Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 16 November 2006

Pengalaman bersama orang yang kerasukan ()

Antara koleksi tangkal milik Cikgu Ina

Talipusat 4 anak dijadikan tangkal

Kayu ini diletakkan atas pintu buat halau hantu syaitan

Inilah tangkal alaf baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Kisah benar ini telah berlaku pada suatu waktu dahulu.

Pada satu petang ketika sedang memandu berhampiran Dewan Sultan Iskandar (DSI) dalam perjalanan balik dari tempat kerja ke rumah, saya terlihat seorang wanita bekas pelajar saya sedang berjalan dengan rakan sekerja saya Irah. Saya terus memberhentikan kereta untuk menegur Irah dan bekas pelajar saya itu. Setelah berbual singkat, bekas pelajar yang saya namakan Ina itu dalam nada bergurau berkata “masalah saya sekarang sangat rumit”. Walau pun dalam nada bergurau, saya yakin bahawa Ina ini memang mengalami masalah yang amat besar. Perubahan penampilan dirinya ketika bertemu dengan saya di pejabat Pendaftar tempat kerja saya pada suatu ketika dahulu sebaik sahaja beliau tamat pengajian seakan-akan mengesahkan gurauannya.

Keesokan hari, Irah bertemu saya atas urusan rasmi. Kesempatan ini diambil oleh Irah untuk menceritakan serba sedikit mengenai masalah Ina. Saya memberitahunya bahawa saya memang ada mengikuti perkembangan masalah Ina bermula sewaktu pada tahun dua lagi semasa saya mengajar salah satu mata pelajaran yang diikuti Ina. Merasakan bahawa saya mempunyai sedikit sebanyak cerita latar belakang mengenaiIna, Irah lantas menceritakan keadaan Ina yang diberitahu semasa pertemuan semalam denganb Ina. Satu pengalaman yang begitu mistik dalam waktu yang singkat bersama Ina. Ina mempunyai kelebihan boleh melihat jin dan iblis. Meremang juga Irah bila mendengar Ina menceritakan keadaan makhluk ini. Tingkah laku Ina juga pelik. Contohnya bila Ina menyorokkan dirinya di belakang Irah apabila terpandang makhluk-makhluk ini.

Selepas selesai menceritakan keadaan Ina, lalu saya menawarkan diri untuk bekerjasama dengan Irah untuk buat projek kebajikan iaitu membantu Ina menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Irah bersetuju dan mula merancang langkah berikutnya.

Kira-kira seminggu berlalu, pada hari Rabu kira-kira jam 9 pagi telefon bimbit saya berdering. Setelah saya menjawab, bermulalah dialog “Emjay, ini Irah, petang ini engkau free tak sebab Ina nak datang jumpa aku. Nanti boleh aku pass kepada engkau” berkata Irah di hujung talian.

“Petang ini sebenarnya aku sudah merancang untuk menyelia pelajar, tapi tak apalah, aku tangguhkan. Boleh kita buat appointment dengan Ina petang ini”. Saya menjawab. Sekarang ini memangnya musim menyelia pelajar yang sedang menjalani latihan mengajar.

“Pukul 4 petang nanti bila Ina datang saya akan bawa jumpa engkau. Boleh guna Makmal la nanti” Irah mencadangkan dan saya menyetujuinya.

Bermula dari saat itu saya membuat persediaan yang sewajarnya sebagaimana yang diajar oleh arwah guru saya. Berzikir dan berdoa semoga Allah memberikan petunjuk, rahmat, hidayah, taufik serta pertolongan dalam menangani dan membantu menyelesaikan masalah Ina. Pukul 3 petang saya sudah berada di makmal menumpukan perhatian ke atas kes yang bakal dihadapi. Zikir dan doa terus diamalkan.

Kira-kira pukul 4 petang, telefon bimbit saya berdering “Assalamualaikum, Ina ni, saya nak jumpa dengan Encik. Saya sekarang sedang berada di depan bilik Encik”.

Gembira mendengar suara bekas pelajar saya lalu menjawab “Waalaikumsalam. Saya sekarang sedang menunggu Ina di Makmal. Datanglah ke sana, saya sedang menunggu”.

