Mufti tidak tahu menembak atau tiada peluru untuk menembak??
Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Pada hari selasa lalu 22 Jan 2008 lalu saya sempat menonton berita perdana di TV3 pada pukul 8.00 malam. Sempatlah saya menonton para bomoh diberikan platform yang selesa untuk mempromosikan aktiviti mereka berhubung isu kehilangan adik Sharlinie Mohd. Nashar. Apalah nak jadi dengan negaraku Malaysia. Ulamak yang menyatakan perkara yang hak dihalang di TV3 tetapi bomoh sesat yang menyesatkan diberikan promosi yang amat meluas untuk menghalalkan aktiviti mereka dan untuk menarik lebih ramai pelanggan berurusan dengan mereka.
Memanglah bagi orang yang tidak berilmu, untuk melihat anak dara masih ada dara atau tidak, mereka memang tidak mampu. Bagi orang yang berilmu, dari jauh pun sudah boleh membuat penilaian sama ada anak dara ini masih ada dara atau tidak. Bukan guna jin tetapi melihat kepada tanda-tanda yang diberikan Allah SWT. Boleh melihat punggung atau pada ***** atau pada *****.
Begitu jugalah bagi melihat bomoh sesat. Tidak sukar untuk melihat sama ada bomoh-bomoh ini sesat atau tidak sama ada melihat pada cara penampilan mereka atau melihat pada bahan-bahan yang digunakan oleh mereka. Sebahagian dari ilmu untuk menilai bomoh-bomoh sesat lagi menyesatkan ini telah saya kupaskan di dalam artikel Akidah bahagian 3 di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-3.html .
Menonton penampilan bomoh ini di berita perdana TV3 tempuh hari cukup menimbulkan kemarahan saya. Lihatlah sahaja gambar berikut:
Nasir Mahmud (holding cage) and Sharlinie’s family releasing the dove yesterday from the cage at the playground in Petaling Jaya where Sharlinie was last seen.
Melihat pada rantai biji tasbih pada bomoh ini sudah mengingatkan saya kepada sami buddha di kuil-kuil buddha. Melihat buah kelapa pula telah mengingatkan saya kepada sami Hindu terutama sekali sewaktu perayaan Thaipusam yang baru berlalu. Apa pula kaitan melepaskan burung merpati dengan usaha mendapatkan semula adik Sharlinie? Di dalam gambar tersebut juga kelihatan buyung yang entah apa kandungan didalamnya. Bomoh sesat memang suka menggunakan warna hitam, merah atau kuning/oren. Lihatlah warna hitam pada pakaian bomoh sesat ini. Lihatlah pula kain merah yang dibentangkan untuk meletakkan buah kelapa tersebut.
Selain daripada kaedah penampilan yang boleh diguna pakai untuk mengenali bomoh sesat ini, mereka juga suka berlagak macam Tuhan. Di dalam Al Quran dinyatakan bahawa segala yang ghaib adalah milik Allah SWT tetapi di dalam kes ini mereka berlagak macam Tuhan dengan menyatakan perkara ghaib seperti petikan berikut dari akhbar Berita Harian:
" Sementara itu di rumah keluarga Sharlinie, Presiden Ikatan Bomoh Negara 11 Serangkai, Nasir Mahmud, yang juga ahli Jemaah Sabilillah Selangor, mendakwa pihaknya mendapat firasat Sharlinie akan dikembalikan minggu depan.
"Pihak kami berusaha mengesan Sharlinie melalui kaedah tradisional berteraskan ajaran al-Quran dan mendapat petunjuk dia kini disembunyikan di sebuah flet terletak dalam lingkungan lima kilometer (km) daripada rumahnya," katanya selepas melakukan upacara simbolik kaedah perubatan kumpulan itu di sini, semalam. "
Kononnya bomoh ini mengetahui perkara ghaib dan memberikan ramalan bahawa adik Sharlinie akan dipulangkan pada minggu depan. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh bomoh sesat ini adalah sekadar untuk mengkafirkan umat Islam semua kerana di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa mempercayai kata-kata bomoh akan menjadikan orang yang mempercayainya menjadi kafir.
Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)
Bagi yang tidak berilmu atau yang sememangnya “buta”, orang seperti ini pun dibiarkan terus menyesatkan orang lain sama seperti bagaimana mereka membiarkan bomoh sesat seperti bomoh artis dan pelbagai bomoh lain yang kerap keluar iklannya di pelbagai majalah.
