Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Monday, 12 March 2007

Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi

Assalamualaikum wbh sekelian muslimin

Alhamdulillah saya diizinkan Allah mewujudkan Laman Emjay mulai November 2006. Antara tujuan saya membangunkan laman web ini adalah untuk tolong menolong sesama Islam dan saya sangat ingin membantu mereka terutama sekali yang tersesat akibat kerosakan akidah. Kerosakan akidah membawa pelakunya terkeluar dari landasan Islam dan dalam bahasa mudahnya terkafir.

Dari pelbagai respons yang saya terima dari pembaca laman saya, saya ingin memaparkan kisah seorang ibu yang saya namakan MMM yang telah mengalami kerosakan akidah dengan membeli dan mengamalkan tangkal alaf baru. Berikut adalah beberapa email dari MMM untuk renungan bersama sebagai iktibar.


Email nombor 1 pada 23 Jan 2007
 
salamustaz, nama saya MMM. Saya nak mintak nasihat, pandangan or doa2 untuk anak. Sebenarnya saya ada 3 org anak yg sulung 6 tahun (ppuan), ke 2, 4 tahun (----) dan ke 3, 9 bulan (-----). Saya ada masalah dengan anak ppuan saya yang sulung ni Ani dia ni jenis yg garang n moody, ini menjadi kan saya kurang sabar. Klu boleh saya nak dia dengar cakap mama n abah dia. Ada tak doa2 untuk lembutkan hati anak2. 
Terima kasih

MMM



Email Nombor 2: pada 6 Feb 2007

salam
Ustaz ari nie anak sulung saya Ani buat hal lagi :(, actually ari tu dia lari dari rumah member
(makcik jaga) alasan sebab bergaduh dgn kawan dia (anak member). So discuss dgn husbend after prasekolah transit  letak sama dgn adik dia Ahmad ( cece lama ). Sebelum2 nie ok jer tak tahu ari nie lak buat perangai tak nak ke cece, tapi saya pujuk elok2 peluk dia tak jalan  juga, dia nak lari jadi saya pegang n dukung dia, so cikgu pegang..sambil2 tu menjerit2 meraung(cam first time lak dok cece sedangkan dia dah dok cece sejak umur 3 tahun :(, saya tinggalkan gak Ani dengan cikgu tapi time tu air mata saya meleleh n cam nak patah balik je ke cece tapi saya kuatkan semangat dan tak toleh ke belakang. sampai je office saya call cikgu dia n cikgu dia kata dia tengah tenangkan diri, ptg ni chat  dgn cikgu gak Ani protes tak nak makan :(. Anyway thank sebab ustaz nak reply message saya ari tu, sebenarnya  husbend tak tahu saya send email ke ustaz, jadi saya takut nak bagi no telefon kat ustaz :D. Kira saya send email kat ustaz ni tanpa pengetahuan husbend saya, tapi tak apalah nanti saya inform n bincang dgn husbend better husbend yg angkat tepon dari uztaz. Actually cikgu Ani nama dia cikgu Putih adalah cikgu yg menjaga Ani dari nursery sejak umur 2 bulan lagi, so bila Ani naik ke cece cikgu Putih pun ikut sama jadi cikgu bahasa english.  Tadi dlm perbualan dgn cikgu Putih, cikgu cakap dia tak faham dgn Ani, sebab Ani cepat marah moody n garang.

Cikgu Putih cakap beza dgn mak n adik dia Ahmadz ??  bila cikgu cakap cam tu sedihnya hati saya sayunya  hati saya kenapa anak saya tak cam anak org lain yg  lemah lembut n sopan santun :(. Sikit sebanyak menganggu emosi saya, agaknya masa mengandungkan Ani saya tension kot..??? apa silapnya ustaz. Buat pengetahuan uztaz  sejak Ani lari rumah member (makcik jaga) tiap2 hari saya bacakan alfatiha n ayat kursi n hempus kan kat umbun2nya, dan berdoa agar hatinya lembut. Silap saya  gak ustaz sebab saya kerap lepuk dia tu yg Ani jadi cam tu agaknya, tak tahu lagi apa yg kurang. Saya yg  kena betulkan diri sendiri aduhh ustaz bagi ler petua2 apa yg harus saya lakukan? saya ada mintak husbend  buat air yassin bagi Ani minum-insyallah husbend akan usahakan. ini ajerlah ustaz luahan perasaan saya, harap ustaz dpt membantu.

terima kasih

MMM



Begitulah antara cebisan kisah MMM yang menghadapi masalah mendidik anak sulungnya seorang perempuan berusia 6 tahun dan sudah pandai lari dari rumah. Saya membalas email-email tersebut dan akhirnya saya meminta MMM untuk memberikan Nombor telefonnya untuk saya hubungi bagi membincangkan masalahnya.

Akhirnya saya dapat bersembang dalam telefon dengan puan MMM. Didalam perbualan tersebut antara perbualannya ialah ”Dah berapa lama Ani anak sulung tu meragam macam tu?” soal saya.

“Kira-kira dah lebih 6 bulan lepas” jawab MMM

Saya menambah soalan “Pada kira-kira 7 bulan lepas ada tak MMM jumpa mana-mana ustaz atau bomoh dan membawa pulang objek-objek tertentu”

“Saya tak adalah jumpa sebarang ustaz atau bomoh atau bawa balik sebarang objek dari mereka tetapi saya ada membeli produk AURA SERI dari syarikat Prof Dr Ibrahim serta ada membeli produk terapi lilin dari kedai” jelas puan MMM.

Bagi pembaca lebih memahami apa itu terapi lilin, sila kunjungi laman http://www.suarakarya-online.com/news.html?id=145727
.
http://cemaraemas.tripod.com/kemudahan.htm

Terapi lilin juga adalah sebahagian dari aromaterapi yang menggunakan konsep aura, chakra, tenaga, getaran warna dan tenaga dsbnya.

Berkenaan produk aura seri yang digunakan puan MMM ini sila rujuk:

Alhamdulillah satu fakta penting sudah diperolehi. Seterusnya saya menyambung soalan “Dalam tempuh yang sama dengan Ani meragam, adakah hubungan dengan suami juga semakin panas, maksud saya lebih kerap bergaduh?”

MMM menjawab “Memang ya dan saya merasa amat sedih sekali kerana kami kerap bergaduh dan kadang kala pasal benda kecil pun nak bergaduh”

Saya memberikan penjelasan “Begitulah puan MMM bila kita berusaha melalui kaedah yang Allah tidak redha, berbagai musibah Allah berikan dan ingatlah bahawa azab Allah itu perit. Kesilapan puan MMM adalah kerana membeli tangkal aura seri dan lilin terapi dan dengan ini melayakkan diri kepada azab Allah sehingga nak membentuk anak perempuan berusia 6 tahun pun sangat bermasalah dan hubungan dengan suami semakin tegang.”

“Jadi apa yang saya perlu buat sekarang ini ustaz?? ” sambung puan MMM

Saya menambah “aura seri tu buang dalam lubang jamban. Lilin terapi tu potong kecil-kecil dan juga buang dalam lubang tandas”.

Perbualan saya dengan puan MMM sepeti di atas berlangsung kalau tidak silap pada sekitar 8 Februari 2007. Selepas perbualan itu, saya tidak mendengar sebarang perkembangan dari puan MMM tentang anaknya Ani dan suaminya.

Pada 8 Mac 2007 saya menerima satu email lagi dari puan MMM setelah sekian lama menyendiri. Beliau bertanyakan mengenai satu amalan yang diperolehi dari email rakannya. Selepas menjawap email MMM ini, saya tidak ketinggalan bertanyakan hal tentang anaknya Ani. Pada keesokan harinya iaitu pada 9 Mac 2007 saya menerima email dari puan MMM


Salam
Opp lupa pulak nak beritahu syukur alhamdulillah sekarang Ani dah ok dah, bila hantar kesekolah senang ajer lepas tu bila ajak sembahyang dia dah nak, tak payah disuruh lepas sembahyang dia ambik iqra utk mengaji. Terima kasih ustaz atas bantuan ustaz.


Puan MMM



Alhamdulillah Allah telah memberikan rahmatNya kepada keluarga puan MMM setelah tidak lagi menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi yang semuanya menggunakan konsep kuasa minda, aura, chakra, getaran warna dan tenaga dsb. Sila rujuk artikel saya sebelum ini berhubung dengan penggunaan kuasa minda, aura, chakra, tenaga dalaman, getaran tenaga dan warna dsbnya.

Saya yakin di Malaysia ini, selain puan MMM, sudah beribu umat yang telah dan sedang menggunakan pelbagai tangkal alaf baru persediaan Prof Dr Ibrahim, Prof Dr Norhisham dan ramai lagi bomoh-bomoh moden di Malaysia . Muhasabahlah diri anda selepas menggunakan produk dan perkhidmatan dari bomoh-bomoh moden ini.Insya-Allah anda akan mendapati bahawa sejurus menggunakan perkhidmatan dan produk dari bomoh-bomoh ini, kehidupan anda sudah tidak lagi seperti sebelumnya, sentiasa dirundung malang sebagai musibah dari Allah sebagai ujian agar anda berpatah balik ke pangkal jalan.


Sekian untuk kali ini


Wassalam wallahualam


Emjay



145 comments:

  1. kalu kita guna lilin...pasang kat dalam bilik boleh ker ustaz... sajer nak kasi bau wangi skit.....itu tak der masalah kan ustaz... mintak penjelasan....

    ReplyDelete
  2. Lilin pewangi boleh asal jangan lilin aromaterapi.

    ReplyDelete
  3. ustaz.... lilin aromaterapi tu macam mana yer.... tak pernah jumpa plaks....bentuk macam mana..... bukan ker lilin aromaterapi itu pun bau wangi..... confuse...

    ReplyDelete
  4. Kalau lilin pewangi tersebut adalah lilin aromaterapi maka elakkan sama sekali dari menggunakannya.

    ReplyDelete
  5. Hmm.. kalau aromaterapi tu memang tak boleh? Pewangi aromaterapi macam Ambi Purr dan dari pewangi terapi ( lilin / minyak ) Lovely Cottage tu macam mana ye Ustaz?

    ReplyDelete
  6. Ambi Purr bukan aromaterapi tetapi adalah pewangi. Dua perkara berbeza.

    Lovely cottage saya tiada pengalaman. Kalau sekadar pewangi boleh.

    Aroma terapi adalah satu produk yang boleh menghasilkan terapi pemulihan apabila asap atau baunya di bawa masuk ke hidung.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...

    bukankah kite dituntut untuk menuntut ilmu? aromaterapi adalah salah satu daripada ilmu perubatan yang ada pada zaman dahulu kala dan telah dimodenkan pd zaman ini dan telah dikemaskini oleh pakar perubatan islam kite zaman ini yang dikenali ole Prof Dr Ibrahim, Prof Dr Norhisham dan rakan2..perubatan ini byk link dengan frequensi yang mana adalah salah satu ilmu yang kite kurang tekankan..kalau en emjay adalah salah seorang saintis mungkin anda akan melihat keindahan alam yang telah dijadikan oleh allah swt yang menjadikan frequensi dalam pelbagai aspek...dalam perubatan pun ada frequensi...dunia ni terlalu luas dan tuntut la ilmu sampai ke china means we all should learn dari pelbagai sudut dan ilmu islam (al-quran dan as-sunnah) adalah puncak segala ilmu yang ada dalam dunia ni..

    dan alhamdulillah kerana Prof Dr Ibrahim, Prof Dr Norhisham dan rakan2 telah berjaya membuat penyelidikan tentang ilmu perubatan aromaterapi yang kurang dimonopoli oleh org islam...

    fikir dan fikirkan

    bellowlower aka cicakman

    ReplyDelete
  8. Sihir pun ilmu juga jugak, kalau nak belajar dan amalkan silalah. Akupuntur pun ilmu jugak, kalau nak belajar silakanlah. Hipnotism pun ilmu jugak, kalau nak belajar silakanlah. Meditasi pun ilmu jugak. Nak belajar silakanlah. Feng Shui pun ilmu jugak. Nak belajar silakanlah. Yoga pun ilmu jugak. Nak belajar silakanlah. Kalau belajar ilmu ini lagi hebat: http://www.anugerahagung.org/ boleh telefon terus master rizal.

    Nak masuk neraka senang, nak masuk syurga mahal oiiii bellowlower. Kena ada ilmu yang Allah redho bukan ilmu yang pakai suka-suka saja.

    Kalau kau nak masuk neraka bersama Prof Dr Ibrahim, Prof Dr Norhisham dan rakan2, silakanlah, besok di neraka boleh pakat ajar ilmu tenaga dalaman macam mana untuk keluar dari neraka.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. pemahaman en.emjay tentang ape yang saya tulis tidak kesampaian...en.emjay sukar ditegur, mintak maaf jika en.emjay tidak dapat menerima kehadiran penulisan sy ini..

    tentang kemasukan syurga dan neraka pun anda tiada hak untuk menentukannyee..hanye allah swt shj yg dapat menentukkannye dan en.emjay tidak layak menentukan sesiapa sahaja yang masuk neraka dan syurga...minta maaf jika penulisan sy menggangu en.emjay...hopefully u will see kehebatan dan kekuasaan allah didunia ni dari aspek fizik dan metafizik...

    ilmu itu luas, seluas cakerawala...dari situ kite boleh melihat kekuasa allah swt...

    bellowlower aka cicakman.

    ReplyDelete
  10. Emmmm.... kalau betul lah ilmu aura tu islamik, tak yah lah guna wife sebagai model..kan kan kann. .guna budak2 ke orang tua yg dah jadi muda balik ke...lagi berkesan....he he sori....saja nyampuk...

    ReplyDelete
  11. Betullah katu mu wahai zatajul. Dah tu wife tak pakai tudung pulak.

    ReplyDelete
  12. saya ingin berkongsi pengalaman tentang kawan kepada kakak saya. kakak saya menceritakan yang kawannya itu sering menjadi manga keganasan suaminya selalu di belasah dipukul dengan teruk juga sampai lebam lebam menangis nangis mengadu kepada kakak saya...sebelum ini saya ada membaca artikel dari abang mj mengenai produk aura aura ini lalu saya bertanya kepada kakak saya adakah kawannya itu ada menggunakan apa apa produk kecantikan aura aura yang melambak2 di pasaran sekarang ini.. Kakak saya menjawap ada.rupa rupanya kawannya itu menggunakan produk aura seri keluaran
    dr ibr**** siap promote pada kakak saya lagi...Masya Allah ceritanya lebih kurang sama dengan cerita di atas kakak saya cakap mula2 guna dulu suami sikit punya sayang tapi sekejap saja lepas tu azab Allah pun sampai rumah tanggaporak peranda lebih malang teruk kawan kakak saya itu dipukul. Saya menyuruh kakak saya beritahu pada kawannya supaya buangkan saja barang barang itu san menasihati kakak saya jangan beli ,guna atau simpan benda benda aura ini dan yang seangkatan dengannya..

    Ya Allah jauhilah ahli keluargaku dari perbuatan syirik padamu sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak....aminn

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbh sdr zairo dan selamat datang ke laman Emjay semoga kehadiranmu di sini membawa rahmat.

    Terlebih sahulu sebelum saya panjangkan kata-kata, eloklah sdr zairo memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan membuat sujud syukur. Syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberikan rahmatnya kepada sdr zairo. Konsep inilah yang saya gunakan dalam merawat orang yang memerlukan bantuan. Cari punca, selesaikan, taubat, perelokkan amalan agama Islam selain sedekah kepada anak yatim.

    Adik berdoalah kepada Allah semoga insya-Allah Allah pertemukan kita di JB untuk berkongsi ilmu semoga adik menjadi lebih baik lagi berbanding saya.

    Kebanyakan pesakit bila jumpa bomoh sesat, memang bagai magic penyakitnya seolah-olah ada peningkatan macam nak sembuh hampir serta merta. Tetapi sebenarnya setelah beberapa hari atau minggu atau tak sampai sebulan masalah awal tidak selesai dan mungkin bertambah teruk pula dan ini adalah helah syaitan agar pesakit tersebut datang lagi dengan tujuan disyirikkan lagi dan dapat pula wang yang lumayan dari pesakit. Bomoh kena hidup beb, kena ada fulus. Inilah namanya kerja bodoh (memanglah bodoh sebab belum berilmu dan semoga mereka ini semuanya ditambahkan ilmu yang diredhai Allah SWT).

