Makluman
Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Saturday 4 November 2006
Jangan makan kubis bulat ()
Assalamualaikum wbt semua muslimin .
Kubis bulat memang digemari ramai di
Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar
pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli.
Kubis murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang
Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang
dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu
hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan
juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau
tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis
digunakan dipelbagai masakan.
Satu ketika sewaktu makan di sebuah
restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan
restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus
bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan
makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu
dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian
saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal.
Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau makan kubis tak?".
Mat menjawab "Saya tak makan".
Saya bertanya lagi "Kenapa tak
makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur
kubis?"
"Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat
ringkas.
"Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya menyambung
soalan.
"Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya"
Mat menyambung perbualan.
Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu
seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat saya rumuskan
bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua
orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak
tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar
saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis.
Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula
yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.
Apakah sebenarnya
kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN
KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut
sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia
menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau
yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit
puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa
dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah
penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan
masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga
menyebabkan secondary infection”. Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang
dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami
masalah keputihan.
Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini
sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang
amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami.
Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang
jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan
keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan
perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium
yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan
keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat
lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di
atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.
Kebanyakan
para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di
atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan.
Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor
akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun
semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan
yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan
menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam,
sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit
lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini
pastinya mengundang rantaian masalah lain.
Masalah keputihan yang serius
juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di
bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya
mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi
kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan
kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain.
Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka
hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Satu
perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan
nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan
lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan
bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat
kemaluannya.
Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah
keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI
KUBIS.
Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja?
Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang
suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya.
Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu
bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi
pelekat ini ialah keputihan.
Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan
pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala
kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih
mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan
Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki
mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga
kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna
hitam.
Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga
menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini
dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas,
keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan
warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini
sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini
dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber
berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh
sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.
Sekiranya
anda ingin menghubungi saya, emailkan ke :
kangmasjb@hotmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum. dari mana dpt maklumat ni. adakah ada fakta ilmiah yg menyokong artikel diatas
ReplyDeleteAsalnya saya dapat dari arwah guru saya. Kemudian saya kaji melalui pelajar-pelajar saya dan akhirnya ilmu ini. Alhamdulillah.
ReplyDeleteasalamulaikum,bagaimana jenis kubis2 yang lain misalnya yang jenis panjang dan berdaun tu ada kandungan yg sama ke dengan kobis bulat? sekian t. kasih
ReplyDeleteHanya kubis bulat sahaja yang biasa dijual di kedai makan dan pasar. Kubis lain boleh makan.
ReplyDeleteSekian
kalau kubis bulat yg bewarna biru tu boleh ker ustaz.....bentuknya pun bulat...
ReplyDeleteKubis biru tu baru masuk market Malaysia. Saya pun baru sekali dua kali makan. Belum ada ilmu lagi berkenaan kubis ini.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletekobis bulat mempunyai nuoran asid yang tinggi dan bukan sahaja kobis bulat sahaja, sayur2an yang bukan berwarna hijau juga mempunyai nouran asid tetap kobis bulat adalah yang tertinggi..kalau makan berasaskan soya pun sama...so makanlah sayur hijau...jika nouron asid tinggi effect yang akan dihadapi selain keputihan ialah gout (sakit lutut) --> susah berjalan dan lutut lemah...sekarang macam2 penyakit dan ubat ada...insayaallah jika kite berusaha dan bertawakal akan dpt mencari jalan keluar dari kemeluh yang dihadapi...insyallah..kobis adalah ciptaan allah yang halal untuk dimakan dan makan la tapi jgn sampai memudaratkan..
fikir dan fikirkan
aka cicakman...
waalaikumussalam
ReplyDeleteTerima kasih bellowlower
assalamualaikum.......
ReplyDeletekubis bulat takleh makan...hmmm pelik..
ReplyDeletekalau setakat keputihan takde pape sangat.bukan boleh mati pon.
Perempuan boleh makan kubis bulat selepas haid kering dan berhenti makan kubis bulat seminggu sebelum datang haid..
kesian pekebun yang membanting tulang dan berbudi kepada tanah..
zaman millenium nie, mcm2 penyakit pelik timbul. dulu, kalo kite dgr ade org sakit jantung, terus kite tersentak, menggeleng2 kepala (nauzubillah). tp skrg, kaum kerabat, sahabat handai, sape2 je xkire dimana2. Klinik2, hospital jd sibuk xepanjang tahun.
