar Anda memohon hujan'. Maka ia
menjawab, 'Aku memohon diturunkannya hujan dengan majadih langit yang dengannya
diharapkan bakal turun air hujan. Lalu beliau membaca ayat:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat."
(Nuh: 10-11).
Imam Al-Hasan Al-Bashri juga menganjurkan istighfar (memohon ampun) kepada
setiap orang yang mengadukan kepadanya tentang kegersangan, kefakiran,
sedikitnya keturunan dan kekeringan kebun-kebun.
Imam Al-Qurthubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahawasanya ia berkata:
"Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang
kegersangan (bumi) maka beliau berkata kepadanya, "Beristighfarlah kepada
Allah!" Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata
kepadanya, "Beristighfarlah kepada Allah!" Yang lain lagi berkata
kepadanya, "Do'akanlah (aku) kepada Allah, agar ia memberiku anak!"
Maka beliau mengatakan kepadanya, "Beristighfarlah kepada Allah!" Dan
yang lain lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau
mengatakan (pula) kepadanya, "Beristighfarlah kepada Allah!"
Dan kami menganjurkan demikian kepada orang yang mengalami hal yang sama.
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Maka Ar-Rabi' bin Shabih berkata kepadanya, 'Banyak orang yang
mengadukan bermacam-macam (perkara) dan anda memerintahkan mereka semua untuk
beristighfar. Maka Al-Hasan Al-Bashri menjawab, 'Aku tidak mengatakan hal itu
dari diriku sendiri. Tetapi sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan
membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan
mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Nuh: 10-12).
Allahu Akbar! Betapa agung, besar dan banyak buah dari istighfar! Ya Allah,
jadikanlah kami termasuk hamba-hambaMu yang pandai beristighfar. Dan
kurniakanlah kepada kami buahnya, di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya
Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan. Amin, wahai Yang Maha Hidup dan
terus menerus mengurus MakhlukNya.
2.
Ayat lain adalah firman Allah yang menceritakan tentang
seruan Hud kepada kaumnya agar beristighfar.
"Dan (Hud berkata), 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu
bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu
dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu
berpaling dengan berbuat dosa'." (Hud:52).
Al-Hafizh Ibnu katsir dalam menafsirkan ayat yang mulia di atas menyatakan:
"Kemudian Hud memerintahkan kaumnya untuk beristighfar yang dengannya
dosa-dosa yang lalu dapat dihapuskan, kemudian memerintahkan mereka bertaubat
untuk masa yang akan mereka hadapi. Barang siapa memiliki sifat seperti ini,
nescaya Allah akan memudahkan rezekinya, melancarkan urusannya dan menjaga
keadaannya. Karena itu Allah berfirman:
"Nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atas-mu".
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang memiliki sifat taubat
dan istighfar, dan mudahkanlah rezeki-rezeki kami, lancarkanlah urusan-urusan
kami serta jagalah keadaan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha
Mengabulkan doa. Amin, wahai Dzat Yang Memilikikeagungan dan kemuliaan.
3.
Ayat yang lain adalah firman Allah:
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat
kepadaNya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi
kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah
ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai
keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku
takut kamu akan ditimpa seksa hari Kiamat." (Hud: 3).
Pada ayat yang mulia di atas, terdapat janji dari Allah Yang Maha Kuasa dan
Maha Menentukan berupa kenikmatan yang baik kepada orang yang beristighfar dan
bertaubat. Dan maksud dari firmanNya:
"Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus)
kepadamu." Sebagaimana dikatakan oleh Abdullah bin Abbas adalah, "Ia akan
menganugerahi rezeki dan kelapangan kepada kalian".
Sedangkan Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan:
"Inilah buah dari istighfar dan taubat. Yakni Allah akan memberi
kenikmatan kepada kalian dengan berbagai manfaat berupa kelapangan rezeki dan
kemakmuran hidup serta Ia tidak akan menyiksa kalian sebagaimana dilakukanNya
terhadap orang-orang yang dibinasakan sebelum kalian.
Dan janji Tuhan Yang Maha Mulia itu diutarakan dalam bentuk pemberian
balasan sesuai dengan syaratnya. Syaikh Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi berkata:
"Ayat yangmulia tersebut menunjukkan bahawa beristighfar dan bertaubat
kepada Allah dari dosa-dosa adalah sebab sehingga Allah menganugerahkan
kenikmatan yang baik kepada orang yang melakukannya sampai pada waktu yang
ditentukan. Allah memberikan balasan (yang baik) atas istighfar dan taubat itu
dengan balasan berdasarkan syarat yang ditetapkan".
4.
Dalil lain bahawa beristighfar dan taubat adalah di
antara kunci-kunci rezeki hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud,
An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ia berkata,
Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah),
nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk
setiap kesempitan-nya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal)
dari arah yang tiada disangka-sangka".
Dalam hadis yang mulia ini, Nabi yang jujur dan terpercaya, yang berbicara
berdasarkan wahyu, mengabarkan tentang tiga hasil yang dapat dipetik oleh orang
yang memperbanyak istighfar. Salah satunya iaitu, bahawa Allah Yang Maha
Memberi rezeki, yang Memiliki kekuatan akan memberikan rezeki dari arah yang
tidak disangka-sangka dan tidak diharapkan serta tidak pernah terdetik dalam
hatinya.
Karena itu, kepada orang yang mengharapkan rezeki hendaklah ia bersegera
untuk memperbanyak istighfar (memohonampun), baik dengan ucapan mahupun
perbuatan. Dan hendaknya setiap muslim waspada, sekali lagi hendaknya waspada,
dari melakukan istighfar hanya terhad dengan lisan tanpa perbuatan. Sebab itu
adalah pekerjaan para pendusta.
Bab Kedua :
TAKWA
Termasuk sebab turunnya rezeki adalah. Saya akan membicarakan masalah ini
dengan memohon taufik dari Allah dalam dua bahasan:
a. Makna takwa.
b. Dalil syar'i bahawa takwa termasuk kunci rezeki.
A. MAKNA TAKWA
Para ulama telah menjelaskan apa yang dimaksud dengan takwa. Di antaranya,
Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani mendefinisikan: "Takwa iaitu menjaga jiwa
dari perbuatan yang membuatnya berdosa, dan itu dengan meninggalkan apa yang
dilarang, menjadi sempurna dengan meninggalkan sebahagian yang
dihalalkan".
Sedangkan Imam An-Nawawi mendefinisikan takwa dengan "Mentaati
perintah dan laranganNya." Maksudnya, menjaga diri dari kemurkaan dan azab
Allah . Hal itu sebagaimana didefinisikan oleh Imam Al-Jurjani "Takwa
iaitu menjaga diri dari pekerjaan yang mengakibatkan seksa, baik dengan
melakukan perbuatan atau meninggalkannya."
Karena itu, siapa yang tidak menjaga dirinya, dari perbuatan dosa, bererti
dia bukanlah orang bertakwa. Maka orang yang melihat dengan kedua matanya apa
yang diharamkan Allah, atau mendengarkan dengan kedua telinganya apa yang
dimurkai Allah, atau mengambil dengan kedua tangannya apa yang tidak diredai
Allah, atau berjalan ke tempat yang dikutuk Allah, bererti tidak menjaga
dirinya dari dosa.
Jadi, orang yang membangkang perintah Allah serta melakukan apa yang
dilarangNya, dia bukanlah termasuk orang-orang yang bertakwa.
Orang yang menceburkan diri ke dalam maksiat sehingga ia pantas mendapat
murka dan seksa dari Allah, maka ia telah mengeluarkan dirinya dari barisan
orang-orang yang bertakwa.
B. DALIL SYAR'I BAHAWA TAKWA TERMASUK KUNCI
REZEKI
Beberapa nash yang menunjukkan bahawa takwa termasuk di antara sebab
rezeki, Di antaranya:
1. Firman Allah:
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan
jalan keluar baginya. Dan memberi-nya rezeki dari arah yang tiada
disangka-sangkanya." (Ath-Thalaq: 2-3).
Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa orang yang merealisasikan
takwa akan dibalas Allah dengan dua hal:
Pertama, "Allah akan mengadakan jalan keluar baginya." Ertinya,
Allah akan menyelamatkannya sebagaimana dikatakan Ibnu Abbas Radhiallaahu anhu
dari setiap kesusahan dunia mahupun akhirat.
Kedua, "Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
Ertinya, Allah akan memberi-nya rezeki yang tak pernah ia harapkan dan
angankan.
Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan:
"Maknanya, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa
yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya, nescaya Allah akan
memberinya jalan keluar serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka,
yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam benaknya,"
Alangkah agung dan besar buah takwa itu! Abdullah bin Mas'ud berkata:
"Sesungguhnya ayat terbesar dalam hal pemberian janji jalan keluar adalah:
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan
keluar baginya".
2. Ayat lainnya adalah firman Allah:
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah
Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka
mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka di-sebabkan perbuatan
mereka sendiri". (Al -A'raf: 96).
Dalam ayat yang mulia ini Allah menjelaskan, seandai-nya penduduk
negeri-negeri merealisasikan dua hal, yakni iman dan takwa, nescaya Allah akan
melapangkan kebaikan (kekayaan) untuk mereka dan memudahkan mereka
mendapatkannyadari segala arah.
Menafsirkan firman Allah:
"Pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berbagai berkat dari
langit dan bumi, Abdullah bin Abbas mengatakan: "Nescaya Kami lapangkan
kebaikan (kekayaan)untuk mereka dan Kami mudahkan bagi merekauntuk mendapatkan
dari segala arah."
Janji Allah yang terdapat dalam ayat yang mulia tersebut terhadap
orang-orang beriman dan bertakwa mengandung beberapa hal, di antaranya:
a. Janji Allah untuk membuka
(keberkatan) bagi mereka.
Imam Al-Baghawi berkata, Ia bererti mengerjakan sesuatu secara terus
menerus. Atau seperti kata Imam Al-Khazin, "Tetapnya suatu kebaikan
Tuhan atas sesuatu."
Jadi, yang dapat disimpulkan dari makna kalimat " " adalah bahawa
apa yang diberikan Allah disebabkan oleh keimanan dan ketakwaan mereka
merupakan kebaikan yang terus menerus, tidak ada keburukan atau konsekuensi apa
pun atas mereka sesudahnya.