    Saya dah memberitahu secara terbuka bahawa produk aura seri keluaran Prof Dr Ibrahim adalah sejenis tangkal alaf baru yang dikeluarkan secara besar-besaran di kilang. Usahlah adik gentar untuk berjihad menentang orang sesat ini. Sebut saja secara jelas malahan mereka bukan tahu pun identiti adik zairo.

    Saya berdoa dan marilah semua berdoa agar dibalas oleh Allah dengan segera dan sewajarnya keatas perbuatan bomoh sesat moden bernama Prof Dr Ibrahim ini kerana bomoh ini sudah menyesatkan terlalu ramai umat di Malaysia dan menjadikan manusia yang berurusan dengannya seperti yang menggunakan produk aura seri dan aura genius ini diazab pedih oleh Allah.

    Ya Allah jauhilah keluargaku, bapaku, rakan-rakan ku, saudara maraku, pembaca Laman Emjay dan semua orang islam lain dari perbuatan syirik yang mengundang azab pedih dari Allah.

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Apa bezanya aromaterapi dgn pewangi yg kita beli kat kedai tu? camner lak yang dikatakan syirik? Bukan ke syirik atau tak tu bergantung kpd kepercayaan kita...kalau kita makan nasi sepinggan lepas tu kita yakin nasi tu telah membuat kita kenyang tu kira syirik ke tak?

    ReplyDelete
  15. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Assalamualaikum wbh dan selamat datang ke laman Emjay asapkepul2

    Mencari makanan dan makan diperintah Allah dan sama ada usaha tersebut dibalas Allah dengan khasiat dari makanan dan kenyang itu adalah rahmat dari Allah. Mempercayai makanan yang menyebabkan kita sihat dan kenyang merosak akidah. Sila baca artikel Akidah bahagian 2 dan Akidah Bahagian 3 yang diterbitkan pada 4 Nov 06.

    Sama dengan mempercayai ubat yang menyembuhkan adalah merosak akidah. Sila baca juga artikel Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum yang diterbitkan pada 26 Feb 2007.

    Aromaterapi sudah dimasukkan sesuatu manakala pewangi seperti ambi pur sekadar wangian sahaja. Sama dengan produk Aura Seri dan Aura Genius yang sudah dimasukkan sesuatu. Setiap tangkal juga sudah dimasukkan sesuatu. Sila baca artikel bertajuk Simpan tangkal tanpa sengaja yang diterbitkan pada 4 Nov 2006. Walau pun tanpa sebarang niat, Allah tetap membalasnya, menurut sunnatullahNya. Seandainya seorang remaja 15 tahun perempuan tidak pernah diajarkan hukum halal haram tentang zina dan tidak mengetahui kesan dari perzinaan, sunnatullahnya ialah selepas zina insya-Allah remaja perempuan ini akan mengandung juga.

    Setengah syirik bergantung niat namun setengahnya walau pun apa pun niatnya, tetap syirik. Membantu ayah menguruskan lembu untuk dibuang ke laut oleh nelayan di terengganu satu ketika dahulu, walau untuk apa niat sekali pun, hukumnya tetap syirik.

    Akur dengan nasihat orang tua lalu meletakkan surah Yasin di bawah bantal atau tilam bayi, walau untuk apa niat sekali pun tetap syirik.

    Saya berdoa semoga sdr asapkepul2 dapat membaca artikel-artikel saya bermula dari yang awal bukan dari yang terkini, ia insya-Allah dapat membantu sdr memahami artikel-artikel saya.

    Semoga Allah memberikan ilmu dan kefahaman yang berguna kepada sdr melalui laman emjay ini.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. saya nak ustaz kaedah mandi bunga apakah hukumnya ?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, saya nak tanya tentang amalan tareqat,adakah sesuatu yang boleh di amalkan atau ada unsur-unsur yang mutashabihat?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbh

    Kalau saya ambil beberapa jenis bunga di taman dirumah saya masukkan ke dalam tab mandi lalu saya mandi untuk suka-suka, diharuskan.

    Kalau saya mandi bunga dimana-mana SPA yang tidak menggunakan sebarang jampi serapah di haruskan.

    Kalau saya mandi bunga di SPA yang menggunakan jampi serapah, haram hukumnya

    Kalau was-was SPA tertentu ada gunakan jampi atau tidak, meninggalkannya atau mengelakkannya adalah lebih baik

    Kalau mandi bunga dengan mana-mana ustaz atau bomoh, haramlah hukumnya kerana upacara mandi bunga ini memang dilakukan untuk tujuan tertentu.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbh

    Untuk memahami jawapannya, sila baca artikel yang saya uploadkan pada 8 Mei 2007 bertajuk Tasawuf sepintas lalu.

    Bagi saya yang lemah ini, ajaran islam tidak ada yang rahsia dan telah disempurnakan oleh Nabi Muhamad SAW. Tiada yang tercicir dan tiada yang terlebih.

    Amalan islam yang sekadar mengikut apa yang telah disampaikan rasulnya tidak dinamakan ajaran tareqat. Ajaran tareqat adalah satu ajaran agama islam tetapi telah ditokok tambah dan ada yang dikurangkan. Ini menjadikan ajaran tareqat ini sebagai satu agama baru.

    Agama orang sikh adalah satu agama yang berasaskan agama Islam tetapi telah ditokok tambah dengan ajaran agama hindu dan jadilah satu agama baru.

    Mengamalkan tareqat sebenarnya menyutujui bahawa agama Islam yang diturunkan oleh Nabi Muhamad masih belum sempurna dan ini merosakan akidah.

    Elakkan tareqat amalkan segala ajaran yang disampaikan Nabi Muhamad SAW dengan jangan melebihi dan jangan dikurangi sebagaimana hadis yang menceritakan tiga lelaki yang tidak mahu kahwin, tidak mahu tidur malam dan akan terus berpuasa kerana ingin menandingi Rasulullah SAW. Mereka ini sekiranya melakukannya sudah terkeluar dari golongan Islam yang diredhai Allah SWT.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  20. moga allah merahmati anda semua.....buat emjay...kita sebagai manusia tak dak kuasa untuk menghukum seorang manusia yang lain ....ilmu ALLAH itu terlalu luas....cuma kita nak kena paham sanadnya ilmu itu.....adakah anda pernah belajar ilmu Color Vibration Therapy? adakah kerana produk aura seri anda terus mengklasifikasikan segala ilmu lain itu sama tarafnya ngan produk aura seri......? sekiranya anda tidak mendalami ilmu itu dan terus meletakkan hukum ke atas ilmu itu...ternyata anda silap......pengalaman saya terlibat dalam ilmu perubatan Color Vibration Therapy selama 10 tahun...dan selama itulah saya tidak pernah di timpa mala petaka seperti yg diceritakan oleh penulih penulih di atas......malah rata rata pesakit saya yang meggunakan myk aromaterapi Dr.Norhisham ....mengalami pemulihan yang baik.tak pernah lagi pesakit pesakit saya yg mengamalkan aromaterapi Dr.Norhisham mengalami musibah seperti yg diceritakan.so saya berharap encik emjay jangan membuat fitnah sebelum anda mengkaji ilmu itu terlebih dahulu.saya boleh terima memang certain aromaterapi di masukkan tenaga JIN di dalamnya yang seolah sihir atau jampi.tapi tidak dalam aromaterapi CVT.selama berkecimpung dlm CVT , saya rasa bersyukur kerana dapat membantu ramai manusia yang sakit di luar sana....niat dan amalan adalah 2 perkara yang berbeza.....orang yang bercakap dari ilmu dan orang yang bercakap dari amalan adalah juga 2 insan yang berbeza.......bertaubatlah dari membuat fitnah terhadap CVT........

    ReplyDelete
  21. Saya juga pengamal cvt..anda perlu memeahami cvt,, baru boleh mengatakan ianya sesat dan pesong akidah. Kalau guna panadul utk hilangkan sakit kepala, lepas tu anggap panadol la yang sihatkan kita, sesat juga jadinya..saya amat bersetuju dengan faqirillah

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum....ustaz emjay....saya nak tanya mengenai penggunaan gelang magnet yang dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah....adakah syirik juga? saya memakainya dengan niat perjalanan darah akan menjadi elok dengan izin Allah jua...kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar mencari penawarnya.

    ReplyDelete
  23. Assalamu'alaikum... setahu saya.. kaedah aroma terapi Dr.Ibrahim tiada kena mengena dengan memasukkan sebarang kuasa atau jin.... Ia adalah formula, gabungan jenis-jenis wangian yang boleh memberi ransangan... Sama saja seperti memakai minyak wangi...sebagai contoh: Saya campurkan minyak misik dengan minyak zafaran maka terhasillah formula saya sendiri yang sesuai untuk jenis-jenis kegunaan tertentu mengikut sifat alaminya... Dalam kes anak jadi pemarah, jadi pemalas dan sebagainya ..ini disebabkan ia mendapat ransangan yang tidak bersesuaian daripada aroma terapi tersebut.... Sebagai contoh, kanak-kanak sekiranya diberi hidu minyak wangi setiap hari... anda akan akan lihat sendiri kesannya, ia terlebih aktif dan boleh menjadi hyperaktif. Ini adalah kesan secara alami, disebabkan energinya tidak seimbang.. Sepatutnya para pengguna aroma terapi diberi nasihat sebelum mereka membeli jenis-jenis aroma terapi..... kerana kesannya berbeza pada setiap jenis orang dan peringkat umur. Siapa boleh jelaskan secara sainsnya mengapa Rasullulah menyatakan sunat memakai minyak wangi? Dari hukum sainsnya ia dapat meransang otak kita supaya sentiasa segar. Secara rohaninya..ia adalah makanan bagi rohani.. Walaupun saya tidak pernah belajar atau membeli produknya...Setahu saya orang seperti Dr.Ibrahim adalah ahli ilmiah, beliau tiada kena mengena dengan jin dan sebagainya, sebab itulah ilmu sebegini susah berkembang di masyarakat yang terlalu jumud... Apabila ia orang yang kurang ilmunya dari sudut tertentu terus menghukum dengan hukuman yang begitu berat..sehingga membawa kepada kerosakan Aqidah...Anda harus bertaubat nasuha... Sebagai seorang Islam tidak sepatutnya terlalu pantas sebegitu...Sedangkan ada yang terang-terang menolak hukum Allah dan al-quran serta mengambil sebahagian sahaja mengikut hawa nafsu mereka..tapi tidak dihukum kafir atau syirik.... Sekiranya anda tidak selidik dan sewenang-wenang menghukum ia syirik dan sesat, maka itu adalah fitnah. Penabur fitnah malah lebih teruk azabnya, mudah-mudahan Allah membukakan hati tuan agar lebih mendalami pelbagai bidang ilmu Allah. .... Zaman dulu kalau orang yang berasa diri ustaz, kalau tak pernah tgk kapal terbang di udara..dikatanya jin terus.... Dari gaya bahasa anda... dapat diketahui apa sifat sebenar anda... Malah ia adalah lebih sesat dan menyesatkan... Kalau anda berani..sila tampil ke media-media utama, suratkhabar dan tv untuk menyatakan pendapat anda secara terbuka. Sekiranya ia suatu jihad. Jangan baling batu sembunyi tangan sahaja. "Di atas langit ada lagi langit..."

    ReplyDelete
  24. salam... ,saudara emjay terlalu terburu-buru dan membabi buta dalam membuat kenyataan, saudara tahu tak yang saudara boleh disaman diatas kenyataan saudara ini atas dasar fitnah. saudara tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh dua orang cendekiawan ini yang bertahun- tahun membuat kajian terperinci dengan penuh SAINTIFIK. saya sendiri banyak mengkaji tentang perubatan-perubatab alternatif ynag berkonsepkan saintifik dan bukan mistik. untuk pengetahuan saudara kajian tentang aura, tenaga bio, reiki dan aromatherapy adalah termasuk dalam kajian sains metafizik dan ia telah dikaji sejak 100 tahun dahulu lagi oleh saintis-saintis barat dari jerman,England,dan Perancis. jika saudara emjay menganggap yang tokoh-tokoh sains spt Dr Norhisyam dan Dr Ibrahim ini bomoh bermakna anda juga menuduh tokoh-tokoh sains dari barat ini juga bomoh...begitu? disini saya nak menjelaskan sesuatu... dahulu sebelum roket Apollo dan angkasawannya berjaya mendarat di bulan ramai ulama-ulama yang terkenal di malaysia dan dunia islam yang lain mengeluarkan kenyataan bahawa mendarat di bulan adalah mustahil dan haram hukumnya kerana melanggar fitrah alam..camne tu? kenyataan ini bukan saya buat-buat ye tapi benar-benar berlaku! apa yang saya maksudkan disini ialah sesuatu perkara yang tidak dapat di jelaskan atau tak boleh diperjelaskan kepada masyarakat pada sesuatu zaman itu tak semestinya melibatkan kuasa-kuasa ghaib seperti jin dan syaitan. jika benar saudra ini seorang ustaz sepatutnya saudara lebih maklum tentang perkara ini... itupun jika saudara berkata benar dan tiada agenda lain untuk mewujudkan laman ini. Dan lagi untuk pengetahuan saudara aromatherapi hukumnya adalah harus dan saya pernah bertanya dengan seorang ulama terkenal tentang perkara ini. lagipun... ia hanya menggunakan bau-baun dari tumbuh tumbuhan mana ade unsur syiriknye! kalu aromatherapi tu syirik dan bleh rosakkan akidah bermakna makan ubat hospital dan farmasi tupun bleh rosakkan akidah jugakla! sebab sampai hari ini ramai manusia di dunia ni yang makan ubat tapi tak tahu macam mana ubat tu bleh mengubati penyakit mereka dan masuk dalam darah mereka...entah-entah DR-DR yang cipta ubat-ubat tu masukkan jin tk supaya ubat tu baikkan sakit kita.

    ReplyDelete
  25. Mandi bunga di spa pun ada tujuan tertentu kan mj??? apa salah mandi bunga dengan uztaz2 kalau ia bertujuan untuk merawat penyakit kerana khasiat bunga tersebut??

    ReplyDelete
  26. Sdr bokun

    Sains bukan satu platform untuk menghalalkan segala perkara. Belajar sains dan lalu mengiakan teori Darwin di mana manusia berasal dari beruk sudah menjadikan pengamal ilmu sains ini menjadi rosak akidah.

    Mengiakan kata-kata doktor bahawa penyakit kencing manis tiada ubat untuk untuk menyembuhkannya sudah rosak akidah.

    Menerima bulat-bulat fakta sains bahawa action mengakibatkan reaction tanpa memasukkan fator rububiah Allah sudah merosak akidah.

    Sdr tahu ke apa maksud metaphysics? Metaphysics lebih merujuk kepada "subjects that are beyond the physical world" dan ia lebih berkaitan berkenaan spirits, faith healing, crystal power, occultism, and other such topics. Itulah sebabnya sesiapa yang belajar ilmu metafizik macam dr Hisham, dr Ibrahim dan yang sewaktu dengannya memang saya tidak hormat kerana sebahagian puncanya kerana mereka belajar ilmu bomoh moden iaitu ilmu metafizik.

    Apakah unsur sains yang bersifat fizikal sebenar yang terdapat dalam chakra, aura, reiki dan yang sewaktu dengannya? Cerita yang terkandung adalah cerita dongeng yang karut belaka sebagaimana ayat berikut:
    "~ Chakra merupakan tempat yang menyimpan tenaga yang dicerap oleh sistem antena individu iaitu mata, telinga, hidung, mulut & kulit. ~ Terdpt 7 pusat chakra ~ root chakra (merah), sacral chakra (jingga), solar plexus (kuning), heart chakra (hijau), throat chakra (biru), third eye chakra (indigo) dan crown chakra (violet)."

    Di India, ilmu perdukunan sesat iaitu meramal dengan menggunakan tanda-tanda di tapak tangan juga sudah lama sekali dipanggil THE SCIENCE OF PALMISTRY. Sdr bokun tak minat ke nak belajar science palmistry ini?

    Di negara arab sudah lama mereka membakar kayu gaharu untuk mendapatkan bau yang menarik darinya. Ini tidak salah. Saya memasang automatic perfume spray di rumah dan pejabat saya juga tidak salah. Saya berjumpa bomoh lalu diberi kemenyan untuk dibakar bagi mendapatkan asapnya untuk mengasap keseluruhan rumah dan penghuninya memanglah sesat.

    Aromaterapi yang diberikan oleh pengamal yang sudah tamat belajar ilmu metaphysic seperti Norhisham, Ibrahim dan yang sewaktu dengannya memanglah saya tentang.

