Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 17 November 2006

Panduan masuk rumah baru

PANDUAN MASUK RUMAH BARU
Assalamualaikum wbt.

Meyakini ubat ada kuasa untuk memulihkan boleh membawa kepada syirik. (Sebab kuasa hanya mutlak milik Allah sahaja. Perlu guna ubat bila sakit selepas itu bertawakal kepadanya). Meyakini kita hebat boleh membawa kepada syirik kerana yang hebat hanya Allah. Itu sebabnya kita perlu sentiasa merendah diri sebab kita semua adalah hamba Allah yang sangat lemah. Meyakini AlQuran ada kuasa juga sama syiriknya sebab Quran tiada kuasa kerana Allah sahaja yang ada kuasa. Konsep ini dikuatkan lagi melalui konsep zikir Lahaulawalquwata... Itu sebabnya kalau kita menjampi dengan ayat Kursi kepada bayi yang menangis dengan iktikad ayat ini ada kuasa untuk menghalau hantu syaitan, insyaAllah Allah tidak beri pertolongan kerana Dia murka sebab mengapa minta tolong kepada Quran. Menjampi dengan ayat Kursi dan ayat-ayat lain dalam AlQuran dibenarkan dan disunnahkan dalam islam tetapi perlu waspada bahawa ini sekadar usaha kita sahaja. Quran tidak ada kuasa dan Allah sahaja yang berkuasa. Itulah sebabnya selepas baca ayat kursi atau mana-mana ayat quran lain sewaktu menjampi, disinilah yang paling penting iaitu berdoa dalam bahasa yang kita fahami (guna bahasa Cina pun tak apa.)

Jin dan iblis memang disebut dalam Quran dan hadis. Hantu adalah penyerupaan jin dan iblis kepada imej lain yang menakutkan (dengan izin Allah) untuk merosakkan akidah umat Islam. Takut kepada jin, iblis, syaitan dan hantu boleh membawa kepada syirik. Orang yang takut hantu dan syaitan ini sebenarnya sudah tidak yakin lagi dengan kehebatan Allah. Akibatnya dengan ini Allah mengizinkan hantu syaitan ini mengacau manusia sebagai satu musibah yang sangat perlu difahami dan dipelajari.

Kita kena akur bahawa di dalam bilik air di rumah banyak setan dan jin kerana ini ada disebut dalam hadis. Itu sebab Allah ajarkan melalui Nabi saw agar kita semua berdoa sebelum masuk tandas iaitu "Ya Allah lindungilah aku dari gangguan iblis jantan dan betina" sebelum masuk tandas.

Kita perlu menghormati makhluk jin dan syaitan serta hantu ini kerana mereka juga adalah ciptaan Allah tetapi bukan takut kepada mereka. Kita hanya perlu takut kepada Allah swt sahaja.

Kembali kepada persoalan panduan masuk rumah baru, disini saya perturunkan amalan yang boleh dilakukan:

1. Kira-kira dua minggu sebelum pindah, biasakan sembahyang berjumaah di rumah baru ini dengan anak isteri dan rakan atau jiran. Jangan lupa untuk azan dan iqamah sebelum solat.

2. Sewaktu solat ini, berdoalah di waktu sujud terakhir (di dalam hati pun boleh) untuk memohon perlindungan dari Allah daripada gangguan setan, iblis, jin dan hantu.

3. Kalau bulan ramadan elok sangat lakukan solat tarawih (8 + 3) bersama keluarga di rumah ini. Kalau bulan lain boleh lakukan tahajud (8 + 3) dirumah lama sekarang. Teruskan berdoa. Kalau kekok sangat melakukan solat tahajud, lakukanlah solat hajat 2 rakaat, Ia mudah dan ringkas berdoalah dalam bahasa Melayu segala hajat yang dipohonkan.

4. Panjatkan kesyukuran sdr diizinkan Allah swt dapat membeli rumah dengan mengadakan majlis jamuan untuk anak yatim dan orang miskin dirumah baru ini. (house warming party untuk rakan-rakan sangat tidak digalakkan kerana mereka ini bukan fakir miskin yang layak untuk dijamu dan selalunya akan mengundang riak yang bakal memberikan masalah kepada anda sekeluarga)

5. Bacalah ALQuran
surat Al Baqarah. Dalam hal ini Allah Ta'ala telah berfirman:
"Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
(HR. Muslim)

6. Pindahlah kerumah baru anda dengan tawakkal bahawa Allah sahaja yang berhak disembah dan dipinta pertolongan.
Saya mengingatkan kepada muslimin muslimat sekelian agar janganlah membeli sebarang ayat Quran untuk digantung di dinding. Ini memang sangat silap kalau dilakukan juga.

