Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 4 November 2006

Akidah Bahagian 1



Kebaikan pertama yang disarankan Al Quran ialah seruan untuk mentauhidkan Allah.
Al Quran diturunkan kepada Nabi SAW ketika umat manusia pada waktu itu
mensyirikkan Allah. Persoalan penting kini ialah adakah umat “Islam” di Malaysia
bebas dari mengerjakan perbuatan syirik?
Agama Islam adalah agama yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW. Agama Islam mengakhiri dan menyempurnakan agama Allah
yang lain sebelumnya.
Agama Islam terdiri daripada akidah dan syariat.

Akidah dari sudut bahasa Melayu ialah kepercayaan manakala menurut bahasa
arab ia membawa maksud ikatan. Menurut syarak pula akidah bermaksud “ ikatan
keimanan yang kukuh, teguh, kuat dan mantap terhadap Allah SWT, para
malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan beriman terhadap
qadak dan qadar sama ada yang baik atau yang buruk semuanya datang dari Allah
SWT”
(Jumhur ulama / disepakati semua ulama).
Syariat bermaksud
hukum-hukum yang terkandung dalam agama Islam. Syariat di dalam agama Islam
adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Syariat Islam terdiri daripada:
1.
Ibadah ; seperti solat, puasa, zakat dan haji.
2. Adab dan akhlak ; seperti
jujur, menepati janji dan amanah.
3. Muamalah ; seperti jual beli.
4.
Hubungan kekeluargaan ; seperti nikah, talak, dan faraid.
5. Hukuman jenayah
; seperti qisas dan hadd.
6. Hubungan antarabangsa.
Seseorang individu
dengan akidah yang mantap tetapi tidak melaksanakan syariat Islam adalah Islam
yang sia-sia sahaja manakala syariat yang cantik tanpa diiringi dengan akidah
yang sempurna menjadikan seseorang individu itu sama nilainya dengan orang
kafir.
Seperti yang dinyatakan di atas mengenai maksud akidah mengikut
syarak, pokok kepada persoalan akidah di atas boleh diterjemahkan kepada rukun
iman yang terdiri daripada 6 perkara iaitu :
1. Percaya kepada Allah
2.
Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab-kitab Allah
4. Percaya
kepada Rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qadak dan
qadar


No comments:

Post a Comment