Tentang hal ini, Sayid Muhammad Rasyid Ridha berkata: "Adapun
orang-orang beriman maka apa yang dibukakan untuk mereka adalah berupa berkat
dan kenikmatan. Dan untuk hal itu, mereka senantiasa bersyukur kepada Allah,
ridha terhadapNya dan mengharapkan kurniaNya. Lalu mereka menggunakannya di
jalan kebaikan, bukan jalan keburukan, untuk perbaikan bukan untuk merosak.
Sehingga balasan bagi mereka dari Allah adalah ditambahnya berbagai kenikmatan
di dunia dan pahala yang baik di akhirat."
Syaikh Ibnu Asyur mengungkapkan hal itu dengan ucapannya: adalah kebaikan
yang murni yang tidak ada konsekuensinya di akhirat. Dan ini adalah sebaik-baik
jenis nikmat."
b. Kata berkat disebutkan dalam bentuk
jama' sebagaimana firman Allah:
"Pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berbagai berkat." Ayat ini, sebagaimana
disebutkan Syaikh Ibnu Asyur untuk menunjukan banyaknya berkat sesuai dengan
banyaknya sesuatu yang diberkati.
c. Allah berfirman:
"Berbagai keberkatan dari langit dan bumi". Menurut Imam Ar-Razi,
maksudnya adalah keberkatan langit dengan turunnya hujan, keberkatan bumi
dengan tumbuhnya berbagai tanaman dan buah-buahan, banyaknya haiwan ternak dan
gembalaan serta diperolehnya keamanan dan keselamatan. Hal ini karena langit
adalah laksana ayah, dan bumi laksana Ibu. Dari keduanya diperoleh semua bentuk
manfaat dan kebaikan berdasarkan penciptaan danpengurusan Allah ."
3. Ayat lainnya adalah firman Allah:
"Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil
dan (Al-Qur'an) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka
akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Diantara
mereka ada golongan pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh
kebanyakan mereka". (Al -Ma'idah: 66).
Allah mengabarkan tentang Ahli Kitab, 'Bahawa seandainya mereka mengamalkan
apa yang ada di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an demikian seperti dikatakan
oleh Abdullah bin Abbas dalam menafsirkan ayat tersebut, nescaya Allah
memperbanyak rezeki yang diturunkan kepada mereka dari langit dan yang tumbuh
untuk mereka dari bumi.
Syaikh Yahya bin Umar Al-Andalusi berkata: "Allah menghendaki
wallahu a'lam bahawa seandainya mereka mengamalkan apa yang diturunkan di dalam
Taurat, Injil dan Al-Qur'an, nescaya mereka memakan dari atas dan dari bawah
kaki mereka. Maknanya –wallahu'alam–, nescaya mereka diberi kelapangan dan
kesempurnaan nikmat dunia,"
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Al-Qurthubi mengatakan, "Dan sejenis
dengan ayat ini adalah firman Allah:
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangkanya." (Ath-Thalaq:2-3).
"Dan bahawasanya jika mereka tetap berjalan di atas jalan itu (agama
Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar
(rezeki yang ba-nyak)." (Al-Jin:16).
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,
pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berbagai keberkatan dari langit
dan bumi." (Al -A'raf: 96).
Sebagaimana disebutkan dalam ayat-ayat di atas, Allah menjadikan ketakwaan
di antara sebab-sebab rezeki dan menjanjikan untuk menambahnya bagi orang yang
bersyukur.
Allah berfirman: "Jika kalian bersyukur, nescaya Aku tambahkan
nikmat-Ku atasmu." (Ibrahim: 7).
Karena itu, setiap orang yang menginginkan keluasan rezeki dan kemakmuran
hidup, hendaknya ia menjaga dirinya dari segala dosa. Hendaknya ia menta'ati
perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya. Juga hendaknya ia
menjaga diri dari yang menyebabkan berhak mendapat seksa, seperti melakukan
kemungkaran atau meninggalkan kebaikan.
Bab Ketiga :
BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
Termasuk di antara sebab diturunkannya rezeki adalah bertawakkal kepada
Allah dan Yang kepadaNya tempat bergantung. Insya Allah kita akan membicarakan
hal ini melalui tiga hal:
a. Yang dimaksud bertawakkal kepada
Allah.
b. Dalil syar'i bahawa bertawakkal
kepada Allah termasuk di antara kunci-kunci rezeki.
c. Apakah tawakkal itu bererti meninggalkan
usaha?
A. Yang Dimaksud Bertawakkal kepada Allah
Para ulama –semoga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan– telah
menjelaskan makna tawakkal. Di antaranya adalah Imam Al-Ghazali, beliau
berkata: "Tawakkal adalah penyandaran hati hanya kepada wakil (yang
ditawakkali) semata."
Al-Allamah Al-Manawi berkata: "Tawakkal adalah menampakkan kelemahan
serta penyandaran (diri) kepada yang di tawakkali."
Menjelaskan makna tawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,
Al-Mulla Ali Al-Qori berkata: "Hendaknya kalian ketahui secara yakin
bahawa tidak ada yang berbuat dalam alam wujud ini kecuali Allah, dan bahawa
setiap yang ada, baik makhluk mahupun rezeki, pemberian atau pelarangan, bahaya
atau manfaat, kemiskinan atau kekayaan, sakit atau sehat, hidup atau mati dan
segala hal yang disebut sebagai sesuatu yang maujud (ada), semua-nya itu adalah
dari Allah."
B. Dalil syar'i Bahawa Bertawakkal kepada
Allah Termasuk Kunci Rezeki
Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Al-Muba-rak, Ibnu Hibban,
Al-Hakim, Al-Qhudha'i dan Al-Baghawi meriwayatkan dari Umar bin Khaththab
bahawa Rasulullah bersabda:
"Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah sebenar-benar
tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung.
Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang petang hari dalam
keadaan kenyang."
Dalam hadis yang mulia ini, Rasulullah yang berbicara dengan wahyu
menjelaskan, orang yang bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,
nescaya dia akan diberi rezeki oleh Allah sebagaimana burung-burung diberiNya
rezeki. Betapa tidak demikian, karena dia telah bertawakkal kepada Dzat Yang
Maha Hidup, Yang tidak pernah mati. Karena itu, barangsiapa bertawakkal
kepada-Nya, nescaya Allah akan mencukupinya. Allah berfirman:
"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allahakan
mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu." (Ath-Thalaq: 3).
Menafsirkan ayat tersebut, Ar-Rabi' bin Khutsaim mengatakan:
"(Mencukupkan) diri setiap yang membuat sempit manusia".
C. Apakah Tawakkal itu Bererti Meninggalkan
Usaha?
Sebahagian orang mukmin ada yang berkata: "Jika orang yang bertawakkal
kepada Allah itu akan diberi rezeki, maka kenapa kita harus lelah, berusaha dan
mencari penghidupan. Bukankah kita cukup duduk-duduk dan bermalasan-malasan,
lalu rezeki kita datang dari langit?"
Perkataan ini sungguh menunjukkan kebodohan orang yang mengucapkan tentang
hakikat tawakkal. Nabi kita yang mulia telah menyerupakan orang yang
bertawakkal dan diberi rezeki itu dengan burung yang pergi di pagi hari dan
pulang pada petang hari, padahal burung itu tidak memiliki sandaran apa pun,
baik perdagangan, pertanian, pabrik atau pekerjaan tertentu. Ia keluar berbekal
tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa dan Yang kepadanya tempat bergantung. Dan
sungguh para ulama –semoga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik kebaikan–
telah memperingatkan masalah ini. Di antaranya adalah Imam Ahmad, beliau
berkata: " Dalam hadis tersebut tidak ada isyarat yang membolehkan untuk
meninggalkan usaha, sebaliknya justeru di dalamnya ada isyarat yang menunjukkan
perlunya mencari rezeki. Jadi maksud hadis tersebut, bahawa seandainya mereka
bertawakkal kepada Allah dalam kepergian, kedatangan dan usaha mereka, dan
mereka mengetahui kebaikan (rezeki) itu di TanganNya, tentu mereka tidak akan
pulang kecuali dalam keadaan mendapatkan harta dengan selamat, sebagaimana
burung-burung tersebut."
Imam Ahmad pernah ditanya tentang seorang laki-laki yang hanya duduk di
rumah atau masjid seraya berkata, 'Aku tidak mahu bekerja sedikit pun, sampai
rezekiku datang sendiri'. Maka beliau berkata, Ia adalah laki-laki yang tidak
mengenal ilmu. Sungguh Nabi bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan rezekiku melalui panahku."
Dan beliau bersabda: "Sekiranya kalian bertawakkal kepada Allah dengan
sebenar-benar tawakkal, nescaya Allah memberimu rezeki sebagaimana yang
diberikanNya kepada burung-burung berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan
pulang petang hari dalam keadaan kenyang."
Dalam hadis tersebut dikatakan, burung-burung itu berangkat pagi-pagi dan
pulang petang hari dalam rangka mencari rezeki. Selanjutnya Imam Ahmad berkata:
"Para Sahabat berdagang dan bekerja dengan pohon kurmanya. Dan mereka
itulah teladan kita".
Syaikh Abu Hamid berkata: "Barangkali ada yang mengira bahawa makna
tawakkal adalah , meninggalkan pekerjaan secara fisik, meninggalkan perencanaan
dengan akal serta menjatuhkan diri di atas tanah seperti sobekan kain yang
dilemparkan, atau seperti daging di atas landasan tempat memotong daging. Ini
adalah sangkaan orang-orang bodoh. Semua itu adalah haram menurut hukum
syariat. Sedangkan syariat memuji orang yang bertawakkal. Lalu, bagaimana
mungkin sesuatu darjat ketinggian dalam agama dapat diperoleh dengan hal-hal
yang dilarang oleh agama pula?
Hakikat yang sesungguhnya dalam hal ini dapat kita katakan,
"Sesungguhnya pengaruh bertawakkal itu tampak dalam gerak dan usaha hamba
ketika bekerja untuk mencapai tujuan-tujuannya".
Imam Abul Qosim Al-Qusyairi berkata: "Ketahuilah sesungguhnya tawakkal
itu letaknya di dalam hati. Adapun gerak secara lahiriah hal itu tidak
bertentangan dengan tawakkal yang ada di dalam hati setelah seorang hamba
meyakini bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Jika terdapat kesulitan, maka
hal itu adalah karena taqdirNya, dan jika terdapat kemudahan maka hal itu
karena kemudahan dariNya."
