Makluman
Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Thursday, 9 November 2006
Penilaian ke atas web Penawar.com
Anda boleh menemui laman Penawar.com ini di alamat
http://www.penawar.com/index.html
Laman ini kelihatan begitu islamik sekali. Kononnya ia menjalankan Rawatan Melalui Teknologi Al-Quran dan Asma' Al-Husna
Antara perkhidmatan yang diberikan oleh Penawar.com ini ialah PENERANG HATI. Berikut adalah petikan iklan dalam Penawar bagi Penerang Hati::
Penerang Hati Extra-Plus
Satu lagi produk kami, Penerang Hati Extra-Plus - Insya Allah dapat membantu anda mencapai segala hajat. Berpandukan kepada hadis Nabi s.a.w., produk ini dengan izin Allah amat berkesan.
"Dengan proses ritual yang panjang dan disediakan mengikut permintaan, yakni setelah anda membuat pesanan barulah kami akan menjalankan ritualnya selama 7 malam berturut-turut. Kebanyakan orang tidak sanggup melakukan ritual sebegini, jadi kami telah memberi khidmat untuk itu.
Oleh kerana tenaga dan masa kami gunakan menyediakannya, maka kami meletakkan mahar untuk produk ini. Bukan suatu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan manfaatnya.
Mahar: RM199 - Malaysia, S$199 - Singapore , B$199 - Brunei
Mahar termasuk penghantaran!"
Jikalau beginilah mudahnya seseorang hendak terang hatinya, saya rasakan umat Islam di Malaysia keseluruhan termasuk Tun Mahathir dan Pak Lah termasuk Dato' Najib semuanya sudah lama terang hatinya dan tentulah isteri-isteri mereka termasuk semua menteri wanita di Malaysia akan pakai tudung. Orang Malaysia lain juga baik-baik belaka kerana terang hatinya dan tidak banyak azab yang menimpa orang Melayu. Kalau nak murtad saja, beri air penerang hati, mereka terus insaf ke pangkal jalan.
Terang hati adalah satu rahmat dari Allah. Rahmat ini akan diberikan oleh Allah kepada hamba Allah yang diizinkan Allah. Kebanyakkan mereka yang tertipu dengan iklan seperti ini ialah mereka yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pendidikan mereka (akademik). Bagi mereka ini, apabila terjumpa iklan seperti ini, seolah-olah ini adalah penyelesaian muktamad yang dicari-cari. Namun setelah membayar RM199 dan meminum air penerang hati ini, apa yang diperolehi adalah seperti seseorang yang kehausan dipadang pasir mengejar bayangan air fatamorgana. Lagi dikejar lagi memenatkan.
Kebanyakkan orang yang digelapkan hati mereka oleh Allah adalah mereka yang diseksa kerana dosanya sesuai dengan Al Ankabut: 40. Dalam kebanyakkan kes anak-anak lemah akademik ini antaranya ialah kerana:
1. Anak-anak diberikan makanan dan minuman dengan rezeki dari rezeki yang haram seperti rasuah, menipu dan mencuri.
2. Anak-anak semenjak kecil lagi sudah diberikan pelbagai tangkal dan azimat kononnya juga untuk menerangkan hati serta mendapatkan pelbagai kebaikan namun lagi diusahakan anak lagi lemah. Ini juga adalah musibah dari Allah kerana dosanya.
3. Ayah dan ibu menyuruh anak-anak untuk terang hati iaitu menjadi seorang yang pandai tetapi ayah dan ibu tidak mahu menjadi orang yang pandai. Contohnya membaca ALQuran dengan terjemahan adalah satu usaha menambah ilmu semoga menjadi mukmin yang lebih berilmu. Kalau ayah ibu sekadar membaca majalah hiburan semata-mata, apakah ilmu yang dapat dikutip dari hiburtan ini??
4. Anak diasuh dengan fikiran yang karut iaitu dengan membiasakan anak-anak menonton filem kartun di TV seperti Doraemon dan power ranger selain filem seperti Batman dan Superman.
5. Ibu bapa tidak mengerjakan perintah Allah seperti sembahyang serta banyak melakukan dosa lain seperti pornografi, berbomoh dan sebagainya.
Sekiranya kita menghendaki sesuatu rahmat dari Allah serti terang hati bagi anak-anak, ia bukanlah satu perkara mudah seperti menyediakan mee segera Maggi. Beli sepaket, rebus sebentar dan dalam 2 minit sudah boleh dimakan. Rahmat Allah tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia hanya boleh dibeli dengan usaha bersungguh melalui jalan yang diredai Allah seperti menjauhi segala yang dilarang Allah, bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan, mengerjakan segala yang diperintah Allah serta lengkapkan dengan banyak mengingati Allah (berzikir) dan berdoa. Lagi cantik jikalau doa ini dilakukan melalui sembahyang hajat dan solat tahajud dimalam hari.
Hakikatnya ialah laman ini adalah bercampur aduk antara yang hak dan yang bathil. Selain penerang hati yang maharnya ialah RM199, khidmat lai dengan membayar RM250 dengan zikir dan sebagainya dapat meningkatkan rezeki, pembukaan chakra, kuasa minda dan banyak lagi adalah sebenarnya jalan singkat untuk menuju kehancuran.
Kesimpulannya, jauhilah mendapatkan perkhidmatan dari manusia ini.
Sebarang pertanyaan silalah hubungi emjayjb@gmail.com
Emjay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment