Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 11 January 2008

Berhati-hatilah dengan saudara rapat (sepupu, pakcik dsbnya)

Berhati-hatilah dengan saudara rapat (sepupu, pakcik dsbnya)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Satu ketika dahulu, beberapa pelajar perempuan di tempat saya mengajar meminta saya untuk terlibat membantu mereka memberikan nasihat kepada seorang pelajar perempuan yang saya namakan Munah (bukan nama sebenar). Munah telah jatuh hati kepada seorang pelajar wanita lain yang saya namakan Minah (juga bukan nama sebenar). Minah memang sungguh ayu. Akhlaknya dan penampilan dirinya cukup menyenangkan saya. Mungkin kalau saya seorang bujang, boleh saja saya jatuh hati kepada Minah.

Minah jadi begitu serba salah kerana orang yang sangat jatuh hati kepadanya adalah seorang perempuan juga. Minah telah melakukan berbagai usaha untuk mengelakkan dari terus dibayangi Munah tetapi tidak mampu dan terpaksa meminta rakan-rakan terdekat datang membantu menyelesaikan masalah beratnya ini. Apabila rakan-rakan terdekat ini juga tidak mampu menangani masalah ini, pelajar-pelajar ini telah merujukkan kes ini kepada saya.

Setelah mendengar dan memahami masaalah ini, saya memanggil Munah untuk menemui saya. Alhamdulillah Munah sudi datang menemui saya. Munah adalah pelajar bukan dari fakulti saya tetapi dari sebuah fakulti lain. Penampilan diri Munah sebiji macam orang laki-laki. Munah ketika itu memakai baju kemeja biru sama seperti baju kemeja yang dipakai oleh orang lelaki. Munah memakai jean biru. Bajunya tidak dimasukkan ke dalam seluar. Cara berjalan pun macam lelaki.

Setelah berkenalan serba sedikit, saya menyoal latar belakang sejarah Munah. Bapa Munah adalah seorang askar. Sewaktu Munah berusia 14 tahun, dia telah berkunjung ke rumah sepupunya di bandar *****. Sepupunya adalah seorang  perempuan 3 tahun lebih tua darinya. Ibu bapa Munah tidak ada masalah mengizinkannya pergi ke ***** maklumlah saudara rapat dan sama jantina pula.

Tinggallah Munah beberapa hari dirumah sepupunya ini. Bermulalah satu episod baru bermula dari saat ini. Munah diajarkan satu pengalaman baru iaitu pengalaman LESBIAN. Dalam hubungan lesbian ini, satu pihak akan beraksi menjadi wanita dan satu pihak lagi akan beraksi menjadi “lelaki”. Munah yang baru menyertai golongan ini selalunya akan menjadi “wanita”. Sepupunya bertindak sebagai “lelaki”.

Buat jahat jangan sekali. Kalau dah buat insyaAllah akan ketagih. Dahulunya Munah seorang budak remaja perempuan yang baik namun kini sudah tergolong sebagai lesbian. Selepas saat ini, keraplah Munah berkunjung menemui sepupunya untuk melampiaskan nafsu serakah.

Di dalam peperiksaan PMR, Munah dapat keputusan yang baik dan berjaya memasuki  sekolah berasrama penuh. Orang mengantuk disorongkan bantal. Kini pasangan lesbian bagi Munah mudah sangat diperolehi. Sekolah asrama penuh memang menyediakan prasarana yang sesuai untuk mengembangbiakkan gejala tidak sihat ini. Pernah berlaku dimana seorang warden wanita satu sekolah asrama penuh menjadikan pelajar-pelajar wanita sebagai pasangan lesbiannya. Jikalau dahulu Munah sekadar berpasangan dengan sepupunya, kini Munah semakin profesional dan berjaya mencari pasangan baru di tempat baru ini. Selama dua tahun mulai tingkatan 4 hingga tingkatan 5, perbuatan lesbian Munah semakin mantap.

Selepas SPM, Munah berjaya memasuki matrikulasi. Pasangan lama di terpaksa dikuburkan kerana masalah logistik dan di tempat baru ini, Munah telah berjaya mencari pasangan baru. Semakin mantaplah perbuatan lesbiannya.