[[Antara perubatan yang saya lakukan kepada pesakit yang kena rasuk ialah perlu dibuang segala tangkal azimat di badan serta dipersekitaran termasuk kereta dan rumah. Selain itu saya perlu membersihkan rumah pesakit ini dari segala gantungan ayat Quran seperti ayat kursi. InsyaAllah selepas pengisian agama selanjutnya, pesakit ini dirahmati Allah dan bebas dari gangguan setan selamanya.]]

Membeli ayat untuk digantung ini mahal harganya hingga beratus ringgit. Membazir. Membazir adalah kerja syaitan. Alquran Allah turunkan untuk dibaca, difahami dan seterusnya diamalkan dan bukan untuk gantungan. Nama Allah dan Muhammad juga bukan untuk digantung. Allah untuk diibadati. Nabi tidak pernah mengajar untuk gantung AlQuran dan nama Allah serta Muhammad tetapi ini adalah pengaruh dari budaya orang kafir.

Sekian wallahualam, wassalam.

Emjay

23 comments:

  1. Assalamualaikum wbt....memang di rumah saya ada menggantung frame ayat Quran, setengahnya hadiah diberi rakan kerana masuk rumah baru. Camana kalau tampal gambar bunga atau pemandangan utk menutup ayat Quran tu.Membazir rasanya kalau dibuang atau dimusnahkan.

    ReplyDelete
  2. Satu cadangan yang sangat baik sekali, jangan tangguhkan.

    ReplyDelete
  3. pak emjay, mohon maaf, apa artinya "jangan tangguhkan?" (mohon maaf, saya kurang mengerti bahasa melayu)
    maksudnya gantungan ayat QUran itu dilepas (tidak digantung lagi) atau bagaimana?
    kebetulan ibu saya di rumah juga memasang hiasan dinding berupa kaligrafi ayat Al Quran. Sayang juga kalau harus dibuang. Syukron pak penejelasannya :)

    ReplyDelete
  4. Cadangan tersebut maksudnya sangat baik sekali, maknanya jangan dilewatkan atau makna lainya segerakan.

    Buang saja kaligrafi tersebut. Tetapi perlu rosakkan dahulu kerana kelak ada orang lain yang ambil dan menggantungkannya pula. Buatlah sesuatu dengan niat mencari redha Allah swt. Mudah-mudahan membuang kaligrafi tersebut akan diredhai Allah swh.

    ReplyDelete
  5. Ustaz boleh terang dan tenangkan beberapa pendapat yang membandingkan gantungan ayat suci Al_Quran di masjid/surau malah dimasjid utama/terkenal tak tahulah masjid di mekah / madinah yang mereka selalu katakan " ha itu kat masjid tu boleh siap ada tulisan khat lagi?".
    Memang sukar hendak memberi penerangan tersebut kepada mereka diharap dapatlah kiranya memberi pandangan..

    ReplyDelete
  6. sayang ayat quran tu dibuang.... biar la gantung..... kalau terpandang kan dibaca nanti..... tak salah kan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Wr. Wbrkth......
    Saya berasa amat terkilan lah pulak bila ayat2 Al-Quran sebegitu tidak boleh digantung di rumah termasuklah ALLAH -MUHAMMAD dan hendaklah dimusnahkan atau dibuang. Muskhil betul saya, bukankah itu cuma sekadar ayat2 suci dari Al-Quran sahaja, bukannya ayat jampi serapah atau mentera2 yang dijadikan tangkal...! Mengapa pula menjadi 1 kesalahan atau dosa syirik jika menyimpannya???
    Tidakkah menggantungkannya sebagai perhiasan di dalam rumah dapat membezakan kita sebagai muslim yang menghuni rumah tesebut. Lagipun ayat2 tersebut, bila terpandang saja secara tidak langsung anak2 saya akan membacanya. Memanglah perkara nie tiada dalam Al-Quran dan hadis tapi adakah ianya tetap menjadi satu kesalahan???

    Banyak benda yang kita perlukan dan buat sehari-hari dalam hidup kita yang tidak ada dalam Al-Quran dan hadis, apakah ianya juga menjadi satu kesalahan dan dosa syirik sedangkan kita tiada niatpun sedemikian. Bukankah pokok pangkalnya itu adalah niat???
    Walaupun perbuatan kita itu betul tapi kalau niat salah kan tetap berdosa???

    Saya adalah InsanDahaga Ilmu dan pengetahuan, tolonglah berikan saya jawapan....

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbh

    Nabi menyuruh kita semua membaca Al Quran dengan memahaminya dan mengamalkannya bukan menggantung ayat-ayat AL Quran.

