Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday, 13 January 2008

‘Duit saya habis, anak belum ditemui’

‘Duit saya habis, anak belum ditemui’

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbh

Saya memang menaruh kebencian yang tinggi kepada amalan perbomohan sesat di Malaysia. Alhamdulillah itulah sebabnya saya kerap menulis menentang amalan perbomohan di Laman Emjay. Saya melakukan semua ini kerana perasaan kasih sayang saya sesama umat semoga mereka semua bebas dari amalan yang merosakkan akidah ini. Hukuman yang paling layak menurut Islam ialah penggal leher bagi pengamal perbomohan ini. Ini adalah berdasarkan mafhum hadis Nabi SAW:
 “Hukuman tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang”
(Riwayat Tirmizi dari Jundub).

Antara artikel yang saya terbitkan untuk menentang perbomohan ini ialah Bomoh di Malaysia semakin moden dan canggih, tahniah syaitan. Yang boleh di akses dari http://emjayjb.multiply.com/journal/item/118 Saya mendedahkan tentang Mr Y.  Namun sehingga sekarang bomoh ini masih terus beroperasi merosakkan akidah umat Islam selain mengikis wang dari pesakit. Saya turut bersimpati apabila menerima “reply” dari seorang pembaca Laman Emjay seperti berikut:


atisnuna wrote on Jan 7
Salam...
Saya tertarik untuk menulis diruangan ini,kerana saya mempunyai pengalaman sendiri dengan rawatan Mr Y ni.....sabtu lepas 5/1/08 emak&nenek saya telah menjalani rawatan di pusat rawatan Mr Y ni.....atas nasihat pakcik saya yang bersungguh-sungguh menyatakan mak saya akan sembuh....kami pun pergi buat rawatan....sekarang setelah selesai mak saya jalani rawatan.......mak saya memang tak percaya langsung dengan Mr Y.....kami rasa sangat2 kene tipu......Mr Y penipu besar!!.....Mr Y memang penipu besarrrrr.......senang2 amik duit orang....bayangkan kalau seorang RM3000.....sehari 20 orang sebulan dah berapa...........MR Y PENIPU.....biarlah kami sahaja yang kene tipu....wahai umat ISLAM sekalian janganlah terpedaya dengan Mr Y ini............

Berikut pula adalah reply saya ke atas tulisan atisnuna di atas.


emjayjb wrote on Jan 7
WAALAIKUMUSSALAM WBH ATISNUNA

Mr Y ini memang bomoh sesat yang layak dipenggal lehernya sahaja jika menurut Islam.

Bacalah artikel saya bertajuk Akidah Bahagian 3 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/4 . Di dalam artikel tersebut ada saya jelaskan ciri-ciri bomoh. Antara ciri-ciri bomoh di dalam artikel ini ialah mereka:

+ Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.

+ Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.

Kepada atisnuna, selain dari kehilangan wang sebanyak RM3000, apa yang lebih merugikan ialah dosa yang diperolehi dari berurusan dengan bomoh sesat ini. Dosanya amatlah besar. Tidak ada dosa yang lebih besar dari dosa syirik mempercayai bomoh.

Emjay

Budaya berbomoh sememangnya telah berakar umbi di Malaysia semenjak datok nenek moyang kita dahulu. Jikalau kita perhatikan daripada cerita P Ramlee, kita akan menonton dimana institusi kesultanan akan sentiasa dibayangi oleh tok nujum atau bomoh sesat ini. Pengaruh bomoh di dalam institusi kesultanan di Malaysia adakah sudah berkubur kini? Jawapannya biarlah tersimpan di dalam dada saya sahaja.



Pada permulaan saya menghidap gout pada usia muda dahulu iaitu pada awal 30an, apabila jiran saya mengetahui tentang perkara ini, datanglah mereka kononnya dengan hasrat membantu namun hakikatnya mereka adalah agen syaitan untuk menyesatkan manusia / saya. Mereka kata saya telah terpijak “denah” dan untuk menyelesaikan masalah ini saya perlu berurusan dengan bomoh untuk membuang denah ini. Alhamdulillah saya tidak termakan pujuk rayu syaitan ini.

