Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Friday, 20 April 2007

Rawatan cagu atau cengkam pada ibu jari kaki.

Assalamualaikum wbh


Cengkam atau cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.

Untuk merawat penyakit cagu atau cengkam ini, berikut diberikan kaedah yang insya-Allah berkesan dan paling penting sekali ia tidak menyakitkan.

Amalkan cara ini:-

1.  Beli alkohol kalau boleh jenis etanolpun boleh. Kalau susah, pergi jumpa cikgu di sekolah mintak etanol barang sebotol kecil

2. Beli putik kapas

3. Selepas mandi atau setiap kali kaki tersebut basah, celupkan putik kapas ke dalam etanol dan titiskan ke tempat cagu tersebut.

4. Dengan menggunakan putik kapas yang tadi, ratakan ke semua bahagian cagu tersebut. Sila tekan dengan lembut menggunakan putik kapas tersebut agar etanol tersebut dapat memasuki segenap ruang dan bahagian pada cagu tersebut. Kalau tidak mencukupi, titiskan lagi dengan etanol baru. Tekan-tekan lagi agar ia meresap ke segenap pelusuk kawasan cagu.

5. Biarkan barang seminit.

6. Ambil putik kapas bersih yang baru dan serap segala campuran etanol dengan nanah tersebut sehingga benar-benar kering. Buang putik kapas tersebut.

7. Ulang langkah langkah 3, 4, 5 dan 6 di atas selama 2 kali lagi agar segala nanah sudah keluar dari segenap bahagian cagu tersebut. Kalau masih ada nanah yang belum habis keluar, ulang lagi langkah ini.

8. Akhiri rawatan dengan menggunakan putik kapas baru, celupkan ke etanol dan titiskan ke segenap kawasan cagu. Tekan-tekan kawasan cagu menggunakan putik kapas tersebut sehingga etanol tersebut memasuki segenap ruang kawasan cagu.

9. Jangan dikeringkan etanol ini dan terus berjalan agar etanol ini benar-benar memasuki segenap ruang dan rongga cagu.

10. Berdoa semoga Allah menyembuhkan cagu anda. Insya-Allah dalam tempuh 2 - 3 hari, sembuhlah cagu anda.

11. Setelah sembuh, elakkan memakai kasut dengan kaki yang basah. Elakkan kasut yang sempit. Jangan potong kuku berbentuk U tetapi potonglah berbentuk pahat tetapi bahagian hujung tepi di kiri dan kanan di  curve (bulatkan) kan sedikit.

Etanol adalah satu bahan pembunuh kuman dan dalam rawatan ini, ia membersihkan segala kuman di kawasan cagu tersebut. Selain membunuh kuman, penggunaan etanol ini juga sangat baik bagi mengeringkan kawasan jangkitan bagi mengelakkan kuman baru membiak di kawasan tersebut.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay   



17 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.... rasanya macam susah nak dapatkan etanol....saya ada cara mudah.. cam ni...ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi...perah santan pekatnya kat atas cagu/cekam tu...biarkan err berapa lama ya...ikut suka kot..lagi lama lagi cepat baik kot...saya dah lama tak kena cekam dah lupa la pulak, tapi lebih kurang gitulah caranya...arwah moyang yg bagitau...insya Allah...

    ReplyDelete
  2. terima kasih daun keladi zatajul

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Kalau guna cuka makan boleh x?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh

    Tang ni saya belum ada ilmu. Minta maaf banyak-banyak

    Emjay

    ReplyDelete
  5. kalo sakit sgt..kene buang dulu kew kuku yang mencengkam tuh?baru tak nanah??

    ReplyDelete
  6. tolong la saye....salah potong kuku

    ReplyDelete
  7. Sdr chutty90, segeralah cari etanol atau alkohol dan mudah dibeli dari farmasi. Segeralah ke sana.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. ethanol tu untuk buang kuman kan, kuku tu pulak camne? bila nk potong, punyala sakit. ada cara camne nk buang kuku lama ganti kuku baru?

    ReplyDelete
  9. askum,, sye mgalami cagu nie. da bebulan2 sye tak baik2,, agaknye knpe eak

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh

    Mungkin cara potong kuku tak betul. Lepas tu kaki masih basah dah disarung dengan stokin dan kasut. Amalkanlah nasihat saya tu seperti di atas.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Candazole clotrimazole pun mungkin bermanfaat untuk tujuan rawatan penyakit ini.

    ReplyDelete
  12. salam.
    saya tersilap potong kuku anak saya yang baru berumur 37 hari.so,jarinya dah menanah.suami suruh cucuk pakai jarum buang nanah,tapi saya tak berani takut anak sakit.soalan saya ialah boleh ke guna etanol untuk bayi 37 hari?

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh

    Boleh insyaAllah. Ubat untuk mengeringkan talipusat pun dari etanol

    Emjay

    ReplyDelete
  14. terima kasih saudara atas info ini,

    ReplyDelete
  15. saudara saya mintak izin copy nak kongsi kat kengkawan saya yg lain.terima kasih.

    ReplyDelete
  16. salam.. saya xpasti dikaki ini cagu ataupun cekam.. sebab dia berada di tengah2 bwah kaki saya.. makin hari makin banyak bintik2 hitam tuh datang.. bagaimana saya nak selesaikan masalah ini..

    ReplyDelete