Di antara yang menunjukkan bahawa tawakkal kepada Allah tidaklah bererti meninggalkan
usaha adalah apa diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari
Ja'far bin Amr bin Umayah dari ayahnya , ia berkata:
"Seseorang berkata kepada Nabi , Aku lepaskan unta-ku dan (lalu) aku
bertawakkal?' Nabi bersabda: 'Ikatlah kemudianbertawakkallah'."
Dan dalam riwayat Al-Qudha'i disebutkan:
"Amr bin Umayah berkata: 'Aku bertanya,'Wahai Rasulullah, Apakah aku
ikat dahulu (tunggangan)ku lalu akubertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan
begitu saja lalu aku bertawakkal?' Beliau menjawab, 'Ikatlah kendaran (unta) mu
lalu bertawakkallah'."
Kesimpulan dari pembahasan ini adalah bahawa tawakkal tidaklah bererti
meninggalkan usaha. Dan sungguh setiap muslim wajib berpayah-payah,
bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan penghidupan. Hanya saja ia
tidak boleh menyandarkan diri pada kelelahan, kerja keras dan usahanya, tetapi
ia harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah, dan bahawa rezeki
itu hanyalah dari Dia semata.
Bab Keempat :
BERIBADAH KEPADA ALLAH SEPENUHNYA
Di antara
kunci-kunci rezeki adalah beribadah kepada Allah sepenuhnya. Saya akan membahas
masalah ini – dengan memohon pertolongan kepada Allah– dari dua hal:
A. Makna beribadah kepada Allah sepenuhnya.
B. Dalil syar'i bahawa beribadah kepada Allah sepenuhnya adalah di antara
kunci-kunci rezeki.
A Makna Beribadah Kepada Allah Sepenuhnya.
Hendaknya seseorang tidak mengira bahawa yang dimaksud beribadah sepenuhnya
adalah dengan meninggalkan usaha untuk mendapatkan penghidupan dan duduk di
masjid sepanjang siang dan malam. Tetapi yang dimaksud – wallahu a'lam– adalah
hendaknya seorang hamba beribadah dengan hati dan jasadnya, khusyu' dan
merendahkan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa, menghadirkan (dalam hati)
betapa besar keagungan Allah, benar-benar merasa bahawa ia sedang bermunajat
kepada Allah Yang Maha Menguasai dan Maha Menentukan. Yakni beribadah
sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Hendaknya kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kami melihatNya.
Jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu."
Janganlah engkau termasuk orang-orang yang (ketika beribadah) jasad mereka
berada di masjid, sedang hatinya berada di luar masjid.
Menjelaskan sabda Rasulullah :"Beribadahlah sepenuhnya kepadaKu".
Al-Mulla Ali Al-Qari
berkata, "Maknanya, jadikanlah hatimu benar-benar sepenuhnya
(berkonsentrasi) untuk beribadah kepada Tuhan-mu".
B. DALIL SYAR'I BAHAWA BERIBADAH KEPADA ALLAH SEPENUHNYA TERMASUK KUNCI
REZEKI
Ada beberapa nash yang menunjukkan bahawa beribadah sepenuhnya kepada Allah
termasuk di antara kunci-kunci rezeki. Beberapa nash tesebut di antaranya
adalah:
1. Hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim
dari Abu Hurairah , dari Nabi beliau bersabda:
"Sesungguhnya Allah berfirman, 'wahai anak Adam!, beribadahlah
sepenuhnya kepadaKu, nescaya Aku penuhi (hatimu yang ada) di dalam dada dengan
kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika tidak kalian lakukan, nescaya Aku
penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi keperluanmu (kepada
manusia)'."
Nabi dalam hadis tersebut menjelaskan, bahawasanya Allah menjanjikan kepada
orang yang beribadah kepadaNya sepenuhnya dengan dua hadiah, sebaliknya
mengancam bagi yang tidak beribadah kepadaNya sepenuhnya dengan dua seksa.
Adapun dua hadiah itu adalah Allah mengisi hati orang yang beribadah kepadaNya
sepenuhnya dengan kekayaan serta memenuhi keperluannya. Sedangkan dua seksa itu
adalah Allah memenuhi kedua tangan orang yang tidak beribadah kepadaNya
sepenuhnya dengan berbagai kesibukan, dan ia tidak mampu memenuhi keperluannya,
sehingga ia tetap memperlukan kepada manusia.
2. Hadis riwayat Imam Al-Hakim dari Ma'qal bin Yasar ia berkata, Rasulullah
bersabda:
"Tuhan kalian berkata, 'Wahai anak Adam, beribadahlah kepadaKu
sepenuhnya, nescaya Aku penuhi hatimu dengan kekayaan dan Aku penuhi kedua
tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, jangan jauhi Aku sehingga Aku penuhi
hatimu dengan kefakiran dan Aku penuhi kedua tangamu dengan kesibukan."
Dalam hadis yang mulia ini, Nabi yang mulia, yang berbicara berdasarkan
wahyu mengabarkan tentang janji Allah, yang tak satu pun lebih memenuhi janji
daripadaNya, berupa dua jenis pahala bagi orang yang benar-benar beribadah
kepada Allah sepenuhnya. Iaitu, Allah pasti memenuhi hatinya dengan kekayaan
dan kedua tangannya dengan rezeki. Sebagaimana Nabi juga memperingatkan akan
ancam-an Allah kepada orang yang menjauhiNya dengan dua jenis seksa. Iaitu
Allah pasti memenuhi hatinya dengan kefakiran dan kedua tangannya dengan
kesibukan.
Dan semua mengetahui, siapa yang hatinya dikayakan oleh Yang Maha Memberi
kekayaan, nescaya tidak akan didekati oleh kemiskinan selama-lamanya. Dan siapa
yang kedua tangannya dipenuhi rezeki oleh Yang Maha Memberi rezeki dan Maha
Perkasa, nescaya ia tidak akan pernah pailit selama-lamanya. Sebaliknya, siapa
yang hatinya dipenuhi dengan kefakiran oleh Yang Maha Kuasa dan Maha
Menentukan, nescaya tak seorang pun mampu membuatnya kaya. Dan siapa yang
disibukkan oleh Yang Maha Perkasa dan Maha Memaksa, nescaya tak seorang pun
yang mampu
memberinya waktu luang.
Bab Kelima :
MELANJUTKAN HAJI DENGAN UMRAH
ATAU SEBALIKNYA
Di antara perbuatan yang dijadikan Allah termasuk kunci-kunci rezeki iaitu
melanjutkan haji dengan umrah atau sebaliknya. Pembicaraan masalah ini – dengan
memohon pertolongan Allah – akan saya lakukan melalui dua fakta bahasan:
A. Yang dimaksud melanjutkan haji dengan umrah atausebaliknya.
B. Dalil syar'i bahawa melanjutkan haji dengan umrah atau sebaliknya
termasuk pintu-pintu rezeki.
A. Yang Dimaksud Melanjutkan Haji Dengan Umrah Atau Sebaliknya
Syaikh Abul Hasan As-Sindi menjelaskan tentang maksud melanjutkan haji
dengan umrah atau sebaliknya berkata:
"Jadikanlah salah satunya mengikuti yang lain, di mana ia dilakukan
sesudahnya. Ertinya, jika kalian menunaikan haji maka tunaikanlah umrah. Dan
jika kalian menunaikan umrah maka tunaikanlah haji, sebab keduanya saling
mengikuti.
B. Dalil Syar'i Bahawa Melanjutkan Haji Dengan Umrah Atau Sebaliknya
Termasuk Kunci Rezeki
Di antara hadis-hadis yang menunjukkan bahawa melanjutkan haji dengan umrah
atau sebaliknya termasuk kunci-kunci rezeki adalah :
1. Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Ibnu Hibban meriwayatkah dari
Abdullah bin Mas'ud berkata,
Rasulullah bersabda:
"Lanjutkanlah haji dengan umrah, karena sesungguhnya keduanya
menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran
besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu melainkan
Surga".
Dalam hadis yang mulia tersebut Nabi yang terpercaya, yakni berbicara
dengan wahyu menjelaskan bahawa buah melanjutkan haji dengan umrah atau
sebaliknya adalah hilangnya kemiskinan dan dosa. Imam Ibnu Hibban memberi judul
hadis ini dalam kitab shahihnya dengan: "Keterangan Bahawa Haji dan Umrah
Menghilangkan Dosa-dosa dan Kemiskinan dari Setiap Muslim dengan Sebab Keduanya."
Sedangkan Imam Ath-Thayyibi dalam menjelaskan sabda Nabi :
"Sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa",
dia berkata, "Kemampuan keduanya untuk menghilangkan kemiskinan seperti
kemampuan amalan bersedekah dalam menambah harta."
2. Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dari Ibnu Abbas , ia berkata bahawa
Rasulullah pernah bersabda:
"Lanjutkanlah haji dengan umrah atau sebaliknya. Karena sesungguhnya
keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana api dapat
menghilangkan kotoran besi."
Maka orang-orang yang menginginkan untuk dihilangkan kemiskinan dan
dosa-dosanya, hendaknya ia segera melanjutkan hajinya dengan umrah atau
sebaliknya.
Bab Keenam :
SILATURRAHIM
Di antara pintu-pintu rezeki adalah silaturrahim. Pembicaraan masalah ini
–dengan memohon
pertolongan Allah– akan saya bahas melalui empat fakta berikut:
A. Makna silaturrahim.
B. Dalil syar'i bahawa silaturrahim termasuk di antara pintu-pintu rezeki.
C. Apa saja sarana untuk silaturrahim?
D. Tata cara silaturrahim dengan para ahli maksiat.
A. Makna Silaturrahim
Makna "ar-rahim" adalah para kerabat dekat. Al-Hafizh Ibnu Hajar
berkata: "Ar-rahim" secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat
dekat. Antara mereka terdapat garis nasab (keturunan), baik berhak mewarisi
atau tidak, dan sebagai mahram atau tidak." Menurut pendapat lain, mereka
adalah maharim (para kerabat dekat yang haram dinikahi) saja.
Pendapat pertama lebih kuat, sebab menurut batasan yang kedua, anak-anak
paman dan anak-anak bibi bukan kerabat dekat karena tidak termasuk yang haram
dinikahi, padahal tidak demikian."
Silaturrahim, sebagaimana dikatakan oleh Al-Mulla Ali Al-Qari adalah
kinayah (ungkapan/sindiran) tentang berbuat baik kepada para karib kerabat
dekat – baik menurut garis keturunan mahupun perkawinan– berlemah lembut dan
mengasihi mereka serta menjaga keadaan mereka.