Apabila berjaya memasuki universiti tempat saya mengajar,  Munah kerinduan bukan kepalang kerana pasangan lesbiannya di matrikulasi dahulu tidak berjaya ke UTM. Bagi mengatasi masalah kerinduan yang dahsyat, Munah berusaha mencari pasangan baru. Setelah mencari dan mencari, akhirnya calon sudah ditemui iaitu Minah. Berbagai-bagai usaha digunakan untuk memerangkap Minah. Minah sebagaimana saya jelaskan di atas memang sangat feminin dan ayu sekali. Munah berhajatkan untuk dapat menawan Minah tetapi apakan daya, lain yang dihajatkan lain pula hasilnya. Minah yang diidamkan, saya pula yang terpaksa ditemui. Begitulah, manusia merancang tetapi Allah juga merancang.

Sebenarnya pertemuan antara Munah dengan saya adalah satu rahmat dari Allah. Semoga dengan pertemuan itu, Munah dapat merubah dirinya menjadi seorang Muslim yang beriman, bersih dari segala amalan syaitan ajaran dari kaum Luth dahulu. Alhamdulillah sesi nasihat berlangsung beberapa kali. Setelah beberapa semester berlalu, alhamdulillah gembira sungguh saya apabila melihat penampilan diri Munah tidak lagi seperti tomboy sewaktu kali pertama beliau bertemu saya. Munah sudah memakai baju kurung. Semoga Munah terus merubah dirinya menjauhi segala perkara yang di larang dan melakukan perkara yang disuruh Islam.

Apa yang ingin saya tonjolkan di sini ialah ibu bapa jangan mudah percaya apabila anak  berkawan rapat dengan sepupu, perlu ambil berat dan kawal hubungan mereka.

Namun saya pernah menulis artikel dahulu tentang faktor primer dan faktor sekunder. Munah menjadi lesbian. Faktor sekunder adalah kerana Munah berkahwan rapat dengan sepupunya. Saya diajarkan untuk mencari faktor primer mengapa Allah menyusun dan mentadbir sehingga Munah berkawan rapat dengan sepupunya. Dalam kes Munah ini saya sekadar membuat hipotesis bahawa mungkin ayah Munah pernah melakukan homoseksual dan masih belum bertaubat. Maklumlah di kalangan askar ini macam-macam perkara negatif ada di amalkan oleh mereka. Namun hipotesis ini tidak dapat saya pastikan kerana untuk mempastikannya, saya perlu berkomunikasi dengan ayah Munah.

Selain kisah Munah, terdapat kisah menarik yang mirip macam kisah Munah di kalangan pelajar saya. Kali ini wanita ini saya namakan sebagai Mimah. Mimah ini memang ada keunikan macam orang yang kuat seks.

Berbagai-bagai masalah dihadapi oleh Mimah seperti gangguan bunyi-bunyi pelik diasrama Mimah dsbnya. Masalah gangguan bunyi pelik di asrama alhamdulillah dah selesai. Apabila Mimah semakin yakin dengan saya, satu ketika Mimah menceritakan masalah besarnya kepada saya.

Masalah Mimah bermula ketika umurnya kira-kira 7 tahun. Satu malam, Mimah berpeluang tidur juga dengan sepupunya juga seorang kanak-kanak perempuan. Pada malam jahanam tersebut,  Mimah diajarkan satu pengalaman baru. Kemaluan Mimah dirangsang habis oleh sepupunya dan perbuatan ini menggembirakan dan menyeronokkan Mimah.

Selepas pengalaman tersebut, Mimah sangat kerap melakukan perkara sebagaimana yang diajarkan oleh sepupunya tetapi beliau melakukan perkara tersebut ke atas dirinya sendiri. Ini adalah dinamakan ONANI. Bermula dari usia 7 tahun sehingga dewasa ini, Mimah sangat kerap melakukan onani. Pantang bersendirian di dalam bilik atau bilik air, Mimah akan beronani. Mimah sedar bahawa apa yang dilakukannya adalah haram dan berdosa namun Mimah belum ada kekuatan untuk keluar dari kancah maksiat ini.