    Menggantung Al Quran kelihatan tidak salah apatah lagi apabila ia digantung untuk tujuan menghafal dsbnya dengan sebab-sebab yang baik. Namun apa yang sedang berlaku di Malaysia pada masa kini ialah orang menggantung Al Quran sebagai tangkal. Pintu bilik diletakkan sticker Ayat Kursi untuk menjauhkan syaitan, Iniadalah syirik. Di atas pintu masuk rumah diletakkan berbagai ayat Al Quran seperti surah Yaasin untuk mengelekkan rumah dari gangguan syaitan, ini juga syirik. Kedai menggantung ayat seribu dinar untuk menarik rezeki, ini juga syirik. Surah Yassin diletakkan sebelah bantal atau kepala katil untuk menjauhkan gangguan syaitan, juga adalah syirik. Surah yassin sentiasa di dalam beg tangan atau dalam kereta untuk perlindungan, ini juga syirik.

    Bagi mereka yang sudah mengalami gangguan syaitan tahap tinggi, kebanyakan mereka mengantung pelbagai ayat Al Quran dan nama Allah serta Muhamad hampir penuh dinding rumah mereka dengan harapan mendapat perlindungan dari gangguan syaitan. Selagi tidak dibuang segala macam ayat Al Quran ini, mereka terus berharap ke atas perlindungan melalui berbagai ayat ini. Inilah sebabnya saya tidak menggalakkan penggunaan ayat untuk digantung di dinding rumah.

    Penggunaan ayat didinding rumah juga akan mendidik anak-anak seolah-olah ayat ini juga sebagai perlindungan.

    Orang Cina dan Hindu kafir amat percaya bahawa ayat-ayat Al Quran yang digantung ini dapat mengelakkan gangguan syaitan.

    Melalui penjelasan ringkas ini, lebih baiklah Al Quran itu dibaca, difahami dan diamalkan dan bukan digantung di dinding.

    Sebagai analogi, meletakkan duit bersepah-sepah memanglah tidak salah tetapi nasihat saya ialah biarlah duit tersebut di simpan dengan kemas ditempat tersembunyi.

    Bacalah juga penjelasan saya melalui artikel di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/58

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. salam..
    saya rasa y dah ada 2 biarlah...
    membazir je kalau buang.....
    jangan pula beli y baru nak gantung....

    ReplyDelete
  10. Kenapa perlu di turunkan. Ini ayat Suci, bukan gambar patung yang di Larang. Nabi Muhamad sawmelarang orang yang di rumahnya ada menggantung gambar gambar dan perhiasan yang menyerupai patung benda hidup.
    meletak di tempat tinggi adalah satu penghormatan. Biasanya orang yang membela jin sahaja yang takut kepada ayat ayat Allah.

    ReplyDelete
  11. Sebaik-baik contoh adalah contoh dari Nabi Muhamad SAW, para sahabat dan tabiin. Adakah mereka semua ini menggantung ayat Al Quran?? Tempat menggantung Al Quran paling baik adalah di dalam hati. Paling baik hafalkan Al Quran.

    Oleh kerana umat Islam sudah taksub dengan gantungan ayat Al Quran, ramai orang Islam tertipu apabila makan nasi di restoran Hindu yang sekadar menggantung ayat Al Quran.

    Sekiranya seseorang menggantung Ayat Kursi dengan niat sebagai pendinding yang mampu menghalau setan maka ini sudah boleh merosak akidah. Inilah tujuannya agar sebarang ayat Al Quran tidak digantungkan.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. salam ustaz sy cma nk bg pndgan bg phak sy je.... bg sy ayat al quran tidak ada apa-apa pn yg mnjadikn ia blh adalah hkmah ayat tu... sy tertarik dgn kata tuan menganai ayat quran lbh baik disimpan didalam hati...mmg btul x blh dinafikn
    tuan... cba kta prhatikn brp rmaikh umat islam di nusantara ini mmpu mnympn ny dlm hati kta... jka tuan pn mmpu mnympn didlm hati x lh byk tuan mmperlekehkn sesama mhluk Allah yg baharu ni... cbalh kta rnung2kn .... apa ada pd ayat yg trgntng didinding itu yg ptut dibuang atau kealpaan kta pd HIKMAH Allah???
    Jazakallah wssllm

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustad saya hendak bagi pandangan bagi pihak saya,saya rasa tak salah klu kita hendak menggantungkan ayat2 al-Quran,tidak semua umat Nabi Muhammad pada zaman sekarang dapat menghafal ayat2 al-Quran seperti ustaz.mungkin ayat2 lazim mereka dapat hafal tapi ayat yassin tidak ramai dapat hafal,lagi satu mungkin pesakit-pesakit ustaz itu hanya menggantung ayat al-Quran hanya sebagai hiasan bukan untuk dibaca dan diamalkan.klu ia menjadi syirik kenapa di dalam masjid terdapat jugak ayat2 al-Quran yang digantung???untuk pengetahuan ustaz boleh dikata setiap mlm saya meletakkan surah yassin di tepi bantal bkn ape sekiranya saya merasa ada sesuatu yang tidak kena saya akan membaca surah yassin,saya rasa tidak salahkan klu meletakkan yassin disebelah saya waktu saya tidur.