B. Dalil Syar'i Bahawa Silaturrahim Termasuk Kunci Rezeki
Beberapa hadis dan atsar menunjukkan bahawa Allah menjadikan silaturrahim
termasuk di antara sebab kelapangan rezeki. Di antara hadis-hadis dan
atsar-atsar itu adalah:
1. Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah , ia berkata, 'Aku
mendengar Rasulullah bersabda: "Siapa yang senang untuk dilapangkan
rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknyalah ia
menyambung (tali) silaturrahim".
2. Dalil lain adalah hadis riwayat Imam Al-Bukhari dari Anas bin Malik
bahawasanya Rasulullah bersabda: "Siapa yang suka untuk dilapangkan
rezekinya dan diakhirkan usianya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia
menyambung silaturrahim."
Dalam hadis yang mulia di atas, Nabi menjelaskan bahawa silaturrahim
membuahkan dua hal, kelapangan rezeki dan bertambahnya usia. Ini adalah tawaran
terbuka yang disampaikan oleh makhluk Allah yang paling benar dan jujur, yang
berbicara berdasarkan wahyu, Nabi Muhammad . Maka barangsiapa menginginkan dua
buah di atas hendaknya ia menaburkan benihnya, iaitu silaturrahim. Demikianlah,
sehingga Imam Al-Bukhari memberi judul untuk kedua hadis itu dengan
"BabOrang Yang Dilapangkan Rezekinya dengan Silaturrahim." Ertinya,
dengan sebab silaturrahim.
Imam Ibnu Hibban juga meriwayatkan hadis Anas bin Malik dalam kitab
shahihnya dan beliau memberi judul dengan: "Keterangan Tentang Baiknya
Kehidupan dan Banyaknya berkat dalam Rezeki Bagi Orang Yang Menyambung
Silaturrahim.
3. Dalil lain adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmidzi
dan Al-Hakim dari Abu Hurairah , dari Nabi beliau bersabda: "Belajarlah
tentang nasab-nasab kalian sehingga kalian mampu menyambung silaturrahim. Karena
sesungguhnya silaturrahim adalah (sebab adanya) kecintaan terhadap keluarga
(kerabat dekat), (sebab) banyaknya harta dan bertambahnya usia."
Dalam hadis yang mulia Ini Nabi menjelaskan bahawa silaturrahim ini
membuahkan tiga hal, di antaranya adalah ia menjadi sebab banyaknya harta.
4. Dalil lain adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abdullah bin Ahmad,
Al-Bazzar dan Ath-Thabrani dari Ali bin Abi Thalib dari Nabi , beliau bersabda:
"Barangsiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya
serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertakwa kepada
Allah dan menyambung silaturrahim."
Dalam hadis yang mulia ini, Nabi yang jujur dan terpercaya, menjelaskan
tiga manfaat yang terealisir bagi orang yang memiliki dua sifat; bertakwa
kepada Allah dan menyambung silaturrahim. Dan salah satu dari tiga manfaat itu
adalah keluasan rezeki.
5. Dalil lain adalah riwayat Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar ia
berkata: "Barangsiapa bertakwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim,
nescaya dipanjangkan umurnya dan dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh
keluarganya."
6. Demikian besarnya pengaruh silaturrahim dalam berkembangnya harta benda
dan menjauhkan kemiskinan, sampai-sampai ahli maksiat pun, disebabkan oleh
silaturrahim, harta mereka mampu berkembang, semakin banyak jumlahnya dan
mereka jauh dari kefakiran, karena kurnia Allah .
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakrah dari Nabi bahawasanya beliau
bersabda:
"Sesungguhnya keta'atan yang paling disegerakan pahalanya adalah
silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maskiat pun, harta mereka
mampu berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling
bersilaturrahim. Dan tidaklah ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim
kemudian mereka memperlukan (kekurangan)."
C. APA SAJA SARANA UNTUK SILATURRAHIM?
Sebahagian orang menyempitkan makna silaturrahim hanya dalam masalah harta.
Pembatasan ini tidaklah benar. Sebab yang dimaksud silaturrahim lebih luas dari
itu. Silaturrahim adalah usaha untuk memberikan kebaikan kepada kerabat dekat
serta (upaya) untuk menolak keburukan dari mereka, baik dengan harta atau
dengan lainnya.
Imam Ibnu Abu Jamrah berkata: "Silaturrahim itu mampu dengan harta,
dengan memberikan keperluan mereka, dengan menolak keburukan dari mereka,
dengan wajah yang berseri-seri serta dengan do'a."
Makna silaturrahim yang lengkap adalah memberikan apa saja yang mungkin
diberikan dari segala bentuk kebaikan, serta menolak apa saja yang mungkin
mampu ditolak dari keburukan sesuai dengan kemampuannya (kepada kerabat dekat).
D. Tata Cara Silaturrahim dengan Para Ahli
Maksiat
Sebahagian orang salah dalam memahami tata cara silaturrahim dengan para
ahli maksiat. Mereka mengira bahawa bersilaturrahim dengan mereka bererti juga
mencintai dan menyayangi mereka, bersama-sama duduk dalam satu majelis dengan
mereka, makan bersama-sama mereka serta bersikap lembut dengan mereka. Ini
adalah tidak benar.
Semua memaklumi bahawa Islam tidak melarang berbuat baik kepada kerabat
dekat yang suka berbuat maksiat, bahkan hingga kepada orang-orang kafir. Allah
berfirman: "Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang-orang yang tiada memerangi-mu karena agama dan tidak (pula)
mengusir kamu dari negerimu.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berlaku adil." (Al-Mumtahanah: 8).
Demikian pula sebagaimana disebutkan dalam hadis Asma' binti Abu
Bakar yang menanyakan Rasullah untuk bersilaturrahmi kepada ibunya yang
musyrik. Dalam hadis ini diantaranya disebutkan:
"Aku bertanya, 'Sesungguhnya ibuku datang dan ia sangat berharap,
apakah aku harus menyambung (silaturrahim) dengan ibuku?' Beliau menjawab, 'Ya,
sambunglah (silaturrahim) dengan ibumu'."
Tetapi, itu bukan bererti harus saling mencintai dan menyayangi,
duduk-duduk satu majelis dengan mereka. Bersama-sama makan dengan mereka serta
bersikap lembut dengan orang-orang kafir dan ahli maksiat tersebut. Allah
berfirman: "Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang ber-iman kepada
Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang
menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau
anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka."
(Al-Mujadilah:22).
Makna ayat yang mulia ini –sebagaimana disebutkan oleh Imam Ar-Razi– adalah
bahawasanya tidak akan bertemu antara iman dengan kecintaan kepada musuh-musuh
Allah. Karena jika seseorang mencintai orang lain maka tidak mungkin ia akan
mencintai musuh orang tersebut. Dan berdasarkan ayat ini, Imam Malik menyatakan
bolehnya memusuhi kelompok Qadariyah dan tidak duduk satu majelis dengan
mereka.
Imam Al-Qurthubi mengomentari dasar hukum Imam Malik: "Saya berkata,
'Termasuk dalam makna kelompok Qadariyah adalah semua orang yang zhalim dan
yang suka memusuhi'."
Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat yang mulia tersebut berkata:
"Ertinya, mereka tidak saling mencintai dengan orang yang suka menentang
(Allah dan Rasul-Nya), bahkan meskipun mereka termasuk kerabat dekat."
Sebaliknya, silaturrahim dengan mereka adalah dalam upaya untuk menghalangi
mereka agar tidak mendekat kepada Neraka dan menjauhi dari Surga. Tetapi, bila
kondisi mengisyaratkan bahawa untuk mencapai tujuan tersebut ada-lah dengan
cara memutuskan hubungan dengan mereka, maka pemutusan hubungan tersebut –
dalam kondisi demikian– dapat dikategorikan sebagai silaturrahim.
Dalam hal ini, Imam Ibnu Abu Jamrah berkata: "Jika mereka itu
orang-orang kafir atau suka berbuat dosa maka memutuskan hubungan dengan mereka
karena Allah adalah (bentuk) silaturrahim dengan mereka. Tapi dengan syarat
telah ada usaha untuk menasehati dan memberitahu mereka, dan mereka masih terus
membangkang. Kemudian,hal itu (pemutusan silaturrahim) dilakukan karena mereka
tidak mahu menerima kebenaran. Meskipun demikian, mereka masih tetap
berkewajipan mendo'akan mereka tanpa sepengetahuan mereka agar mereka kembali
ke jalan yang lurus.
Bab Ketujuh :
BERINFAK DI JALAN ALLAH
Di antara kunci-kunci rezeki lain adalah berinfak dijalan Allah. Pembahasan
masalah ini –dengan memohon taufik dari Allah– akan saya lakukan melalui dua
hujah berikut:
A. Yang dimaksud berinfak.
B. Dalil syar'i bahawa berinfak di jalan Allah adalah termasuk kunci-kunci
rezeki.
A. Yang Dimaksud Berinfak
Di tengah-tengah menafsirkan firman Allah: "Dan barang apa saja yang
kamu nafkahkan, nescaya Dia akan menggantinya". (Saba': 39).
Syaikh Ibnu Asyur berkata: "Yang dimaksud dengan infak di sini adalah
infak yang dianjurkan dalam agama. Seperti berinfak kepada orang-orang fakir
dan berinfak di jalan Allah untuk menolong agama."
B. Dalil Syar'i Bahawa Berinfak di Jalan Allah AdalahTermasuk Kunci Rezeki
Ada beberapa nash dalam Al-Qur'anul Karim dan Al-Hadis Asy-Syarif yang
menunjukkan bahawa orang yang berinfak di jalan Allah akan diganti oleh Allah
di dunia. Di samping, tentunya apa yang disediakan oleh Allah baginya dari
pahala yang besar di akhirat. Di antara dalil-dalil itu adalah sebagai berikut:
1. Firman Allah:
"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantinya
dan Dialah Pemberi rezeki yang se-baikbaiknya." (Saba': 39).
Dalam menafsirkan ayat di atas, Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata:
"Betapapun sedikit apa yang kamu infakkan dari apa yang diperintahkan
Allah kepadamu dan apa yang diperbolehkanNya, nescaya Dia akan menggantinya
untukmu di dunia, dan di akhirat engkau akan diberi pahala dan ganjaran,
sebagaimana yang disebutkan dalam hadis…"
Imam Ar-Razi berkata, "Firman Allah: 'Dan barang apa saja yang kamu
nafkahkan maka Allah akan menggantinya', adalah realisasi dari sabda Nabi :
"Tidaklah para berada di pagi hari…. " (Al -Hadis).
