Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Saturday, 14 April 2007

Mudahnya nak jadi kafirrrrr, dan cerita orang berpoligami.

Mudahnya nak jadi kafirrrrr, dan cerita orang berpoligami.


Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya, Nabi mengatakan ada orang yang paginya islam, petangnya kafir. Begitulah mudah sekali orang Islam untuk menjadi kafir. Mengikut hadisnya begitulah. Apabila kita melihat padasituasi rakyat Malaysia, adakah benar orang Melayu Islam pun terkena dengan hadis Nabi ini? 

Sebenarnya adalah terlalu luas perbincangan yang boleh dilakukan berkaitan orang Islam menjadi kafir. Dalam kes kumpulan JIT (Jangan ikut Tuhan) seperti yang sering keluar di dalam majalah Mastika, mereka yang mengamalkan amalan JIT ini memang sudah sangat jelas mereka menjadi kafir.
Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah satu persoalan yang banyak sekali dilakukan oleh orang Melayu Islam namun mereka sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka juga telah menjadi kafir.

Sebelum saya membincangkan perkara yang sangat ingin saya bincangkan di sini, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan semula tulisan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) berikut:


Perkara-perkara menggugurkan keislaman

Berikut adalah petikan hal-hal yang menggugurkan Islam menurut Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :


Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:


1. Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:


"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".


Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:


"Al-Masih putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada penolong bagi orang-orang yang aniaya'."


Di antara bentuk syirik itu adalah berkorban untuk selain Allah seperti berkorban untuk jin atau kuburan.


2. Bagi siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah hukumnya menurut ijma'.


3. Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.

(Sebagai latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)


4. Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.


5. Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.


6. Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya

"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".


7. Sihir: seperti sharf dan 'ataf .
Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:

Keduanya (Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".


8. Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:

Al Maidah: 51. Ertinya:

"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".


9. Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.


10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:


As Sajjadah: 22. Ertinya:

"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksaorang-orang yang berdosa".


Pelaku hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan seksaan azab-Nya yang pedih.


Di Malaysia, antara pelbagai isu yang amat sensitif diperbincangkan adalah isu poligami. Allah melalui Al Quran telah menghalalkan poligami. Nabi telah menjadikan poligami sebagai antara salah satu sunnahnya dan perkara ini juga dilakukan oleh sahabat, tabiin dan seterusnya hingga sekarang di Malaysia.


Apabila persoalan poligami ini dibincangkan secara terbuka, ia selalunya berkesudahan dengan situasi yang panas dengan ramai yang menyokongnya dan ramai pula yang membantahnya. Golongan yang menyokongnya selalunya terdiri dari kaum lelaki dan yang menentangnya pula adalah dari golongan wanita.


Persoalan sebenar yang ingin saya ketengahkan ialah, BOLEHKAH WANITA MELAYU ISLAM MENENTANG POLIGAMI? Kalau berdasarkan soalan ini, hakikatnya memang boleh dan itulah sebabnya orang perempuan Melayu Islam terus menerus menghujah poligami ini kerana diizinkan dan dibolehkan. Namun disebalik trend ini, adakah agama Islam mengizinkan orang Melayu Islam menghujah poligami ini???
Sebelum saya menjawab persoalan ini dari segi hukum, mari kita imbas semula kenyataan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi di atas iaitu “Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.”


Berdasarkan hujah Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi ini, memang jelas bahawa seseorang yang membenci poligami sebenarnya telah kafir. Dalam Islam, markah lulus bagi setiap penganut dalam soal akidah adalah hanya 100%. Kalau seseorang mendapat markah 99.9999%, orang ini tetap tidak lulus dan telah rosak akidah dan menyebabkan menjadi kafir. Membenci poligami bermakna membenci ajaran Nabi Muhammad.
Membenci Ajaran Muhamad membawa implikasi yang amat besar di mana sebenarnya orang ini telah membenci Nabi Muhamad, membenci Kitab Al Quran dan akhir sekali telah membenci Allah SWT. Berdasarkan rukun iman dalam islam ia terdiri daripada 6 perkara iaitu:

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab-kitab Allah
  4. Percaya kepada Rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qadak dan qadar

Membenci Poligami telah menolak perkara 1, 3 dan 4 dalam rukun iman dan menjadikan pelakunya gugur iman mereka dan menjadilah mereka seorang kafir. Orang yang membenci poligami ini sudah menyertai golongan kafir seperti Yahudi Nasrani dan Hindu. Orang kafir ini tidak membenci Allah atau tuhan mereka tetapi mereka memang sentiasa membenci kitab Al Quran dan Nabi Muhamad.