Tidak lama kemudian saya keluar menanti Ina di depan pintu utama Makmal. Di hujung sana kelihatan Ina berjalan diiringi oleh suaminya Usop. Setelah menyapa dan bersalam dengan Usop, saya membawa mereka masuk Makmal lalu menolak dua kerusi untuk Ina dan suaminya Usop. Sebelum sesi bermula, Ina minta izin untuk berjumpa Irah terlebih dahulu, mungkin untuk mengajak Irah turut sama dalam sesi tersebut.

Sebagaimana biasa sesi dimulakan dengan mengkaji sejarah Usop dan isterinya Ina. Beberapa fakta penting dapat saya catatkan seperti berikut:
  1. Pada bulan Mac yang lalu iaitu kira-kira lebih sebulan lalu Ina diiringi suami ada berubat dengan seorang bomoh di Flat Taman Tun Aminah dengan pakcik Sahih sebanyak tiga kali. Di antara salah satu perubatannya ialah mandi bunga dan ada air untuk diminum dari botol yang mengandungi kertas yang bertulis perkataan tertentu dengan huruf jawi.
  2. Sekembali dari perubatan ini, di rumah tidak ada sebarang perkara berlaku tetapi bila balik ke rumah orang tua Ina, satu musibah besar telah berlaku. Ina telah kena histeria, menurun menjadi pontianak, harimau atau macam panglima zaman dahulu kala. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Tidak lama kemudian Ina kembali dari menemui Irah. Irah tidak dapat bersama kerana sebab yang tertentu. Sebelum sesi disambung semula, Ina mengeluarkan salinan beberapa sijil dan surat minta saya menandatangani pengesahannya. Tanda tangan sahaja tanpa cop pengesahan tidak sempurna. Usop mengambil keputusan untuk meninggalkan kami sebentar untuk beliau ke pejabat bagi mendapatkan cop rasmi pengesahan sijil.

Sebaik sahaja Usop meninggalkan kami, saya menyambung semula kajian sejarah Ina dan suaminya. Saya memulakan dengan mengajukan soalan pertama. Belum habis soalan ini diajukan, saya diberikan kejutan yang tidak pernah saya alami dan jangkakan. Satu hentaman tangan kuat ke meja diiringi sergahan yang kuat dihamburkan dari mulut Ina memarahi saya. Terperanjat, ketakutan dan terkedu saya dibuatnya. Di dalam Makmal yang besar tersebut hanya kami berdua sahaja yang tinggal. Berbagai-bagai bunyi yang mengerikan, cakaran kuku berkeriut di atas meja dan pelbagai suara dihamburkan kepada saya. Banyak bahasa yang dikeluarkan tetapi telah lupa disebabkan terperanjat dan ketakutan. Di antara pelbagai sebutan yang diucapkan yang dapat saya ingat ialah “Saya mahu darah awak!!”.

Dalam ketakutan tersebut apa yang dapat saya usahakan adalah semata-mata bertawakal kepada Allah di samping mengucapkan istighfar, berzikir dan berdoa meminta perlindungan dariNya. Kaki memang telah bersedia untuk melompat dan berlari seandainya Ina bergerak ke arah saya. Teringat kata-kata arwah guru saya bahawa wanita dalam keadaan menurun ini, tenaganya insyaAllah hanya dapat ditangani oleh enam orang lelaki. Bulu tengkuk memang meremang tegak. Bilalah suami Ina hendak balik dari pejabat. Masa dirasakan amat perlahan sekali. Selepas satu tempoh yang dirasakan begitu lama tiba-tiba Ina ketawa dengan nada biasa lalu berkata “Maaflah, begitulah saya!”. Rupanya Ina sudah pulih. Reda saya seketika. Panjang sungguh syukur saya kepadaNya dapat melepasi satu situasi yang begitu tegang.