Yang demikian itu karena Allah adalah Penguasa, Maha Tinggi dan Maha Kaya.
Maka jika Dia berkata: "Nafkahkanlah dan Aku yang akan menggantinya,' maka
itu sama dengan janji yang pasti ia tepati. Sebagaimana jika Dia berkata:
"Lemparkanlah barangmu ke dalam laut dan Aku yang menjaminnya."
Maka, barangsiapa berinfak bererti dia telah memenuhi syarat untuk
mendapatkan ganti. Sebaliknya, siapa yang tidak berinfak maka hartanya akan
lenyap dan ia tidak berhak mendapatkan ganti. Hartanya akan hilang tanpa ganti,
ertinya lenyap begitu saja. Yang menghairankan, jika seseorang pedagang
mengetahui bahawa sebahagian dari hartanya akan binasa, ia akan menjualnya
dengan cara nasi'ah (pembayaran di belakang), meskipun pembelinya termasuk
orang miskin. Lalu ia berkata, hal itu lebih baik daripada pelan-pelan harta
itu binasa. Jika ia tidak menjualnya sampai harta itu binasa maka ia akan
disalahkan. Dan jika ada orang mampu yang menjamin orang miskin itu, tetapi ia
tidak menjualnya (kepada orang tersebut) maka ia disebut orang gila. Dan
sungguh, hampir setiap orang melakukan hal ini, tetapi masing-masing tidak
menyadari bahawa hal itu mendekati gila. Sesungguhnya harta kita semuanya pasti
akan binasa.
Dan menafkahkan kepada keluarga dan anak-anak adalah bererti memberi
pinjaman. Semuanya itu berada dalam jaminan kuat, iaitu Allah Yang Maha Tinggi.
Allah berfirman: "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Dia pasti
manggantinya." Lalu Allah memberi pinjaman kepada setiap orang, ada yang
berupa tanah, kebun, penggilingan, tempat pemandian untuk berobat atau manfaat
tertentu. Sebab setiap orang tentu memiliki pekerjaan atau tempat yang
daripadanya ia mendapatkan harta. Dan semua itu milik Allah. Di tangan manusia,
harta itu adalah pinjaman. Jadi, seakan-akan barang-barang tersebut adalah
jaminan yang diberikan Allah dari rezekiNya, agar orang tersebut percaya penuh
kepadaNya bahawa bila dia berinfak, Allah pasti akan menggantinya.
Tetapi meskipun demikian, ternyata ia tidak mahu berinfak dan membiarkan
hartanya lenyap begitu saja tanpa mendapat pahala dan disyukuri.
Selain itu, Allah menegaskan janjiNya dalam ayat ini kepada orang yang
berinfak untuk menggantinya dengan rezeki (lain) melalui tiga penegasan. Dalam
hal ini, Ibnu Asyur berkata:
"Allah menegaskan janji tersebut dengan kalimat bersyarat, dan dengan
menjadikan jawaban dari kalimat bersyarat itu dalam bentuk jumlah ismiyah dan
dengan mendahulukan musnad ilaiah (sandaran) terhadap khabar fi'ilnya. Dengan
demikian, janji tersebut ditegaskan dengan tiga penegasan yang menunjukkan
bahawa Allah benar-benar akan merealisasikan janji itu. Sekaligus menunjukkan
bahawa berinfak adalah sesuatu yang dicintai Allah.
Dan sungguh janji Allah adalah sesuatu yang tegas, yakin, pasti dan tidak
ada keraguan untuk diwujudkannya, walaupun tanpa adanya penegasan seperti di
atas. Lalu, bagaimana halnya jika janji itu ditegaskan dengan tiga penegasan?
2. Dalil lain adalah firman Allah:
"Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan
menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu
ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha
Mengetahui." (Al -Baqarah: 268).
Menafsirkan ayat mulia ini, Ibnu Abbas berkata: "Dua hal dari Allah,
dan dua hal dari setan. "Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan
kemiskinan." Setan itu berkata, 'Jangan kamu infakkan hartamu, peganglah
untukmu sendiri karena kamu memperlukannya'. "Dan menyuruh kamu berbuat
kejahatan (kikir)." (Dan dua hal dari Allah adalah), "Allah menjanjikan
untukmu keampunan daripadaNya," yakni atas maksiat yang kamu kerjakan,
"dan kurnia" berupa rezeki.
Al-Qadhi Ibnu Athiyah menafsirkan ayat ini berkata: "Maghfirah
(ampunan Allah) adalah janji Allah bahawa Dia akan menutupi kesalahan segenap
hambaNya di dunia dan di akhirat. Sedangkan al-fadhl (kurnia) adalah rezeki
yang luas di dunia, serta pemberian nikmat di akhirat, dengan segala apa yang
telah dijanjikan Allah.
Imam Ibnu Qayim Al-Jauziyah dalam menafsirkan ayat yang mulia ini berkata:
"Demikianlah, peringatan setan bahawa orang yang menginfakkan hartanya,
mampu mengalami kefakiran
bukanlah suatu bentuk kasih sayang setan kepadanya, juga bukan suatu bentuk
nasihat baik untuknya.
Ada-pun Allah, maka Ia menjanjikan kepada hambaNya ampunan dosa-dosa daripadaNya,
serta kurnia berupa penggantian yang lebih baik daripada yang ia infakkan, dan
ia dilipatgandakanNya baik di dunia saja atau di dunia dan di akhirat."
3. Dalil lain adalah hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah , Nabi
memberitahukan kepadanya:
"Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman, 'Wahai anak Adam, berinfaklah,
nescaya Aku berinfak (memberi rezeki) kepadaMu."
Allahu Akbar! Betapa besar jaminan orang yang berinfak dijalan Allah!
Betapa mudah dan senang jalan mendapatkan rezeki! Seorang hamba berinfak di
jalan Allah, lalu Dzat Yang di TanganNya kepemilikan segala sesuatu memberikan
infak (rezeki) kepadanya. Jika seorang hamba berinfak sesuai dengan
kemampuannya maka Dzat Yang memiliki perbendaharaan langit dan bumi serta
kerajaan segala sesuatu akan memberi infak (rezeki) kepadanya sesuai dengan
keagungan, kemuliaan dan kekuasaanNya.
Imam An-Nawawi berkata: "Firman Allah, 'Berinfaklah, nescaya Aku
berinfak (memberi rezeki) kepadamu adalah makna dari firman Allah dalam
Al-Qur'an: "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Dia-lah yang akan
menggantinya." (Saba': 39). Ayat ini mengandung anjuran untuk berinfak
dalam berbagai bentuk kebaikan, serta berita gembira bahawa semua itu akan
diganti atas kurnia Allah.
4. Dalil lain bahawa berinfak di jalan Allah adalah di antara kunci-kunci
rezeki iaitu apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dari Abu Hurairah
bahawasanya Nabi bersabda:
"Tidaklah para hamba berada di pagi hari kecuali didalamnya terdapat
dua malaikat yang turun. Salah satunya berdo'a, 'Ya Allah, berikanlah kepada
orang yang berinfak ganti (dari apa yang ia infakkan)'. Sedang yang lain
berkata, 'Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan (hartanya) kebinasaan
(hartanya)'."
Dalam hadis yang mulia ini, Nabi yang mulia mengabarkan bahawa terdapat
malaikat yang berdo'a setiap hari kepada orang yang berinfak agar diberikan
ganti oleh Allah. Maksudnya –sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Mulla Ali
Al-Qari– adalah ganti yang besar. Yakni ganti yang baik, atau ganti di dunia
dan ganti di akhirat. Hal itu berdasarkan firman Allah: "Dan barang apa
saja yang kamu nafkahkan maka Dia-lah yang akan menggantinya. Dan Dialah
sebaik-baik Pemberi rezeki." (Saba': 39).
Dan diketahui secara umum bahawa do'a malaikat adalah dikabulkan, sebab
tidaklah mereka mendo'akan bagi seseorang melainkan dengan izinNya. Allah
berfirman: "Dan mereka tiada memberi syafa'at melainkan kepada orang yang
diredai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepadaNya."
(Al -Anbiya': 28).
5. Dalil lain adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dari Abu
Hurairah bahawasanya Nabi bersabda: "Berinfaklah wahai Bilal! Jangan takut
dipersedikit (hartamu) oleh Dzat Yang Memiliki Arsy."
Aduhai, alangkah kuat jaminan dan kurnia Allah bagi orang yang berinfak di
jalanNya! Apakah Dzat Yang Memiliki Arsy akan menghinakan orang yang berinfak
di jalan-Nya, sehingga ia mati karena miskin dan tak punya apa-apa? Demi Allah,
tidak akan demikian!
Al-Mulla Ali-AlQari menjelaskan dalam hadis tersebut berkata,
"Maksudnya, dijadikan miskin dan tidak punya apa-apa". Ertinya,
"Apakah engkautakut akan disia-siakan oleh Dzat Yang Mengatur segala
urusan dari langit ke bumi? " Dengan kata lain, "Apakah kamu takut
untuk digagalkan cita-citamu dan disedikitkan rezekimu oleh Dzat Yang rahmatNya
meliputi penduduk langit dan bumi, orang-orang mukmin dan orang-orang kafir,
burung-burung dan binatang melata?"
6. Berapa banyak bukti-bukti dalam kitab-kitab Sunnah (Hadis), Sirah
(Perjalanan Hidup), Tarajum (Biografi), Tarikh (Sejarah), bahkan hingga dalam
kenyataan-kenyataan yang kita alami saat ini yang menunjukkan bahawa Allah
mengganti rezeki hambaNya yang berinfak di jalanNya.
Berikut ini kami ringkaskan satu bukti dalam masalah ini. Imam Muslim
meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi beliau bersabda: "Ketika seorang
laki-laki berada di suatu tanah lapang bumi ini, tiba-tiba ia mendengar suara
dari awan, 'Siramilah kebun si fulan!' Maka awan itu berarak menjauh dan
menuangkan airnya di kawasan tanah yang penuh dengan batu batu hitam. Di sana
ada aliran air yang menampung air tersebut. Lalu orang itu mengikuti ke mana
air itu mengalir.
Tiba-tiba ia (melihat) seorang laki-laki yang berdiri di kebunnya. Ia
mendorong air tersebut dengan skopnya (ke dalam kebunnya). Kemudian ia
bertanya, 'Wahai hamba Allah! Siapa namamu?' Ia menjawab, 'Fulan', yakni nama
yang didengar di awan. Ia balik bertanya, "Wahai hamba Allah, kenapa
engkau menanyakan namaku?' Ia menjawab, 'Sesungguhnya aku mendengar suara di
awan yang menurunkan air ini. Suara itu berkata, 'Siramilah kebun si fulan! Dan
itu adalah namamu. Apa sesungguhnya yang engkau lakukan?' Ia menjawab,
"Jika itu yang engkau tanyakan, maka sesungguhnya aku memperhitungkan
hasil yang didapati dari kebun ini, lalu aku bersedekah dengan sepertiganya,
dan aku makan beserta keluargaku sepertiganya lagi, kemudian aku kembalikan
(untuk menanam lagi) sepertiganya'." Dalam riwayat lain disebutkan:
"Dan aku jadikan sepertiganya untuk orang-orang miskin dan peminta-minta
serta ibnu sabil (orang yang dalam perjalanan)."
Imam An-Nawawi berkata: "Hadis itu menjelaskan tentang keutamaan
bersedekah dan berbuat baik kepada orang-orang miskin dan orang-orang yang
dalam perjalanan. Juga keutamaan seseorang yang makan dari hasil kerjanya
sendiri, termasuk keutamaan memberi nafkah kepada keluarga."
Bab Kedelapan :
MEMBERI NAFKAH KEPADA ORANG YANG SEPENUHNYA MENUNTUT ILMU SYARIAT (AGAMA)
Termasuk kunci-kunci rezeki adalah memberi nafkah kepada orang yang
sepenuhnya menuntut ilmu syariat (agama). Dalil yang menunjukkan hal ini adalah
hadis riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim dari Anas bin Malik bahawasanya ia
berkata:
"Dahulu ada dua orang saudara pada masa Rasulullah. Salah seorang
daripadanya mendatangi Nabi dan (saudaranya) yang lain bekerja. Lalu saudaranya
yang bekerja itu mengadu kepada Nabi maka beliau bersabda: Mudah-mudahan engkau
diberi rezeki dengan sebab dia."
Dalam hadis yang mulia ini, Nabi yang mulia menjelaskan kepada orang yang
mengadu kepadanya karena kesibukan saudaranya dalam menuntut ilmu agama,
sehingga membiarkannya sendirian mencari penghidupan (bekerja), bahawa ia tidak
semestinya mengungkit-ungkit nafkahnya kepada saudaranya, dengan anggapan
bahawa rezeki itu datang karena dia bekerja. Padahal ia tidak tahu bahawasanya
Allah membukakan pintu rezeki untuknya karena sebab nafkah yang ia berikan
kepada suadaranya yang menuntut ilmu agama secara sepenuhnya.
Al-Mulla Ali Al-Qari menjelaskan sabda Nabi :
"Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia," yang
menggunakan shighat majhul (ungkapan kata kerja pasif) itu berkata, 'Yakni, aku
berharap atau aku takutkan bahawa engkau sebenarnya diberi rezeki karena
berkat-nya. Dan bukan bererti di diberi rezeki karena pekerjaanmu. Oleh sebab
itu jangan engkau mengungkit-ungkit pekerjaan-mu kepadanya."
Al-Alamah Ath-Thaibi berkata: "Makna mudah-mudahandalam sabda
beliau (mudah-mudahan
engkau), mampu kembali kepada Rasulullah, sehingga berfungsi untuk
memberikan kepastian (bahawa dia mendapat-kan rezeki karena berkat saudaranya)
dan menegur (bahawa dia mendapatkan rezeki bukan karena pekerjaannya). Hal ini
sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Bukanlah kalian diberi rezeki karena sebab orang-orang lemah di
antara kalian?" Tetapi mampu pula kembali kepada orang yang diajaknya
bicara untuk mengajakanya berfikir dan merenungkan, sehingga ia menjadi
sadar."
Demikianlah, dan sebahagian ulama telah menyebutkan bahawa orang-orang yang
mempelajari ilmu agama secara sepenuhnya adalah termasuk kelompok orang yang
disinggung dalam firman Allah:
"(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di
jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu
menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari meminta-minta. Kamu
kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang
secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan
Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." (Al -Baqarah: 273).
Imam Al-Ghazali berkata: "Ia harus mencari orang yang tepat untuk
mendapatkan sedekahnya. Misalnya para ahli ilmu. Sebab hal itu merupakan
bantuan baginya untuk (mempelajari) ilmunya. Ilmu adalah jenis ibadah yang
paling mulia, jika niatnya benar. Ibnu Al-Mubarak senantiasa mengkhususkan
kebaikan (pemberiannya) bagi para ahli ilmu. Ketika dikatakan kepada beliau,
"Mengapa tidak engkau berikan pada orang secara umum?" Beliau
menjawab, "Sesungguhnya aku tidak mengetahui suatu kedudukan setelah
kenabian yang lebih utama daripada kedudukan para ulama. Jika hati para ulama
itu sibuk mencari keperluan (hidupnya), nescaya ia tidak mampu memberi
perhatian sepenuhnya kepada ilmu, serta tidak akan mampu belajar (dengan baik).
Karena itu, membuat mereka mampu mempelajari ilmu secara sepenuhnya adalah
lebih utama."
Bab Kesembilan :
BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG
LEMAH
Termasuk di antara kunci-kunci rezeki adalah berbuat baik kepada
orang-orang miskin. Nabi menjelaskan bahawa para hamba itu ditolong dan diberi
rezeki disebabkan oleh orang-orang yang lemah di antara mereka. Imam Al-Bukhari
meriwayatkan dari Mush'ab bin Sa-'dan ia berkata, 'Bahawasanya Sa'dan merasa
dirinya memiliki kelebihan daripada orang lain. Maka Rasulullah bersabda:
"Bukankah kalian ditolong dan diberi rezeki lantaran orang-orang lemah di
antara kalian?"
Karena itu, siapa yang ingin ditolong Allah dan diberi rezeki olehNya maka
hendaknya ia memuliakan orang-orang lemah dan berbuat baik kepada mereka."
Nabi yang mulia, juga menjelaskan bahawa keridhaan-nya dapat diperoleh
dengan berbuat baik kepada orang-orang miskin. Imam Ahmad, Abu Daud,
At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Abu Darda'
bahawasanya ia berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: "Carilah
(keridhaan)ku melalui orang-orang lemah di antara kalian. Karena sesungguhnya
kalian diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang lemah di antara
kalian."
Menjelaskan sabda Nabi di atas Al-Mulla Ali Al-Qari berkata, "Carilah
keridhaanku dengan berbuat baik kepada orang-orang miskin di antara
kalian." Dan barang siapa berusaha mendapatkan keridhaan kekasih Yang Maha
Memberi rezeki dan Maha Memiliki kekuatan dan keperkasaan, Muhammad dengan
berbuat kepada orang-orang miskin, nescaya Tuhannya akan menolongnya dari para
musuh serta akan memberinya rezeki.
Bab Kesepuluh :
HIJRAH DI JALAN ALLAH
Allah menjadikan hijrah di jalan Allah sebagai kunci di antara kunci-kunci
rezeki. Saya akan
membicarakan masalah ini – dengan memohon taufik Allah – melalui dua hujah
berikut ini:
a. Makna hijrah di jalan Allah .
b. Dalil syar'i bahawa hijrah di jalan Allah termasuk kunci rezeki.
A. MAKNA HIJRAH DI JALAN ALLAH
Hijrah sebagaimana dikatakan oleh Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani adalah keluar
dari negeri kafir kepada negeri iman, sebagaimana para sahabat yang berhijrah
dari Makkah ke Madinah. Dan hijrah di jalan Allah itu, sebagaimana dikatakan
oleh Sayid Muhammad Rasyid Ridha harus dengan sebenar-benarnya.
Ertinya, maksud orang yang berhijrah dari negeri-nya itu adalah untuk
mendapatkan ridha Allah dengan menegakkan agamaNya yang ia merupakan kewajipan
baginya, dan merupakan sesuatu yang dicintai Allah, juga untuk menolong
saudara-saudaranya yang beriman dari permusuhan orang-orang kafir.
B. Dalil Syar'i Bahawa Hijrah di Jalan Allah Termasuk Kunci Rezeki
Di antara dalil yang menunjukkan bahawa berhijrah di jalan Allah termasuk
kunci rezeki adalah firman Allah: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya
mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang
banyak." (An-Nisa': 100).
Dalam ayat yang mulia ini, Allah menjanjikan bahawa orang yang berhijrah di
jalan Allah akan mendapati dua hal:
Pertama, ãõÑóÇÛóãðÇ ßóËöíúÑðÇ kedua, keluasan. Yang dimaksud ãõÑóÇÛóãðÇ
sebagaimana dikatakan oleh Imam Ar-Razi adalah, barangsiapa berhijrah di jalan
Allah ke negeri lain, nescaya akan mendapati di negerinya yang baru itu kebaikan
dan kenikmatan yang menjadi sebab kehinaan dan kekecewaan para musuhnya yang
berada di negeri asal-nya. Sebab orang yang memisahkan diri dan pergi ke negeri
asing, sehingga mendapatkan ketenteraman di sana, lalu berita itu sampai kepada
negeri asalnya, nescaya penduduk asli negeri itu akan malu atas buruknya
mua'amalah (perlakuan) yang mereka berikan, sehingga dengan demikian mereka
merasa hina.'
Sedang yang dimaksud, keluasan, iaitu keluasan rezeki. Inilah yang
dikatakan oleh Abdullah bin Abbas dalam menafsirkan ayat ini. Juga dikatakan
oleh Ar-Rabi', Adh-Dhakkak, Atha' dan majoriti ulama.
Qatadah berkata: "Maknanya, keluasan dari kesesatan kepada petunjuk
dan dari kemiskinan kepada banyaknya kekayaan." Imam Malik berkata:
"Keluasan yang dimaksud adalah keluasan negeri."
Mengomentari ketiga pendapat di atas, Imam Al-Qurthubi mengatakan:
"Pendapat Imam Malik lebih dekat pada kefasihan ungkapan bahasa Arab.
Sebab keluasan negeri dan banyaknya bangunan menunjukkan keluasan rezeki. Juga
menunjukkan kelapangan dada yang siap menanggung kesedihan dan fikiran serta
hal-hal lain yang menunjukkan kemudahan."