Apabila seseorang ditimpa musibah seperti sakit atau rumah dimasuki pencuri, perasaan mangsa ini memang amat tidak stabil. Syaitan amat memahami situasi ini. Mereka akan menghantar agen-agen syaitan dari kalangan manusia untuk datang ke rumah mangsa ini pada mulanya memberikan simpati tetapi selanjutnya memujuk rayu untuk jumpa bomoh. Berbagai helah digunakan untuk menjerat mangsa yang di dalam keadaan yang sugul ini agar berurusan dengan bomoh. Ada yang menawarkan pengangkutan percuma untuk berurusan dengan bomoh ini walau pun jarak bomoh ini agak jauh.

Urusan dengan bomoh ini bukan sekadar dilakukan oleh rakyat biasa. Beberapa rakan saya pernah menceritakan bagaimana pasukan polis juga berurusan dengan bomoh untuk membantu mereka menyelesaikan kes penyiasatan mereka. Bagi saya, yang haram akan tetap haram. Di dalam Islam, matlamat yang baik tidak menghalalkan cara. 

Pada hari ini 12 Jan 2008 saya terbaca tentang artikel menarik berkenaan bomoh di surat khabar Utusan Malaysia. Berikut adalah artikel tersebut :



‘Duit saya habis, anak belum ditemui’

SEREMBAN 11 Jan. – ‘‘Duit saya habis, tetapi anak saya tak juga ditemui,” ujar seorang bapa yang kecewa dan sedih selepas anaknya, Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, yang hilang sejak Hari Raya Aidiladha lalu, tidak ditemui sehingga ke hari ini.


Bapa malang itu, Che Ishak Che Kob, 48, berkata, dia telah menghabiskan duitnya untuk mendapatkan khidmat bomoh selepas usaha mencari dan menjejaki anaknya gagal dilakukan oleh pelbagai pihak.


‘‘Saya tidak akan menggunakan lagi khidmat bomoh. Saya sudah tidak percayakan mereka. Semuanya mengambil kesempatan daripada nasib malang yang menimpa saya dan keluarga,” katanya di sini hari ini.


Katanya lagi, dia terlalu mengharapkan akan ada di antara bomoh itu dapat memberi petunjuk di mana anaknya kini berada, tetapi malangnya tidak ada satu pun di antara mereka yang dapat membantu dan anak kesayangannya itu tidak pulang sehingga ke hari ini.


Che Siti Nor Azreen, merupakan anak kedua daripada lima beradik itu dilaporkan hilang sejak Aidiladha lalu dipercayai menjadi mangsa pukau sebelum mengikut seorang lelaki warga Indonesia. 


Kata Che Ishak, anaknya itu sepatutnya mendaftar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau pada 3 Januari lalu, tetapi telah diberi kelonggaran lewat memulakan sesi persekolahan oleh pengurusan sekolah berkenaan.


‘‘Saya sudah berjumpa dengan pihak sekolah dan mereka membenarkan anak saya mendaftar lewat selepas mengetahui masalah yang menimpa,” ujarnya.


Kisah malang keluarga tersebut pernah disiarkan oleh akhbar ini dan Che Ishak mendakwa anaknya itu ‘dilarikan’ jiran, seorang warga negara Indonesia.


Malangnya sehingga ke hari ini, anaknya itu dan lelaki warga negara Indonesia berkenaan masih gagal dijejaki pihak berkuasa dan orang ramai.


Che Ishak, seorang penoreh getah di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini memberitahu, laporan kehilangan anaknya itu telah dibuat di Balai Polis Kuala Sawah, Rantau dekat sini pada 21 Disember lalu.


Beliau juga merayu orang ramai yang bertemu anaknya itu supaya menghubunginya di talian 012- 6730924.



Apabila membaca cerita dari Utusan Malaysia diatas memang merasa kasihan kepada Che Ishak Che Kob, 48. Dia ini bukan orang kaya sekadar pekerja penoreh getah di ladang. 

Sebagaimana yang telah saya ceritakan  di atas, apabila seseorang menerima musibah seperti anak kesayangan di larikan orang, bagi syaitan ini adalah satu peluang keemasan. Ramailah sahabat dan jiran menawarkan bantuan untuk mencarikan bomoh hebat kononnya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, yang haram tetap haram. Tidak ada pengecualian di dalam bab ini. Kalau bab makan babi, bila darurat boleh dimaafkan namun dalam bab berbomoh ini tidak ada pengecualian.