Dapatlah saya menarik nafas lega namun ia tidak kekal kerana beberapa saat selepas itu Ina menurun lagi untuk kali kedua. Dia buat hal lagi memarahi saya dengan pelbagai bahasa yang saya tidak suka mendengarnya. Saya sekadar terus bertawakal, beristighfar, berzikir dan berdoa. Masa kembali dirasakan terlalu perlahan. Selepas agak lama juga, Ina kembali normal lalu memohon maaf daripada saya.Syukur tidak terkira kerana melepasi satu lagi azab. Namun ia tidak kekal kerana baru hendak menarik nafas lega, Ina menurun lagi untuk kali ketiga. Allah sahaja yang mengetahui azabnya berada berseorangan diri menghadapi saat-saat sedemikian. Saya nekad untuk merubah rentak. Tidak boleh terus mendiamkan diri sebegini dibuli boleh syaitan. Satu detik apabila Ina memaling muka ke arah menjauhi pintu, saya buka langkah seribu ke arah pintu, membukanya lalu menuju koridor. Namun ketakutan saya semakin bertambah kerana Ina juga turut sama berlari mengikut saya di belakang. Allah Maha Besar, bila sampai di koridor, Ina lalu berkata “heee, saya takut tinggal seorang dalam bilik tu” dengan nada orang yang normal. Lapang dada dan peluh sejuk mula berhenti. Tambah gembira apabila menoleh di hujung koridor sana, kelihatan suami Ina, Usop sedang berjalan ke arah kami. Syukur Alhamdulillah.

Kami bertiga masuk semula ke dalam makmal untuk meneruskan proses rutin yang diajarkan arwah guru saya iaitu mengumpul fakta sejarah kehidupan Ina dan Usop walaupun syaitan tidak menggemarinya. Sambungan fakta yang boleh dinyatakan di sini ialah:
  1. Selepas kes histeria dan menurun tersebut di rumah ibu bapa Ina, perkara yang sama berulang di rumah dan juga di sekolah tempat Ina bekerja.
  2. Di sekolah, apabila histeria dan menurun, Ina hanya akan menjadi macam pontianak sahaja.
  3. Apabila menurun di sekolah, rakan sekerja Ina telah membawa beliau ke Pusat Perubatan Darus Syifak di “Kuaters” Pendidikan Tasek Utara. Sewaktu perubatan di Darus Syifak ini, Ina seakan-akan dibawa ke satu dunia lain. Dalam dunia ini, Ina nampak Kaabah, kuda Nabi saw dan Sayidina Abu Bakar. Ina ada pedang yang digunakan untuk mencantas lawannya iaitu seorang perempuan tua yang sebelumnya telah melanggar Ina dan juga mengganggu adiknya hingga turut sama histeria. Sekembalinya dari berubat di Darus Syifak ini, Ina dibekalkan dengan campuran garam dan lada hitam sebagai pendinding. Sebotol air yang mengandungi kertas bertulis ayat tertentu juga diberikan untuk diminum. Walaupun sudah berubat di Darus Syifak, masalah Ina masih tidak dapat diselesaikan, malahan ia semakin bertambah parah.
  4. Nenek saudara Ina ada bela pelesit dan hantu raya.
  5. Usop pernah belajar silat gayung sewaktu belajar di Politeknik dan diberikan oleh perguruan sehelai kain cindai berwarna putih untuk simpanan.
  6. Sewaktu Ina di tingkatan tiga, ibu bapa beliau pernah membawanya menemui bomoh di Kongkong, Masai. Semasa berubat, Ina telah dibalut dengan kain hitam dan dijampi.
  7. Ina pernah berubat dengan bomoh di Masai. Ketika balik, Ina dibekalkan dengan kacang hijau untuk ditabur di sekeliling rumah sebagai pendinding.
  8. Rumah ibu bapa Ina berjiran dengan seorang bomoh. Bomoh ini sangat baik dan rapat dengan Ina sejak 1990/91.
  9. Ina boleh melihat makhluk halus (jin, iblis atau syaitan) semenjak dia kena histeria dan menurun. Di sepanjang sesi temu bual ini, mengerikan juga apabila tiba-tiba Ina mencelah percakapan saya untuk memberitahu “kawan-kawannya” sedang berkampung nun di hujung makmal. Apabila saya mula mendakwah tentang konsep Allah dan kebesaranNya, Ina mencelah lagi dengan memberitahu saya bawa “orang-orang” di belakang sedang menangis.
  10. Ina pernah meninggalkan sembahyang wajib terutamanya zohor kerana kesibukan kerja harian.