Mimah ingin sekali keluar dari kancah maksiat ini dan itulah sebabnya Mimah dengan rasa yang sangat malu memberanikan diri untuk meluahkan masalahnya. Saya menasihati Mimah bahawa sekiranya beliau tidak bertaubat dari gejala ini, kelak Mimah akan bermasalah besar apabila melakukan jimak dengan suaminya. Itulah sebabnya sebagaimana kes beberapa artis yang sudah biasa berhomoseksual, apabila berkahwin berkesudahan bercerai kerana mereka lebih mencapai nikmat dengan melakukan homoseksual / lesbian  berbanding nikmat dari berjimak dengan suami / isteri mengikut yang dibenarkan Islam. Inilah juga yang berlaku kepada umat Nabi Luth. Itulah juga yang berlaku kepada segolongan orang di Malaysia yang sudah berani berkahwin antara sesama perempuan atau sesama lelaki. Bagi orang-orang begini, apa yang Allah SWT haramkan, itulah yang membawa kenikmatan yang amat sekali. Bagi golongan ini mereka menganggap nikmat tetapi sebenarnya semua ini adalah azab bagi mereka namun mereka tidak sedar.

Semoga Allah memberikan Mimah kekuatan dan rahmatNya agar dapat mengawal diri dari melakukan onani.

Limah adalah anak perempuan kepada seorang penjawat awam yang berjaya. Limah sedar bahawa dirinya menghadapi satu masalah besar. Setelah Limah masuk sebuah IPTA, masalah sedia ada Limah semakin parah. Maklumlah di IPTA, lelaki boleh bergaul bebas dengan lelaki. Masalah Limah adalah mudah berahi atau naik nafsu. Hanya sekadar dengan berbual melalui telefon dengan lelaki sudah lebih dari cukup untuk merangsang nafsu Limah.

Dengan niat yang baik, Limah berusaha untuk mengawal dirinya dengan berjumpa kaunselor di IPTA tersebut. Limah berniat baik namun memang ada segelintir lelaki yang diberikan amanah dan tanggungjawab tetapi bagai harapkan pagar tetapi pagarlah yang memakan padi. Apabila berdua-duaan lelaki dan wanita, syaitanlah yang ketiga. Saya memang sangat-sangat tidak bersetuju sesi kaunseling perlu berdua-duaan sahaja walau pun antara lelaki dengan perempuan. Sesi raba meraba bermulalah. Kaunselor ini memulakan sesi meraba dengan kononnya menyelak kain atau seluar dengan alasan untuk melihat selulit di peha.

Apabila sudah semakin akrab hasil dari pertemuan demi pertemuan, kaunselor ini sudah mula membawa Limah keluar makan ke bandar pula, berduaan di dalam kereta. Sesi kaunseling sudah bertukar ke dalam kereta dan sewaktu makan tengahari. Semakin kerap semakin keraplah meraba-raba.

Apabila sudah semakin kerap dan tiada bantahan dari Limah, semakin menggatallah kaunselor ini. Limah dalam kes ini amat dhaif dan memang itulah masalahnya apabila berurusan dengan lelaki. Kemuncak maksiat ini ialah sewaktu isteri kaunselor ini sedang balik kampung bersama anak isteri kerana bersalin. Kaunselor ini mengambil kesempatan ini dengan membawa Limah balik ke rumahnya. Apabila rusa sudah masuk ke kandang, apa lagi yang ditunggu, sembelihlah!! Kaunselor ini menanggalkan seluar dan seluar dalam yang di pakai Limah. Raba meraba oleh kaunselor ini semakin menjadi-jadi. Kemaluan Limah habis diraba dan digosok. Limah agak terperanjat dengan kelakuan kaunselor ini dan tidak memberikan sebarang tindak balas. Agaknya kerana Limah tidak memberikan respons yang sewajarnya, raba meraba tidak berkesudahan dengan zina. Alhamdulillah selamat Limah dari diperkosa jantan kaunselor.