Islam adalah satu agama yang mengamalkan konsep “matlamat tidak menghalalkan cara”. Memanglah keluarga Sharlinie amat sedih dengan kehilangan anak kesayangan tersebut. Ingatlah bahawa ini semua adalah ujian berat dari Allah. Di dalam usaha untuk mencari anak kesayangan ini, gunakanlah kaedah yang dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan apabila kaedah yang dilakukan diredhai Allah SWT, insyaAllah kelak Allah pulangkan semula anak ini ke pangkuan keluarganya.
Dengan membenarkan bomoh-bomoh sesat ini terlibat dalam usaha mencari adik Sharlinie, apakah ini akan mendapat redha Allah SWT??? Tidak cukup dengan 100 bomoh, datang satu lagi agen syaitan memujuk bapa adik Sharlinie untuk menggunakan satu lagi jenis bomoh sesat iaitu bomoh hipnosis. Bacalah lampiran berita tersebut yang saya sertakan di bawah bertajuk “Bapa Yin cadang jumpa pakar hipnosis”.
Melalui usaha ramai pihak melibatkan begitu ramai sekali bomoh sesat dalam mencari adik Sharlinie, saya menjangka bahawa ini hanya bakal mengundang kemarahan Allah SWT. Mungkin kejadian kepada adik Nurin sedikit masa lalu bakal berulang lagi.
Kalau dengan usaha melalui bomoh-bomoh sesat ini dapat menemukan semula adik Sharlinie, bagi saya ini bakal mengundang lebih banyak kerugian kepada keluarga adik Sharlinie dan orang ramai sekelian. InsyaAllah berbagai musibah yang lebih berat bakal menimpa keluarga ini kerana pastinya rahmat dari Allah akan semakin jauh kerana kebergantungan keluarga ini kepada bomoh yang syirik. Analogi mudah bagi saya bagi situasi ini ialah sekiranya orang berdoa menang loteri. Sekiranya Allah tidak memenangkan orang ini, ia adalah sebenarnya satu rahmat besar dari Allah namun sekiranya Allah memberikan kemenangan kepada orang yang membeli tiket loteri tersebut maka ini sebenarnya permulaan dunia penuh musibah bagi penjudi ini. Mungkin dengan kemenangan ini akan menjadikan penjudi ini kaki judi sampai tua. Bayangkanlah apa yang bakal dilalui oleh kaki judi????
Nasihat saya kepada ibu bapa Sharlinie Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussein, bertaubatlah. Di dalam Islam yang haram adalah tetap haram. Kalau makan babi itu ada juga maafnya apabila dimakan waktu darurat namun bagi berurusan dengan bomoh sesat ia tetap haram dan menyebabkan syirik serta tiada kes daruratnya dan berkenaan perkara ini, bacalah hukum berurusan dengan bomoh di dalam banyak artikel-artikel saya di Laman Emjay ini.
Harapan saya kepada para mufti di Malaysia, bilalah nak menembak bomoh-bomoh sesat seperti ini. Nak harapkan mufti Perak tu, sekadar menambah kacau bilau, sekadar menggalakkan air Musoffa dan air An Nusyhrah bolehlah!!
Berikut ini saya lampirkan beberapa keratan akhbar yang telah diterbitkan semalam dan beberapa hari lalu berhubung pelbagai bomoh yang terlibat dalam urusan mencari adik Sharlinie. Untungnya bomoh sesat ini dapat promosi iklan percuma dari pelbagai akhbar utama di Malaysia.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Utusan Malaysia
100 bomoh turut membantu mengesan
PETALING JAYA 22 Jan. – Seramai 100 bomoh dari beberapa negeri buat kali pertamanya hari ini berkumpul di rumah Sharlinie Mohd. Nashar di Taman Medan di sini bagi membantu mencari kanak-kanak itu menggunakan kaedah tradisional.Mereka merupakan pengamal perubatan Ikatan Bomoh Negara Sebelas Serangkai dan Ahli Jemaah Sabililah dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.
Satu upacara dilakukan pada pukul 9.30 pagi ini yang turut melibatkan ibu bapa Sharlinie, Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussein serta dua orang anak mereka Nurul Amirah, 11, dan Sharliena, 8.
Kumpulan itu melakukan upacara yang didakwa berasaskan ayat-ayat suci al-Quran dalam usaha mereka membantu keluarga Sharlinie mengesan kanak-kanak itu.
Sangkar burung indrawan dan merpati putih digunakan dalam upacara itu. Burung merpati itu kemudian dilepaskan di tengah padang permainan tempat Sharlinie bermain sebelum hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, kira-kira 200 meter dari situ.
Dalam upacara berkenaan juga, daun pandan dan puding serta beberapa biji kelapa digunakan yang dipercayai dapat membuka hati penculik memulangkan kanak-kanak itu kepada keluarganya.
Turut hadir, Presiden Pengamal Ikatan Bomoh Negara Sebelas Serangkai dan Ahli Jemaah Sabililah Negeri Selangor, Nasir Mahmud.
~~~~~~~~~~~~~~
Berita harian 23 Jan 2008
Kes Sharlinie: Bomoh ramal Sharlinie pulang
Oleh Ifwan Tun Tuah
Operasi mencari di rumah kongsi, pengamal perubatan tradisional dapat petunjukPETALING JAYA: Operasi mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, diteruskan di kawasan rumah kongsi pekerja asing di Taman Maju Jaya di sini, semalam, bagaimanapun polis tidak menemui sebarang petunjuk baru, sebaliknya menahan 29 pendatang tanpa izin warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata pihaknya menahan 17 lelaki dan 12 wanita warga Indonesia berusia 20 hingga 40-an kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dalam operasi jam 6 pagi.
"Walaupun objektif utama kita adalah mencari Sharlinie, kita tetap menahan mereka untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.
"Mengenai Sharlinie, sehingga kini tiada petunjuk baru diperoleh melalui operasi mencari dan memeriksa rumah kongsi di kawasan itu. Bagaimanapun, kita tidak akan berputus asa dan akan terus mencarinya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan, polis melancarkan operasi di kawasan rumah kongsi pekerja asing di sini, kerana mereka dikatakan pernah mendapat maklumat mendakwa Sharlinie dilihat berada bersama warga asing.
Sharlinie dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya Sharliena, 8, selepas bermain di taman permainan berhampiran rumahnya di Taman Medan di sini.
Sementara itu di rumah keluarga Sharlinie, Presiden Ikatan Bomoh Negara 11 Serangkai, Nasir Mahmud, yang juga ahli Jemaah Sabilillah Selangor, mendakwa pihaknya mendapat firasat Sharlinie akan dikembalikan minggu depan.
"Pihak kami berusaha mengesan Sharlinie melalui kaedah tradisional berteraskan ajaran al-Quran dan mendapat petunjuk dia kini disembunyikan di sebuah flet terletak dalam lingkungan lima kilometer (km) daripada rumahnya," katanya selepas melakukan upacara simbolik kaedah perubatan kumpulan itu di sini, semalam.
Turut hadir bersamanya, ialah kira-kira 50 pengamal perubatan tradisional pertubuhan itu dari beberapa negeri termasuk Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.
Beliau berkata, selepas seminggu melakukan pencarian kanak-kanak itu dari jarak jauh, kumpulannya mendapat petanda Sharlinie diculik dua lelaki dan satu wanita.
"Kami mendapat firasat mereka kini sedang bertelagah kerana berbeza pendirian. Ada antara mereka ingin memulangkan Sharlinie tapi ketuanya, seorang lelaki masih berkeras untuk terus menahannya.
"Kami percaya penculiknya adalah pengamal ilmu hitam yang menjadikan Sharlinie sebagai bahan untuk menguji ilmu mereka," katanya.
Dalam pada itu, bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd Nashar Mat Hussain, 2, yakin anak mereka yang hilang sejak 13 hari lalu masih hidup dan akan ditemui dalam masa terdekat.
"Naluri saya dan isteri mengatakan anak kami masih selamat. Kami sentiasa berdoa dia akan ditemui secepat mungkin dan tidak dicederakan oleh penculiknya," katanya di rumah keluarga itu semalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wednesday January 23, 2008
PETALING JAYA: The home of five-year-old Sharlinie Mohd Nashar, who has been missing for two weeks, was abuzz with activity yesterday.
The family invited about 50 bomohs and their followers to perform prayers and conduct rituals at the home.