Memandangkan Usop ada kerja yang perlu dibuatnya, sesi ini perlu dihentikan pada pukul 5.30 petang, tambahan pula kami semua belum sembahyang asar. Sebelum balik saya memberikan Ina dan suami Usop pelan tindakan untuk dilaksanakan iaitu :
  1. Sembahyang jangan ditinggalkan. Jikalau suami ada di rumah dan tidak ke surau atau masjid, hendaklah sembahyang berjemaah.
  2. Jangan pakai lipstick lagi.
  3. Gambar konvo dan kahwin jangan digantung di dinding. Simpan di dalam album sahaja. Selepas melihat, tutupkan semula di dalam album.
  4. Sebarang baju dan baju anak yang terdapat gambar haiwan, manusia atau kartun hendaklah dibuang.
  5. Ayat Al-Quran jangan digantung di dinding rumah.
  6. Kurangkan atau elakkan radio dan televisyen.
  7. Sembahyang tahajud dan witir.
  8. Belajar agama di rumah saya.
  9. Saya akan ikut balik ke rumah Ina untuk mengambil pemberian Darus Syifak iaitu campuran garam dan lada hitam serta bekas air yang mengandungi tulisan di atas kertas.
Pada hari keesokannya, saya bersama isteri dan anak sulung saya telah berkunjung ke rumah Ina selepas isyak kira-kira pukul 9.00 malam khamis malam Jumaat. Masuk sahaja ke rumah Ina, terpandang permaidani dengan se ekor binatang tersergam indah di tengah-tengah permaidani tersebut. Saya mula berdakwah untuk menanamkan konsep Allah secara sepatutnya. Apabila mula sahaja dakwah tersebut, Ina mula buat hal lama iaitu histeria dan menurun namun kini keadaannya lebih terkawal tidak seperti dua hari lepas. Saya membisikkan kepada isteri dan anak untuk melakukan perkara yang sewajarnya. Apabila keadaan reda, saya mengarahkan Usop membawa isterinya untuk mengambil wuduk.

Sebaik sahaja selesai wuduk, saya terus menyambung dakwah dan alhamdulillah keadaan kini lebih terkawal. Saya menasihatkan Ina dan Usop agar mempercepatkan kedatangan mereka ke rumah saya untuk belajar agama. Setelah selesai, saya minta izin untuk balik dengan membawa bersama permaidani serta ayat Al-Quran yang tergantung di dinding. Tidak lupa juga saya berpesan agar pada cuti hari buruh kelak mereka datang ke rumah untuk belajar.


Hari cuti buruh 1 Mei, hari Ahad ditunggu dan juga hari Isnin berikutnya namun yang ditunggu tidak tiba. Pada hari Selasa malam selepas isyak, saya dan isteri berkunjung ke rumah Ina. Setibanya kami, Ina bercerita bahawa beliau dan suami memang telah merancang untuk datang berkunjung ke rumah saya pada hari Ahad lalu tetapi bermula pagi Ahad tersebut, suami serta 3 orang anak mereka telah diserang sakit kepala yang kronik. Masing-masing anak minta ibunya (Ina) iaitu satu-satunya yang tidak sakit kepala untuk memicit kepala mereka. Bagi diri Usop, selain sakit kepala, beliau juga diserang sakit sendi kaki yang menyukarkan beliau berjalan. Peristiwa ini berlarutan sehingga ke hari esoknya. Hajat hati untuk belajar agama terpaksa ditunda. Mendengar penerangan Ina tersebut, saya pun mencelah “Sepatutnya waktu semua sedang sakit kepala, terus bawa semua datang ke rumah .......”. Belum sempat saya menghabiskan kata-kata tersebut, saya telah dihumban dengan bantal oleh Ina. Saya lalu menyuruh Usop untuk membawa Ina untuk mengambil wuduk. Ina diserang histeria dan menurun lagi dengan mencakar tangan suami yang ingin membawanya ke bilik air. Namun jelas kelihatan serangan histeria dan menurun kali ini sudah semakin lemah dan terkawal. Semenjak Ina berkunjung ke UTM pada hari Rabu lalu, sehingga kini kejadian menurun dan histeria di sekolah alhamdulillah sudah tidak berlaku lagi.

Selepas berwuduk, saya menyambung dakwah bahawa memang syaitan marah dan berusaha agar Ina dan suami tidak datang ke rumah sayauntuk belajar agama. Namun kita perlu berjihad dengan bersungguh-sungguh melawan syaitan ini. Selepas selesai menyampaikan sedikit dakwah, saya meminta agar Ina menyerahkan lagi pelbagai bahan larangan Islam seperti tangkal, azimat dan sebagainya. Ina bersetuju untuk menyerahkan pula segala bahan yang diperoleh dari perubatan CVT (color vibration Therapy). Ina menceritakan telah banyak ribu RM dibelanjakan untuk mendapatkan rawatan secara CVT ini namun apa yang diharapkan tidak juga kunjung tiba.

