Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 6 November 2006

Bomoh artis

Keris Zawil HAYAT milik Bomoh Artis


Assalamualaikukm wbt sekalian muslimin muslimat

Untuk pelajaran tauhid hari ini mari kita semua melawat laman web PUSAT RAWATAN ZAWIL HAYAT yang boleh diakses melalui alamat berikut :

http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bomohartis.html

Pusat rawatan ini diusahakan oleh Awang Mohd Yahya atau juga dikenali dengan panggilan bomoh artis.

Antara rawatan yang diberikan oleh pusat ini ialah :

Segala Masalah Rumahtangga
Hajat Selalu Terhalang
Suami Atau Isteri Liar Di Rumah
Terkena Badi Atau Saka
Sering Putus Tunang
Minyak Pengasih
Gagal Dalam Percintaan
Minyak Pembenci Dan Penjauh
Lambat Jodoh Kerana Pelalau
Segala Penyakit Baru Dan Lama
Bermadu Tiada Aman
Masalah Kelelakian
Dibenci Kawan Atau Keluarga
Kurang Segala Nafsu
Mandi Bunga Pulih Diri
Segala Perbuatan Manusia
Kerja Sudah Lama Tetapi Tidak Naik Pangkat
Buka Dan Tutup Nafsu Untuk Seseorang

Bomoh Artis memandikan pesakitnya
Bomoh artis masuk akhbar

Bagi sesetengah orang yang memang sudah jatuh cinta dengan bomoh, usaha melalui bomoh artis ini sememangnya sesuatu yang sangat dinanti-nanti. Maklumlah, sesuatu hajat itu kalau tidak diusahakan mana nak dapat (pada pandangan mereka ini). Jadi mereka menggunakan kaedah inilah untuk mencapai hajat masing-masing. Ingatlah sebenarnya Islam adalah berdasarkan MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Walaupun matlamat inginkan sesuatu seperti naik pangkat dsb, kaedah jalan pintas menemui bomoh seperti ini sebenarnya adalah jalan pintas untuk ke NERAKA.

Bomoh artis ini menggunakan keris khasnya bernama  keris Zawil Hayat.


Keris ini digunakan oleh bomoh dalam proses pemujaan agar syaitan datang menjadi khadamnya.

Selain rawatan yang disebutkan di atas, bomoh artis juga memberikan khidmat memasukkan susuk. Berikut adalah petikan berkaitan susuk dari laman bomoh artis ini.

JENIS-JENIS SUSUK:

Rahsia Ilmu Susuk. Segala hajat dan cita-cita akan mudah tercapai dan akan mendapat satu kecantikan luar biasa dengan ilmu susuk.

Antara susuk yang ditawarkan oleh BOMOH ARTIS MALAYSIA ialah :
Susuk Ayat untuk Ilmu Kesian
Susuk Pemanis
Susuk Seri Wajah
Susuk Penyeri Diri
Susuk Pelaris Diri
Susuk Pelaris Perniagaan
Susuk Penarik Batin
Susuk Pemikat Umum
Susuk Payudara
Susuk Pulih Dara
Susuk Penunduk
Susuk Pendinding Diri
Susuk Suara Merdu
Susuk Kelamin Suami Isteri
Susuk Pasak Tenaga Batin
Susuk Pengikat Kasih
Susuk Luruh Badan
Susuk Mandi Susuk
Susuk Penyeri
Susuk Ibu Segala Susuk
Bagi mudah mengabui umat Islam sekelian, bomoh artis ini memberikan satu kenyataan mudah untuk mengelirukan dan membodohkan umat Islam sekelian iaitu
PERINGATAN! SUSUK JARUM EMAS, BERLIAN, BESI ADALAH DILARANG PENGGUNAANNYA OLEH UMAT ISLAM.

Begitulah bagaimana syaitan juga sudah berevolusi. Kalau dahulunya hanya susuk emas, berlian dan besi sahaja yang digunakan, kini syaitan yang sama mengatakan bahawa susuk-susuk ini adalah sesat dan mereka menyuruh sekelian umat Islam menggunakan jenis susuk baru yang kononnya halal disisi Islam.