Dressed in black with most of them wearing songkok, the bomohs arrived at 9.45am at the double-storey terrace home in PJS2, Taman Medan, and got down to work right away.
There was some relief for the parents Mohd Nashar Mat Hussain and Suraya Ahmad.
The bomohs were unanimous in saying that Sharlinie, who was reported missing on Jan 9, was alive and would be found within a week. One of the bomohs, Nasir Mahmud, claimed that Sharlinie was being held captive in a flat nearby.
“I believe that two men and one woman are involved in the kidnapping (of Sharlinie).
“The kidnappers wanted to test their black magic on her,” said Nasir, who also believed that the kidnappers used black magic to kidnap Sharlinie.
After the prayers, the group proceeded to the playground where Sharlinie was last seen.
The followers of the bomohs circled the playground while Sharlinie’s family knelt on a red cloth and prayed for her safe return.
Sharlinie’s sister, Sharliena was asked to call out to her sister while her parents held a pigeon in a cage which was later released. A coconut was also cracked.
“Releasing the pigeon is symbolic of the release of Sharlinie by her captors. Cracking the coconut is akin to softening the captor’s heart,” said Nasir.
“From my divination, the kidnappers are arguing among themselves. Two of them want to return Sharlinie,” said Nasir.
After the rituals, Nashar said: “I’m confident my daughter will return safely in less than a week as predicted.”
~~~~~~~~~~~~~
2008/01/22
12 bomoh converge to pray for Sharlinie's safe return
PETALING JAYA, TUES:
Twelve bomoh (spiritual healers) from Perak, Selangor, Penang, Kedah, Negri Sembilan, Malacca, Johor and Pahang today converged at the home of missing girl Sharlinie Mohd Nashar to pray for her safe return.
The one-hour ceremony, held at the playground where Sharlinie was reported to have gone missing two weeks ago, was led by bomoh Nasir Mahmud.
Nasir said that the ceremony, which started at 9:45am, was to pray for Sharlinie’s safe return. Sharlinie’s parents and her sister Sharliena also took part in the ritual.
Nasir said that the ceremony, which started at 9:45am, was to pray for Sharlinie’s safe return. Sharlinie’s parents and her sister Sharliena also took part in the ritual.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2008/01/23
Bomoh: She'll be back soon
Nasir Mahmud (holding cage) and Sharlinie’s family releasing the dove yesterday from the cage at the playground in Petaling Jaya where Sharlinie was last seen.
PETALING JAYA: The parents of Sharlinie Mohd Nashar expect her to return within a week.
Her father said the leader of a group of 200 bomoh had told him this after a series of rituals at their home and at a playground yesterday.
Mohd Nashar Mat Husin said the family believed that the prediction about Sharlinie, or Linie, would come true.
"I believe my daughter is alive. The only thing that concerns me is that she could have an asthma attack if she did not eat properly."
Nashar said he had taken unpaid leave since his daughter's disappearance as he could not concentrate on his work.
Mohd Nashar Mat Husin said the family believed that the prediction about Sharlinie, or Linie, would come true.
"I believe my daughter is alive. The only thing that concerns me is that she could have an asthma attack if she did not eat properly."
Nashar said he had taken unpaid leave since his daughter's disappearance as he could not concentrate on his work.
He said police had told him that his 8-year-old daughter Sharliena would not have to come to the federal police headquarters to help in the investigations.
Police recorded a statement from Sharliena on Friday.
The ceremony yesterday was conducted by members of Ikatan Bomoh Negara 11 Serangkai Ahli Jemaah Sabillah Pengamal Perubatan Tradisional from eight states.
Selangor Sabillah Pilgrim president Nasir Mahmud said the prayers had revealed that Sharlinie had been hidden in a flat within a 5km radius of her home.
Nasir said: "Linie will be united with her family in a week."
He arrived at Nashar's home in Lorong PJS2C/11N at 9.45am.
At 10am, they and members of Linie's family walked from the house to a playground where Linie was last seen.
A dove was released after which the group returned to Linie's home.
Police recorded a statement from Sharliena on Friday.
The ceremony yesterday was conducted by members of Ikatan Bomoh Negara 11 Serangkai Ahli Jemaah Sabillah Pengamal Perubatan Tradisional from eight states.
Selangor Sabillah Pilgrim president Nasir Mahmud said the prayers had revealed that Sharlinie had been hidden in a flat within a 5km radius of her home.