Rahsia kaunselor ini dijaga baik oleh Limah dan tidak ada orang lain yang mengetahuinya. Rahsia ini disimpan agak lama oleh Limah. Apabila Limah mula belajar agama dan meluahkan segala masalahnya kepada saya, Limah merasakan amat lega kepalanya. Beberapa  minggu kemudian Limah bercerita bahawa beberapa rakan perempuan satu kursus dengannya juga sebenarnya telah mengalami masalah gangguan serupa oleh kaunselor ini. Apabila mengetahui bahawa kaunselor syaitan ini memang menjadikan pelajar wanita bermasalah yang berurusan dengannya untuk melakukan maksiat, saya mengambil keputusan untuk melaporkan kes ini kepada pihak pengurusan atas IPTA tersebut. Beberapa bulan kemudian saya dengar kaunselor ini ditukarkan ke jabatan lain.

Limah mengalami masalah berkaitan mudah sangat naik nafsu adalah sebenarnya disebabkan pengalaman pahit yang dilalui olehnya sewaktu usianya 6 tahun. Waktu ini, seorang pakcik iaitu adik dari ayahnya kerap datang ke rumahnya. Saya namakan pakcik Lahap. Lahap pada ketika itu berusia awal dua puluhan. Lahap mengambil kesempatan pergaulan bebas yang dibenarkan di dalam Islam antara seorang pakcik dengan anak saudaranya dengan merosakkan Limah. Apalah yang kanak-kanak berusia 6 tahun boleh buat dan bertindak balas jikalau pakciknya sendiri yang merosakkannya.

Pada peringkat awal perhubungan pakcik dengan anak saudara ini, Lahap kerap menggosok-gosokkan kemaluannya yang keras ke anggota badan Limah. Limah membiarkan sahaja perbuatan ini kerana menjangkakan perbuatan ini adalah normal. Lama kelamaan, tabiaat buruk ini menjadi-jadi dan akhirnya Lahap merogol Limah. Limah tidak melaporkan perkara ini kepada sesiapa hatta ibunya kerana menjangkakan perkara itu adalah satu perkara yang lumrah seperti makan aiskrim. Namun sesuatu yang pasti hasil dari gosokan kemaluan dan rogol tersebut ialah Limah seronok dan merasai sesuatu nikmat baru iaitu naik nafsu.

Limah menyembunyikan cerita ini sehingga usianya belasan tahun. Melalui pendidikan disekolah, barulah akhirnya Limah faham bahawa apa yang berlaku ke atasnya adalah rogol dan hukumnya haram. Pengalaman sekian tahun dimainkan dengan gosokan kemaluan lelaki yang keras dan rogol menjadikan minda Limah sering dihantuinya. Inilah sebenarnya tragedi yang menyebabkan Limah menghadapi masalah apabila berhadapan dengan lelaki. Bercakap dengan lelaki pun sudah cukup merangsang nafsunya kerana Limah masih terbayang pengalaman dirogol oleh lelaki. Subhanallah.

Ingatlah, jangan percaya perhubungan bebas antara perempuan dengan perempuan atau pun lelaki dengan perempuan walaupun antara sesama sepupu atau anak saudara dengan walinya iaitu pakcik sebelah ayahnya. Mungkin ayah Limah masih ada dosa yang belum bertaubat. Mungkin ayah Limah pernah merogol orang lain dahulu sewaktu mudanya. Kini anaknya dirogol oleh adeknya sendiri.

Bagi mengelakkan semua perkara buruk ini berlaku ke atas anak-anak yang kita sayangi, jagalah diri kita dari sebarang perkara yang dimurkai Allah. Ingatlah betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir/Al Mukmin: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay


 



19 comments:

  1. Macam2 makhluk....macam2 lah pulak perangai dan tabiatnya.... :))

    ReplyDelete
  2. kisah ini mmg diceritakan kpd saudara emjay ke?

    ReplyDelete
  3. Telah diceritakan sendiri oleh orang-orang berkenaan. (Bukan dari cerita orang lain)

    Emjay

    ReplyDelete
  4. oooo...mmg direct source la ni..na'uzu bILLAHi min zalik...