Apabila berurusan dengan bomoh ini, dosa besar bakal ditanggung. Rahmat Allah akan semakin jauh dan berbagai musibah lain sedang menanti. Ingatlah ayat Al Quran Asy Syura: 30 mafhumnya di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Pada pandangan saya di dalam kes Che Ishak Che Kob di atas, berurusan dengan berbagai bomoh sekadar menyesatkan agama selain menghabiskan duit dan menjerumuskan pelaku kepada berbagai musibah lain. Berurusan dengan bomoh selepas kes kehilangan anak seperti ini bagaikan kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga ditimpa lagi oleh pasu bunga. Che Ishak telah kehilangan anak, kehilangan akidah dan kehilangan wang ringgit yang beribu-ribu ringgit.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang dijelaskan melalui artikel di http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=585&Itemid=95  

Dalam kes Allahyarham adik Nurin yang kecoh satu Malaysia dibuatnya dahulu sampai sekarang pembunuhnya masih berleluasa. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes adik Nurin ini. Sekiranya ada mana-mana pihak sama ada keluarga Nurin sendiri, saudara mara, polis atau mana-mana pihak lain yang berurusan dengan bomoh, ini hanya bakal mengundang kemarahan Allah SWT. Kemarahan Allah SWT ini insya-Allah tidak akan mendatang rahmat. Ingatlah bahawa rahmat hanya milik Allah SWT carilah rahmat Allah SWT dengan cara bertakwa kepada Allah SWT bukan dengan cara berurusan dengan bomoh.

Kes adik Nurin masih belum selesai, kisah kanak-kanak perempuan Che Siti Nor Azreen Che Ishak di atas pun masih belum selesai, kini Malaysia digemparkan lagi dengan kisah adik Nini (Sharlinie Mohd Nashar) berusia 5 tahun yang hilang sewaktu bermain di padang permainan pada 9 Jan 08 lalu.

Nasihat saya kepada ibu bapa Nini (Sharlinie Mohd Nashar), janganlah mengulang kesilapan Che Ishak Che Kob, 48 sebagaimana diceritakan oleh akhbar Utusan di atas. Ia insya-Allah hanya bakal menambah kesengsaraan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga ditimpa pula tempayan.

Saya ingin menceritakan kisah yang berlaku satu ketika lama dahulu. Arwah guru saya di datangi oleh seorang bapa dari Kuala Lumpur. Anak perempuan bapa ini mati kena bunuh. Polis tidak dapat mencari pembunuhnya. Arwah guru mengajarkan amalan untuk bapa malang ini amalkan iaitu sembahyang 5 waktu sebagaimana biasa tetapi menambah qunut nazilah dalam setiap waktu solat ini selama 30 hari sahaja pada rakaat terakhir. Arwah berpesan bahawa sekiranya pembunuh ini menyerah diri sekali pun, solat hendaklah diteruskan cukup 30 hari. Amalan ini adalah amalan sahih yang sudah dicontohkan nabi Muhamad SAW apabila 60 sahabatnya dari kalangan penghafal Al-Quran dibunuh. Sila rujuk http://temanpetunjuk.blogspot.com/2007/12/qunut-nazilah-kepentingan-kepada.html untuk memahami lebih lanjut tentang qunut nazilah.

Alahamdulillah tidak sampai 30 hari bapa malang ini mengamalkan qunut nazilah ini, Allah memperkenankan usahanya dan pembunuh kepada anak bapa malang ini menyerah diri dengan membawa senjata yang digunakan untuk pembunuhan tersebut kepada bapa malang. Bapa malang yang di dalam kesedihan ini meminta pandangan arwah guru dan walaupun di sisi Islam, bapa malang ini boleh saja membalas dengan membunuh pembunuh tersebut tetapi arwah guru menasihati bapa malang ini agar memaafkan sahaja pembunuh ini. Ini adalah sebaik-baik balasan di sisi Islam.

Bukankah kita sudah selalu sangat berkata di dalam solat  “iaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan)”. Di dalam kes adik Nurin, adik Nini (Sharlinie Mohd Nashar) dan Che Siti Nor Azreen lakukanlah sesuatu sebagaimana yang sudah jelas dibenarkan di dalam Islam. Janganlah melanggar syariaat Islam dengan berurusan dengan bomoh kerana itu semua hanya mengundang pelbagai musibah lain selain menjauhkan rahmat Allah SWT. Pohonlah terus kepada Allah dengan melakukan solat dan sabar. Semoga dengan musibah yang diberikan Allah SWT ini dapat membersihkan berbagai dosa-dosa kita yang lalu.