Keesokan hari iaitu petang Rabu, saya balik ke rumah agak lewat, kira-kira pukul 6 petang
baru sampai ke rumah. Setelah turun dari kereta, saya menoleh ke belakang untuk memerhatikan sebuah kereta yang turut berhenti. Berderau darah saya apabila pemandu kereta tersebut adalah Puan Ina. Ina sedang mencari rumah saya dan kebetulan saya melintas lalu Ina mengekori saya ke rumah. Saya mempersilakan Ina bersama dua anaknya masuk. Sebenarnya Ina sekadar mencari rumah namun apabila telah terserempak Ina terpaksa belajar agama Islam bab akidah untuk kali pertamanya di rumah saya. Kawalan dirinya alhamdulillah semakin baik dan pengaruh syaitan kelihatan semakin lemah. Serangan histeria dan menurun di sekolah juga telah alhamdulillah tidak lagi berulang semenjak seminggu lalu. Selepas sembahyang maghrib berjemaah, makan malam dan sembahyang isyak, kira-kira pukul 9.30 malam Puan Ina balik ke rumah.

Keesokan hari khamis kira-kira pukul 8.30 malam, Ina bersama suami Usop dan anak-anak berkunjung lagi ke rumah untuk menyambung pelajaran agama bab akidah. Kali ini muka Ina tidak seperti dahulu, sudah berseri. Tidak ada tanda gangguan syaitan dan serangan histeria dan menurun, alhamdulillah. Kira-kira pukul 10.30 malam Ina dan keluarga meninggalkan rumah saya.

Pada hari rabu malam khamis minggu berikutnya kira-kira 8.30 malam, Ina berserta suami dan anak-anaknya datang lagi ke rumah. Satu pemberian dari mereka yang cukup berharga iaitu sekarung beg plastik sampah warna hitam bersaiz besar mengandungi barang-barang dimurkai Allah seperti tangkal dan buku-buku sesat seperti terjemahan lengkap mujarobat diserahkan kepada saya. Alhamdulillah Ina dan keluarganya telah semakin diberkati dan dirahmati Allah. Muka Ina semakin berseri begitu juga suaminya Usop, tidak seperti dua minggu lepas. Proses dakwah disambung lagi hingga hampir pukul 11 malam.

Ina sempat menceritakan berita gembira sewaktu di sekolah ketika diajukan soalan oleh rakan sekerja “Engkau boleh nampak lagi tak makhluk pelik macam dulu tu ?”.

Dengan selamba Ina menjawab “Servisnya dah tamat tempoh !”. Saya merasa begitu bersyukur lalu mengucapkan alhamdulillah di atas segala rahmat, berkat, taufik, hidayah dan pertolongan yang diberikan Allah. Semoga Ina terus menjadi mukminat yang sentiasa lebih baik hari ini berbanding semalam.

Hari ini setelah lebih bertahun-tahun Puan Ina kerasukan dan menurun dan setelah alhamdulillah banyak juga ilmu agama yang dipelajari, beliau telah mula menjadi pendakwah di sekolahnya di kalangan pelajar dan rakan sekerjanya. Berbagai-bagai masalah pelajar dari kerasukan dan pelbagai masalah lain sudah mula ditangani beliau. Alhamdulillah. Semoga Allah menjadikan beliau sebagai anak murid saya yang boleh memanjangkan ilmu semasa hidup dan selepas saya menghadap Allah.

Emjay





21 comments:

  1. Al-Hamdulillah, Moga Allah jua yg membalas budi baik MJ, dan sy amat bersyukur kerana ada INSAN yg mahu membantu tanpa wang ringgit...Maha Suci Allah

    ReplyDelete
  2. Al-Hamdulillah, Moga Allah jua yg membalas budi baik MJ, dan sy amat bersyukur kerana ada INSAN yg mahu membantu tanpa wang ringgit...Maha Suci Allah