    ReplyDelete
  5. zaman skrg ni...manusia tidak blh dpercayai

    ReplyDelete
  6. tak boleh nak dikatakan semua tidak boleh dipercayai, sebab itu kita kena b'hati2.

    ReplyDelete
  7. Yang ini saya menyokong usaha saudara emjay,teruskan membenteras maksiat dan dosa-dosa yg menjurus kepada penzinaan

    ReplyDelete
  8. Ana cadangkan buat sticker macam larangan merokok tu di bilik air dan di bilik tidur anak-anak kecil , elaborate ikut kesesuaian bunyi , Cth : AWAS!!! Mastubate , Porn , Looking/Touching a person Private Part , Zina , etc is HARAM!!! Secara tak langsung akan mendisplinkan anak2 kecil dan menggalakkan mereka untuk bertanya pada ibubapa mereka berkenaan perkara yg dihighlight . Sekian

    ReplyDelete
  9. info yg menarik...sy sendiri pun pernah beronani dgn niat utk mengelakkan real sex...

    ReplyDelete
  10. dunia akhir zaman, situasi begini sudah biasa kita dengar

    ReplyDelete
  11. Kisah ni semua boleh dibuat pengajaran... Cuma saya tidak setuju hipotesis saudara MJ terhadap ayah Limah mahupun Munah.... mungkin hanya ujian Allah terhadap keluarga mereka...bukannya pembalasan.... perkara di atas urusan yang hanya Allah Maha Mengetahui sesungguhnya jika kita mengandainya sesuka hati akan membawa pada fitnah....sedangkan kebanyakan umat Islam tahu dosa fitnah itu beratnya lebih dari membunuh... my 2 cents thought

    Maaf jika terkasar bahasa... saya memang orang yang bencikan fitnah dan tuduhan melulu

    Yang baik semuanya dari Allah, yang buruk itu dari saya...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum wbh

    Apabila melihat mendung gelap diufuk dengan angin sejuk, adakah satu fitnah apabila saya mengatakan "hipotesis saya ialah mungkin hujan tidak lama lagi?"

    Apabila saya mengetahui ada pelajar lelaki yang sangat gemar menonton bahan lucah "adakah satu fitnah apabila saya mengatakan pelajar ini kelak merosot pelajarannya? ".

    Saya memang diajar oleh arwah guru untuk mengeluarkan hipotesis dari sebarang petunjuk yang diberikan bagi kegunaan penyiasatan yang kelak boleh digunakan untuk membantu bagi menasihati mereka yang menghadapi ujian ini. Apakah salah tindakan saya ini?

    Jikalau tiada hipotesis, tidak akan ada tindakan susulan dan dengan itu kelak tidak akan ada muhasabah dan yang paling penting ialah tidak ada ilmu dari setiap ujian Allah SWT.

    Seorang lelaki yang sudah melangkau 50 tahun yang sudah beristeri dan mempunyai anak tidak pernah mengalami kemalangan kereta sepanjang hidupnya. Kemudian hamba Allah ini kemalangan kereta buat pertama kali. Saya mengemukakan hipotesis di dalam diri saya sendiri dan kemudian saya membuat siasatan. Rupanya hamba Allah ini telah memikat isteri orang sampai perempuan ini bercerai dengan suaminya dan kemudian hamba Allah ini mengahwini perempuan ini. Bukankah ini satu dosa besar?? Hasil dari perkahwinan kedua lelaki ini dengan isteri orang ini dianugerahkan Allah SWT seorang anak down syndrome.

    Dari hipotesis inilah maka saya boleh membuat kesimpulan bahawa janganlah kita semua meruntuhkan rumahtangga orang lain kelak kita diberikan ujian bala musibah dari Allah SWT seperti musibah kemalangan kereta atau dan anak down syndrome.

    Fitnah adalah menceritakan kepada orang lain sesuatu perkara yang tidak benar. Adakah dalam situasi saya ini saya ada menceritakan sesuatu yang tidak benar??