HIDUP LEBIH BERMAKNA TANPA BOMOH!!!!!!!

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

27 comments:

  1. Mmg semua bomoh xbleh percaya ke? Mcm mane bomoh yang menggunakan ayat al-quran? Adakah orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dlm agama, yang boleh membantu menyembuhkan penyakit boleh diklasifikasikan sbgai bomoh?

    ReplyDelete
  2. Dalam syarah Sunan Tirmidzi: "Menggantungkan Al Quran (sebagai azimat) bukanlah dari jalannya sunnah. Hanya yang ada pada jalan itu ialah berzikir dengannya dan bukan menggantungkannya".

    Seorang penceramah agama popular dan perawat kononnya berdasarkan ISLAM bernama I**** K***** sewaktu berceramah di Masjid Bandar Baru Uda JB pernah mengajarkan bahawa sekiranya untuk mengelakkan rumah dimasuki pencuri, ambillah kertas dan tuliskanlah diatasnya surah Kahfi. Gantungkanlah di rumah. Dia kata insyaAllah rumah tidak masuk pencuri.??????????????

    Kalau kita tidak berilmu, mudah sangat kita mempercayai kononnya ulamak tetapi sebenarnya orang ini adalah ular dalam semak yang kerjanya menjerumuskan umat Islam ke Neraka. Sekarang ini pun ular dalam semak ini melalui pelbagai iklannya menawarkan rawatan kononnya secara Islam.

    Orang ini iaitu I***** K***** sebenarnya adalah bomoh sesat yang menyesatkan namun beliau tidak menyedarinya dan menganggap kaedah rawatannya adalah benar di sisi Allah SWT.

    Begitulah juga dengan perawat seorang lagi yang amat popular di Malaysia. Kalau kaedah rawatannya masih mengamalkan selawat syifak dan tafrijiyah serta masih menggunakan garam, lada hitam dan kacang hijau (dll) maka jelaslah orang ini juga ular dalam semak yang menanti untuk mematuk mereka-mereka yang menghampirinya. Bacalah artikel saya yang berkenaannya di Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah. di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126 dan #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131.

    Ilmu agama mereka ini adalah tinggi tetapi ibarat kata orang "susu sebelanga yang sudah dimasuki nila setitik". Amal ibadah kita sebagaimana cantik namun kalau sudah akidahnya rosak, jadilah ia sia-sia belaka.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. tq yard88 for the question & tq also emjay for the answer...byk mnfaat sy dpt.ni kena kaji lagi al-Quran & as-sunnah baru xsesat& xt'tipu.

    ReplyDelete
  4. Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT

    ReplyDelete
  5. Sehubungan dengan memaafkan kesalahan orang termasuk sebagaimana cerita di atas iaitu memaafkan orang yang telah membunuh anaknya, sila rujuk keterangan dari Al Quran berikut:

    42 Asy-Syuura
    [37]
    Dan juga orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah, mereka memaafkannya;
    [39]
    Dan juga orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
    [40]
    Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
    [41]
    Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
    [43]
    Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. berkaitan dengan doa qunut ni mj, saya nak tanya mengenai doa qunut pada solat subuh. ada pendapat yang mengatakan tiada dalil yang sahih yang mewajibkan bacaan doa qunut ketika solat subuh,jadi tidaklah perlu membaca doa ini ketika solat subuh.apa pendapat mj.maaf seandainya soalan ini agak lari daripada tajuk.saya perlukan kepastian tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  7. Nabi dan para sahabat tidak pernah melakukan qunut hanya pada waktu subuh. Qunut nazilah memang ada nabi buat tetapi hanya dalam tempuh sebulan dan bagi setiap solat 5 waktu.

    Merobah amalan solat Nabi adalah seperti membuat syariaat. Hukum membuat syariaat baru adalah maha berat.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas jawapan mj.cuma saya tidak tahu di mana asalnya datang mewajibkan qunut di baca ketika solat subuh.boleh tak mj sertakan mana-mana link yang berkaitan tentang qunut dalam solat subuh ni.saya mahu menjelaskan kepada keluarga dan kawan-kawan supaya mereka tak jauh tersasar...menjadi masalah bagi saya untuk menjelaskan kepada mereka terutama keluarga saya kerana saya sendiri sedang mencari-cari fahaman sunnah yang betul.. boleh tak mj tolong saya.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas usaha mj. saya amat mengalu-alukan jawapan daripada mj. wassalam..