    ReplyDelete
  3. Segala-gala pujian hanya untuk Allah

    ReplyDelete
  4. Saya tertarik membaca cerita di atas...buat pengetahuan emjay...saya pernah terkena sihir...walaupun berubat di merata tempat...namun keberkesanannya hanyalah untuk beberapa hari sahaja. Selepas beberapa hari, jin akan mencul semula dalam pelbagai rupa dan mengganggu tidur saya di malam hari seperti mimpi-2 yang menakutkan lalu tersedar dari tidur dengan tiba-tiba. Pelbagai usaha telah dilakukan...namun belum ada tanda-tanda akan pulih sepenuhnya. Sememangnya saya sudah takut untuk berjumpa bomoh lagi...takut terperangkap dalam dosa syirik besar. Bolehkah saudara emjay membantu dengan cara memberi panduan untuk menyelesaikan masalah saya yang saya rasa sangat rumit dan rimas ini???Semoga Allah Taala sahaja yang akan membalas budi baik saudara emjay.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh ainasafiyah

    Terima kasih kerana sudi bertanya.

    Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana sdr juga pernah mengalami pengalaman yang berat tersebut. Bagi saya sebagaimana yang Allah jelaskan dalam Al Quran, setiap yang buruk ada kebaikannya. Itulah sebabnya saya juga bersyukur diberikan pelbagai ujian dari Allah.

    Dalam kes ini tiada nasihat yang lebih berharga bagi ainasafiyah selain dari datang ke rumah saya di hujung minggu untuk belajar. Kalau sdr sudah bersuami, datanglah dengan suami. Kalau dah 3 kali datang belajar insyaAllah dah lain jadinya. Dalam pelajaran ini, saya akan mengajar sdr dengan suami sahaja tanpa kehadiran orang lain. Mudah untuk bersoal jawab tanpa rasa segan.

    Selagi tidak belajar ilmu agama ini, sdr macam orang kata "pi mai pi mai dok tang tu jugak".

    Berdoalah semoga sdr dimudahkan Allah SWT belajar ilmu tauhid yang berkenaan semoga kelak Allah memberikan rahmatNya kepada sdr.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saudara Emjay....

    Saya rasa tidak dapat datang ke rumah saudara memandangkan saya tinggal nun jauh di utara...Pulau Pinang.Saya belum bersuami dan tinggal bersama ibu saya yang telah lanjut usia...jadi rasa payah untuk datang ke rumah saudara emjay. Buat masa sekarang ini, saya betul-betul kebuntuan dalam mencari penawarnya kerana doktor kata saya tiada masalah kesihatan.Tolonglah bagi nasihat kepada saya. Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbh

    Kalau begitu, minta izin dari ibu, hari jumaat malam naiklah bas ke JB. Saya dengan isteri akan ambil pada hari Sabtu pagi di stesen bas larkin. Sempatlah belajar hari Sabtu dan ahad.

    Ahad petang dah boleh balik Penang.

    Duduklah dan makanlah di rumah kami secara percuma (sebagai tetamu).

    Apa yang penting, sdr perlu berilmu untuk menangani cabaran syaitan. Untuk berilmu sdr perlu belajar. Berdoalah semoga usaha sdr untuk belajar di JB dipermudahkan dan berikan pertolongan oleh Allah SWT.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. salam,

    Saya tertarik baca article ni. Ibu saya ada mengalami masalah kerasukan ni tapi saya tak pasti apa yang membuatkan dia kerasukan. Yang saya ingat masa muda dia ibu saya akan menyanyi, membuka baju dan menjadi tak sedar diri. Kini ibu saya dah pun tua kadang2 ada masanya ibu saya akan jadi tak keruan tapi dirinya tak lah seteruk masa muda dahulu. Sekiranya ibu saya dilanda penyakit jiwa ni dia akan mula berkelahi dengan ayah kekadang kesian nengok ayah. Tapi apakan daya saya sekeluarga pun tak tahu apa yang patut dilakukan.

    Untuk pengetahuan Emjay........masa dulu2 masa saya kecil lagi ibu saya telah diberi sebuah keris oleh saudaranya dan keris tu disimpan oleh ibu saya. Malangnya keris tersebut ibu saya telah beri kepada abangnya dengan tujuan untuk berubat dan tidak dipulangkan sehingga kini. Selepas keris tersebut diambil oleh abang ibu saya maka bermula lah episod sedih hidup ibu saya. Kami sekeluarga telah berusaha untuk mengubat ibu tapi ibu tak pulih sepenuhnya. Sehingga kini ibu saya sering mengadu kepada kami beliau nampak sperti ada benda menarik2 kakinya, memerhatikannya.