Adakah perkhidmatan yang diberikan oleh bomoh artis ini sah di sisi islam? Namun di Malaysia sekarang ini apa yang saya perhatikan adalah sudah tidak ramai lagi yang berkemampuan untuk menilai satu perbuatan itu termasuk dalam kategori bomoh sesat atau tidak. Apa yang sangat menyedihkan pula ialah apabila seorang mufti memberikan perakuan bahawa usaha sesat perusahaan bomoh moden disahkan oleh mufti ini sebagai sah di sisi Islam.

Dalam Islam Tukang sihir atau bomoh memang telah jelas kesyirikan mereka dan Nabi Muhammad telah bersabda mafhumnya :
“Hukuman tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang”
(Riwayat Tirmizi dari Jundub).
Mempercayai dukun atau bomoh atau astrologi hanya menjadikan kita kafir menurut hadis Nabi SAW mafhumnya :
Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud

Itulah sebabnya di Malaysia berbagai iklan bomoh atau pusat rawatan yang kononnya“ISLAM” tetapi sebenarnya mengajak umat Islam menjadi syirik berkembang biak dan subur kerana mufti dan mereka di pejabat-pejabat agama, YADIM atau JAKIM agaknya sudah tidak berupaya menilai salah atau benar satu kaedah rawatan yang dijalankan oleh pusat-pusat ini. InsyaAllah jika diiznkanNya, akan saya kupas lebih banyak lagi laman-laman web sesat ini di masa akan datang.

Ingatlah wahai saudaraku muslimin muslimat sekelian bahawa memang mudah untuk kafir dan memang sukar untuk beriman. Memang mudah untuk jadi susah dan memang sukar untuk senang.

Bomoh ini nampak gayanya sungguh popular sekali. Macam mana tak popular, sehingga ini ada ke mufti dan ulamak di Malaysia yang berani menegur pengamal bomoh ini. Penampilan dirinya dilaman webnya nampak islamik dan nama perubatannya iaitu PUSAT RAWATAN ZAWIL HAYAT lagi nampak islamik. Dapat lesen besarlah dengan penampilan kulit buku ini dan mudahlah merosakkan akidah umat islam sekelian.

Gambar keris tu adalah gamabar keris zawil hayat yang digunakan oleh bomoh ini untuk perbomohannya.

Namun, umat islam sekelian, jauhilah anda dari gejala perbomohan termasuk berusaha melalui bomoh artis ini.

Silalah email saya di kangmasjb@hotmail.com

Wallahualam, Wassalam,

Syirik adalah sebesar-besar dosa.

Emjay

25 comments:

  1. syirik adalah dosa besor...mintak dijauhkan...

    ReplyDelete
  2. Tahu pun engkau bellowlower. Engkau tak minat ke nak menuntut ilmu dengan bomoh artis ini??

    ReplyDelete
  3. hehe..en.emjay pandai melawak..en.emjay tak nak tuntut ilmu wasatiah?? saya rase en.emjay kena kot, just nasihat menasihati antara satu same lain..

    salam

    bellowlower aka cicakman
    mintak maaf..

    ReplyDelete
  4. saya sebenarnya confuse tentang "org2 pandai" yg kononnya menggunakan ayat al-quran dan boleh membaca hati org sebelum org itu sendiri memberitahu tujuan kedatangannya. lagi satu tentang air yg dijampi dengan ayat al-quran tk menghalau gangguan. boleh tak uztaz huraikan.

    umi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh zueral

    Ada seorang bomoh yang pakai title ustaz di Muar kalau sesiapa berjumpa dengannya boleh terpukau. Macam-macam dia ni boleh beritahu darihal bapa mertua, adik beradik, ipar duai, semuanya boleh diceritakan tingkah laku setiap seorang dengan terperinci. Pendek kata luar dalam semua dia boleh cerita. Seorang **** menteri pun dijajanya pernah berubat dengan"ustaz" ini. Sebenarnya ini semua adalah permainan syaitan-syaitan. Syaitan ini membantu bomoh bertitle ustaz ini menjadikan orang ramai terpaku konon dengan kehebatan mereka agar mudah bagi mereka menyesatkan mereka yang datang berhajat.

    Dari Aisyah r.a. katanya: "Aku pernah bercerita kepada rasulullah SAW bahawa
    para bomoh berkata begini dan begitu. Kami lihat kenyataannya memang betul." Sabda Nabi SAW, "Kata-kata yang benar itu tertangkap oleh sebangsa jin lalu dibisikkan ke telinga bomoh dan ditambah-tambahnya dengan seratus dusta". (Riwayat dari Muslim)

    Antara dusta yang kerap digunakan oleh bomoh ialah "penyakit engkau ini senang sembuh" dan "engkau ni dah kena buatan orang".