    ReplyDelete
  10. tp masa sy b'sekolah agama rendah, ada sunat ab'ad(yg dikehendaki sujud sahwi apabila t'tinggal akannya spt doa qunut dlm subuh) & sunat hai'ah (seperti m'bc doa iftitah, tidak perlu sujud sahwi)...

    jd sy ada t'baca buku fardhu ain, karangan ustaz kamus katanya apabila t'tinggal doa qunut & tidak sujud sahwi, tidak b'dosa kerana ianya sunat.

    sy hanya m'nyampaikan apa sy igt, sbb sy pn sdg bljr.

    sbrg teguran amat dialu2kan.

    ReplyDelete
  11. Malangnya masih ada manusia yang mengaku Muslim masih memperbodohkan diri sendiri dengan amalan-amalan kurafat seperti ini. Disamping kehilangan wang dan keringat yang bukan sedikit, mereka sanggup menjual aqidah mereka kepada bomoh-bomoh ini. Tak kurang juga yang sanggup menggadaikan maruah kepada agen-agen syaitan ini. Semoga mereka diberi hidayat dan ruang untuk bertaubat.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, saudara emjay skang ni talaqqi dengan siapa? kat JB ker?

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh

    Insya-Allah setiap hari selasa malam rabu saya belajar dengan seorang muhaddissin, seorang mudir madrasah. Kalau nak ikut pun boleh, kelasnya di Taman Universiti.


    Emjay

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, Tmn U, kat kawasan mane? Free ker? selain kelas hadis , kelas ape lagi yg ade eg; kelas tauhid dll.

    p/s: Sekarang ni saya belajar ngan Ustaz Zulhisam kat Kebun Teh, tu pun tak selalu, maklumla busy ngan study.

    ReplyDelete
  15. Selamat datang ke Laman Emjay kepada sdr f1r4z. Semoga kehadiranmu membawa seribu rahmat.

    Saya dah PM no telefon saya. Kelasnya free. Boleh ikut saya ke sana.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. ustaz... lama sy menanti posting terbaru ustaz... baru skrg dapat. sy tahu lmn ustaz kena hack sebab setiap kali saya masuk laman ustaz, komputer saya pun turut jamm. wasalam

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum ustaz emjay,
    saya nak tanya pendapat ustaz mengenai doa qunut nazilah ini.
    Bolehkah Qunut Nazilah dibaca dengan bacaan yang lain ?
    Saya terbaca satu artikel disini - http://nabiela.blogspot.com/2007/02/mari-baca-qunut-nazilah-untuk-al-aqsa.html

    Terima kasih Ustaz

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam wbh

    Memang qunut nazilah ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Dilakukan pada rakaat terakhir selepas ruku'. Dilakukan genap sebulan dan tidak kurang atau lebih.

    Sebagai bacaan doa nazilah ini, boleh saja menggunakan bacaan dari rasulullah SAW atau doa lain atau doa baru yang dikarang bersesuaian dengan situasi berkaitan namun yang pentingnya ialah doa tersebut hendaklah dalam bahasa Arab. Mungkin boleh minta mereka yang fasih bahasa Arab untuk mengarang doa yang bersesuaian.

    Begitu juga Nabi SAW banyak berdoa di dalam sujud terakhir setiap solat.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  19. TQ ustaz emjay
    pada saya jika berhajat kan sesuatu saya selalu bersolat hajat waktu pukul 2 atau 3 pagi tetapi sebelum pukul 4 pagi kemudian baca surah yasin sebanyak 41 kali ( ade tekniknya yg diberitahu oleh kakak saya yg mana kakak say ni dpt tips dari seorang uztaz & pensyarah di UIA Gombak ) selama 7 malam berturut-turut
    Alhamdulillah setakat ni kaedah yg saya guna kan ni dimakbulkan Allah ArRahman ArRahim.tapi dengan ada nya kaedah Qunut Nazilah ni boleh jugak cuba sesuatu yg baru.

