Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 4 November 2006

Simpan tangkal tanpa sengaja



(Updated 1 Feb 2020)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kes ini berlaku sudah lama dahulu. Puan Salmah (bukan nama sebenar) adalah seorang guru yang mengajar disalah sebuah sekolah ternama. Puan Salmah pada waktu itu baru saja mendirikan rumahtangga. 

Selepas sahaja puan Salmah berkahwin, cabaran demi cabaran perlu dihadapi dan cabaran ini semakin hari semakin besar dan mengganas. Diantara cabaran yang besar dan ganas ialah suaminya tiba-tiba tidak dapat bersama (berjimak). Bila suaminya ingin bersama sahaja, lalu suaminya mabuk macam orang mabuk naik kapal laut. Bila dah mabuk percuma (ada orang suka mabuk berbayar dengan minum arak), macam mana nak bersama isteri! Selepas puas berikhtiar puan Salmah bersama suaminya pergi berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan keIslaman. Saya namakan pengamal perubatan ini sebagai encik Saleh sahaja (bukan nama sebenar). Encik Saleh telah memberikan nasihat yang panjang lebar dan tidak ketinggalan zikir berdasarkan hadith yang sahih untuk diamalkan oleh puan Salmah dan suaminya. Sebelumnya, En Saleh telah menasihati tentang konsep akidah dan tangkal lalu memujuk Salmah serta suaminya untuk menyerahkan tangkal dan segala jenis air dan azimat agar diserahkan kepada En Saleh.


Pada lawatan berikutnya, puan Salmah bersama suaminya membawa segala rupa tangkal, air jampi dan azimat yang telah diberikan oleh berbagai-bagai 'ustaz' dan bomoh termasuk seorang bomoh yang telah naik haji dan bersuamikan seorang imam masjid di bandar besar. Pada lawatan kedua ini pak Saleh meneruskan dakwahnya dan tidak lupa mememberikan tambahan zikir berserta maknanya untuk diamalkan oleh puan Salmah dan suaminya.

Tangkal apabila diterima dan disimpan bukan menambah keuntungan atau manfaat kepada penyimpannya malahan kerugian semata-mata. Fahamilah  satu hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,
“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
                                                                  (Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)
      Dalam satu hadis lain, mafhumnya:
“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya (bahu), maka terasa di dalamnya benang. Maka Nabi bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untukku.”
Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka aku tidak akan mensolatkan engkau.”
                                                                                                      (Riwayat Waqi’e)

Mengapa Nabi SAW berkata demikian? Ini adalah kerana orang ini telah kafir dan orang kafir tidak boleh disembahyangkan.

Sekembalinya dari menemui pak Saleh, puan Salmah dan suaminya berusaha mengamalkan suruhan pak Saleh untuk membanyakkan zikir dan berdoa kepada Allah disamping membanyakkan amalan yang disukai Allah seperti sembahyang tahajud dan berpuasa isnin dan khamis. Selepas sekian lama beramal, Tuhan mula memberikan rahmatNya kepada pasangan Salmah dan suaminya. Perkara-perkara aneh seperti mabuk apabila ingin bersama tidak lagi dialami oleh suami puan Salmah. Zikir-zikir yang diberikan sudah dapat dihafalkan oleh suami puan Salmah tetapi malangnya, Salmah masih tidak boleh menghafal zikir-zikir yang diberikan walaupun zikir yang sangat pendek.

Pada pertemuan dengan pak Saleh yang seterusnya, puan Salmah mengadu bahawa ia masih belum dapat menghafal mana-mana zikir-zikir yang diberikan oleh pak Saleh. Pak Saleh lalu berkata "masih ada tangkal pada simpanan kau tu Salmah !".

Salmah dengan terperanjat menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pak Saleh dengan mengatakan "saya sejak dulu sampai sekarang tak ada jumpa bomoh mintak itu dan ini !".

Pak Saleh tidak menjawab sanggahan Salmah ini dan hanya tersenyum. Selepas menerima nasihat dan tambahan zikir untuk diamalkan, Salmah dan suaminya pun baliklah dari rumah pak Saleh.

Selepas beberapa bulan beramal dengan segala zikir-zikir yang diberikan serta amalan-amalan lainya termasuk sembahyang tahajud dan puasa isnin khamis, Salmah masih tidak boleh menghafal zikir-zikir yang diberikan.