    Hanya bomoh sesat dan guru tarekat sesat yang ada kemahiran seperti ini. Nabi tidak ada kelebihan ini dan Nabi kalau melakukan sesuatu yang pelik adalah kerana wahyu dari Allah. Bomoh sesat dan guru tarekat bukan gunakan wahyu tetapi gunakan syaitan.

    Mengenai persoalan kedua sdr, berikut adalah jawapan yang dipetik dari Al Qayyim:

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Amalan perbomohan atau jampi dalam Masyarakat
    11 01 2007

    Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

    (Penyelaras Seketeriat Falsafah Dan Sains Islam, USM, Pulau Pinang.)

    Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.

    Amalan perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam dan syarat-syaratnya :

    Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi, termasuk menyuruh isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, baginda menyuruh berjampi dengan katanya “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah” . Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendak pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang sebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”.

    Namun, suka diingatkan bahawa kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya menumpukan persoalan jampi semata-mata, kerana perubatan moden dan pengetahuan perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. Bahkan penulis melihat pada zaman ini tuntutan perubatan mo

    ReplyDelete
  6. salam...
    saya difahamkan susuk terbahagi kepada 2 iaitu susuk logam dan susuk ayat..
    kita tahu susuk logam adalah haram..tetapi bagaimana pula dgn susuk ayat pula bermula dgn bismillah? tq

    ReplyDelete
  7. Secara ringkasnya, kedua-duanya sama hukumnya jelas syirikk.

    Bagi penjelasannya, saya akan berikan dalam tempuh terdekat.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. maaf kalau kata kata saya keterlanjuran,tidak payah fikir atau kata tentang sesuatu yg kita tak pasti...yg sebaiknya berdoalah selalu semoga sekalian umat muhammad dijauhi segala genjala atau unsur tidak baik..tanya pada diri kita..apakah ibadah atau amalan kita di terima oleh ALLAH SWT..SUDAH PASTI ANDA TIDAK TAHU KAN..JADI janganlah kecam pada org lain seperti org itu buat syirik,tuduh org buat dosa..dosa dan pahala bukan urusan kita.. apakah diri kita ini tuhan,boleh kecam dan buat keputusan org itu buat dosa atau pahala..boleh anda kira berapa pahala atau dosa pada diri anda sekarang...janganlah yang ada,di tiadakan dan yang tiada di adakan ..sesungguhnya ia adalah satu bidaah,dosa bidaah lebih besar dari dosa zina..dari itu sedar la semua.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum semua
    sekadar berkongsi pandangan dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan. berkenaan susuk ayat seperti yang dinyatakan oleh sdr pishangmaz, sebenarnya tidak kiralah apa jenis susuk pun, walaupun menggunakan ayat, sekiranya membelakangkan Allah S.W.T sebagai penguasa sekalian alam maka hukumnya syirik dan berdosa besar.

    kepada sdr segak pula, alhamdulillah namanya segak, cuma pandangan sdr di atas kurang enak jika maksud blog ini adalah sebagai wadah perkongsian ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah. saya berpendirian beradasarkan firman Allah dan sunnah Rasul junjungan, bahwa kita sebagai khalifah Allah adalah bertanggungjawab menyampaikan kebenaran, walaupun ianya pahit bak sabda Rasul.
    justeru apabila kita berkongsi ilmu dan berhujah untuk menjelaskan yang hak dan menolak kebatilan, tidaklah menjadi suatu kesalahan. bahkan apabila kita membincangkannya, kita nampak perkara yang batil, maka tidaklah salah untuk menyatakan kebatilannya. sama juga macam kta membezakan antara kafir dengan islam, antara kufur dengan iman, antar betul dengan salah dan antara syirik dengan tidak. pandangan saya, hanya mereka yang menegakkan benang yang basah atau yang makan cili sahaja akan terasa apabila diajukan tentang kesesatan yang mereka lakukan. macam orang merokok, kita kata rokok haram pasti mereka akan marah.
    tidak salah jika saya mengatakan bahawa kita dianggap bersekongkol dengan mereka yang melakukan syirik terhadap Allah jika kita tidak berani atas nama Allah untuk menyatakan bahwa apa yang mereka lakukan itu salah. bukan tujuan kita untuk mengaib atau memperkecilkan orang lain, tetapi ia adalah tanggungjawab untuk menasihati saudara seIslam yang lain agar kembali mentaati Allah dan Rasul, walaupun dia itu seorang prof, atau tok guru atau kiai atau hafiz atau ustaz atau ulama dan sebagainya.