    Sebagai perbandingan seorang bomoh sesat menukar objek-objek yang harus seperti kemenyan, kelapa, kain berbagai warna, telur, minyak wangi, gunting, paku, ladam kuda, garam, lada hitam, jala, cuka getah, kayu dan pelbagai objek lain kepada objek haram yang dinamakan tangkal.

    Saya sudah biasa dikutuk di laman saya tetapi sebelum sdr terus mengutuk saya cubalah sdr bawa solat sunat dua rakaat dengan sempurna wudhunya dan berdoa minta Allah berikan petunjuk sama ada ilmu yang sdr amalkan tu diredhai Allah atau tidak?

    Saya dari dahulu sehingga kini dan selamanya memang akan terus melagukan lagu yang sama bahawa ilmu metaphysics aura chakra reiki CVT adalah SESAT DAN MENYESATKAN!

    Untuk sdr bokun, jangan lupa melawat tok guru metafizik hebat di Malaysia di url http://anugerahagung.com/. Boleh dapat ilmu kebal melalui ilmu metafizik ini!!!!

    Jika tidak, jangan lupa pula melawat suku sakat sdr yang saya ceritakan dalam artikel bertajuk "Bomoh semakin berani atau ulamak semakin lesu!!!!!!!!!!!" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/123. Hebat, boleh berikan pelaris dan pendinding dan boleh mengajarkan ilmu silat dalam masa yang singkat sahaja, wow!! BACA JANGAN TAK BACA!

    Nak masuk neraka memang mudah, tetapi nak masuk syurga mahal sekali

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Sdr bokun

    Sains bukan satu platform untuk menghalalkan segala perkara. Belajar sains dan lalu mengiakan teori Darwin di mana manusia berasal dari beruk sudah menjadikan pengamal ilmu sains ini menjadi rosak akidah.

    Mengiakan kata-kata doktor bahawa penyakit kencing manis tiada ubat untuk untuk menyembuhkannya sudah rosak akidah.

    Menerima bulat-bulat fakta sains bahawa action mengakibatkan reaction tanpa memasukkan fator rububiah Allah sudah merosak akidah.

    Sdr tahu ke apa maksud metaphysics? Metaphysics lebih merujuk kepada "subjects that are beyond the physical world" dan ia lebih berkaitan berkenaan spirits, faith healing, crystal power, occultism, and other such topics. Itulah sebabnya sesiapa yang belajar ilmu metafizik macam dr Hisham, dr Ibrahim dan yang sewaktu dengannya memang saya tidak hormat kerana sebahagian puncanya kerana mereka belajar ilmu bomoh moden iaitu ilmu metafizik.

    Apakah unsur sains yang bersifat fizikal sebenar yang terdapat dalam chakra, aura, reiki dan yang sewaktu dengannya? Cerita yang terkandung adalah cerita dongeng yang karut belaka sebagaimana ayat berikut:
    "~ Chakra merupakan tempat yang menyimpan tenaga yang dicerap oleh sistem antena individu iaitu mata, telinga, hidung, mulut & kulit. ~ Terdpt 7 pusat chakra ~ root chakra (merah), sacral chakra (jingga), solar plexus (kuning), heart chakra (hijau), throat chakra (biru), third eye chakra (indigo) dan crown chakra (violet)."

    Di India, ilmu perdukunan sesat iaitu meramal dengan menggunakan tanda-tanda di tapak tangan juga sudah lama sekali dipanggil THE SCIENCE OF PALMISTRY. Sdr bokun tak minat ke nak belajar science palmistry ini?

    Di negara arab sudah lama mereka membakar kayu gaharu untuk mendapatkan bau yang menarik darinya. Ini tidak salah. Saya memasang automatic perfume spray di rumah dan pejabat saya juga tidak salah. Saya berjumpa bomoh lalu diberi kemenyan untuk dibakar bagi mendapatkan asapnya untuk mengasap keseluruhan rumah dan penghuninya memanglah sesat.

    Aromaterapi yang diberikan oleh pengamal yang sudah tamat belajar ilmu metaphysic seperti Norhisham, Ibrahim dan yang sewaktu dengannya memanglah saya tentang.

    Sebagai perbandingan seorang bomoh sesat menukar objek-objek yang harus seperti kemenyan, kelapa, kain berbagai warna, telur, minyak wangi, gunting, paku, ladam kuda, garam, lada hitam, jala, cuka getah, kayu dan pelbagai objek lain kepada objek haram yang dinamakan tangkal.

    Saya sudah biasa dikutuk di laman saya tetapi sebelum sdr terus mengutuk saya cubalah sdr bawa solat sunat dua rakaat dengan sempurna wudhunya dan berdoa minta Allah berikan petunjuk sama ada ilmu yang sdr amalkan tu diredhai Allah atau tidak?

    Saya dari dahulu sehingga kini dan selamanya memang akan terus melagukan lagu yang sama bahawa ilmu metaphysics aura chakra reiki CVT adalah SESAT DAN MENYESATKAN!

    Untuk sdr bokun, jangan lupa melawat tok guru metafizik hebat di Malaysia di url http://anugerahagung.com/. Boleh dapat ilmu kebal melalui ilmu metafizik ini!!!!

    Jika tidak, jangan lupa pula melawat suku sakat sdr yang saya ceritakan dalam artikel bertajuk "Bomoh semakin berani atau ulamak semakin lesu!!!!!!!!!!!" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/123. Hebat, boleh berikan pelaris dan pendinding dan boleh mengajarkan ilmu silat dalam masa yang singkat sahaja, wow!! BACA JANGAN TAK BACA!

    Nak masuk neraka memang mudah, tetapi nak masuk syurga mahal sekali

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Jikalau saya membenarkan ustaz tertentu melakukan mandi bunga untuk tujuan rawatan, kelak apa hukumnya pula kalau ustaz lain pula melakukan mandi tetapi menggunakan limau nipis?

    Sekali lagi saya jelaskan,
    1. Saya ambil bunga ditaman saya masukkan dalam tab mandi saya di rumah lalu saya mandi, OK
    2. Saya ambil limau nipis masukkan dalam tab mandi saya lalu saya mandi dan melumur rambut saya dengan limau nipis tersebut, OK dan BAGUS.
    3. Saya jumpa bomoh / "ustaz" lalu dimandikan MANDI BUNGA oleh mereka, sudah KO
    4. Saya jumpa bomoh / "ustaz" lalu dimandikan dengan limau nipis, sudah KO
    5. Saya jumpa bomoh / "ustaz" lalu diberikan limau nipis untuk saya mandi dengannya, sudah KO.

    sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  29. kenapa pulak KO kalau ustaz2 tu pun mandi sama kaedah dan dengan tujuannya dengan yg kita mandi tanpa sebarang mentera.... melainkan minta kesembuhan dr Allah??? Adakah kerana namanya ustaz atau bomoh..lalu salah??

    ReplyDelete
  30. Masalah paling besar ialah sdr tidak cukup ilmu untuk menilai sama ada seorang ustaz benar ustaz yang diredhai Allah atau ustaz sesat. Sama dengan wali Allah dan Wali syaitan.

    Dalam artikel saya bertajuk "Bomoh semakin berani atau ulamak semakin lesu!!!!!!!!!!!" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/123 , saya ada bercerita tentang seorang ustaz bernama USTAZ HJ. HANAFI BIN A.RASHID (bekas guru agama kerajaan) NO.1932-C, Jalan Stadium, Alar Setar, Kedah (Berhadapan dengan kompleks kolam renang Majlis Bandaraya, Alor Setar),Tel: 019-5424161.

    Adakah sekadar dimandikan bunga oleh "ustaz" ni maka mandi bunga ini di hukumkan harus?

    Janganlah mudah kena tipu dengan title ustaz, Profesor, Dr dan sebagainya.

    Kalau ustaz mandikan bunga macam saya mandi bunga, baik tak payah buang masa, kan lebih mudah buat sendiri.

    Janganlah mudah kena tipu.

    Wallahualam
    Emjay

    ReplyDelete
  31. Mandi bunga kan ada khasiatnya... kadang-kadang pesakit tak tau yg penyakitnya perlu mandi bunga... jadi apa salah kalau ustaz tu mandikan bunga untuk rawatan disebabkan kaedah tersebut tidak diketahui oleh pesakit... yang penting ustaz tersebut berhajat untuk merawat dan tidak menggunakan mentera atau jampi serapah.... takkan ustaz tu sesat kot...??? Contohnya org dtg jumpa saya minta rawatan..... saya fikir org tersebut perlu mandi bunga kerana khasiat bunga sesuai dgn penyakitnya.... tapi pesakit sebelum ni tak terfikirpun kaedah tersebut.... jadi dah pesakit minta saya merawat maka saya mandikan kaedah mandi bunga... tanpa sebarang mentera.... sekadar inginkan khasiat bunga.... apakah saya sesat???? Kalau itupun sesat.... mj perlu bertanggungjawab atas apa yg mj perkatakan... mj perlu bertanggungjawab dengan tuduhan mj tu. saya fikir,kalau mj ni seorang takut akan Allah sudah pasti tahu siapa sesat siapa tiada... jgn kerana seorg ustaz sesat... jadi semua yg dipanggil ustaz itu sesat asalkan dia memberi rawatan mandi bunga. itu tuduhan dan fitnah yang besar.

    ReplyDelete
  32. Kalau makan panadol tu jelaslah khasiatnya. Kalau minum air teh misai kucing, jelaslah khasiatnya. Kalau makan ubat periuk jelaslah khasiatnya.

    Mohammad Abdul Kadir Al Mandili menyatakan syirik sebagai mempersekutukan Allah dengan sesuatu makhluk ciptaanNya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal, azimat, pokok dan Quran. Seterusnya beliau menyatakan bahawa di antara punca-punca syirik ialah beribadah (menyembah) terhadap makhluk seperti :

    a. Meminta sesuatu kepada makhluk yang di luar bidang kuasanya. (Minta duit dari ayah tidak menyalahi).

    Meletakkan bunga sebagai perhiasan di rumah adalah dalam bidang kuasa bunga.
    Menanam bunga di keliling rumah sebagai perhiasa adalah juga bidang kuasa bunga.
    Cuba sdr akubodo senaraikan khasiat bunga dalam rawatan penyakit?

    Rawatan mandi bunga berasal dari orang hindu yang mempercayai aliran tenaga yang boleh berpindah dari bunga serta warna bunga dan ajaran ini memang selari dengan aura , chakra dan tenaga dalaman. Semuanya memang adek beradek. Sebagai orang Islam, mempercayai konsep tenaga sebagaimana diajarkan dalam ilmu aura chakra dan tenaga dalaman adalah merusak akidah.

    Mengikut kepercayaan penganut agama Hindu lagi, upacara mandi bunga juga bertujuan membuang segala nasib buruk dan memberi tuah baru kepada individu berkenaan. Mandi bunga dilakukan juga untuk menaikkan seri wajah agar lebih disayangi, menjadi perhatian, membuang penyakit, mendapat penghormatan, mendapatkan jodoh, serta menjalin hubungan lebih akrab antara suami isteri dan sebagainya. Kepercayaan seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan merusak akidah!!!!

    Katakan saya adalah pengamal perubatan tradisional. Orang datang berjumpa saya dan minta ladam kuda. Saya tidak menggunakan sebarang jampi mantera. Saya pun berusaha mendapatkan ladam kuda lama dari puak-puak kerabat sultan Johor dan dapatlah kira-kira 5 ladam kuda lama. Saya berikan satu kepada orang yang berhajat tersebut tanpa sebarang jampi mantera. Dalam kes ini saya dan orang yang berhajat ini telah sama-sama sesat kerana orang berhajat ini telah bertafaul dan saya pula bersubahat tafaul.
    Sdr memandikan bunga kepada orang yang bertafaul kepada bunga sebagai rawatan dah berat tu.

    Ramai orang mandi kemenyan. Kalau sdr memandikan dengan kemenyan orang yang berhajat, adakah ini dibolehkan walau pun sdr tidak melakukan sebarang jampi mantera??

    Satu analogi lagi saya berikan dimana ini banyak berlaku di Malaysia. Sdr pergi mengerjakan haji dan datang satu hamba Allah minta sdr belikan potongan kelambu kaabah. Memang potongan kelambu kaabah dijual di Mekah dengan harga R10. Majoriti orang Malaysia bertafaul dengan kelambu kaabah ini. Adakah sdr akan membelikannya. Membelikan kelambu kaabah ini bagai membelikan racun yang akan diminum oleh orang yang berhajat tersebut.

    Kerana saya takut akan Allah maka saya menasihatkan sdr jangan suka-suka melakukan sesuatu kerana orang minta. Jangan bersubahat bertafaul dengan memandikan bunga kepada orang yang berhajat nak mandi bunga.

    Wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  33. ternyata mandi bunga ada khasiatnya.... perbandingan dengan ladam kuda dan kelambu amat tdk sesuai..... takkan memandikan bunga kerana khasiatnya pun sesat...... berbeza sekali kaedah mandi bunga hindu dengan mandi bunga orang Islam..... mandi bunga itu satu ilmu rawatan yang sahih kerana khasiatnya..... untuk kesegaran...... ia bukanlah punya tujuan seperti amalan hindu. Kenapa mj kata mandi bunga di spa boleh??? adakah kerana namanya spa???? Adakah salah kalau seorang ustaz membuat mandi bunga sama sekali caranya dengan kaedah spa???

    ReplyDelete
  34. malam ni (28/8/07) saya dapat tahu geng-geng aura seri ni nak buat rawatan special bermula dari jam 9mlm hingga 12mlm sebab bulan penuh (hari ni kan gerhana bulan).... macam musykil je..... setahu saya dalam agama kita solat gerhana adalah....

    ReplyDelete
  35. Begitulah eyonie. Satu dosa dari perlakuan yang salah akan mengheret pelakunya kepada dosa perkara lain.

    Mudahnya begini, dosa dari merokok akan mengheret pelakunya melakukan pekerjaan yang lebih teruk iaitu hisap dadah pula.

    ReplyDelete
  36. Jauhi semua yang berkaitan dengan syirik

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum wbh emjayib

    Selamat datang ke Laman Emjay.

    Nak tanya, mengapa sdr emjayib gunakan gambar saya??

    Saya tak marah sdr gunakan nickname emjayib tetapi tukarlah gambar saya tu!!

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  38. Kalau mandi bunga di spa boleh... bagaimana pula kalau spa itu milik seorang Dr.,ustaz atau prof??? adakah tidak boleh kerana title pemiliknya???

    ReplyDelete
  39. ga perlu bersoal sama mj.... emosinya ga stabil.. usianya udah di akhir senja.

    ReplyDelete
  40. ustaz, bagaimana pula untuk mereka yang mggunakan gelang kristal?

    ReplyDelete
  41. Gelang kristal kebanyakannya dibeli kerana mengharapkan kesan pengobatannya sedangkan ini semua adalah penipuan. Pada minggu lepas saya terjumpa batu delima yang dijual dengan harga RM4000 yang menawarkan kesan yang sama sebagaimana gelang kristal ini.

    Menggunakan gelalang kristal ini samalah hukumnya dengan menggunakan batu delima ini sebagaimana di http://mahaspiritual.com/mustika_hajad_dunia.htm.

    Semuanya adalah dalam kategori tangkal yang menyesatkan.

    WaSSALAM WALLAHUAQLAM

    Emjay

    ReplyDelete
  42. saya nak tanya ..baru2 ni saya ade terdergar satu jenis silat yg dikatakan datang dari kelantan ..silat ini bernama silat rohani dimana utk menyertai penuntut diminta membawa pelbagai jenis pengeras seperti garam pisau dan sebagainya. kemudian mereka akan dibelasah oleh mereka (penuntut lama)didalam sebuah bilik dan ditoreh dgn benda2 tajam dimana penuntut baru tu diminta berzikir dan ayat lain yg kononya ayat allah..diminta yakin dan secara ajaibnya segala pukulan dgn kayu sepak terajang dan torehan tidak membawa apa2 kesan kpd penuntut baru(spt kebal) ..dan selepas itu mereka lulus..mereka adalah didakwa oleh tok guru meereka sbg pejuang allah dan harus yakin dgn amalan mereka dan kelak mereka akan dilindungi dan menyatakan ia bukan ilmu hitam dimana jika mereka mengamal ilmu hitam maka mereka akan lemah kepada benda2 seperti buloh atau tulang babi..dimana ada diantara mereka memukul belasah bangsa lain seperti india dan melayu yg rosak akhlak untuk menunjukkkan perjuangan mereka dan menegakkan perjuangan mereka..peserta tidak kira tua dan muda menyertai benda ini..dimana pengamalya akan mempunyai keberanian dan kekebalan luar biasa dan pantang disentuh!! jika silap sentuh, maut yg menyentuhnya(kononnya kate mereka)..saya disini ingin bertanya adakah persatuan ini benar mengikut landasan islam yg benar dan adakah perlu pengeras seperti beras, garam ,pisau dan sbg dan dipukul dahulu kononnya kena pukul diri sendiri dulu baru kita dpt kekebalan itu dan ahli yg lulus akan diberi salam pengenalan dgn sedikit torehan didada sbg tanda kekal...adakah ia adalah seperti persatuan silat sesat yg lain yg kononya mengamal ajaran islam tetapi syirik!! saya nak pendapat saudara dari segala segi dan pesatuan ini pun sedang mencari ahli baru..