ReplyDeleteNasihat saye, kawallah pemakanan mengikut keperluan badan. xnk exercise, xpe, tp mkn mknn yg mngadungi oxidation yg tinggi. Badan kite memerlukan x lebih dari 1600kcal (mengikut sukatan diri setiap individu). Pengambilan protein & vitamin yg mencukupi setiap hari, sudah cukup untuk menjalani hidup yg sihat.
ELAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN !!!!
Semoga tubuh badan yg dikurnaikan oleh Yang Maha Pencipta sihat senantiasa.
Yang Benar,
Personal Wellness Coach
btol jgak...tuu..kalu xmakan..mcm kekurangan jer..tp pandai2 r control bab makan neh...beringat b4 kena kan...
ReplyDeletememang la kobis bulat tak bawak mati.tapi awak ni perempuan ker?kalau perempuan tahu la betapa tensionyer masalah keputihan tuh.
ReplyDeleteItulah tristripes mengaku macam pandai.
ReplyDeleteSemoga peacegreen8906 diberikan kekuatan untuk tidak makan kobis bulat.
Emjay
tristripes ,apa bingai sgt ko ni. mesti masih bujang.tak reti hal orang pompuan jgn campur la
ReplyDeleteBegitulah manusia
ReplyDeleteEmjay
kalau keputihan tu menyebabkan kemaluan wanita menjadi hitam..ada tak kaedah untuk menghilangkannya?..ikhlas nak tahu
ReplyDeleteBab yang ini saya belum ada ilmu
ReplyDeleteEmjay
patutla mslah keputihan x selesai
ReplyDeletesaya pun mgalami masalah yg sama dgn hakikatdunia dan sy juga mncari jwpannye....arap emjayjb dpt mmbantu......
ReplyDeletestdent sy de m.lah kpthan..... hngga mybabkan kmluan gtal, melecet......dlm kelas lemah jer.... bla tnya, dia skp kpthan.... g jmpa dktor Xberkesan...... Sy xtnya lak pe yg dia mkn
ReplyDeleteBagi mencepatkan pemulihan bagi mereka yang mengalami keputihan, berhentikan langsung makan kobis atau kuah kobis.
ReplyDeleteSelepas itu, elakkan juga sotong, kerang, ketam, udang, belacan, cencalok, budu, junk food.
Kalau setelah melakukan perkara ini, keputihan masih menjadi masalah besar, silalah bertemu dengan Kak Ida iaitu isteri arwah guru saya di Kampung Cheras Baru, kuala lumpur 0136921230. Nanti kena berendam dalam besen mengandungi ubat. Setelah buat beberapa kali insya-Allah baik.
Kalau call kak ida ini, sampaikan salam saya dari Johor Bahru.
Emjay
setau saya kubis bulat ni memang satu2nya sayuran yang tidak mempunyai zat-zat yang diperlukan untuk tubuh.memakannya hanyalah untuk sedap dimulut sahaja.pada yang mempunyai masalah kesihatan,terutama tengah pantang bersalin ke atau demam(juga keputihan),dinasihatkan elakkan dari makan kubis kerana boleh menyebabkan bisa bisa pada badan (atau masuk angin org kg kata)
ReplyDeletewallahuaklam
Doktor saya pun tak galakkan saya makan kobis kerana ia boleh mempengaruhi saluran penghadaman terutama bagi pesakit sembelit. Terima kasih atas info keputihan ini juga..
ReplyDeletesalam sudr emjay...sy nk ty..suami sy prnah buat operate tonsil..sbb sblm tu dia ada hipertension...bila dh operate tonsil...tknn drh dh stabil...takde lg naik smpai 140/90...skrg dia amal mnum myk zaitun stiap pg mcm sdr emjy suggest...mslhnye skrg bila nk tido mlm..slalu hidungnye tersumbat wlpn tak pasang kipas...hri tu msa nk operate tonsil doc kata nk buang skit dinding dekat dlm hidung...tp bila abs operate tonsil doc tak jadi buang...katanya dinding tu dh takde...tp smpai skrg suami asyik tersumbat hidung...pe pndpt sdr emjay?
ReplyDeleteThanks for the info.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKalau suami tu dulu kerap mandi malam atau kerap minum air batu atau kerap tidur bawah kipas laju atau kerap tidor dengan aircon, masalah tersebut boleh dialami keranasistem pernafasannya sudah terganggu.
Minum susu fullcream lembu dalam tempuh lama mudah-mudahan pernafasannya kembali normal.
Emjay
assalamualaikum..terima kasih ustaz atas info ni...sy dan family mmg pnggemar kobis sbb sayur ni tahan lama..dan bapa sy selalu sakit gout..ms sy pregnant pun dpt skt jangkitan kuman...sy dah tahu sebabnya..terima kasih ustaz...
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteAlhamdulillah segala puji bagi Allah
EMjay