    bicara ini bukan untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar luahan pendapat dalam mencari redho yang Maha Esa. hakikatnya kita semua adalah hamba yang lemah yang sentiasa perlukan panduan agar sentiasa dalam naungan rahmat Allah S.W.T.

    "al-iman yazidu wa yanqus"

    wallahua'lam...

    al-faqiru ila Allah...

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh sdr ku yang dikasihi johnjulipan

    Pertama kali menulis di laman emjay terus tepat menyengat macam lipan. Selamat datang diucapkan kepada sdr johnjulipan. Teruskan sengatan berbisa sdr kerana Allah.

    Kepada sdr segak, jika diajukan soalan oleh anak lelaki sdr, "ayah, bolehkah saya peluk dan gomol anak dara sebelah rumah", kalau berdasarkan ilmu sdr di atas, jangan nasihati dan kecam anak sdr tersebut dan lebih molek biarkan sahaja kerana sebagaimana kata-kata sdr "dosa dan pahala bukan urusan kita.. ".

    Esok kalau isteri sdr digomol pula oleh jiran sebelah, jangan tegur jiran kerana "dosa dan pahala bukan urusan kita.. ".

    Selepas ini pula sdr segak boleh menasihati JAKIM jangan mengeluarkan fatwa seperti AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN JAKIM di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/73 kerana ini adalah bertentangan dengan pendapt sdr iaitu "janganlah kecam pada org lain seperti org itu buat syirik,tuduh org buat dosa..dosa dan pahala bukan urusan kita.. apakah diri kita ini tuhan,boleh kecam dan buat keputusan org itu buat dosa atau pahala.."

    Akhir kata kalau sukar untuk merubah diri sendiri kepada jalan lurus yang diredhai Allah, jangan pula menasihati orang lain supaya menjauhi jalan yang lurus ini.

    Sekian sahaja semoga Allah memberikan taufik, hidayah, petunjuk, rahmat dan berkat kepada sdr segak dan dimatikan dalam iman.

    Wassalam wallahualam

    Terima kasih daun keladi kepada sdr johnjulipan

    Emjay

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ustaz...

    laman ini memang harus diteliti oleh semua umat dan hamba Allah. Tapi saya ingin tahu, apakah benar susuk yang ditawarkan oleh bomoh artist memang benar?

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam wbh

    Memang amalan memasukkan susuk sudah wujud di kalangan umat Melayu nusantara sejak nenek moyang saya lagi. Di Indonesia, perkhidmatan memasukkan susuk dijalankan oleh bomoh yang beroperasi dari kedai-kedai di kaki lima.

    Sama juga dengan tatoo, dulu dilakukan oleh bomoh di hujung kampung dan di dalam hutan selain oleh sami-sami buddha tetapi kini dilakukan oleh bomoh moden di dalam pasar raya besar.

    Kalau sudah bomoh artis ini sendiri mengaku memasukkan pelbagai susuk, apa lagi yang tidak betulnya?

    Selain Bomoh artis, memang ramai bomoh lain yang memberikan perkhidmatan memasukkan susuk.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. klo misalnya ada kekuatan seperti itu apa fungsi tuhan dimata kita???mengapa tidak ada ilmu menembus surga...apakah menjadi suatu kemusrikan....memang ada yah ayat yang mempelajari tentang ilmu susuk...

    ReplyDelete
  14. Salam...
    Saya pernah terbaca satu kisah dimana Nabi Muhd s.a.w berkata ..."aku adalah gedung segala ilmu (semestinya hanya dari Allah) dan Ali adalah pintunya "..

    Kita ambil jalan mudah...jika susuk tu 'halal' sudah tentu dah diajar Nabi kepada para sahabatnya.Nabi pun dah kata.."berpeganglah pada dua perkara ini nescaya kamu tak akan sesat selama-lamanya iaitu al-quran dan sunnahku..:

    Yang nabi tak ajar tak payah la nak mandai-mandai nak buat.Takut-takut nabi tak mengaku kita umatnya kelak...

    ReplyDelete
  15. salam...
    saya rasa persoalan yang bermain dalam fikiran saya terjawab mengenai penggunaan susuk. di kalangan artis mungkin telah menjadi mainan tetapi keadaan ini turut menular di tempat kerja saya. Apabila saya menyatakan kemusgkilan..ada pula anak gadis yang lebih muda drp saya menyatakan bahawa susuk yang diambilnya adalah jenis susuk islam. Ini amat memeranjatkan saya kerana yang pasti susuk adalah susuk. Belum terdengar saya berkenaan susuk islam. Saya berlalu dengan perasaan malu dan kecewa kerana begitu mudah manusia di perdayakan.

    ReplyDelete
  16. Begitulah manusia apabila tidak berilmu, mudah sangat diperbodohkan oleh syaitan. SUSUK tetap susuk dan tidak ada susuk kafir atau susuk islam!! Semua susuk adalah syirik.

    Mungkin lepas ini syaitan menipu orang bodoh dengan mengatakan ada tatoo Islam dan tatoo kafir.

    BODOHNYA manusia seperti ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Salam..saya telah membaca website yang di perkatakan iaitu Pusat Rawatan Zawil Hayat. ia agak meragukan dan lucu pada pandangan mata kasar saya. Saya hanya manusia yang sentiasa mencari ilmu agama sebagai bekalan hidup tetapi mengapa masayarakat kita sekarang ini di hidangkan dengan janji2 manis yang meragukan. Secara jujurnya, saya juga boleh berfikir dengan waras tak kala saya melayari laman tersebut. Mengapa begitu ramai manusia yang mahu mencari jalan mudah dan singkat sehingga mudah tertipu dengan janji2 iblis. Bukan calang2 orang yang kononnya menjadi pelanggannya. Memandangkan saya masih tertarik dengan isu susuk, maka saya amat terkejut kononnya amaran keras kepada yang beragama Islam adalah dilarang untuk menggunakan susuk jarum yang sewaktu dengannya. Mengikut fahaman saya yang cetek ini, perkhidmatan tersebut tetap ditawarkan. Justeru itu, apakah jenis susuk yang di masukkan? Begitu mudah masayarakat kita terpedaya kerana nafsu sendiri.

    ReplyDelete
  18. Salam..saya telah membaca website yang di perkatakan iaitu Pusat Rawatan Zawil Hayat. ia agak meragukan dan lucu pada pandangan mata kasar saya. Saya hanya manusia yang sentiasa mencari ilmu agama sebagai bekalan hidup tetapi mengapa masayarakat kita sekarang ini di hidangkan dengan janji2 manis yang meragukan. Secara jujurnya, saya juga boleh berfikir dengan waras tak kala saya melayari laman tersebut. Mengapa begitu ramai manusia yang mahu mencari jalan mudah dan singkat sehingga mudah tertipu dengan janji2 iblis. Bukan calang2 orang yang kononnya menjadi pelanggannya. Memandangkan saya masih tertarik dengan isu susuk, maka saya amat terkejut kononnya amaran keras kepada yang beragama Islam adalah dilarang untuk menggunakan susuk jarum yang sewaktu dengannya. Mengikut fahaman saya yang cetek ini, perkhidmatan tersebut tetap ditawarkan. Justeru itu, apakah jenis susuk yang di masukkan? Begitu mudah masayarakat kita terpedaya kerana nafsu sendiri.

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah ..sy stuju ngn view johnjulipan dn article d atas. syabas. artikal yg x berkompromi dlm soal hukum hakam.. teruskn berdakwah...

    ReplyDelete
  20. dalam islam susuk tu halal ke haram???? pikir sendri la..
    iffy..

    ReplyDelete
  21. dalam islam susuk tu halal ke haram???? pikir sendri la..
    iffy..

    ReplyDelete
  22. sy nk tnye..sy ade masalah dlm percintaan..sy terlalu sygkn akwe sy tu dan ikhlas ngan die..org ckpkita bleh buat sume nih asalkn kita ikhlas bkn tujuan buruk..sy nk rawat agar sy ngan die disatukan satu hari nnt..sy dh xnk org lain..sy hanya nk die...ape yg patut sy buat? bleh x tolong sy?

    ReplyDelete