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum wbh

    Jelasnya ialah persatuan silat ini adalah adek beradek kembar silat Nasrul Haq yang popular di setiap Masjid di Malaysia pada 1970an. Tersangat banyak silat yang mirip silat dari Kelantan dan di Skudai ini pun ada silat Inderasakti yang mampu mengeluarkan pelbagai kuasa pelik.

    Sesungguhnya silat ini dan segala yang sepertinya adalah sesat dan menyesatkan dan menjerumuskan ke neraka kerana amalan syiriknya.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  44. Assalammualaikum..
    Menarik topik yang di perbincangkan. Hujah banyak guna hujah akal. Kalau tuan betul-betul seorang ustaz, berilah sekali dalil yang di ambil melalui nas-nas al-quran. Baru nampak kukuh. Takutnya nanti orang-orang yang masuk website nie bukan berpegang pada nas al-quran tapi pendapat tuan. Apa yang tuan katakan semua tu betul, tapi kukuhkan sekali dengan nas. baru nampak cantik. dan baru juga boleh dipanggil ustaz.

    ReplyDelete
  45. Saya bimbang sebab dengan keadaan zaman sekarang nie begitu ramai orang yang terlalu terikut-ikut dengan pandangan orang lain. Kalau mana-mana chatters kat atas nie betul-betul ada ilmu agama dan mengamalkannya, tidaklah mudah tertipu dengan produk aura serilah, ilmu batin yang ntah apa2. Saya syorkan anda semua belajar balik bab-bab asas dalam islam terutamanya tentang akidah. saya tidaklah menolak pendapat emjay tapi kita kalau nak berpegang pada sesuatu ilmu terutamnya tentang ilmu agama kenalah belajar dengan gurunya. Kalau tanya budak darjah emapt atau lima yang bersekolah agama pun mereka tahu dan boleh terangkan tentang nas-nas. Inikan pula kita yang dah tua-tua ni. Bawak-bwaklah dok pi masjid atau cari guru agama. Nak cari guru agama pun jangan cari guru agama Duniawi (Ustaz & Ustazah UMNO). Pentingkan duit daripada ilmu yang diajar. Walaupun saya pernah mengajar di sekolah agama selama 2 tahun, saya tetap rujuk ilmu-ilmu saya terlebih dahulu pada ustaz yang berpengalaman. Tengok balik kitab dan rujuk balik Al-quran dan Hadith Rasullullah. Itu je saya nak cakap. Ingat...akhir zaman nie akan terbit pelbagai golongan. Semak-semak la balik iman kita ni. Bukan hanya ta'sub pada benda dah boleh jadi syirik, ta'sub pada ideologi dan manusia itu sendiri boleh jadi syirik. Wassalam.(untuk pengetahuan saya asal JB jugak)

    ReplyDelete
  46. Assalammualaikum ustaz..Soalan saya adakan syirik jika seseorang yg mempunyaideria ke-6(six sense) jika di menolong org dgn cara nasihat agar mengelak dari perkara yg buruk.

    ReplyDelete
  47. Waalaikumussalam curiousal

    Buatlah mana yang mampu

    Emjay

    ReplyDelete
  48. sorry ustaz saya salah type le..Adakah syirik org yg Allah bagi deria ke-6 @ ilham dan dia membantu saudara Islam??..boleh tak ustaz beritahu dgn lebih jelas..

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum wbh

    Saya memang menjangkakan bahawa jawapan awal saya di atas tidak memenuhi kehendak sdr curiousal. Itulah sebabnya saya pun menjawap ringkas sahaja kerana sebenarnya soalan sdr adalah soalan kategori heavyweight. Heavyweight kerana persoalan ini kelak mengundang pelbagai persoalan balas. Namun setelah memikirkannya, sampai bila saya terus mendiamkan diri dari mengupas persoalan ini.

    Saya pernah satu ketika dahulu seorang pelajar saya (bukan pelajar di kuliah tetapiyang belajar agama secara serius) menyoal saya bagaimana saya mengetahui segala permasalahan keluarganya. Sebenarnya saya memang tidak mengetahui langsung tentang deria ke enam dan apa yang saya katakan yang berkaitan masalah keluarga si polan ini adalah atas dasar pengalaman dan juga atas rahmat Allah. Terus terang saya katakan saya tidak mempunyai sebarang deria ke enam. Yang baik adalah dari kurniaan Allah dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri.

    Arwah guru saya banyak seolah-olah mengetahui apa yang akan berlaku kepada saya namun ini adalah kerana rahmat Allah SWT mungkin disampaikan melalui mimpi dsbnya kerana maklumlah arwah guru ini sangat kerap solat malam 11 rakaat. Arwah guru saya juga menafikan mempunyai deria ke enam.

    Deria ke enam yang saya fahami adalah kemampuan menilik/mengetahui perkara yang akan datang seperti tarikh mati, akan berlaku kemalangan dsbnya. Melalui pengalaman saya, mereka yang mempunyai kelebihan seperti ini selalunya memperolehinya melalui saka atau kerana mempelajari ilmu yang bertentangan dengan Islam. Guru tarekat juga mempunyai deria ke enam yang mereka panggil karomah sedangkan bagi pandangan saya ini adalah kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan Islam.

    Deria keenam ini akan hilang dengan sendiri apabila orang tersebut mengamalkan ajaran Islam sebagaimana sepatutnya terutama sekali penjagaan akidahnya.

    Deria keenam ini ada yang diterima melalui mimpi dan kebanyakan jenis iniadalah jenis saka iaitu ilmu yang diwarisi dari keturunan emak bapa atau nenek moyang. Deria ke enam boleh juga diperolehi melalui ilmu perbomohan. Dengan mengamalkan ilmu perbomohan tertentu melalui ritual khas seperti pati geni dsbnya, pelbagai ilmu pelik dan luar biasa (kononnya) deria ke enam boleh diperolehi.

    Maaf kepada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini dan itulah sebabnya dari awal saya tidak gemar mengulas tajuk ini. Ingatlah bahawa Nabi Muhamad SAW yang begitu istimewa di sisi Allah tidak mempunyai deria ke enam.

    Sekian wallahuaqlam wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  50. Asmk ! Ustaz, saya ingin bertanya tentang rawatan alternatif berasaskan getaran tenaga daripada batu kristal, bagaimana hukumnya dalam agama Islam, termia kasih.

    ReplyDelete
  51. Bab yang ini bagi saya amat jelas sekali haram dan syirik!!!!!

    Emjay

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum saudara saudara semua,
    janganlah kita bergaduh
    ilmu Allah sangat luas.
    Manusia adalah makhluk yg lebih mulia sudah pastilah ada kelebihannya.
    Kebolehan tenaga dalam, aura, minda etc bukti kehebatan Allah yg menciptakan manusia juga bukti kesempurnaanNya.
    Kesemua kebolehan Tenaga dalam, aura, minda etc adalah melalui latihan cth: pernafasan etc tanpa meminta tolong kepada yg lain.

    Selagi kita tidak menyekutukan Allah kenapa tidak boleh. bukankah menunggang kuda juga sesuatu yg dilatih. memanah juga bukan semua boleh memanah dgn tepat. Malah tak ramai yg tahu berenang

    ReplyDelete
  53. satu petika sekiranya salah tolong editkan: "Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembusi (menjangkau) keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah menembusi keluar. Kamu tidak akan menembusi keluar melainkan dengan satu kekuasaan”.

    apakah kita menerokai langit/angkasa satu perkara yg baik.

    kenapa "Kamu tidak akan menembusi keluar melainkan dengan satu kekuasaan”. apakah kekuasaan/kekuatan yg dimaksudkan itu ilmu sains.

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum saudara saudara semua,
    izinkan saya berceloteh sekadarnya meluahkan pendapat bukan mencari gaduh.

    ada sesiapa buleh ulas sama ada frekuensi radio/tv itu menggunakan perantaraan jin.

    atau, Maxis, Celcom etc menggunakan jin. Masakan tidak, duduk berbatu-batu pun boleh dengar di telinga. Boleh nampak dimata. Dulu-dulu mana ada.

    Satu lagi. omputih yg cipta (dengan izin Allah). Frequency, wave, handset, laptop semuanya istilah orangputih. peranti-peranti komputer, handset dipelopori oleh orang kafir. Persoalannya: haramkah kita menggunakan ilmu orangkafir, haramkah kita menggunakan applikasi gelombang yg ditemui.

    Kena kaji nie. sebab kalau betul, malanglah sesiapa yang melanggani Maxis, Celcom ni seolah2 menggunakan khodam atau jin atau ilmu orang kafir. Hidup manusia sekarang banyak menggunakan kepada gelombang-gelombang tersbut. Kalau pernah dengar "bluetooth, wifi etc semuanya tu guna gelombang yg tak nampak dimata.

    senang citer, kita tolak semua benda-benda ni. takyah pakai handset, komputer. dan takyah taip lagi kat sini


    sama macam aura dan tenaga dalam, ianya memang wujud. cuma dalam mempelajarinya kita harus berhati-hati kerana boleh menjerumuskan kita kepada rosak akidah

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum..
    hangat juga forumkat sini upenyer...
    sy akui saya org yg naif lagi kurang ilmu yg masih mentah dan belajar..
    diskusi seperti ini sebenarnya boleh mengakibatkan kesilapan pemikiran bagi insan2 seperti sy..namun sy tidak pernah mengambil penilaian dr satu tempat sj..itu trend sy..
    alhamdulillah untuk pengetahuan masih boleh menilai penulisan yg berbau pengajaran dan berbau irihati atau fitnah..
    manusia kini semakin terancam dengan sekeliling kita yg semakin berubah dr segi pemakanan dan juga kehidupan ..
    ada yg semakin memberi kebaikan dan ada yg memberi kesan dalamn..untuk itu kita perlu menangani perubahan sekeliling dengan berusaha mencari penawar dan juga pendinding (dengn cr yg diredhai allah s.w.t) Dengn itu sy tidak rasa berusaha mengahdapi dunia dgn cr moden dan teknologi terkini ini dilarang allah kesemuanya selagi ianya tidak melanggar hukum2 allah dan menyesatkan...Kita dikurniakan akal dan fikiran serta ilmu yg dipelajari untuk manilai sesuatu yg kita lakukan .Menilai kerja org lain dan usaha org bukan sst yg baik..betul dimata kita tidak semestinya benar disisi allah dan juga sebaliknya..
    Jadi dengn itu sy berpendapat kita harus muhasabah diri kita sebel;um menialai pewrkara sekeliling kita..dan seperkara lagi"sekiranya ilmu yg kita ada digunakan untuk kebaikan rasanya tak salah dikomersialkan,selagi ianya masih dengan NIAT membantu sesama insan dan ini juga merupakan sumber rezeki yg halal insyaallah"
    Seperti juga seorang cikgu....di bayar untuk mencurahkan ILMU...
    dan tidak pernah dikatakan pekerjaan cikgu itu HARAm,malah lagi mulia disisi agama ...

    ReplyDelete
  56. saya gune aura,terapi dan chakra dari umur 12 tahun
    takde masalh sampai skang
    tak penah lari dari rumah..
    tak penah mengamuk tak tentu hala.
    malah sejak belajar kontrol aura,chakra dan tenaga dalam/tenaga batin
    saya lebih mudah mengawal kemarahan saya dan kemarahan orang..
    Boleh ustaz terangkan??

    ReplyDelete
  57. Apabila Allah menyayangi umatnya, diberikanNya musibah sebagai ujian. Artikel ini menjelaskan orang yang cepat diberikan musibah / ujian semoga cepat bertaubat.

    Begitu juga apabila orang nasihat jangan berzina nanti dapat musibah seperti kena AIDS dsbnya. Tetapi ada juga orang yang berzina sekian tahun tetapi tak kena apa-apa pun. Perancangan Allah hanya Allah yang mengetahuinya.

    Begitu juga dengan taukeh judi di Genting Highland tu. Orang nasihat agar jangan berjudi nanti papa tetapi taukeh judi ini terus kaya. Adakah kita hendak mengatakan bahawa berjudi itu baik?? Saudara rapat saya jadi taukeh judi sekejap (kira-kira 1 tahun) kaya teramat sangat tetapi selepas itu habis jatuh miskin sehingga tanahnya banyak terjual dsbnya.

    Seorang pensyarah yang menjadi anak murid saya yang baik sekali telah mengamalkan konsep tenaga dalaman semenjak diajarkan kepadanya di tingkatan 5 oleh pihak sekolahnya dahulu dapat juga masuk universiti jadi pensyarah dan sudah dapat sarjana. Nampak dari luar macam OK saja. Tetapi apabila sudah belajar agama, amalan ilmu tenaga dalaman ini sudah dibuang dan pelbagai rahmat kini dikecapi oleh pensyarah ini. Kini hidup pensyarah ini lebih bermakna jauh lebih baik daripada dahulu dan beliau amat menyesali cara kehidupan lampau yang dilalui.

    Allah adalah teramat sabar. Cara Allah SWT mendidik manusia agar menjadi umat Islam yang beriman adalah berbagai-bagai cara. Allah sahajalah yang mengetahuinya.

    tristripes melakukan kezaliman semenjak 12 tahun adalah secara jahil kerana tidak diajarkan dan mungkin ayah ibu pun menggalakkannya. Namun sekarang, sdr bukan lagi jahil dan sudah diberitahu bahawa mengamalkan aura chakra adalah sesat. Jadi sdr perlu bersedia dengan musibah / ujian dari Allah selepas ini sekiranya sdr masih ingin meneruskan amalan aura chakra ini. Begitulah juga Firaun, sekian lama mengerjakan kezaliman, Allah tidak terus mengazabnya melainkan mengirimkan Nabi Musa untuk mengajarkannya ilmu. Selepas diajarkan ilmu namun masih degil, disitulah azab berat dari Allah menantinya.

    Semoga tristripes diberikan Allah SWT ilmu yang baik dan diredhai Allah SWT sehingga mampu masuk syurga Allah

    Emjay

    ReplyDelete
  58. Assalamu'alaikum w.b.r! Terima kasih pada Ustaz yang berusaha mewujudkan laman sehebat ini, salah satu saluran ilmu yang bermanfaat buat pengujung.. By the way, saya ada nak tanya beberapa soalan pada Ustaz.
    1) Apa pendapat Ustaz tentang kaedah rawatan Pinggan Putih oleh Pusat Perubatan Islam xxx...?
    2) Apa pendapat Ustaz tentang penggunaan herba sebagai rawatan dalaman dan luaran, misalnya diminum dan disapukan..?
    3) Bagaimana pula dengan hukum berjual beli mengikut harga sukahati atau suka sama suka..?
    Sebagai contoh, sejenis produk asalnya diperolehi pada harga RM36, kemudian diambilkira kos2 lain seperti pengangkutan (nak pergi ambil nun jauh di Thailand), pos, hadiah percuma dan terutama sekali produk itu sukar didapati (jarang ada atau tidak dapat dipasarkan secara meluas kerana stok terhad) tambahan setelah cukup ramuan2 herbanya barulah kesannya menjadi, dan lagi ianya buatan tangan dan tidak dikilangkan, halal suci lagi bersih (berdasarkan bahan2 dan kaedah pembikinannya yang semulajadi); sekiranya harga yang dipersetujui adalah RM150 ; apakah menurut hukum pada pandangan Ustaz? terima kasih..

    ReplyDelete
  59. Waalaikumussalam wbh

    1. Tentang rawatan pinggan putih menikut pandangan saya adalah syirik.

    2. Allah menjadikan ubat bagi setiap penyakit semenjak zaman dahulu melainkan tua dan mati. Dari zaman dahulu iaitu zaman nabi sehingga beberapa ratus tahun dahulu, kebanyakan ubat adalah dalam bentuk benda-benda yang terdapat disekeliling manusia seperti herba, susu, madu, pelbagai rempah, air kencing unta mengandung dsbnya. Memanglah Allah menyuruh kita berusaha mencari ubat dan perubatan menggunakan benda-benda ini adalah diharuskan.

    3. Hadiah percuma tidak boleh dimasukkan dalam perkiraan kos kerana sebenarnya hadiah percuma dewasa kini adalah seolah-olah barang yang dipaksa pembeli membelinya.

    Katakanlah:
    Kos harga barang = RM36
    kos agen dan pengangkutan setiap barang = RM7
    Kos pengurusan = RM5
    Kos pemasaran = RM5
    JUMLAH KOS = RM53

    Dengan itu barang ini hendaklah dijual tidak melebihi 2 kali ganda iaitu RM106 dan RM106 adalah harga paling mahal untuk dijual.

    Perkiraan yang saya tunjukkan di atas adalah sebagai contoh dan bukan perkiraan sebenar. Terpulanglah kepada pihak sdr untuk membuat perkiraan sebenarnya.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  60. Terima kasih Ustaz, pantasnya tindakbalas seorang wira Islam.. Maafkan saya ada sedikit lagi soalan untuk sehari dua ini iaitu..
    1) Apa pendapat Ustaz tentang spa Batu Permata Berwarna-warni (org putih kata Crystal Healing lebih kurang mcm tu lah)/Batu Gunung/Batu Sungai sekadar suka2 untuk menyejukkan badan tanpa mengaitkan sebarang unsur pelik2, maklumlah sambil baring sambil spa, kalau kena gaya batu2 tu rasa sejuk macam air-cond, saja seronok2.
    2) Bagaimana pula terapi magnet dlm bentuk cincin misalnya untuk tujuan 'slim' kononnya..
    3) Ada pula sikat digunakan untuk terapi barah payudara, seperti menyisirkannya menghala keluar untuk mengeluarkan debu2 tak kelihatan supaya kawasan yang dimaksudkan boleh ber'nafas' dan tak tersumbat.

    Sekarang kan 'macam-macam ada..' Anyway, saya sangat berpuashati dengan jawapan Ustaz, memang power!

    Saya belajar macam2 sekadar nak ambil tahu saja, tapi jawapan2 dari Ustaz memang mengkagumkan, memang Master betul..!

    ReplyDelete
  61. Terima kasih Ustaz, pantasnya tindakbalas seorang wira Islam.. Maafkan saya ada sedikit lagi soalan untuk sehari dua ini iaitu..
    1) Apa pendapat Ustaz tentang spa Batu Permata Berwarna-warni (org putih kata Crystal Healing lebih kurang mcm tu lah)/Batu Gunung/Batu Sungai sekadar suka2 untuk menyejukkan badan tanpa mengaitkan sebarang unsur pelik2, maklumlah sambil baring sambil spa, kalau kena gaya batu2 tu rasa sejuk macam air-cond, saja seronok2.
    2) Bagaimana pula terapi magnet dlm bentuk cincin misalnya untuk tujuan 'slim' kononnya..
    3) Ada pula sikat digunakan untuk terapi barah payudara, seperti menyisirkannya menghala keluar untuk mengeluarkan debu2 tak kelihatan supaya kawasan yang dimaksudkan boleh ber'nafas' dan tak tersumbat.

    Sekarang kan 'macam-macam ada..' Anyway, saya sangat berpuashati dengan jawapan Ustaz, memang power!

    Saya belajar macam2 sekadar nak ambil tahu saja, tapi jawapan2 dari Ustaz memang mengkagumkan, memang Master betul..!

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum wbh

    1. Segala yang berkaitan dengan konsep crystal healing adalah sesat dan sila rujuk artikel saya terbaru bertajuk Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet - Satu evolusi di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/230/Dari_tangkal_ke_kayu_kokka_hingga_ke_gelang_magnet._Satu_evolusi.

    Kalau ada healing menggunakan konsep warna seperti menggunakan batu pelbagai warna, ini adalah antara buah tangan ajaran sesat dari Sir Pro fNor Hisham CVT, elakkanlah.

    Kalau saya buat spa sendiri di rumah dan bubuh batu sungai kerana suka sejuk, tiada masalah insya-Allah.

    2. Terapi magnet dalam bentuk cincin atau dalam bentuk gelang, ia adalah sesat dan rujuklah artikel yang sama iaitu artikel Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet - Satu evolusi di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/230/Dari_tangkal_ke_kayu_kokka_hingga_ke_gelang_magnet._Satu_evolusi.

    3. Maklumat tentang sikat ini tidak mencukupi untuk saya membuat analisa. Mungkin saya memerlukan penjelasan lebih mendalam. Namun dari segi gaya penggunaan sikat ini boleh menyisir rambut untuk membuang penyakit barah, ia macam cerita sakti dari kitab 1001 malam. Selalunya kalau benda sakti, ia adalah benda menyesatkan.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  63. kenapa hanya nama prof. nor hisyam sahaja yg disebut-sebut sedangkan ramai lagi manusia di dunia ini yg lagi teruk memfitnah org? kalau apa yang dikatakan betul kenapa tidak letakkan surah atau nas2 untuk menguatkan lagi kenyataan..dan sekiranya orang itu melakukan kesalahan dan en.emjay sahaja yang betul, kenapa pula perlu dikaburkan gambar en.emjay dan kenapa pula hanya memakai nama samaran? bukankah elok kalau menggunakan nama yang sebenar dan lagi indah maksudnya di dalam islam?

    ReplyDelete
  64. TOLONGLA SEDARA EMJAY.
    Awak tu dah la memfitnah org...pastu pandai2 je letak hukum haram.
    cuba bgtau skit bile masa yg kau pegi wat musyawarah dgn ulama' kat malaysia ni.
    tolongla...dahla fitnah org...

    bagi la judgement yg berasas skit.nak main cakap je...sedap mulut.
    adeke pakai kristal pun syirik.bunyinya macam awak yang x betul la en emjay...

    SATU LAGI.
    awak perlu BERJUMPA DGN INDIVIDU YANG AWAK SEBUTKAN MEMBAWA SYIRIK TU.
    suka ati je ckp aura seri bawa bala.
    nampak sgt awak sendiri yang x percaya dgn qada' dan qadar ALLAH.
    PERCERAIAN BUKAN DTG DRPD BARANG...ia adalah takdir dan ketentuan yg ALLAH tetapkan mungkin kerana kesilapan suami atau isteri itu sendri.

    ENCIK EMJAY..
    AWAK DAH BERDOSA KERANA MEMFITNAH ORG.
    KALAU SEMAYANG CUKUP, BUAT2 PAKAI KOPIAH PUTIH, BELAJAR AGAMA, TAPI KALAU ORG X MAAFKAN,KE NERAKA JUGAK LAH AWAK..

    ReplyDelete
  65. Saya menjelaskan kesesatan produk Aura Seri dan lilin terapi berdasarkan ilmu dan telah saya hujahkan sebagaimana di atas.

    Sdr didibee menghujah "AWAK DAH BERDOSA KERANA MEMFITNAH ORG." apa hujahnya??

    Mungkin sebagaimana kata-kata didibee "bagi la judgement yg berasas skit.nak main cakap je...sedap mulut.", saya pulangkan kat-kata sdr ini kepada sdr.

    Sdr kalau redha dan menyokong produk Aura Seri ini maka sdr adalah dua kali lima sesat dengan Prof Dr Ibrahim ini.

    Sekiranya sdr redha dan menyokong konsep kristal healing maka menurut saya sdr sesat macam orang Cina kafir yang ramai mempercayai konsep sesat ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  66. saudara emjayjb
    saya baru menggunakan produk aura seri dan saya bukan seorang islam.
    adakah saya juga akan ditimpa malapetaka spt yang disebutkan di atas?
    terima kasih

    ReplyDelete
  67. salam..

    ustaz setahu saya r..Mengikut Mazhab saya dan sewaktunya..Hukum sesat bukan ke kene bincang ramai2.Sebab yang tu cikgu sy form5 bagitau. takut berlaku fitnah.Contohnya 100 orang pukul 1 orang mane lebih kuat atau 1 pukul 10orang.Yang cikgu saya kiaskan..Saya meminta pendapat ustaz.

    ReplyDelete
  68. assalamuaalaikum..emjayb betul ke berdosa besar menggunakan aura seri??sy dah 2 botol guna kononnya untuk menaikan seri supaya cepat jodoh tp bala yg menimpa sy apabila sy berjumpa lelaki yg hampir memusnahkan hidup sy

    ReplyDelete
  69. Waalaikumussalam wbh

    Itulah apabila kita melakukan sesuatu yang diredhai Alah, insya-Allah kita diberikan rahmatnya.

    Apabila kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, insya-Allah azab yang diperolehi.

    Apabila anda menggunakan barang haprak (aura seri) untuk mencari jodoh, maka yang layak datang menemui sdr adalah lelaki haprak.

    Alhamdulillah sdr cepat sedar. Bertaubatlah dan sekiranya ingin mendapatkan no tel saya, emaillah saya di kangmasjb@hotmail.com

    Memancing kalau umpan cacing insya-Allah dapat ikan tetapi kalau memancing guna umpan bangkai ayam, insya-Allah dapat BUAYA.

    EMjay

    ReplyDelete
  70. akum ustaz..saya hanya beri pendapat..rasulullah s.a.w yang kita sayangi memang tiada deria ke enam tetapi allah beri dia kelebihan boleh berhubung direct ngan allah..xpayah lah guna deria ke enam..

    ReplyDelete
  71. akum ustaz...apakh salah kita beramal dijalan allah melalui tareqat atau jalan yang masih kekal mengikut ajaran rasul dan juga masih menegakan syariatnya dan masih memperakui bahawa allah itu yang berkuasa diatas segalanya..sebagai manusia kita ada hak ke mengatakan yang setiap ajaran itu salah?ilmu itu milik allah..kita bukan mahu menjadi seperti nabi dan rasul,tetapi melakukan amaln yang rasul dan nabi..jadi adakah itu dinamakan islam yang baru?

    ReplyDelete
  72. kehidupan manusia selalu mengatakan dirinya yang melakukan segalanya,tapi kita manusia yang hina harus sedar bahawa tiada lain yang berkuasa selain dia,.ALLAH sahaja yang memberi kuasa kepada kehidupan,kita tak mampu..gunakan syariat sebagai pakaian,alquran dan hadis panduan kita,allah hala tuju kita,muhammad rasulullah pemimpin kita,dan dunia ini adalah jalan kita untuk mengenali allah melelui kejadianya yang nyata,,rasullullah pernah berkata"bagaimana dia melihamerasakan allah itu ada?apakah jawapan muhammad s.a.w..ustaz pun tahu jawapanya,,

    ReplyDelete
  73. terlalu banyak tareqat dan jalan untuk mendapat keredhaan allah,bukan beramal menyamai kehebatan rasul,tetapi beramal untuk mencapai keredhaan allah,kerana kita sentiasa melakukan dosa,wpun banyak ajaran yang memperakui dirinya utusan,dirinya rasul,tetapi masih ada yang berada dijaln kebenaran allah,bagi saya islam bukan diatas jalan atau tareqat,islam bkan pada nama,islam itu solat,,selagi hamba itu solat slagi itulah islam nya terjaga,

    ReplyDelete
  74. berapa ramaikah hamba yang merindui,menyayangi,mengasihi allah dan para rasul,,berapa ramaikah hamba yang tunduk setunduknya pada allah"?sedangkn allah itu jelas dihadapan mata para hambanya..oklah ustaz...nanti saya nk berbincang tentang zat dan sifat plak ngan ust..kitas bincang len,,agar kita berada dijalan allah,,begitu juga semua sahabat yang lain,kita sama2 membersihkan diri kita dari dosa,,begitu jg saya..inshallah..amin

    ReplyDelete
  75. assalamualaikum wbt. jgn sewenang2 menyesat dan mensyirikkan orang lain. dengan setitis ilmu yang kita ada apakah kita telah faham semua perkara? apakah ustaz percaya ada kuasa lain selain kuasa ALLAH TAALA? macamana ustaz boleh kata aura seri dan aromaterapi telah memporak perandakan keluarga org? bermakna ustaz percaya aura seri dan aromaterapi mempunyai kuasa? yakin lah ustaz hanya ada satu kuasa aje, itulah kuasa ALLAH TAALA. kalau kita percaya ada kuasa lain yg boleh memudharatkan kita maka kita yg telah melakukan syirik. kita boleh gunakan apa saja asalkan suci dan halal dan yg penting kita kena tahu bahawa kuasa mutlak hanya milik ALLAH TAALA. KITA KENA TAHU MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA KALAU TIDAK SEMUANYA AKAN JADI SALAH

    ReplyDelete
  76. Tangkal dan azimat sebagaimana di http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu pun mana ada kuasa. Namun kalau nak juga merasa akibat menyimpannya, silakanlah. Lepas ini boleh jumpa pelbagai dukun lalu mintalah pelbagai tangkal azimat. Lepas tu tengok apa jadi kepada sdr.

    Aura seri pun mana ada kuasa tetapi kalau nak merasa akibat mengamalkan menggunakan aura seri, silakanlah. Kelak apabila sudah lihat akibatnya boleh beritahu kami semua di Laman Emjay.

    Selamat mencuba

    Emjay

    ReplyDelete
  77. kata2 tuan di atas masih menunjukkan tuan terlalu yakin bahawa aura seri mempunyai kuasa untuk memberi natijah buruk kepada pemakainya

    ReplyDelete
  78. sdr yaya1327, kalau bahasa seperti ini pun susah faham, macam mana nak faham dan reti soal akidah? Bacalah sekali lagi reply saya di atas!

    Tangkal, azimat dan aura seri mana ada kuasa. Namun penggunaan tangkal, azimat dan aura merosakkan akidah. Akibatnya menyebabkan pelakunya berdosa. Apabila berdosa, tunggulah balasan musibah dari Allah sesuai dengan Al Quran surah Asy Syura: 30 di bawah.
    "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."

    Emjay

    ReplyDelete
  79. "Kalau kau nak masuk neraka bersama Prof Dr Ibrahim, Prof Dr Norhisham dan rakan2, silakanlah, besok di neraka boleh pakat ajar ilmu tenaga dalaman macam mana untuk keluar dari neraka."
    (komen yang ke 7 dari atas sekali)

    ai, ustaz. laju label orang masuk neraka ustaz. tak sedap la macam tu. orang baca pun pikir ape pulak ustaz.

    minta maaf banyak2 kalau saya pulak yang salah ustaz.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  80. ... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
    (al-Baqarah: 216)

    ReplyDelete
  81. Dalam Al Quran, Allah mengajak kaum berakal untuk memikirkan hal-hal yang biasa diabaikan orang lain, atau yang biasa dikatakan sebagai hasil “evolusi”, “kebetulan”, atau “keajaiban alam” belaka.

    Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti-nya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tiada-lah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali 'Imran, 3: 191)

    ReplyDelete
  82. assalamualaikum...
    ye le awertvdfv .. saya baca statement tu pun naik pelik bila dgr .. senang2 je nak label org masuk neraka atau syurga.. setau saya masuk syurga atau neraka tu Allah Yang Maha Esa je tentukan .. sekiranya ustaz rasa aura seri atau yg seumpama dgn nya adalah bertentangan dgn agama , ustaz nasihat dan bagitau je lah .. tapi tak yah lah terus label org tu masuk neraka .. biar benar ustaz ni .. sahabat2 nabi pun tak penah label org ahli neraka atau syurga ..
    nak berdakwah rasanya lbh elok guna pendekatan yg lembut .. rasulullah pun berdakwah dgn lembut .. takde le sampai nak doakan org masuk neraka pulak ..
    minta maaf le kalau pendapat saya yg banyak kekurangan ni salah di mata ustaz ...

    ReplyDelete
  83. saya sekadar nak berkongsi cerita, saya masih cetek dalam ilmu agama ni dan saya juga masih sedang menilai pihak mana yang patut saya sokong. Saya juga adalah salah seorang pengguna aura seri. Apa yang memusykilkan saya bukan isi kandungannya tetapi pada niat yang diajar sewaktu saya membelinya. Penjual tersebut mengajar saya untuk salawat 3 kali, kemudian niat apa yang kita mahukan. Contohnya : nak cantik 3 x atau minta murah rezeki 3 x sambil menyapu ke muka. setelah difikir kembali, bukan ke sepatutnya kita doa dan minta pada Tuhan?