    Kami tak tahu bagaimana mahu membantu ibu. kalau emjay boleh bantu saya mencari apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut. Saya takut kalau ibu dah tak ada benda tu akan bergantangan pulak mencari keluarga yang lain.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum wbh bintang20

    Alhamdulillah semoga perlindungan dan pertolongan Allah untuk sdr seterusnya.

    Beginilah, berkunjunglah ke rumah saya di JB, belajarlah yang asas. Bukan mahal pun cuma naik bas ekspress. Tentang kos makan dan menginap di rumah saya serta belajar adalah free.

    Berdoalah agar Allah mudahkan. Bila sdr sudah berilmu, lebih mudah untuk menangani masa hadapan.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Maksudnya saya kena menuntut gek ker???? Emjay tak leh ubatkan ker??? saya pun sampai la ni tak tahu nak bawak ibu berubat dekat mana. Ingatkan Emjay leh ubatkan. Kalau nak saya menuntut ilmu ni saya ni penakut orangnya. benda2 macam ni lah yang saya tak nak libatkan diri.

    ReplyDelete
  11. Kalau saya memberikan ikan kepada orang yang lapar, bukankah lebih baik lagi kalau saya ajar mereka bagaimana untuk mencari ikan.

    Saudara kalau tidak bersedia mencari ilmu asas tauhid ini, saya takuti sejarah ibu bapa saudara akan berulang kepada saudara atau adek beradek sdr. Bukankah lebih elok sdr menjadi orang berilmu mudah-mudah satu ketika kelak menjadi lebih baik lagi daripada saya. Nak belajar ilmu ini sampai mantap pun memerlukan masa yang panjang juga. Bila sdr sudah berilmu, sdr insyaAllah boleh uruskan ibubapa dan adek beradek.

    Berdoalah agar dapat belajar di JB.

    Mengobat orang kerasukan tanpa memasukkan ilmu sebenarnya bagai memberi ikan kepada orang yang lapar. Ia tidak akan berkesudahan. Jiwa yang kosong memang mudah dimasuki syaitan.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. SALAM,

    "Sebarang baju dan baju anak yang terdapat gambar haiwan, manusia atau kartun hendaklah dibuang."

    Boleh tak beri Emjay tolong beri penerangan mengenai ayat diatas.... pada saya yang cetek pengetahuan tidak dapat melihat atau memahami bagaimana ia menjadi kesalahan. terima kasih...

    ReplyDelete
  13. Rumah yang ada gambar haiwan atau manusia malaikat tak masuk rumah tersebut. Inikan pula kalau manusia memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia atau dalam bentuk kartun.

    Mudahnya, buatlah sendiri eksperimen ke atas anak-anak. Seminggu pakai baju bergambar haiwan waktu tidur dan seminggu lagi baju tanpa gambar haiwan. Lihatlah waktu mereka tidur. Ini lebih membantu sdr memahami perkara ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..sekadar bertanya, Dr muslim selalu buat kuliyyah di rumah?ada waktu atau bila2 masa sahaja?saya teringin ke rumah Dr kerana melalui post2 sebelum ini dr ada sebut belajar di rumah doktor mengenai akidah..selalunya kalau bab akidah dr guna buku siapa?selain bab akidah ada bab2 lain tak?trima kasih

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Datanglah kerumah. Memang saya ada buat kelas di rumah bukan untuk kumpulan besar tetapi memadai untuk individu, adek beradek atau suami isteri.

    Saya berikan nombor telefon dan alamat pada PM Multiply sdr. Bukalah.

    Kalau datang belajar tu - tiada bayaran.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. terima kasih Dr, saya ada replied kat pm multiply dr.

    ReplyDelete
  17. Saya sudah reply PM sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  19. saya ingin tahu encik hanya mengubat org yg kena buatan sihir shj ke?bagaimana kalau ada masalah dalam hubungan suami isteri encik dpt tolong melembutkan hati,membuat org itu sayang pada kita?

    ReplyDelete
  20. asslamualaikum wr.wb.
    saya sangat tertarik dengan artikel ini.

    sya ingin bertanya apakah tenaga dalam termasuk khodam?, tolong penjelasannya..
    terimakasih,,
    wassalamualaikum wr.wb

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum sekadar nak tanya masih lagi mengajar ke? Saya dok area kempas

    ReplyDelete