Beberapa bulan kemudian, Salmah dan suami berkunjung lagi kerumah pak Saleh. Salmah mengadu bahawa beliau masih belum dapat menghafalkan zikir-zikir yang diberikan pada masa lalu yang diberikan oleh pak Saleh. Pak Saleh terus menekankan bahawa puan Salmah ada menyimpan tangkal dan menyuruh Salmah berusaha bersungguh-sungguh mengingat sebarang tangkal yang diberikan oleh bomoh. Sebagaimana dahulunya, Salmah terus dengan jawapan yang sama bahawa beliau tidak ada mengambil tangkal dari mana-mana 'ustaz' atau bomoh. Selepas menerima tambahan zikir, Salmah dan suaminya berlalu dari rumah pak Saleh.

Sekembalinya Salmah kerumahnya, berbincanglah Salmah dengan suaminya mengenai tuduhan menyimpan tangkal oleh Salmah. Sang suami terus memujuk isterinya untuk mengingat kalau ada sebarang pemberian dari mana-mana bomoh. Sebagaimana biasa, Salmah terus menjawab "mana ada saya simpan tangkal!!"

Selang beberapa bulan selepas itu tatkala Salmah sedang berbual dengan suaminya tentang tangkal dan bomoh, tiba-tiba Salmah berkata "bang!, dulu saya ada menemani seorang kawan saya jumpa bomoh di *****. Kawan perempuan saya ini kerja macam saya juga dan dia ada masaalah besar dengan suaminya. Dia ajak saya jumpa bomoh sebagai tukang teman dan tukang bawa kereta kerana kawan saya tidak pandai memandu. Saya pun bawa dia jumpa bomoh. Setelah selesai, bomoh ada memberikan macam-macam tangkal kepada kawan saya ini. Saya walaupun hanya menemani dan tidak ada bercakap dengan bomoh tu, tapi bomoh tu ada juga beri saya minyak wangi dalam botol kecil macam minyak atar dari mekah. Saya pun terima sebab dia bagi tetapi saya tak minta. Saya masih ada simpan dalam almari dan saya tak tahu nak buat apa dengan minyak wangi ini.".

Tangkal botol mengandungi minyak wangi yang disimpan Salmah tanpa sengaja

Selepas mendengar penjelasan Salmah, suaminya lalu mengambil minyak wangi tersebut. Pada hujung minggu, Salmah dan suaminya bekunjung ke rumah pak Saleh untuk menyerahkan botol minyak wangi tersebut. Pak Saleh amat gembira dengan penyerahan botol minyak wangi tersebut. Pak Saleh menerangkan bahawa botol minyak wangi ini telah dimasukkan satu barang kedalamnya dan telah dijampi. Minyak wangi ini juga adalah satu jenis tangkal. Selagi tangkal ini ada bersama dengan pemiliknya, selagi itulah pemiliknya tersesat kerana dosa syirik. Selama tempuh ini, syaitan akan terus menggoda pemiliknya dan atas dasar inilah, puan Salmah tidak boleh menghafalkan zikir-zikir yang telah diberikan oleh pak Saleh. Pak Saleh menasihati Salmah dan suaminya agar jangan sekali menerima dan meminta tangkal dari mana-mana 'ustaz', 'ustazah' dan bomoh kerana dosa mensyirikkan Allah adalah amat besar. Sebelum pulang, pak Saleh sebagaimana biasanya, menambahkan lagi amalan zikir untuk dihafalkan oleh Salmah dan suaminya.

Sekembalinya, Salmah dan suaminya seperti biasa berusaha mengamalkan zikir serta pesanan pak Saleh lainya. Selepas beberapa hari kemudiannya, alangkah terkejutnya sang suami kerana isterinya Salmah telah berupaya menghafalkan zikir-zikir yang diberikan oleh Pak Saleh.

Beberapa bulan kemudiannya, Salmah dan suaminya tambah gembira kerana telah dapat menghafalkan banyak zikir termasuk ayat dari Al Baqarah bermula dari ayat 284 hingga tamat surah AlBaqarah iaitu ayat 286. 

لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٨٤)


آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (٢٨٥)

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦)

Bermula dari saat itu juga Salmah telah dapat menghafal beberapa surah tambahan dari Al Quran untuk dibaca dalam sembahyang. Semenjak itu Salmah tidak lagi asyik membaca surah Al Ikhlas dalam sembahyang hariannya. Alhamdulillah.

