Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Tuesday, 24 April 2007

Buat jahat dapat balasan jahat yang setimpal, pengajaran dari Yunus:27


Buat jahat dapat balasan jahat yang setimpal, pengajaran dari Yunus:27


Yunus 27

“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap
satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta
akan ditimpakan kehinaan; ........”


Bila Allah mengatakan setimpal ini, ALLAH adalah the best mathematician dan saya ada dua cerita untuk dikongsikan. Cerita pertama ini berlaku kira-kira pada tahun 1998 atau 1999. Hamba Allah perempuan ini adalah bekas pelajar saya dan telah dihantar mengajar ke Sabah. Bila cuti beliau balik ke rumahnya di sekitar JB. Satu ketika sebelum balik semula ke Sabah pada hujung Disember, beliau ada menemui saya. Dalam pertemuan ini beliau ada menceritakan bahawa housematenya baru menelefon beliau – rumah mereka dimasuki pencuri dan banyak barang yang telah dicuri. Saya segera panggil beliau masuk bilik dan bertanya,

“Nak ilmu tak?”

“Eh nak la!” jawabnya ringkas.

“Kalau nak ilmu kena jawab soalan-soalan saya, boleh tak?” Kata saya.

Selepas sesi soal jawab dan perkiraan mengguna kalkulator, saya kata “barang awak yang kena curi bernilai kira-kira RM1050” .

Terkejut betul dan dia terus memandang saya begitu lama. Lepas itu dia kata “Tak jauh beza angka yang diberikan?”. (Tak sampai RM50 selisihnya)

Persoalannya ialah bagaimana saya dapat hasilkan angka RM1050 tersebut? Ia adalah nilai yang mana pelajar saya ini terhutang kepada Allah kerana setiap kali dapat gaji dan elaun seberang laut dan sebagainya, beliau tidak keluarkan 2 ½ peratus. Duit yang telah tersimpan genap setahun juga tidak dikeluarkan 2 ½ peratus. Sebagai balasan yang setimpal, Allah ambil semula rezeki yang terhutang yang Allah berikan melalui kejadian kecurian di rumahnya.



Cerita kedua (nama bukan nama sebenar).

Pada waktu kisah ini ditulis (2004) Salmah pada waktu itu berusia kira-kira 77 tahun. Sewaktu ibu kepada Salmah ini masih hidup dahulu, Salmah cukup kurang ajar kepada ibunya sendiri. Salmah ada anak sulung bernama Ahmad. Selepas kahwin Ahmad ini cukup kurang ajar kepada ibunya Salmah.

Ahmad ini ada anak sulung bernama Omar dan anak sulung ini pandai, masuk MRSM tahun lapan puluhan dan lepas SPM terus dihantar oleh MARA ke Amerika. Sebelum ke Amerika Omar bergaduh dan menjadi kurang ajar kepada bapanya Ahmad.

Omar belajar di Amerika sampai dapat ijazah tetapi tak pernah hantar berita dan surat kepada bapanya Ahmad mahu pun kepada ibu dan keluarga lainya. Selepas dapat ijazah, Omar terus bekerja di Amerika untuk sekian lama tetapi terus tidak hantar berita sama ada masih hidup dan tiada sebarang kiriman duit kepada ibu bapanya. Selepas berbelas tahun di Amerika barulah 3 tahun lepas mula hantar surat dan menelefon ibu bapanya apabila Omar ini nak kahwin di Amerika. Sampai sekarang Omar masih berada di Amerika dan belum pernah balik ke Malaysia sejak berbelas tahun dulu. Inilah yang kita namakan lingkaran syaitan. Jikalau lingkaran syaitan ini tidak diputuskan, besok macam mana kelakuan anak kepada Omar ? Insya-Allah akan Allah berikan salah seorang anaknya yang mengulang sejarah lama.

Kini (April 2007), Omar masih bekerja di Amerika dan belum pernah balik lagi ke kampung menjenguk ayah ibu yang sudah tua semenjak meninggalkan tanah air pada awal 1990an. Ayah Omar kini sudah berusia lebih daripada 60 tahun. Omar kini sudah mempunyai dua orang anak yang dilahirkan di Amerika. Begitulah kisah kehidupan yang mirip macam kisah si Tanggang.

Salmah kini telah meninggal dunia. Sikap kurang ajar Ahmad kepada ibunya tetap diteruskan sehingga saat kematian. Walaupun disuruh orang ramai untuk melihat wajah arwah ibunya untuk kali terakhir, Ahmad tetap membatu tidak mahu melihatnya, sungguh keras hatinya. Begitulah Allah membalas ke atassatu-satunya anak kesayangan Ahmad yang masuk universiti dan ke luar negeri namun sehingga kini masih belum ada berita si Omar akan balik ke Malaysia. Mungkin selepas Ahmad meninggal dunia barulah Omar ini akan balik menjenguk orang tuanya, adik beradiknya serta tanah airnya yang telah ditinggalkan hampir 20 tahun lalu.

Dari dua kisah benar ini, marilah kita ambil iktibar bahawa Allah memang tidak pernah mungkir janji. Bila Allah berkata akan dibalas kejahatan dengan kejahatan yang setimpal, marilah kita semua mengambil iktibar dari ayat Allah ini dan seterusnya bertaubat. Apabila kita mencuri hak orang lain, nanti orang lain mencuri hak kita. Apabila kita melakukan khianat kepada orang lain, kelak Allah jadikan orang-orang tertentu yang melakukan khianat kepada diri kita. Apabila kita bertaubat, insya-Allah balasan setimpal ini Allah akan gantikan dengan balasan lain yang lebih ringan sebagai kafarah penebus dosa. Sekiranya Omar dalam kisah di atas bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, insya-Allah lingkaran syaitan tersebut akan terputus.


Sekian buat kali ini wassalam wallahua'lam.



Emjay







2 comments:

  1. MORALnya....janganlah sesekali menderhakai IBUBAPA...dan janganlah sekali-kali membuat JAHAT kpd makhluk ALLAH....... sesungguhnya ALLAH MAHA ADIL.....

    ReplyDelete