    Hipotesis tentang ibu bapa Limah mahupun Munah tidak akan diketahui sehingga saya membuat siasatan ke atas mereka. Dengan itu hipotesis saya hanya tinggal hipotesis dan adakah itu dikategorikan fitnah?? Atau adakah sdr sendiri telah memfitnah saya??

    Allah memberikan ujian kepada Nabi Allah Yunus sehingga ditelan oleh ikan nun. Ujian Allah ini ada puncanya dan kita boleh mengeluarkan berbagai hipotesis dari kejadian ini. Sekiranya kita menyiasat lanjut tentang kisah ini, kita akan menjumpai bahawa punca Allah mengazab / menguji Nabi Yunus adalah kerana Nabi Yunus telah putus asa kecewa lalu meninggalkan umatnya.Jikalau Allah sendiri melalui kisah ini ada mengajar "bahawa setiap reaction adalah disebabkan action tertentu", adakah salah bagi saya mengeluarkan hipotesis bagi setiap kejadian??

    Hipotesis ini jugalah yang telah banyak membentuk diri saya sendiri kepada keadaan saya pada hari ini. Bacalah lebih banyak artikel saya di Laman Emjay ini. Saya satu ketika dahulu pernah memandu motorsikal kemudian tayar depan saya pancit. Lalu saya mengeluarkan hipotesis bahawa saya ada melakukan kesilapan. Setelah melakukan tindakan susulan dengan menyelidik rupanya motorsikal saya ini yang saya berikan kepada seorang staf saya digunakan oleh satu pasangan remaja lelaki perempuan pekerja saya untuk melakukan maksiat dihujung minggu. Itulah antara sebab Allah SWT memberikan ujian musibah kepada saya. Adakah perbuatan saya ini salah atau satu fitnah???

    Bacalah artikel-artikel lain di Laman Emjay semoga sdr menjadi manusia yang lebih diredhai Allah SWT.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  13. salam...
    lebih mudah tu namanya muhasabah diri...
    untung kalau kita sentiasa bermuhasabah diri..
    ingatlah, setiap musibah itu datangnya dari tangan kita sendiri..

    Allah tu Maha Penyanyang...Dia xkn hukum umat Dia..
    kita yang menghukum diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  14. Kesian...... kebanyakan, perempuan jugaklah yang jadi mangsa.......

    Ada 2 keteogori manusia;-

    1) Suka ambil tahu hal orang untuk menilai diri orang lain dan membandingkan dirinya lebih baik atau hanya untuk mengumpat dan membicarakan prilaku buruk orang kepada orang lain....

    2) Suka ambil tahu hal orang hanya untuk menasihati orang itu dan memberi teguran membina dan membentuk semula semangat hidup orang itu....

    Saya sokong usaha saudara/ Ustaz Emjay dalam menanggani isu2 dan masalah sedemikian. Semoga mereka yang telah diberi nasihat dan teguran berguna itu menjadi insaf akan dosa lalu dan tidak terbawa-bawa dengan rasa kecewa dan tidak terikut-ikut oleh nafsu durjana.....

    - Hiasilah hidup dengan semangat dan jati diri kerana hari esok kanbersinar umpama kau akan hidup seribu tahun lagi....
    - Bertaubatlah seperti hari ini adalah hari terakhirmu hidup...!

    Sekadar sedikit kata motivasi umpama 'aku' menasihati diriku sendiri!

    ReplyDelete
  15. Bagaimana isteri dan anak nabi Nuh yang tidak mahu mengikuti dakwah Nabi Nuh sendiri...?
    Sekadar ingin tahu

    ReplyDelete
  16. entahlah....semakin jauh manusia dari petujuk Al-Quran dan Sunnah makin ramai manusia rosak akhlak, akidah dan sebagainya..Muhasablah diri...

    ReplyDelete
  17. saudara emjay..dr pgalaman saya n pengetahuan saya selama 26 tahun...apa yg saudara katakn adalh benr...semuanya yg tk baik itu dtg dr kita..seng crita..jika kta ada masalh rumhtgga,jgn lh d critakn dgn org lain.krn itu spt mncrminkn dr kta sndiri.critakn yg baik2...dapt pahala..

    ReplyDelete