Apa yang dapat dipelajari dari cerita kali ini ialah bahawa menyimpan tangkal samada diminta atau diberi percuma akan menjadikan pemiliknya sukar mendekatkan dirinya kepada Allah. Manakala hukum menyimpan tangkal adalah syirik berdasarkan hadis berikut; Rasulullah bersabda  mafhumnya:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
                                                                              (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Jikalau kita nak jadi orang baik, selamat didunia dan akhirat serta memperolehi pelbagai rahmat Allah, bersihkan diri kita dari segala tangkal dan azimat. Bomoh pula jangan sesekali didekati dan elakkan sama sekali menjadi driver sekadar menghantar rakan berjumpa bomoh.

Emjay

14 comments:

  1. bagaimana mahu buang segala tangkal yang ada pada kita

    ReplyDelete
  2. Sebaik-baiknya, barang-barang tersebut dilupuskan dengan cara tertentu. Boleh poskan ke alamat yang akan saya berikan bila anda email kepada saya.

    Sila email ke kangmasjb@hotmail.com

    Nanti saya berikan alamat untuk diposkan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbth
      Makluman penting para pembaca sekelian. Email kangmasjb@hotmail.com tidak lagi saya gunakan.

      Sekiranya ingin menghubungi saya sila gunakan email emjayjb@gmail.com

      Emjay

      Delete
  3. untuk dapatkan alamat saya, sila email saya di kangmasjb@hotmail.com.

    Kelak akan saya berikan alamat saya.

    Maaf lambat menjawab

    Emjay

    ReplyDelete
  4. saya juga nak alamat.terima kasih,wassalam

    ReplyDelete
  5. Kepada iman1115, sila email saya untuk mendapatkan alamat saya di kangmasjb@hotmail.com

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum, saya ada masalh berkenaan dengan tangkal ni tapi tak tahu samada saya elok menyimpannya. Tangkal ni diberi kepada saya disebabkan masalah rumahtangga. tapi saya hanya menyimpan tanpa ada perasaan percaya terhadap tangkal tersebut

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum, saya ada menyimpan tangkal tapi tanpa percaya. ini disebabkan oleh masalah rumahtangga

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbh sdr ao75

    Sudah menjadi kewajipan untuk melupuskan dan menghindarkan tangkal tersebut.

    Emaillah kepada saya di kangmasjb@gotmail.com untuk mendapatkan alamat saya dan poskanlah tangkal tersebut kepada saya untuk dilupuskan.

    Semoga Allah redho dengan usaha sdr ini dan saya doakan semoga akidah kita dilindungi Allah.

    Wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum ustaz mj

    saya juga ada menyimpan pelaris dan pendinding diri yang bertulisan alquran,diberikan oleh seorang ustazah untuk mengelakkan dari terkena buatan orang dengki(dlm perniagaan).masa tu saya tak tahu menyimpan tangkal w/pun tidak beriktikad padanya adalah salah.
    saya dah dapat alamat ustaz berikan pada saya menerusi email.jadi saya ingat nak poskan tangkal tu pada ustaz,juga bersama2 beberapa tangkal yg ada pada jiran saya yg turut tanpa sengaja menyimpannya.minta izin dari ustaz utk saya mengeposnya dan melupskan benda2 tu kerana saya ingin membersihkan diri dari sebarang perbuatan syirik.
    walaupun dlm kehidupan saya setakat ni tiada masalah berat spt dlm artikel2 ustaz,tapi bila saya ingin berubah menjadi mukmin yg lebih baik,selalunya terhalang disebabkan hasutan syaitan yg menyebabkan saya terus lalai dlam beribadah(rasa nak buat yg sunat2 spt bangun malam bertahajud amatlah sukar dan sampai sekarang saya masih gagal untuk buat walaupun niat bersungguh2 untuk berqiamullail)
    saya harap dengan pembersihan fizikal ini akan membantu dlm perbersihan rohani pula

    wassalam

    azie kl

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan limpa kurnia rahmatNya.

    Poskanlah segera kepada sya.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbth
    Makluman penting para pembaca sekelian. Email kangmasjb@hotmail.com tidak lagi saya gunakan.

    Sekiranya ingin menghubungi saya sila gunakan email emjayjb@gmail.com

    Emjay

    ReplyDelete