    ReplyDelete
  84. Semoga Allah memberikan taufik hidayahNya kepada sdr tanyaje

    Jauhkanlah produk aura seri dan segala yang sewaktu dengannya.

    Emjay

    ReplyDelete
  85. alhmadulillah, saya menemui website ini sebelum saya bercadang untuk menggunakan aura seri. pada awalnya saya mencari di google stokis terdekat untuk mendapatkan aura seri. tup2 saya nampak hukum Allah bago pengguan Aura Seri. Saya begitu tertarik kerana terfikkir adakah salah menggunakan aura seri???

    Namun selepas membaca artikel dan komen2 dari pembaca, adalah baik sekiranya saya tidak mencubanya kerana saya bimbang sekiranya penggunaannya adalah salah disisi Allah. Sesungguhnya Allah telah tunjukkan bahawa Aura Seri itu salah dengan timbulnya niat sya untuk masuk ke laman web ini.

    Sekian,

    Semoga emjayjb terus meyampaikan dakwah melalui website ini

    semoga Emjayjb terus menyampaikan apa yang benar.

    ReplyDelete
  86. Semoga Allah mematikan sdr gadispujangga dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  87. Maaf, saya orang baru dalam ruangan ini..pada mulanya saya amat gembira menemui laman ini..kerna saya pasti akan perolehi sesuatu yg brgkali saya sndiri tidak tahu..tapi bila saya baca tiap soaljawap anda semua..saya menjdai binggung..timbul persoalan saya, untuk apa ruangan ini?..adakah hanya utk menghabiskan masa..atau saja2 bual kosong..topik menarik tapi cara penyampaian sekalian semua seperti tidak pro..boleh tidak setiap fakta dan pendapat disampaikan dengan cara penyampaian dan menyedapkan pembaca membacanya..saya sedih..kerna niat tidak kesampaian dimana ingin mendapatkan ilmu sebaliknya kosong dan binggung..jika sekalian ikhlas tampillah dengan seiklhas2nya demi kerana Allah dan utk mendapatkan keredhaannya..Wasalam

    ReplyDelete
  88. Assalamualaikum wbh

    Sebagai seorang hamba dikalangan hamba hamba yang juga dhaif, sewajarnya jangan kita suka suka menghukum manusia lain kerana tugas menghukum hakiki adalah milik Yang Maha Esa bukan kita. Jadi sewajarnya kita tidak cuba untuk menjadi tuhan nombor 2 menghukum yang lain.

    Zafaron

    ReplyDelete
  89. Sdr zafaron.

    Esok bila anak atau isteri anda jumpa bomoh, jangan marah, anda mana boleh menghukum, biar Allah saja yang menghukum!!!

    Esok bila anak atau isteri anda berzina, jangan marah, anda mana boleh menghukum, biar Allah saja yang menghukum!!!

    Esok bila anak atau isteri anda pakai tangkal, jangan marah, anda mana boleh menghukum, biar Allah saja yang menghukum!!!

    Esok bila anak atau isteri anda mengamalkan mantera bukan-bukan, jangan marah, anda mana boleh menghukum, biar Allah saja yang menghukum!!!

    Esok bila anak atau isteri anda mengamalkan amalan yang di ajarkan oleh Prof Dr Ibrahim / Prof Nor hisam, jangan marah, anda mana boleh menghukum, biar Allah saja yang menghukum!!! Dan anda boleh sediakan duit yang lebih banak untuk anak dan isteri anda membeli belah pelbagai produk Prof Dr Ibrahim / Prof Nor hisam.

    Zafaron, jangan jadi bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh di ikut.

    Tulisan sdr diatas hanya layak ditulis oleh pengikut-pengikut iblis sahaja!!!

    Emjay


    ReplyDelete
  90. Salam

    Sdra Emjay nampaknya marah sampai membodohkan orang lain. Ataupun adakah Emjay merupakan salah seorang ustaz yang tidak dapat dipercayai itu sepertimana Sdra Emjay sendiri tulis? Seperkara lagi, orang baik tidak menjahatkan orang lain..tambahan pula mendudukan seseorang setaraf dengan musuh, walhal tidak pula nyata kedudukan bagi diri saya seperti yang Sdra Emjay hukumkan itu! Penerangan Sdra Emjay pada sebahagian persoalan oleh saudara saudara lain yang bertanya jelas dan boleh diterima seperti ilmiahnya islam. Tetapi sebahagiannya pada keyakinan saya, Sdra Emjay perlu banyak lagi mendalami ilmiah dan praktikal disamping belajar dari pengalaman-pengalaman orang orang alim, bukan alim alim kucing!

    Sdra Emjay juga menidakkan jalan Tariqat. Bukankah Tok Kenali juga pengamal Tariqat!

    Zafaron

    ReplyDelete
  91. Hanya orang yang terlebih "bijak" mengatakan tariqat adalah sebahagian dari Islam yang dibawa dan diajar oleh Nabi Muhamad SAW!!!

    Hanya orang tidak "reti bahasa" mengatakan saya membodohkan zafaronistanbul sedangkan saya sekadar menasihati zafaronistanbul agar jangan jadi bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh di ikut.

    Tulisan saya sama ada lembut atau keras sekadar nak menyedarkan zafaronistanbul tentang kefahamannya "jangan kita suka suka menghukum manusia lain kerana tugas menghukum hakiki adalah milik Yang Maha Esa bukan kita. Jadi sewajarnya kita tidak cuba untuk menjadi tuhan nombor 2 menghukum yang lain.".

    Kita sebagai manusia perlu menghukum contohnya:

    Orang berzina belum berkahwin kena 100 kali rotan.
    Orang minum arak kena 80 kali rotan
    Orang yang mencuri tanpa alasan kena potong tangan.
    Orang yang memakai tangkal azimat menyebabkannya jatuh syirik
    Orang yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah, orang tersebut telah kafir.

    Dan banyak lagi.
    Orang Islam kena belajar dan berani menghukum.

    Agaknya sdr zafaronistanbul kalau jadi hakim mahkamah syariah, agaknya apa hukuman yang beliau akan berikan???

    Bangun dan sedarlah zafaronistanbul.

    Emjay

    ReplyDelete
  92. Sdra Emjay

    Saya tidak pernah mengatakan tariqat adalah agama Islam tetapi saya minta saudara ulas kerana ramai yang dikenal sebagai ulama dan alim bertariqat. Emjay pula tidak menjawap dengan tepat tetapi menghina sesiapa yang tidak sealiran dengan saudara!!!

    Dari soaljawab saudara, saya dapati saudara mempunyai ilmu walaupun tidak sedalam lautan maupun setinggi gunung tetapi boleh dibawa ke tengah..tetapi malangnya saudara tidak mempunyai akhlak dalam dakwah dan membimbing! Emjay berjuang dengan pena dan blog untuk mencari syurga dan pahala...Emjay berhajatkan sesuatu yang baru...Emjay berhajatkan kepada makhluk!! Bertitiktolak dari situlah sebabnya Emjay menulis dengan cara sekarang...!! Emjay menghukum orang lain ahli neraka..tetapi sedarkah yang Emjay itu sendiri tidak terkecuali dari menjadi ahlinya!!

    Tugas kita manusia menjalankan hukuman yang dimaksudkan dalam Al Quran! Ada faham Emjay!!

    Zafaron

    ReplyDelete
  93. Zafaron,

    Dalam Laman Emjay sudah saya letakkan beberapa bacaan tentang tarekat:

    1. Dalam guestbook "Malaysia ada kira-kira 14 mufti. Masing-masing mengikut kepala masing-masing dan hanya sebahagian kecil mengikut Al Quran dan Assunnah. Kalau nak dikategorikan, mereka ini boleh dikategorikan kepada dua golongan sahaja iaitu golongan pengikut / penyokong tarekat dan satu lagi pengikut Al Quran dan hadis. Namun golongan yang kedua tu seciput sahaja.

    Golongan yang pertama yang merupakan penyokong / pengikut tarekat inilah yang semuanya bisa diatur.!! Kalau nak mengajar anak mengaji pun kena ada tauliah."

    2. Tarekat yang sesat oleh Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di http://emjayjb.multiply.com/music/item/85

    3. Belitan iblis dalam ajaran Tariqat di http://emjayjb.multiply.com/reviews/item/13

    Saya memangnya mengakui bahawa ilmu saya adalah seciput sahaja namun saya tetap bertanggungjawab ke atas Allah di atas ilmu seciput tersebut. Kalau saya berhajatkan dengan makhluk, lebih elok saya tidak usah marah kerana marah hanya akan merugikan sanjungan makhluk terhadap saya. Namun saya akan mengekalkan marah pada ketika saat yang perlu kerana sesungguhnya Nabi Muhamad SAW pun marah sebagaimana marah kepada sahabat dan isteri.

    Dan sesungguhnya saya amat marah kepada pengunjung yang cuba mempengaruhi pembaca Laman Emjay lain melalui tulisan mereka termasuk tulisan sdr di atas.

    Adakah apabila Nabi Muhamad SAW marah, maka Nabi Muhamad SAW tidak berakhlak??? Apakah saya patut terus tersenyum apabila pengunjung menulis tulisan yang bukan-bukan yang mampu merosak minda pembaca lain.

    Laman Emjay adalah laman saya dan saya seorang menguruskannya. Saya ada hak mutlak untuk memberi sanjungan atau memarahi atau mendelete mana-mana reply yang ditulis oleh pengunjung. Saya mewujudkan Laman Emjay bukan untuk kepentingan saya atau kepentingan kewangan namun hajat saya adalah untuk mencari redha Allah SWT atas dasar Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

    Seandainya Laman Emjay adalah untuk hajat saya kepada makhluk, sudah lama saya menutupnya.

    Dahulu sdr berkata "sewajarnya jangan kita suka suka menghukum manusia lain kerana tugas menghukum hakiki adalah milik Yang Maha Esa bukan kita" namun dalam reply sdr yang terbaru sdr pula menulis "Tugas kita manusia menjalankan hukuman yang dimaksudkan dalam Al Quran!". Alhamdulillah tulisan sdr sudah berlainan kali ini.

    Kerana menjalankan hukuman yang diperinahkan Allah SWT sebagaimana dalam Al Quran dan Al Hadislah maka saya memberikan hukum :
    1. Penggunaan tangkal adalah di larang dalam Islam dan penggunaannya adalah merosak akidah.
    2. Produk AURA SERI dari syarikat Prof Dr Ibrahim adalah sejenis tangkal yang merosak akidah!
    3. Jam pusing terbalik produk Prof Norhisham adalah sejenis tangkal yang merosak akidah!

    Sekiranya sdr menerima saranan saya alhamdulillah dan sekiranya tidak, saya sekadar menyampaikan, itu sahaja. Ada faham zafaron???

    Emjay

    ReplyDelete
  94. Saudara mj...boleh saudara ulas tentang tukaran wang asing(forex)Adakah tidak dibenarkan dalam islam?

    ReplyDelete
  95. Saudara MJ...alangkah lebih elok lg kalau hujah2 yg diperbincangkan ini diperkukuhkan dengan nas2 AlQuran dan hadis supaya pembaca2 semua lebih faham dan masing2 tidak hanya menggunakan hujah akal..

    ReplyDelete
  96. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya...AlQuran dan hadis itu adalah sumber utama Islam...barangsiapa yang tidak mengikut kedua2nya, konfem sesat...

    ReplyDelete
  97. Assalamualaikum Ustaz dan salam hormat kepada saudara/i Islamku sekalian,

    DEWASA ini umat Islam-Melayu Malaysia, nampaknya sudah semakin taksub dengan hal-hal 'ghaib' yang tidak jelas hukum-hakamnya. Jika difikirkan secara logik akal, bukankah perkara yang tidak jelas itu perlu ditolak?

    AGAMA Islam sudah memberi peraturan jelas tentang perkara halal dan haram. Misalnya, jika kita mahu makan dan minum di sebuah kedai tetapi dalam hati kita berasa was-was tentang halalnya dan kebersihannya, maka kita diperintahkan agar tidak menjamu selera di situ.

    BAGAIMANA pula dengan 'rahsia' tarikh lahir, bulan kelahiran, nama? APA kisahnya tentang 'sains' metafizik?

    Di sini, ingin saya kongsi beberapa pendapat, sekadar untuk mengajak umat Islam-Melayu kita berfikir...


    TENTANG 'SAINS' METAFIZIK

    “A metaphysical statement usually implies an idea about the world or about the universe, which may be reasonable but is ultimately not empirically testable.”

    [Terjemahan] Pendapat berdasarkan metafizik (misalnya ‘kenali diri dari tarikh lahir’) mungkin kelihatan seperti boleh diterima, TETAPI ia tidak pula dapat diuji dan disahkan.

    Dalam erti kata lain, ia TIDAK logik kerana ia BUKAN sains. Ia BOLEH memperdayakan orang lain. Ia MUNGKIN memperbodohkan mereka yang percaya kepada hal sebegini dan yang SANGGUP membuang duit dengan mendengar perkara sebegini dengan alasan untuk ‘memajukan diri’.

    Adalah menjadi kerugian yang amat besar kepada kaum dan agama kita kalau kita amat mudah disesatkan oleh mereka yang membuat dalil rekaan sendiri berdasarkan ‘bukti’, ‘fakta’ atau ‘kajian’ yang tidak jelas – yang kononnya berdasarkan ‘sains’!

    Sesungguhnya, agama melarang kita memikirkan perkara yang tidak perlu difikir. Agama mendidik kita supaya mencari ilmu berdasarkan akal, fikiran yang logik dan pengetahuan yang berguna. Adakah ‘rahsia’ tarikh/bulan lahir atau nama itu berdasarkan akal, fikiran yang logik dan pengetahuan yang berguna? TENTU SEKALI TIDAK!


    CIRI PERSONALITI MANUSIA BUKAN METAFIZIK!

    Ada di antara kita yang mungkin masih keliru dengan pembohongan ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama dengan penilaian psikologi personaliti. Izinkan saya berkongsi sedikit yang saya tahu:

    PERTAMA: Penilaian personaliti (dipanggil ‘psikometri’), adalah ujian kecenderungan seseorang. Misalnya, seorang yang pemalu, yang yakin, yang mudah bergaul, dan lain-lain.

    KEDUA: Ujian sebegini diberi markah berdasarkan statistik, yakni membuat perbandingan diri seseorang dengan sekumpulan manusia lain yang besar bilangannya.

    KETIGA: Ujian-ujian psikologi personaliti juga hanya mampu menunjukkan beberapa ciri utama personaliti tetapi tidak kesemuanya!

    SOALAN saya:

    SATU: Adakah personaliti manusia merangkumi ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama?

    DUA: Dapatkah ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama diuji dan dibuktikan secara ilmiah?

    TIGA: Secara logik, adakah kita diperbodohkan oleh ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama?


    RUMUSAN...

    NIAT saya tidaklah untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Tidak dapat kita sangkal ada penceramah motivasi memberi ilmu yang bermanfaat. Akan tetapi dalam hal ‘rahsia’ tarikh lahir, bulan kelahiran atau nama serta perkara ‘metafizik’ lain – kesemuanya tidak jelas, tidak logik dan boleh membawa kepada kebatilan (perihal tidak benar, perkara yang berlawanan dengan kebenaran).


    APA KATA TOKOH AGAMA LAIN?

    Sedikit INFORMASI untuk mereka yang beragama Islam dan PERCAYA atau sekadar SUKA-SUKA berminat dengan ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama dan khurafat metafizik yang lain. Kata tokoh akademik dan mantan Mufti Besar Perlis:

    “Dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup [...]ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan iman, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seper

    ReplyDelete
  98. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah dan terima kasih

    Emjay

    ReplyDelete
  99. Salam,saya tertarik dgn sdr emjayjb berhujah ttg dr ibrahin ,apa kata sdr bersemuka dgn beliau secara berdepan dan menyatakan kebenaran drpd terus berhujah di dalam blog...kalau dikatakan benar terus direct berani kerana benar dan saya cadangkan cuba pergi dengar workshopnya dulu dan kemudian berdepan dgn dia..tak gitu..userd1414

    ReplyDelete
  100. saudara emjay...saya sekadar ingin bertanya berkaitan selawat tafrijiyah..
    pernah terbaca di buku yang mengatakan jika diamalkan selawat ini 11 kali stiap selepas sembahyang..akan dapat ganjaran dan jika 41 kali setiap hari akan ada kelebihan tertentu..begitu juga jika 100 atau 313 kali sehari malah kalau tk silap ada jika diamalkan akan terbuka rahsia ghaib...boleh saudara terangkan berkaitan hal ini...