Nasir said: "Linie will be united with her family in a week."
He arrived at Nashar's home in Lorong PJS2C/11N at 9.45am.
At 10am, they and members of Linie's family walked from the house to a playground where Linie was last seen.
A dove was released after which the group returned to Linie's home.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Utusan Malaysia
Bapa Yin cadang jumpa pakar hipnosis
PETALING JAYA 20 Jan. - Bapa Yin atau Muhammad Nazrin, 6, yang hilang selama 15 hari pada Mac tahun lalu, Shamsul Ghazali Shamsuddin hari ini melawat keluarga Sharlinie Mohd. Nashar, 5, mencadangkan supaya mereka menggunakan khidmat pakar forensik hipnosis. Dalam pertemuan kira-kira 30 minit di rumah mereka di Taman Medan di sini, Shamsul Ghazali memberikan nombor telefon seorang pakar berkaitan, Dr. Sazali Ahmad kepada bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussein.
Ketika ditemui selepas itu, Shamsul Ghazali memberitahu, khidmat pakar tersebut mungkin dapat membantu usaha mencari Sharlinie yang sudah masuk hari ke-11.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman ketika kehilangan Yin sebelum ini, kaedah hipnosis itu dapat memberi banyak manfaat terutama dalam memberi petunjuk baru.
“Ini bukan khidmat tradisional seperti bomoh atau dukun, tetapi forensik hipnosis adalah kaedah saintifik berasaskan psikologi.
“Ketika Yin hilang dulu, Dr. Sazali telah beritahu saya mengenai gambaran keadaan Yin dan juga persekitaran rumah keluarga (Myanmar) yang menyimpannya selama dua minggu.
“Saya percaya, di sebalik usaha gigih polis dan pelbagai pihak mencari Sharlinie, kaedah hipnosis ini turut banyak membantu,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Shamsul Ghazali, menerusi kaedah hipnosis, pakar akan ‘berinteraksi’ dan ‘berkomunikasi’ dengan orang yang dicari secara ‘remote view’ dan penyiasatan memori iaitu dua cara yang menggunakan kepakaran psikologi.
Dalam pada itu, katanya, beliau sekeluarga bersimpati dengan nasib yang menimpa Sharlinie.
“Saya pernah melalui perasaan seperti yang dirasai Nashar sekarang ini sewaktu Yin hilang dulu, jadi sekarang saya cuba bantu apa yang terdaya.
“Kami suami isteri di Ipoh sebenarnya telah buat solat hajat di rumah dan tolong bantu edarkan poster Sharlinie kepada rakan terdekat,” ujarnya.
Mohd. Nashar yang berterima kasih atas kunjungan dan cadangan Shamsul Ghazali itu berjanji akan menemui pakar tersebut secepat mungkin.
Menurutnya, dalam keadaan sekarang, keluarganya akan melakukan apa saja demi menemui dan mengembalikan Sharlinie ke pangkuan mereka.
“Saya sungguh terharu dengan kehadiran Shamsul hari ini. Sudah tentu dia juga merasai dan memahami apa yang sedang saya dan keluarga hadapi ketika ini.
“Saya harap lebih ramai orang yang bantu dan beri cadangan kepada kami supaya usaha mencari Sharlinie tidak menemui jalan buntu,” tambahnya.
~~~~~~~~~~~~~
Utusan Malaysia
Penyakit mental: Bomoh lebih dipercayai
KUCHING 15 Dis. – Kepercayaan masyarakat kepada hantu, jin dan semangat jahat menyebabkan rawatan bomoh dan pawang lebih dipercayai oleh masyarakat untuk mengubat penyakit mental berbanding rawatan moden.Ketua Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Ling How Kee berkata, rawatan moden di hospital kerajaan dan swasta menjadi pilihan terakhir untuk mengubat penyakit jiwa, gila dan gangguan perasaan.
‘‘Penyakit mental sering dikaitkan dengan perbuatan sihir, ilmu hitam oleh pihak-pihak tertentu atau rasuk oleh semangat jahat.
‘‘Ada yang menolak sama sekali kaitan faktor kesihatan dengan penyakit itu,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pelbagai Rawatan dan Bantuan Penyakit Mental’ pada Persidangan Kesihatan Mental, di sini, hari ini.
Persidangan tiga hari yang berakhir hari ini disertai oleh 300 peserta dari seluruh negara termasuk dari Indonesia dan Brunei.