Pendapat mana saja yang kita ambil dari ketiga pendapat di atas, yang jelas
semuanya menunjukkan bahawa orang yang berhijrah di jalan Allah akan mendapatkan
janji dari Allah berupa keluasan rezeki, baik dengan ungkapan langsung mahupun
secara tidak langsung.
Dan sungguh janji Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Menentukan adalah suatu
janji yang haq serta tidak pernah luput. Dan siapakah yang lebih menepati
janjinya daripada Allah?
Sungguh dunia telah dan sampai sekarang masih menyaksikan kebenaran janji
ini. Dan saya kira, orang yang mengetahui sedikit tentang sejarah Islam pun
sudah tahu akan peristiwa hijrahnya para sahabat Rasulullah ke Madinah. Ketika
para sahabat meninggalkan rumah-rumah, harta benda dan kekayaan mereka untuk
hijrah di jalan Allah, Allah serta merta mengganti semuanya. Allah
memberikankepada mereka kunci-kunci negeri Syam, Persia dan Yaman. Allah
berikan kepada mereka kekuasaan atas istana-istana negeri Syam yang merah, juga
istana Mada'in yang putih. Kepada mereka juga dibukakan pintu-pintu Shan'a,
serta ditundukkan untuk mereka berbagai simpanan kekayaan Kaisar dan Kisra.
Imam Ar-Razi menjelaskan kesimpulan tafsir ayat yang mulia ini berkata:
"Walhasil, seakan-akan dikatakan, 'Wahai manusia! Jika kamu membenci
hijrah dari tanah airmu hanya karena takut mendapatkan kesusahan dan ujian
dalam perjalananmu, maka sekali-kali jangan takut! Karena sesungguhnya Allah
akan memberimu berbagai nikmat yang agung dan pahala yang besar dalam hijrahmu.
Hal yang kemudian menyebabkan kehinaan musuh-musuhmu dan menjadi sebab bagi
kelapangan hidupmu."
PENUTUP
Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahi hamba-Nya yang lemah ini
sehingga mampu
menyelesaikan tulisannya. Dan sungguh kepadaNya senantiasa diminta ampunan,
kemurahan dan ijabah (pengabulan).
Dari tulisan ini dapat dirumuskan beberapa poin berikut ini:
1 Allah Yang Maha Agung dan Maha
Perkasa menjadikan beberapa sebab dan kunci untuk rezeki, di antaranya:
- Istighfar (memohon
ampun kepada Allah) dan taubat kepadaNya. Dan yang dimaksud adalah
melakukan ke-duanya dengan perkataan dan perbuatan.
- Takwa. Dan
hakikatnya adalah menjaga diri dari yang menyebabkan dosa atau mentaati
perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya atau menjaga
diri dari sesuatu yang menyebabkan seksa, baik dengan melakukan perbuatan
atau meninggalkannya.
- Tawakkal. Iaitu
menampakkan kelemahan hamba serta bersandar sepenuhnya kepada Allah
semata.
- Beribadah sepenuhnya
kepada Allah . Iaitu bersungguh-sungguh dalam mengkonsentrasikan hati
ketika beribadah kepada Allah.
- Mengikuti haji
dengan umrah. Maksudnya, melakukan salah satunya lalu melanjutkannya
dengan yang lain.
- Silaturrahim. Iaitu
berbuat baik kepada kerabat/keluarga dekat.
- Berinfak di jalan
Allah . Iaitu berinfak untuk sesuatu yang dicintai dan diredai Allah .
- Memberi nafkah
kepada orang yang sepenuhnya menuntut ilmu syar'i (agama).
- Berbuat baik kepada
orang-orang yang lemah.
- Berhijrah di jalan
Allah . Yakni keluar dari negeri kafir ke negeri iman untuk mencari
keridhaan Allah sesuai dengan syar'iatNya.
2 Istighfar dan taubat itu wajib
dengan perkataan dan perbuatan. Sebab beristighfar dan bertaubat dengan lisan
saja tanpa perbuatan, maka itu adalah perilaku para pendusta. Sebagaimana takwa
itu harus dengan menjaga diri dari berbuat maksiat kepada Allah, mentaati
perintah-perintah-Nya serta menjauhi larangan-laranganNya. Dan sungguh
pengakuan semata, itu sama sekali tidak bermanfaat, baik di dunia mahupun di
akhirat.
3 Bertawakkal dan beribadah
sepenuhnya kepada Allah tidaklah bererti meninggalkan usaha untuk mencari
penghidupan.
4 Silaturrahim itu tidak saja
terbatas dalam hal harta tetapi menyambung (memberikan) apa yang mungkin
diberikan dari kebaikan kepada keluarga dekat, serta menolak bahaya dari mereka
sesuai dengan kemampuan. Dan silaturrahim dengan ahli maksiat tidaklah menuntut
adanya kecintaan, kasih sayang dan berpura-pura dengan mereka. Tetapi
sialturrahim dengan mereka adalah berusaha menghalangi mereka dari melakukan
kemaksiatan.
Kemudian saya wasiatkan kepada suadara-saudaraku di segenap penjuru dunia
untuk tetap berpegang teguh dengan sebab-sebab rezeki tersebut. Sebab kebaikan
segala-galanya adalah dengan berpegang teguh terhadap apa yang disyari'atkan
Sang Pencipta dan keburukkan segala-galanya adalah dengan berpaling
daripadanya. Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, penuhilah
seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang
memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah
membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNya-lah kamu akan
dikumpulkan." (Al -Anfal : 24).
"Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya
penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam
keadaan buta. Berkatalah ia, 'Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku
dalam keadaan buta, pada-hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?' Allah
berfirman, 'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu
melupakannya dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan." (Thaha:
124-126).
Semoga selawat, salam dan keberkatan dilimpahkan kepada Nabi kita, kepada
segenap keluarga, sahabat dan para pengikutnya. Kemudian akhir dari do'a kita
adalah: "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin". (segala puji bagi Allah,
Rabb semesta alam).
MARAJI' ( SUMBER BACAAN )
1 Al-Ihsan fi Taqribi Shahih Ibni
Hibban, Amir Ala'uddin Al- Farisi, Mu'assasah Ar-Risalah, Beirut, cet. I
1408H., tahqiq Syaikh Syu'aib Al-Arna'uth.
2 Ahkamul Qur'an, Imam Abu Bakr
Ibnul Arabi, Darul Ma'rifah Beirut, tanpa tahun, tahqiq Ustadz Ali Muhammad
Al-Bajawi.
3 Ihya' Ulumid Din, Imam Abu Hamid
Al-Ghazali, Darul Ma'rifah Beirut, tahun 1403H
4 Al-Adabul Mufrad, Imam Muhammad
bin Isma'il Al-Bukhari, Alamul Kutub Beirut, cet. II 1405H, tertib dan kata
pengantar Ustdaz Kamal Yusuf Al-Khut.
5 Adhwa'ul Bayan fi Idhahil Qur'an
bil Qur'an, Al-Allamah Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi, dicetak atas dana
Pangeran Ahmad bin Abdil Aziz Ali Su'ud, tahun 1403H.
6 Aisarut Tafasir, Syaikh Abu Bakar
Al-Jaza'iri, cet. 1407 H.
7 Tahriru Alfadhit Tanbih/Lughatul
Fiqh, Imam Muhyid-din An-Nawawi, Darul Qalam Damaskus, cet. I 1408 H, tahqiq
Ustadz Abdul Ghani Ad-Daqr.
8 Tuhfatul Ahwadzi Syarh Jami'it
Tirmidzi, Syaikh Abdurrahman Al-Mubarak Furi, Darul Kutub Al-Ilmiah Beirut,
cet. I 1410 H.
9 Tafsirul Baghawi/Ma'alimut
Tanzil, Imam Abu Muhammad Al-Baghawi, Darul Ma'rifah Beirut, cet. I 1406 H,
i'dad dan tahqiq Ustadz Khalid Abdurrahman Al-Ik dan Marwan Siwar.
10 Tafsirut Tahrir wat Tanwir, Ustadz Muhammad Thahir Ibni
Asyur, Ad-Darut Tunisiyah lin Nasyr Tunis,cet. 1984M.
11 Tafsirul Khazin/Lubabut Ta'wil fi Ma'anit Tanzil, Al-
Allamah Ala'uddin Ali bin Muhammad yang terkenal dengan nama Al-Khazin, Darul
Fikr Beirut, cet. 1399 H.
12 Tafsir Abis Su'ud/Irsyadul Aql As-Salim ila Mazayal
Qur'anil Karim, Al-Qadhi Abis Su'ud, Daru Ihya'it Turats Al-Arabi, tanpa tahun
cetakan.
13 Tafsir Ath-Thabari/Jami'ul Bayan min Ta'wili Ayil Qur'an,
Imam Abu Ja'far Ath-Thabari, Darul Ma'arif Mesir, tanpa tahun cetakan, tahqiq
Syaikh Mahmud Muhammad Syakir dan Ahmad Muhammad Syakir.
14 Tafsir Al-Qasimi/ Mahasinut Ta'wil, Al-Allamah Muhammad
Jamaluddin Al-Qasimi, Darul Fikr Beirut, cet.III 1398 H, tahqiq Syaikh Muhammad
Fu'ad Abdul Baqi.
15 Tafsir Al-Qurthubi/Al-Jami'li Ahkamil Qur'an, Imam Abu
Abdillah Al-Qurthubi, Dar Ihya'it Turats Al-Arabi, tanpa tahun cetakan.
16 At-Tafsirul Qayyim, Imam Ibnul Qayyim, Darul Fikr Beirut,
cet. 1408 H, dikumpulkan oleh Syaikh Muhammad Uwais An-Nadawi, tahqiq Syaikh
Muhammad Hamid Al-Faqi.
17 At-Tafsirul Kabir/Mafatihul Ghaib, Imam Fakhruddin
Ar-Razi, Darul Kutub Al-Ilmiah Teheran, cet. II, tanpa tahun cetakan.
18 Tafsir Ibni Katsir/Tafsirul Qur'anil Azhim, Al-Hafizh
Ibnu Katsir, Darul Faiha' Damaskus dan Darussalam Riyadh, cet. I 1413 H,
Pengantar Syaikh Abdul Qadir Al-Arna'uth.
19 Tafsir Ibni Mas'ud , i'dad Ustadz Muhammad Ah-mad Isawi,
Mu'assasah Al-Malik Faishal Al-Khairiyah, cet. I 1405 H.
20 Tafsir Al-Manar, Sayyid Muhammad Rasyid Ridha, Darul
Ma'rifah Beirut, cet. II, tanpa tahun cetakan.