    ReplyDelete
  101. Sebenarnya, siapakah yang berjanji akan memberikan balasan ini dan itu selepas bacaan tertentu?? Allah SWT tidak pernah menjanjikan dan Nabi Muhamad pun tidak pernah menjanjikan balasan tersebut. Dengan itu janji tersebut adalah dijanjikan oleh iblis!!!

    Janganlah beramal dengan selawat tafrijiah ataupun selawat syifak keranan sesungguhnya Nabi Muhamad SAW tidak pernah mengajarkannya.

    Bacalah artikel berkenaan selawat syifak dan tafrijiah di
    1. http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126
    2. http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131

    Emjay

    ReplyDelete
  102. allahulhaq,jgn ada buruk sangka dlm hati selagi x di ketahui kebenarannya...bermusyawwarah dulu sblum membuat penilaian...itu adalah lebih baik dari dari terus menerus membuat kesimpulan...berjaga-jagalah dgn percakapan...allah lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  103. Asalamualaikum. Saya amat tertarik dan setuju dengan pandangan saudara bahawa Ilmu Allah itu luas. Dan saya juga ingin menambah jika sesuatu perubatan itu tidak sesekali bercanggah dengan hukum-hukum Allah, tidak salah kita mempraktikkannya kerana kita di sunatkan/diharuskan untuk berusaha mencari penawar segala penyakit kecuali mati. Pada pendapat saya, bunga-bungan dan haruman di jadikan Allah agar kita mendapat manfaat daripadanya. Apa salahnya kita mendapatkan kemanfaatan yang Allah berikan pada salah satu makhluk Allah sebagaimana kita mendapat manfaat dari memakan pelbagai jenis ubat-ubatan bagi menyembuhkan pelbagai penyakit. Yang penting, kita berusaha, bertawakal dan memastikan kesemua itu tidak salah disisi Allah. Pada hakikatnya segalanya bergantung pada niat masing2.

    ReplyDelete
  104. salam..sy nk tanya,knpe klu mndi air limau nipis tu xblh?
    tu slh 1 cara utk mghindar drpd g'guan mkhluk halus.klu sdra ckap xblh,mknanya ap yg perubatan Islam tu slh..u.sharhan,dr harun din dn lain2 slh ke..rwatan pggan putih mcm jus tk guru tu pn salah ye.sy insan lemah,sy xtau sy tnye.tme ksih.

    ReplyDelete
  105. Waalaikumussalam wbh

    Bomoh sesat pun gunakan limau nipis. Bomoh sesat juga gunakan kemenyan. Kalau mandi limau nipis boleh, adakah boleh seseorang mandi air kemenyan pemberian bomoh sesat???

    Kalau rawatan air pinggan putih boleh, adakah boleh minum air rebusan Al Quran?? Bukankah kalau pakai logik akal, air rebusan Al Quran jauh lebih baik dari air pinggan putih??? Kalau berhujah pakai logik akal sahaja, kita akan sesat. Peganglah Al Quran dan sunnah, insyaAllah selamat.

    Sharhan dan Harun Din ini mereka lebih hebat dari Nabi Muhamad SAW. Tengok sahajalah, nabi Muhamad ajarkan selawat lain tetapi selawat yang mereka amalkan bukan dari yang nabi Muhamad ajarkan. Bacalah artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126 dan http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131.

    Kalau ikut mereka berdua ini, boleh gunakan garam lada hitam dan kacang hijau untuk mengelakkan gangguan setan. Maklumlah mereka tu lebih hebat dari Muhamad SAW. Nabi pun tak mampu menggunakan garam lada hitam dan kacang hijau untuk mengelakkan gangguan setan. Kalau ikut ajaran Sharhan dan Harun Din, kalau dikelilingi garam terlepas dari gangguan setan tetapi kalau kita lihat pulau Singapura tu dikelilingi garam dalam air laut, mengapa pula rakyat Singapura tidak terlepas dari gangguan setan???

    Pengunaan garam mengelakkan setan juga diamalkan oleh bomoh sesat dan bomoh dari orang Kristian dan bomoh agama kafir lain di Jepun. Hanya Nabi Muhamadd SAW dan para sahabat serta tabiin dan mereka yang tidak memandai-mandai dalam hal agama Islam sahaja yang tidak menggunakan garam, lada hitam, kacang hijau dan air pinggan putih.

    Kalau sdr nak ikut ajaran nabi harun din dan nabi sharhan, ikutilah ajaran mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  106. Assalammualaikum..syukur kehadrat Illahi dgn limpah kurnia-Nya,kita di satukan di forum ini bg menjana minda.Pertama kali tahniah kepada admin (saudara emjay) dalam memberi hujah2. Ilmu itu luas..cara dan perlaksanaan berbeza.Niat menjadi intipati. Saya adalah salah seorg pelajar Prof.Dr Ibrahim bg sesi mindpower.Jujur sy katakan mmg kami di tawarkan membeli crystal,aura seri,garam dalam sessi2 yg berikut..namun sy hanya menggunakan pendekatan mindpower yg tidak di asaskan dgn benda2 yg dicadangkan. Tetapi dalam kursus ilmunya beliau sentiasa menyuruh kita agar tidak menjadikan alat2 itu sebagai pencetusnya..malah beliau sentiasa mengingatkan kita supaya berserah kepada Allah yg maha kuasa dgn izin-Nya..Peralatan yg di guna pakai hanya sebagai method dan bukan ada unsur2 pemujaan.penyerapan jin dan sebagainya. Penggunaan aura seri hanyalah sebagai satu method memberi kemudahan masa dan tenaga.Contohnya berapa ramaikah diantara kita yg sanggup kekedai bunga tuk membeli bunga bagi tujuan mandi/berendam untuk menyegarkan diri setelah penat bekerja.? Niat,ikhtiar dan tawakkal kepada Allah..itulah jalan terbaik . Apabila kita menggunakan akal dan ilmu,Insyallah kita pasti dapat menepis segala bentuk ancaman..Saya sekadar berkongsi rasa..maaf jika ada yg terasa.Wasallam

    ReplyDelete
  107. Assalamualaikum.. muslimin dan muslimat sekalian..

    Drpd pembacaan saya dlm blog ini saya dapati blog ini telah jauh menyimpang dari landasan agama Islam. sebagai contoh jika aura seri dikatakan penyebab kepada huru-hara dlm sesebuah keluarga, Saya blh andaikan ini mungkin salah satu strategi perniagaan untuk menjatuhkan jenama tersebut. Ini kerana saya tidak dgr pula pekerja kilang aura seri atau pemandu lori aura seri yg setiap hari menghadap beribu-ribu botol aura seri menerima nasib seperti yang didakwa dlm blog ini hanya kerana membawa pulang sebotol aura seri kerumah. Saya tdk kisah, ini hanya permainan dlm dunia perniagaan.

    Namun jika 'ustaz' owner blog ini mengatakan org seperti ustaz Harun Din dan Sharhan tidak mengikut ajaran nabi Muhammad SAW seperti selawat dan bermacam-macam lagi, saya rasa blog ini tidak lebih drpd ingin menyesatkan umat Islam. mungkin blog ini salah satu drpd perancangan yahudi untuk memurtatkan umat islam.

    dgn ini saya berpesan muslimin dan muslimat sekalian hindarilah diri dari blog2 seperti ini yang mungkin ingin memurtatkan umat islam.

    ReplyDelete
  108. assalamualaikum emjayjb. tak semestinya orang yang merokok akan hisap dadah. dan tak semestinya orang yang tidak merokok tidak akan menghisap dadah. emjayjb seorg yg brilmu. mksud yg tersirat emjayjb mesti faham. tidak perlu saya hendak terangkan semuanya kerana hanya akan menambah aib emjayjb sahaja.

    sekian..

    ReplyDelete
  109. asalamualaikum Uztaz.. ada soalan ckit ni.. mengapa gelang bermagnet+infra red+ dijual scara terbuka? sedang kan ia ada lah syirik berdasarkan pengatahuan kita.. contohnya... "Dymiun" dijual secara terbuka malah di iklankan dalam tv sekali.. adakah akhlak masyarakat sekarang terjejas atau belum di dedahkan kepada permasaalahan yang seperti dibincangkan di atas...

    ReplyDelete
  110. Waalaikumussalam wbh

    Alahh, apa peliknya, judi pun ada judi halal dan haram. Buka aurat pun jelas haram tetapi pemimpin Islam selamba saja tanpa menutup aurat. Pembaca berita wanita bangga membuka aurat mereka.

    Tambah parah lagi zina yang hukumannya rotan atau rejam pun sekadar RM1000,00 sahaja.

    Inilah negaraku Malaysia.

    Emjay

    ReplyDelete
  111. Assalamualaikum Ustaz,

    Sya merupakan antara agen terawal yang dididik oleh Dr Ibrahim untuk memperkenalkan produk aura seri dan aura genius pada tahun 2004 ketika mereka baru memulakan perniagaan aura. Ketika itu jualan produk ini menguntungkan dan saya tidak berfikir panjang pun tentang produk yang menyesatkan akidah ini. Masa itu, saya rasa dunia ini milik saya lebih2 lagi teman-teman malah orang yang tidak saya kenali turut memuji dan menyatakan wajah saya sangat 'cantik'.

    Suatu hari, saya disedarkan oleh Allah s.w.t yang masih sayangkan saya. saya telah dipertemukan dengan seorang ustaz yang berjaya memulihkan dan menyedarkan saya dan keluarga. Rupa-rupanya produk berkenaan telah dimasukkan dengan jin malah cara2 penggunaannya juga menjurus ke arah the Three Wishes (kisah2 Genie orang putih yang memakbulkan permintaan sesiapa saja). Dan lebih mengejutkan saya ialah ustaz berkenaan memberitahu saya, rupa saya seperti wanita tua yang berkulit berkedut2 walhal ketika itu saya berusia di awal 30an. Ketika itu saya turut terlibat dengan Reiki di mana badan saya dimasukkan jin melalui satu upacara pentauliahan. Syukur alhamdulillah, ustaz tersebut dan kumpulannya berjaya memulihkan saya. Selepas itu, saya melepaskan perniagaan aura seri/genius itu walaupun kerugian hampir RM5000. Namun, sya reda dan tidak mahu bersubahat lagi. Syukur pada Allah, selepas itu, rezeki saya melimpah ruah.

    Kini hidup dan jiwa saya lebih tenang dan aman. Kini, jika saya memerlukan bantuan apa-apa, saya hanya berdoa kepada Allah s.w.t kerana kepadaNya kita akan kembali dan sesungguhnya Allah lebih berkuasa dari segala-galanya. Bila saya lihat pasangan tersebut di media, saya bersimpati dengan mereka kerana terjebak dalam urusan perniagaan yang memesongkan akidah ini. Semoga mereka dan sesiapa sahaja yang menggunakan aura seri diberikan hidayah untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Wasalam.

    Hamba Allah.

    ReplyDelete
  112. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah diatas rahmat yang diberikan kepada sdr.

    Inilah mesej jelas dari Allah, apabila sdr redha meninggalkan kemungkaran walaupun kerugian RM5000, kini rezeki Allah SWT dimurahkanNya,.

    Semoga kita dimatikan Allah SWT dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  113. pengalaman mimiku18 mmg sgt berharga. kalau blh ditulis dgn lebih detail, sgt la baik utk dijadikan pengajaran kpd yg lain..

    ReplyDelete
  114. assalamualaikum ustaz,
    sy nak tanye adakah syirik kalau kita membeli dan memakai barang2 mistik. contoh sbgai utuk pelaris dan pelindung diri sperti kain cindai,minyak buluh perindu,bulu kulit kijang berwafaq,cincin 9lapis gading gajah berpasak besi kuning dan dengan seadanya lagi adakah syirik semua itu ustaz. terima kasih

    ReplyDelete
  115. Waalaikumussalam wbh

    Memakai atau membeli barang-barang mistik merosak akidah terutama sekali pelaris dan pelindung kerana hanya Allah yang melariskan jualan serta tempat berlindung.mengapa mencari benda lain selain Allah SWT?

    Kain cindai, minyak buluh perindu bulu kulit kijang bertulisan wafak, cincin gading gajah berpasak besi kuning dsbnya tu sekadar menjadikan sdr mushrik kerana melakukan syirik.

    Emjay

    ReplyDelete
  116. Alhamdulilah ustaz.saya tidak memihak mana2. namun saya banyak belajar dari hujah2 yang diberi.walaupun saya bukan a good follower tapi saya pohontuhan jauhi saya sama sekali dari mensyirikkan nya diatas kejahilan saya jua. pernah juga saya terfikir dulu sebelum terbaca article ustaz, saya fikir memohon syafaat dari rasullulah untuk dimakbulkan sese\uatu hajat seperti tidak jauh bezanya dengan seorang kristian memohon kepada tuhan melalui nabi isa untuk dikabulkan doa. mengapa kita tidak doa terus pada Allah taala seperti rasullulah mengadu pada tuhan.Jika kita hendak syaafaat biar lah dengan selawat tanpa mengharap apa2 dari rasullulah. walau apa pun, ada lebih baik jika tidak disebut nama orang sperti kita tahu selayaknya masuk neraka. kerana ini jua rahsia tuhan.harap2 kita tidak tersesat oleh syaitan di hujung ajal kita.kepada yang marah2 yang anda rasa ilmu dihujahkan sesat dan tidak bermanfaat, tak payah lah marah2 dan jadi defensif dan berkata kesat.jika ilmu ini bermanfaat ambil lah tapi jika tidak berminat, sudahlah. saya juga ragu dengan perjumpaan saya dengan ustaz rawatan islam dulu mengata kan saya dirasuk secara sedar hingga ada bukti banyak cakaran di belakang badan.saya hanya hendak scan dan over confident yang insyallah saya tidak2 apa-apa pun. hasilnya saya jadi bingung kerana memikirkan nya hingga kini.saya tidak sambung rawatan kerana tidak tahu apa faeddah nya pun...betukah tindakan saya?jika difikirkan bukan kah syaitan sentiasa mengalir dalam darah kita ustaz lebih2 lagi ketika dalam solat, apalagi untuk seseorang yang banyak dosa seperti saya? mungkin ustaz dapat jelas kan . terima kasih. salam.

    ReplyDelete
  117. kainjongsarat.. xpayah la ko nk meneutral kn keadaan la kononnya.. ko tu sendiri yg xfaham.. dtg sendiri jmp, belajar dgn mj baru ko tau hal yg sebenarnya.. setakat bc kt website ni baru sekelumit je kefahaman ko ttg benda2 ni sebenarnya.. ok..

    ReplyDelete
  118. assalamualaikum,,,saya telah pun baca semua pendapat,hujah dan comment dr laman web ini..pertama sekali saya ingin bertanya..apakah hukum kita membaca surah2 tertentu pada segelas atau sebotol air utk tujuan perubatan dan penawar??adakah itu haram ??bukankah ia sama seperti kaedah pinggan putih???sy mungkin masih terlalu muda utk mberi pndapat..tapi mengapakah kebanyakan di sini mberikan komen mengikut emosi sehingga mbuka aib org dan aib sendri??sehingga sesuatu yg tidak masuk dek akal juga terkeluar..bukankah elok dibincangkan dgan baik..kita sesama islam tidak perlu berperang lebih2 lg tentang hukum2 allah..halal dan haram..masing2 mpunyai ilmu dan pengalaman..tidak salah jika hnya dikongsikan..ilmu Allah itu luas...apa pun berbalik la semula pada alquran dan sunnah..di situ la segala pnduan..saya ada terbaca comment dari mereka yg bukan islam di sini..serba sedikit saya malu..jika mereka akan brtanya pd dri mereka." beginikah org islam??seperti tidak yakin dan keliru dgan agama sdri.."