How Kee berkata, kepercayaan itu yang masih tebal di kalangan masyarakat khususnya di negeri ini menyebabkan khidmat bomoh dalam masyarakat Melayu, manang (Iban), pimpuri (Bidayuh), abayoh (Melanau) dan tangki (Cina) masih dipegang kuat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Utusan Malaysia
Tiga juta alami gangguan mental
SUNGAI PETANI 22 Nov. – Sebanyak tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini mengalami gangguan mental, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.Beliau berkata, kerajaan bimbang dengan masalah tersebut apatah lagi Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mendapati kes gangguan mental meningkat hampir 6 peratus berbanding kajian sama yang dijalankan 10 tahun lalu.
Menurutnya, daripada tiga juta penduduk yang mengalami gangguan mental, sebanyak 20.3 peratus kes didapati membabitkan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2007 anjuran Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di sini hari ini.
Soi Lek menjelaskan, terdapat murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina.
‘‘Ada yang kata mereka bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan membunuh diri,’’ katanya.
Beliau berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.
‘‘Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
‘‘Kos perubatan untuk pesakit mental semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan bomoh,” jelasnya.
Muga2 kita tidak diuji dgn ujian seberat ini. Berdoa byk2 pd Allah agar ditetapkan Iman dan diluruskan Aqeedah kita bila berhadapan dgn ujian seberat ini.
ReplyDeleteameen.
Apa yang tak kena sangat dengan Mufti Perak tu?! :))
ReplyDeleteSaya rasa Mufti dah tak larat menembak dah dari dulu sampai sekarang....peluru yang dibagi pada Mufti terlalu kecil dan tak sepadan pada sasaran yang kadang2 terlalu besar! Bagi lah peluru BESAR sikit pada mufti2 kita. Kalau setakat peluru kacang hijau dan arena menembak pulak hanya diberi dicelah2 reban ayam belakang rumah....tembak beribu kali kena pun tak jadi apa2! Dah pulak tu....kadang2 peluru kacang hijau tu tersilap pulak kena pada penonton yang "sepatutnya" kena....dah kena penalti pulak.....kasihan....lepas tu dah tak boleh main TEMBAK2 lagi....... :))
ReplyDeletePerbuatan sirik di Malaysia banyak dilakukan dgn alasan mempertahankan budaya melayu....... Sebuah anggapan yang salah.....
ReplyDeleteTetapi melaksanakan syariat Islam seakan tidak mempertahankan budaya melayu..... Anggapan yang kini sedang diputar balikkan oleh kaum liberal dan kaum tak bermoral...
Melayu menjadi harum namanya karena islam yang telah menjadi budaya mereka........... dan kini kaum sirik ingin bersembunyi dibalik nama "melayu"........Sirik = Melayu bodoh
Kembalilah berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah supaya tidak sesat.
ReplyDeleteJazakallah Ustz Emjay, baru saja semalam terlintas minta ustz beri ulasan berkenaan dengan perkara ini. Tengok hari ini dah ada.
ReplyDeleteselagi pengamal spt ini mendpat permintaan perkhidmatnya dari org2 vip selagi itulah secara tak langsung mereka ini di endorse sebagai 'sah'. payah tul...
ReplyDeleteMemang kita jgn bagi peluang kat tok bomoh nie sesatkan masyarakat. Disini fungsi mufti utk bersuara bagi mamastikan orang ramai tidak semudah itu jatuh dalam perangkap syirik. Yg malangnya, semua mufti membisu seribu bahasa, seolah-olah amalan jenis nie dibolehkan. Siapa yg mampu menyekat amalan nie, kalau mufti pun tak berani bersuara. Apakah para mufti takut bila bersuara, dirinya akan jadi bingung-bingung, sakit perut, dan badi lain tempias dari ancaman si bomoh bangsa nie. Bangkitlah menentang kesyirikan yg terang-terang nie. Bangkitlah.....jgn asyik makan kuih bangkit je. Bangkitlah dan bersuaralah, wahai cerdik pandai islam.
ReplyDeletePara Mufti dan Ulamak yang makan gaji hanya dibekalkan dengan senapang dan peluru kapur. Bunyi aje berdentum, tapi bulu roma celakapun tak terusik.