    ReplyDelete
  14. salam semua....saya berpendapat pula...sebenarnya ini semuanya bergantung kepada penilaian seseorang salah atau tidak mesti diberitahu secara jelas.contoh ayat2 al-quran tu,suci diletakkan di mana saja ia tetap suci..tapi pemahaman orang2 yang jahil dengan orang berilmu hendaklah diselarikan dengan adanya ceramah2 bebas atau kuliah2 di masjid.barulah pemahaman sesorang tu tidak terpesong.seperti kalau saya bertanya .kenapa orang skit pergi hospital?adakah untuk di rawat saja.atau nak baik dari sakit.banyak org pilih nak baik dari sakit.tapi sapa yang sembuhkan sakit hospital ke.atau allah.begitu juga dengan ayat2 al-quran tersebut..banyak yang bagi pendapat semuanya betul...tapi adakah ia dapat memahaminya supaya tidak syirik .itu perseolan pokoknya.gantung untuk apa?????????????.jawapannya ada pada bijak pandai...yang diberi amanah untuk menjaga segala hal agama.contohnya para2 mufti kita.berilah penerangan kepada meraka2 yang perlukan bimbingan.janganlah kita terus jatuhkan hukum haram...pada hal2 yang harus atau makruh.safeee atau wahabii.bagi saya yang boleh mendatangkan pahala selagi tak syirik kan allah.itu satu peluang.wassalam....

    ReplyDelete
  15. Macam mana ngan mekah..ada juga digantung..apa pendapat saudara2 sekalian..berdasarkan kajian saya tidak salah gantungkan ayat suci al-quran.Sumanya yg berlaku hanyalah mengikut nawaitu kita..Jikalau berkehendakan tidak baik maka tidak baiklah jdnya..Kalau berkehendakan yang baik maka dengan izin ALLAH jadilah ia..Dengan menggunakn kalimah Kaf dan Nun..Kun Fayakun..And salah kalu dibuang ayt suci al-quran..kerana dikuatiri org akn pjak dan mcam2 lg..last2 dri sendiri juga yg berdosa..

    ReplyDelete
  16. Panduan yang berguna, terima kasih ustaz. Cuma yang saya nak tanya, macam mana pulak bagi orang bujang yang nak masuk ke rumah baru? Bolehkah terus tinggal di rumah itu walau pun terpaksa melakukan solat hajat, tahajjud dan tadarrus al-Quran secara bersendirian?

    ReplyDelete
  17. Buatlah apa yang termampu walau pun solat bersendirian.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. mengantungkan ayat al-Quran diharuskan dengan syarat tidak mendedahkan kepada kerosakkan atau penghinaan. Ianya mestilah digantung di tempat yang tinggi dan dihormati. Perbuatan ini diharuskan oleh jumhur Ulama' berdasarkan tiada larangan yang berkait dengan perkara ini. Bahkan ianya adalah syiar agama dan keindahan Islam. Lihat sahaja kain kiswah ka'bah dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran berkurun lamanya tanpa sebarang bantahan. Demikian juga masjid Madinah yang dihiasi di dinding-dindingnya dengan pelbagai ayat-ayat Al-Quran dan hadis.

    ReplyDelete
  19. Ringkasnya, bukanlah mudah untuk membid'ahkan sesuatu atau mengharamkan sesuatu tanpa ada dalil yang qath'i atau sohih.

    ReplyDelete
  20. Ya memang nama Allah dan nama Nabi Muhammad bukan bertujuan untuk digantungkan semata-semata tetapi tidak salah melakukkannya daripada mengantungkan gambar kere, monyet dan selainnya baik kita letekkan nama Allah dan nama nabi Muhammad, tetapi Wahhabi amat pelik. Wahhabi mengantungkan gambar-gambar tok guru mereka Bin Baz, Albani dan selainya boleh plak.Gambar dan nama-nama keluarga mereka pun digantungkan dan sebagainya. Tapi bila nama Allah dan nama Nabi Muhammad plak mereka akan hukum kufur, syirik dan haram…inilah tandanya mereka adalah pembenci Allah dan Nabi.
    Semoga Allah memeberi hidayah iman kepada Wahhabi melayu dan meletapkan kita Ahli Sunnah dijalan yang benar.

    ReplyDelete
  21. rujuk di sini..https://youtu.be/DQxuVCRKFcE

    ReplyDelete