    ReplyDelete
  119. Salam... Isi kandungan aura seri seperti pati bunga-bungaan, tenaga kristal, tenaga garam kristal dll. Bukankah isi kandungan ini adalah dr ciptaan Allah s.w.t yg memiliki kelebihan tersendiri, dan kita sepatutnya memanfaatkannya untuk menjadi penawar kepada penyakit (ROHANI) emosi/strees/tenaga dalaman manusia yg bermasalah. Allah yg memberi kita sakit dan Allah juga yg menyediakan penawarnya/ubat yg pelbagai jenis mengikut penyakit manusia yg pelbagai juga. Bukankah isi kandungan yg di gunakan hanya sebagai BAHAN PENYOKONG sahaja dan kuasa yg menyembuhkan(mutlak) adalah Allah s.w.t, saya tidak melihat ada sesuatu yg mensyirikkan Allah di dlm produk aura seri ini. Bukankah pengunaan aura seri dgn membaca ayat2 suci al-quran juga, diikuti dgn niat, minta kesembuhan dr Allah dan percaya hanya Allah yg menyembuhkan. Mungkin ada segelintir pengguna aura seri menyalahgunakan dgn niat yg salah menyebabkan Allah murka.. Bukankah begitu.. Allah menjadikan manusia rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu.
    Adakah menggunakan kristal atau batu-batuan tertentu adalah di kira syirik juga..? sedangkan Allah yg mencipta batu kristal dgn batu-batuan lain dalam dunia ni dgn unsur yg berlainan di dalamnya dgn kelebihan tertentu, sepatutnya kita memanfaatkannya selagi tidak menyalahgunakan. Contohnya kristal dipercayai boleh menghaluskan kulit sekiranya selalu dipakai dimana kandungannya telah di kaji selidik oleh saintis. Samalah juga sekiranya kita minum jus oren akan membekalkan vitamin c pada badan. Adakah peralatan canggih yg di cipta oleh saintis tidak berguna dlm mengakaji sesuatu bahan..? kita sepatutnya berterima kasih dgn adanya peralatan canggih ini DNA Khinzir begitu seni (0.00000000000001%) pun boleh di kesan. Memanglah bukan semua saintis boleh di percayai seperti kata uztaz santis menjajah pemikiran org islam dgn mengatakan manusia berasal dari monyet, takkanlah kita terlalu bodoh untuk mempercayainya, kerana dgn jelas al-quran menerangkan nabi Adam yg di turunkan dulu bukannya monyet. Memang bkn semua penemuan santis kita boleh percaya bulat2.
    Tangkal sememangnya jelas di larang dalam islam kerana 100% ciptaan manusia dan tidak menggunakan pati bunga atau kuasa kristal, atau bahan semulajadi, di mana kita tidak tahu apa isi kandungannya. Contohnya AIR kosong ciptaan Allah sebagai BAHAN PENYOKONG dibaca dgn ayat suci alquran(selawat/alfatihah) bisa menyembuhankan penyakit ringan,di sertakan dgn niat yg baik. Takkanlah nasi atau ayam pulakan mestilah air BAHAN PENYOKONG yg sesuai..
    Saya tidak melihat isi kandungan aura seri ini mensyirikkan Allah s.w.t.. Mungkin ustaz mengetahui ada rahsia di dlm isi kandungannya..
    Minta uztaz tolong jelaskan lebih detail tentang hal ini supaya kami betul2 faham...?

    ReplyDelete
  120. Saya ni penggemar batu kristal dan mempercayai kristal tersebut bisa menghaluskan kulit, saya dah pakai betahun2 memang kulit putih dan licin,tanpa jampi serapa pun. Walaubagaimanapun saya masih tunduk dgn kekuasaan Allah dan sentiasa sujud kepadaNya. Kerana saya percaya Allah yg menciptakan batu kristal ini dgn keistimewaan yg tersendiri. Selagi kita tidak menyalahgunakan atau terlalu taksub sehingga lupa kepada Allah dan lupa untuk SUJUD kepada pencipta BATU KRISTAL ini..

    ReplyDelete
  121. ilmu Allah amat tinggi dan tak tertandingi...inilah namanya ragam manusia, bila tak suka sesuatu dan tak berkenan dihati...habis teruk dicari semua untuk memburukkan benda tersebut...tetapi jika berkenan dipuji melabung sampai tak sedar mana yg betul dan salah....fikir-fikirkan lah..kita hanya manusia biasa yg serba kekurangan dan kekhilafan

    ReplyDelete
  122. salam ustad, apa pula hukumnya kalau saya mandi bunga yang dibacakan ayat rukyah? haram jugak ke?

    ReplyDelete
  123. assalamualaikum ustad.. nak tanye.. bagaimana pula dengan produk2 seperti minyak anugerah dan sewaktu dgnnya yg dikatakan tlh dibacakan ayat suci al-quran?

    ReplyDelete
  124. pendek kata sumenya haram. kat dahi ustz tu xder cop pn Allah redha atau tidak. dan kite ni sapa nak cakap org tu masuk neraka atau syurga? Allah yg tentukan. sumenya atas redha Dia. Emjay ni dah kalahkan nabi..boleh sebutkan nama org yg masuk neraka tanpa wahyu dr Allah. HEBAT! kalaupun org tu buat dosa depan kita..kita masih x layak nak cakap ko ni ahli neraka.. sapa tau kalau dia bertaubat dan Allah terima taubatnya? ko tau? xkan..jd jgnla sesuka hati nak cakap org ni masuk neraka atau x..muhasabah diri sendiri dulu..

    ReplyDelete
  125. pendek kata...laman web dan ruangan seperti ini harus ditutup. boleh menimbulkan fitnah, syakwasangka dan pelbagai rasa negatif. admin mintak tutupkan web ini. sekilas pandang mmg ada yg baik, sekilas pandang jugak ada yg menyimpang.

    ReplyDelete
  126. Salam..
    SAYA RASA LAMAN YANG TUAN BANGUNKAN ini KURANG ELOK..tdk banyak membawa kepada KEBAIKKAN sesama insan & apatah lagi KEHARMONIAN AGAMA ISLAM. PENUH DENGAN KEMARAHAN..HASAD & KEDENGKI..FITNAH2 YG BEPANJANGAN.
    Saya NASIHATKAN, SEDARA TUTUP sahaja laman ini dengan SEGERA!!!

    ReplyDelete
  127. Saya nasihatkan..TUTUP SEGERA!!

    ReplyDelete
  128. DEMI KESUCIAN AGAMA ISLAM & KEHARMONIAN MAKNUSIA SEJAGAT, TUTUP LAMAN IN SEGERA!!
    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  129. Alhamdulillah semoga Allah memberikan taufik hidayah kepada sdr.

    Berdoalah semoga Allah memudahkan sdr datang belajar di rumah saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  130. Waalaikumussalam wbh

    Yahudi sebagaimana dalam Al Quran adalah umat yang Allah berikan mereka kitab tetapi mereka pilih-pilih dan ubahsuai lalu menjadilah mereka orang kafir yang dijanjikan Allah neraka.

    Islam adalah umat yang beragama berpandukan Al Quran dan Al Hadis. Kalau kita pilih-pilih mana-mana ayat yang boleh pakai dan yang tak berkenan di tolak, maka lebih kurang sudah menjadi orang Yahudi dalam Quran tu.

    Selain Al Quran, umat Islam paling bertuah kerana diberikan Allah Al Hadis. Tak cukup Al Quran hadis disediakan sebagai panduan.

    Membacakan surah2 tertentu pada segelas atau sebotol air utk tujuan perubatan dan penawar tidak pernah Nabi gunakan. Sesiapa yang berani buat fitnah atas nama Nabi Muhamad SAW, minta mereka berikan hadis sandaran.

    Amalan yang terbaik adalah amalan sebagaimana Nabi amalkan dan juga para sahabat baginda. Mereka tidak menjampi pada air dan tidak pula menyediakan air ada tulisan dari Al Quran.

    Emjay

    ReplyDelete
  131. Apa beza tulisan engkau ni dengan ajaran orang Hindu berkenaan pati bungaan?? Orang yang tak faham akidah memang macam ini. Mereka berharap kepada tenaga dari pati bunga, berharap kepada tenaga dalaman dan sebagainya.

    Sedangkan Islam mengajarkan harapan hanya kepada Allah SWT semata-mata tanpa mengharap kepada tenaga bunga, tenaga kristal, tenaga garam dsbnya.

    Kalau ikut ilmu yang saya pelajari, engkau ini pimpin322 sudah rosak akidah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga. Tetapi kau ni pimpin322, segala benda seperti pati bunga, warna, garam, kristal, azimat, tangkal dsbnya semuanya ada tenaga. Itu sebabnya saya kata kau sudah rosak akidah.

    Emjay

    ReplyDelete
  132. Penggemar batu kristal ke atau penggemar garam penghalau negative energy ke kalau ikut ilmu saya engkau sudah rosak akidah.

    Apa bezanya amalan engkau dengan orang yang pakai tali atau benang di lengan pemberian bomoh dengan alasan ini akan menjauhi setan?? Walau pun orang yang bertali atau benang di lengan masih solat tetapi mereka ini sudah rosak akidahnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  133. Memang ilmu Allah amat tinggi dan tak boleh ditandingi. Allahlah yang menurunkan ilmu sihir iaitu ilmu yang boleh memisahkan suami isteri sebagaimana dalam surah Al Baqarah 102. Sesungguhnya sihir ini hanyalah cubaan untuk menguji iman manusia, oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".

    Sesiapa yang kena tipu oleh iblis maka mereka banyak berharap kepada benda benda merapu seperti aura seri, gelang kristal, gelang magnet dan sebagainya.

    Jangan lupa baca artikel saya bertajuk "Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet. Satu evolusi" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/230

    Emjay

    ReplyDelete
  134. Elakkanlah.

    Perbuatan ini tiada sanadnya. Kalau saya membenarkannya, kelak saya kena membenarkan segala tangkal seperti kemenyan dsbnya yang sudah dibacakan ayat ruqyah?? Perbuatan ini boleh membawa kepada tafaul yang membawa kepada syirik iaitu menganggap suatu perbuatan / amal boleh mendatangkan suatu rahmat sebagaimana orang membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan setan.

    Emjay

    ReplyDelete
  135. Waalaikumussalam wbh

    Minyak anugerah ini memang cukup CELAKA. Iklannya banyak kali keluar di halaman hadapan beberapa akhbar terkemuka.

    Perkara ini bermula dengan redhanya umat melayu malaysia menerima air jampi. Berikut adalah kemungkinan turutan kerja iblis ini:

    1. Tangkal tangkal seperti kemenyan, tali / benang, limau nipis dll seperti di http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal-masyarakat-melayu dibacakan ayat ruqyah dari Al Quran.Apabila umat Islam mula menolak amalan ini mereka berubah kepada.....

    2. Air yang dibacakan ayat ruqyah dari Al Quran. Tidak cukup sekadar dibacakan, mereka membubuh pula kertas bertulisan ayat Al Quran lalu dimasukkan ke dalam air tersebut. Tidak cukup dengan ini, mereka membuat pula air pinggan putih iaitu menulis Al Quran pada pinggan putih dan dibasuh dengan air mawar. Termasuklah jenama Musoffa dan pelbagai jenama lain. Apabila umat Melayu Islam mula menerima amalan sesat ini, mereka berkembang berevolusi pula kepada.....

    3. Minyak anugerah yang dibacakan ayat ruqyah dikatakan kononnya mempunyai pelbagai hikmah. Penggunaan minyak yang sudah dibacakan ayat ruqyah ini sudah lama digunakan bomoh sebagai tangkal. Minyak dagu iaitu sejenis tangkal yang dipercayai kononnya mempunyai kekuatan yang hebat adalah minyak dari dagu mayat yang telah dijampi. Kalau kita terima minyak anugerajh ini maka kita kena terimalah minyak dagu.

    Kalau nak berobat dengan kaedah konvensional seperti guna antibiotik, panadol dan sebagainya, tidak ada masalah dari segi hukum tetapi apabila menggunakan jampi termasuk bacaan Al Quran kepada objek tertentu, kenalah mengikut panduan yang diberikan Allah SWT melalui Al Quran dan Al Hadis.

    Elakkanlah menggunakan air jampi, minyak berjampi termasuklah kismis berjampi keluaran Ismail Kamus tu.

    Kalau hebat benarlah ayat ruqyah kumpulan anugerah tu, mari kita upahkan dia bacakan ayat ruqyah disemua kilang pengeluar minyak masak di Malaysia termasuk kepunyaan FELDA dan kononnya kelak semua umat di Malaysia tidak lagi kena sihir dan tiada lagi zina. Tiada lagi orang menentang Islam dan semua orang Cina dan Hindu pun nak masuk Islam!!! Macam cerita kartun Doraemon.

    Sesungguhnya berdasarkan ilmu yang saya pelajari, minyak anugerah tu adalah tangkal yang menyesatkan.

    Emjay

    ReplyDelete
  136. aini151, sesungguhnya kalau engkau menentang hukum yang ditetapkan Allah SWT seperti hukum hudud dalam Al Quran tu, engkau sudah layak masuk NERAKA. Kalau ilmu ini pun engkau tak tahu, entahlah neraka mana yang bakal engkau masuki.

    Engkau kalau bertangkal sebenarnya sesungguhnya engkau telah mensyirikkan Allah SWT dan menempah tempat di neraka!. Itu pun engkau tak tahu ke?? Kalau ini pun kau tak tahu, kena belajarlah. Jangan hanya nak menentang??

    Sesungguhnya tempat penamat bagi orang-orang yang jahil adalah NERAKA.

    Emjay

    ReplyDelete
  137. Assalamualaikum EN.EMJAYJB.. nama awak memang EMJAY ke? seeloknya guna lah nama sebenar, x elok guna nama samaran yg x diketahui maksudnya. ini kan perkara asas, kalau benarlah ustaz dan penyebar dakwah anda harus tahu semua ini ;) .. mengenai Aura Seri ni , memang elok kalau ada yg memberi pandangan tapi seeloknya dikaji selidik dulu.. Sekadar email sebegitu ianya boleh direka oleh sesiapa saja , tetapi jika benar kita harus siasat mengenainya.. Untuk pengetahuan semua mak cik saya dan suaminya adalah ustazah dan ustaz yg bertugas di darul syifa'.. saya ada mengutarakan perkara ini kepada mereka dan mereka kata alhamdulillah minyak aura seri ni xda unsur2 tenaga jin.. cuma mmg betul kita syirik dan jatuh haram atas org2 yg menganggap minyak aura seri ini yg memulihkan aura kerana semuanya dtg dari Allah S.W.T.. Cuma kadangkala memang insan yg kurang pengetahuan mengenai perkara sebegini akan memberi perdebatan.. mmg elok tp harus diingat jangan sampai ada yg tersinggung.. dakwah harus disampaikan dengan cara bijaksana dan tutur bicara kita akan melambangkan siapa kita.. Ilmu Allah itu sangat luas dan dengan izin-Nya saja kita dapat mempelajari.. Wallahu'alam.. kiranya ada tersilap bicara sy mohon maaf..

    ReplyDelete
  138. Saudara MJ,
    Saya baru beli Aura Seri dan Aura Genius. Datin Ira datang ke ofis bagi talk pasal Aura. Semua orang beli Aura Seri dia. Lepas saya dengar kata kata MJ saya rasa was was plak nak pakai. Harga dia mahal tau..Aura Seri RM89 dan Aura Genius RM99. Tapi kalau produk ni tak bagus dan dihentam orang tentu business dia dan gulung tikar kan. Wallahhualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka mengambil kata-kata sdr "Tapi kalau produk ni tak bagus dan dihentam orang tentu business dia dan gulung tikar kan". Di Malaysia ni benda SESAT semakin menggila. Al Arqam sudah diberitahu bahawa ianya SESAT tetapi sehingga hari ini ia semakin ramai pengikut. Lihatlah Global ikhwan tu semakin aktif.

      Anugerah agung tu saya dah lama bagitahu SESAT namun laman gilanya semakin aktif di http://anugerahagung4u.blogspot.com/. Kat sana boleh beli ibu duit. Pendek kata kalau nak jadi jutawan segera bolehlah berguru dengan master rizal ini (elakkan berurusan dengan si rizal ini kerana kelak sesat).

      Jadi kalau lihat ilmu ibu duit si rizal ini "IBU DUIT KAROMAH AGENG ANUGERAH AGUNG (beserta testimoni pengguna)" semakin menjadi-jadi, adakah bermakna amalan tersebut dibenarkan di sisi Islam??

      Si Master rizal ini sudah lama menipu orang ramai samalah seperti si Prof Dr Ibrahim dan isteri dengan Aura Seri dan Aura Geniusnya. Ia masih belum gulung tikar tidak semesti bermakna amalan mereka tidak sesat.

      Jauhilah Aura Seri dan Aura Genius kerana hanya membawa musibah semata-mata.

      Emjay

      Delete
  139. saudara emjay ni ustaz ke? lulusan mana? mengapa guna bahasa kesat seperti CELAKA. lepas tu cakap engkau rosak akidah, engkau sudah layak masuk NERAKA. tiada ciri-ciri orang alim dan bertertib. laman ini akan dilaporkan kpd SKMM.

    ReplyDelete