ReplyDeletePejuangan untuk menegakkan yang HAK itu amat sukar selagi tiada KEIMANAN yang sebenar. Takut kpd kerajaan lebih dari takut kpd ALLAH. Makan gaji katakan!!!!
ReplyDeleteAda yang IKLAS dan AMANAH tapi diketepikan kerana berbeza agenda politiknya. POLITIK lebih penting dari AGAMA...........DUNIA dah nak KIAMAT........Bertaubatlah, YAKIN kepada ketentuanNya
Apa nak jadi dengan negaraku Malaysia ni....mana perginya ulamak2 / ustaz/ ustazah yang selalu keluar kat TV tu....takkan diaorang tak tahu benda ni tak betul....depa ni sibuk kat parlimen kot......
ReplyDeleteKut sibuk kumpul harta
ReplyDeleteArticle saudara emjay yang ni pun telah di bawa masuk al-ahkam.net dan dibincangkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRasa dah seminggu, budak tu masih tak dipulangkan lagi....Apa kata bomoh pulak???.....
ReplyDeleteBukan sudah seminggu malahan hari ini sudah genap 2 minggu. Bomoh memang begitu dan tujuannya sekadar hendak menyesatkan umat Islam sahaja.
ReplyDeleteEmjay
manaaa sharlinie??bomoh mmg mengarut...dah sah2 kene gelakkan ngan syaitan..kompem org pon dah tak percaya ckp depa lagi..dlm keadaan terdesak manusia lupa halal dan haram, dosa dan pahala..ini semua taktik perang syaitan dan iblis..kita yang lemah ini juga pasti pernah melalui dan akan lalui perkara yang sama..sama-sama lah kita kembali dan kuatkan iman hanya kepadaNya.
ReplyDeleteHidup vipersodas
ReplyDeleteMungkin bijak pandai agama dah pun meng'komen' ttg hal ni. Cumanya kita tak tahu, mungkin atas sebab tidak dipublishkan di dada2 media.
ReplyDeleteLagipun bukan ke kamera ada butang ON dan OFF nye..
Almaklumlah, bukan pak2 aji ni yg mengkontrol semua kompeni media & gaji2 yg dia org terima!
"Cuma mampu berkokok sepelaung..
Negaraku Malaysia besar mana? Rakyatnya banyak mana? Pulak tu lain2 kepala pula.. Apalah daya mereka2 dan kita2!"
Itu cuma usaha sahaja.Kita berusaha Allah yang menentukan hasilnya.
ReplyDeleteJangan heboh kata orang syirik.
Bomoh tu cari makan.kalau duit tu haram sekalipun Keluarga dia yang makan bukan anak bini korang pun die bagi makan.
kalau betol lah buat apa yang anda katakan turun padang jumpa mufti2 kat jabatan tu.Bagi pendapat bagi sokongan.jangan pandai berkata tapi apa pun takda.
Sebenarnya jika kita umat Islam faham bahawa Islam itu mudah dan indah, maka kita mudah berfikiran positif. Cuba kita sama-sama membaca apa yang tersirat dari yang tersurat, nescaya ada hikmahnya yang tersendiri.
ReplyDeleteTak ada kerja lain ke ustaz ni asyik mengutuk orang lain termasuk ulamak.Ni ustaz ke ustad (keldai). Kamu tu buat apa selama ni.Kalu ulamak sendiri dikutuk siapa lagi nak membimbing umat Islam.Ini lah dasar Melayu yang tahu mengutuk tetapi tak pernah memberi pendapat yang alternatif terhadap perkara yang dikutuk. Kita semua Melayu nanti jadi TUA KUTOK.
ReplyDeleteAdalah sama sekali berbeza mengutuk dengan menegur. Salahkah saya menegur kelalaian dan kesilapan pemimpin seperti setengah mufti??
ReplyDeleteOrang yang tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk hanyalah Nabi Muhamad SAW.
Emjay
Until now, adik sharlinie masih belum ditemui..kalau dia dah tak ada..AL-FATIHAH for her..poor her..and if she's still alive, hope she's safe and healthy. For Sahrlinie's parents, be patient, ALLAH always be with us. I don't know what to do if i am in their shoes. Hope eveythings fine.
ReplyDeleteTur la.... percaya pada bomoh daripada pertunjuk Allah s.w.t. Gunakan AQ tur untuk sebaik-baiknya.
ReplyDelete