Apabila mereka yang mengaku Islam ini tetapi terus membenci poligami dan masih terus bersembahyang dan ibadah lainnya, insya-Allah Allah masih mengasihani mereka ini dan dengan itu mereka diazab oleh Allah dengan harapan mudah-mudahan orang ini akan kembali bertaubat dan menjadi orang islam yang benar-benar beriman. Apakah azab yang biasa diberikan Allah kepada mereka yang membenci hukum poligami ini??.


Kali ini saya ingin menceritakan satu azab dari Allah yang diberikan kepada orang perempuan yang membenci hukum poligami ini. Puan Asmah (bukan nama sebenar) kini memegang jawatan jawatan yang tinggi di dalam sektar awam. Asmah dahulunya pernah berkahwin dengan Ahmad dan sempat untuk mempunyai beberapa anak bersama Ahmad.

Asmah ini memang benci poligami. Satu ketika Ahmad telah terjatuh hati dengan seorang wanita lain dan meluahkan hasratnya untuk beristeri seorang lagi kepada Asmah. Apa lagi, perang dunia ketiga pun meletus dan berkesudahan dengan perceraian. Ramai orang perempuan ini bila suami mereka ingin berkahwin satu lagi, mereka menggunakan modal yang sama iaitu “kalau abang nak kahwin satu lagi, silakan, tetapi terlebih dahulu ceraikan saya”. Ayat keramat ini memang sangat merbahaya kerana disamping ia tidak dibenarkan dalam Islam, ia adalah satu doa kepada Allah dan janganlah marah Allah apabila perkahwinan mereka berkesudahan dengan perceraian.

Setelah bercerai, Puan asmah membela semua anak-anaknya bersama Ahmad. Setelah beberapa tahun membesarkan beberapa anak tanpa seorang lelaki bernama suami, tiba-tiba Allah telah menukar pandangan poligami Puan Asmah sebanyak 180 darjah. Allah dengan segala rububiahNya telah merobah kebencian Asmah berkenaan poligami kepada sanggup berpoligami. Puan Asmah telah jatuh cinta dengan seorang guru muda yang saya namakan Ismail, lulusan maktab yang sudah beristeri dan mempunyai beberapa anaknya. Oleh kerana isteri Ismail tidak bekerja, Ismail sekadar mampu mempunyai sebuah motorsikal sahaja. Ismail dan isterinya ini adalah jauh lebih muda berbanding Asmah.

Akhirnya berkahwinlah Asmah dengan Ismail, menjadi isteri muda (nombor 2) yang jauh lebih tua berbanding isteri tua. Kini perang dunia ketiga bertukar kepada perang dunia keempat maklumlah, Ismail bukan berduit sangat untuk memberikan nafkah duit bulanan kepada Asmah ini. Tambahan pula Asmah ini pernah menemui bomoh dan mengutip tangkal. Maka bertambah  peritlah azab yang diberikan Allah kepada Asmah. Apabila saya menerangkan kepada Asmah tetang dosa besar menyimpan tangkal, Asmah tetap degil dan tidak mahu menyerahkan tangkal-tangkal tersebut kepada saya.

Selain kes Asmah ini, terdapat kes lain yang sangat serupa dimana isteri yang membenci poligami ini akhirnya juga berkahwin menjadi isteri muda yang sebenarnya berusia lebih tua berbanding isteri tua (isteri nombor 1).

Begitulah secebis kisah manusia yang kononnya mengaku Islam tetapi hakikatnya membenci Al Quran dan sunnah Nabi muhamad saw. Orang yang membenci sunah Nabi sebenarnya telah kafir. Dosa besar ini akan mengundang azab yang besar juga dari Allah dan sekiranya bertaubat, Allah akan insya-Allah menukar azab pedih ini kepada Rahmat yang mungkin tersembunyi.


Sekian untuk kali ini wassalam wallahua'lam


Emjay

4 comments:

  1. Untuk elakkan nya,kita harus membaca kalimat shahadah sebelum setiap solat fardhu agar kita dapat elakkan dari menjadi kafir

    ReplyDelete
  2. Sdr nash697

    Mana cukup cara tersebut. Kenalah berusaha lebih lagi dengan mencari ilmu agama yang diredhai Allah SWT.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Assalamua'laikum ustaz..
    Macammana dengan undang -undang kat Malaysia ustaz, yang menyusahkan laluan untuk berpoligami.
    Rancangan televisyen pun banyak yang memburukkan poligami drpd membaikkan poligami termasuk ler seorang menteri tu.. Dato' Sha****** Abd*** J****

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam wbh

    Saya tengok undang-undang kat Malaysia macam iras-iras waktu zaman Nabi Muhamad SAW dilahirkan di Makkah dahulu.

    Emjay

    ReplyDelete