21 At-Talkhis (dicetak bersama Al-Mustadrak Alash Shahihain),
Al-Hafizh Adz-Dzahabi, Darul Kitab Al-Arabi Beirut, tanpa tahun cetakan.
22 Tanqihur Ruwat fi Takhriji Ahadisil Misykat, Syaikh Ahmad
Hasan Ad-Dahlawi, Al-Majlisul Ilmi As-Salafi Lahore, tanpa tahun cetakan.
23 Jami'ut Tirmidzi (dicetak bersama Tuhfatul Ahwadzi), Imam
Abu Isa Muhammad bin Isa, Darul Kutub Al-Ilmiah Beirut, cet. I 1410 H.
24 Hasyiatul Imam As-Sindi Ala Sunanin Nasa'i, Syaikh Abul
Hasan As-Sindi, Darul Fikr Beirut, cet. 1348 H.
25 Ruhul Ma'ani, Al-Allamah Mahmud Al-Alusi, Dar Ihya'it
Turats Al-Arabi Beirut, cet. IV 1405 H.
26 Zadul Masir fi Ilmit Tafsir, Imam Ibnul Jauzi, Al-Maktab
Al-Islami Beirut, cet. I 1984 M.
27 Riyadhus Shalihin, Imam An-Nawawi, Mu'assasah Ar-Risalah
Beirut, cet. V 1405 H, tahqiq Syaikh Syu'aib Al-Arna'uth.
28 Silsilatul Ahadis Ash-Shahihah, Syaikh Muhammad
Nashruddin Al-Albani, Al-Maktabah Al-Islamiah Oman dan Ad-Darus Salafiah
Kuwait, 1403 H.
29 Sunan Abu Daud (dicetak bersama Aunul Ma'bud), Imam
Sulaiman bin Al-Asy'ats As-Sijistani, Darul Kutub Al-Ilmiah Beirut, cet. I 1410
H.
30 Sunan Ibni Majah, Imam Abu Abdillah Muhammad bin Yazid
Al-Qazwaini Ibni Majah, Syirkah Ath-Thiba'ah Al-Arabiyah As-Su'udiyah, cet. II
1404 H, tahqiq Dr. Muhammad Musthafa Al-A'zhami.
31 Sunan An-Nasa'i (dicetak bersama Syarh As-Suyuthi wa
Hasyiah As-Sindi), Imam Abu Abdurrahman Ahmad bin Syu'aib An-Nasa'i, Darul Fikr
Beirut, cet. I 1348 H.
32 Syarhus Sunnah, Imam Al-Baghawi, Al-Maktab Al-Islami
Beirut, cet. I 1390 H, tahqiq Syaikh Syu'aib Al-Arna'uth dan Zuhair
Asy-Syawish.
33 Syarh Nawawi ala Shahih Muslim, Imam An-Nawawi, Darul
Fikr Beirut, 1401 H.
34 Shahihul Bukhari (dicetak bersama Fathul Bari), Imam
Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, Ar-Ri'asah Al-Ammah lil Idarat Al-Buhuts
Al-Ilmiah wa Ifta' wad Dakwah wal Irsyad Riyadh, tanpa tahun cetakan.
35 Shahih Ibni Khuzaimah, Imam Abu Bakr Muhammad bin Ishaq
bin Khuzaimah, Al-Maktab Al-Islami Beirut, tanpa tahun cetakan, tahqiq Dr.
Muhammad Musthafa Al-A'zhami.
36 Shahih Sunan At-Tirmidzi, Syaikh Muhammad Nashiruddin
Al-Albani, Maktab At-Tarbiyah Al-Arabi lil Duwalil Khalij Riyadh, cet. I 1409
H.
37 Shahih Sunan Abu Daud, Syaikh Muhammad Nashiruddin
Al-Albani, Maktab At-Tarbiyah Al-Arabi li Duwalil Khalij Riyadh, cet. I 1409 H.
38 Shahih Sunan Ibni Majah, Syaikh Muhammad Nashiruddin
Al-Albani, Maktab At-Tarbiyah Al-Arabi li Duwalil Khalij, cet. III 1408 H.
39 Shahih Sunan An-Nasa'i, Syaikh Muhammad Nashiruddin
Al-Albani, Maktab At-Tarbiyah Al-Arabi li Duwalil Khalij Riyadh, cet. I 1409 H.
40 Shahih Muslim, Imam Muslim bin Hajjaj Al-Qusyairi,
Ar-Ri'asah Al-Ammah lil Idarat Al-Buhuts Al-Ilmiah wal Ifta' wad Dakwah wal
Irsyad Riyadh, cet. 1400 H, tahqiq Syaikh Muhammad Fu'ad Abdul Baqi.
41 Dha'ifu Sunan Abi Daud, Syaikh Muhammad Nashiruddin
Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami Beirut, cet. I 1412 H.
42 Umdatul Qari' Syarh Shahihil Bukhari, Al-Allamah
Badruddin Al-Aini, Darul Fikr Beirut, tanpa tahun cetakan.
43 Aunul Ma'bud Syarh Sunan Abu Daud, Al-Allamah Abu
Ath-Thayyib Al-Azhim Abadi, Darul Kutub Al-Ilmiah Beirut, cet. I 1410 H.
44 Fathul Bari Syarh Shahihil Bukhari, Al-Hafizh ibnu Hajar,
Ar-Ri'asah Al-Ammah lil Idarat Al-Buhuts Al-Ilmiah wal Ifta' wad Dakwah wal
Irsyad Riyadh, tanpa tahuncetakan.
45 Fathul Qadir, Imam Muhammad bin Ali Asy-Syaukani,
Al-Maktabah At-Tijariah Makkah Al-Mukarramah, catatan kaki Ust. Sa'id Muhammad
Al-Lahham, tanpa tahun cetakan.
46 Faidhul Qadir Syarh Al-Jami'ush Shaghir, Al-Allamah
Muhammad yang dipanggil dengan Abdur Ra'uf Al-Manawi, Darul Ma'rifah Beirut,
tanpa tahun cetakan.
47 Al-Qamusul Muhith, Al-Allamah Majduddin Al-Fairuz Abadi,
Al-Mu'assasah Al-Arabiyah lith Thiba'ah wan Nasyr Beirut, tanpa tahun cetakan.
48 Kitabut Ta'rifat, Al-Allamah Al-Jurjani, Maktabah Lubnan Beirut,
1985 M.
49 Kitab Az-Zuhd, Imam Abdullah Ibnu Mubarak, Darul Kutub
Al-Ilmiah Beirut, tahqiq Syaikh Habibur Rahman Al-A'zhami, tanpa tahun cetakan.
50 Kitabus Sunan Al-Kubra, Imam Abu Abdurrahman Ahmad
bin Syu'aib An-Nasa'i, Darul Kutub Al-Ilmiah Beirut, cet. I 1411 H, tahqiq Dr.
Abdul Ghaffar Sulaiman Al-Bandari dan Sayid Karwi Hasan.
51 Kitabun Nazhar wal Ahkam fi Jami'i Ahwalis Suuq,
Imam Yahya bin Umar Al-Andalusi, Asy-Syirkah At-Tunisiah lit Tauzi', cet. 1975
M.
52 Al-Kasysyaf 'an Haqa'iqit Tanzil wa 'Uyunil Aqawil
fi Wujuhit Ta'wil, Al-Allamah Abul Qasim Az-Zamahsyari, Darul Ma'rifah Beirut,
tanpa tahun cetakan.
53 Kasyful Khafa' wa Muzilul Ilbas, Syaikh Ismail bin
Muhammad Al-'Ajwali, Mu'assasah Ar-Risalah Beirut, cet. IV 1405 H, tashhih Ust.
Ahmad Al-Qalasy.
54 Majma'uz Zawa'id wa Manba'ul Fawa'id, Al-Hafizh Nuruddin
Al-Haitsami, Darul Kitab Al-Arabi Beirut, cet. III, 1402 H.
55 Al-Muharrar Al-Wajiz fi Tafsiril Kitab Al-Aziz, Al-Qadhi
Ibnu Athiyyah Al-Andalusi, tahqiq Al-Majlis Al-Ilmi bi Fas, tanpa penerbit dan
tahun cetakan.
56 Al-Mustadrak Alash Shahihain, Imam Abu Abdillah Al-Hakim,
Darul Kitab Al-Arabi Beirut, tanpa tahun cetakan.
57 Al-Musnad, Imam Ahmad bin Hambal, Darul Ma'arif lith
Thiba'ah wan Nasyr Mesir, cet. III, tahqiq Syaikh Ahmad Muhammad Syakir
(Al-Musnad, Imam Ahmad bin Hambal, Al-Maktab Al-Islami Beirut).
58 Musnad Asy-Syihab, Al-Qadhi Abu Abdillah Muhammad bin
Salamah Al-Qadha'i, Mu'assasah Ar-Risalah Beirut, cet. II 1407 H, tahqiq Syaikh
Hamdi Abdul Majid As-Salafi.
59 Misykatul Mashabih, Syaikh Muhammad Abdullah Al-Hathib
At-Tibrizi, Al-Maktab Al-Islami Beirut, cet. II 1399 H, tahqiq Syaikh Muhammad
Nashiruddin Al-Albani.
60 Al-Mufradat fi Gharibil Qur'an, Imam Raghib Al-Ashfahani,
Darul Ma'rifah Beirut, tahqiq Ust. Sayid Kailani, tanpa tahun cetakan.
61 Nuzhatun Nazhar fi Taudhihi Nukhbatil Fikar, Al-Hafizh
Ibnu Hajar, Penerbit Qur'an Mahal Karachi, tanpa tahun cetakan.
62 An-Nihayah fi Gharibil Hadis wal Atsar, Imam Ibnul Atsir,
Al-Maktabah Al-Islamiyah Beirut, tahqiq Ust. Thahir Ahmad Az-Zawi dan Dr.
Muhammad Ath-Thanaji.
63 Hamisyul Ihsan fi Taqribi Shahih Ibni Hibban, Syaikh
Syu'aib Al-Arna'uth, Mu'assasah Ar-Risalah Beirut, cet. I 1408 H.
64 Hamisyul Musnad, Syaikh Ahmad Muhammad Syakir, Darul
Ma'arif lith Thiba'ah wan Nasyr Mesir, cet. III.
65 Hamisy Misykatil Mashabih, Syaikh Muhammad Nashiruddin
Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami Beirut, cet. III 1399 H.