    ReplyDelete
  20. buat laporan polis kalau anda di pihak yg benar..kumpul bukti dan adili mereka yg bersalah

    ReplyDelete
  21. salam ... saya simpati apa yg berlaku... kalau benarlah mangsa2 di pihak yg benar manakala raden johari tersebut d pihak yg salah,,, kenapa tidak buat laporan kepada pihak polis sahaja....Berani kerana benar,, takut kerana salah... jangan biarkan orang lain tertipu pula...jangan biarkan diri anda ditipu tanpa pembelaan...
    kumpul bukti dan dedahkan kepada pihak yg berkusa supaya tindakan yg sewajarnya dapat diambil...NEGARA KITA ADA UNDANG2...
    JANGAN CAKAP BELAKANG SAJA... ITU PENGECUT NAMANYA...

    ReplyDelete
  22. Maaf kerana reply dari qalbi88888888 di atas telah di delete olej saya (Emjay). Saya perlu edit kerana menggantikan nama sebenar dengan nama Mr Y. Berikut adalah reply tersebut dengan menggunakan nama Mr Y sahaja.

    qalbi88888888 said
    "salam ... saya simpati apa yg berlaku... kalau benarlah mangsa2 di pihak yg benar manakala Mr Y tersebut d pihak yg salah,,, kenapa tidak buat laporan kepada pihak polis sahaja....Berani kerana benar,, takut kerana salah... jangan biarkan orang lain tertipu pula...jangan biarkan diri anda ditipu tanpa pembelaan...
    kumpul bukti dan dedahkan kepada pihak yg berkusa supaya tindakan yg sewajarnya dapat diambil...NEGARA KITA ADA UNDANG2...
    JANGAN CAKAP BELAKANG SAJA... ITU PENGECUT NAMANYA... "

    Assalamualaikum wbh

    Saya merasakan bahawa saya adalah di pihak yang benar apabila ramai manusia kafir dan islam berjudi dan saya membuat laporan polis. InsyaAllah ramai yang mentertawakan saya.

    Saya merasakan bahawa saya adalah di pihak yang benar apabila ramai manusia kafir dan islam dari kalangan wanitanya tidak menutup kepala atau lebih tepatnya aurat mereka dan sebahagian mereka pula teramat menjolok mata dan saya membuat laporan polis. InsyaAllah ramai yang mentertawakan saya.

    Saya merasakan bahawa saya adalah di pihak yang benar apabila ramai manusia kafir dan islam minum arak dan saya membuat laporan polis. InsyaAllah ramai yang mentertawakan saya.

    Saya merasakan bahawa saya adalah di pihak yang benar apabila ramai manusia kafir dan islam berzina dan terlibat dengan industri pelacuran dan saya membuat laporan polis. InsyaAllah ramai yang mentertawakan saya. Tengoklah sahaja di bandar Johor Bahru tu!!!

    Saya merasakan bahawa saya adalah di pihak yang benar apabila ramai manusia kafir dan islam melakukan homoseksual dan saya membuat laporan polis. InsyaAllah ramai yang mentertawakan saya. Tengoklah sahaja di bandar Johor Bahru tu!!!

    Saya merasakan bahawa saya adalah di pihak yang benar apabila ramai manusia islam di Johor mengamalkan tarekat Naqsyabandiah termasuk ?????? lalu saya membuat laporan polis. InsyaAllah ramai yang mentertawakan saya.

    Dalam banyak hal terutama penjagaan agama Islam, kita tidak boleh bergantung kepada Polis termasuklah menghapuskan amalan sesat seperti R*** J*** ini.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  23. saya dah baca penulisan ini,dan apa yg saya nak komen,kenapa tak tulis nama serta alamat dengan tepat supaya semua orang tahu si bomoh penipu ni.atau setidak-tidaknya beri kelu yg agak jelas.terima kasih.

    ReplyDelete
  24. assalamu'alaikum...
    sy seorg perawat alternatif. Ramai di kalangan kita yg suka menyalahkan org lain, tanpa melihat kpd salah sendiri. Sebelum g jumpa mana2 perawat, samada alternatif atau convensional(doktor) buat la solat istikharah dulu. Dan utk segala masalah dalam hidup, tak kira kecil atau besar. Kenapa kita manusia sombong ngn ALLAH?

    ReplyDelete